35
Khamis 6 Ogos 2009 ( Penjodoh Bilangan ) Latihan 1: Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah: 1. Kakak Tina membelikan empat (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya. 2. Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak kucingnya yang baru lahir itu. 3. Ayah membeli se (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon. 4. Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah. 5. Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus (rangkap,patah,butir) perkataan.

Set Latihan a Latihan 1

  • Upload
    kirado

  • View
    10.351

  • Download
    10

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Set Latihan a Latihan 1

Khamis 6 Ogos 2009

( Penjodoh Bilangan )

Latihan 1: Gariskan penjodoh bilangan yang sesuai berdasarkan ayat di bawah:

1.   Kakak Tina membelikan empat (biji,buah,batang) pensel untuk adiknya.

2.   Mohd. Fikri memberikan susu kepada tiga (orang,ekor,buah) anak kucingnya yang baru lahir itu.

3.   Ayah membeli se (puntung,bilah,laras) pisau di kedai Pak Katon.

4.   Ibu menanam enam (rumpun,buah,biji) pokok serai di belakang rumah.

5.   Karangan itu panjangnya hendaklah tidak melebihi seratus (rangkap,patah,butir) perkataan.

6.   Setiap bulan kami akan gunakan 4 (buku,batang,kampit) sabun untuk mandi.

7.   Abang belikan tunangnya

Page 2: Set Latihan a Latihan 1

se(gulung,utas,ulas) rantai emas.

8.   Setiap pelajar dikehendaki membeli sepuluh (helai,keping,buah) buku rampaian.

9.   Empat (buah,gelung,gulung) filem digunakan untuk mengambil gambar perkahwinan kakak.

10. Zamri mempunyai dua  (helai,buah,utas) baju sukan.

11. Lidahnya kelu sehingga tiada se (buah,bentuk,patah) perkataan pun yang dapat dituturkan.

12. Cikgu Jasni meminta kami menulis nama di atas se (pucuk,keping,ulas) kertas.

13. Pihak polis telah melepaskan beberapa (das,dentuman,biji) tembakan ke arah penjenayah itu.

14. Ayah membeli dua (pasang,buah,batang) kasut sempena hari raya.

15. Di puncak Bukit Melawati terdapat beberapa (buah,pucuk,biji) meriam lama.

Page 3: Set Latihan a Latihan 1

16. Pemandu itu memberhentikan keretanya serta-merta kerana terdapat se (batang,ketul,buah) batu besar di tengah jalan.

17. Pak Kasim membawa pulang sepuluh (ulas,tandan,biji) buah mangga.

18. Tiga (bentuk,utas,pasang) cincin ibu telah hilang malam tadi.

19. Lembu Pak Tam diikat dengan menggunakan dua (utas,gulung,bidang) tali.

20. Beribu-ribu (manusia,orang,buah) penduduk Somalia mati akibat kebuluran.

Latihan 2: Isikan tempat kosong di bawah dengan penjodoh bilangan yang sesuai.

1.  Lima _______ pokok telah tumbang akibat dipukul ribut.

2.  Pihak polis telah berjaya merampas se _______ pistol daripada penjenayah itu.

Page 4: Set Latihan a Latihan 1

3.  Pihak polis terpaksa melepaskan beberapa _______ tembakan ke udara untuk menyuraikan orang ramai yang sedang melakukan demonstrasi jalanan.

4.  Ibu membeli se _______ payung dari kedai Muniandy.

5.  Abang telah membeli se _______ tanah untuk persediaan masa tua nanti.

6.  Ahli gusti itu selalu memakan lima _______ telur ayam setiap pagi.

7.  Pak Ngah mempunyai lapan _______ anak yang belum bersekolah.

8.  Saya makan empat _______ nangka sebagai pencuci mulut selepas makan nasi.

9.  Datuk ada menyimpan tiga _______ keris yang dipusakainya turun-temurun.

10.Setiap pagi saya makan dua  _______ roti bakar sebelum ke sekolah.

11.Perenggan ketiga itu mengandungi lima _______ ayat.

12.Abang memanjat lalu memetik lima _______ buah rambutan untuk kami.

Page 5: Set Latihan a Latihan 1

13.Acapan menjual lapan _______ pisang kepada pemborong itu.

14.Nelayan itu mempunyai tiga _______ jala.

15.Kemalangan yang berlaku di simpang itu melibatkan empat _______ kenderaan.

Latihan 3: Pilih penjodoh bilangan yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah:1.  Ayah membeli empat _______ nasi lemak untuk kami bersarapan.

A. ketul B. batangC. buah D. bungkus2.  Adik memasukkan empat ________ ais ke dalam gelas air limaunya.

A. buku B.ulasC. ketul D. kerat3.  Cikgu Nazira menyuruh kami mengarang dua _______ pantun setiap seorang.

A. rangkap B. perengganC. patah D. baris4.  Hashimi menghadiahkan se _______ bunga mawar kepada Cikgu Murni sempena Hari Guru.

Page 6: Set Latihan a Latihan 1

A. pucuk B. rumpunC. kuntum D. bungkus5.  Kami telah dinasihatkan supaya membawa empat _______ pensel ketika menghadapi peperiksaan.

A. bilah B. pucukC. butir D. batang6.  Wanita itu telah kehilangan dua _______ cincin dan se _______ rantai emas.

A. utas ... gulung B. bentuk ... buahC. biji ... utas D. bentuk ... utas7.  Pemenang yang bertuah itu mendapat hadiah se _______ basikal dan dua _______ kasut sukan.

A. pasang ... biji B. buah ... pasangC. biji ... buah D. buah ... bentuk8.  Di belakang rumah atuk saya terdapat se _______ anak sungai dan dua _______ lombong yang dijadikan kolam untuk menternak ikan.

A. batang ... buah B. buah ... batangC. batang ... butir D. biji ... patah9.  Dalam se _______ ayat yang kakak tulis terdapat kira-kira lapan _______ perkataan.

A. rangkap ... buah B. baris ... barisC. patah ... biji D. baris ... patah10. Abang membeli lima _______ ikan emas dan tiga _______ daun plastik untuk

Page 7: Set Latihan a Latihan 1

diisi ke dalam akuarium.

A. buah ... helai B. ekor ... tangkaiC. biji ... kuntum D. ekor ... tandan11. Untuk menyedapkan masakan, campurkan se _______ garam dan masukkan tiga _______ daun pandan.

A. cawan ... helai B. cubit ... rumpunC. kilo ... keping D. cubit ... helai12. Syarikat itu membeli se _______ tanah untuk membina sembilan _______ rumah bagi penempatan para pekerjanya.

A. bidang ... buah B. ketul ... bijiC. bidang ... bentuk D. buah ... buah13. Kanak-kanak itu telah terjumpa tiga _______ peluru meriam lama yang tersorok di dalam se _______ pokok buluh di tepi sungai.

A. butir ... rumpun B. buah ... batangC. biji ... pohon D. butir ... buah14. Petang semalam kakak telah makan dua _______ kek dan minum tiga _______ air sirap di majlis hari jadi kawannya.

A. biji ... gelas B. potong ... buahC. potong ... gelas D. keping ... biji15. Ibu membawa pulang beberapa _______ buah cempedak dan dua _______ pisang emas yang dikirimkan oleh nenek dari kampung.

Page 8: Set Latihan a Latihan 1

A. butir ... sisir B. biji ... tandanC. buah ... biji D. biji ... keping

Latihan 1 ( Pengimbuhan ) : Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memberikan imbuhan awalan yang betul pada perkataan di dalam kurungan.

1.  Ahmad Albab dapat _______ (lihat) dengan jelas apabila dia memakai sermin matanya.

2.  Natasya _______ (lari) lintang-pukang apabila dikejar anjing gila.

3. Gunung Kinabalu merupakan gunung yang _______ (tinggi) di Malaysia.

4.  Suara _______ (nyanyi) itu seakan-akan suara Siti Nurhaliza.

5.  Mohd. Faris mendapat tempat _______ (dua) dalam pertandingan syarahan di sekolahnya.

6.  Pakaian yang kotor itu sudah _______ (basuh) oleh ibu pagi tadi.

7.  Kami sekeluarga telah _______ (cat) rumah pada minggu lepas.

8.  Malaysia telah _______ (eksport) kereta

Page 9: Set Latihan a Latihan 1

Proton Waja ke Indonesia.

9.  Zuraidah bercita-cita ingin menjadi _______ (karang) novel yang terkenal di Malaysia.

10. Kelajuan kita berlari tidaklah _______ (pantas) kuda.

Latihan 2 ( Pengimbuhan ) : Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan memberikan imbuhan akhiran yang betul .

1.  "Tolong _______ (bungkus) saya dua kilo tepung pulut," kata ibu kepada pekedai itu.

2.  Shalin Zulkifli telah dipilih sebagai _______ (olahraga) negara .

3.  Untuk menjadi manusia yang baik kita perlu lah sentiasa _______ (budi) bahasa.

4.  Ibu bergegas di _______ (ampai) untuk mengangkat baju kerana hujan turun tiba-tiba.

5.  Harta yang di _______ (waris) daripada datuknya bernilai lima juta ringgit.

6.  Keris Mas merupakan _______ (sastera)

Page 10: Set Latihan a Latihan 1

pertama yang menerima Anugerah Sastera Negara pada tahun 1981

7.  Allahyarham Tan Sri P. Ramlee merupakan _______ (seni) negara yang tidak ada tolok bandingnya sehingga sekarang.

8.  Di dalam pusat sumber itu terdapat kenyataan yang berbunyi sila '_______ (letak) semula buku-buku di tempat asal'.

9.  _______ (letup) gas yang berlaku di rumah Maniam menyebabkan seluruh kampung terkejut.

10. Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 telah menubuhkan Kelab _______ (usaha) Muda untuk mendedahkan murid-murid  di dalam bidang perniagaan.

Latihan 3 ( Pengimbuhan ) : Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan imbuhan apitan yang betul bagi perkataan di dalam kurungan.

1.  Ayah _______ (beli) adik sebuah kereta mainan.

2. Wang syilling dan kertas _______ (tabur) di lantai apabila tabung

Page 11: Set Latihan a Latihan 1

simpanannya pecah.

3.  Ular Senduk ialah sejenis reptilia yang paling _______ (takut) oleh manusia.

4.  Sekiranya semua warga Malaysia bersama-sama menjaga _______ (bersih) sudah tentu rakyatnya menjadi sihat.

5.  Minggu lepas kami sekeluarga melancong ke Bukit Frazier untuk _______ (nikmat) udara yang nyaman.

6.  Empat orang pelajar telah _______ (masuk) ke hospital kerana termakan makanan beracun.

7.  Kumpulan koir sekolah telah _______ (sembah) dua buah lagu sempena Hari Guru .

8.  Tabiat suka makan ulam _______ (percaya) dapat mencegah penyakit kencing manis.

9.  _______ (jalan) dari Ipoh ke Kuala Lumpur mengambil masa dua jam sahaja jika kita menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan.

10. Kami berkelah dengan _______ (bekal) beberapa bungkus nasi lemak dan dua

Page 12: Set Latihan a Latihan 1

botol minuman setiap orang.

Latihan1: Lengkapkan ayat-ayat di bawah dengan menggandakan perkataan-perkataan dalam kurungan.

1.   Kereta yang dipamerkan itu _______(cantik) belaka.

2.    _______(Rumah) yang terletak di pinggir sungai itu sering dilanda banjir.

3.    Raksa ialah sejenis bahan _______(cair) yang terdapat di dalam jangka suhu.

4.    Hutan di Sabah kaya dengan _______(kayu) yang bermutu tinggi.

5.    _______(Lembu) yang sedang meragut rumput di kawasan padang itu milik Pak Tam.

6.    Kita janganlah suka memperbesar-besarkan perkara yang _______(remeh).

7.    Empat orang pelajar _______(Laki) telah ditangkap oleh guru disiplin ketika sedang  menghisap rokok.

8.    Kelihatan _______(tin) kosong bekas

Page 13: Set Latihan a Latihan 1

minuman yang dibuang oleh penonton bertaburan di tengah padang.

9.    Lipas menggunakan _______(sungut) sebagai deria bau dan rasa.

10.  Rumah Pak Kasim menjadi _______(gelap) akibat bekalan elektrik terputus.

Latihan 2: Isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata ganda yang paling sesuai.

1.    Kereta baru Encik Fahmi _______ kerana digosok oleh anaknya dengan berus dawai.

2.    Selepas penat bersiar-siar, mereka pun singgah untuk _______ di restoran yang terkenal itu.

3.    Anda semua janganlah cepat percaya kepada cerita yang _______.

4.    Mat Rani pergi ke kedai basikal untuk memperbaiki _______ basikalnya yang bengkok.

Page 14: Set Latihan a Latihan 1

5.    Sambutan Hari Kemerdekaan tahun ini disambut dengan upacara yang sungguh _______.

6.    Kanak-kanak itu lari _______ apabila dikejar oleh anjing.

7.    _______ di Sekolah Kebangsaan Putrajaya 1 memakai baju biru dan bertali leher merah jambu.

8.    Budak itu memang tidak tahu malu, bak kata pepatah ' hidung tak mancung, pipi _______.

9.    Beberapa batang pokok telah _______ akibat dilanda ribut kencang petang semalam.

10.  Pekerja binaan itu sedang memasang _______ rumah itu manakala rakannya sedang menggergaji kayu.

Latihan 3 : Pilih kata ganda yang paling sesuai bagi melengkapkan ayat-ayat di bawah.

1.   Hamidah berasa _______ apabila seekor pacat memanjat di kakinya.

A.  lintang-pukang B. geli-geliman

Page 15: Set Latihan a Latihan 1

C.  huru-hara D. riuh-rendah

2.   Penduduk Kampung Seri Wangi telah terdengar _______ yang mengatakan bahawa kampung mereka akan dimajukan oleh pihak kerajaan sebagai tempat pelancongan.

A.   gedak-geduk B.   hiruk-pikukC.   dolak-dalik D.   desas-desus

3.    "Mengaku sahajalah akan kesalahan kamu itu, janganlah hendak  _______ lagi," kata Cikgu Zawawie kepada budak nakal itu.

A.    berdolak-dalih B.   bersimpang-siurC.    berbelit-belit D.   bersusah-payah

4.    Kanta _______ telah semakin popular di kalangan remaja dewasa ini.

A.   cecair B.   kekacaC.   sesentuh D.   bebola

5.    Pemabuk itu telah ditangkap oleh polis ketika berjalan _______ di kaki lima kedai itu.

A.    simpang-siurB.   terhuyung-hayang

C.    tunggang-langgang

D.   melenggang-lenggok

Page 16: Set Latihan a Latihan 1

6.    Masih ada kaum Asli yang hidup _______ di dalam hutan negara kita.

A.    bersuka-ria B.   porak-peranda

C.    mundar-mandirD.   berpindah-randah

7.    "Saya tidak ada _______ dengan masalah yang menimpa awak itu," kata Tajudin kepada Ahmad.

A.    kait-mengait B.   kena-mengenaC.    berpaut-paut D.   libat-melibat

8.    Para petani itu semakin _______ kerana hujan masih lagi belum turun sedangkan tanaman padi memerlukan banyak air.

A.    keluh-kesah B.   kusut-masaiC.    kering-kontang D.   haru-biru

9.    Anggota-anggota bomba itu sedang _______ untuk memadamkan api yang sedang marak itu.

A.    bersusah-payahB.   bertungkus-lumus

C.    kelam-kabut D.   bolak-balik

10.   Mereka terpaksa berjalan kaki _______ sebelum sampai ke kawasan Gua Niah yang terkenal itu.

Page 17: Set Latihan a Latihan 1

A.    semalam-malaman

B.   bertahun-tahun

C.    terhincut-hincutD.   berduyun-duyun

11.    Suasana semasa kebakaran itu sungguh memilukan kerana kita boleh mendengar _______ mangsa yang terperangkap di dalam bangunan yang terbakar itu.

A.    riuh-rendah B.   jerit-pekikC.    remuk-redam D.   hingar-bingar

12.    Dia mempelajari kerja _______ kain songket itu daripada datuknya di Terengganu.

A.    sulam-menyulam

B.   jahit-menjahit

C.    tenun-menenunD.   silang-menyilang

13.    Harga sebungkus _______ ikan itu ialah dua ringgit.

A.     jejari B.   tetulangC.     bebola D.   tetikus

14.   Suasana di sekitar taman perumahan itu sungguh tidak menyenangkan kerana terlalu banyak  _______ di situ.

A.    lalu-lalang B.   simpang-siur

Page 18: Set Latihan a Latihan 1

C.    susup-sasap D.   sampah-sarap

15.    Aminah berasa terharu kerana ramai _______ yang datang menziarahinya ketika dia terlantar di hospital. A.    kawan-rakan B.   sahabat-handaiC.    saudara-mara D.   orang-orang

16.    Pencari rotan itu lari _______ apabila terdengar suara harimau mengaum tidak jauh dari tempat dia mencari rotan.

A.     hiruk-pikukB.   terpekik-terlolong

C.     kelam-kabutD.   pontang-panting

17.    Kapal yang dinaikinya itu _______ apabila dipukul ribut besar.

A.     terumbang-ambing

B.   terhoyong-hayang

C.     terbuai-buaiD.   tergoyang-goyang

18.    Shuhada masih _______ akan peristiwa manis yang dialaminya ketika berada di Pulau Tioman dahulu.

A.     terlupa-lupaB.   ingat-mengingati

C.     terkenang-kenang

D.   rindu-merindui

Page 19: Set Latihan a Latihan 1

19.    Orang ramai _______ ke Stadium Putrajaya untuk menyaksikan konsert Siti Nurhaliza sempena Hari Wilayah.

A.     berpusu-pusu B.   berebut-rebut

C.     bersorak-sorakD.   berlenggang-lenggok

20.    Jalan yang _______ itu boleh mengakibatkan kemalangan kepada penunggang basikal.

A.      tunggang-langgang

B.   lekak-lekuk

C.      licin-lecurD.   simpang-perenang

Pilih sepuluh daripada perkataan yang disediakan dalam kotak dan isikan tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah dengan kata banyak makna yang sesuai.

1.  a) Semua mata pelajaran diajar dalam _______ Melayu.     b) Orang berbudi kita ber _______, barulah hidup aman sentosa.

2.  a) Persembahan tarian dari murid-murid SK. Putrajaya 1 telah _______

Page 20: Set Latihan a Latihan 1

perhatian ramai penonton.     b) Ahmadi _______ tangan saya sambil mengajak saya pulang.

3.  a) Hasil daripada kemenangan itu, pasukan Selangor telah berjaya menambah tiga lagi _______ .     b) Adik menangis kerana _______ nya dimasuki habuk.

4.  a) Musani berjumpa dengan gurunya untuk mendapatkan maklumat _______ tentang pertandingan syarahan itu.     b) Walaupun usianya telah agak _______ tetapi dia kelihatan segak.

5.  a) Azmi telah menjadi _______ bomba sejak sepuluh tahun yang lalu.     b) _______ badannya sengal-sengal, sejak dia terjatuh dari pokok.

6.  a) Zamzuriah berkulit _______ manakala kakaknya berkulit gelap.     b) Jika kita rajin berusaha sudah tentu _______ masa depan kita.

7.  a) Hatinya menjadi _______ selepas mendengar permohonan maaf   adiknya.     b) Kakak suka memakai baju kurung ini kerana kainnya begitu _______ .

8.  a) Orang yang suka bercakap _______

Page 21: Set Latihan a Latihan 1

dibenci orang.     b) Rumah yang _______ itu kepunyaan Encik Asmat.

9.  a) Adik saya sangat berminat dengan kerja-kerja _______ ukir.     b) Dunia _______ hiburan tidak seindah yang disangkakan.

10. a) Pisau yang baru ayah beli itu sungguh _______ .     b) Untuk menjadi seorang ketua yang baik, seseorang itu mestilah _______ fikirannya.

Latihan 1 ( Tanda Baca ) : Tulis kembali ayat-ayat di bawah dengan memberikan tanda baca dengan betul.

1.  kakak menyuruh saya membeli gula ikan bilis dan kelapa parut

    ____________________________________________________________2.  mengapakah kamu tidak hadir ke sekolah semalam tanya ibu

     ___________________________________________________________3.  amboi meriah sungguh majlis

Page 22: Set Latihan a Latihan 1

hariraya di kampung kamu ya          ___________________________________________________________4.  sultan mahmud bertitah beta akan berangkat ke linggi esok

     ___________________________________________________________5.  di dalam feri itu ada berbagai-bagai jenis kenderaan seperti basikal motosikal kereta van lori dan bas

     ___________________________________________________________6.  ayah baru pulang dari pejabat dia penat lalu berehat di ruang tamu

     ___________________________________________________________7.  kata asma kepada dinnie syabas kamu mendapat tempat pertama

     ___________________________________________________________8.  malaysia mencapai kemerdekaaan pada 31 ogos 1957

Page 23: Set Latihan a Latihan 1

     ___________________________________________________________

9.  siapakah orang yang mencipta telefon tanya abang kepada saya

     ___________________________________________________________

10. malaysia merupakan pengeksport getah bijih timah kelapa sawit dan kayu balak pada tahun 70 an

     ___________________________________________________________

Latihan 1 ( Simpulan Bahasa ) : Pilih simpulan bahasa yang paling sesuai bagi mengisi tempat-tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

     Kasim dan Wahab tinggal di Kampung Pandan. Kasim disukai penduduk

Page 24: Set Latihan a Latihan 1

kampung kerana dia _______ , sering bertegur sapa dengan orang apabila

bersua. Walaupun Kasim hanya menjadi _______ kepada keluarga Pak

Samad, tetapi dia tetap disayangi oleh semua ahli keluarga angkatnya.

          Wahab pula digelar _______ kerana dia tidak suka bercampur gaul

dengan orang lain. Wahab bangga kerana dia menjadi _______ kepada

Encik Jamil. Wahab menjadi _______ dan sering berbuat sesuka hati kerana

ayahnya merupakan orang kaya di kampung itu. Akhirnya Wahab menjadi

_______ pantang melihat barang berharga akan dicurinya.

          Apabila ayahnya mengetahui perangai Wahab, dia pun _______ lalu

memukul Wahab dengan teruknya. Kejadian itu telah menjadi _______ orang

Page 25: Set Latihan a Latihan 1

kampung dan semenjak hari itu Wahab mula berubah perangai. Wahab

telah insaf dan berkawan baik dengan Kasim. Mereka berdua _______ ,

sering menolong orang kampung dan kini menjadi _______ orang kampung.

Latihan 2 ( Simpulan Bahasa ): Pilih simpulan bahasa yang sesuai untuk mengisi tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah.

1. Miskam itu memang _______ , tendang bola pun tak pandai.

A. kaki ayam B. kaki botolC. kaki bangku D. kaki kelentong

2. Maria berasa _______ kerana tidak dijemput ke majlis hari jadi Rita.

A. besar hati B. ada hatiC. kecil hati D. hati tikus

3. Kamis dan isterinya berasa gembira kerana mereka mendapat _______ pertama.

A. cahaya mata B. mata airC. buah hati D. muka tembok

Page 26: Set Latihan a Latihan 1

4. _______ telah berlaku di antara Ramesh dan Suva kerana Ramesh menuduh Suva mengambil buku rampaiannya.

A. Perang teluk B. Mulut muraiC. Perang mulut D. Mulut tempayan

5. Dalam pemilihan pasukan pingpong sekolah, tidak ada _______ , hanya mereka yang terbaik sahaja akan dipilih.

A. pilih menantu B. pilih kasihC. anak buah D. anak angkat

6. Janganlah kita tunggu sehingga _______ , kalau kita malas kita tidak akan hidup senang.

A. terang tanah B. terang hatiC. kucing bertanduk D. kucing kurap

7. Low berada di _______, dia tidak tahu calon mana yang hendak diundinya.

A. bawah pagar B. atas anginC. atas pagar D. bawah angin

8. Pemain-pemain bola sepak yang _______ akan disingkirkan dari pasukan sekolah.

A. kaki kuda B. makan angiC. kaki bangku D. makan suap

Page 27: Set Latihan a Latihan 1

9. Zuraidah mendapat _______ apabila memenangi hadiah dalam cabutan bertuah.

A. durian runtuh B. serkap jarangC. buruk siku D. kepala angin

10. Kita hendaklah menyambut kedatangan tetamu dengan _______ .

A. tangan panjang B. hati batuC. tangan terbuka D. kecil hati

Latihan 1 ( Kata Sendi Nama ) : Pilih kata sendi nama yang paling sesuai bagi mengisi tempat kosong di bawah.

1.  Encik Kamal telah menghadiahkan sebuah kereta mainan _______ anaknya.

A. pada B. daripadaC. kepada D. oleh

2.  Para perajurit tanahair telah berjuang _______ titisan darah yang terakhir.

A. hingga B. kepadaC. dengan D. seperti

3.  Encik Samion berjaya mencipta alat pengisar _______ bahan-bahan terbuang.

A. untuk B. dengan

Page 28: Set Latihan a Latihan 1

C. daripada D. seperti

4.  Ceramah mengenai kebersihan itu akan disampaikan _______ Guru Penasihat Bulan Sabit Merah.

A. dengan B. olehC. kepada D. daripada

5.  Rombongan kami akan bertolak _______ Perlis pada pukul sepuluh malam ini .

A. sampai B. diC. ke D. daripada

6.  Bilik kecil yang terletak di hujung bangunan hospital itu dikhaskan _______ pengawal hospital.

A. dengan B. demiC. untuk D. kepada

7.  Semua pengawas sedang berbincang dengan guru disiplin _______ masalah murid yang sering datang lewat.

A. tentang B. akanC. daripada D. kepada

8.  Murid-murid hanya dibenarkan makan di kantin sekolah _______ waktu rehat sahaja.

Page 29: Set Latihan a Latihan 1

A. kepada B. padaC. untuk D. di

9.  Norhayati memberikan sepiring air susu _______ anak kucingnya.

A. ke B. kepadaC. dengan A. akan

10. Pasangan pengantin baru itu sama padan _______ pinang dibelah dua.

A. dengan B. sejakC. hingga D. umpama