9

Click here to load reader

SET2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

11

Citation preview

Page 1: SET2

SET 2

SOALAN ULANGKAJI EDU3083BAHAGIAN B(40 markah)

SOALAN STRUKTUR

1 a. Nyatakan empat ciri guru yang mengamalkan kesantunan yang tinggi. (4 markah)

i. Menghargai & menghormati orang lainii. Ikhlas, jujur & baik hatiiii. Berani & tegas dan membetulkan perkara2 keji yang berlakuiv. Peramah, pemurah & bersedia memperbaiki kelemahan diri

b. Huraikan tiga isu etika guru yang wujud. ( 6 markah)

i. Isu guru berniaga di sekolah. Berniaga bukan bertempat di sekolah. Guru harus melaksanakan tanggungjawab sebagai pendidik di dalam bilik darjah bukannya sebagai peniaga.

ii. Isu penyalahgunaan masa. Contohnya, guru tidak menepati masa memasuki kelas, guru menggunakan masa di sekolah dengan melakukan kerja-kerja yang tidak berkaitan dengan pendidikan, misalnya melayari facebook, bergosip, melepak di kantin. Isu ini akan menjejaskan produktiviti guru dalam menyampaikan P&P di mana ia akan merugikan murid malahan juga menjejaskan kredibiliti para guru.

iii. Isu kepedulian guru. Contohnya, wujud tingkah laku negatif guru seperti menyindir murid, pilih kasih, mendera murid. Tingkah laku guru ini akan memberi kesan negatif terhadap terhadap pencapaian akademik serta sikap murid terhadap persekitaran pembelajaran. Guru haruslah bersifaf professional dan mengawal tingkah laku negatifnya.

Page 2: SET2

SOALAN ESEI.

1 a. Huraikan empat tanggungjawab guru seperti yang termaktub dalam Tatasusila Profesion Keguruan Malaysia. (10 markah)

Tanggungjawab terhadap pelajar

Lebih mengutamakan kebajikan dan keselamatan pelajar kami daripada hal-hal lain. Bersikap adil terhadap setiap orang pelajar tanpa mengira faktor jasmani, mental,

emosi, politik, ekonomi, sosial, keturunan atau agama. Merahsiakan maklumat ikhtisas atau sulit mengenai pelajar kecuali kepada mereka

yang berhak mengetahuinya. Membimbing atau mengajar seseorang pelajar dalam darjah sendiri atau dalam mata

pelajaran-mata pelajaran yang diajar di bilik darjah tanpa sebarang bayaran. Menunjukkan suatu cara pakaian, pertuturan dan tingkah laku yang dapat

memberikan contoh yang baik kepada pelajar. Memelihara dan memperbaiki kecekapan ikhtisas melalui pengkajian, lawatan dan

menghadiri kursus ikhtisas, persidangan, mesyuarat atau seminar supaya pengajaran kami mencapai mutu yang setinggi-tingginya.

Tanggungjawab terhadap ibu bapa

Menghormati tanggungjawab utama ibu bapa terhadap anak-anak mereka. Berusaha mewujudkan hubungan mesra dan kerjasama yang erat antara institusi

pendidikan dengan rumahtangga. Menganggap semua maklumat yang diberikan oleh ibu bapa mengenai keadaan

rumahtangga atau mengenai anak mereka sebagai sulit dan tidak akan membocorkannya kepada sesiapa kecuali kepada mereka yang berhak mengetahuinya.

Memberikan maklumat kepada ibu bapa demi kepentingan anak-anak mereka dan menggunakan maklumat yang diterima daripada ibu bapa secara teliti dan bijaksana.

Mengelakkan diri daripada menggunakan atau dipengaruhi oleh kedudukan sosial dan ekonomi ibu bapa pelajar.

Mengelakkan diri daripada mengeluarkan kata-kata atau melakukan sesuatu yang boleh menjejaskan kepercayaan pelajar terhadap ibu bapa atau penjaga mereka.

Tanggungjawab terhadap masyarakat dan negara

Mengelakkan diri daripada menyebarkan sesuatu ajaran yang boleh merosakkan kepentingan pelajar, masyarakat, negara ataupun yang bertentangan dengan Rukun Negara.

Memupuk dalam diri setiap pelajar sikap dan nilai yang boleh membantu dan membimbing mereka untuk menjadi warganegarayang taatsetia, bertanggungjawab dan berguna, menghormati adanya perbezaan kebudayaan, keturunan dan agama.

Menghormati masyarakat di tempat kami berkhidmat dan memenuhi segala tanggungjawab sebagai seorang warganegara dan sentiasa sanggup mengambil bahagian dalam sebarang kegiatan masyarakat.

Menggalakkan kerjasama dan persefahaman antara guru dengan ibu bapa serta institusi pendidikan dengan masyarakat.

Page 3: SET2

Memberikan sumbangan cergas untuk meninggikan ke- hidupan moral, kebudayaan dan kecendekiaan masyarakat.

Berpegang kepada tingkah laku yang sopan yang diterima oleh masyarakat dan menjalani kehidupan kami sehari-hari dengan baik.

Tanggungjawab terhadap rakan sejawat dan profesion Keguruan.

Mengelakkan diri daripada membuat sebarang kenyataan atau ulasan yang boleh mencemarkan nama baik seseorang guru di hadapan pelajar atau ibu bapa atau berbuat sesuatu yang boleh menjatuhkan maruah seseorang guru.

Tidak melibatkan diri dalam kegiatan yang boleh menjejaskan kecekapan kami sebagai guru.

Berusaha dengan sepenuhnya menunaikan tanggungjawab kami dengan rajin dan bersungguh-sungguh dan mengekalkannya sejajar dengan kemajuan ikhtisas dan sosial.

Sentiasa bersedia membantu rakan sejawat kami terutamanya mereka yang baru dalam profesion keguruan.

Sentiasa mengawasi diri kami supaya tidak mencemarkan nama baik profesion keguruan.

Akan menjadi ahli sesebuah pertubuhan guru.

b. Huraikan akauntabiiti guru terhadap diri sendiri. (10 markah)

Profesion perguruan merupakan profesion yang dihormati oleh setiap lapisan masyarakat negara ini sejak negara ini belum merdeka lagi. Justeru itu, setiap guru wajib memelihara dan mengekalkan status ini demi kebaikan guru itu khususnya dan bidang pendidikan amnya. Bagi memastikan profesion perguruan sentiasa dihormati, guru-guru hendaklah bertanggungjawab terhadap kemajuan diri sendiri.

Pertama, guru mesti menjaga kesihatan dengan sempurna sama ada dalam fizikal atau mental. Hal ini kerana guru yang sihat dapat menjalankan tugas dengan cergas dan bertenaga. Pengajaran dan pembelajaran juga akan lebih efektif dan berkesan. Jika seseorang guru mengalami penyakit-penyakit sama ada fizikal atau mental, maka dia akan tidak dapat menumpukan penuh perhatian pada anak muridnya. Oleh itu, seseorang guru bertanggungjawab menjaga kesihatan diri sendiri dengan baik.

Guru yang professional juga hendaklah mengawal emosi ketika mengajar supaya murid-murid dapat menghayati pelajaran dengan tenang dan tenteram. Tidak dapat dinafikan, guru pada masa kini mengalami tekanan dan menghadapi banyak cabaran sehingga menimbulkan pelbagai masalah emosi pada dirinya, Contohnya, ketegangan, kekecewaan, kebimbangan, kemarahan dan dukacita yang disebabkan oleh aspek-aspek pekerjaan sebagai seorang guru. Masalah emosi seorang guru dapat menjejaskan pengajaran dalam bilik darjah dan mereka tidak mampu menjalankan tugasan mereka dengan baik. Oleh hal yang demikian, seseorang guru perlu berkemahiran untuk menguruskan emosi diri sendiri supaya hatinya sentiasa tenang dan selesa.

Selain itu, seseorang guru juga harus melengkapkan diri dengan pelbagai ilmu pengetahuan menerusi aktiviti membaca dan aktiviti lain yang ada kaitan dengan

Page 4: SET2

tugas guru. Guru juga perlu menambahbaikkan kemahiran menyampaikan maklumat supaya membantu mereka dalam menjalankan pengajaran dan pembelajaran harian mengikut kaedah dan teknik yang berkesan. Guru perlu berusaha melibatkan pelajar dalam semua aktiviti yang dijalankan dalam kelas. Penyertaan pelajar ini boleh menjadikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih menyeronokkan.

Seseorang guru juga bertanggungjawab memupuk nilai yang positif dalam dirid sendiri untuk memberi contoh teladan yang baik kepada anak murid dan juga masyarakat. Guru harus menjaga kebersihan dan kesihatan dirinya, mengawal emosi, menghindarkan diri dari sebarang ketegangan jiwa yang boleh mengganggu tugasnya. Hal ini kerana guru adalah model yang baik kepada murid, ataupun masyarakat. Bagaimana sikap seorang guru begitulah sikap muridnya. Sekiranya guru tidak berkelakuan baik, maka pelajarnya juga akan mengikut perbuatannya Oleh itu guru harus sentiasa mengawal diri daripada perkara-perkara ini agar dapat menjalankan tugas sebagai pendidik dengan sempurna.

Di samping itu, guru juga perlu berpengetahuan dan peka terhadap peristiwa di sekeliling melalui media massa atau eletronik. Masa kini adalah zaman teknologi, alat-alat elektronik semakan canggih dan mendatangkan banyak manfaat kepada manusia. Contohnya, melalui laman web, kita boleh mendapatkan maklumat atau berita yang terkini tanpa pergi mana-mana tempat. Kita hanya duduk di rumah dan mencari maklumat melalui komputer sahaja. Oleh itu, seseorang guru perlunya peka terhadap perkara-perkara yang berlaku di sedunia supaya membuka minda diri sendiri. Seseorang pendidik perlu berilmu dan mempunyai pengetahuan am tentang semua perkara tidak kiranya dalam bidang profesion guru atau aspek yang lain.

Page 5: SET2

2 a. Huraikan strategi-strategi yang relevan yang dapat dilaksanakan dalam memenuhi fungsi guru sebagai penyampai ilmu. (10 markah)

Antara strategi yang relevan yang dapat dilaksanakan dalam memenuhi fungsi guru sebagai penyampai ilmu, guru harus mempunyai tanggungjawab mencari dan mengamalkan ilmu. Dalam hal ini, guru harus mencintai, menguasai, sentiasa mencari dan meningkatkan pengetahuan, menggunakan atau mengaplikasikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai aspek kehidupan. Kesemua ini adalah amat penting bagi memenuhi keperluan pendidikan dan masa depan generasi muda negara.

Di samping, itu, dalam menyempurnakan fungsi guru sebagai seorang penyampai ilmu, guru boleh menjadikan tugas mengajar sebagai satu amanah. Maka, guru boleh berbakti dengan mencurahkan ilmu pengetahuan dan pengalaman kepada murid, masyarakat dan negara serta bersedia berkongsi ilmu tanpa mengharapkan habuan dan pengiktirafan demi kemajuan bangsa dan negara.

Dalam menjamin keberkesanan guru sebagai penyampai ilmu juga, guru haruslah mengamalkan sikap “belajar untuk mengajar”. Guru harus meningkatkan ilmu dan penegetahuan isi kandungan pengajaran melalui pembacaan. Guru juga boleh mengadakan perbincangan dengan rakan sejawat, menghadiri kursus dalam perkhidmatan, menjalankan penyelidikan serta mempamerkan sikap keterbukaan kepada peluang pemerolehan ilmu dalam mencapai objektif ini.

Selain itu, guru harus mengambil berat tentang perkembangan ilmu pengetahuan dan kemahiran terkini supaya dapat menyampaikan ilmu dengan berkesan. Contohnya, guru yang sentiasa mengemaskini dan mendalami isi kandungan pengajaran akan dapat menyediakan pengalaman pembelajaran murid secara bermakna. bukan ini sahaja, malahan guru juga dapat menggunakan ilmu untuk mengeakkan kebenaran dan keadilan serta dapat memberikan sumbangan yang berkualiti dan bermakna kepada anak didik, masyarakat dan negara.

Tambahan pula, guru sebagai penyampai ilmu yang berkesan adalah seorang yang berupaya memupuk budaya cinta akan ilmu di dalam diri murid-murid. Dengan ini, ilmu murid dapat dikembangkan dan dimanfaatkan dalam semua aspek kehidupan. Apabila dewasa nanti, para murid ini juga akan menjadi seorang yang berupaya menuntut dan mencari ilmu pengetahuan yang diingini secara berdikari dan berkesan tanpa bergantung kepada orang lain.

Bagi memenuhi fungsi guru sebagai penyampai ilmu, guru boleh menjadi pengamal pengetahuan kandungan pedagogi. Antara usaha-usaha guru dalam ini adalah mensintesis dan menyepadukan 3 teras pengetahuan, iaitu pengetahuan, isi kandungan, pengetahuan pedagogi am dan pengetahuan konteks pendidikan.

Strategi yang boleh dilaksanakan dalam menjamin guru sebagai penyampai ilmu yang efektif adalah menstrukturkan pengajaran dengan mengintegrasikan unsur-unsur kemahiran belajar dan kemahiran berfikir dalam penyampaian isi kandungan. Ini adalah untuk menghasilkan murid yang berupaya berfikir pada aras

Page 6: SET2

tinggi sesuai dengan gaya pembelajaran dan kognitif mereka. Pengajaran yang berasaskan TMK juga boleh diterapkan untuk mencapai tujuan ini.

b. Bincangkan bagaimana guru dapat memainkan peranan melalui perancangan aktiviti untuk pembinaan negara bangsa. (10 markah)

Yang pertama, guru boleh melaksanakan pelbagai program sempena memperingati hari ulang tahun kemerdekaan negara. Jawatankuasa sambutan peringkat sekolah ditubuhkan dengan kerjasama Kelab Rukun Negara, Unit Bimbingan Dan Kaunseling, Kelab Guru dan Kakitangan, Persatuan Sejarah dan Persatuan-persatuan pelajar. Sekolah juga turut melibatkan penyertaan PIBG, tokoh-tokoh dan sejarawan, Agensi dan Badan Kerajaan dan Bukan Kerajaan dalam aktiviti yang dilaksanakan. Acara yang dilaksanakan ialah seperti ceramah kemerdekaan, tayangan gambar berbentuk patriotik, pembacaan sajak, sketsa, pentomen, kibaran ”Jalur Gemilang”, hiasan bilik darjah dan asrama, pidato, forum, penulisan esei, derma darah, pameran, melukis potret tokoh negara, perbarisan dan perarakan serta sambutan detik kemerdekaan. Pelajar juga terlibat dengan program sambutan yang dianjurkan oleh pihak lain di peringkat daerah, negeri dan kebangsaan. Penyertaan pelbagai pihak dalam menjayakan program ini dapat membina keyakinan semua warga sekolah berkaitan pembinaan bangsa Malaysia yang merdeka dan bertanggungjawab, bersifat patriotisme yang tinggi dan cintakan kehidupan bersatupadu dan kestabilan negara.

Selain itu, persaingan yang sihat dapat mendorong murid ke arah yang lebih cemerlang. Sebagai seorang guru, kita perlu memberikan galakkan supaya murid-murid dapat bersaing secara sihat di mana murid-murid yang cemerlang harus diberi penghargaan yang setimpal manakala murid-murid yang lemah diberi bimbangan yang bersesuaian tanpa mengira bangsa dan agama. Contohnya, sekiranya di sesebuah kelas mempunyai seorang murid kaum Melayu ataupun kaum India dan selebihnya adalah murid kaum Cina, guru yang berbangsa Cina tidak harus menumpukan perhatian kepada murid yang sama bangsa dan membiarkan murid dari kaum lain seperti melukut di tepi gantang.

Di sebalik batunya, guru harus memberikan perhatian dan kasih saying yang sama rata kepada semua anak murid tanpa mengira kaum, agama dan bangsa. Sebagai implikasinya, setiap murid akan berasa dirinya dihargai oleh guru walaupun berbeza kaum dengan majoriti rakan di kelas. Jadi, atas perasaan sebagai satu anggota kelas, murid yang berasal dari latar belakang yang berbeza akan belajar bersama-sama dengan rakan dan semangat toleransi serta bekerjasama juga berjaya dipupuk dalam kalangan murid.

Di samping itu, di sekolah guru boleh memberikan tugasan projek yang bertajuk perpaduan Malaysia. Menurut Beckett (2002), pembelajaran berasaskan projek merupakan pelaksanaan program atau aktitviti dalam jangka panjang.  Proses pembelajaran ini memerlukan pelajar bekerjasama, misalnya dalam menyediakan soalan berkaitan projek dan mengimplementasikan penyelidikan dengan mengumpulkan data, menganalisis data dan menghasilkan laporan sama ada secara lisan atau bertulis.  Berdasarkan kaedah pembelajaran ini, guru boleh menyediakan tugasan projek kepada murid untuk menghasilkan buku skrap yang bertemakan perpaduan negara. Contohnya, berdasarkan tema ini, murid boleh mencari maklumat

Page 7: SET2

yang berkaitan mengenai perpaduan negara seperti rakyat berbilang kaum di Malaysia, sejarah negara Malaysia dari zaman penjajahan hingga kemerdekaan, peristiwa 13 Mei 1969. Bertitik tolak daripada sini, kesedaran mengenai kepentingan perpaduan akan disemai dalam jiwa anak-anak murid.

Dalam konteks ini, tugasan projek ini juga boleh dijalankan dalam bentuk kumpulan.Semasa membentuk kumpulan, guru harus mengambil kira murid berbilang kaum dalam satu kumpulan kecil. Maka, semasa menghasilkan tugasan projek, setiap murid berpeluang untuk mengeluarkan pendapat masing-masing dan bekerjasama untuk menyiapkan tugasan mereka. Secara langsung, sikap bertolak ansur, saling menghormati, bekerjasama dapat dipupuk dalam proses murid melakukan tugasan.

Seterusnya, guru perlu menggalakan para pelajar membuat Program Lawatan Sambil Belajar ke tempat-tempat bersejarah, Parlimen, Putrajaya, Bandaraya Melaka, Memorial, Tugu Negara, Muzium Negara, Rumah-rumah kebajikan, asrama anak-anak Yatim dan miskin, Penjara, Rumah perlindungan kanak-kanak, asrama orang kurang upaya, sekolah, universiti dan sebagainya. Pelbagai acara diadakan semasa Lawatan Sambil Belajar tersebut seperti perbincangan, gotong royong, persembahan kesenian dan kebudayaan, pertukaran maklumat dan sebagainya. Kesan dari program Lawatan Sambil Belajar ini sangat bermakna dan memberi kesedaran kepada pelajar peri pentingnya berbudi bahasa, mengamalkan toleransi dan perhubungan baik sesama rakyat berbilang kaum dan keturunan.