4
1.0 PENGENALAN Lukisan muncul sejak zaman prasejarah lagi. Buktinya dapat dilihat melalui lukisan yang terdapat di dinding-dinding gua seperti Gua Niah di Serawak dan Gua Tambun di Perak. Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran peristiwa atau aktiviti yang mereka jalani seperti pemburuan atau upacara keagamaan. Di zaman Paleolitik lukisan dihasilkan menggunakan media kering seperti kayu yang dibakar,kapur, tulang dan serbuk tanah. Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah ‘Drawing’ yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan ‘to draw’ adalah dari perkataan ‘Old English’ iaitu ‘dragan’ yang bermaksud ‘to drag’ dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan bagi menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks seperti seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. Ia merupakan lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi. yang mempersembahkan idea, imej, objek , landskap atau pelan mengolah garisan di atas permukaan. Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan bersifat semulajadi tidak terhad rupa atau jenisnya. Menurut Chin, 1998, Lukisan bukan sahaja

Seni Visual

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni visual

Citation preview

1.0 PENGENALAN

Lukisan muncul sejak zaman prasejarah lagi. Buktinya dapat dilihat melalui lukisan yang terdapat di dinding-dinding gua seperti Gua Niah di Serawak dan Gua Tambun di Perak. Lukisan yang dihasilkan merupakan gambaran peristiwa atau aktiviti yang mereka jalani seperti pemburuan atau upacara keagamaan. Di zaman Paleolitik lukisan dihasilkan menggunakan media kering seperti kayu yang dibakar,kapur, tulang dan serbuk tanah.

Perkataan lukisan dalam bahasa Inggeris ialah Drawing yang asalnya dari dua bahasa iaitu German dan Latin. Perkataan to draw adalah dari perkataan Old English iaitu dragan yang bermaksud to drag dan aktiviti yang berhubung dan tubuh badan. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej yang dibuat di atas sesuatu permukaan rata untuk meluahkan perasaan bagi menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks seperti seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya. Ia merupakan lanjutan beberapa lakaran ringkas bagi merakamkan informasi visual kepada sesuatu kegiatan lain seperti catan, kolaj, montaj dan cetakan. Lukisan ialah hasil seni 2 dimensi. yang mempersembahkan idea, imej, objek , landskap atau pelan mengolah garisan di atas permukaan. Lukisan bergantung kepada penggunaan garisan yang ekspresif dan bersifat semulajadi tidak terhad rupa atau jenisnya. Menurut Chin, 1998, Lukisan bukan sahaja ekspresi dan luahan idea tetapi ia juga dapat memperlihatkan kemahiran pelukis menggunakan alat melukis untuk menghasilkan karya.

Lukisan didominasikan dengan penggunaan alat terhad kepada media kering seperti pensel, pensel warna, pastel, arang, atau pen. Penggunaan dakwat termasuk dalam kategori lukisan kerana dakwat tidak perlu dilarutkan. Lukisan juga boleh menggunakan media basah ( bukan sapuan ) serta menggunakan warna dengan kadar yang minima. Kebiasaanya, lukisan dihasilkan di atas permukaan kertas yang kering dan rata. Contohnya seperti kertas lukisan, kertas katrij, kertas surat khabar, kanvas dan sebagainya.

Terdapat tiga jenis lukisan iaitu, lukisan figura yang berkaitan dengan imej yang dikaitkan dengan manusia atau haiwan, lukisan alam benda dikaitkan dengan objek kaku atau tidak bernyawa manakala lukisan lanskap adalah berkaitan pemandangan di luar studio atau di dalam studio. Dalam memastikan hasil lukisan yang baik, perkara awal yang perlu difikirkan ialah penentuan tema dan tajuk. Proses melukis melibatkan proses-proses seperti menghasilkan lakaran spontan dan bebas berdasarkan tajuk. Pemahaman mengenai perspektif adalah penting sebagai persediaan sebelum melukis supaya objek yang dilukis akan kelihatan seimbang dan menarik. Kedudukan pelukis juga akan menentukan objek yang dilukis di mana perspektifnya akan berbeza apabila dilihat dalam kedudukan yang berbeza. Lukisan juga menekankan aspek pencahayaan dan ton yang membantu pelukis menghasilkan bentuk yang sempurna.

Teknik lukisan mula wujud daripada percubaan pelukis terdahulu untuk memberi kesan yang lebih menarik pada hasil karya. Teknik garisan selari dihasilkan secara lurus dan selari sama ada menegak atau menyerong berukuran pendek atau panjang. Teknik garisan silang atau teknik silang pangkah di mana garisan ditindankan antara satu sama lain sama ada menyerong, menegak atau melintang. Teknik garisan conteng merupakan calitan garisan yang bebas, spontan atau zig-zag yang dihasilkan dengan gerakan tangan yang pantas. Akhir sekali ialah teknik titik di mana objek dilukis menggunakan titik halus yang sama saiz dihasilkan dengan pen dakwat mata halus seperti pen teknikal.

Hasil karya seni visual yang baik memerlukan pengetahuan dan pemahaman dalam mengaplikasikan gabung jalin antara unsur seni dengan prinsip rekaan. Melukis dengan melibatkan unsur-unsur seni seperti garisan , jalinan, rupa bentuk, warna dan ruangakan memberi nyawa kepada lukisan tersebut. Begitu juga penggunaan prinsip rekaan perlu diberi perhatian bagi memastikan sesebuah gubahan lukisan itu menarik dan berkesan.