3
SIFIR 2X2 KEHIDUPAN Teringat Siri ALONG suatu ketika dahulu, jika masih ingat trademark ALONG, “bijak, pandai, cerdik, cerdas, rajin, SAYA BIJAK SEKALI!”.Begitu juga dengan watak Siti Sifir. Tersenyum seketika. Nah,bukan itu yang ingin dikongsikan pada entri kali ini. Entri kali ini bertajuk SIFIR 2X2 KEHIDUPAN. LIFE Tujuan manusia diciptakan, sudah cukup jelas dinyatakan ALLAH SWT menerusi firman-NYA di dalam Al-Quran dalam Surah Az- Zariyat, ayat 56, yang bermaksud: "Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku." Dan manusia dilantik oleh ALLAH SWT sebagai khalifah di muka bumi ini. Bahkan, ALLAH SWT telah mengisytiharkan pelantikan ini dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30, yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Di dalam kitab Al Asas Fi al-Tafsir, Said Hawa menyatakan, “(Khalifah) ialah Nabi Adam A.S dan zuriat- zuriatnya.” Inilah ketetapan dalam hidup manusia, sememangnya amanah yang terpaksa dipikul sebagai khalifah amat berat sekali, sehinggakan makhluk-makhluk lain tidak sanggup memikulnya, ALLAH SWT menjelaskan melalui firman-NYA dalam Surah Al-Ahzab ayat 72, “ Sesungguhnya Kami mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, lalu dipikulllah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya, mereka(manusia) zalim lagi jahil.

SIFIR 2X2 KEHIDUPAN

  • Upload
    caliph

  • View
    223

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

seni

Citation preview

SIFIR 2X2 KEHIDUPAN

Teringat Siri ALONG suatu ketika dahulu, jika masih ingat trademark ALONG, bijak, pandai, cerdik, cerdas, rajin, SAYA BIJAK SEKALI!.Begitu juga dengan watak Siti Sifir. Tersenyum seketika. Nah,bukan itu yang ingin dikongsikan pada entri kali ini. Entri kali ini bertajuk SIFIR 2X2 KEHIDUPAN.

LIFE

Tujuan manusia diciptakan, sudah cukup jelas dinyatakan ALLAH SWT menerusi firman-NYA di dalam Al-Quran dalam Surah Az-Zariyat, ayat 56, yang bermaksud:

"Tidak Aku ciptakan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepada-Ku."

Dan manusia dilantik oleh ALLAH SWT sebagai khalifah di muka bumi ini. Bahkan, ALLAH SWT telah mengisytiharkan pelantikan ini dalam Surah Al-Baqarah, ayat 30, yang bermaksud:

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat, "Aku hendak menjadikan khalifah di bumi". Di dalam kitab Al Asas Fi al-Tafsir, Said Hawa menyatakan, (Khalifah) ialah Nabi Adam A.S dan zuriat-zuriatnya.

Inilah ketetapan dalam hidup manusia, sememangnya amanah yang terpaksa dipikul sebagai khalifah amat berat sekali, sehinggakan makhluk-makhluk lain tidak sanggup memikulnya, ALLAH SWT menjelaskan melalui firman-NYA dalam Surah Al-Ahzab ayat 72, Sesungguhnya Kami mengemukakan amanah kepada langit, bumi dan gunung-ganang tetapi mereka enggan memikulnya dan berasa berat dengannya, lalu dipikulllah amanah itu oleh manusia. Sesungguhnya, mereka(manusia) zalim lagi jahil.

HOW TO LIVE YOUR LIFE

Sungguh, besarnya tujuan kehidupan manusia. Tetapi, bagaimana seharusnya manusia menjalani hidup ini? Jika sahabat-sahabat ada menyaksikan video klip di laman facebook Ustaz Zahruddin, yang bertajuk, Antara Kopi dan Cawan, ia satu contoh analogi yang mudah untuk difahami dan penuh kesedaran tentang kehidupan. Saya kongsikan, sebahagian ungkapan tersebut,

Life is like a cup of coffee. Life is the coffee. The jobs, money and position in society are the cups. They are just tools to hold and contain life. The type of cup we have does not define nor change the quality of life we live. Sometimes, by concentrating only on the cup, we fail to enjoy the coffee. Savor the coffee, not the cups. The happiest people dont have the best of everything. They just make the best of everything. Live simply, speak kindly, care deeply and love generously.

SIFIR 2X2 KEHIDUPAN

Hah, baru masuk sifir 2X2 kehidupan. Saya fokus kepada satu contoh ragam kehidupan manusia yang serba-serbi berbeza. Tidak perlu banyak-banyak, sifirnya begini, cukup mudah dan tidak perlu penjelasan panjang lebar.

Jika kamu mahu A, Maka, berilah A kepada orang lain kerana ALLAH SWT.

Sebagai contoh,

Jika kamu mahu dihormati, Maka, hormatilah orang lain kerana ALLAH SWT.

Jika kamu mahu disayangi, Maka, sayangilah orang lain kerana ALLAH SWT.

Jika kamu mahu dibantu, Maka, bantulah orang lain kerana ALLAH SWT.

Jika kamu mahu SMS dibalas, Maka, balaslah SMS orang lain kerana ALLAH SWT.

Dan seterusnya

Sengaja untuk membiarkan pembaca melihat dari skop yang besar (big picture) kepada contoh yang lebih dekat di jiwa. Hal-hal yang berkaitan tujuan hidup, strategi untuk hidup dan contoh mudah yang dekat dengan manusia sebagai panduan dan bahan muhasabah. Ya, sifir ini bukanlah suatu yang Qatie. Hanya, satu ilmu yang lahir daripada pengalaman hidup yang berliku, berduri dan berbintang. Renung-renungkan dan selamat beramal.