SHK 24/2016

  • View
    232

  • Download
    0

Embed Size (px)

Text of SHK 24/2016

  • 1

    UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

    PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

    JABATAN PERDANA MENTERI

    PERKHIDMATAN PEMBEKALAN, PEMASANGAN, PENGUJIAN DAN

    PENGOPERASIAN SISTEM AUDIO VISUAL BAGI MAJLIS ANUGERAH INOVASI PERDANA MENTERI (AIPM) DAN

    ANUGERAH INOVASI SEKTOR AWAM (AISA) 2016

    untuk

    UNIT PEMODENAN TADBIRAN DAN PERANCANGAN

    PENGURUSAN MALAYSIA (MAMPU)

    TARIKH PELAWAAN

    29 NOVEMBER 2016 (SELASA)

    TARIKH TUTUP SEBUT HARGA

    02 DISEMBER 2016 (JUMAAT)

    DOKUMEN SEBUT HARGA KECIL

    NOMBOR SEBUT HARGA: 24/2016

  • 2

    ARAHAN DAN SYARAT KEPADA PENYEBUT HARGA

    1. Kenyataan Tawaran

    1.1 Tender ini adalah dipelawa kepada penyebut harga yang berdaftar

    dengan Kementerian Kewangan Malaysia di bawah kod bidang

    221304 Audio Visual untuk melaksanakan Perkhidmatan Pembekalan,

    Pamasangan, Pengujian Dan Pengoperasian Sistem Audio Visual

    Bagi Majlis Anugerah Inovasi Perdana Menteri (AIPM) Dan Anugerah

    Inovasi Sektor Awam (AISA) 2016

    1.2 Penyebut harga hendaklah memastikan tempoh pendaftarannya dengan

    Kementerian Kewangan Malaysia masih sah dalam tempoh pengiklanan.

    1.3 Tarikh Tutup

    1.3.1 Tawaran sebut harga akan ditutup pada 02 Disember 2016

    sebelum atau pada jam 12.00 tengah hari

    1.3.2 Tawaran yang lewat dikemukakan TIDAK AKAN

    DIPERTIMBANGKAN.

    2. Dokumen Sebut Harga

    Penyebut harga boleh mendapatkan dokumen sebut harga berserta lampiran-

    lampiran seperti yang dinyatakan di bawah melalui laman sesawang

    www.mampu.gov.my.

    3. Penyerahan Dokumen Tawaran Sebutharga

    3.1 Penyebut harga hendaklah menyerahkan Dokumen Tawaran Sebut

    Harga (Lampiran 1, 2, 3, 4, 5 dan 6) seperti di JADUAL 1:

    http://www.mampu.gov.my/

  • 3

    3.2 Dokumen yang telah lengkap diisi hendaklah diserahkan secara serahan

    tangan atau emel ke alamat seperti berikut:

    Alamat:

    Unit Pemodenan Tadbiran dan

    PerancanganPengurusan Malaysia (MAMPU)

    Jabatan Perdana Menteri

    Aras 5, Seksyen Kewangan, Blok B2

    Kompleks Jabatan Perdana Menteri

    Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan

    62502 PUTRAJAYA

    (u.p: Urus Setia Perolehan)

    Emel:

    mohdhafedzy@mampu.gov.my; dan

    zawiyah@mampu.gov.my;

    3.3 Ketidakpatuhan kepada keperluan ini akan menyebabkan dokumen

    Tawaran Sebut Harga TIDAK LAYAK DIPERTIMBANGKAN.

    JADUAL 1

    Lampiran 1 Borang Tawaran Harga (WAJIB)

    Lampiran 2 Jadual Pematuhan Spesifikasi (WAJIB)

    Lampiran 3 Surat Akuan Pembida (WAJIB)

    Lampiran 4 Surat Perwakilan Kuasa (jika diwakilkan kepada bukan penama

    didalam Sijil Pendaftaran Kementerian Kewangan Malaysia)

    Lampiran 5 Keterangan Penyebut Harga (WAJIB)

    Lampiran 6

    Sijil Pendaftaran dengan Kementerian Kewangan Malaysia

    (WAJIB);

    Sijil Pendaftaran Akuan Bumiputera (JIKA ADA);

    Sijil Pendaftaran GST dengan JKDM (JIKA ADA);

    Penyata bank satu bulan yang terkini (September 2016 atau

    Oktober 2016) (WAJIB)

    mailto:hafedzy@mampu.gov.mymailto:zawiyah@mampu.gov.my

  • 4

    4. SYARAT-SYARAT AM

    Penyebut harga hendaklah mematuhi semua syarat dan terma yang ditetapkan

    apabila menyertai sebut harga. Kegagalan mematuhi mana-mana syarat dan

    terma di bawah ini akan menyebabkan tawaran penyebut harga tidak akan

    dipertimbangkan.

    4.1 Pembiayaan

    Penyebut harga akan membiayai segala kos yang terlibat dalam

    penyediaan dan penghantaran Dokumen Sebut Harga. Pihak MAMPU

    tidak akan bertanggungjawab di atas sebarang kos yang terlibat dalam

    proses penyediaan Dokumen Sebut Harga.

    4.2 Keperluan Penyertaan Sebut Harga

    4.2.1 Penyebut harga diwajibkan menyediakan keperluan infrastruktur

    dari segi komputer, keperluan komunikasi dan internet serta

    keupayaan sumber manusia untuk menyertai sebut harga ini dari

    lokasi penyebut harga sendiri.

    4.2.2 Keputusan sebut harga yang dikeluarkan adalah muktamad dan

    tertakluk kepada Dasar dan Peraturan Perolehan Kerajaan

    Malaysia.

    5. Tempoh Sahlaku Tawaran

    5.1 Tempoh sahlaku tawaran sebut harga adalah 60 hari daripada tarikh tutup

    sebut harga.

  • 5

    5.2 Dalam keadaan berkecuali, sebelum tamat tempoh sahlaku tawaran asal,

    MAMPU boleh meminta tempoh sahlaku tawaran dilanjutkan.

    Permintaan dan jawapan akan dilakukan secara bertulis.

    5.3 Penyebut harga yang bersetuju dengan permintaan ini tidak diperlukan

    atau diminta untuk mengubah tawaran asal, tetapi hanya diminta untuk

    melanjutkan tempoh sahlaku sebutharga.

    6. Harga Tawaran

    6.1 Harga-harga yang ditawarkan mestilah dalam Ringgit Malaysia (RM) dan

    hendaklah harga bersih termasuk semua diskaun serta kos tambahan

    yang berkaitan seperti kos bungkusan, pembungkusan, penghantaran,

    cukai atau duti kastam dan lain-lain kos yang bersangkutan dengan

    pembekalan yang ditawarkan.

    6.2 Harga-harga yang ditawarkan dalam sebut harga ini adalah tetap dan tidak

    boleh dipinda selepas sebut harga ditutup dan akan berkuatkuasa selama

    dalam tempoh sahlaku sebut harga. Harga yang ditawarkan oleh penyebut

    harga yang berjaya hendaklah dipatuhi sepanjang masa perkhidmatan

    berjalan dan tidak boleh dibuat sebarang perubahan.

    6.3 Penyebut harga dikenakan kadar fi perkhidmatan bagi perolehan secara

    elektronik sebanyak 0.8% bagi setiap transaksi tertakluk kepada had

    maksimum berjumlah RM 9,600.00 bagi transaksi yang bernilai RM1.2 juta

    atau lebih.

    7. Skop Kerja

    7.1 Penyebut harga yang berjaya adalah bertanggungjawab untuk

    melaksanakan kerja-kerja berikut:

    7.1.1 Sistem Visual

  • 6

    i. Penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian

    peralatan hendaklah dibuat pada tarikh-tarikh berikut:

    a) Penghantaran dan pemasangan skrin LED: 14 Disember

    2016;

    b) Pengujian skrin LED (sesi raptai): 14 Disember 2016; dan

    c) Pengoperasian skrin LED: 15 Disember 2016.

    ii. Skrin LED berupaya memaparkan input daripada sistem multi

    camera production (MCP) dan kandungan multimedia

    (komputer) skrin utama.

    iii. Sistem hendaklah mampu memaparkan kandungan multimedia

    seperti format berikut:

    a) Video : .mpg, .mpeg, .mp4 dan .mov.

    b) Imej : .jpg dan .jpeg.

    c) Dokumen : .ppt dan .pptx (Microsoft PowerPoint).

    7.1.2 Sistem Audio

    i. Penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian

    peralatan hendaklah dibuat pada tarikh-tarikh berikut:

    a) Penghantaran dan pemasangan peralatan audio: 14

    Disember 2016.

    b) Pengujian peralatan audio (sesi raptai): 14 Disember 2016.

    c) Pengoperasian peralatan audio: 15 Disember 2016.

    ii. Sistem audio berupaya menyediakan keperluan audio bagi

    input daripada komputer, peralatan muzik, sistem rakaman dan

    ucapan (rostrum).

  • 7

    7.1.3 Sistem Rakaman

    i. Penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian

    peralatan hendaklah dibuat pada tarikh-tarikh berikut:

    a) Penghantaran dan pemasangan sistem multi camera

    production (MCP): 14 Disember 2016.

    b) Pengujian sistem MCP (sesi raptai): 14 Disember 2016.

    c) Pengoperasian sistem MCP: 15 Disember 2016.

    ii. Membuat penghantaran seperti berikut:

    a) Rakaman video berterusan (raw) sepanjang majlis di dalam

    cakera keras (hard disk);

    b) Rakaman video suntingan (edited) sepanjang majlis di

    dalam cakera keras (hard disk);

    7.1.4 Sistem Pencahayaan

    i. Penghantaran, pemasangan, pengujian dan pengoperasian

    peralatan hendaklah dibuat pada tarikh-tarikh berikut:

    a) Penghantaran dan pemasangan sistem pencahayaan: 14

    Disember 2016.

    b) Pengujian sistem pencahayaan (sesi raptai): 14 Disember

    2016.

    c) Pengoperasian sistem pencahayaan: 15 Disember 2016.

    ii. Sistem pencahayaan berupaya menyediakan pencahayaan

    berpadanan dengan perjalanan majlis khususnya semasa

  • 8

    ketibaan VIP, tayangan video, ucapan VIP, gimik dan

    penyampaian hadiah.

    8. Publisiti

    Tiada maklumat berkenaan Dokumen Sebutharga boleh disiarkan di dalam

    sebarang akhbar, majalah, media elektronik atau alat pengiklanan/media massa

    kecuali telah mendapat kelulusan daripada MAMPU terlebih dahulu.

    9. Tafsiran

    Sebut harga ini dan apa-apa kontrak yang timbul daripadanya hendaklah

    diertikan mengikut dan dikawal oleh undang-undang Malaysia, dan penyebut

    harga bersetuju tertakluk hanya kepada bidang kuasa Mahkamah Malaysia

    sahaja dalam apa-apa pertikaian atau perselisihan jua pun yang mungkin timbul

    mengenai sebut harga ini atau apa-apa kontrak yang timbul daripadanya.

    10. Hak Menerima atau menolak

    10.1 MAMPU berhak menerima atau menolak mana-mana sebut harga dan

    membatalkan proses tawaran dan menolak semua penyebut harga pada

    bila-bila masa sebelum sebut harga diberikan tanpa melibatkan apa-apa

    tanggungan kepada penyebut harga yang terlibat atau tanpa

    memerlukan pihak MAMPU untuk memaklumkan sebab-sebab

    demikian kepada penyebut harga yang terlibat.

    10.2 Pihak MAMPU adalah berhak mempersetujui tawaran penyebut harga

    sama ada kesemuanya atau sebahagian daripadanya serta menambah

    atau mengurangkan kuantiti barangan dalam spesifikasi.

    10.3 Pihak MAMPU tidak terikat untuk menerima tawaran penyebut harga yang

    terendah sekali atau mana-mana penyebu