1
EKONOMI & KERJA EHARITH MUSTAFFA [email protected] RAMAI mungkin yang tidak tahu, betapa ‘seramnya’ pengalaman dipanggil secara ti- ba-tiba untuk menyelesaikan gangguan bekalan elektrik di grid kuasa nasional. Pegawai Teknikal Encik Muhammad Firdaus Salim, berkata apabila kejadian sep- erti itu berlaku, beliau sebagai responder per- tama keadaan kecemasan itu perlu melaksan- akan pelbagai tugas perancangan dalam masa yang pendek agar ia dapat diselesaikan dengan selamat dan dengan secepat mu- ngkin. Menurutnya, beliau perlu mengatur bagaimana memulihkan semula bekalan ele- ktrik, jangkakan masa yang bakal diambil un- tuk berbuat demikian, kemudian melaksana- kan tugas pemulihan itu agar kesan gang- guan elektrik kepada penduduk dapat dikurangkan. Beliau juga perlu menguruskan jangkaan pelanggan yang terjejas gangguan kuasa itu. Namun, bapa dua anak itu yang bekerja di Rangkaian Pengagihan tenaga Grid Kuasa Singapore Power (SP) berkata: “Ini semua merupakan perkara yang bi- asa dalam tugas seharian dan sudah menjadi kebiasaan buatnya. Pasukan-pasukan kami sudah dilatih agar dapat melaksanakan tugas dengan berkesan, profesional dan diyakini. “Jadi, biarpun saya hadapi cabaran seper- ti itu, saya tetap percaya dengan anggota pa- sukan saya yang sentiasa bersedia dan beru- paya memulihkan kuasa elektrik dengan se- lamat dan secepat mungkin,” katanya lagi. Encik Muhammad Firdaus sudah bekerja di bahagian rangkaian pengagihan kuasa itu selama lebih tujuh tahun. Mengimbas kembali pengalaman kerjay- anya itu, beliau pernah dikerah mengendali- kan gangguan bekalan elektrik di satu ke- jiranan privet dahulu yang mana di situ, be- liau mula sedar, betapa pentingnya peranan setiap pegawai teknikal dan teknisyen yang bekerja dalam grid kuasa. “Saya perhatikan setiap individu berusa- ha dengan sedaya upaya untuk memulihkan bekalan elektrik dan membantu mengurus- kan penduduk yang terjejas akibat gangguan itu. “Meskipun ia mengambil sedikit masa un- tuk memulihkan semula bekalan elektrik itu, saya kagum dengan sifat gotong-royong dan semangat yang dicontohi pasukan kami,” ka- ta Encik Muhammad Firdaus lagi. Malah, menurut SP, ia terus melaksana- kan tugas pembaharuan aset dan kerja-kerja penyelenggaraan meskipun ia perlu men- gurangkan jumlah pekerja sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan pada April hing- ga Jun tahun lalu. “Dengan usaha ini, SP telah mencapai re- kod Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem (SAIDI) yang rendah iaitu 0.15 minit atau 9 saat bagi tahun 2020 hingga 2021,” kata SP. Encik Muhammad Firdaus berkongsi se- masa tempoh pemutus rantaian jangkitan, be- liau dikerah mengendalikan kerja perbaikan semula terhadap kabel bekalan elektrik di lu- ar. Menurutnya pengalaman itu sangat men- cabar buatnya kerana perlu bekerja dengan lebih keras akibat kekurangan tenaga manu- sia sambil melaksanakan ibadah puasa. Namun, biarpun pekerjaannya itu perlu pengorbanan, Encik Muhammad Firdaus ber- kata beliau tetap berbesar hati kerana mener- ima sokongan kuat isteri dan keluarga. “Pekerjaan saya memerlukan saya sen- tiasa bersedia memberi respon kepada pang- gilan kecemasan pada bila-bila masa. Malah saya pun pernah beberapa kali dikerahkan bertugas secara tiba-tiba sewaktu saya se- dang menghabiskan masa rehat saya bersa- ma keluarga. “Namun saya berbesar hati kerana mem- punyai isteri dan keluarga yang memahami pekerjaan saya dan ini amat bermakna sekali buat saya agar saya dapat melaksanakan tu- gas dengan tenang sahaja.” Sentiasa sedia pulihkan bekalan elektrik yang terputus SENTIASA BERSEDIA: Encik Muhammad Firdaus Salim (atas tengah, sisipan) sentiasa bersedia mengendalikan sebarang usaha penyelenggaraan dan perbaikan semula dalam rangkaian pengagihan bekalan kuasa elektrik SP. Beliau dilihat sedang menyelia pasukan yang dikerah untuk melakukan kerja perbaikan semula kabel kuasa elektrik di tapak pekerjaan. – Foto BH oleh YONG LI XUAN Ada yang mungkin tidak tahu kerja-kerja di sebalik mereka yang bertugas di Grid Kuasa tempatan. Mereka merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam memastikan rumah kita sentiasa mempunyai bekalan elektrik untuk melakukan urusan seharian serta memastikan jalan raya setempat terus menyinarkan lampu pada waktu malam. Sempena menyambut Hari Buruh Sabtu lalu, BERITA HARIAN menyelami tugas dua pegawai teknikal grid kuasa elektrik setempat serta mengambil tahu pengorbanan mereka apabila dikerah mengendalikan kecemasan secara tiba-tiba seperti terjadinya gangguan bekalan elektrik kepada kejiranan setempat. 16 Berita Harian | Rabu, 5 Mei 2021

Sentiasa sedia pulihkan bekalan elektrik yang terputus

  • Upload
    others

  • View
    8

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sentiasa sedia pulihkan bekalan elektrik yang terputus

EKONOMI & KERJA

IBARAT seorang jururawat.Begitulah tugas yang digalas Pe-

gawai Teknikal, Encik Ameerul Muem-iniin Abdu Rahman di Singapore Pow-er (SP) demi memastikan kesihatan grid kuasa tempatan terus beroperasi dengan lancar.

Biarpun begitu, bapa seorang anak berusia 39 tahun itu berkata, peker-jaannya di Rangkaian Transmisi SP PowerGrid itu cukup memuaskan ker-ana ia menawarkan banyak peluang termasuk membolehkannya melanjut-kan pengajian di peringkat lebih ting-gi.

Encik Ameerul berkata pekerjaan-nya yang melibatkan pemeriksaan dan penyelenggaraan grid kuasa elek-trik setempat umpama seorang peker-ja penjagaan kesihatan bagi memasti-kan sistem tenaga itu sentiasa sihat dan dapat menyalurkan kuasa elektrik kepada rumah penduduk setempat.

“Dengan berbuat demikian, kami boleh menjangkakan kerosakan yang bakal berlaku pada peralatan grid kua-

sa dan selepas itu kami dapat menjala-kan tugas cegah kerosakan secara ter-lebih dahulu,” katanya.

Salah satu projek besar yang dilaku-kan Encik Ameerul adalah usaha penyelenggaraan alat switchgear di pencawang Labrador.

Switchgear merupakan komponen penting bagi memastikan tenaga elek-trik disalurkan dengan lancar.

“Tidak kira komponen peralatan itu kecil atau pun besar, kami tetap melaksanakan tugas dalam member-sih, mengganti dan memastikan alat itu baik untuk digunakan,” tambah-nya lagi.

Biarpun pekerjaannya memerlu-kan banyak tenaga dan pengorbanan sekiranya perlu memperbaiki perala-tan secara tiba-tiba, Encik Ameerul sentiasa terkenang sifat rajin arwah ayahnya dahulu yang bekerja dalam cabang Operasi Gas Kumpulan SP.

“Oleh kerana ibu bapa saya telah berpisah, saya sering bertemu dengan ayah ketika beliau berada di tapak pe-kerjaan. Di situ saya tertarik dengan cara beliau melakukan pekerjaan, den-gan rajin dan jujur dan telah menjalin hubungan rapat dengan para kontrak-tor di bawah kepimpinannya.

“Ayah sayalah yang menggalak-kan saya untuk bekerja di SP dan se-jak itu saya tidak pernah memandang ke belakang.”

Encik Ameerul mula bekerja di SP

tujuh bulan selepas beliau menghabis-kan Perkhidmatan Negara (NS) pada 2012 kerana ingin mengikut jejak ar-wah ayahnya itu.

Beliau menerima tajaan SP untuk menjalani Higher Nitec dan Po-liteknik.

Kededuanya mengambil masa lima tahun.

Tempoh yang dilaluinya itu meru-pakan tempoh yang paling sukar kera-na genap pada jam enam petang, ra-kan sekerja pulang ke rumah manaka-la beliau perlu bergegas mengikuti kuliah.

Namun pengorbanan itu terbukti berbaloi setelah beliau memperolehi Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada 2017 dan menjadi se-orang Pegawai Teknikal setahun ke-mudian.

“Dahulu saya mengusik ayah saya bahawa pekerjaannya mudah sekali. Namun sekarang, saya sedar betapa beratnya tanggungjawab yang perlu dipikul menjaga grid kuasa elektrik itu.

“Cabaran yang saya hadapi sejauh ini merupakan sebahagian daripada pekerjaan saya, daripada dikejutkan pada tengah malam untuk menyelesai-kan masalah di pencawang dan men-cari puncanya, saya mengambil ini se-bagai pengalaman pembelajaran buat pengembangan diri saya sendiri,” jelas beliau lagi.

EHARITH [email protected]

RAMAI mungkin yang tidak tahu, betapa ‘seramnya’ pengalaman dipanggil secara ti-ba-tiba untuk menyelesaikan gangguan bekalan elektrik di grid kuasa nasional.

Pegawai Teknikal Encik Muhammad Firdaus Salim, berkata apabila kejadian sep-erti itu berlaku, beliau sebagai responder per-tama keadaan kecemasan itu perlu melaksan-akan pelbagai tugas perancangan dalam masa yang pendek agar ia dapat diselesaikan dengan selamat dan dengan secepat mu-ngkin.

Menurutnya, beliau perlu mengatur bagaimana memulihkan semula bekalan ele-ktrik, jangkakan masa yang bakal diambil un-tuk berbuat demikian, kemudian melaksana-kan tugas pemulihan itu agar kesan gang-guan elektrik kepada penduduk dapat dikurangkan.

Beliau juga perlu menguruskan jangkaan pelanggan yang terjejas gangguan kuasa itu.

Namun, bapa dua anak itu yang bekerja di Rangkaian Pengagihan tenaga Grid Kuasa Singapore Power (SP) berkata:

“Ini semua merupakan perkara yang bi-asa dalam tugas seharian dan sudah menjadi kebiasaan buatnya. Pasukan-pasukan kami sudah dilatih agar dapat melaksanakan tugas dengan berkesan, profesional dan diyakini.

“Jadi, biarpun saya hadapi cabaran seper-ti itu, saya tetap percaya dengan anggota pa-sukan saya yang sentiasa bersedia dan beru-paya memulihkan kuasa elektrik dengan se-lamat dan secepat mungkin,” katanya lagi.

Encik Muhammad Firdaus sudah bekerja di bahagian rangkaian pengagihan kuasa itu selama lebih tujuh tahun.

Mengimbas kembali pengalaman kerjay-anya itu, beliau pernah dikerah mengendali-kan gangguan bekalan elektrik di satu ke-jiranan privet dahulu yang mana di situ, be-liau mula sedar, betapa pentingnya peranan setiap pegawai teknikal dan teknisyen yang bekerja dalam grid kuasa.

“Saya perhatikan setiap individu berusa-ha dengan sedaya upaya untuk memulihkan bekalan elektrik dan membantu mengurus-kan penduduk yang terjejas akibat gangguan itu.

“Meskipun ia mengambil sedikit masa un-tuk memulihkan semula bekalan elektrik itu, saya kagum dengan sifat gotong-royong dan semangat yang dicontohi pasukan kami,” ka-ta Encik Muhammad Firdaus lagi.

Malah, menurut SP, ia terus melaksana-kan tugas pembaharuan aset dan kerja-kerja penyelenggaraan meskipun ia perlu men-gurangkan jumlah pekerja sewaktu tempoh pemutus rantaian jangkitan pada April hing-ga Jun tahun lalu.

“Dengan usaha ini, SP telah mencapai re-kod Indeks Purata Tempoh Gangguan Sistem (SAIDI) yang rendah iaitu 0.15 minit atau 9 saat bagi tahun 2020 hingga 2021,” kata SP.

Encik Muhammad Firdaus berkongsi se-masa tempoh pemutus rantaian jangkitan, be-liau dikerah mengendalikan kerja perbaikan semula terhadap kabel bekalan elektrik di lu-ar.

Menurutnya pengalaman itu sangat men-cabar buatnya kerana perlu bekerja dengan lebih keras akibat kekurangan tenaga manu-sia sambil melaksanakan ibadah puasa.

Namun, biarpun pekerjaannya itu perlu

pengorbanan, Encik Muhammad Firdaus ber-kata beliau tetap berbesar hati kerana mener-ima sokongan kuat isteri dan keluarga.

“Pekerjaan saya memerlukan saya sen-tiasa bersedia memberi respon kepada pang-gilan kecemasan pada bila-bila masa. Malah saya pun pernah beberapa kali dikerahkan bertugas secara tiba-tiba sewaktu saya se-dang menghabiskan masa rehat saya bersa-ma keluarga.

“Namun saya berbesar hati kerana mem-punyai isteri dan keluarga yang memahami pekerjaan saya dan ini amat bermakna sekali buat saya agar saya dapat melaksanakan tu-gas dengan tenang sahaja.”

Tugas pasti kesihatan grid kuasa ibarat seorang ‘jururawat’

Sentiasa sedia pulihkan bekalan

elektrik yang terputus

SENTIASA BERSEDIA: Encik Muhammad Firdaus Salim (atas tengah, sisipan) sentiasa bersedia mengendalikan sebarang usaha penyelenggaraan dan perbaikan semula dalam rangkaian pengagihan bekalan kuasa elektrik SP. Beliau dilihat sedang menyelia pasukan yang dikerah untuk melakukan kerja perbaikan semula kabel kuasa elektrik di tapak pekerjaan. – Foto BH oleh YONG LI XUAN

UMPAMA SEORANG JURURAWAT: Pegawai Teknikal pasukan Rangkaian Transmisi SP PowerGrid dilihat sedang melaksanakan “pemeriksaan kesihatan” terhadap salah satu peralatan kuasa elektrik SP. – FOTO SP

Ada yang mungkin tidak tahu kerja-kerja di sebalik mereka yang bertugas di Grid Kuasa tempatan. Mereka merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam memastikan rumah kita sentiasa mempunyai bekalan

elektrik untuk melakukan urusan seharian serta memastikan jalan raya setempat terus menyinarkan lampu pada waktu malam. Sempena menyambut Hari Buruh Sabtu lalu, BERITA HARIAN menyelami tugas dua pegawai teknikal

grid kuasa elektrik setempat serta mengambil tahu pengorbanan mereka apabila dikerah mengendalikan kecemasan secara tiba-tiba seperti terjadinya gangguan bekalan elektrik kepada kejiranan setempat.

16 Berita Harian | Rabu, 5 Mei 2021

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.