47
SIASATAN DALAMAN

siasatan dalaman

Embed Size (px)

DESCRIPTION

siasatan dalaman untuk sektor swasta di bawah ajta kerja 1955

Citation preview

  • SIASATAN DALAMAN

  • SESI SIASATAN DALAMANRATIONALDi dalam mana-mana Siasatan Dalaman Disiplin (Domestic Inquiry), Pegawai Pendakwa memainkan peranan penting . Ianya ibarat watak utama atau master mind bagi memastikan Siasatan Dalam berjalan dengan lancar dan mengikut peraturan. Kejayaan majikan di dalam sesi ini amat bergantung kepada persediaan Pegawai Pendakwa dan kemahirannya di dalam pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemerksaan semula. Bukan itu sahaja Pegawai Pendakwa juga perlu mahir di dala siasatan dan menyedia / memahami tuduhan

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMAN

    OBJEKTIFDi akhir kursus ini, para peserta akan dapat:Memahami tentang kenapa pekerja perlu di disiplinkan , prosedurnya dan jika gagal meneruskan proses disiplin seterusnya iaitu prosedur disiplin besar.Mempelajari proses melaksanakan siasatan yang kompprehensif dan teknik-teknik mencadangkan tuduhan-tuduhan salahlaku yang tepat dan sesuai.Mengetahui tentang prosedur Siasatan Dalaman dan cara-cara melaksanakannya.Mempunyai kemahiran didalam membuat pemeriksaan utama, pemeriksaan balas dan pemeriksaan semula.Memahami akan cara-cara membuat penghujahan lisan dan penghujahan balas

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANSalahlaku

    Siasatan SalahlakuMenyediakan Tuduhan / Memahami TuduhanSiasatan Dalaman Disiplin (SDD) / Domestic InquiryExamination in chief (Pemeriksaan Utama)Cross-Examination (Pemeriksaan Balas)Re Examination (Pemeriksaan Semula)Submission (Penghujahan akhir)

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANSalahlaku Ringan Salahlaku ringan merupakan kesalahan oleh seorang pekerja ; kelakuan yang tidak betul tetapi tidak begitu serius untuk dikenakan hukuman yang berat. Tidak semua salahlaku pekerja patut mendapat pemecatan. Pihak Mahkamah harap majikan berpatutan. Mahkamah suka mengatakan bahawa pekerja bukan malaikat. Mereka mungkin bersalah tetapi sekiranya mereka dihukum, mereka mungkin akan menunjukkan kelakuan yang lebih baik dan tidak akan ulangkan salahlaku mereka. Sekiranya pekerja membuat salahlaku ringan dan dihukum kerananya, tetapi kemudian mengulangi salahlaku yang sama, kelakuan yang tidak boleh diterima ini akan menjadi lebih serius dan beliau patut terima hukuman yang lebih berat. Jika beliau masih juga mengulangi salahlaku itu, pemecatan sahajalah mungkin penyelesaiannya kerana jelas menunjukkan bahawa beliau tidak mendapat pengajaran daripada tindakan-tindakan yang diambil.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANMenentukan Sama Ada Buatan Salahlaku itu Ringan atau Serius Sama ada satu buatan salahlaku dianggap ringan atau serius bergantung kepada jenis kerja yang pekerja buat dan jenis industri. Anda patut adakan sesi bersama dengan pengurus kanan anda, periksa peraturan syarikat dan tentukan sama ada setiap contoh salahlaku itu ringan atau serius. Adalah mustahil untuk menyediakan satu senarai buatan salahlaku yang ringan yang berkait dengan semua industri dan pekerjaan.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANBerikut adalah beberapa cadangan mengenai kelakuan yang dianggap salahlaku ringan:

    1. Merokok di dalam premis di mana ada peraturan melarang merokok biasanya adalah salahlaku ringan, melainkan merokok itu berlaku di tempat yang sangat merbahaya, mungkin senang terbakar disebabkan oleh rokok yang menyala (seperti dekat dengan bahan mudah terbakar) 2. Tidak hadir untuk satu atau dua hari bekerja tanpa izin manakala tidak hadir selama 3 hari atau lebih tanpa kebenaran boleh dianggap sebagai salahlaku serius 3. Sampai lewat di tempat kerja atau pulang awal 4. Tidak berada di stesyen kerja pekerja semasa waktu kerja 5. Menggunakan bahasa kurang sopan kepada rakan sekerja

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANMengambil Tindakan ke atas Salahlaku Ringan Dalam kes-kes di mana pekerja membuat salahlaku ringan pihak penyelia patut diberi kuasa untuk mengambil tindakan ke atas pekerja berkenaan. Mereka mesti dilatih untuk tugas ini supaya mereka tahu apa yang perlu dilakukan dan bagaimana untuk lakukannya. Mereka mesti tahu apakah hukuman yang boleh di kenakan. Amaran Lisan Hukuman yang biasa dikenakan untuk salahlaku ringan adalah amaran. Kali pertama seorang pekerja membuat salahlaku ringan, beliau patut diberi amaran lisan. Ini bermakna penyelia beliau mesti: 1. Tanya beliau sama ada beliau mempunyai penjelasan mengenai kelakuan beliau 2. Ingatkan beliau bahawa kelakuan tersebut tidak dapat diterima, dan 3. Beri amaran kepada beliau supaya tidak mengulangi salahlaku tersebut atau salahlaku yang lain

    Amaran ini, sungguh pun ia adalah amaran lisan, mesti direkodkan oleh penyelia. Sekiranya tidak, beliau tidak akan ingat sama ada beliau telah keluarkan apa-apa amaran sebelumnya. Pihak penyelia mesti simpan nota bertulis, dan bertarikh, menyatakan jenis salahlaku dan sebarang komen atau keterangan yang diberi oleh pekerja kepada beliau.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANAmaran Bertulis Sekiranya seorang pekerja mengulangi perbuatan salahlaku di mana amaran lisan telah diberi kepadanya, amaran bertulis mesti dikeluarkan. Amaran bertulis boleh diberi dalam bentuk surat biasa kepada pekerja. Surat amaran patut ditandatangani oleh penyelia pekerja berkenaan, dengan salinan kepada pegawai HR supaya satu salinan dimasukkan ke dalam fail peribadi pekerja. Kandungan surat amaran adalah: 1. Satu kenyataan menerangkan salahlaku yang dibuat oleh pekerja 2. Masa, tarikh dan tempat di mana kelakuan salahlaku dibuat 3. Rujukan kepada polisi atau peraturan syarikat yang telah dilanggar 4. Rujukan kepada amaran terdahulu yang diberi (lisan atau bertulis) 5. Satu peringatan bahawa peraturan organisasi telah diberi kepada pekerja dan beliau telah setuju mematuhinya 6. Satu kenyataan bahawa sekiranya pekerja mengulangi perbuatan salahlaku atau mana-mana kelakuan salahlaku yang lain beliau boleh dipecat

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANSebelum amaran bertulis dikeluarkan, adalah penting pengurus semak semua fakta untuk mempastikan pekerja betul-betul telah melakukan kesalahan. Ia dianggap sebagai amalan yang adil bagi pihak majikan mengeluarkan sehingga tiga amaran bertulis sebelum penalti yang lebih berat dipertimbangkan. Apabila surat amaran dikeluarkan, pekerja berkenaan mesti tandatangan satu salinan menunjukkan bahawa beliau telah terima surat itu. Sekiranya beliau enggan menandatangan penerimaan surat itu (ini adalah kelakuan mengingkari perintah), penyelia beliau patut bacakan surat itu kepada beliau di hadapan seorang pengurus yang akan tandatangan surat sebagai saksi bahawa ia telah dibacakan kepada pekerja tersebut.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANSalahlaku Serius Sekiranya seorang pekerja disyaki melakukan satu perbuatan salahlaku yang serius, atau jika beliau telah diberi amaran terakhir kerana melakukan perbuatan salahlaku ringan beberapa kali, satu prosedur yang berbeza daripada yang digariskan di atas perlu diikuti. Prosedur untuk diikuti apabila seorang pekerja dituduh melakukan perbuatan salahlaku serius adalah seperti berikut: Setiap 4 langkah dalam prosedur tersebut akan diterangkan dengan ringkas.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANMenyiasat Sebelum mengenakan apa-apa penalti ke atas pekerja kerana perbuatan salahlaku serius, keperluan pertama adalah menjalankan penyiasatan teliti. Siapa yang layak sekali untuk menjalankan penyiasatan bergantung kepada jenis tuduhan ke atas pekerja tersebut. Misalnya, salahlaku yang melibatkan wang organisasi patut disiasat oleh pegawai audit, sekiranya wujud dalam syarikat anda. Kecurian atau berkelahi mungkin boleh disiasat oleh pegawai sekuriti; ketidakhadiran biasanya disiasat oleh HR dan seterusnya. Penyiasatan mesti menjawab soalan berikut: 1. Salahlaku apa yang telah dilakukan? 2. Peraturan atau polisi apa yang dilanggar? 3. Siapa yang terlibat? 4. Bila dan di mana salahlaku terjadi? 5. Bukti apa yang menunjukkan kesalahan telah berlaku? Adakah saksi, gambar atau dokumen yang membuktikan kesalahan pekerja yang dituduh?

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMAN1.Menyiasat2.Persiapan untuk siasatan dalaman3.Menjalankan siasatan dalaman4.Tindakan susulanAdalah tersangat penting supaya ada bukti yang mencukupi bahawa pekerja tersebut telah melakukan perbuatan salahlaku. Sekiranya beliau dituduh oleh seorang, sedangkan beliau tidak mengaku bersalah dan tidak ada bukti bebas yang lain untuk menunjukkan beliau bersalah, maka kes tersebut tidak boleh diteruskan. Surat Tunjuk Sebab Ia adalah satu amalan yang wajar untuk mengeluarkan satu surat tunjuk sebab kepada pekerja yang dituduh, sama ada di awal penyiasatan atau selepas penyiasatan awalan tamat. Surat tunjuk sebab akan senaraikan tuduhan-tuduhan keatas beliau dan mengarahkan beliau menjawab tuduhan tersebut sebelum tarikh tertentu, biasanya dalam tempoh 3-5 hari.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANPenggantungan Semasa penyiasatan ke atas tuduhan salahlaku, pihak majikan berhak untuk menggantung pekerja berkenaan. Hak pekerja bergantung sama ada beliau dilindungi oleh Akta Pekerjaan atau tidak, seperti diterangkan dalam Ruang bertajuk PERSEKITARAN PERUNDANGAN DALAM PEKERJAAN. Pekerja yang berada dalam skop Akta Pekerjaan boleh digantung kerja dengan mendapat separuh gaji, sehingga dua minggu semasa beliau disiasat kerana disyaki bersabit dengan salahlaku. Sekiranya dengan sebab apa sekali pun, penyiasatan mengambil masa lebih daripada 2 minggu, penggantungan pekerja boleh dipanjangkan tetapi beliau mesti dibayar gaji penuh. Jikalau diputuskan bahawa tidak ada bukti yang kukuh bahawa pekerja bersalah, atau jikalau beliau didapati tidak bersalah oleh panel siasatan dalaman, separuh gaji yang ditahan mesti dibayar kepada beliau. Sekiranya seorang pekerja yang dituduh membuat salahlaku tidak dilindungi oleh Akta Pekerjaan, beliau masih boleh digantung kerja semasa penyiasatan, tetapi beliau mesti dibayar gaji penuh dalam tempoh tersebut.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANPersiapan untuk Siasatan Dalaman Sekiranya satu penyiasatan mendedahkan bukti bahawa pekerja itu bersalah, satu siasatan dalaman mesti diadakan. Persiapan yang diperlukan untuk siasatan dalaman termasuk:

    Lantik seorang PendakwaLantik Panel Siasatan

    Sediakan Bilik Siasatan DalamanLantik seorang Setiausaha

    Keluarkan Notis Siasatan & Tuduhan kepada PekerjaSiasatan dalaman (Domestic inquiry atau DI) ialah satu perbicaraan dalaman untuk menentukan sama ada pekerja yang dituduh membuat salahlaku bersalah atau tidak. Pihak majikan mesti melantik seorang pendakwa daripada kalangan eksekutif kanan. Pendakwa mewakili syarikat. Peranan beliau ialah untuk membuktikan kepada ahli DI bahawa pekerja yang dituduh adalah bersalah.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANPanel DI, biasanya mengandungi 3 orang ahli termasuk seorang pengerusi, dikehendaki mendengar kenyataan yang dibentang oleh pendakwa dan apa-apa keterangan oleh tertuduh, dan ambil keputusan sama ada tertuduh bersalah atau tidak ke atas tuduhan terhadapnya. Sekurang-kurangnya seorang eksekutif atau pengurus kanan patut dilantik sebagai ahli panel bersama dua orang yang lain. Sebuah bilik yang sesuai patut ditempah untuk DI. Seorang setiausaha mesti dilantik. Setiausaha diperlukan untuk merekod kata demi kata perjalanan DI, iaitu menulis semua yang dikatakan semasa DI, yang dikendalikan mengikuti format soal dan jawab. Satu notis mesti disampaikan kepada pekerja berkenaan memberitahu beliau bila dan mana siasatan akan diadakan. Bersama-sama dengan notis tersebut, tuduhan ke atas pekerja tersebut akan disertakan.

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMANMenjalankan Siasatan Dalaman Siasatan dalaman (DI) tidak perlu merumitkan atau terlalu formal. Walau bagaimanapun, sekiranya seorang pengurus kanan dituduh membuat salahlaku, mungkin elok dapatkan nasihat daripada pihak perunding atau daripada seorang peguam. Jikalau staf HR belum pernah menghadiri DI, mereka patut ikuti satu program latihan mengenai topik ini. Pihak penyedia latihan ada menawarkan banyak latihan seumpamanya. Perjalanan pendakwaan dalam siasatan dalaman adalah seperti berikut:

  • GARIS PANDUAN TAMBAHAN MENGENAI SIASATAN DALAMAN Tiada mana-mana pihak dibenarkan membuat ucapan semasa DI, melainkan semasa penggulungan akhir. Pastikan rekod kata demi kata dibuat. Jangan bergantung kepada rakaman pita. Benarkan tertuduh membaca mana-mana dokumen yang dibentangkan sebagai bukti menuduh beliau

    1. Pengerusi panel siasatan, yang bertanggungjawab mempastikan DI dilaksanakan dengan licin, semak siapa yang hadir dan buat pengenalan jika perlu. Beliau terangkan tujuan DI kepada tertuduh dan menggariskan beberapa peraturan bagaimana DI akan dijalankan. 2. Pendakwa (atau Pengerusi panel siasatan) bacakan tuduhan kepada pekerja tersebut dan minta sama ada beliau mengaku salah atau tidak bersalah. 3. Sekiranya pekerja mengaku tidak bersalah, Pendakwa, yang mewakili majikan, akan mulakan kes dengan memanggil saksi beliau yang pertama. Soalan akan ditanya dan pihak saksi mesti menjawab. 4. Apabila Pendakwa telah tamat menyoal saksi pertama, tertuduh dibenarkan menyoal balas saksi tersebut, iaitu bertanya soalan kepada beliau. 5. Pendakwa mungkin ingin menyoal semula, atau bertanya soalan tambahan kepada saksi untuk menjelaskan beberapa perkara. Sesudah itu, saksi lain akan dipanggil. 6. Proses memanggil saksi untuk disoal, soal balas dan soal semula akan berterusan sehingga Pendakwa tidak ada saksi lagi.

  • 7. Sebaik sahaja Pendakwa habis memanggil saksi-saksi beliau, pekerja yang dituduh boleh panggil saksi dia, jika ada, dan proses yang sama akan diulang tetapi terbalik. 8. Sebaik sahaja pekerja habis dengan saksi-saksinya, kedua-dua Pendakwa dan pekerja boleh membuat penggulungan akhir mengenai bukti-bukti mereka. 9. Selepas penyerahan terakhir, panel siasatan akan adakan perbincangan bersama untuk membuat keputusan sama ada pekerja berkenaan bersalah atau tidak bersalah ke atas tuduhan-tuduhan yang dibuat terhadap beliau. Mereka akan tulis satu laporan mengenai keputusan mereka dan serahkan laporan itu kepada pengurus yang melantik mereka.

    Berikut adalah berberapa garis panduan mengenai isu-isu biasa berhubung dengan pengendalian DI. Staf HR tidak boleh dilantik sebagai ahli panel DI. Mereka boleh menjadi Pendakwa atau Setiausaha. Ahli-ahli panel DI, seboleh-bolehnya, orang yang berkecuali dan tidak terlibat secara langsung sama sekali dengan kes berkenaan. Sekiranya pekerja tersebut gagal untuk hadir DI, tangguhkannya dan cuba dapatkan sebab kenapa dia tidak hadir. Tetapkan tarikh baru untuk DI setelah memberitahu pekerja mengenainya. Jika dia masih tidak hadir, siasatan dalaman akan dijalankan tanpa dia. Panel DI tidak sepatutnya diberi taklimat atau diberi maklumat mengenai kes terlebih dahulu. Tertuduh tidak berhak untuk diwakili oleh peguam semasa DI. Jangan benarkan ini. Sekiranya dia ahli kesatuan sekerja, dia berhak untuk diwakili oleh seorang pegawai kesatuan.

  • Sekiranya ada pihak, termasuk pekerja yang dituduh berkelakuan penuh emosi semasa DI, perbicaraan patut berhenti rehat. Panel DI tidak boleh menyoal pekerja yang dituduh. Peranan mereka adalah mendengar kenyataan yang diberi dan menilainya.

    Tindakan Susulan Selepas DI dijalankan, beberapa tindakan perlu diambil termasuk: 1. Sekiranya panel DI mendapati bahawa pekerja bersalah, pihak pengurusan atasan syarikat mesti tentukan penalti yang sesuai. Pilihan penalti adalah turun pangkat, penggantungan kerja tanpa gaji (untuk maksimum 14 hari), atau pemecatan. Penalti mesti sepadan dengan salahlaku tersebut. 2. Pekerja tersebut mesti dimaklumkan mengenai hasil proses DI. Sekiranya beliau didapati tidak bersalah, beliau akan kembali bekerja (jika beliau telah digantung).

  • PROSES PENGENDALIAN SESI SIASATAN DALAMAN

    1.1

    Sesi Siasatan Dalaman dijalankan apabila pihak Syarikat , berdasarkankepada siasatan awalan yang dijalankan, berpendapat bahawa seseorang pekerja telah melakukan salah laku yang serius.

    Semasa sesi SiasatanDalaman, pekerja terbabit yang dikenali sebagai Tertuduh akan didakwaterhadap salah laku yang dipercayai telah dilakukan. Pembentangan kes akan dijalankan oleh pegawai yang dilantik oleh Syarikat yang dikenali sebagai Pegawai Pembentang Kes.

  • 1.2Panel Siasatan Dalaman merupakan pihak ketiga yang dipertanggungjawabkan untuk mendengar pembentangan kes oleh Pegawai Pembentang Kes dan juga pembelaan daripada TertuduhSeterusnya, Panel Siasatan akan membuat keputusan samada TertuduhBersalah atau tidak terhadap dakwaan yang dikemukakan.1.3Panel Siasatan ini terdiri daripada seorang Pengerusi dan dua orangahli Panel lain.

  • Job-worth and Market-Driven Approaches1.4Pada dasarnya, tujuan Siasatan Dalaman diadakan adalah untuk;-Mencari kebenaran-Menegak kebenaran-Untuk menentukan samada kebenaran tersebut menyokong perlakuan yang dilakukan oleh Tertuduh samada salah atau betul.-Menentukan siapa yang melakukan salah laku tersebut.-Menambil kira faktor-faktor yang boleh meringankan hukuman

  • 1.5Untuk mencapai tujuan Siasatan Dalaman, Panel Siasatan hendaklah;-menjalankannya dengan semangat yang adil dan berhati murni.-Memberi Tertuduh peluang yang secukupnya untuk membela diri dan memperdengarkan hujahnya.-Meneliti setiap dokumen yang dikemukakan oleh kedua-dua pihak sebagai bahan bukti.-Tidak menyebelahi mana-mana pihak dan hanya berpandukan kepada fakta-fakta yang dinyatakan dalam sesi tersebut.

  • 2.0PERMULAAN SIASATAN DALAMAN2.1Sebelum memulakan suatu Siasatan Dalaman secara rasminya, Pengerusi hendaklah memastikan bahawa semua ahli Panel telah hadir dan memastikan bahawa Tetuduh, Pegawai Pembentang Kes dan pencatat minit juga telah beradadi tempat yang diteteapkan. Lampiran 1 adalah contoh kedudukan sesi Siasatan Dalaman.Pengerusi juga perlu memastikan bahawa keadaaan tenang sebelum Siasatan tersebut dimulakan.

  • 2.2Pengerusi perlu memulakan siasatan tersebut dengan memperkenalkan diri selaku Pengerusi dan ahli Panel, dan seterusnya menyatakan tujuan siasatan pada hari tersebut. Contoh pengenalan adalah seperti berikut.Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Saya, (nama Pengerusi) selaku Pengerusi siasatan padahari ini, dan akan di Bantu oleh dua ahli Panel iaitu En (nama) dan En (nama). Tujuan kita mengadakan Sesi Siasatan Dalaman pada hari ini adalah untuk mendengar kes terhadap (nama Tertuduh) yang telah dituduh melakukan salah laku yang bercanggah dengan peraturan-peraturan syarikat.

  • Collecting and Analyzing Labor-Market Data2.3Pengerusi seterusnya, hendaklah bertanya kepada Tertuduh , samada beliau mempunyai apa-apa bantahan terhadap perkara-perkara berikut;-Pemilihan Panel Siasatan-Tempat/ Masa siasatan tersebut dijalankan.Contoh penyataan adalah seperti berikut;Sebelum saya mulakan Siasatan Dalaman pada hari ini, saya ingin bertanya Tertuduh samada anda mempunyai apa-apa bantahan terhadapperlantikan kami selaku Panel pada hari ini dan juga apa-apa bantahan terhadap tempat dan masa Siasatan Dalaman ini dijalankan. Sekiranya anda mempunyai sebarang bantahan sila nyatakan sekarang berserta sebab-sebab atau alasan anda membuat bantahan tersebut. Sekiranya tiada bantahan yang dibuat kita akan teruskan siasatan ini

  • Decide on Survey Source(s)Sekiranya ada bantahan yang dibuat, Pengerusi hendaklah eminta Tertuduh memberikan penjelasanterhadap sebab atau asas bantahan tersebut dibuat dan seterusnya berbincangbersama ahli Panel yang lain. Pengerusi boleh juga meminta pendapat Pegawai Pembentang Kes dan pemerhati Syarikat sebelum membuat sebarang keputusan. Selepas perbincangan Pengerusi boleh membuat keputusan-keputusan berikut;-meneruskan juga siastan Menangguhkan siasatan ke suatu tarikh yang lain.-Menangguhkan seketika siasatan bagi mendapatkan pendapat dari pihak-pihak yang lain.

  • Decide on Survey Source(s)2.4 Sekiranya tiada apa-apa bantahan yang dibuat, Pengerusi bolehlah meneruskan sesi Siasatan Dalaman tersebut dengan memulakan pembacaan pertuduhan-pertuduhan.Pertuduhan-pertuduhan adaterdapat di surat Notis Siasatan Dalaman yang diserahkan kepada Panel.

  • Characteristics of Good Salary Surveys3.0PEMBACAAN PERTUDUHAN3.1Pembacaan pertuduhan hendaklah dibuat dengan jelas dan terang supaya ianya mudah difahami oleh Tertuduh. Selepas setiap pembacaan pertuduhan, Pengerusi hendaklah bertanyakan kepada Tertuduh samada ia mengaku bersalah atau tidak. Contoh pembacaan pertuduhan adalah seperti berikut;En (Tertuduh), saya akan bacakan pertuduhan satu persatu dan anda hendaklah menjawab samada anda mengaku bersalah atautidak terhadap pertuduhan apabila saya selesai membaca setiap satu pertuduhan.Tuduhan pertama(rujuk kepada pertuduhan)Adakah anda mengaku bersalah?Tuduhan kedua(rujuk kepada pertuduhan)Adakah anda mengaku bersalah ?

  • Safe Harbor Guidelines3.2Bagi setiap jawapan yang diberikan ke atas setiap pertuduhan, Pengerusi dan Panel hendaklah membuat catatan terhadap jawapan tersebut samada bersalah atau tidak

  • Collecting and Analyzing Labor-Market Data4.0SEKIRANYA TERTUDUH MENGAKU BERSALAH4.1Sekiranya Tertuduh mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dibacakan,Pengerusi hendaklah memastikan bahawa Tertuduh faham terhadap perakuan tersebut. Pengerusi juga perlu memastikan bahawa Tertuduh memahami kesan dan akibat pengakuan tersebut; yang mana pihak Syarikat boleh mengenakan tindakan disiplin yang tegas kepada Tertuduh;yang merangkumi pembuangan kerja.

  • Gather Valid Data 4.2Pengakuan bersalah hendaklah disebut tanpa meletakkan sebarang syarat.4.3 Setekah pengesahan tersebut dibuat, dan tertudh tetap dengan pengakuan bersalah;ini bermakna perbicaraan untuk kes tersebut telah selesai. Pengerusi tidak perlu meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes dengan sepenuhnya seperti memanggil saksi-saksi, tetapi Pengerusi handaklah mengarahkan Pegawai Pembentang Kes menyatakan ringkasan fakta kes sahaja.4.4 Pengerusi seterusnya meneruskan sesi tersebut dengan memberi peluang kepada Tertuduh untuk membuat rayuan terhadap hukuman yang bakal dikenakan. Semasa sesi ini, Tertuduh sudah tidak boleh lagi mempersoalkan terhadap pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kapadanya. Pengerusi perlu memastikan bahawa Tertuduh menumpukan kepada isu-isu rayuan sahaja.

  • How to Handle Incomplete Job Matches5.0SEKIRANYA TERTUDUH TIDAK MENGAKU BERSALAH 5.1 Sekiranya Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap pertuduhan yang dikenakan, ini bermakna pembicaraan pada hari tersebut diteruskan dan Pengerusi akan meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes. Contah penyataan adalh seperti berikut;Memandangkan Tertuduh tidak mengaku bersalah terhadap kesemua /tuduhan pertama/kedua(dan seterusnya);Panel dengan ini meminta Pegawai Pembentang Kes untuk membentangkan kes

  • 6.0 PEMBENTANGAN KES OLEH PEGAWAI PEMBENTANG KES6.1 Untuk membentangkan kes, Pegawai Pembentang Kes biasanya akan menyatakan bahawa beliau ingin memanggil saksi untuk memberikan keterangan. Jumlah saksi syarikat berubah-berubah bergantung kepada jenis kes dan kesalahan. Pegawai Pembentang Kes juga biasanya akan membawa dokumen-dokumen bukti yang akan ditender sebagai eksibit.

  • Collecting and Analyzing Labor-Market Data6.2 Apabila Pegawai Pembentang Kes memanggil saksi, beliau akan menyoal saksi tersebut bagi mengaitkan bahawa Tertuduh adalah bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh saksi yang dipanggil. Pegawai Pembentangan Kes juga akan menyerahkan dokumen-dokumen bukti melalui saksi tersebut; yang mana dokumen-dokumen tersebut akan ditandakan mengikut turutan. Pengerusi dan Panel hendaklah meyemak dokumen-dokumen tersebut; meminta penjelasan sekiranya perlu dan seterusnya mengesahkan penerimaan dokumen-dokumen tersebut sebagai eksibit. Contoh penyataan penyerahan dokumen bukti yang dilakukan oleh Pegawai Pembentang Kesc adalah seperti berikut;

  • Complete data analyses

    Panel, saya ingin menyerahkan rekd perubatan ini sebagai eksibit PO3 Pengerusi dan Panel setelah menyemak dan meneliti dokumen tersebut;menerima dokumen tersebut sebagai eksibit dengan mengatakan:Panel dengan ini menerima rekod perubatan ini sebagai eksibit PO3Satu salinan dokumen bukti tersebut akan diserahkan kepada tertuduh.

  • Common Measures of Central Tendency6.3Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal saksinya, Panel seterusnya akan memberi peluang kepada Tertuduh untuk menyoal-balas saksi tersebut. Panel hendaklah memastikan bahawa soalan-soalan yang diajukan oleh Tertuduh adalah berkaitan dengan pertuduhan-pertuduhan sahaja. Contoh penyataan Panel adalah seperi berikutSekarang saya beri peluang kepada tertuduh untuk menyoal-balas saksi ini

  • Percentiles6.4Apabila Tertuduh telah selesai menyoal-balas saksi syarikat, Panel hendaklah memberi peluang kepada Pegawai Pembentang Kes untuk menyoal semula saksi tersebut. Contoh penyataan Panel adalah seperti berikut;Sekarang saya memberi peluang semula kepada Pegawai Pembentang Kes untuk menyoal semula saksinya atau untuk meminta penjelasan lanjut, dipersilakan

  • Sekiranya tiada apa-apa soalan daripada Pegawaqi Pembentang Kes, atau telah selesai dengan soal-balasnya, ini bermakna saksi tersebut telah selesai memberi keterangannya, dan Pengerusi seterusnya membenarkan saksi untuk meninggalkan bilik Siasatan Dalaman. Contoh penyataan adalah seperti berikut;Terima kasih (nama saksi) diatas kerjasama yang telah anda berikan. Sesi ini telah selesai mendengar keterangan anda dan anda dibenarkan untuk keluar

  • 6.5 Pegawai Pembentang Kes akan seterus nya memanggil saksi kedua untuk memberikan keterangan dan seterusnya sehingga kesemua saksi-saksi bagi pihak syarikat selesai memberi keterangan. Proses memberi keterangan, penyerahan dokumen bukti sebagai eksibit dan soal-balas adalah serupa bagi kesemua saksi dan semua dokumen

  • 6.6Apabila Pegawai Pembentang Kes telah selesai menyoal kesemua saksinya, pihak Tertuduh pula akan diberikan peluang untuk memanggil saksi-saksinya, iaitu saksi bagi pihak Tertuduh. Proses memberi keterangan oleh saksi Tertuduh adlah serupa saperti saksi syarikat, cuma untuk kali ini. Tertuduh akan memulakan soalan-soalannya dahulu. Setelah selesai, Pegawai Pembentang Kes pula akan duberikan peluang untuk menyoal-balas dan seterusnya diatas. Contoh penyataan adalah seperti berikut:Pegawai pembentang Kes telah selesai memanggil saksi-saksi bagi pihak syarikat sekarang adalah giliran pihak Tertuduh untuk memanggil saksi-saksi Tertuduh bagimemberi keterangan kepada sesi ini, dipersilakan

  • Aging Data6.7 Semasa proses saksi memberi keterangan ini, Pengerusi dan Panel dibenarkan untuk menyoal soalan dan meminta penjelasan samada dari saksi, Pegawai Pembentang Kes atau Tertuduh; terhadap apa-apa jua isu-isu yang berkaitan

  • Aging Survey Data6.8Setelah kedua-dua pihak selesai dengan saksi dan dokumen bukti masin-masing; kedua-dua pihak akan diminta untuk meggulung kes. Penggulungan akan dibuat olieh Pegawai Pembentang kes dan di ikuti oleh Tertuduh. Contoh penyataan adalh seperti berikut;memandangkan kedua-dua piahk telah selesai dengan kes masing-masing dan juga telah selesai memenggil saksi masing-masing; Panel Siasatan Dalaman dengan ini meinta kedua-dua pihak untuk menggulung kes masing-masing. Kita mulakan penggulungan kes oleh Pegawai Pembentang Kes dahulu, dipersilakansekarang Panel Siasatan Dalaman meminta pihak Tertuduh untuk meggulung kesnya, dipersilakan.

  • 6.9Setelah kedua-dua pihak melakukan penggulungan masing-masing; ini bermakna sesi Siasatan Dalaman tersebut telah sampai ke penghujungnya.

  • 6.10Sebelum brsurai Pengerusi hendak memberitahu kepada Tertuduh bahawa keputusan siasatan tersebut akan diberitahu secara bertulis dalam jangkamasa terdekat.6.11Sesi Siasatan Dalaman bersurai.

  • SELEPAS SIASATAN DALAMANDI1- Dalam tempoh seminggu pihak juri perlu membuat keputusan bersama dan menulis surat kepada CEO/ MD/ PENGERUSI mengenai keputusan mereka, kenapa dan saranan hukuman. CEO/ MD/ PENGERUSI syarikat akan membuat keputusan hukuman yang patut dijatuhkan (mengambil kira pendapat HR advisor/ practitioner) dan menandatangani persetujuan tersebut.2- Surat akan diserahkan kepada pihak HR. HR akan menyediakan surat kepada tertuduh bagi memaklumkan mengenai keputusan dan hukuman yang dijatuhkan kepada tertuduh dan bila ia akan berkuatkuasa. HR akan menyerahkan surat kepada tertuduh dan tertuduh perlu menandatangani penerimaan surat tersebut.Jadi bayangkanlah berapa banyak dokumen yang ada untuk DI ni? Banyakkan? Setiap dokumen perlu disimpan dengan baik untuk persediaan sekiranya tertuduh mengfailkan kes ke JPP.

    1Need to balance often competing objectives The desire to attract and retain the best qualified employee versus competitive constraints on labor costs, Weigh the cost of the compensation program against other factors such as being less competitive in the labor market to improve operating marginsBenchmark jobs are chosen priced from survey data and assigned relative values based on market levels. All other jobs then are positioned in relation to these benchmarks. 50% of jobs should be benchmarked. Benchmark jobs serve as market anchor points. Nonbenchmark jobs are slotted into the benchmark structure.

    Jobs to be surveyed should span levels in the organization, span functions, span families, have a large number of incumbents be mission critical.Some guidelines number of jobs matched 1/3 to 2/3 of jobs. Number of employees in matched jobs to 3/4Part of companys compensation philosophy should include a designation of the external reference for compensation program purposes. Example local major employers for office and clerical non exempt jobs. Local manufacturers for assemblers, for professional and supervisory jobs look to industry or national employers of similar size or revenue.

    Cost is it reasonable for the number of positins for which you will be able to market price and number of employees representedTime how much lead time especially if conducting your own surveyReliability/accuracy is the source credible is sample size significant participant base statistical analyses survey methodology and job matching procedures impact accuracy Availability how easy to access internet ease need to know though what is the target audience, are data from employer based surveys or form individuals how is site maintained does it include more than base payConfidentiality is information collect kept confidentialRelevant market can be where org draws employees and where it loses employees or can be difined by industry organizaiton size or geographic locaiton1000s of published surveys availiable vary by source scope type of analyses and overall sophistication

    Surveys can range form quick phone surveys to highly complex studies informing sensitive information and requiring sophisticated mathematical analysis

    Review survey database. Have at least two sources of surveys for key jobs provides validation of one survey against anotherReview makeup of the companies included to ensure the competition is represneted. Make sure you get the same type of information from all participants]\3Readily disclose data collection term definitions statistical methods position descriptions and infomration about smapeSherman Antitrust passed 1890 illegal to discriminate in price between different purchasers if the effect lessens competition. 1914 ammended and created the Federal Trade Commission through Clayton Act. Enforcement of antitrust laws. Who does it and how is it done. Who is better if you can get the person most familiar with the job do the matching usually compensation practitioners do the matching based on the job analysis or job descriptions. Or some review of the survey descriptions with managers on general matches . Potential ot have matching meetings across survey participants prior to gathering data to ensure discssions on matches. Unweighted answers question ON average what are companies paying for this jobWeighted average answers question on average what are incumbents in this job paid

    Large difference between mean and median can be the result of sample that is skewed high or low by a few unusual cases. Means or averages can be affected by skewing medias are not susceptible to data extremesBudget increase assumes that actual pay in the labor market increases by the budgeted increase amount.

    Year over year increase within a survey is historical rather than projected