3
Khamis, 13 November 2014 - 11:07AM Waktu Solat Kuala Lumpur: Imsak - 5:30 Subuh - 5:40 Syuruk - 7:00 Zohor - 13:00 Asar - 16:22 Maghrib - 18:58 Isyak - 20:10 (/) Dapatkan edisi BH Digital. Hanya RM30 sebulan. Tweet 11 1.6k Like Share 0 KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 @ 8:33 AM Sikap masyarakat kurang kuasai bahasa Melayu masih dipersoal (/node/15979) Oleh Seri Intan Othman [email protected] (mailto:[email protected]) PESERTA Seminar Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak, RTM. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam GENERASI muda yang sekarang popular dengan sebutan Gen-Y perlu menjiwai bahasa Melayu (BM) supaya wujud rasa kecintaan ke atas bahasa kebangsaan itu serta memastikan ia terus dimartabatkan. Sikap golongan Gen-Y hari ini amat membimbangkan kerana mereka tidak ambil peduli untuk mempelajari BM dengan baik kecuali ketika di sekolah. LANGGANI SEKARANG (HTTP://DIGITAL.NSTP.COM.MY/NST/INCLUDES/SHOP/LIST_PRODUCTS.JSP?TESTATA=BERBERITA&ID=BERBERITA) RENCANA UTAMA (/) SEMASA (/SEMASA)

Sikap Masyarakat Kurang Kuasai Bahasa Melayu Masih Dipersoal _ Berita Harian

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sikap Masyarakat Kurang Kuasai Bahasa Melayu Masih Dipersoal _ Berita Harian

Citation preview

  • Khamis, 13 November 2014 - 11:07AM

    Waktu Solat Kuala Lumpur: Imsak - 5:30 Subuh - 5:40 Syuruk - 7:00 Zohor - 13:00 Asar - 16:22 Maghrib - 18:58 Isyak - 20:10

    (/)

    Dapatkan edisi BH Digital.

    Hanya RM30 sebulan.

    Tweet 11

    1.6kLike Share

    0

    KHAMIS, 6 NOVEMBER 2014 @ 8:33 AM

    Sikap masyarakat kurang kuasai bahasaMelayu masih dipersoal (/node/15979)Oleh Seri Intan Othman

    [email protected] (mailto:[email protected])

    PESERTA Seminar Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun

    Abdul Razak, RTM. - Foto Nur Adibah Ahmad Izam

    GENERASI muda yang sekarang popular dengan sebutan Gen-Y perlu menjiwai bahasa

    Melayu (BM) supaya wujud rasa kecintaan ke atas bahasa kebangsaan itu serta

    memastikan ia terus dimartabatkan. Sikap golongan Gen-Y hari ini amat

    membimbangkan kerana mereka tidak ambil peduli untuk mempelajari BM dengan

    baik kecuali ketika di sekolah.

    LANGGANI SEKARANG (HTTP://DIGITAL.NSTP.COM.MY/NST/INCLUDES/SHOP/LIST_PRODUCTS.JSP?TESTATA=BERBERITA&ID=BERBERITA)

    RENCANA

    UTAMA (/) SEMASA (/SEMASA)

    http://www.bharian.com.my/https://twitter.com/intent/tweet?original_referer=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fnode%2F15979&tw_p=tweetbutton&url=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fnode%2F15979http://twitter.com/search?q=http%3A%2F%2Fwww.bharian.com.my%2Fnode%2F15979http://www.bharian.com.my/node/15979mailto:[email protected]://digital.nstp.com.my/nst/includes/shop/list_products.jsp?testata=berberita&id=berberitahttp://www.bharian.com.my/http://www.bharian.com.my/http://www.bharian.com.my/semasa
  • Mereka juga sudah tidak lagi mempelajari seni BM seperti seloka, gurindam, pantun

    dan syair, malah ia seolah-olah dilupakan, kata Sasterawan Bahasa, Prof Madya Dr

    Lim Swee Tin.

    Tidak ramai anak muda yang menggunakan BM dengan baik apatah lagi untuk

    menghayati dan memahaminya sehingga mahir dalam segenap segi bahasa itu.

    Engineering @ ManipalGet RM 5000 Fee Waiver*, PTPTN Loan

    Study Grant. Visit Us & Know More!

    Beliau berkata demikian pada Seminar Bahasa Melayu, Kerana Mulut Bahasa Binasa

    di Institut Penyiaran dan Penerangan Tun Abdul Razak (IPTAR) yang diadakan

    sempena Bulan Bahasa Kebangsaan, baru-baru ini.

    Disebabkan keadaan itu, usaha lebih berkesan perlu dilaksanakan pada peringkat

    kerajaan dan orang ramai bagi mengubah keadaan ini.

    Tarik minat Gen-Y

    "Kita perlu menarik minat mereka dengan mengadakan pelbagai kegiatan yang sesuai

    dengan Gen-Y bukan sahaja pada peringkat sekolah, tetapi segenap lapisan

    masyarakat," katanya.

    Mengenai isu Gen-Y yang lebih berminat dengan bahasa rojak khususnya penggunaan

    sistem pesanan ringkas (SMS), beliau berpendapat perkara itu tidak ada salahnya.

    Telefon selular memerlukan mereka menggunakan bahasa lebih ringkas dan tidak

    rasmi, tetapi apa yang lebih penting bahasa betul untuk kegunaan rasmi.

    "Semua ini berlaku disebabkan peredaran masa dan perubahan masyarakat serta

    zaman turut bertukar kerana itu pada zaman Kesultanan Melayu Melaka dan hari ini

    contohnya tidak sama.

    "Evolusi perubahan bahasa ini berlaku dan pada saya ia bukan satu kesalahan,

    bagaimanapun dibimbangi mutu BM anak muda menjadi tidak baik oleh pengaruhnya.

    Untuk itu, amat perlu perjuangan memartabatkan BM diteruskan supaya ia tidak

    pupus ditelan zaman," katanya.

    Ketua Penyelaras Pasukan Petugas Khas Pelaksanaan Jawatankuasa Kabinet

    Masyarakat India, Jabatan Perdana Menteri, Prof Madya Dr Krishanan Maniam, pula

    berpendapat, amat perlu memahami evolusi bahasa berdasarkan zaman.

    Mengenai remaja India yang gagal menguasai BM, katanya masalah ini sepatutnya

    tidak berlaku kerana pendidikan formal mereka sejak di sekolah rendah.

    "Ibu saya tinggal di kampung, tidak pernah ke sekolah, tetapi amat fasih berbahasa

    Melayu, jadi kita perlu teliti di mana silapnya," katanya.

    Begitu juga bagi 604 remaja Cina yang menyertai PLKN tidak boleh sepatah pun

    bercakap Melayu seperti dilaporkan, menurut Lim, perkara ini amat mengecewakan.

    "Kita perlu lihat sistem pendidikan sekolah, adakah kesilapan di mana-mana atau

    mereka ini berhenti sekolah dan bekerja sejak sekolah rendah lagi," katanya.

    Katanya, sukar dipercayai jika bersekolah semua pembelajaran menggunakan bahasa

    kebangsaan, tidak mungkin mereka gagal bercakap barang sepatah pun.

    http://www.googleadservices.com/pagead/aclk?sa=L&ai=CAV43dSBkVIGcMoWhuASL-YDgA5SJ2I4GhJ3t878BwI23ARABIIey_gFgy4u2jowXoAGE__3cA8gBAakCx79c3cF_UT7gAgCoAwHIA58EqgSGAU_QLSrqPjuNHIfWRmTi37Hw2NTbyQLYcIOQk1giSTwEObMD6nBhOLG5VMtQyw96qrGpvKi0X1V6nIlQxxCeh6Y5VZhY9N048wKufGG7CASDrB7sOs369V8jC0GtpFKzLSogFqJxk5x5zrcmVYV8mX4vt2PTbLAhqCJmBaOcOm4p-K6QN-vo4AQBiAYBgAfkgIIj&num=1&cid=5GjJkWIzNcOscTOu65XPXl7-&sig=AOD64_1Tc8ddvL3DXM3bDzhFSvIrzaJxdA&client=ca-pub-7231624659937647&adurl=http://online.miu.edu.my/ENGINEERING/%3Futm_source%3DGoogle%26utm_campaign%3DEng%2520-%2520Engineering%2520in%2520Malaysia%2520-%2520Display%26utm_medium%3DCPC%26utm_term%3DMechanical%2520engineering%2520course%2520in%2520malaysia%26Network%3DContent%26utm_content%3D51201315268%26SiteTarget%3Dwww.bharian.com.my
  • GENERASI muda perlu ditekankan penggunaan bahasa Melayu yang betul agar tak pupus ditelan zaman. -

    Foto Intan Nur Elliana Zakaria

    Syor kelas perpaduan rakyat

    Berikutan itu, beliau mencadangkan supaya kelas perpaduan rakyat diadakan dengan

    lebih kerap, di samping majlis mesra muhibah antara kaum. Dengan ini akan ada

    ruang bergaul mesra dan saling memahami budaya dan BM dengan lebih baik.

    "Penguasaan BM ini memerlukan pergaulan seperti ini supaya boleh mempelajarinya

    secara tidak formal," katanya.

    Lim mengambil contoh latar belakangnya yang tinggal di sebuah perkampungan

    Melayu di Kelantan sejak lahir dan belajar BM bukan sahaja di sekolah, tetapi melalui

    pergaulan dengan masyarakat persekitaran.

    "Lingkungan persekitaran ini yang menjadikan saya mencintai, menghayati dan

    memahami sepenuhnya BM bersama pelbagai seninya termasuk gurindam, sajak, syair

    dan seloka," katanya.

    Menurut Krishanan lagi, beliau juga berpendapat bahawa persekitaran dan gaya hidup

    masyarakat Malaysia yang sudah jauh berubah turut memberi kesukaran kepada

    kaum India dan Cina menguasai BM.

    Mereka hanya berpeluang belajar di sekolah, bila di rumah bercakap bahasa ibunda,

    kerana itu tidak cukup untuk mereka menguasai BM, katanya.

    Suasana masyarakat individualistik

    Suasana hidup masyarakat hari ini terlalu individualistik, tidak suka bercampur gaul

    dengan jiran sekeliling turut menyumbang kepada masalah ini.

    Bagi mengatasi masalah ini, Lim mencadangkan supaya kerajaan merangka apakah

    perancangan sesuai bagi mengeratkan hubungan muhibah antara kaum.

    Pada masa sama, segenap lapisan masyarakat bekerjasama bukan sekadar bertemu

    di tempat senaman atau majlis yang tidak membolehkan mereka berkenal mesra.