Upload
dangphuc
View
263
Download
1
Embed Size (px)
Citation preview
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
♦ CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD. Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagai pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS JUDUL: HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN AKADEMIK
SESI PENGAJIAN: 2008/2009
Saya NOR HAFIDATULHUSNA HILMI BT MISKAM
HURUF BESAR
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut: 1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( ) (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan oleh __________________________ ___________________________
(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: NO. 7 KANAN JLN. KUINI, KG. BKT BANGKONG 43950 SG. PELEK, SELANGOR DARUL EHSAN. Tarikh: 16 April 2009 Tarikh: 16 April 2009
SULIT
TERHAD
TIDAK TERHAD
PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF B. HJ. ARSHAD
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah
Sarjana Muda Sains Serta Pendidikan (Kimia)”
Tandangan : …………………………………………..
Nama Penyelia: PROF. MADYA DR. MOHAMMAD YUSOF B. HJ. ARSHAD
Tarikh : ………………………………………….
i
HUBUNGAN GAYA PEMBELAJARAN DENGAN PENCAPAIAN
AKADEMIK
NOR HAFIDATULHUSNA HILMI BT MISKAM
Tesis ini dikemukakan sebagai memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Sains Serta Pendidikan – Kimia (SPC)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
Mac 2009
ii
“Saya akui ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan ringkasan yang
tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”
Tandatangan : ……………………………………………………......
Nama Penulis : NOR HAFIDATULHUSNA HILMI BT MISKAM
Tarikh : ……………………………………………………......
16HB APRIL 2009
iii
Dedikasi
Buat ayahanda dan bondaku yang kusayangi (Haji Miskam b. Dollah Yasir dan
Hajah Misringatom bt Talib)
Pengorbananmu akan kukenang selama-lamanya,
Kasih sayangmu sentiasa kujadikan dorongan dalam hidupku,
Segala sokonganmu kuucapkan ribuan terima kasih
Doaku untukmu sentiasa berbahagia selama-lamanya.
Buat kakanda dan adinda yang kusayangi (Mastura, Hasan, Amir dan Kamil)
Dorongan dan sokonganmu saudaraku sangat bermakna bagiku
Semoga ikatan kekeluargaan antara kita sentiasa kukuh untuk selama-lamanya.
Buat rakan-rakan seperjuangan (terutamanya kawan-kawan 4SPC)
Semoga ikatan ukhwah yang kita bina berkekalan untuk selama-lamanya,
Semoga ikatan ukhwah persahabatan kita sentiasa berkekalan selama-lamanya.
iv
PENGHARGAAN
BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM..ALHAMDULILLAH, bersyukur saya ke
hadrat ilahi dengan limpah kurniaNya dan izinNya, berjaya juga saya menyiapkan
laporan projek sarjana muda ini. Setinggi-tinggi ucapan terima kasih diucapkan
kepada penyelia saya iaitu Prof Madya Dr. Mohammad Yusof b. Hj Arshad yang
telah banyak membantu, meluangkan masa dan memberi tunjuk ajar dalam usaha
menyiapkan laporan ini. Budi tuan akan saya kenang hingga akhir hayat.
Penghargaan ini juga ditujukan kepada kedua ibu bapa dan adik-beradik saya
yang tersayang yang banyak memberi sokongan padu dan galakan serta doa restu
sehingga saya berjaya menyiapkan laporan ini.
Kepada semua rakan-rakan saya yang telah banyak membantu sama ada
secara langsung ataupun tidak langsung dalam proses menyiapkan laporan projek
sarjana muda ini, ribuan terima kasih kerana menyokong saya, sama ada dari segi
mental mahupun fizikal. Penghargaan ini, juga ditujukan kepada responden dan
pihak-pihak yang terlibat dan yang banyak memberi kerjasama kepada saya
sepanjang kajian ini dijalankan.
Sekian, terima kasih.
v
ABSTRAK
Kajian deskriptif ini bertujuan untuk mengkaji hubungan gaya pembelajaran
dominan dengan pencapaian akademik. Kajian ini juga bertujuan mengkaji taburan
gaya pembelajaran dominan pelajar-pelajar aliran sains dalam mata pelajaran kimia
dan untuk mengkaji bagaimana setiap gaya pembelajaran dominan menyelesaikan
masalah. Seramai 178 orang pelajar tingkatan empat aliran sains dari di tiga buah
sekolah di kawasan Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor dilibatkan dalam kajian ini.
Dua set soal selidik iaitu soal selidik gaya pembelajaran Honey dan Mumford yang
mengandungi 80 item dan Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan Masalah Kimia
(UTKMMK) yang mengandungi 4 soalan telah diedarkan kepada responden. Segala
data atau butiran dikumpul dan dianalisis dengan menggunakan kaedah Statistical
Package for the Social Science (SPSS) version 11.0. Hasil daripada kajian mendapati
majoriti pelajar adalah dari gaya pembelajaran Aktivis. Hasil kajian juga
menunjukkan tidak terdapat hubungan antara gaya pembelajaran dominan dengan
pencapaian akademik. Hasil daripada kajian juga mendapati kebanyakan golongan
setiap jenis gaya pembelajaran dominan mempunyai proses yang baik dalam
menyelesaikan masalah. Selain itu, beberapa cadangan kaedah pengajaran
dikemukakan mengikut kesesuaian gaya pembelajaran pelajar.
vi
ABSTRACT
A descriptive study was carried to study the relationship between dominant
learning styles and academic performances. The purpose of study was also to identify
learning styles of the students in chemistry and to investigate their process of
problem solving. The respondents of the study were 178 form four students. The 80
items of Learning Style Questionnaire (LSQ) by Honey and Mumford and 4 items of
UTKMMK were used to identify the dominant learning styles of students and
investigate the process of problem solving by students. Data were analyzed using
SPSS 11.0 for Windows software. The result showed that majority of students’
learning styles was Activist. The results also showed there was no relationship
between dominant learning styles and their academic performances. Generally, it was
observed that the students were good in the process problem solving. There were also
some suggestions teaching methods that suitable with students’ learning styles.
vii
ISI KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI SIMBOL xv
SENARAI LAMPIRAN xvi
1 PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latar Belakang Masalah 1
1.3 Pernyataan Masalah 5
1.4 Objektif Kajian 6
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 7
1.7 Batasan Kajian 8
1.8 Definisi Istilah 9
1.9 Penutup 9
viii
2 SOROTAN PENULISAN
2.1 Pengenalan 10
2.2 Model-Model Gaya Pembelajaran 10
2.2.1 Model Sahsiah 12
2.2.2 Model Pemprosesan Maklumat 14
2.2.3 Model Interaksi Sosial 23
2.2.4 Model Medium Pembelajaran Yang Disukai. 25
2.3 Model Penyelesaian Masalah 27
2.4 Kajian-Kajian Lepas tentang Model Honey
dan Mumford 29
2.5 Kajian-Kajian Lepas tentang Proses Penyelesaian
Masalah 31
2.6 Penutup 32
3 METODOLOGI
3.1 Pengenalan 33
3.2 Rekabentuk Kajian 33
3.3 Kaedah Mengumpul Data 33
3.4 Tempat Kajian 34
3.5 Sampel Kajian 34
3.6 Instrumen Kajian 35
3.6.1 Borang Soal Selidik 36
3.6.2 Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan
Masalah Kimia (UTKMMK) 37
3.7 Jangkamasa Kajian 39
3.8 Kajian Rintis 39
3.9 Kaedah Menganalisis Data
3.9.1 Sistem Pengkodan Demografik Responden 40
3.9.2 Sistem Pengkodan Item Mengikut Setiap
Jenis Gaya Pembelajaran 41
ix
3.9.3 Sistem Markat Gaya Pembelajaran Honey
dan Mumford dan Sistem Pengkodan Gaya
Pembelajaran Dominan Pelajar 41
3.9.4 Kaedah Analisis Hubungan Gaya
Pembelajaran Dominan dengan
Pencapaian Akademik 44
3.9.5 Kaedah Analisis Proses Penyelesaian
Masalah 45
3.10 Penutup 47
4 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN
4.1 Pengenalan 48
4.2 Taburan Gaya Pembelajaran Dominan Pelajar 48
4.3 Taburan Gaya Pembelajaran Dominan Berdasarkan
Pencapaian Akademik 53
4.4 Hubungan Gaya Pembelajaran Dominan dengan
Pencapaian Akademik 56
4.5 Proses Penyelesaian Masalah Kimia bagi Setiap
Jenis Gaya Pembelajaran Dominan Pelajar 59
4.5.1 Soalan Yang Memerlukan Jawapan
Penjelasan 61
4.5.2 Soalan Yang Memerlukan Jawapan Lukisan
Secara Saintifik 64
4.5.3 Soalan Yang Memerlukan Pengiraan 70
4.5.4 Soalan Penulisan Simbol Atom 73
4.5.5 Soalan Persamaan Kimia Yang Seimbang 75
4.6 Modul Pengajaran untuk Gaya Pembelajaran
Honey dan Mumford 77
x
5 RUMUSAN, IMPLIKASI DAN CADANGAN LANJUTAN
5.1 Pengenalan 83
5.2 Rumusan dan Implikasi 83
5.3 Cadangan 86
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 87
5.5 Kesimpulan 87
RUJUKAN 88
LAMPIRAN
LAMPIRAN A-G 95-133
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK HALAMAN
2.1 Model Bawang Merah oleh Curry (1983) 11
2.2 Perbezaan antara Pelajar Field-Independent dan
Field-Dependent 13
2.3 Model Myers-Briggs Type Indicator 14
2.4 Persamaan antara Model Gaya Pembelajaran Kolb
Dengan Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford
oleh Swinton (2006) 19
2.5 Ciri-Ciri Gaya Pembelajaran Honey dan Mumford 21
2.6 Penerangan Model Gaya Pembelajaran Felder
-Silvermann 22
2.7 Penerangan Grasha dan Riechmann Learning Style
(GRLSS) 24
2.8 Penerangan Inventori Pembelajaran di Sekolah
oleh Selmes 26
2.9 Model Polya. 27
2.10 Pemarkahan Analitik. 27
3.1 Bilangan Borang Soal Selidik Yang Diagihkan dan
Yang Diterima Kembali oleh Pengkaji 35
3.2 Pembahagian Item Soal Selidik Gaya Pembelajaran
Honey dan Mumford 37
3.3 Pemilihan Topik untuk UTKMMK 38
3.4 Sistem Pengkodan Demografik Responden 40
3.5 Sistem Pengkodan Item Mengikut Jenis Gaya
Pembelajaran. 41
xii
3.6 Sistem Markah Gaya Pembelajaran Honey
dan Mumford 43
3.7 Sistem Pengkodan Gaya Pembelajaran
Dominan Pelajar 44
3.8 Skala untuk Tafsir Nilai Pekali Korelasi
‘r’ oleh Cohen dan Manion (1994) 44
3.9 Carta Markat Proses Penyelesaian Masalah
UTKMMK 46
4.1 Taburan Gaya Pembelajaran Dominan Pelajar
(n = 178) 50
4.2 Taburan Gaya Pembelajaran Dominan Pelajar
dengan Pencapaian Akademik Sains PMR 53
4.3 Hubungan antara Gaya Pembelajaran Dominan
dengan Pencapaian Akademik 56
4.4 Proses Penyelesaian Masalah Mengikut
Gaya Pembelajaran Dominan Berdasarkan
Jawapan Penjelasan 61
4.5 Proses Penyelesaian Masalah Mengikut Gaya
Pembelajaran Dominan Berdasarkan Lukisan
secara Saintifik 65
4.6 Proses Penyelesaian Masalah Mengikut Gaya
Pembelajaran Dominan Berdasarkan Pengiraan 71
4.7 Proses Penyelesaian Masalah Mengikut
Gaya Pembelajaran Dominan Berdasarkan
Penulisan Simbol Atom 74
4.8 Proses Penyelesaian Masalah Mengikut
Gaya Pembelajaran Dominan Berdasarkan
Persamaan Kimia 76
4.9 Ciri-Ciri Pembelajaran Bagi Setiap Jenis Gaya
Pembelajaran 79
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Kitaran Pembelajaran Pengalaman dan Inventori
Gaya Pembelajaran Kolb. 18
2.2 Gaya Pembelajaran dan Kitaran Pembelajaran
Pengalaman Honey dan Mumford 19
2.3 Model Dunn dan Dunn 25
4.1 Carta Pai Taburan Gaya Pembelajaran
Dominan (n=178) 50
4.2 Graf Palang bagi Gaya Pembelajaran Dominan
Berdasarkan Pencapaian Akademik (Sains PMR) 54
4.3 Lukisan Secara Tidak Saintifik pada Susunan Zarah
bagi Air dan Ais 67
4.4 Lukisan Betul Secara Saintifik bagi Susunan
Elektron Atom 68
4.5 Lukisan Betul Sebahagian Secara Saintifik bagi
Persamaan Kimia 69
4.6 Kerangka Proses Pengenalpastian Gaya Pembelajaran
Pelajar 78
4.7: Pendekatan Pembelajaran Masteri dan Gaya
Pembelajaran Honey dan Mumford 80
xiv
SENARAI SINGKATAN
GRLSS - Grasha dan Reichmann Learning Styles Survey
SASI - Inventori Pembelajaran di Sekolah,
NCTM - National Council of Teacher of Mathematics
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PBL - Problem Based Learning
UTKMMK - Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan Masalah Kimia
L1 - Memahami Masalah
L2 - Merancang Penyelesaian Masalah
L3 - Mendapatkan Jawapan
P&P - Pengajaran dan Pembelajaran
xv
SENARAI SIMBOL
% - Peratus
r - Nilai Pekali Korelasi
p - Nilai Signifikan
α - Nilai Aras Keertian
xvi
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Jadual Penentuan Saiz Sampel Berdasarkan
Populasi Krejcie & Morgan (1970) 95
B Surat-Surat Kebenaran daripada Pengkaji,
Kementerian Pelajaran Malaysia dan Jabatan
Pendidikan Negeri 96
C Penentuan Gaya Pembelajaran Dominan Bagi
Setiap 178 Orang Responden Berdasarkan
Jadual 3.7 Dalam Bab 3. 99
D Pengesahan Ujian Tahap Kognitif Menyelesaikan
Masalah Kimia (UTKMMK) 102
E Soal Selidik Gaya PembelajaranHoney
dan Mumford 103
F Soal selidik UTKMMK 109
G Contoh Jawapan UTKMKK Bagi Setiap
Jenis Gaya Pembelajaran Dominan 118
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Dalam bab ini akan membincangkan subtopik-subtopik yang berkaitan
dengan latar belakang masalah, pernyataan masalah, objektif kajian, persoalan
kajian, kepentingan kajian, batasan kajian dan definisi operasional. Kajian ini
memfokuskan gaya pembelajaran yang dihasilkan oleh Honey dan Mumford (1992)
dan penggunaan instrumen gaya pembelajaran ini difokuskan pada matapelajaran
kimia tingkatan empat sahaja.
1.2 Latar Belakang Masalah
Pada era globalisasi ini, banyak perubahan yang dilakukan oleh sistem
pendidikan Malaysia untuk seiringan dengan perkembangan sains dan teknologi yang
semakin pesat dan terbuka. Contoh yang dapat dilihat pada masa kini ialah
perubahan pada penggunaan bahasa Inggeris dalam pengajaran dan pembelajaran
Sains dan Matematik di Sekolah Kebangsaan (SK), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJKT), Sekolah Menengah (SM) dan Tingkatan Enam yang sudah dilaksanakan
sejak tahun 2003 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2002). Perubahan ini juga
adalah selari dengan matlamat Wawasan 2020 untuk membangunkan Malaysia
menjadi sebuah Negara Perindustrian seperti yang dikatakan oleh Tun Dr. Mahathir
2
Mohamad iaitu bekas Perdana Menteri Malaysia yang keempat, semasa
pembentangan kertas Laluan Ke Depan (The Way Forward) kepada Majlis
Perniagaan Malaysia, mengenai salah satu daripada sembilan cabaran utama untuk
mewujudkan Malaysia sebagai negara yang maju di dalam Laman Web Rasmi
Pejabat Perdana Menteri (2009):
Keenam ialah cabaran untuk mewujudkan masyarakat saintifik dan progresif,
masyarakat yang mempunyai daya perubahan tinggi dan berpandangan ke
depan, yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
penyumbang kepada tamadun saintifik dan teknologi masa depan.
Oleh yang demikian, adalah amat penting untuk menjana individu yang
berpengetahuan dan berkemahiran supaya menjadi masyarakat yang berdaya saing
dan menyumbang bakti kepada negaranya. Maka dengan itu, pendidikan yang
bermakna dan teknologi yang canggih juga adalah antara beberapa faktor untuk
melahirkan individu-individu yang berpotensi dan bertanggungjawab. Sebagaimana
yang telah dijelaskan di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan di dalam Portal
Rasmi Kementerian Pelajaran Malaysia (2008):
Pendidikan Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah
memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu
untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek,
rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada
Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta
memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan
negara.
Berdasarkan petikan satu akhbar oleh Azmy (2008), Dr. Samy A. Azer
menyatakan bahawa ilmu pengetahuan yang dipelajari secara hafalan dan mengingati
fakta, seumpama ‘memaksa’ ilmu tersebut masuk ke dalam otak menggunakan
corong, tetapi tidak dipastikan sama ada ia diterima atau terpesong ke tempat lain.
Cara pembelajaran yang berkesan akan menghasilkan ilmu pengetahuan seseorang
itu menjadi lebih berguna, kekal lama di dalam ingatannya dan dapat digunakan
3
untuk sepanjang hayatnya. Oleh itu, pelajar seharusnya perlu menyedari cara
pembelajaran yang sedia ada pada diri mereka dan cuba untuk memperbaiki lagi cara
pembelajaran mereka itu. Ini adalah untuk menjadikan pembelajaran mereka tidak
sia-sia dan membuang masa sahaja.
Pembelajaran yang dialami oleh setiap individu diperolehi dengan cara yang
berbagai-bagai. Pemprosesan maklumat dua orang individu tentang sesuatu perkara
yang sama, belum tentu diperolehi dengan cara yang sama. Ini adalah kerana
seseorang itu mengalami kesan pembelajaran yang berbeza-beza kerana dipengaruhi
oleh pelbagai faktor seperti persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi. Oleh
yang demikian, terdapat beberapa kajian dan soal selidik yang bersesuaian dijalankan
untuk mengetahui gaya pembelajaran yang diamalkan seseorang. Sebagai contohnya,
Dunn dan Dunn (1985) yang menggunakan inventori gaya pembelajaran mereka
untuk meninjau dan mengenalpasti gaya pembelajaran remaja gred tiga hingga gred
dua belas (bersamaan darjah tiga hingga tingkatan enam), berdasarkan kepada
persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal dan psikologi pelajar-pelajar tersebut.
Gaya pembelajaran adalah diertikan sebagai cara pembelajaran seseorang
individu untuk memproses dan memperoleh sesuatu maklumat, kemahiran dan sikap
yang positif (Ea Ah Meng, 2000; Mok Soon Sang, 2001). Menurut Davis (1993)
pula, gaya pembelajaran seseorang adalah menggunakan kaedah mengumpul,
mentafsir, mengelola dan memikirkan pengetahuan dengan cara yang disukai oleh
mereka. Beliau juga menyatakan bahawa terdapat individu yang suka belajar secara
bersendirian dan terdapat juga yang suka belajar secara berkumpulan. Setiap individu
mempunyai ciri-ciri gaya pembelajaran mereka yang tersendiri dan gaya
pembelajaran mereka boleh dikategorikan kepada kumpulan mereka masing-masing
seperti yang dinyatakan oleh Honey dan Mumford (1992) iaitu terdapat individu
jenis gaya pembelajaran Aktivis, Pragmatis, Reflektor atau Teoris.
Di Malaysia sudah terdapat kajian mengenai pelbagai model gaya
pembelajaran. Kebanyakan kajian yang dilakukan adalah lebih kepada model gaya
pembelajaran oleh Dunn dan Dunn (1985) yang membincangkan tentang rangsangan
dan elemen-elemen gaya pembelajaran seperti persekitaran, emosi, sosiologi, fizikal
4
dan psikologi pelajar. Manakala kajian mengenai model gaya pembelajaran yang lain
seperti Honey dan Mumford, Kolb, Felder dan Silverman serta lain-lain lagi, sangat
kurang dilakukan secara meluas seperti kajian di Barat.
Terdapat beberapa kajian lepas yang menghubung kaitkan gaya pembelajaran
dengan pencapaian akademik. Dapatan kajian lepas yang menunjukkan terdapat
hubungan antara keempat-empat jenis gaya pembelajaran Honey dan Mumford
dengan pencapaian akademik adalah seperti kajian Ross et al (2001) dan Rathia A/P
Selvarajoo (2004) yang memperoleh terdapat hubungan antara dua daripada empat
jenis gaya pembelajaran tersebut dengan pencapaian akademik. Selain itu terdapat
juga kajian yang menunjukkan bahawa gaya pembelajaran Honey dan Mumford
tidak terdapat hubungan signifikan dengan pencapaian akademik seperti hasil
daripada kajian Noraizah (2004) dan van Zwanaberg et al. (2000)
Selain itu, kajian tentang gaya pembelajaran dengan proses penyelesaian
masalah perlu diperluaskan lagi di Malaysia untuk mengetahui cara pembelajaran
dan pemprosesan maklumat yang diamalkan oleh pelajar dalam menyelesaikan
masalah supaya dapat mengesan kelemahan-kelemahan mereka dalam proses
penyelesaian masalah. Apabila dapat mengesan kekuatan dan kelemahan proses
penyelesaian masalah mereka, tenaga pengajar dapat merancang beberapa kaedah
pengajaran yang bersesuaian dan inovatif supaya dapat mengukuhkan lagi proses
tersebut menjadi lebih efektif berdasarkan kepelbagaian gaya pembelajaran pelajar-
pelajar mereka. Ini adalah sejajar dengan saranan oleh Dr. Samy supaya
melaksanakan problem based learning (PBL) di dalam Portal Pendidikan, Utusan
Malaysia Online:
“Kata Dr. Samy, tenaga pengajar perlu inovatif dan kreatif dalam proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) dengan memberi kajian kes kepada
pelajar supaya kaedah pembelajaran fokus ke arah pembelajaran berdasarkan
penyelesaian masalah atau problem based learning (PBL). Guru atau tutor
sewajarnya berperanan sebagai fasilitator bukan sebagai 'penyuap' ilmu
pengetahuan,” jelasnya.
(Azmy, 2008)
5
1.3 Pernyataan Masalah
Di Malaysia kajian tentang gaya pembelajaran oleh Honey dan Mumford
(1992) belum begitu banyak lagi dilakukan di peringkat sekolah menengah. Oleh itu,
kajian ini perlu dijalankan oleh pengkaji untuk menyelidik amalan gaya
pembelajaran Honey dan Mumford yang menjadi keutamaan dalam diri pelajar-
pelajar. Setiap pelajar ada pelbagai amalan gaya pembelajaran mereka yang
tersendiri untuk memperolehi maklumat yang mereka pelajari. Sebagaimana yang
dinyatakan oleh Riding dan Rayners (1998) mengenai gaya pembelajaran seseorang
adalah merujuk kepada kecenderungannya memilih untuk menyusun dan mengingati
maklumat.
Dapatan kajian lepas tentang gaya pembelajaran ada yang menunjukkan
terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian akademik tetapi ada juga
yang menunjukkan tidak terdapat hubungan gaya pembelajaran dengan pencapaian
akademik. Oleh itu, pengkaji ingin mengkaji hubungan gaya pembelajaran dengan
pencapaian akademik dalam matapelajaran sains Peperiksaan Menengah Rendah
(PMR). Pelajar yang mengamalkan cara belajar yang sesuai dan efektif akan dapat
meningkatkan pencapaian akademiknya. Murali Krishnamurthi (tiada tarikh)
menyatakan salah satu cara untuk meningkatkan pencapaian akademik ialah
mengenali kekuatan dan kelemahan gaya pembelajaran yang ada pada dirinya.
Kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengkaji proses penyelesaian masalah bagi
setiap jenis gaya pembelajaran dominan pelajar.
Oleh itu kajian dijalankan untuk mengkaji gaya pembelajaran Honey dan
Mumford yang utama dipraktikkan oleh setiap pelajar tingkatan empat dalam
matapelajaran kimia di tiga buah sekolah di kawasan Kota Tinggi. Selain itu, kajian
juga dijalankan untuk mengkaji hubungannya dengan pencapaian akademik dan
untuk mengkaji juga proses penyelesaian masalah bagi setiap jenis gaya
pembelajaran dominan pelajar.
6
1.4 Objektif Kajian
Dalam kajian ini, pengkaji ingin menjalankan kajian berdasarkan objektif
kajian berikut:
a. Melihat taburan gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran kimia.
b. Melihat taburan gaya pembelajaran dominan pelajar berdasarkan pencapaian
akademik.
c. Melihat hubungan gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian akademik.
d. Melihat proses penyelesaian masalah bagi setiap jenis gaya pembelajaran
dominan pelajar.
1.5 Persoalan Kajian
Berdasarkan objektif kajian di atas, terdapat persoalan-persoalan yang timbul
di dalam kajian ini:
a. Apakah taburan gaya pembelajaran dominan yang diamalkan oleh pelajar-
pelajar tingkatan empat dalam mata pelajaran kimia?
b. Apakah taburan gaya pembelajaran dominan pelajar berdasarkan pencapaian
akademik?
c. Adakah terdapat hubungan gaya pembelajaran dominan dengan pencapaian
akademik?
d. Apakah proses penyelesaian masalah bagi setiap jenis gaya pembelajaran
dominan pelajar?