39
1 SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK 42700 BANTING, SELANGOR PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN BIDANG PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN NAMA PENYELIDIK SHAMSUDDIN BIN SAID (KETUA) PUAN HJH UMRAH BINTI DALIMUN (PENOLONG) SEMUA GURU SESI PETANG TAJUK KAJIAN SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH SESI KETIGA SEBAGAI PENDEKATAN PENYELESAIAN MASALAH PENGURUSAN DISIPLIN DAN AKTIVITI PELAJAR SESI PETANG BAGI TEMPOH MASA DI ANTARA WAKTU KEHADIRAN KE SEKOLAH DENGAN WAKTU SEBELUM SESI PETANG BERMULA . DISEDIAKAN OLEH: SHAMSUDDIN BIN SAID PENGETUA, SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK, 42700 BANTING, SELANGOR

Shamsudin Said

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Shamsudin Said

1

SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK

42700 BANTING, SELANGOR

PELAPORAN KAJIAN TINDAKAN

BIDANG PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN

NAMA PENYELIDIK

SHAMSUDDIN BIN SAID (KETUA)

PUAN HJH UMRAH BINTI DALIMUN (PENOLONG)

SEMUA GURU SESI PETANG

TAJUK KAJIAN

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH SESI KETIGA SEBAGAI PENDEKATAN

PENYELESAIAN MASALAH PENGURUSAN DISIPLIN DAN AKTIVITI PELAJAR

SESI PETANG BAGI TEMPOH MASA DI ANTARA WAKTU KEHADIRAN KE

SEKOLAH DENGAN WAKTU SEBELUM SESI PETANG BERMULA .

DISEDIAKAN OLEH:

SHAMSUDDIN BIN SAID

PENGETUA, SMK SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK,

42700 BANTING, SELANGOR

Page 2: Shamsudin Said

2

ISI KANDUNGAN

Isi Kandungan 2

Laporan Kajian Tindakan 3

Penghargaan 4

Tajuk Kajian 5

Abstrak 6

Pengenalan 7

Latar Belakang 8

Refleksi Pengurusan Yang Lalu 9 - 10

Isu Keprihatinan 11 - 12

Objektif Kajian 13

Kumpulan Sasaran Dan Pelaksanaan Tindakan 14 - 20

Jadual dan Kos 21

Refleksi Tindakan 22 - 24

Cadangan Kajian Seterusnya 25

Bibliografi 26

Lampiran 27 - 39

Page 3: Shamsudin Said

3

LAPORAN KAJIAN TINDAKAN

MENYEDIAKAN PERSEKITARAN YANG KONDUSIF SESUAI UNTUK KEGUNAAN

SEMUA MURID SESI PETANG SEMASA “INTERVAL TIME” ANTARA JAM 11.30

TENGAHARI HINGGA JAM 1.30 AGAR MEREKA DAPAT MENJALANKAN AKTIVITI

KERJA RUMAH DAN MENTELAAH DALAM KEADAAN YANG TENANG, SELESA

DAN TERKAWAL.

JK SEKOLAH SESI KETIGA

EN SHAMSUDDIN BIN SAID

PN HJH UMRAH BINTI DALIMUN

EN ABD KARIM BIN ABU BAKAR

PN RUBY NORMALA BINTI ABD RASOL

EN NOOHBI BIN INSA

EN MOHREE BIN HUSSEIN

EN RAMLAN BIN SARMIRAN

EN NGASIMAN BIN ABD AZIZ

SEMUA GURU SESI PETANG

SMK SULTAN ABDUL SAMAD TELOK DATOK BANTING

2011.

Page 4: Shamsudin Said

4

PENGHARGAAN

Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan izinnya jua penulisan

Pelaksanaan Program Kajian Tindakan Sekolah Sesi Ketiga SMKSAS 2011 dapat

disempurnakan dengan jayanya. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih

dirakamkan kepada semua pihak yang telah sudi memberikan kerjasama untuk

menyempurnakan amanah ini:

• Jabatan Pelajaran Negeri Selangor

• Tuan Hj. Abdul Talib bin Hamid

Pegawai Pelajaran Daerah Kuala Langat, Selangor.

• Jawatan Kuasa Pelaksanaan Program Sesi Tiga SMKSAS

• Semua Guru Sesi Petang SMKSAS

• Semua Pelajar Sesi Petang SMKSAS

• Semua Pihak Yang Terlibat Secara Langsung dan Tidak Langsung.

Page 5: Shamsudin Said

5

TAJUK KAJIAN

SISTEM PENGURUSAN SEKOLAH SESI KETIGA SEBAGAI PENDEKATAN

PENYELESAIAN MASALAH PENGURUSAN DISIPLIN DAN AKTIVITI PELAJAR

SESI PETANG BAGI TEMPOH MASA DI ANTARA WAKTU KEHADIRAN KE

SEKOLAH DENGAN WAKTU SEBELUM SESI PETANG BERMULA .

NAMA PENYELIDIK

SHAMSUDDIN BIN SAID (KETUA)

PUAN HJH UMRAH BINTI DALIMUN (PENOLONG)

SEMUA GURU SESI PETANG

NAMA SEKOLAH

SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN SULTAN ABDUL SAMAD, TELOK DATOK

42700 BANTING, SELANGOR

Page 6: Shamsudin Said

6

ABSTRAK Disiplin dan ketenteraman persekitaran adalah perlu bagi menghasilkan keadaan yang kondusif, selesa dan terkawal di sebuah sekolah semasa waktu pertukaran sesi pagi dan sesi petang, setiap waktu sesi persekolahan.

Di masa ini biasanya murid sesi petang yang hadir awal akan membuang masa tanpa mengisinya dengan melakukan aktiviti yang berfaedah dan merayau ke semua persekitaran sekolah tanpa kawalan sehingga mengganggu murid sesi pagi menjalankan P&P mereka.

Melihat kepada situasi ini satu kajian tindakan telah dijalankan bagi mencari penyelesaian bagi masalah tersebut. Berdasarkan kepada pemerhatian dan pengalaman lalu maka satu sistem pengurusan telah dikemukakan oleh pengetua dan dipersetujui oleh semua guru sesi petang untuk mengawal pelajar sesi petang dengan menentukan tempat duduk atau lokasi mereka di kantin, pondok-pondok, koridor bangunan dan tempat-tempat yang redup sekitarnya mulai pukul 11.30 pagi sehingga loceng masuk sesi persekolahan sesi petang bermula. Sistem ini yang dibentuk untuk mengurus dan mengatur aktiviti khas untuk keperluan pelajar sesi petang dalam jangka masa tersebut dikenali sebagai sekolah sesi ketiga.

Dari situasi ini, satu jawatankuasa sekolah sesi ketiga telah ditubuhkan yang dianggotai oleh semua guru sesi petang dan di ketuai oleh En. Abd Karim bin Abu Bakar dan diselaraskan oleh Penolong Kanan Petang.

Guru-guru telah dibahagikan kepada tiga kawasan mengikut jadual giliran bertugas mingguan. Mereka diminta mengawal murid dan memastikan murid berada dikantin, pondok dan sekitarnya dalam keadaan tenang senyap. Murid-murid diminta untuk membuat kerja rumah atau mentelaah pelajaran dalam keadaan senyap dan bersopan.

Hasil kajian mendapati bahawa pelajar telah menunjukkan perubahan yang positif dari segi sikap dan nilai, budaya disiplin dan belajar, penggunaan masa yang efektif dan pergerakan. Setelah mereka faham tentang sistem dan konsep sekolah sesi ketiga, mereka didapati memberi kerjasama padu mengikuti peraturan yang ditetapkan. Sebaik sahaja memasuki kawasan sekolah, mereka menuju ke tempat yang dikhaskan dengan teratur, bersedia dengan bahan bacaan atau membuat kerja rumah atau latihan kendiri dan mengawal percakapan atau suara masa perbincangan. Malah jarang sekali dapat dilihat pelajar yang membuang masa dan tidak ada lagi pelajar yang merayau sekitar kawasan sekolah atau melakukan aktiviti pelanggaran disiplin. Pada masa ini dapat dilihat dengan jelas wujud dua sesi persekolahan yang berjalan serentak, iaitu sekolah sesi pertama (pagi) dan sekolah sesi ketiga.

Kesimpulannya, sistem sekolah sesi ketiga didapati berjaya memberi impak besar ke arah menyelesaikan masalah disiplin pelajar dan gangguan terhadap proses p & p sekolah sesi pagi serta telah menjadikan persekitaran sekolah lebih tenteram, kondusif serta konstruktif untuk meningkatkan kecemerlangan sekolah secara keseluruhannya. Pada masa yang sama ia telah menjadi sistem melatih pelajar untuk mengamalkan budaya disiplin dan budaya belajar serta nilai-nilai murni pada sepanjang masa khususnya semasa proses p & P di kelas biasa.

Page 7: Shamsudin Said

7

1.0 PENGENALAN

SMK Sultan Abdul Samad telah memasuki era baru dengan beberapa pembaharuan

yang dinamik selaras dengan misi dan visi sekolah dengan dokongan bersama oleh

pasukan pentadbir serta guru yang berkaliber, berwawasan dan berdedikasi.

Berbagai program telah disusun dan dilaksanakan bertujuan menjadikan warga SMK

Sultan Abdul Samad bukan sahaja cemerlang, malah terbaik di Kuala Langat dalam

segala aspek.

Program Pemulihan atau Kelas Intevensi, Program Kelas Tambahan atau Kelas

Pecutan, Program Persekolahan Sesi Ketiga, Budaya Belajar, Budaya Bilik Darjah,

Budaya Bye- bye adalah program-program yang dicetuskan oleh pengetua untuk

menjana tranformasi pendidikan di SMK Sultan Abdul Samad.

Program Sesi Ketiga Persekolahan adalah salah satu program yang menuntut

seluruh warga SMK Sultan Abdul Samad menjalani satu proses Transformasi

pemikiran atau anjakan paradigma terutama sekali guru-guru di sesi petang. Ini

kerana program ini memerlukan kerjasama dan komitmen sepenuhnya guru-guru

sesi petang bagi menjayakannya. Program ini bertujuan mengurus pelajar-pelajar

sesi petang yang datang lebih awal ke sekolah agar suasana persekolahan sesi pagi

tetap kondusif dan tenteram tanpa gangguan pelajar yang datang awal ini.

Disamping itu pelajar-pelajar yang datang awal ini pula tidak membuang masa

dengan melakukan perkara-perkara yang tidak berfaedah atau lebih tepat lagi

mereka dapat mengisi masa tersebut dengan membaca buku ataupun membuat

kerja-kerja sekolah.

Page 8: Shamsudin Said

8

2.0 LATAR BELAKANG KAJIAN

Keadaan kondusif, tenang dan terkawal merupakan keadaan yang dituntut oleh

semua sekolah apalagi jika sekolah tersebut mempunyai dua sesi persekolahan iaitu

sesi pagi dan petang.

Sejajar dengan kehendak ini pihak pentadbiran SMKSAS telah membentuk JK

Sekolah sesi Ketiga yang terdiri dari semua guru sesi petang untuk menjalankan

tugas tersebut. Berdasarkan pemerhatian dan laporan-laporan yang dibuat oleh guru

bertugas, pelajar-pelajar sesi petang yang datang awal ke sekolah di dapati telah

menimbulkan masalah disiplin dan gangguan dengan tindakan mereka yang suka

merayau sekitar sekolah, terjebak dengan aktiviti vandalism, suka meninjau ke

kelas-kelas pagi, suka membuat bising, suka berlari-lari dan sebagainya. Keadaan ini

menyebabkan wujudnya suasana yang tidak tenteram dan kondusif untuk

pembelajaran khususnya bagi pelajar sesi pagi.

Beberapa langkah kawalan telah dilaksanakan untuk mengawal keadaan ini, tetapi

ianya tidak dapat mengatasi keseluruhan permasalahan yang wujud menyebabkan

pada akhir tahun 2010, satu cadangan dibuat untuk menjalankan kajian tindakan

berasaskan konsep sistem pengurusan sekolah sesi ketiga diputuskan. Konsep ini

dilihat mampu membangunkan satu budaya disiplin dan penerapan nilai-nilai murni di

kalangan pelajar kerana ia bersifat holistik dan melibatkan satu proses yang

berterusan.

Page 9: Shamsudin Said

9

3.0 REFLEKSI SISTEM PENGURUSAN YANG LALU

Pada setiap hari, saya dan guru-guru mendapati bahawa pelajar-pelajar sesi petang

yang datang awal atau sebelum bermulanya persekolahan sesi petang atau sesi

kedua, mereka didapati tidak dapat untuk mendisiplinkan diri serta menggunakan

masa yang ada dengan berfaedah. Mereka yang datang lebih awal ini biasa akan

melakukan aktiviti-aktiviti yang boleh menimbulkan gangguan terhadap pembelajaran

pelajar sesi pagi atau pelajar sesi pertama seperti bermain di koridor kelas, bermain

di kawasan gelanggang permainan yang terletak berhampiran dengan bilik darjah,

berlari di antara satu blok bangunan dengan blok bangunan yang lain, membuat

bising, bergaduh dan sebagainya. Sangat jarang pelajar yang menggunakan tempat-

tempat duduk yang ada, pondok atau kawasan kantin sekolah untuk membuat aktiviti

pembelajaran seperti ulangkaji, menyiapkan latihan dan sebagainya. Akibatnya

keadaan persekitaran disiplin sekolah pada waktu tersebut, iaitu lebih kurang

bermula dari pukul 11.30 pagi hingga 1.20 tengah hari menjadi tidak kondusif

khususnya untuk pembelajaran pelajar sesi pagi. Keadaan ini memberi gambaran

bahawa pihak sekolah khususnya pengetua tidak berupaya menangani masalah

pengurusan pelajar sesi petang yang berada dalam kawasan sekolah sebelum

bermulanya sekolah sesi petang.

Ini berlaku hampir setiap hari walaupun mereka telah diberitahu dan diberi nasihat

untuk menggunakan masa luang dengan berfaedah serta dilarang untuk

menimbulkan gangguan disiplin terhadap kelas-kelas pembelajaran pelajar sesi pagi

atau pelajar sesi pertama bagi tempoh masa di antara waktu kehadiran mereka

dengan waktu sebelum sesi petang bermula. Ada kalangan pelajar pula langsung

tidak memberi kerjasama kepada pengetua atau penolong kanan petang atau guru-

Page 10: Shamsudin Said

10

guru disiplin walaupun mereka dipanggil atau dikenakan tindakan atas kesalahan

mereka membuat kesalahan disiplin. Malah ada antara mereka yang sudah berada

di hadapan pintu kelas sesi pagi atau kadangkala mereka masuk ke kelas mereka

walaupun kelas sesi pagi belum tamat. Alasan yang diberikan mereka apabila

ditanya oleh guru sesi pagi ialah kerusi tak cukup dan takut tak dapat kerusi.

Perlukah satu sistem pengurusan yang komprehensif dicari untuk menangani situasi

ini ? atau bolehkan situasi ini di atasi ? Dalam satu perbincangan yang dibuat

dengan Penolong Kanan Petang dan guru-guru petang, kebanyakan mereka

mengatakan ini berlaku di semua sekolah yang pernah mereka bertugas. Setakat

yang mereka tahu, tidak ada pendekatan yang berkesan pernah dilaksanakan oleh

sekolah-sekolah tersebut untuk mengatasi masalah ini.

Walaupun saya tidak mendapat cadangan yang konkrit daripada guru-guru saya,

tetapi saya percaya bahawa ada sesuatu sistem pengurusan yang boleh mengatasi

masalah ini. Sekiranya saya tidak dapat mencari satu idea dan tindakan yang

berkesan, saya cukup pasti matlamat untuk membawa transformasi sekolah ini ke

arah sekolah yang berwatak dan cemerlang tidak akan tercapai. Malah, saya melihat

bahawa mencari satu sistem pengurusan pelajar yang berkesan akan menjadi

pemangkin kepada kecemerlangan pelajar baik dari segi sahsiah, nilai-nilai positif,

akademik, kepimpinan dan pembangunan sikap, pemikiran dan tingkahlaku pelajar

secara holistik. Pada masa ini saya telah membawa satu pendekatan yang

menggunakan konsep “Sistem Pengurusan Sekolah Sesi Ketiga” sebagai cara

penyelesaian.

Page 11: Shamsudin Said

11

4.0 ISU KEPRIHATINAN/FOKUS KAJIAN

Isu mengenai pengurusan pelajar bagi sekolah yang mempunyai dua sesi sangat

banyak seperti masalah pentadbiran, perkongsian kelas, keselamatan kemudahan

pembelajaran, pelaksanaan program akademik, kawalan pergerakan, disiplin dan

aktiviti (penggunaan masa) pelajar khususnya bagi pelajar sesi petang yang datang

awal. Di sekolah saya, pelajar-pelajar sesi petang, sebahagian besar daripada

mereka telah datang ke sekolah lebih awal disebabkan oleh mereka menggunakan

kenderaan awam, bas sekolah atau dihantar oleh ibu bapa. Bermula seawal 11.30

pagi hingga 12.30 tengah hari, hampir 80 peratus daripada jumlah pelajar sesi

petang telah berada dalam kawasan sekolah. Manakala menjelang 1.00 tengah hari,

hampir 100 peratus pelajar sesi petang telah sampai dan berada dalam kawasan

sekolah, sedangkan waktu persekolahan sesi petang bermula 1.35 petang. Oleh itu,

terdapat satu situasi, di mana bermula pukul 11.30 pagi hingga 1.35 petang,

wujudnya sekumpulan pelajar sesi petang yang telah berada dalam kawasan

sekolah tetapi tanpa sistem kawalan, tanpa mempunyai tempat-tempat duduk yang

khusus, tanpa membuat apa-apa aktiviti yang berfaedah dan tanpa pengawasan

yang khusus. Keadaan ini menyebabkan persekitaran sosial, disiplin dan

pembelajaran menjadi sangat tidak kondusif dan menyebabkan berlaku banyak

perkara-perkara yang negatif.

Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada isu menangani masalah pengurusan

pelajar sesi petang dalam tempoh masa di antara pukul 11.30 pagi hingga 1.25

petang. Di antara masalah-masalah pengurusan yang timbul dalam tempoh masa

itu ialah:

Page 12: Shamsudin Said

12

4.1 Pergerakan pelajar yang tidak tersusun dan terurus

4.2 Tahap keselamatan dan kawalan disiplin yang rendah

4.3 Amalan aktiviti pelajar dan penggunaan masa yang kurang bermanfaat

4.4 Gangguan terhadap pembelajaran dan pengajaran pelajar sesi pagi

4.5 Mewujudkan persekitaran sosial dan emosi yang kurang kondusif

Saya dan kumpulan guru sesi petang berpendapat bahawa satu sistem pengurusan

pelajar perlu dibangunkan bagi menangani isu-isu utama tersebut dengan cara yang

lebih sistematik dan terancang. Sistem ini mesti mesti mempunyai satu konsep

pendekatan dan pengurusan yang jelas. Oleh itu, satu konsep pendekatan dan

pengurusan yang dinamakan sebagai sistem pengurusan sekolah sesi ketiga telah di

cadangkan. Konsep sistem pengurusan sekolah sesi ketiga bermaksud satu sistem

khas diwujudkan bagi menguruskan dan mengendalikan pelajar-pelajar sesi petang

yang telah hadir ke sekolah awal hingga kepada waktu persekolahan sesi petang

bermula, iaitu bagi satu tempoh masa di antara pukul 11.30 pagi hingga 1.35

petang.Melalui konsep ini, saya percaya isu-isu utama tersebut dapat di tangani dan

di atasi dengan berkesan, di mana ianya akan memberi manfaat dan impak yang

baik kepada pihak sekolah, guru, pelajar dan sistem pendidikan secara

keseluruhannya. Pada masa yang sama ia akan memberi kesan langsung kepada

pembangunan disiplin, akademik dan budaya sekolah.

Page 13: Shamsudin Said

13

5.0 OBJEKTIF KAJIAN

5.1 Objektif Umum

Mewujudkan nilai-nilai budaya pengurusan disiplin kendiri yang konstruktif di

kalangan pelajar sesi petang dalam tempoh masa mereka sampai ke

sekolah hingga bermulanya waktu pembelajaran sebenar, iaitu dari pukul

11.30 pagi hingga 1.35 petang.

5.2 Objektif Khusus:

5.2.1 Mengamalkan sistem/ peraturan pergerakan pelajar sekolah sesi

ketiga yang teratur.

5.2.2 Meningkatkan budaya disiplin pelajar sekolah sesi ketiga.

5.2.3 Meningkatkan keberkesanan penggunaan masa dengan aktiviti-

aktivi berfaedah di kalangan pelajar sekolah sesi ketiga.

5.2.4 Menghapuskan gangguan terhadap proses pembelajaran

pelajar sesi pagi oleh pelajar sesi petang.

Page 14: Shamsudin Said

14

6.0 KUMPULAN SASARAN

Sasaran kajian saya adalah terdiri daripada semua pelajar sesi petang yang

berjumlah 625 orang tahun 2011, meliputi pelajar kelas peralihan, tingkatan satu dan

tingkatan dua. Dari jumlah tersebut, 60 peratus pelajar Cina, 30 pelajar India dan 10

peratus pelajar Melayu.

7.0 PELAKSANAAN TINDAKAN

7.1 Peringkat Pra-Tindakan

1. Tinjauan Masalah.

Pemerhatian telah dibuat untuk mengenalpasti isu-isu utama yang

dilakukan oleh pelajar-pelajar sesi petang apabila mereka berada

dalam kawasan sekolah. Ia meliputi masa kehadiran mereka,

bagaimana mereka bergerak dalam kawasan sekolah, di mana mereka

duduk, apa yang mereka lakukan, apa masalah disiplin yang telah

dilakukan dan sebagainya. Hasil dari pemerhatian yang dijalankan,

didapati:

a. Pelajar-pelajar sesi petang mulai datang ke sekolah

seawal pukul 11.30 pagi lagi. Pada pukul 12.30 tengahari,

hampir 100 peratus pelajar telah berada dalam kawasan

sekolah.

b. Pelajar-pelajar yang datang awal ini tidak mempunyai

keupayaan untuk mengawal disiplin kendiri. Mereka

kebanyakannya akan merayau-rayau sekitar kawasan

Page 15: Shamsudin Said

15

sekolah dan tidak berada secara tetap di satu-satu

tempat.

c. Pelajar-pelajar didapati tidak menggunakan masa yang

ada untuk membaca buku atau membuat kerja sekolah

atau latihan. Sekiranya mereka duduk di satu-satu tempat

tertentu, mereka dilihat hanya berborak atau membuat

bising.

d. Terdapat sebilangan pelajar yang berada di blok-blok

bangunan dan berhampiran dengan kelas sesi pagi.

Mereka ini mengganggu p & p kelas sesi pagi dan

kadangkala masuk ke kelas sesi pagi sebelum guru

menamatkan pengajaran.

e. Terdapat kes-kes vandalism dan pergaduhan yang

melibatkan pelajar sesi petang semasa mereka menunggu

untuk memulakan pembelajaran kelas sesi petang.

Dapatan di atas juga diperolehi melalui laporan guru bertugas

mingguan.

2. Menyediakan proposal kajian/kertas cadangan

Satu kertas kajian/cadangan disediakan untuk tujuan taklimat kepada

semua guru.

3. Penubuhan Jawatankusa Kajian Tindakan/Program

Satu jawatankuasa serta senarai tugas jawatankuasa telah dibentuk.

Jawatankuasa ini mengandungi pelantikan Guru Penolong Kanan

sekolah sesi ketiga, penolongnya dan guru bertugas harian.

Page 16: Shamsudin Said

16

4. Mengenalpastikan Kemudahan Asas/Fizikal Penempatan Pelajar

Menentukan dan mengenalpasti lokasi atau tempat-tempat/ruang-

ruang/bilik-bilik untuk kegunaan penempatan pelajar. Ia perlu boleh

menampung keseluruhan pelajar yang ada atau sebahagian besar.

Tempat yang sesuai seperti kantin sekolah, pusat sumber sekolah,

pondok-pondok, ruang koridor, dewan, bilik-bilik khas atau ruang-ruang

terbuka yang teduh dan bersih.

5. Menetapkan peraturan, label dan nama-nama tempat

Satu peraturan umum mengenai beberapa perkara perlu disedaikan

untuk diberikan atau disampaikan kepada pelajar dan guru. Ia meliputi

peraturan tentang masa hadir, laluan untuk pergerakan pelajar,

peraturan penggunaan tempat-tempat yang dikhaskan, peraturan

tentang aktiviti, peraturan untuk keluar/masuk bilik, pengagihan lokasi,

nama lokasi dan sebagainya.

8.2 Peringkat Tindakan

8.2.1 Surat pelantikan jawatankuasa dan taklimat

Setiap jawatankuasa diberi surat pelantikan dan taklimat

8.2.2 Taklimat dan Penerangan Kepada Pelajar

Taklimat dan penerangan di buat kepada semua pelajar pada setiap

hari tentang peraturan kehadiran, peraturan penggunaan tempat-tempat

duduk, aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat, peraturan pergerakan semasa

datang dan pergerakan dalam kawasan sekolah, perkara-perkara yang

dilarang, budaya sekolah, budaya belajar, sikap terhadap rakan dan

guru serta beberapa perkara berkaitan dengan keselamatan.

Page 17: Shamsudin Said

17

8.2.3 Sistem Laluan Pelajar.

Pelajar menggunakan laluan khas apabila mereka sampai ke sekolah

untuk bergerak ke lokasi/tempat/pondok/bilik yang telah ditepatkan.

Pemerhatian di buat oleh guru bertugas atau pengawas untuk

memastikan pelajar menggunakan laluan yang dikhaskan untuk

mengelakkan pelajar bergerak secara bebas dan pergi ke blok-blok

sekolah atau mengganggu pembelajaran kelas sesi pagi.

8.2.4 Penempatan Pelajar Di Lokasi/Tempat/Pondok Yang Dikhaskan.

Pelajar telah diberitahu dan ditetapkan tempat duduk atau menunggu

mereka sepanjang masa program sekolah sesi ketiga berjalan. Tempat-

tempat ini telah di namakan dengan nama kelas atau tingkatan masing-

masing. Ini bagi mengelakkan mereka daripada berpindah tempat

duduk atau tidak mempunyai tempat duduk. Guru bertugas dan

pengawas memantau agar pelajar tidak menukar tempat atau

berpindah secara sewenang-wenangnya.

8.2.5 Penggunaan masa dan Aktiviti Sekolah Sesi Ketiga.

Semua pelajar perlu mengeluarkan bahan bacaan/latihan/ulangkaji

apabila telah berada ditempat duduk masing-masing atau dilokasi yang

ditetapkan. Bahan-bahan ini perlu diletakkan di atas meja dan mereka

dikehendaki membuat aktiviti masing atau mereka dibenarkan

berbincang tentang aktiviti pembelajaran dengan rakan atau kumpulan

masing-masing.

8.2.6 Penerapan Budaya Belajar/Disiplin Bilik Darjah.

Semua pelajar ditegaskan untuk mengamalkan konsep budaya bilik

darjah semasa menjalani sekolah sesi ketiga, iaitu mesti duduk

ditempat sendiri, mesti ada bahan pembelajaran di atas meja, mesti

Page 18: Shamsudin Said

18

membuat aktiviti pembelajaran, bercakap dengan kadar perlahan, perlu

mendapatkan kebenaran guru atau pengawas untuk bergerak ke

tempat kawan atau ke tandas.

8.2.7 Pemantauan Rakan Pengawas.

Pengawas sekolah diminta untuk memerhati dan menasihat rakan

pelajar lain supaya mematuhi peraturan dan budaya disiplin yang telah

ditetapkan. Pengawas perlu menulis nama mana-mana pelajar yang

tidak berkerjasama dan membuat gangguan kepada pelajar lain dalam

buku rekod disiplin pengawas atau melaporkan kepada guru bertugas.

8.2.8 Kerjasama dan Penglibatan Pentadbir/ Guru Sesi Petang.

Semua pentadbir khususnya Pengetua dan Penolong Kanan Petang

perlu sentiasa membuat pemerhatian seberapa kerap yang boleh

tentang pergerakan dan disiplin pelajar seawal kehadiran mereka lagi.

Ini bagi menentukan pelajar-pelajar patuh kepada peraturan yang telah

ditetapkan. Semua guru-guru petang diminta membuat pemerhatian

dan pemantauan ke tempat-tempat duduk pelajar sekolah sesi ketiga

sebaik sahaja mereka mula sampai ke sekolah. Satu tempat atau ruang

duduk khas guru yang selesa disediakan di kawasan kantin sekolah

bagi membolehkan pentadbir atau guru bertugas membuat pemantauan

atau pemerhatian aktiviti pelajar sekolah sesi ketiga. Tempat tersebut

berhampiran dengan lokasi kebanyakan pelajar duduk.

8.2.9 Kemudahan bahan bacaan/rujukan dan NILAM

Di pondok tertentu telah disediakan dengan kemudahan bahan rujukan

umum/majalah/buku rujukan untuk keguanaan pelajar-pelajar sekolah

sesi ketiga. Pelajar-pelajar digalakkan untuk menjalankan program

Page 19: Shamsudin Said

19

NILAM sebagai pilihan untuk membuat aktiviti yang berbentuk

ulangkaji/latihan sekolah.

8.2.10 Program Kaunseling dan Pemantauan Disiplin/Guru Bertugas

Guru kaunseling memberi khidmat nasihat kepada pelajar-pelajar

yang dikesan menimbulkan masalah disiplin atau tidak mematuhi

peraturan yang ditetapkan dalam sekolah sesi ketiga. Manakala guru-

guru disiplin atau bertugas harian membuat pemantauan kepada

semua pelajar dan di semua tempat yang digunakan oleh pelajar. Jika

dikesan ada pelajar yang tidak memberi kerjasama atau melakukan

kesalahan disiplin, amaran atau tindakan disiplin dikenakan mengikut

peraturan yang sedia ada. Guru bertugas akan merekodkan dan

membuat laporan dalam buku laporan sekolah sesi ketiga.

8.2.11 Proses Penambahbaikan Secara Berterusan

Pengetua atau Penolong Kanan Petang atau guru bertugas harian perlu

membuat pemerhatian terhadap perjalanan sekolah sesi ketiga dan

memberi maklumbalas serta teguran semerta mengenai sesuatu

perkara yang kurang memuaskan kepada pelajar-pelajar. Guru

bertugas perlu merekodkan sebarang dapatan utama dalam buku

laporan yang di sediakan.

8.3 Pos-Tindakan

8.3.1 Mesyuarat/Perbincangan Penilaian Jawatankuasa

Pelaksana/Pasukan.

Perbincangan telah diadakan untuk mengetahui permasalahan dan

pencapaian. Ia diadakan pada akhir tahun

Page 20: Shamsudin Said

20

8.3.2 Pelaporan dan Dokumentasi

Satu laporan dan dokumentasi dibuat pada akhir tahun oleh Penolong

Kanan Petang dan Penolong Kanan Sekolah Sesi Ketiga.

9. KEMUDAHAN/BAHAN YANG DIPERLUKAN

9.1 Tempat/dewan/kantin/ruang/bilik/pondok untuk tempat duduk pelajar

Gunakan apa jua kemudahan asas yang sedia ada termasuk tempat-

tempat teduh.

9.2 Meja/kerusi/bangku/alas tempat duduk

Gunakan peralatan dan kemudahan yang sedia ada.

9.3 Bahan bacaan/buku rujukan/buku teks/bahan latihan/alat tulis dan

sebagainya

Pelajar boleh menggunakan bahan bacaan/buku mereka sendiri.

9.4 Buku rekod.

Dua buah buku rekod atau catatan digunakan, iaitu satu laporan oleh

guru bertugas harian dan satu oleh ketua pengawas bertugas

Page 21: Shamsudin Said

21

10. JADUAL PELAKSANAAN

11. KOS KAJIAN

Bil Jenis Bahan/Peralatan/Kemudahan Kos(RM)

1. Buku Rekod/Lapoaran Bertugas (2 buah) 10.00

2. Bahan bacaan/rujukan/latihan Pelajar sendiri/PSS/soalan

latihan

3. Bilik/dewan/tempat duduk/pondok Bilik darjah/kantin

sekolah/meja/kerusi/ruang

yang sedia ada.

4. Laporan dan dokumentasi akhir tahun 50.00

5. Label nama tempat/kelas 20.00 atau guna kertas biasa

Bil Aktiviti Tarikh/Tempoh Masa

1. Peringkat Pra-Tindakan

Tinjauan Masalah

Proposal Kajian

Tubuh Jawatankuasa/Pasukan

Taklimat

Kemudahan Asas (telah ada/ubahsuai)

Bulan Januari

2. Peringkat Tindakan

Surat Pelantikan

Taklimat Awal/Pelancaran

Bulan Jan

Sistem laluan pelajar

Penempatan pelajar

Penggunaan masa dan aktiviti pelajar

Penerapan budaya belajar

Pemantauan rakan pengawas

Penglibatan pentadbir/semua guru

Penggunaan bahan bacaan/NILAM

Kaunseling dan pemantauan disiplin

Program penambahbaikan

Sepanjang tahun

3. Peringkat Pos-Tindakan

Mesyuarat Penilaian Kajian

Pelaporan dan dokumentasi

November

Page 22: Shamsudin Said

22

12.0 REFLEKSI KAJIAN TINDAKAN

Berdasarkan kepada pemerhatian dan pandangan yang diberikan oleh pelbagai

pihak khususnya oleh guru, ibu bapa dan pegawai-pegawai dari Pejabat Pelajaran

Kuala Langat serta komen dari guru-guru luar yang telah membuat lawatan, kajian

tindakan ini telah meninggalkan beberapa impak yang besar dalam menyelesaikan

isu-isu yang difokuskan.

12.1 Impak Pelaksanaan Tindakan dan Penyelesaian Isu-Isu Utama Melalui

Sistem Sekolah Sesi Ketiga.

Bil. Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

Isu Utama

Petunjuk pencapaian

1.

Permasalahan Pelajar

Pelajar masuk dan bergerak ke tempat ditujui dengan bebas/pelbagai hala

Teratur – gunakan laluan yang ditetapkan

Pelajar merayau-rayau sekitar kawasan sekolah dan tidak berada di satu-satu tempat dengan tetap

Terkawal dan berdisiplin - berada di tempat/ lokasi yang ditetapkan mengikut kelas

Pelajar menggunakan masa dengan membuat perkara yang tidak berfaedah seperti bermain, berbual dan sebagainya

Mengurus masa dengan baik – Pelajar membuat kerja rumah, latihan dan membaca buku.

Proses P & P sesi pagi ( 3 waktu akhir) terganggu oleh pelajar sesi petang.

P & P berjalan lancar – Mereka terikat dengan peraturan sekolah sesi ketiga.

Pelajar banyak melakukan vandalism dan kes-kes disiplin pada waktu sebelum sesi petang bermula

Sekolah selamat dan tenteram – Pelajar lebih memberi fokus kepada aktiviti berfaedah dan berbudaya disiplin

Mengambil masa dan lambat masuk kelas waktu pertama kerana pelajar berkeliaran di banyak tempat

Cepat dan tersusun – Tempoh masa 10 minit selepas loceng dibunyikan pelajar telah sampai ke kelas masing-masing.

Pelajar lebih cenderung berkumpul mengikut kaum dan minat

Konsep 1Malaysia – mereka boleh duduk dan berbincang bersama antara kaum.

Pelajar sering menunjukkan kelakuan agresif dan kurang berinteraksi dengan guru

Keadaan tenteram dan mesra guru – Mereka duduk dengan tenang, sopan ditempat khas dan menghormati guru bertugas

Page 23: Shamsudin Said

23

Isu Keprihatinan/ Fokus Kajian

Isu Utama

Petunjuk pencapaian

Pelajar tidak mengamalkan budaya belajar walaupun telah berada dalam kawasan sekolah

Terbentuk Budaya Pembelajaran Kendiri – nilai dan sikap membuat kerja-kerja sekolah telah terbentuk.

Pelajar kelihatan tidak berwawasan dan suka mengganggu ketenteraman

Berminat Belajar dan Berdisiplin – Kebanyakan pelajar menyiapkan kerja-kerja rumah yang diberi dan berupaya mengawal diri sendiri.

12.2 Impak Tidak Langsung Kesan Pelaksanaan Kajian Tindakan Sekolah

Sesi Ketiga.

Bil

Bidang/Skop

Isu/Masalah

Petunjuk Pencapaian

1.

Guru

Guru kurang jelas tentang peranan dan pendekatan pembangunan disiplin pelajar petang

Konsep sekolah sesi ketiga – Semua guru menerima baik konsep ini setelah melihat keberkesanannya dan mula memberi kerjasama

Guru tidak memberi perhatian tentang pengurusan pelajar yang datang awal

Kerja secara berpasukan – Kebanyakan guru mula membuat pemantauan terhadap pelajar-pelajar yang sampai awal

Hubungan guru – pelajar dan pelajar – guru kurang berlaku di luar kelas atau dalam bentuk tidak formal

Pembentukan Budaya Mesra – Kebanyakan guru yang datang awal suka untuk melihat aktiviti pelajar di tempat/lokasi pelajar duduk. Ada kalangan guru membantu pelajar membuat kerja sekolah.

Motivasi guru terjejas disebabkan oleh sikap pelajar yang suka melanggar disiplin dan kurang menghormati guru

Budaya Kerja Guru Meningkat – guru sering bercakap tentang perubahan sikap dan disiplin pelajar dan mula memberi penekanan kepada kecemerlangan akademik pelajar.

Guru selalu tertekan dengan tindakan pelajar yang biadab dan suka melawan

Budaya Sopan dan Hormat Guru – Sikap biadab dan melawan guru hampir tidak berlaku lagi. Malah wujud konsep kekeluargaan.

Page 24: Shamsudin Said

24

2.

Ibu Bapa

Ibu bapa menganggap sekolah ini bermasalah disiplin dan berusaha menukarkan anak mereka ke sekolah lain

Menjadi sekolah pilihan – Mulai tahun 2011, PPD Kuala Langat telah mengawal permintaan kemasukan ke sekolah ini. Persepsi ibu bapa telah berubah dengan adanya peningkatan disiplin.

3.

Hubungan antara pelajar

Sering berlaku buli dan masalah salah faham antara pelajar pagi dan petang

Harmoni dan Mesra – wujud sikap baik sangka antara pelajar pagi dan petang kerana isu-isu gangguan telah tidak berlaku lagi.

13.0 REFLEKSI KESELURUHAN TERHADAP KAJIAN TINDAKAN YANG

DIJALANKAN

Secara keseluruhannya, kajian tindakan ini telah berjaya membuat

transformasi terhadap sikap dan pemikiran pelajar, budaya disiplin, amalan

budaya belajar dan penggunaan waktu senggang oleh pelajar dan telah

membentuk satu persekitaran baru yang lebih kondusif dan tenteram untuk

dinikmat oleh warga sekolah. Hasilnya hampir semua sekolah menengah

yang mempunyai dua sesi di daerah Klang telah membuat lawatan penanda

aras ke sekolah ini bagi melihat amalan sekolah sesi ketiga.

Page 25: Shamsudin Said

25

14.0 CADANGAN KAJIAN SETERUSNYA.

Saya akan mengekalkan pelaksanaan sistem pengurusan sekolah sesi ketiga

ini kerana ia telah menyelesaikan banyak masalah disiplin pelajar sesi petang

yang datang awal ke sekolah malah sistem ini telah dapat menyediakan

persekitaran yang kondusif untuk melatih disiplin serta budaya belajar pelajar.

Page 26: Shamsudin Said

26

Bibliografi

Abdullah Sani Yahaya. (2009) Mengurus Sekolah. PTS Profesional, Kuala Lumpur.

Buku Manual Kajian Tindakan. (2008) Bahagian Perancangan dan Penyelidikan

Dasar Pendidikan, Kementerian Pelajaran Malysia.

Mohamad Najib Abdul Ghafar. (1999) Penyelidikan Pendidikan. Penerbitan Universiti

Teknologi Malaysia.

Page 27: Shamsudin Said

27

LAMPIRAN

Gambar 1 : Ketibaan Penolong Kanan Petang (SM) Klang Untuk Melihat

Pelaksanaan Sekolah Sesi Ketiga

Page 28: Shamsudin Said

28

Gambar 2 : Penolong Kanan Petang Daerah Klang Meninjau Situasi dan Aktiviti

Pelajar Sekolah Sesi Ketiga – Di Kantin Sekolah.

Page 29: Shamsudin Said

29

Gambar 3: Ketibaan Tuan Haji Abdul Talib bin Hamid, PPD Kuala Langat Untuk

Meraikan Lawatan Penanda Aras Penolong Kanan Petang Daerah Klang

Page 30: Shamsudin Said

30

Gambar 4: Sesi Taklimat Program Lawatan Penolong Kanan Petang Daerah Klang

Bersama Pihak Sekolah Dan PPD Kuala Langat.

Page 31: Shamsudin Said

31

Gambar 5: Suasana Pembelajaran Kendiri Pelajar Sekolah Sesi Ketiga Semasa

Tinjauan Oleh Penolong Kanan Petang Daerah Klang.

Page 32: Shamsudin Said

32

Gambar 6: Lawatan Penanda Aras Untuk Melihat Pelaksanaan Sekolah Sesi Ketiga Oleh Pentadbir dan Guru SMK Telok Gadong, Klang.

Page 33: Shamsudin Said

33

Rakaman Gambar Tempat-Tempat Pembelajaran Sekolah Sesi Ketiga

dan

Aktiviti Pelajar

Kawasan Kantin : Masa antara pukul 11.30 hingg 1.30 tengahari

Pembelajaran Kendiri:

Gambar 1: Pelajar Tekun Membuat Kerja Sekolah/Latihan

Page 34: Shamsudin Said

34

Gambar 2:

Gambar 3:

Page 35: Shamsudin Said

35

Gambar 4: Lokasi Pondok

Gambar 5: Lokasi Koridor Bangunan

Page 36: Shamsudin Said

36

Gambar 6: Lokasi Pondok

Gambar 7: Guru Membuat Pemantauan

Page 37: Shamsudin Said

37

Gambar 8: Budaya Disiplin dan Belajar Kendiri

Page 38: Shamsudin Said

38

Gambar 9: Berhimpun Mengikut Kelas Sebelum Sesi Petang Bermula

Gambar 10: Bergerak Dalam Barisan Masuk Kelas Sesi Petang.

Page 39: Shamsudin Said

39

Suasana Kerja dan Tempat Bertugas Guru Sesi Ketiga

Gambar 1: Guru Sedang Menulis Laporan

Gambar 2: Penolong Kanan Petang dan Guru Sesi Ketiga Sedang Berbincang