25
1.0 PENGENALAN Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, didalam menyampaikan idea, emosi, perasaan, kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan, menyenangkan. Aktiviti lukisan dapat meluahkan perasaan danemosi selain dapat membina kekuatan otot kanak-kanak. Menurut Lowenfeld, pengetahuan sedia ada kanak-kanak boleh dikaitkan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Menurut Lowenfeld lagi lukisan kanak-kanak terbahagi kepada 6 iaitu Contengan ( 2-4 Tahun ), Praskematik ( 4-7 Tahun ), Skematik ( 7-9 Tahun ), Realism ( 9-12 Tahun ), Penaaakulan ( 12-14 Tahun ), Remaja ( 14-17 Tahun). 1

Seni

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni

Citation preview

Page 1: Seni

1.0 PENGENALAN

Seni boleh dirujuk sebagai suatu proses dan manifestasi kepada ekspresi diri, penilaian yang menentukan

elemen-elemen yang wajar diketengahkan di dalam hasil seni, didalam menyampaikan idea, emosi, perasaan,

kepercayaan di dalam bentuk yang difikirkan paling efektif. Menurut Herbert Read, seni merupakan usaha

untuk mencipta bentuk-bentuk yang menggembirakan, menyenangkan. Aktiviti lukisan dapat meluahkan

perasaan danemosi selain dapat membina kekuatan otot kanak-kanak. Menurut Lowenfeld, pengetahuan

sedia ada kanak-kanak boleh dikaitkan dengan tahap perkembangan kanak-kanak. Menurut Lowenfeld lagi

lukisan kanak-kanak terbahagi kepada 6 iaitu Contengan ( 2-4 Tahun ), Praskematik ( 4-7 Tahun ), Skematik (

7-9 Tahun ), Realism ( 9-12 Tahun ), Penaaakulan ( 12-14 Tahun ), Remaja ( 14-17 Tahun).

1

Page 2: Seni

2.0 TEORI SENI

Lowenfeld dan Britain (1982) telah memperkenalkan teori perkembangan artistik kanak-kanak yang merangkumi peringkat umur dari 2 hingga 14 tahun. Peringkat perkembangan artistik mereka merangkumi lima peringkat utama iaitu peringkat scribbling, peringkat preschematic, peringkat schematic, dawning realism, peringka tpseudonaturalistic dan peringkat adolescent art.

Peringkat Scribbling (2-4 tahun)

Kanak-kanak menghasilkan contengan secara rawak dan tidak terkawal. Proses menconteng menyebabkan pergerakan badan dan membangunkan koordinasi ototmoto tangan. Apabila kanak-kanak telah mampu menguasai pergerakan tangan dan badan, mereka mula melukis dari peringkat contengan kepada lukisan garisan lurus dan melintang kepada melukis bulatan.

Peringkat Pre-schematic ( 4-7 Tahun )

Memperlihatkan peningkatan daripada contengan bulatan kepada percubaan pertama untuk melukis objek disekelilingnya dengan menggunakan garisanContoh :Ibu bapa dan orang yang rapat dengan mereka dilukis dengan mempunyai karakter tangan dan kaki dan dilukis seolah-olah terapung dan dengan saiz imej yang berbeza-beza.

Peringkat Schematic ( 7-9 Tahun )

Kanak-kanak kurang cenderung untuk melukis imej objek berbanding pada peringkat awal tadi. Lukisan mula dihasilkan mengikut skema atau konsep tertentu. Penekanan lebih diberikan pada cara penyusunan objek dalam imej selain daripada imej manusia dan objek yang terdapat di sekelilingnya.Contoh : Kanak-kanak mula membuat percubaan dengan membahagikan ruang pada kertas lukisan kepada 2 bahagian iaitu satah udara dan tanah. Bagi pemandangan satah bawah objek disusun secara melintang dan sama manakala objek udara puladibiarkan kosong. Selain itu, lukisan yang dihasilkan adalah spontan, bebas dan berskala besar. Tidak peka dengan karya mereka sendiri dan tidak kisah dengan lukisan yang dihasilkan oleh rakan sebaya mereka dan gemar untuk berkongsi.

Peringkat Dawning Realism / The Gang Age ( 9-12 Tahun )

Kanak-kanak melukis dengan mengekalkan konsep dan skema tertentu. Perubahan pada peringkat ini adalah terhadap imej yang dilukis secara realistik dan teliti. Imej lukisan mula mengecil dari segi saiz dan kanak-kanak mula menunjukkan sifat kritikal dengan hasil karya sendiri. Mereka mula membandingkan karya dengan karya rakan sebaya dan ini menjadikan mereka berhati-hati dan sedikit individualistik serta menitikberatkan kualiti karya yang dihasilkan.

2

Page 3: Seni

Peringkat Pseudo-naturalistic / Reasoning ( 12-14 tahun )

Kanak-kanak mula peka dengan konsep realistik dalam menghasilkan lukisan . Mereka menitikberatkan konsep kedudukan dan saiz rasional imej. Mereka lebih gemar melukis melalui konsep peniruan atau melalui objek di hadapan mata dengan lukisan menerusi imaginasi. Lukisan yang dihasilkan jarang dikongsi bersama dengan rakan sebaya dan perasaan malu dan rendah diri akan timbul sekiranya lukisan yang dihasilkan tidak menarik.

Peringkat Period If Decision / Adolescent Art In High School ( 14-17 tahun )

Peringkat ini merupakan peringkat penekanan terhadap proses penghasilan karya senidan penciptaan objek. Peringkat ini memperlihatkan kematangan di dalam membuat keputusan dan pemilihan bahan yang sesuai untuk menghasilkan karya seni.

3

Page 4: Seni

3.0 Objektif Kajian

Kajian yang telah dijalankan kepada kanak-kanak iaitu mengkajai apap yang kanak-kanak gemar melukis ketika di usia ini. Kanak-kanak melukis sesuatu benda yang mereka Nampak atau apa yang mereka sudah pelajari disekolah. Selain itu, kanak-kanak juga lebih suka melukis objek yang berada disekeliling mereka.

Kajian ini dijalankan melihat perkembangan kanak-kanak yang semakin meningkat usia. Selain itu, terdapay sesetengah kanak-kanak imaginasi ketika melukis. Imaginasi yang mereka gunakan melalui cerita kartun kanak-kanak.

4

Page 5: Seni

4.0 Kaedah Kajian

a) Memerhati

Dari apa yang saya dapat simpulkan daripada pemerhatian saya. Kana-kanak ini bolehcenderung untuk melukis lebih banyak lukisan untuk menghasilkan sebuah lukisan, mereka memerlukan masa untuk berfikir. Namun, ada juga kana-kanak yang boleh terus melukis tanpa bimbingan. Melukis mengikut pengetahuan mereka.

b) Komunikasi

Sepanjang kajian yang saya jalankan, hubungan komunikasi diantara saya dan kanak-kanak yang menjalankan kajian adalah bagus. Kanak-kanak dapat memhami apa yang saya mahukan dan saya juga menggunakan bahasa yang mudah difahami. Mereka mendengar arahan yang saya berikan.

c) Menilai

Penilai terhadap lukisan mereka cukup memuaskan kerana terdapat kepelbagaian atau unsue seni dalam lukisan mereka. Walaupun ada sesetengah lukisan itu amat sukarumtuk dinilai oleh akal kita yang dewasa. Kanak-kanak ini mempunyai sebab dan tujuan sendiri mengapa mereka memilih lukisan itu.

d) Menggunakan bahan-bahan

Kertas lukisan digunakan untuk melukis karya kanak-kanak. Pensel 2B digunakan melukisan lukisan. Alat bahan lain digunakan ialah pensel warna, pemadam, dan pembaris.

5

Page 6: Seni

5.0 Kajian & Analisa lukisan kanak-kanak mengikut peringkat perkembangan

5.1 kajian pertama

Biodata

Nama: Muhammad Ayob Bin Che Rozman

Umur: 4 Tahun

Nama Ibu: Norlee Binti Md Ismail

Hobi: Melukis

6

Page 7: Seni

Peringkat Scribbling (Contengan)

Muhammad Ayob Bin Che Rozman (4tahun)

(Rujuk lampiran 1)

Contengan tanpa kawalan atau contengan tidak menentu.

Pada peringkat ini, kanak-kanak tidak mempunyai kawalan pada pergerakan tangan kerana usia mereka yang masih muda, selalunya di dalam lingkungan umur dua hingga lima tahun. Lukisan yang dihasilkan juga selalunya tidak terkawal dan banyak terdapatdi dinding, di atas meja dan kertas lukisan dengan menggunakan pelbagai jenis bahan dan medium seperti krayon, pensel warna serta bahan-bahan lain. Penghasilan karyapada usia ini tidak bersifat realistik dan banyak menggunakan lukisan garisan bagi menggambarkan sesuatu imej. Pada usia ini, kanak-kanak lebih gemar untuk mencuba dan bereksperimentasi dengan pelbagai jenis garisan yang boleh dihasilkan melalui pelbagai media. Antara perkara penting yang perlu diberi perhatian adalah cara kanak-kanak memegang alatan untuk melukis. Pada usia ini alatan tulis yang dipegang adalah mengikut keupayaan cara dan gaya yang disukai oleh mereka. Keupayaan menconteng sangat bergantung kepada keupayaan otot dan keselarasan koordinasi di antara mata dan tangan. Fokus imej yang dihasilkan pada peringkat ini adalah lukisan garisan yang pelbagai. .Adik Ayob ini merupakan kanak-kanak yang mampu berdikari sendiri apabila beliau bermain. Beliau tidak banyak bercakap tetapi mampu membawa diri disekeliling persekitarannya. Apabila diminta melukis beliau mengambil warna pensel dan terus membuat lukisan. Hasil lukisan diatas memberi maksud kepadanya adalah seekor ikan, ini kerana sewaktu lukisan ini dijalankan dia melihat kakak-kakaknya sedang melukis gambar ikan di dalam laut. Disini dapat dilihat bahawa kanak-kanak mempunyai imaginasi untuk menghasilkan lukisan dan pembentukan imej bergantung kepada peringkat perkembangan usia kanak-kanak.

7

Page 8: Seni

Berikut adalah dialog diantara saya dan adik Ayob.

Adik Ayob: Hai kakak

Saya: Hai, Ayob dah makan?

Adik Ayob: Hanya Mengangguk kepala

Saya: Ayob nak lukis tak?

Adik Ayob: Nak.. Nak

Saya: Okey jom! Pergi ambil pensel awak.

Adik Ayob: okey kakak.

Saya: Awak lukis apa-apa sahaja yang awak suka, awak suka apa?

Adik Ayob: Ikan!

Saya: Okey lukis cantik, cantik tau.

Adik Ayob: Yeah , (menjerit gembira)

Saya: saya hanya memerhati lukisan adik Ayob dan memuji adik Ayob pandai melukis.

Adik Ayob: okey kakak dah siap.

Saya: Cantik nya, pandai adik lukis. Kakak ada gula-gula nak bagi, sebab adik pandai

melukis.

Adik Ayob: terima kasih kakak. Sambil tersenyum.

8

Page 9: Seni

9

Page 10: Seni

5.2 Kajian Kedua

Biodata

Nama: Nur Adila Safwanah Binti Che Rozman

Umur: 6 tahun

Hobi: Berjalan-jalan

Cita-cita: Polis

10

Page 11: Seni

Peringkat Pre-schematic

Nur Adila Safwanah Binti Che Rozman (6 Tahun)

(Rujuk Lampiran 2)

Bermulanya bentuk konkrit dan kanak-kanak peringkat ini kebiasaannya melukis bentuk-bentuk yang terdapat di persekitarannya. Persekitaran memainkan pengaruh besar dan lukisan yang biasa dihasilkan adalah seperti orang, rumah, kereta, bunga, alat permainan dan sebagainya. Gambar yang dilukis berimejkan manusia. Imej yang digambarkan berasaskan apa yang mereka tahu bukan merupakan representasi tampak. Objek yang dilukis di mana-mana sahaja pada ruang lukis. Di peringkat awal penghasilan imej, imej-imej yangdihasilkan melalui lukisan terdiri daripada pelbagai saiz. Ruang ini dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal dikampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Adik Adila merupakan kanak-kanak yang sangat petah bercakap. Beliau menghasilkan lukisan ini dan menjadikan pengalamannya. Beliau menggunakan Pensel dan Warna sebagai alat melukis. Beliau gemar melukis.

11

Page 12: Seni

Berikut adalah dialog diantara saya dan adik Adila.

Saya: Adila.. sihat hari ini?

Adila: sihat kakak. Kakak pula?

Saya: Sihat juga. Dah makan ke?

Adila: Dah, makan ayam tadi umi masak. Sedap.

Saya: ohh yeke, Tak bagi sikit pun.

Adila: ala dah habis, hehe

Saya: Hehe taka pa lah, Hari ini kakak datang nak ajak kamu main lukis-lukis nak tak?

Adila; nak! Adila pandai lukis tau.

Saya: Yeke, okey jom kita lukis. Awak pergi ambil pensel dan warna. Kakak ada kertas

lukisan ni.

Adila: Yeah, Best nya.

Saya: Nah, ambil satu kertas lukisan ini, lepas tu awak lukis apa yang Adila suka. Boleh?

Adila: boleh kakak, Adila nak lukis orang.

Saya: okey boleh je. Lukislah cantik-cantik tau.

Adila: okey kakak tengok tau.

Saya: saya hanya memerhatikan Adila sekecil manis ni melukis dengan penuh semangat.

Setelah beberapa minit, Adila siap melukis. Dan menunjukkan kepada saya.

Saya: lawanya awak lukis. Siapa ajar ni?

Adila: hehe, cikgu dekat sekolah ajar adila. Pandaikan

Saya: Pandai, sekarang kamu warnakan pulak.

Adila: okey kakak.

Saya: melihat Adila Mewarnakan gambar lukisannya dengan teliti.

Adila: Adila suka warna merah tau, cantik kan.

Saya: ye lawa sangat.

Setelah siap, Adila memnunjukkan lukisan nya kepada saya.

Saya: wah, cantiknya. Sebab cantik kakak ada bawak jajan kepada kamu. Nah ambil ni.

Adila: yeahhhh, dapat jajan. Terima kasih kakak.

Saya: sama-sama.

12

Page 13: Seni

13

Page 14: Seni

5.3 Kajian ketiga

Biodata

Nama: Muhammad Haziq Mustaqim Bin Hasry Affandy

Umur: 7 Tahun

Nama ibu: Nor Azean Binti Md Ismail

Sekolah: Sk Indahpura 2, Kulaijaya Johor.

Hobi: Menonton televisyen

Cita-Cita: Polis

14

Page 15: Seni

Peringkat schematic

Muhammad Haziq Mustaqim Bin Hasry Affandy (7 Tahun)

(Rujuk Lampiran 3)

Kanak-kanak di peringkat ini tertarik melukis gambar manusia dan objek-objek yangmenarik perhatian mereka. Lukisan adik Haziq ini banyak menggunakan bentuk geomatrik seperti bujur, empat segi, dan tiga segi. Lukisannya banyak bersifat persekitaran. Adik Haziq merupakan kanak-kanak yang aktif dan petah bercakap. Lukisan adik ini menggambarkan keadaan pemandangan rumahnya ini kerana rumahnya baru siap diubahsuai secara tidak langsung beliau menjadi teruja untuk menggambarkan rumahnya di dalam bentuk lukisan. Beliau banyak menggunakan alat pembaris bagi menghasilkan bentuk geometri empat segi seperti bentuk rumah dan juga kereta.

Unsur ruang cuba dinampakkan iaitu berdasarkan objek-objek penyokong yang diletakkan di sekeliling objek pertama (imej kereta). Ruang ini dinamakan ruang badan. Kanak-kanak yang tinggal dikampung dengan nilai masyarakatnya menjadi sebahagian daripada cara dan sikap mereka pada seni dan persekitaran. Dalam teori Victor Lowenfeld, objek yang dilukis adalah berskala besar. Pernyataan ini amat jelas dilihat kerana rumah yang dilukis oleh adik ini hampir memenuhi ¾ ruang kertas lukisan.

Teori Victor Lowenfeld yang menjelaskan tentang analisis kanak-kanak ketika 7-9 tahun ini jelas dan tepat kerana seandainya dilihat adik Haziq terus mengambil pensel dan melakar lukisan serta mewarnakannya. Caranya memegang pensel dan mewarnakan lukisan ini begitu jelas bagaikan minda beliau telah menetapkan apa yang perlu dilukis tanpa mengambil masa yang lama untuk berfikir.

15

Page 16: Seni

Berikut adalah dialog diantara saya dan adik Haziq

Saya: harini ini kita nak melukis, adik nk lukis apa?

Adik Haziq: saya suka melukis, saya nak lukis rumah.

Saya: akak dah sediakan bahan-bahan pensil pembaris, warna kayu, karyon dan pemadan

awak bole pakai apa sahaja untuk melukis.

Adik: baiklah! Saya nk lukis rumah besar-besar.

Saya: lukis cantik-cantik tau.

Setelah 10minit sebuah lukisan rumah telah siap. Lalu adik Haziq pun mewarnakan lukisan

rumah itu.

Adik: saya nak warna rumah warna oren, hehe.

Saya: bole je, warna ikut suka kamu.

Adik: saya nak lukis kereta dengan orang.

Saya: okey boleh je.

Adik: hanya tersenyum

Setelah 15 minit berlalu adik Haziq melukis kereta dan orang dengan cantik.

Saya: pandai adik melukis, cantik. Siapa ajar adik?

Adik: belajar di sekolah, cikgu siti yang ajar. Haziq suka melukis.

Saya: ohh, patutlah adik lukis cantik.

Adik: saya nak lukis kereta warna merah, macam kereta mama. Sambal dia tersenyum sipu.

Saya: kereta mama warna merah ya. Cantik.

Adik: hanya mengangung kepala.

Kemudian saya terlihat adik melukis sesuatu di bahagian atas. Lalu saya bertanya.

Saya: lukis ape tu?

Adik: awan dengan burung kakak.

Saya: Pandainya awak.

Setelah siap, dia lihat begitu gembira. Saya memuji dia kerana sangat pandai melukis tanpa

perlu bimbingan saya. Saya memberikan dia gula-gula dan coklat sebagai ganjaran.

16

Page 17: Seni

4.0 KESIMPULAN

Setelah dianalisis berdasarkan kepada contoh-contoh lukisan dari pelbagai peringkat umur, jelas menunjukkan bahawa perkembangan artistik kanak-kanak banyak dipengaruhi oleh persekitaran dan suasana mereka dibesarkan. Di mana persekitaran yang sihat dapat membantu perkembangan kognitif kanak-kanak dengan cara yang positif. Kanak-kanak dilahirkan dengan mempunyai sifat yang dinamik serta berkembang mengikut fitrah semula jadi proses tumbesaran mereka.

Hasil kerja seni berfungsi sebagai alat komunikasi dan merupakan refleksi pemikiran kanak-kanak yang akan terus berkembang bersama kanak-kanak sehingga dia membesar. Aktiviti seni dapat disesuaikan mengikut perkembangan kreatif dan mental dan seterusnya perkembangan menyeluruh kanak-kanak. Pengetahuan sedia ada boleh diaktifkan melalui cara-cara yang sesuai kepada tahap perkembangan dan pertumbuhan yang sihat dari segi fizikal, mental, emosi, sosial,intelek dan estetik.

Dengan ini perkembangan dan tumbesaran kanak-kanak akan berlaku dengan sihatnya tanpa disedari. Dari faktor inilah, pengetahuan asas mengenai lukisan yang dihasilkan oleh kanak-kanak penting bagi guru seni sebelum kanak-kanak didedahkan dengan pelbagai aktiviti. Kesemua pengetahuan yang merangkumi umur, tahap kanak-kanak serta kemampuan mereka perlu difahami supaya guru-guru pendidikan seni visual berupaya merancang aktiviti yang sesuai dengan tahap kanak-kanak.

17

Page 18: Seni

Lampiran 1

18

Page 19: Seni

Lampiran 2

19

Page 20: Seni

Lampiran 3

20