24
7 NILAI TERAS Majlis menandatangani Ikrar 7 Nilai Teras MBSA HARI INTEGRITI 2015 MBSA perkukuh komitmen dan integriti warga kerja MBSA TERIMA ANUGERAH GREEN APPLE 2015 Menerusi Projek Pengurangan Sisa Pepejal Untuk Kelestarian Alam Sekitar ms03 ms07 ms09 ShahAlam BERSIH . INDAH . HIJAU ISU OKT-DIS 2015 4/2015

ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

7 NILAI TERAS Majlis menandatangani Ikrar 7 Nilai Teras MBSA

HARI INTEGRITI 2015

MBSA perkukuh komitmen dan integriti warga kerja

MBSA TERIMA ANUGERAH GREEN APPLE 2015

Menerusi Projek Pengurangan Sisa Pepejal Untuk Kelestarian Alam Sekitar

ms03

ms07

ms09

ShahAlamBERSIH . INDAH . HIJAU

ISU

OKT-DIS2015

4/2015

Page 2: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

02

0506

22

18

Buletin komuniti ini diterbitkan olehBAHAGIAN KORPORAT DAN PERHUBUNGAN AWAM, MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAMTingkat G, Wisma MBSA Peti Surat 7200 Persiaran Perbandaran, 40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan

+603 5522 2743/2741

[email protected]

www.mbsa.gov.my

www.korporat-mbsa.blogspot.com

fb.com/shahalamcitycouncil

twitter.com/sacitycouncil

SUdUT edITorIAl

PenaungYBHG. DATO’ HAJI AHMAD ZAHARIN BIN MOHD SAADDatuk Bandar Shah Alam

PenasihatTUAN SHUKRI BIN MOHAMAD HAMINTimbalan Datuk Bandar

Ketua EditorSHAHRIN BIN AHMADKetua Bahagian Korporat & Perhubungan Awam

Penolong Ketua EditorFUAZA ILMI BT BOSROPegawai Penerbitan

JU MUNIRA BT DAHARIPenolong Pegawai Penerbitan

JurugambarFAZEEL AZUAN BIN JAAFAR

EdaranSHAHARANI BIN SHAHARUDDIN

Page 3: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

MBSA Terima Pengiktirafan Antarabangsa ‘GREEN APPLE AWARD’

Pada tahun 2014, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah memenangi anugerah bertaraf antarabangsa ‘Green Apple Award’ bagi kategori ‘Best environment Practice’ dengan mengetengahkan hasil daripada Projek Pengindahan lorong Belakang yang dilaksanakan di kawasan pentadbiran MBSA. Sekali lagi, pada tahun 2015 MBSA telah melakar kemenangan dengan menerima Anugerah Green Apple bagi kategori ‘environmental Best Practice 2015’ menerusi Projek Pengurangan Sisa Pepejal Untuk Kelestarian Alam Sekitar yang dilaksanakan di kawasan pentadbiran MBSA.

‘Green Apple Award 2015’ merupakan anugerah yang dianjurkan oleh pihak The Green organisation yang berpangkalan di United Kingdom bertujuan menggalakkan kempen alam sekitar dan mengiktiraf amalan menjaga alam sekitar yang diamalkan oleh sesebuah pertubuhan, organisasi, badan bukan kerajaan (NGo), pihak swasta dan kerajaan dari seluruh dunia. Penyertaan pihak MBSA kali ini mengemukakan inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan oleh MBSA dalam usaha meminimumkan pencemaran alam sekitar yang disebabkan oleh pembuangan sisa pepejal di kawasan MBSA.

Pengiktirafan ini menjadi dorongan kepada warga kerja MBSA untuk memberi perkhidmatan yang lebih cekap dan efisien kepada masyarakat khususnya kepada warga kota Shah Alam. Ini juga merupakan sebahagian daripada inisiatif berterusan MBSA untuk menjadikan Shah Alam sebagai bandar raya bertaraf dunia melalui percambahan ilmu dan aktiviti yang boleh meningkatkan lagi imej MBSA di persada dunia.

Anugerah ini telah diterima oleh dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, datuk Bandar Shah Alam semasa Majlis Penyampaian ‘Green Apple Award 2015’ pada 16 November 2015 bertempat di The House of Parliament, london.

YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam bersama-sama En. Mohd Azmi bin Amer Khan, Ketua Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam dan En. Shahrul Nizam bin Salim dari Jabatan Pembangunan Komuniti di Majlis Anugerah Green Apple, London.

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 03PENGANUGERAHAN

Page 4: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Sekalung tahniah diucapkan kepada Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang telah menerima pelbagai anugerah di peringkat Negeri dan Kebangsaan bagi tahun 2015. Pengiktirafan yang diterima ini merupakan sesuatu yang amat bermakna dan menyuntik semangat kepada warga kerja MBSA untuk memberikan perkhidmatan yang cekap dan pantas kepada orang ramai.

Tahniah MBSA ANuGERAh yANG DiTERiMA oLEh MBSA:

• Anugerah Pertama Inisiatif Hijau Kategori Sistem Pengumpulan Dan Penggunaan Semula Air Hujan (SPAH) – Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia 2015 Anjuran Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

• Anugerah Khas, Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor darul ehsan Ke 28 Tahun 2015 – Kumpulan X-Park, Johan (Kategori Pengurusan) Persembahan Terbaik.

• Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor darul ehsan Ke 28 Tahun 2015 – Kumpulan eX7 (Program Cabaran My Innovation Pentadbiran Awam Negeri Selangor), Hadiah Utama (Kategori Produk Akhir Terbaik).

• Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor darul ehsan Ke 28 Tahun 2015 – Kumpulan X-Pert, Anugerah Khas Kumpulan Inovatif & Kreatif (KIK).

• Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif Dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor darul ehsan Ke 28 Tahun 2015 – Kumpulan Bam-Boom, Naib Johan (Kategori Teknikal).

• Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) – Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor 2015 Kategori Pengurusan Teras (Tempat Kedua).

• Anugerah Pengurusan Pejabat Dan Pentadbiran Cemerlang (APPC) Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor Tahun 2015 (Tempat Ketiga).

• Konvensyen Team Excellence Kebangsaan 2015 – Team eX7, Anugerah emas dan Tiga Bintang & Anugerah Naib Johan Sektor Awam (Negeri).

Kumpulan EX7 memenangi Hadiah Utama (Kategori Produk Akhir Terbaik) menerusi Program Cabaran My Innovation Pentadbiran Awam Negeri Selangor di dalam Anugerah Konvensyen Kumpulan Inovatif dan Kreatif (KIK) Perkhidmatan Awam Peringkat Negeri Selangor Kali ke 28.

04 PENGANUGERAHAN

Page 5: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Selepas beberapa anugerah diterima di peringkat Negeri dan Kebangsaan, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sekali lagi menerima perkhabaran gembira apabila berjaya merangkul dua anugerah dalam Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015 yang telah berlangsung di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sultan Ahmad Shah, Kuantan, Pahang pada 24 hingga 26 November 2015. Pengiktirafan ini diberikan atas usaha MBSA secara berterusan dalam mempertingkatkan perkhidmatan awam dan melahirkan inovasi yang lebih kreatif untuk mempercepatkan pengurusan perkhidmatan di MBSA.

Pihak Majlis telah menerima Anugerah Ketua Setiausaha Negara (Negeri – Kategori Pengurusan) kepada Kumpulan X-Pert MBSA dan Anugerah Pengarah INTAN bagi Persembahan Terbaik Kategori Negeri kepada Kumpulan X-Pert MBSA. Kesemua anugerah ini telah disampaikan oleh Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dan telah diterima oleh kumpulan X-Pert diiringi oleh Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan datuk Bandar Shah Alam. Kejayaan yang dikecapi ini secara tidak langsung menyemarakkan lagi semangat kerjasama dan mengasah kemahiran mencipta di kalangan warga kerja MBSA.

Anugerah Bukti Kecemerlangan MBSA

Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam bersama-sama kakitangan MBSA semasa menerima anugerah di Majlis Persada Inovasi Perkhidmatan Awam 2015.

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 05PENGANUGERAHAN

Page 6: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Seminar Antarabangsa ‘Shah Alam Ke Arah Bandar Raya Rendah Karbon 2030’dalam menjadikan bandar raya Shah Alam sebagai sebuah bandar raya rendah karbon, pihak MBSA telah menganjurkan Seminar Antarabangsa ‘Shah Alam Ke Arah Bandar raya rendah Karbon 2030’ dengan kerjasama Pertubuhan Perancang Malaysia (MIP) pada 19 dan 20 oktober 2015 yang lalu.

Seminar Antarabangsa ‘Shah Alam Ke Arah Bandar raya rendah Karbon 2030’ ini diadakan bertujuan untuk menyebarkan pengetahuan dan memupuk persefahaman mengenai konsep rendah karbon dan pembangunan mampan serta kepentingannya terhadap bandar raya Shah Alam, mempelajari amalan-amalan terbaik dari bandar raya yang lain, di dalam dan luar negara serta menggalakkan pihak-pihak berkepentingan bagi menghayati idea dalam mewujudkan persekitaran rendah karbon di bandar raya Shah Alam.

Seminar ini juga selaras dengan komitmen MBSA yang telah menjalinkan kerjasama dengan Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) dan Malaysia GreenTech Corporation (MGTC) dalam membangunkan rangka Kerja Perbandaran rendah Karbon atau ‘low Carbon Cities Framework and Assessment System’ (lCCF). lCCF ini dibangunkan untuk memberikan panduan dalam menyediakan perancangan dan pembangunan mampan yang dapat menyumbang kepada pengurangan pelepasan gas rumah kaca (Green House Gases – GHG).

rangka kerja ini mengandungi empat elemen utama iaitu persekitaran bandar, infrastruktur bandar, pengangkutan bandar dan bangunan. Melalui rangka kerja yang disediakan ini, Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) khususnya MBSA boleh mengukur tahap pengeluaran karbon mengikut penilaian yang ditetapkan. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal ehwal Pengguna Negeri Selangor, YB Puan elizabeth Wong Keat Ping.

YB Puan Elizabeth Wong Keat Ping, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama Datuk Bandar Shah Alam serta tetamu yang lain melihat kereta elektrik COMOS.

Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu di Kebun Komuniti, Seksyen 8, Shah Alam.

06 MBSA EFISIEN

Page 7: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

MBSA Amal

dalam usaha mengekalkan kecemerlangan serta melahirkan warga kerja Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang memiliki personaliti tinggi serta budaya kerja yang berprestasi tinggi (Towards High Performance Culture), pihak MBSA telah memperkenalkan Program Pembangunan Modal Insan (PPMI). Program ini merupakan komitmen MBSA untuk memantapkan jentera pentadbiran MBSA melalui pemerkasaan modal insan kakitangan agar sentiasa berdaya saing, berkebolehan, berkompetensi serta mengamalkan nilai-nilai murni dan mempamerkan sikap positif.

Program Pembangunan Modal Insan ini dibahagikan kepada tiga fasa iaitu fasa pertama; kesedaran dan kefahaman, fasa kedua; pelaksanaan dan tindakan dan fasa ketiga; penghayatan dan peningkatan budaya. Program ini melibatkan Ahli-Ahli Majlis serta seluruh kakitangan MBSA yang terdiri daripada pelbagai gred dan jawatan. Majlis perasmian telah diadakan pada 13 oktober 2015 di dewan Bankuet, Majlis Bandaraya Shah Alam. Turut diadakan upacara menandatangani Ikrar 7 Nilai Teras yang dimulakan oleh YBhg. dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, datuk Bandar Shah Alam diikuti oleh Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan datuk Bandar, Tuan Haji rosli bin Bakar,

Timbalan Setiausaha MBSA, Ahli-Ahli Majlis dan semua warga kerja MBSA.

Antara pengisian program PPMI ini adalah Kursus Pembangunan Modal Insan, Ikrar 7 Nilai Teras, ‘Morning Meeting’, ‘Terima Kasih datang Awal’ dan ‘Teh Tarik Corner’. Melalui program ini, pihak Majlis berharap dapat melahirkan warga kerja yang kompetitif dan mempunyai daya saing yang tinggi sekaligus dapat menjadikan MBSA organisasi yang cemerlang dan sentiasa terkehadapan dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada ‘stakeholder’ dan warga Shah Alam. Warga kerja MBSA tidak melepaskan peluang

untuk sama-sama menandatangani Ikrar 7 Nilai Teras di Dewan Bankuet, MBSA.

7 NiLAi TERAS

YBhg. Dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, Datuk Bandar Shah Alam menurunkan tandatangan sempena Majlis Menandatangani Ikrar 7 Nilai Teras.

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 077 NILAI TERAS

Page 8: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Seminar Pengurusan Sampah (Sisa Binaan)

BIl. TAJUK CerAMAH

Ceramah 1 Kesedaran kebersihan dan pengurusan tandas berkualiti kepada pengurusan masjid dan surau di kawasan MBSA.

Ceramah 2 Kaedah dan teknik penyelenggaraan dan pembersihan tandas yang berkesan.

Ceramah 3 Keperluan-keperluan kerja pembersihan.

dalam usaha untuk meningkatkan perkhidmatan perbandaran, pihak Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) menganjurkan Seminar Pengurusan Sampah (Sisa Binaan) di kawasan MBSA bagi tahun 2015. Seminar ini diadakan bagi memperjelaskan peraturan serta garis panduan perkhidmatan pembuangan sisa binaan di kawasan pentadbiran MBSA. Selain itu, ia juga bagi memudahkan pemilik bangunan atau premis untuk mendapatkan perkhidmatan tersebut dengan lebih teratur. Perkhidmatan ini perlu dipatuhi oleh mana-mana pemilik bangunan atau rumah yang ingin melakukan kerja-kerja penambahan atau pengubahsuaian bangunan di dalam kawasan pentadbiran Majlis.

Pihak Majlis mengambil inisiatif ini bagi memastikan sisa binaan tidak mengganggu laluan awam, keseragaman dalam penggunaan tong roro, memastikan pengurusan sampah sisa binaan yang sistematik bagi mengelakkan pembuangan sampah haram. Melalui perkhidmatan yang disediakan ini, pihak Majlis berharap bahawa masalah pembuangan sampah sisa binaan secara tidak teratur akan dapat diatasi dan sekaligus boleh membantu pihak Majlis menangani masalah sampah haram.

Seminar Pengurusan Tandas Berkualiti Bagi Kontraktor Pembersihan Bangunan dan harta MBSA

08 MBSA EFISIEN

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif melaksanakan Kempen Tandas Bersih MBSA bagi tahun 2015 melalui ‘Seminar Pengurusan Tandas Berkualiti Bagi Kontraktor Pembersihan Bangunan dan Harta MBSA’. Seminar ini merupakan salah satu usaha Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA ke arah menjadikan tandas awam di kawasan Majlis sebagai tandas contoh. Seminar yang dianjurkan buat kali ke-5 ini melibatkan 150 orang peserta yang terdiri daripada 36 buah syarikat kontraktor pembersihan bangunan dan harta Majlis Bandaraya Shah Alam.

Penganjuran seminar ini adalah untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan berkaitan pengurusan tandas berkualiti kepada kontraktor pembersihan di kawasan Majlis agar lebih peka menguruskan kebersihan tandas secara sistematik dan efisien. Antara tujuan lain adalah memberi pendedahan berkaitan penguatkuasaan undang-undang yang dilaksanakan oleh pihak MBSA bagi memastikan kebersihan dan penyelenggaraan tandas menepati standard yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis. Secara tidak langsung melalui program ini amalan kebersihan dapat diterapkan dan dibudayakan dalam kehidupan masyarakat.

Page 9: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

MBSA Perkukuh Komitmen Dan integriti Warga KerjaBagi mengukuhkan komitmen dan integriti di kalangan warga kerja, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan Hari Integriti Peringkat MBSA 2015. Pelaksanaan Hari Integriti MBSA 2015 ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kesedaran serta kefahaman mengenai integriti dalam bidang pekerjaan serta meningkatkan komitmen warga kerja tentang peranan yang boleh dimainkan dalam mengukuhkan integriti di kalangan warga kerja MBSA.

Antara pengisian program adalah Pelancaran Saluran Integriti serta ceramah daripada pihak Institut Integriti Malaysia dan Suruhanjaya Pencegahan rasuah Malaysia (SPrM). Ceramah integriti yang bertajuk ‘Integriti Nilai Kehidupan’ Ustaz Hanafiah bin Abdul Malek, penceramah bebas yang juga dikenali melalui program TV ‘Tanyalah Ustaz’. Turut diadakan pertandingan montaj dan poster integriti bagi menarik minat warga kerja MBSA untuk menyelami maksud sebenar integriti. dengan pelaksanaan Hari Integriti Peringkat MBSA ini, pihak Majlis berharap dapat membudayakan integriti di dalam jiwa dan sanubari warga kerja MBSA, di samping komited untuk menolak dan tidak terlibat di dalam gejala rasuah dan salah guna kuasa.

Persembahan koir daripada Jabatan Khidmat Pengurusan yang menyanyikan lagu 7 Nilai Teras.

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 09HARI INTEGRITI 2015

Page 10: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

BENGKEL PEMBANGuNAN PuSAT BANDAR ShAh ALAM

Kajian Rekabentuk Bandar yang Lebih Komprehensif Dan Bersepadu

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil inisiatif dengan melaksanakan Bengkel Pembangunan Pusat Bandar Shah Alam, Seksyen 14, Shah Alam. Program ini dilaksanakan untuk mengkaji status pembangunan Pusat Bandar Shah Alam dan mengenalpasti isu-isu pembangunan di sekitar Pusat Bandar Shah Alam. Bengkel ini telah mengupas dan mengenalpasti isu serta cabaran dalam membangunkan Pusat Bandar Shah Alam dengan mendapatkan input dan maklumbalas daripada peserta bengkel. Segala input yang diperoleh daripada bengkel ini akan dijadikan asas dalam membentuk Kajian rekabentuk Bandar Bagi Kawasan Pusat Bandar yang lebih komprehensif dan bersepadu.

Cabaran semasa perancangan di Pusat Bandar, Seksyen 14 Shah Alam adalah untuk menjadikan Shah Alam sebagai satu pusat bandar dominan dengan membentuk garis panduan pembangunan rekabentuk bandar yang mengambil kira prinsip pembangunan terkini seperti bandar rendah karbon dan bandar mesra komuniti (people-friendly) serta mempertingkatkan rangkaian pergerakan antara bangunan.

Tuan Haji Nazri bin Nordin, Ketua Perunding/Prinsipal dari Iktisas Planner Sdn. Bhd. menyampaikan taklimat Bengkel Pembangunan Pusat Bandar Shah Alam.

Selain itu, cadangan pembinaan projek utama pengangkutan awam seperti lrT 3 (Bandar Utama – Klang) dan BrT (Kuala lumpur – Klang) yang akan melalui pusat bandar Shah Alam secara tidak langsung akan dapat meningkatkan lagi permintaan pembangunan di pusat bandar Shah Alam. Ianya juga akan dapat memberikan kemudahan kepada penduduk di pusat bandar Shah Alam untuk berhubung dengan kawasan luar dengan lebih cepat dan efisien.

Cabaran lain adalah mempertingkatkan dan menjenamakan semula bandar raya Shah Alam dari segi karakter dan imej bandar bagi tujuan kepelbagaian aktiviti, mengintegrasikan peranan sistem rel transit ringan (lrT) dengan perancangan guna tanah serta memperbaiki dan meningkatkan sistem pengangkutan awam. Akses jalan raya juga perlu dipertingkatkan untuk melancarkan mobiliti ke semua pusat tumpuan utama dengan sokongan kecekapan pengangkutan awam dan impak projek-projek sedia ada di Shah Alam serta kawasan bersempadan seperti pembangunan damansara, Subang Jaya dan Kelana Jaya.

10 MBSA EFISIEN

Page 11: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

operasi Pecah Tanjakan Atasi Salahguna Tempat Letak Kereta Tanpa Kebenaran MBSAMasalah pemilik premis perniagaan yang menyalahgunakan tempat letak kereta untuk tujuan perniagaan tanpa kebenaran pihak MBSA seringkali menjadi isu di kalangan orang ramai. Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengambil langkah drastik dengan mengadakan operasi Pecah Tanjakan (Ramp) di sekitar kawasan Seksyen 25, Seksyen 31 dan Seksyen 33, Shah Alam. Sebanyak 7 buah premis telah dikenakan tindakan kerana membina tanjakan (ramp) tanpa kebenaran semasa operasi tersebut diadakan.

Pihak MBSA menggunakan sebuah jentera ‘excavater’ untuk menanggalkan tanjakan tersebut. Penggunaan tempat letak kereta tanpa kebenaran untuk tujuan perniagaan merupakan satu kesalahan di bawah peruntukan Akta Jalan, Parit dan Bangunan (Akta 133). MBSA telah mengenalpasti 20 kategori perniagaan yang boleh memohon sewaan tempat letak kereta khas untuk tujuan perniagaan antaranya kedai membaiki kereta/motosikal, kedai menjual aksesori kereta/motosikal, kedai menjual perabot, klinik, ruang pameran kereta/motosikal, pasaraya/kedai runcit yang memerlukan ruang pemunggahan barang dan sebagainya.

Pemantauan Menyeluruh Dalam oPS

‘BACK LANE’Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melalui Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA menjalankan pemantauan menyeluruh dalam operasi Bersepadu lorong Belakang atau ops ‘Back lane’ di sekitar kawasan Kota Kemuning, Seksyen 31, Shah Alam. Seramai 70 orang kakitangan daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal & Pembersihan Awam, Jabatan Bangunan, Jabatan Kejuruteraan dan Jabatan Penguatkuasa terlibat di dalam operasi ini.

ops ‘Back lane’ turut melibatkan 9 lorong belakang yang akan dijalankan pemeriksaan mengikut skop yang telah ditetapkan. Antara skop pemeriksaan yang dilaksanakan adalah kebersihan lorong belakang, operasi tutup restoran, kesalahan tambahan pindaan premis dan halangan lorong belakang. Notis dan kompaun yang dikenakan adalah mengikut Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 serta Undang-Undang Kecil establisyemen Makanan MBSA 2007.

Sebarang pertanyaan berkenaan sewaan petak letak kereta khas, sila hubungi Seksyen Pengurusan hasil, Jabatan Kewangan MBSA di talian 03-5522 2882.

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 11MBSA EFISIEN

Page 12: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu
Page 13: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu
Page 14: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

BIl loKASI lAWATAN1. Pusat Kitar Semula Bahan-Bahan Kebun, Seksyen 172. Kebun Komuniti, Seksyen 83. Kebun Komuniti, Seksyen 44. ladang Boh, Bukit Cheeding, Banting5. Perkampungan orang Asli Bukit Cheeding, Banting6. Taman Botani Negara Shah Alam, Seksyen U11

Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Shah Alam yang bertanding dalam Program Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) telah membentangkan hasil projek di Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) 2015 yang diadakan buat julung kalinya.

Tiga (3) kategori telah dipertandingkan iaitu Kategori Taman Perumahan sebanyak 10 penyertaan, Kategori Taman Perumahan Bertingkat sebanyak 9 penyertaan dan Kategori Kampung Tradisional sebanyak 3 penyertaan. Setiap peserta dikehendaki membentangkan projek di dalam Konvensyen Anugerah Hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) 2015 dan pemarkahan ditetapkan oleh panel juri yang telah dilantik.

Penganjuran seumpama ini dapat memberi pendedahan dan kesedaran kepada masyarakat akan pentingnya pembangunan secara mampan sekaligus, mengangkat MBSA sebagai Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) yang prihatin

dan bertanggungjawab untuk memastikan program-program local Agenda (lA21) dapat diterapkan di kalangan masyarakat.

Konvensyen Anugerah hijau Zon Bersih Mini (MiniZeeBee) 2015

Program Eco-Schools 2015 Bersama WWF-MalaysiaMembawa tema “Perubahan Iklim dan Agenda 21 (lA21)”, Majlis Bandaraya Shah Alam dengan kerjasama World Wide Fund for Nature (WWF-Malaysia) menganjurkan Persidangan Antarabangsa eco-Schools 2015 pada 6 disember hingga 10 disember 2015. Program yang berteraskan kepimpinan pelajar sekolah terhadap kelestarian alam sekitar ini telah dilaksanakan di Malaysia sejak tahun 2011 dengan penyertaan 110 sekolah dari seluruh Malaysia termasuk peserta dari negara Indonesia dan Filipina.

Program ini diadakan bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada generasi muda untuk mempelajari tentang alam sekitar serta memeliharanya agar dapat dikongsi untuk tatapan generasi pada masa akan datang. Selain daripada aktiviti yang dijalankan di dalam dewan, turut diadakan program lawatan tapak ke beberapa lokasi sekitar Negeri Selangor. Majlis perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. dato’ Haji Ahmad Zaharin bin Mohd Saad, datuk Bandar Shah Alam.

14 SHAH ALAM BERSIH, INDAH DAN HIJAU

Page 15: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Pameran Anggerik Shah Alam 2015

TAhuKAh ANDA?Untuk menghasilkan satu tan kertas, sebanyak 17 pohon pokok terpaksa ditebang. Mengitar semula kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang. Kita perlu memelihara hutan kerana ia merupakan sumber oksigen dan udara bersih.

118 Ribu KilogramBahan Kitar Semula Berjaya Dikumpulkan

Buat kali ke-20, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Kelab Anggerik Shah Alam Selangor (KASAS) dan SACC Mall Shah Alam menganjurkan Pameran Anggerik Shah Alam 2015 yang telah berlangsung pada 23 hingga 26 November 2015 di SACC Mall. Program ini merupakan komitmen berterusan pihak MBSA untuk menghijaukan landskap bandar raya Shah Alam melalui pameran bunga anggerik yang menjadi lambang kepada bandar raya Shah Alam.

Pelbagai aktiviti dan tarikan telah disediakan di Pameran Anggerik Shah Alam 2015 seperti pertandingan orkid individu, pameran setem dan poster serta gerai-gerai jualan. Melalui pameran seumpama ini, orang ramai secara tidak langsung dapat mengenali pelbagai jenis pokok orkid mengikut spesies serta memberi peluang kepada peniaga untuk menjual hasil produk mereka di samping menambah ekonomi penduduk Shah Alam. Majlis perasmian Pameran Anggerik Shah Alam 2015 telah disempurnakan oleh Y.B. Puan dr. daroyah binti Alwi, Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Negeri Selangor.

Saban tahun, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah menganjurkan Pertandingan Kitar Semula Peringkat Tadika, Sekolah rendah dan Sekolah Menengah di kawasan pentadbiran MBSA. Tahun 2015 merupakan tahun kesembilan penganjurannya bersama pihak F&N Beverages Marketing Sdn. Bhd. Program murni ini diadakan bertujuan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan masyarakat khususnya pelajar terhadap kepentingan amalan kitar semula dalam kehidupan seharian sekaligus mengurangkan pencemaran alam sekitar yang berpunca daripada sikap tidak prihatin masyarakat. Sebanyak 118 ribu kilogram bahan kitar semula seperti kertas, plastik dan aluminium berjaya dikumpulkan pada tahun ini dengan jumlah penyertaan 40 buah sekolah dari sekitar Shah Alam.

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 15SHAH ALAM BERSIH, INDAH DAN HIJAU

Page 16: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Kutipan Barangan Kitar SemulaPRoJEK RiNTiS PRoGRAM PENGASiNGAN SAMPAh DARi RuMAh

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam, MBSA telah menjalankan kutipan barangan kitar semula di 5 lokasi yang terlibat di dalam Projek rintis Program Pengasingan Sampah dari rumah. Penduduk telah memberikan komitmen yang memberangsangkan dengan mengasingkan barang-barang yang boleh dikitar semula untuk dikutip oleh kontraktor khas. data berat barang (kg) direkodkan untuk dianalisa perbandingan berat sampah yang telah dikutip selepas program dilaksanakan. Program ini dijalankan dengan kerjasama penduduk setempat yang telah dipilih di Seksyen 7, 32, U8, U13 dan U16.

Barangan kitar semula yang dikutip perlu ditimbang untuk mendapatkan data berat barangan tersebut.

Lori kutipan barangan kitar semula beroperasi 1 kali seminggu (Sabtu) di 5 lokasi yang terlibat dalam Program Pengasingan Sampah Dari Rumah.

Barangan kitar semula yang telah diasingkan mengikut warna plastik dikutip dan dikumpulkan oleh kontraktor yang telah dilantik oleh MBSA.

Satu set Plastik Sampah Kitar Semula (PLAKS) yang baru diberikan kepada penduduk setiap kali kutipan dibuat bagi menggantikan plastik yang telah digunakan.

MAJLiS BANDARAyA ShAh ALAM – JABATAN PENGuRuSAN SiSA PEPEJAL & PEMBERSihAN AWAMData kutipan kitar semula mengikut jenis di kawasan Projek Rintis Pengasingan Sampah Dari Rumah

Bil KawasanBulan/Jenis Bahan

Jumlah (MT)

Bil. Rumah Terlibatoktober November

KR P KC&AL EW PT LL KR P KC&AL EW PT LL1 Seksyen 7 60.5 90.5 26.0 37.0 414.0 371.5 77.0 25.0 17.0 1,118.5 3982 Seksyen U8 464.5 328.0 92.0 41.5 585.5 507.0 72.0 13.0 29.0 2,132.5 6103 Seksyen 32 374.6 118.2 127 18.0 85.0 471.3 525.0 87.0 101.0 27.0 1,934.2 1964 Seksyen U16 410.0 563.8 257.3 153.0 134.0 150.0 620.0 613.8 357.3 187.2 221.7 180.9 3,849.0 3205 Seksyen U13 63.2 99.6 17.9 29.0 77.0 197.3 399.7 97.9 96.0 98.3 1,144.7 224

10,178.9 1,748Petunjuk:KR kertas P plastik KC&AL kaca & aluminium PT pakaian terpakai LL lain-lain

16 ‘ZERO WASTE’

Page 17: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Kemeriahan Program WARNA di Laman Seni 7

PRoGRAM KoLEKTiF 2015Gabungan Cabang Seni Dengan Pendekatan ilmiah

Sebarang pertanyaan berhubung Program Laman Seni 7, sila hubungi Seksyen Kebudayaan & Pelancongan, Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA di talian 013-3507888 (Fahmee).

Program yang mengetengahkan konsep santai dengan melibatkan pelbagai aktiviti seni, WArNA sentiasa mendapat sambutan di kalangan golongan muda yang meminati aktiviti seni dan budaya. Program yang diadakan di laman Seni 7 pada 10 oktober 2015 ini turut menampilkan barisan penyanyi popular seperti kumpulan Forteen, daqmie dan kumpulan nasyid UNIC telah membuat persembahan yang menggamit minat para pengunjung. Turut mengambil bahagian ialah Sasterawan Negara, Y.Bhg SN dato’ dr Zurinah Hassan, Umar Uzair dan raihani Saaid. Selain daripada acara pentas dan persembahan, orang ramai juga dihiburkan dengan pertandingan papan selaju (skateboard) dan sukan rakyat. 100 pengunjung yang bertuah turut diberikan hadiah istimewa iaitu kek coklat.

Mengambil pendekatan dengan menekankan konsep pendidikan dan ilmiah yang merangkumi elemen kesusasteraan, seni dan budaya, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) dengan kerjasama Galeri Shah Alam mengadakan program ‘KoleKTIF 2015’ pada 28 dan 29 November 2015 bertempat di Galeri Shah Alam. Program ini merupakan gabungan cabang seni yang berbentuk pendidikan, bengkel kreatif, forum interaktif, syarahan umum, bicara tokoh, pertunjukan pentas serta pameran seni. Program ini juga dilaksanakan bertujuan menyemarakkan aktiviti seni budaya, memperkenalkan pelbagai genre seni kepada masyarakat dan memupuk semangat intelektualisme di kalangan individu.

Bicara tokoh bersama sasterawan dan budayawan negara turut mengupas pandangan orang ramai berkenaan sudut pandang seni budaya dengan membicarakan topik “Seni Sendi Negara” dengan menampilkan 2 Sasterawan Negara iaitu YBhg. SN dato’ dr Zurinah Hassan dan YBhg. SN dato’ dr Anwar rethwan serta budayawan YBhg. dato’ dr Ibrahim Ghaffar. orang ramai turut berpeluang menonton filem ‘Chowrasta’ yang ditayangkan secara eksklusif di Galeri Shah Alam. Persembahan pentas pula diserikan dengan artis prolifik tanah air iaitu Ana rafali, Amylea Azizan, Fuad AF dan otam.

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 17KEBUDAYAAN

Page 18: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Semai Semangat Perpaduan DanMuhibbah Melalui Aktiviti Sukan

“Akal yang sihat bermula daripada badan yang sihat”. Salah satu cara untuk memiliki badan yang sihat adalah dengan bersukan. Sehubungan itu, Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mengadakan Karnival Sukan & Sukan rakyat Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) / Penggerak Belia Tempatan (PeBT) Shah Alam 2015. Karnival yang diadakan pada 22 November 2015 bertempat di dataran Kemerdekaan, Shah Alam melibatkan warga Shah Alam di mana beberapa aktiviti sukan rakyat telah dijalankan.

Karnival Sukan & Sukan rakyat MPP/PeBT Shah Alam 2015 ini terbuka kepada semua yang menetap/bekerja/belajar di dalam kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam. Bagi kategori sukan rakyat, acara yang diadakan adalah seperti boling kelapa, tarik upih, terompah gergasi, lari dalam guni dan galah panjang. Turut diadakan pertandingan mewarna,

dekorasi kek, explorace amal dan beberapa gerai jualan yang menarik untuk para pengunjung menikmati kemeriahan karnival ini.

Pelaksanaan karnival ini adalah untuk mewujudkan daya saing dan semangat kesukanan di kalangan peserta. Selain itu, ia juga bertujuan mengeratkan hubungan silaturrahim sesama peserta tanpa mengira perbezaan umur, kaum dan agama. Program ini juga secara tidak langsung mempopularkan acara sukan rakyat agar ia tidak dilupakan oleh masyarakat khususnya kepada golongan muda.

Majlis Perasmian Karnival Sukan Rakyat MPP/PeBT Shah Alam 2015 disempurnakan oleh Tuan Shukri bin Mohamad Hamin, Timbalan Datuk Bandar Shah Alam.

Antara acara sukan rakyat yang menarik perhatian ramai di Karnival Sukan Rakyat MPP/PeBT Shah Alam 2015.

18 SUKAN

Page 19: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

JADUAL TEMPAHANDEWAN MBSA 2016

GELANGGANG BADMINTON

JANUARIFEBRUARI

MACAPRIL

MEIJUN

JULAIOGOS

SEPTEMBEROKTOBER

NOVEMBERDISEMBER

28 DISEMBER 201526 JANUARI 201625 FEBRUARI 201625 MAC 201625 APRIL 201625 MEI 201627 JUN 201625 JULAI 201625 OGOS 201626 SEPTEMBER 201625 OKTOBER 201625 NOVEMBER 2016

HUBUNGI: JABATAN PENILAIAN DAN PENGURUSAN HARTA MBSA,TINGKAT 2, WISMA MBSA, PERSIARAN PERBANDARAN, SHAH ALAM03-55105133 SAMBUNGAN 1363 / 1708

* Sebarang perubahan tertakluk kepada tarikh dan masa yang akan ditetapkan oleh pihak Majlis

8:00 - 12:30 / 2:00 - 4:308:00 - 12:00 / 2:00 - 4:30

BULAN

ISNINSELASAKHAMISJUMAATISNINRABUISNINISNINKHAMISISNINSELASAJUMAAT

HARITARIKH TEMPAHAN

WAKTU TEMPAHANISNIN - KHAMISJUMAAT

LOKASIKAUNTER UTAMA MBSA,TINGKAT G, WISMA MBSA

19

Page 20: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Berdepan dengan risiko seperti diserang anjing, disengat lebah dan sebagainya merupakan situasi yang bukan semua orang mampu untuk hadapinya. demi tugasan yang telah dipertanggungjawabkan, Unit Haiwan Kacau Ganggu di bawah Jabatan Kesihatan Persekitaran, MBSA sentiasa peka dan tangkas mengambil tindakan dalam kerja-kerja kawalan haiwan berkeliaran.

Ikuti temubual bersama Cik Zuhailah binti Abd Latiff, Penolong Pegawai Veterinar dan Encik Ahmad Mahmod bin Jali, Pembantu Awam dari Unit Haiwan Kacau Ganggu, Seksyen Kawalan Penyakit, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA untuk berkongsi pengalaman mereka ketika menjalankan operasi Tangkapan Anjing liar di sekitar Shah Alam.

Temubual bersama Cik Zuhailah:Saya difahamkan hari ini ada Operasi Tangkapan Anjing Liar. Lokasi mana yang terlibat? Hari ini kita akan jalankan operasi Tangkapan Anjing di Seksyen U12, Shah Alam kerana semalam kami ada terima aduan. Seperti yang kita dapat lihat, ada sekumpulan anjing di tepi jalan, dan menjadi tugas unit ini untuk memastikan aduan ini ditangani segera untuk kesejahteraan masyarakat setempat.

Sudah berapa lama Cik Zuhailah bekerja di MBSA dan bagaimana dengan jadual tangkapan anjing di Unit ini?Masuk tahun ini sudah 11 tahun saya berkhidmat dengan MBSA di bawah Jabatan Kesihatan Persekitaran yang dahulunya dikenali sebagai Jabatan Perkhidmatan Bandar. Jika diikutkan proses atur kerja, pertama sekali kami terima aduan daripada orang awam berkenaan masalah anjing yang berkeliaran. Kemudian kami akan susun atur jadual mengikut lokasi supaya masalah ini dapat diatasi.

Saya ingin bertanya, selain daripada anjing, haiwan apakah lagi yang dibawah kawalan Unit Haiwan Kacau Ganggu ini?Selain daripada anjing, kami turut membuat kawalan terhadap haiwan seperti kucing, lembu, kambing, pemusnahan sarang lebah atau tebuan dan burung gagak. Akan tetapi, aduan yang melibatkan burung gagak adalah sangat kurang.

Kawalan haiwan Berkeliaran Di Sekitar Shah Alam

Cik Zuhailah binti Abd Latiff, Penolong Pegawai Veterinar

20 KENALI MEREKA

Page 21: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Temubual bersama En. Mahmod:Sudah berapa lama En. Mahmod bekerja dengan MBSA? Biasanya dalam satu team ada berapa orang?Saya sudah bekerja dengan MBSA selama 25 tahun sebagai Pembantu Awam. Kebiasaannya untuk setiap operasi yang kita jalankan, ada lebih kurang 5 orang dalam satu team. Untuk kenderaan pula, kita akan gunakan 2 buah kenderaan.

Bagaimanakah cara atau strategi untuk menangkap anjing dan peralatan apakah yang digunakan? Untuk menangkap anjing yang berkeliaran bukan suatu perkara yang mudah kerana kebiasaannya anjing-anjing ini akan lari apabila ternampak kami. Jadi, cara pertama adalah dengan menyumpit anjing-anjing tersebut. Selepas lebih kurang 5 minit, anjing itu akan pengsan kerana ubat pelali dan kami akan terus menangkapnya.

Pernahkah En. Mahmod berhadapan dengan risiko seperti diserang anjing ketika menjalankan operasi?Setakat ini saya belum pernah lagi diserang anjing tetapi kawan-kawan lain ada yang pernah diserang anjing ketika operasi. Namun, jika diserang, kami akan terus membawanya ke hospital untuk mendapatkan suntikan khas.

Terima kasih kerana memberikan kerjasama untuk ditemubual sepanjang operasi ini dijalankan. Semoga semuanya berjalan dengan lancar. Sama-sama. Terima kasih juga kerana turut sama terlibat dalam operasi kali ini.

Apakah langkah-langkah keselamatan yang perlu diambil sebelum memulakan operasi? Yang pertama sudah semestinya memastikan segala kelengkapan seperti sarung tangan jenis kulit dan kasut but berada dalam keadaan yang baik. Kemudian, kakitangan yang terlibat akan diberikan suntikan Anti rabies. Bagi operasi pemusnahan sarang lebah atau tebuan, terdapat sut pakaian khas yang perlu dipakai ketika operasi tersebut dijalankan.

Dalam banyak-banyak operasi, di kawasan manakah yang paling banyak jumlah tangkapan anjing?Seingat saya, paling banyak yang kita pernah tangkap anjing liar adalah ketika operasi di sekitar Sungai Buloh dan beberapa lokasi lain di bahagian selatan. Kita amat proaktif untuk memastikan masalah ini dapat diatasi demi keselesaan dan kesejahteraan warga Shah Alam.

Selepas anjing-anjing ini ditangkap, ke mana ia akan dihantar? Anjing-anjing liar yang telah ditangkap akan dibawa ke satu tempat yang dinamakan PAWS Animal Welfare Society yang terletak di Jalan lapangan Terbang Subang. di sana, haiwan-haiwan tersebut akan dijaga serta turut dibuka kepada orang awam untuk membeli haiwan yang ingin dibela.

Apakah harapan atau nasihat yang anda ingin sampaikan kepada orang awam berkenaan masalah anjing liar yang berkeliaran? Saya berharap agar orang awam juga dapat memahami tugasan yang kami jalankan. orang awam perlu memberi kerjasama kerana kadangkala terdapat kes di mana anjing yang ditangkap adalah haiwan peliharaan mereka. oleh itu, saya nasihatkan mereka agar tidak melepaskan anjing tersebut sesuka hati kerana dikhuatiri akan mengancam keselamatan orang lain.

En. Ahmad Mahmod bin Jali, Pembantu Awam

Sarang tebuan dibakar dan dihapuskan oleh Unit Haiwan Kacau Ganggu, Jabatan Kesihatan Persekitaran MBSA.

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 21KENALI MEREKA

Page 22: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Pusat Setempat atau lebih dikenali sebagai one Stop Center (oSC) merupakan sebuah unit yang ditubuhkan dan ditempatkan di setiap Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) oleh Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT). Pusat Setempat akan menerima permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak supaya dapat diedarkan kepada jabatan/agensi teknikal untuk mendapatkan ulasan dan pandangan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Terletak di Tingkat lG, Wisma MBSA, Bahagian Pusat Setempat, MBSA ditubuhkan untuk memastikan permohonan kelulusan pembangunan dan pemajuan tanah yang lengkap, diproses dalam tempoh yang ditetapkan mengikut Garis Panduan Pelaksanaan Pusat Setempat. Bagi tujuan meningkatkan sistem penyampaian, prosedur dan proses permohonan cadangan pemajuan tanah melalui Bahagian Pusat Setempat, pemohon tidak perlu pergi dari satu jabatan ke jabatan lain untuk mendapatkan kelulusan permohonan. Secara tidak langsung akan memudahkan orang ramai serta mempercepatkan proses.

Bagi melancarkan perjalanan Bahagian Pusat Setempat, satu jawatankuasa ditubuhkan dan dipengerusikan oleh Yang diPertua Pihak Berkuasa Tempatan. Perjalanan Mesyuarat Jawatankuasa Pusat Setempat ini akan diletakkan di bawah tanggungjawab Urusetia Pusat Setempat yang diketuai oleh Pegawai Perancang Bandar. Urusetia Pusat Setempat akan menerima, menyemak dan menyelaras permohonan berdasarkan kepada senarai semak seperti senarai semak permohonan pembangunan tanah, senarai semak permohonan kebenaran merancang dan senarai semak pelan bangunan.

Selain itu, terdapat beberapa borang yang perlu disediakan oleh Urusetia Pusat Setempat iaitu:• Borangpermohonankebenaranmerancang;• Borangpermohonanpelankejuruteraan;• Borangpermohonanpelanbangunan;• Borangpermohonanpelanlandskap;• Borangpermohonanperubahanmaterial;• Borangpermohonanmenarapemancartelekomunikasi;• Borangpermohonankomunitiberpengawal;• Borang permohonan sijil penyiapan dan pematuhan

(CCC);• Borangpermohonansijillayakmenduduki(CF).

* borang boleh didapati daripada laman web: www.mbsa.gov.my

* sebarang pertanyaan berhubung perkhidmatan Pusat Setempat (OSC) MBSA, sila hubungi talian 03-5522 2890.

Fungsi Jawatankuasa Pusat Setempat:

• Menimbangkandanmembuatkeputusan terhadap permohonan kebenaran merancang, pelan bangunan dan pelan-pelan yang berkaitan.

• Membuatperakuandanmemaklumkankeputusankeatas permohonan di bawah peruntukan seksyen 124A dan 204D KTN selaras dengan peruntukan di bawah seksyen 136(1)(c)(i) dan 204D(1)(d).

Ketahui Peranan Bahagian Pusat Setempat (oSC) MBSA

Bahagian Pusat Setempat, MBSA yang terletak di Tingkat LG, Wisma MBSA sedia untuk memberi perkhidmatan berhubung permohonan pembangunan tanah, kebenaran merancang dan pelan bangunan secara serentak.

Peranan Pusat Setempat:

• Menyelarasdanmemprosespermohonan.• Memaklumkankeputusankelulusanbagi

permohonan kepada pemohon.• Membuatperakuanpermohonan.• Menyediakanlaporanstatuspermohonan.

22 PERKHIDMATAN MBSA

Page 23: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Jaga-Jaga Serangan

Berdasarkan kenyataan akhbar yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, sejak minggu pertama bulan ogos 2015, Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan Kuala lumpur (JKWPKl) telah menerima notifikasi sebanyak 7 kes demam kepialu. Seramai 2 daripada 10 orang buruh binaan yang bekerja di sekitar ibu negara diperiksa dan didapati positif ujian dan mereka telah diberikan rawatan. Semenjak itu, beberapa kes lagi telah dinotifikasikan dari beberapa buah hospital kerajaan dan swasta di Kuala lumpur. Sehingga 18 oktober 2015, jumlah kes terkumpul adalah sebanyak 32 kes.

Apakah itu Demam Kepialu?

Tifoid atau demam kepialu adalah penyakit yang disebabkan oleh bakteria Salmonella typhii yang mencemari makanan atau minuman. Seseorang yang dijangkiti akan mengalami gejala di antara 1 hingga 3 minggu selepas mengambil makanan atau minuman tercemar. Gejala utama adalah keletihan, demam, sakit perut, sembelit dan sakit kepala. Pesakit juga boleh mengalami cirit-birit dan muntah. Jika tidak dirawat, gejala tersebut boleh berterusan sehingga beberapa minggu dan menyebabkan komplikasi seperti pendarahan dan kebocoran saluran penghadaman, keradangan otak, psikosis dan sebagainya.

Bagaimanakah penyakit ini merebak?

demam kepialu boleh merebak melalui makanan dan minuman yang tercemar oleh najis manusia yang mengandungi bakteria salmonella typhii dan makanan/minuman yang disediakan oleh pembawa bakteria (typhoid carrier).

Apakah jenis-jenis makanan yang biasa dikaitkan dengan Demam Kepialu?

• Makananyangtidakdibersihkandengansempurna.• Makananbercangkerang(contoh:kerang,kepah,kupang,laladan

tiram)• Sayuranmentah(ulamdansalad)• Cendol• Susumentah

Bagaimanakah cara untuk mencegah Demam Kepialu?

• Basuhtangandenganmenggunakansabundanairselepasketandasdanjuga sebelum menyediakan makanan.

• Hanyamakanmakananyangtelahdimasaksepenuhnya.• Elakkanmakanan danminuman berisiko seperti sayuranmentah/ulam,

buahan, makanan daripada penjaja dan ais semasa berlakunya wabak. • Minumairyangtelahdimasakatauairyangtelahdibotolkan.• Elakkan ais kecuali ais yang dibuat dari air yang telah dimasak atau air

yang telah dibotolkan. • Mendapatkanpelalianvaksindemamkepialu.• Kekalkankebersihandansistempembuangannajisyangsesuaiterutama

selepas banjir atau bencana alam. • Hanyagunakanairbersihuntukpenyediaanmakanan.

Demam Kepialu

** sumber maklumat: www.myhealth.gov.my & Kementerian Kesihatan Malaysia

ISU 4/2015 » okt-dIS 2015 23KESIHATAN

Page 24: ShahAlam - Laman Web Rasmi Majlis Bandaraya Shah Alam€¦ · Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Pengguna Negeri Selangor bersama ... Salah satu lokasi lawatan tapak iaitu

Pejabat Datuk BandarDato’ Haji Ahmad Zaharin Bin Mohd SaadDatuk [email protected]

Talian Terus : 03 - 5519 2558Faks : 03 - 5513 3564

Jabatan PelesenanTuan Haji Rosli Bin [email protected]

Talian Terus : 03 - 5513 8512Talian Jabatan : 03 - 5522 2895Faks : 03 - 5512 0226

Jabatan BangunanCik Hajah Rose Zairani Binti Haji [email protected]

Talian Terus : 03 - 5522 2840Talian Jabatan : 03 - 5522 2854Faks : 03 - 5513 9472

Jabatan Pembangunan KomunitiPuan Hajah Asmah Binti Mohd [email protected]

Talian Terus : 03 - 5510 5133 Samb. 1286Talian Jabatan : 03 - 5522 2730Faks : 03 - 5512 2135

Jabatan KewanganEncik Affandi Bin Haji JaafarPemangku [email protected]

Talian Terus : 03 - 5522 2871Talian Jabatan : 03 - 5522 2870Faks : 03 - 5513 9468

Bahagian Teknologi MaklumatPuan Hajah Shamsiah Binti OsmanKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5522 2705Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb. 1219Faks : 03 - 5512 1503

Bahagian Pusat SetempatEncik Mohd Rusli Bin DalimKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5510 4240Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb. 1577Faks : 03 - 5510 2970

Bahagian Korporat & Perhubungan AwamEncik Shahrin Bin AhmadKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5522 2734Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb.1358Faks : 03 - 5511 3169

Bahagian Audit DalamEncik Radzuan Bin MezalanKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5522 2703Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb.1505Faks : 03 - 5511 3169

Bahagian Tender & Ukur BahanPuan Noraini Binti AmatKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5511 2315Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb.1253Faks : 03 - 5512 4163

Bahagian PerundanganEncik Mohd Sofian Bin Abdul RahmanKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5522 2771Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb. 1120Faks : 03 - 5513 9470

Bahagian Pesuruhjaya BangunanEncik Badrul Hisham Bin HussainKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5522 2815Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb. 1525Faks : 03 - 5512 8142

Pejabat Cawangan Sg. BulohEncik Mohd Rizal Bin [email protected]

No. 6, Jalan BRP 1/2, Bukit Rahman Putra47000 Sungai Buloh, Selangor Darul EhsanTalian Terus : 03 - 6157 9809Faks : 03 - 6157 4226

Pejabat Cawangan Kota KemuningEncik Sahrul Nizam Bin [email protected]

No. 2A, Persiaran Anggerik VanillaSeksyen 31, Kota Kemuning40460 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTalian Terus : 03 - 5121 3850Faks : 03 - 5121 2091

Pejabat Cawangan Setia AlamEncik Zakria Bin [email protected]

Lot 8104, Persiaran Setia Impian, Seksyen U1340710 Shah Alam, Selangor Darul EhsanTalian Terus : 03 - 3341 4382Faks : 03 - 3341 4528

Jabatan PenguatkuasaanTuan Haji Abdul Hakim Bin Haji MahmudKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5510 4067Talian Jabatan : 03 - 5522 2787Faks : 03 - 5510 9735

Jabatan Pengurusan Sisa Pepejaldan Pembersihan AwamEncik Mohd Azmi Bin Amer KhanKetua [email protected]

Talian Terus : 03 - 5510 5133 Samb. 1238Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb. 1316Faks : 03 - 5512 7014

Jabatan Khidmat PengurusanEncik Madiyan Bin [email protected]

Talian Terus : 03 - 5519 5649Talian Jabatan : 03 - 5522 2891Faks : 03 - 5510 8010

Jabatan PerancanganPuan Aniza Binti [email protected]

Talian Terus : 03 - 5522 2860Talian Jabatan : 03 - 5522 2867Faks : 03 - 5513 9471

Jabatan KejuruteraanTuan Haji Ir. Cheremi Bin [email protected]

Talian Terus : 03 - 5519 2544Talian Jabatan : 03 - 5522 2810Faks : 03 - 5513 9469

Jabatan Kesihatan PersekitaranDr. Haji Roslan Bin [email protected]

Talian Terus : 03 - 5510 0773 / : 03 - 5522 2790Talian Jabatan : 03 - 5510 5133 Samb. 1647Faks : 03 - 5512 2135

Jabatan Penilaian & Pengurusan HartaPuan Hajah Nor Akma Binti Haji [email protected]

Talian Terus : 03 - 5519 5103Talian Jabatan : 03 - 5522 2750Faks : 03 - 5513 8511

Jabatan LandskapTuan Haji Mohd Tahir Bin ManPengarah

Talian Terus : 03 - 5522 2835Talian Jabatan : 03 - 5522 2830Faks : 03 - 5513 2051

Pejabat Timbalan Datuk BandarTuan Shukri Bin Muhamad HaminTimbalan Datuk [email protected]

Talian Terus : 03 - 5519 5673Faks : 03 - 5512 4414

Pejabat Timbalan SetiausahaTuan Haji Rosli Bin BakarTimbalan [email protected]

Talian Terus : 03 - 5513 8512Faks : 03 - 5512 0226

JABATAN

BAHAGIAN

PEJABAT CAWANGAN

DIREKTORI JABATAN