14
E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015 (e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 925 SIKAP BAHASA GENERASI MUDA TERHADAP BM: KAJIAN KES SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA Exzayrani Awang Sulaiman Universiti Brunei Darussalam [email protected],bn ABSTRAK Generasi muda merupakan golongan yang berperanan penting dalam pembangunan negara terutama dalam menegakkan agama, memelihara dan penerus budaya, menjaga kestabilan politik dan ekonomi seterusnya meningkatkannya. Tanpa generasi ini, maka tidak akan wujud kesinambungan daripada aspek-aspek ini terutama budaya. Bahasa sebagai sebahagian daripada budaya adalah elemen utama dalam budaya serta kehidupan manusia. Bahasa diperlukan dalam segala bentuk komunikasi. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, BM adalah bahasa rasmi dan ia digunakan dalam semua konteks. Dalam konteks pendidikan, BM digunakan bersama-sama bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris adalah dominan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada BM. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meneliti sikap generasi muda terhadap BM dengan melihat perspektif mereka terhadap fungsi atau perananan BM dalam segala konteks negara serta penggunaan BM dalam komunikasi sehaian. Bagi mengetahui sikap generasi muda terhadap BM, seramai 101 pelajar dari Sekolah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah dijadikan responden. Borang kaji selidik telah diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut bagi mendapatkan data yang dikehendaki. SPSS telah digunakan bagi menganalisis data kajian yang diperolehi daripada borang kaji selidik tersebut. Jika penemuan menunjukkan sikap yang positif terhadap BM, maka dapat dikatakan bahawa masa depan BM akan terjamin. Kata kunci: generasi muda, sikap, bahasa Melayu 1.0 Pengenalan Kajian mengenai sikap bahasa bukanlah suatu kajian yang baru. Pelbagai kajian mengenai sikap bahasa telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu bagi meneliti sikap pengguna bahasa terhadap fungsi, serta peranan suatu bahasa sama ada bagi BM atau bahasa Inggeris. Di rantau Nusantara, beberapa kajian sikap bahasa telah dilakukan seperti di Singapura (Kamsiah Abdullah, 2000), di Indonesia (Sugiyono & Sri Satriya Tjatur Wisnu Sangka (2011), dan di Malaysia (Hajah Ratna Inzah Tan Sri Datuk Haji Mohd & Zaidi Ismail, 2014). Dalam konteks Brunei Darussalam, Zaim Mahmud (2010) telah melakukan kajian sikap bahasa kepada penuntut di institusi pengajian tinggi di Brunei Darussalam, iaitu di Institut Teknologi Brunei dan Universiti Brunei Darussalam. 2.0 Latar belakang Kajian 2.1 Sikap bahasa Sikap menurut Secord dan Backman (1964) merujuk kepada ketetapan tentang perasaan, fikiran dan sifat individu untuk bertindak terhadap sesuatu aspek situasi atau persekitaran. Pendapat yang sama hamper dikemukakan oleh Lambert & Lambert (1973: 72) dalam (Lam Kai Chee & Kamila Ghazali, 2012) yang menurut mereka sikap merujuk kepada bentuk pemikiran dan tindak balas yang tersusun

sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 925

SIKAP BAHASA GENERASI MUDA TERHADAP BM: KAJIAN KES SEKOLAH MENENGAH CHUNG HWA

Exzayrani Awang Sulaiman

Universiti Brunei Darussalam [email protected],bn

ABSTRAK

Generasi muda merupakan golongan yang berperanan penting dalam pembangunan negara terutama dalam menegakkan agama, memelihara dan penerus budaya, menjaga kestabilan politik dan ekonomi seterusnya meningkatkannya. Tanpa generasi ini, maka tidak akan wujud kesinambungan daripada aspek-aspek ini terutama budaya. Bahasa sebagai sebahagian daripada budaya adalah elemen utama dalam budaya serta kehidupan manusia. Bahasa diperlukan dalam segala bentuk komunikasi. Dalam konteks Negara Brunei Darussalam, BM adalah bahasa rasmi dan ia digunakan dalam semua konteks. Dalam konteks pendidikan, BM digunakan bersama-sama bahasa Inggeris. Walau bagaimanapun, penggunaan bahasa Inggeris adalah dominan. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada BM. Oleh itu, kajian ini dilaksanakan untuk meneliti sikap generasi muda terhadap BM dengan melihat perspektif mereka terhadap fungsi atau perananan BM dalam segala konteks negara serta penggunaan BM dalam komunikasi sehaian. Bagi mengetahui sikap generasi muda terhadap BM, seramai 101 pelajar dari Sekolah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan telah dijadikan responden. Borang kaji selidik telah diberikan kepada pelajar-pelajar tersebut bagi mendapatkan data yang dikehendaki. SPSS telah digunakan bagi menganalisis data kajian yang diperolehi daripada borang kaji selidik tersebut. Jika penemuan menunjukkan sikap yang positif terhadap BM, maka dapat dikatakan bahawa masa depan BM akan terjamin.

Kata kunci: generasi muda, sikap, bahasa Melayu 1.0 Pengenalan Kajian mengenai sikap bahasa bukanlah suatu kajian yang baru. Pelbagai kajian mengenai sikap bahasa telah dilakukan sejak beberapa tahun yang lalu bagi meneliti sikap pengguna bahasa terhadap fungsi, serta peranan suatu bahasa sama ada bagi BM atau bahasa Inggeris. Di rantau Nusantara, beberapa kajian sikap bahasa telah dilakukan seperti di Singapura (Kamsiah Abdullah, 2000), di Indonesia (Sugiyono & Sri Satriya Tjatur Wisnu Sangka (2011), dan di Malaysia (Hajah Ratna Inzah Tan Sri Datuk Haji Mohd & Zaidi Ismail, 2014). Dalam konteks Brunei Darussalam, Zaim Mahmud (2010) telah melakukan kajian sikap bahasa kepada penuntut di institusi pengajian tinggi di Brunei Darussalam, iaitu di Institut Teknologi Brunei dan Universiti Brunei Darussalam.

2.0 Latar belakang Kajian 2.1 Sikap bahasa Sikap menurut Secord dan Backman (1964) merujuk kepada ketetapan tentang perasaan, fikiran dan sifat individu untuk bertindak terhadap sesuatu aspek situasi atau persekitaran. Pendapat yang sama hamper dikemukakan oleh Lambert & Lambert (1973: 72) dalam (Lam Kai Chee & Kamila Ghazali, 2012) yang menurut mereka sikap merujuk kepada bentuk pemikiran dan tindak balas yang tersusun

Page 2: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 926

dan teratur ke atas individu, kumpulan, isu sosial atau umum, atau segala bentuk perist iwa dalam suatu persekitaran. Sikap pada dasarnya mengandungi tiga komponen, iaitu kognitif, afektif dan prilaku (Secord dan Backman: 1964, Eagly dan Chaiken, 1993). Komponen kognitif meliputi kepercayaan terhadap suatu objek, komponen afektif pula merupakan perasaan atau penilian seseorang terhadap sesuatu objek, manakala komponen prilaku pula merupakan tindakan atau prilaku seseorang terhadap suatu objek. Kepercayaan dan penilaian bergabung bagi melahirkan suatu sikap yang membentuk penilaian positif atau negatif terhadap suatu kepercayaan (Pennington, 1986). Dalam koteks kajian ini, kepercayaan merujuk kepada bahasa sebagai objek yang dinilai selaku aspek sosial. Sikap bahasa menurut Crystal (1992) dalam (Lam Kai Chee & Kamila Ghazali, 2012:276) merujuk kepada pandangan individu terhadap bahasa sendiri atau bahasa orang lain. Pendapat yang dikemukan oleh Crystal ternyata selaras dengan kenyataan Trudgill (2003). Trudgill (2003) berpendapat sikap bahasa merupakan sikap yang dimiliki individu terhadap bahasa dialek, loghat yang berbeza serta penuturnya. Sikap yang dihasilkan terhadap bahasa dipengaruhi oleh faktor sosial dan juga politik (Holmes, 2008). Menurut Holmes lagi, sikap bahasa sangat sensetif kepada perubahan sosial dan politik. Hal ini kerana, penutur bahasa akan cenderung menggunakan bahasa yang mempunyai peranan atau fungsi dalam konteks-konteks tertentu. Kajian yang dilakukan oleh Basuki Suhardi (1996) terhadap sarjana dan mahasiswa di Jakarta telah memperlihatkan responden lebih bersikap postif terhadap bahasa yang mempunyai peranan dalam konteks pendidikan, kedudukan (social) dan perdagangan (ekonomi). Oleh itu, sikap dalam konteks kajian bahasa merujuk kepada pandangan sekolompok komuniti terhadap BM. Dalam kajian ini, sikap tersebut diteliti dengan mengkaji pandangan mereka terhadap penguasaan mereka terhadap BM, penggunaan BM, peranan BM, kepentingan mempelajari BM serta sikap bangga bahasa. 2.2 Generasi Muda

Generasi muda merujuk kepada kumpulan individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama dan masih remaja (Kamus Dewan, 2007: 457 & 1047). Dalam konteks kajian ini, generasi muda merujuk kepada pelajar-pelajar di Sekolah Menegah Chung Hwa, Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam yang berusia dalam lingkungan 12 hingga 18 tahun. Sekolah Chung Hwa merupakan sebuah sekolah swasta yang terletak di Bandar Seri Begawan. Sekolah ini merupakan antara sekolah tertua di Brunei Darussalam dam masih kekal menyumbangkan khidmatnya kepada masyarakat selama 90 tahun sejak penubuhannya. Penuntut di sekolah ini terdiri dari pelbagai puak dan bangsa. Namun, majoriti penuntut di sekolah ini terdiri daripada bangsa Cina.

2.3 Bahasa Melayu Dalam Perlembagaan 1959, bahasa Melayu diisytiharkan sebagai bahasa rasmi di Negara Brunei Darusaalam. Bahasa ini digunakan dalam konteks pentadbiran, pendidikan dan komunikasi seharian. Malah pelajar-pelajar yang berkeinginan untuk mendapatkan biasiswa kerajaan dan melanjutkan pengajian ke peringkat tertinggi sama ada di dalam mahu pun di luar negara, wajib lulus dalam BM di peringkat BGCE ‘O’ Level.

Page 3: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 927

BM dalam konteks kajian ini merujuk BM yang diutarakan oleh Jaludin Chuchu (2005:30) yang terbahagi kepada dua, iaitu BM Standard dan BM Brunei. BM Brunei pula terbahagi kepada tiga variasi, iaitu varian Bandar Seri Begawan, varian Kedayan dan varian Kampung Air. 3.0 Permasalahan dan Objektif Kajian Dalam konteks pendidikan di Brunei Darussalam, 80% subjek atau mata pelajaran yang diajarkan menggunakan bahasa Inggeris sebagai medium penyampaiannya. Hanya subjek BM, Pendidikan Ugama Islam dan Melayu Islam Beraja sahaja yang menggunakan BM sebagai medium penyampaian guru dan juga medium penyampai di dalam buku teks. Ternyata peranan bahasa Inggeris dalam konteks pendidikan lebih dominan berbanding BM dan secara tidak langsung telah memberi kesan kepada penggunaan dan peranan BM. Hal ini juga turut memberi kesan kepada sikap pelajar. Kajian sikap bahasa yang dilakukan oleh Zaim Mahmud (2010) telah memperlihatkan faktor pe ndidikan bilingual sebagai faktor yang menyumbang kepada sikap negatif pelajar terhadap BM di institusi pengajian tinggi di Brunei Darussalam.

Oleh itu, permasalahan kajian ini adalah untuk mengetahui sikap pelajar di peringkat sekolah menengah terhadap BM. Oleh itu, penyelidikan ini dilaksanakan dengan objektif:

a. Untuk meneliti perspektif generasi ini terhadap peranan atau fungsi BM b. Untuk mengetahui pandangan generasi ini terhadapa fungsi atau kepentingan BM dari

aspek umum, ekonomi dan pendidikan

4.0 Metodologi Kajian

4.1 Sampel dan Pengumpulan Data

Kajian ini dilaksanakan dengan menggunakan kaedah lapangan dan kaedah kepustakaan. Kajian ini menggunakan borang kaji seldik sebagai instrument untuk mengumpulkan dan mendapatkan data kajian. Borang kaji selidik ini diberikan kepada pelajar-pelajar Sekolah Menengah Chung Hwa. Borang kaji selidik ini hanya diberikan kepada pelajar-pelajar Melayu secara rawak tanpa mengambilkira gender pelajar. Pelajar-pelajar ini dikumpulkan di dalam dewan sekolah dengan bantuan guru di sekolah tersebut. Faktor umur dan bahasa pertama pelajar juga tidak dijadikan penilian dalam pemilihan responden. Oleh itu hanya faktor bangsa yang dijadikan sandaran dalam pemilihan responden.

4.2 Instrumen Borang kaji selidik yang diedarkan mengandungi tiga bahagian, iaitu Bahagian I, dan Bahagian II, Bahagian I merupakan soalan yang berkaitan dengan gender dan latar belakang pelajar. Bahagian i n mengandungi 4 soalan.

Bahagian II pula terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Bahagian II.A dan Bahagian II.B. Bahagian II.A mengandungi soalan berkaitan dengan pandangan, penguasaan dan kemahiran pelajar berBM, Bahagian ini juga mengandungi soalan berkaitan peranan dan fungsi BM. Bahagian ini mengandungi 10 soalan.

Page 4: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 928

Manakala bagi Bahagian II.B yang mengandungi 12 soalan merupakan bahagian yang mengemukakan soalan yang berkaitan dengan kepentingan atau fungsi BM dari aspek ekonomi dan fungsi komunikasi serta sikap bangga bahasa

Soalan pada bahagian II dan III bebentuk skala likert, iaitu dengan skala Sangat Setuju (SS), Setuju (S), Ragu (R), Tidak Setuju (TS) dan Sangat Tidak Setuju (STS). Perincian bagi soal kaji selidik ini dapat dirujuk pada rajah berikut:

Bahagian Soalan

I 1-4 Soalan asas yang berkaitan dengan latar belakang responden seperti usia, jantina, pendidikan tertingi, dan bahasa pertama

II. A 1-10 Soalan yang berhubung dengan penguasaan individu berBM, fungsi atau manfaat BM dan penggunaan BM.

II.B 1-12 Soalan yang berhubung dengan fungsi dan peranan BM dari aspek pendidikan, social, ekonomi dan pandangan terhadap sikap bangga bahasa.

Rajah 1 Pembahagian Soalan Kaji Selidik

Setelah data dikumpulan, data tersebut dianalsis dengan menggunakan SPSS versi 2.0 bagi melihat kekerapan bagi data. 5.0 Dapatan dan Perbincangan 5.1 Sosiodemografi responden Berdasarkan analisis, didapati keramaian responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 101 orang pelajar. Seramai 55.45% responden terdiri daripada responden lelaki manakala 44.55% responden pula terdiri daripada responden perempuan. Secara purata responden berumur dalam lingkungan 12-15 iaitu sebanyak 51.5% (52 orang), 23.7% responden berada dalam lingkungan usia kurang dari 11 tahun dan 24.8% responden berada dalam lingkungan umur 16-20 tahun. Oleh itu, kesemua responden berada pada tahap pendidikan yang sama iaitu, pendidikan sekolah menengah. Manakala dari aspek bahasa pertama pula, sejumlah 63 orang responden menyatakan bahawa bahasa pertama mereka adalah BM. Walaupun pada dasarnya responden terdiri daripada orang Melayu, namun sejumlah 8 orang responden menyatakan bahawa bahasa pertama mereka adalah bahasa Inggeris dan selebihnya menyatakan bahasa pertama mereka ialah dialek Melayu Brunei , iaitu seramai 30 orang. 5.2 Kemahiran berbahasa Melayu Dari aspek kemahiran berBM pula, dapatan kajian memperlihatkan hanya 4% responden yang menyatakan mereka mahir berBM, manakala 88% responden tidak setuju yang mereka mahir berBM dan 9% responden pula menyatakan keraguan mereka. Manakala bagi persoalan penguasaan BM berbanding bahasa Inggeris pula, hanya 12.9% pelajar setuju bahawa BM mereka lebih baik daripada bahasa Inggeris. Sejumlah 70% responden pula menyatakan mereka tidak setuju bahawa BM mereka lebih baik daripada bahasa Inggeris. Oleh itu,

Page 5: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 929

dapatan memperlihatkan walaupun mereka berbangsa Melayu namun mereka tidak mahir menggunakannya dan tidak menguasainya. Ini secara tidak langsung memperlihatkan sikap negatif mereka terhadap BM. Perincian bagi dapatan kajian ini adalah seperti berikut:

Rajah 2 Kemahiran BM 5.3 Sikap terhadap Penggunaan BM dalam konteks seharian Dari aspek penggunaan BM pula, sejumlah 82% responden menyatakan tidak setuju bahawa, iaitu 50% pada skala sangat tidak setuju dan 32% pada sekala tidak setuju. Hanya 11.9% sahaja pada skala setuju. Manakala penggunaan BM dari aspek bacaan pula, sejumlah 22.8% responden menyatakan sangat tidak setuju, 29.7% pula menyatakan mereka tidak setuju dan hanya 18.8% yang menyatakan mereka sering membaca dalam BM. 22.8% responden pula menyatakan mereka ragu. Dari aspek penggunaan ungkapan, kata atau istilah dalam BM pula, sejumlah 30.7% menyatakan pada skala sangat tidak setuju, 42.6% pada skala tidak setuju dan hanya 8.9% menyatakan pada skala setuju. Sejumlah 14.9% menyatakan keraguan mereka. Secara keseluruhannya, dari aspek penggunaan BM sama ada dari aspek bacaan atau perbualan serta kemahiran berbahasa Melayu, dapatan kajian telah memperlihatkan sikap negatif pelajar terhadap BM. Kesimpulan bagi analisis penggunaan BM dapat dilihat pada rajah berikut:

47% 41%

9% 4.00%

0%

41% 29%

18% 12.90%

0.00%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Ragu Setuju Sangat Setuju

Saya mahir berbahasa Melayu Bahasa Melayu saya lebih baik daripada BI

Page 6: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 930

Rajah 3 Penggunaan BM dalam konteks seharian

5.4 Sikap terhadap Fungsi/Peranan BM

Bahagian ini akan membincangkan sikap responden terhadap fungsi serta peranan BM dari aspek peluang pekerjaan, perlantikan jawatan, informasi dan ilmu pengetahuan, kecerdasan bangsa dan BMs sebagai syarat untuk belajar/bekerja di Brunei Darussalam.

a) Peranan BM dari aspek ilmu pengetahuan, pendidikan dan sosial

Sikap pelajar terhadap BM dari aspek ini akan dinilai berdasarkan peranan BM dari aspek; BM untuk menyerapkan informasi dan pendidikan vokasional, BM menambah informasi dan pengetahuan, BM bahasa komunikatif, dan BM mencerdaskan bangsa. Dari aspek peranan BM untuk menyerapkan informasi dan pendidikan, sejumlah 71% responden menyatakan pada skala tidak setuju, iaitu 30% sangat tidak setuju dan 41% tidak setuju. Hanya 5% responden yang menjawab pada skala setuju.

Bagi peranan BM untuk menambah informasi dan pengetahuan pula, dapatan memperlihatkan peratusan skala sangat tidak setuju dan tidak setuju adalah sama, iaitu 41%. Hanya 4% menyatakan pada skala setuju. Peratusan yang kecil juga diperolehi pada skala setuju bagi peranan BM sebagai bahasa komunikatif (fungsi sosial), iaitu hanya 3% manakala peratusan yang banyak pada skala tidak setuju dengan jumlah 86.1%. Manakala bagi peranan BM untuk meningkatkan kecerdasan bangsa pula, dapatan kajian memperlihatkan hanya 1% menjawab pada skala setuju dan sejumlah 79.2% pada skala tidak setuju. Berdasarkan dapatan ini, terdapat jurang yang besar dari aspek peratusan di antara setuju

dan tidak setuju dalam menilai peranan BM dan secara tidak langsung, dapatan ini memperlihatkan responden tidak yakin dengan peranan BM dari aspek pendidikan,

50%

31%

23%

32%

43%

30%

7%

15%

23%

11.90%

8.90%

18.80%

3.00%

5.90%

Sering menggunakan BM

Sering menggunakan ungkapan/istilah BM

Sering membaca surat khabar BM

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Ragu Setuju Sangat Setuju

Page 7: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 931

informasi, komunikasi (sosial) dan kecerdasan bangsa. Ini selaras dengan kenyataan Basuki Suhardi (1996), iaitu pelajar cenderung bersikap positif terhadap bahasa yang memiliki fungsi seperti pendidikan, politik dan sosial. Melihat kepada konteks di Brunei, penggunaan bahasa Inggeris sebagai medium utama dalam pendidikan yang bersifat multilingual serta saluran maklumat yang lebih banyak disampaikan bahasa Inggeris mungkin merupakan faktor penyumbang kepada sikap negatif ini. Kesimpulan bagi analisis dan dapatan bagi perbincangan ini adalah seperti yang tertera di dalam rajah berikut:

Rajah 4 Peranan BM dari aspek ilmu pengetahuan, pendidikan dan sosial

b) Peranan BM dari aspek ekonomi Perbincangan seterusnya adalah mengenai sikap generasi ini terhadap fungsi dan peranan BM dari aspek ekonomi, iaitu kemampuan BM untuk mendapatkan peluang pekerjaan, BM sebagai syarat perlantikan jawatan dan BM sebagai menjadi syarat untuk warga asing belajar/bekerja di Brunei Darussalam. Dari aspek kemampuan BM untuk mendapatkan peluang pekerjaan, analisis kajian telah memperlihatkan sebahagian besar responden menyatakan bahawa mereka sangat tidak setuju iaitu dengan jumlah 32%, 30% pula pada skala tidak setuju. Hanya 2.97% sahaja responden yang bersetuju BM akan memudahkan untuk mencari peluang pekerjaan.

30% 41% 36.60% 38.60%

41%

41% 49.50% 40.60%

25% 15% 10.90% 18.80%

5.00% 4.00% 3.00% 1.00%

BM menyerapkaninformasi & pendidikan

vokasional

BM menambah informasi& pengetahuan

BM bahasa komunikatif BM meningkatkankecerdasan bangsa

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Ragu Setuju Sangat Setuju

Page 8: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 932

Manakala dari aspek perlantikan jawatan pula, hanya sebilangan kecil responden yang menyatakan pada skala setuju iaitu sebanyak 5.94%. Peratusan tersebut ternyata sangat berbeza jika dibandingkan dengan jawapan pelajar pada skala sangat tidak setuju dan tidak setuju, dengan jumlah peratusan 64.35%. Bagi peranan BM sebagai syarat untuk orang asing belajar atau bekerja di Brunei pula, dapatan memperlihatkan hanya sejumlah 5% responden yang setuju (4% setuju dan 1% sangat setuju), manakala 81.2% pula pada skala sangat tidak setuju dan tidak setuju. Secara keseluruhannya, dapatan ini memperlihatkan sikap negatif pelajar terhadap peranan BM sebagai bahasa ekonomi. Ini berkemungkinaan kerana mereka melihat dalam realiti, keupayaan berbahasa Inggeris merupakan salah satu faktor penentu untuk mendapatkan pekerjaan. Ini selaras dengan penyataan Basuki Suhardi (1996) bahawa penutur akan cenderung untuk bersikap positif terhadap bahasa yang mempunyai fungsi ekonomi dan politik. Dalam konteks Brunei Darussalam, bahasa Inggeris mempunyai nilai ekonomi berbanding bahasa Melayu. Kesimpulan bagi dapatan kajian ini adalah seperti berikut:

Rajah 5 Fungsi BM dari aspek ekonomi & politik

c) Peranan BM pada peringkat antarbangsa

Dari aspek menjadikan BM sebagai bahasa antarabangsa pula, sebahagian besar responden menyatakan pada skala sangat tidak setuju, iaitu dengan jumlah peratusan 80.19% dan hanya 0.99% menyatakan pada skala akan peranan BM di peringkat antarabangsa. Jurang perbezaan yang ketara ini memperlihatkan sejumlah besar pelajar tidak yakin akan keupayaan BM sebagai bahasa antarabangsa dan ini sekaligus memperlihatkan sikap negatif generasi ini terhadap kemampuan BM. Perincian bagi dapatan ini adalah seperti berikut:

32%

30%

48.50%

44%

35%

32.70%

22%

30%

13.90%

3.00%

5.90%

4.00%

0%

1.00%

BM memudahkan mencari pekerjaan

BM syarat pelantikan jawatan

BM syarat untuk orang asing belajar/bekerjadi BD

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Ragu Setuju Sangat Setuju

Page 9: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 933

Rajah 6 Sikap terhadap menjadikan BM sebagai bahasa antarabangsa

5.5 Persepektif umum terhadap BM Perbincangan terakhir bagi kajian ini ialah mengenai pandangan umum pelajar terhdapa BM, iaitu mengutamakan BM daripada bahasa lain, BM penting untuk dipelajari, rakyat Brunei harus bangga berbahasa Melayu dan setiap anak Brunei harus mampu berbahasa Melayu. Seperti yang tetera pada Rajah 7, dapatan kajian memperlihatkan kecenderungan pelajar untuk menyatakan pada skala tidak setuju terutama pada pernyataan “rakyat Brunei harus bangga berbahasa Melayu” dengan jumlah peratusan 84% (54% sangat tidak setuju dan 30% tidak setuju). Hanya 1% yang menyatakan pada skala setuju. Begitu juga dengan pernyataan “setiap anak Brunei harus mampu berbahasa Melayu” hanya 1% menyatakan pada skala setuju dan 89.1% pada skala tidak setuju. Manakala bagi pernyataan mengutamkan BM daripada bahasa lain pula, hanya 4% menyatakan pada skala 14.9% menyatakan pada skala setuju dan 52% pada skala tidak setuju. Dari aspek BM penting dipelajari pula, hanya 15.9% menjawab pada skala setuju manakala 56% pula pada skala tidak setuju. Ternyata, dapatan ini memperlihatkan walaupun responden terdiri daripada bangsa Melayu, namun mereka cenderung untuk menyatakan ketidaksetujuan untuk bangga berbahasa Melayu dan anak Brunei harus mampu berbahasa Melayu. Malah berdasarkan dapatan kajian, mereka juga secara tidak langsung menyatakan BM tidak penting untuk dipelajari dan ia tidak harus diutamakan. Ini memperlihatkan sikap negatif mereka terhadap BM. Dapatan ini diperolehi berkemungkinan atas faktor BM dianggap tidak mempunyai nilai ekonomi dan antarabangsa kerana sikap yang sama diperlihatkan dalam dapatan yang diperolahi dalam Rajah 5 dan 6. Perincian bagi dapatan ini adalah seperti yang tertera pada Rajah 7.

45%

35%

14% 0.99%

BM harus menjadi bahasa antarabangsa

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Ragu Setuju Sangat Setuju

Page 10: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 934

Rajah 7 Pandangan umum terhadap BM

6.0 Kesimpulan dan Cadangan Kajian ini telah memperlihatkan sikap generasi muda yang berbangsa Melayu di Sekolah Menegah Chung Hwa terhadap BM adalah pada aras negatif. Sikap yang diteliti berdasarkan pandangan mereka terhadap penggunaan BM dalam konteks seharian, penilian terhadap fungsi BM dari aspek pendidikan, sosial dan ekonomi serta keupayaan BM untuk menjadi bahasa antarabangsa ternyata lebih cenderung kepada penilaian yang negatif. Peranan bahasa Inggeris yang bersifat global mungkin menjadikan ia faktor utama terhadap sikap negatif ini. Jika sikap ini tidak dibendung, maka ia akan menggugat ketahanan BM. BM sebagai identiti dan khazanah bangsa Melayu wajar untuk dipelihara terutama oleh generasi muda. Dengan tercatatnya BM sebagai bahasa rasmi dan sebagai salah satu komponen dalam falsafah Melayu Islam Beraja, ia merupakan satu jaminan agar bahasa ini terus digunapakai di Brunei Darussalam. Namun, ini tidak mencukupi kerana dalam diri setiap individu harus memiliki sikap bangga bahasa. Adanya sikap bangga bahasa akan mampu menjadi benteng terhadap ketahanan bahasa Melayu walau di mana jua kita berada.

Rujukan A.H. Eagly & S. Chaiken.(1993). The psychology of attitudes. Fort Worth, TX: Harcourt, Brace, &

Janovich. Basuki Suhardi (1996) Sikap bahasa: Suatu telaah eksploratif atas sekelompok sarjana dan

mahasiswa di Jakarta. Indonesia: Fakultas Sastra Universitas Indonesia Hajah Ratna Inzah Tan Sri Datuk Haji Mohd Asri & Zaidi Ismail. (2014) Kajian Sikap Generasi

Muda Terhadap BM, dalam Rampak Serantau, terbitan Sidang ke-53 MABBIM, 2- 7 Juni 2014, no.21, ms 137-157

Holmes, Janet (2008) An Introduction to sociolinguistics.(Third edition). Essex, England: Pearson

Longman Jaludin Chuchu. (2005). Ragam-ragam Dialek Melayu Brunei. Brunei Darussalam: Dewan Bahasa

29% 25%

54.00% 48.50%

23% 31%

30.00% 40.60% 34% 29%

15.80% 9.90% 10.90% 13.90% 1.00% 1.00% 4% 2.00%

Mengutamakan BMdaripada bahasa lain

BM penting dipelajari Rakyat Brunei harusbangga berbahasa Melayu

Setiap anak Brunei harusmampu berbahasa

Melayu

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Ragu Setuju Sangat Setuju

Page 11: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 935

dan Pustaka Kamsiah Abdullah. (2000). Sikap, penguasaan dan Penggunaan BM di Singapura.

Singapura: Angkatan Sasterawan 50 Kamus Dewan Edisi keempat. (2007). Kuala Lumpur Malaysia: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Lam Kai Chee & Kamila Ghazali. (2012). “Saya Suka Tapi Tak Bangga”- Satu Kajian Sikap Bahasa,

dalam GEMA OnlineTM Journal of Language Studies, 12(1), 275-293

Mohammad Zaim bin Mahmud. (2010). Sikap bahasa dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Universiti Brunei Darussalam dan Institut Teknologi Brunei. Latihan Ilmiah. Univeristi Brueni Darussalam

Pennington, D. (1986). Essential Social Psychology. London: Edward Arnold Secord, P.F & Backman, C.W .(1964). Social Psychology, New York: McGraw Hill Sugiyono & Sry Satriya Tjatur Sasangka .(2011). Sikap Masyarakat Indonesia terhadap

Bahasanya. Yogyakarta: Elmatera Publishing

Kaji Selidik Penyelidikan Bahasa

Penyelidikan ini merupakan penyelidikan bahasa yang akan dilaksanakan di sekolah-sekolah kerajaan dan swasta di Brunei Darussalam. Penyelidikan ini dibuat untuk mengetahui perilaku berbahasa masyarakat generasi muda. Sehubungan dengan itu, kami meminta kerjasama awda untuk menjadi responden penyelidikan ini. Awda tidak perlu menuliskan nama, tetapi kami sangat mengharapkan awda mengisikan kaji selidik ini dengan tekun/benar. I. Ciri Responden

1. Apakah jenis jantina awda? [ ] lelaki [ ] perempuan 2. Berapakah usia awda?

Page 12: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 936

[ ] kurang dari 11 tahun [ ] antara 12–15 tahun [ ] antara 16-20 tahun

3. Apakah pendidikan tertinggi awda? [ ] Pendidikan Menengah [ ] Institusi Tinggi / Pendidikan Teknik

4. Apakah bahasa pertama awda? [ ] BM

[ ] dialek Melayu Brunei [ ] bahasa Inggeris

II. Alasan Informan

Bahagian ini berisi beberapa keterangan yang berhubung dengan pandangan atau pendapat tentang

manfaat dan fungsi bahasa, baik dalam BM, bahasa Inggeris, maupun dialek Melayu Brunei.

Tandakan () pada petak (SS) jika awda sangat setuju, petak (S) jika awda setuju, petak (R) jika

awda ragu-ragu, petak (TS) jika awda tidak setuju, atau petak (STS) jika awda sangat tidak setuju.

Contoh:

Keterangan SS S R TS STS

Susu adalah minuman yang menyihatkan.

Tanda () dalam petak (S), bererti awda setuju bahwa susu adalah minuman yang menyihatkan.

II.A

No. Keterangan SS S R TS STS

1. Saya mahir berBM.

2. BM saya lebih baik daripada bahasa Inggeris.

3. Berita berBM lebih menarik daripada berita berbahasa Inggeris.

4. Saya sering menggunakan BM.

5. BM penting dipelajari, bahkan lebih penting daripada bahasa

Inggeris.

6. Setiap orang semestinya bangga apabila dapat bertelefon/ber-

sms dalam BM.

Page 13: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 937

7. Saya sering menggunakan ungkapan, kata, atau istilah dalam BM.

8. Saya sering membaca surat khabar berBM.

9. BM digunakan sebagai bahasa pengantar di Sekolah Rendah.

10. BM dapat digunakan untuk menyerap informasi dan pendidikan

vokasional

II.B

No. Keterangan SS S R TS STS

1. BM adalah bahasa yang komunikatif.

2. BM memudahkan saya mencari pekerjaan.

3. Banyak manfaat yang diperoleh dengan mempelajari BM.

4. BM memudahkan saya dalam menambah informasi dan

pengetahuan.

5. BM meningkatkan kecerdasan bangsa.

6. BM bermanfaat dalam memperluas pergaulan.

7. Orang yang akan bekerja atau belajar di Brunei Darussalam harus

mampu berBM.

8. BM harus dijadikan syarat pelantikan pejabat..

9. Semua orang Brunei harus bangga berBM.

10.

Setiap orang Brunei harus berusaha agar anaknya mampu

berBM.

11. BM harus lebih diutamakan daripada bahasa lain .

12. BM harus menjadi bahasa antarabangsa.

Page 14: sikap bahasa generasi muda terhadap bm: kajian kes sekolah

E-Proceeding of the International Conference on Social Science Research, ICSSR 2015

(e-ISBN 978-967-0792-04-0). 8 & 9 June 2015, Meliá Hotel Kuala Lumpur, Malaysia.

Organized by http://WorldConferences.net 938