17
Terhadap Pentaksir an Zahir Zainol Azali Mohd Hafiz Bin Yatin Senorita Anak Michael

Sikap Terhadap Pentaksiran

Embed Size (px)

DESCRIPTION

kesantunan

Citation preview

Sikap terhadap pentaksiran

Sikap Terhadap PentaksiranZahir Zainol AzaliMohd Hafiz Bin Yatin Senorita Anak MichaelAhli psikologi mentakrifkan sikap sebagai kecenderungan belajar untuk menilai perkara-perkara dengan cara yang tertentu. Ini boleh termasuk penilaian orang, isu-isu, objek atau peristiwa. Penilaian itu sering positif atau negatif, tetapi mereka juga boleh menjadi tidak menentu pada sesuatu ketika. Sebagai contoh, anda mungkin mempunyai perasaan bercampur-campur mengenai seseorang atau isu tertentu

SIKAPSikap yang tersurat (jelas) apabila kita secara sedar menyedari dan yang jelas mempengaruhi tingkah laku dan kepercayaan kita. Sikap yang tersirat yang tidak sedar, tetapi masih mempunyai kesan ke atas kepercayaan dan tingkah laku kita.

APA ITU PENTAKSIRAN?Pentaksiran merupakan satu proses pembelajaran yang merangkumi aktiviti menghurai, mengumpul, merekod, memberi skor dan menginterpretasi maklumat tentang pembelajaran seseorang pelajar bagi sesuatu tujuanProses mendapatkan maklumat dan seterusnya membuat penghakiman serta pertimbangan tentang produk sesuatu proses pendidikan. Maklumat meliputi halhal berkaitan topik, bukti dan prestasi. Penghakiman melibatkan hal-hal seperti pertimbangan dan pencapaian aspek pendidikan. Produk pula melibatkan pengetahuan, kemahiran dan nilai. Proses pendidikan pula melibatkan operasi, dapatan dan hasil.

TUJUAN PENTAKSIRANProses mendapatkan gambaran tentang prestasi seseorang dalam pembelajaranMenilai aktiviti yang dijalankan semasa pengajaran dan pembelajaranMendapatkan maklumat secara berterusan tentang pengajaran dan pembelajaran memperbaikipengajaran-pembelajaran.Merancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang tersusun dan sistematik bersesuaian dengan tahap keupayaan murid.Melibatkan semua atau sebahagian besar murid dalam kelas secara efektif.Merancang dan melaksanakan aktiviti tindak susul yang berkesan.Memperbaiki pengajaran dan pembelajaran

Pentaksiran terdiri daripada pengukuran, pengujian dan penilaian. Penilaian proses sistematik yang digunakan untuk mengumpul dan menganalisis data bagi menantukkan sama ada sesuatu objektif yanb telah ditetapkan tercapai (Gay, 1985).Tujuan menentukan status individu yang dinilai dengan membandingkan status berkenaan standardkriteria yang digunakan.Terdapat dua jenis penilaian:Penilaian Formatif Penilaian SumatifPENILAIANPenilaian Formatif dijalankan secara berterusan semasa aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Tujuan memperbaiki/mengenal pasti kelemahan. (ujian mingguan)Penilaian Sumatif penilaian yang dilakukan di akhir sesuatu pengajaran atau program.

Tujuan mendapatkan maklumat berkaitan pencapaian individu dalam proses p&p sepanjang tahun. (SPM)Merupakan suatu prosedur yang sistematik untuk menilai perlakuan/tingkah laku/kemahiran dan ilmu pengetahuan sesorang pelajar dan menjelaskannya dengan bantuan skala bernombor.Misalnya, satu set soalan yang digunakan untuk mengukur apa yang hendak diukur mengikut objektif pengajaran. (UPSR, PMR, SPM, STPM)PENGUJIANSuatu proses untuk mendapatkan penjelasan secara numeric berkaitan pencapaian pelajar.Contohnya, pengukuran berbentuk ujian, skala kadar atau senarai semak, markah matemarik: Abu = 90%, Ali = 70%.Dalam pengukuran tidak dinyatakan maksud markah berkenaan.Justeru pentaksiran diperlukan untuk mentafsir data berbentuk numerik yang diperoleh ketika membuat pengujian terhadap seseorang individu.Misalnya, 90% - cemerlang, 50% - kurang cemerlang (lemah)PENGUKURANJENIS- JENIS PENTAKSIRANPentaksiran di IPG diassakan dalam beberapa bentuk: Peperiksaan Kerja KursusProjekUjian AmaliUjian Akhir Kursus Penilaian Praktikum Penilaian Bina Insan Guru (BIG)Penilaian Gerak Kerja Kokurikulum

PENTAKSIRAN UNTUK PERSEDIAANTerdapat beberapa bentuk pentaksiran di IPG iaitu:Peperiksaan akhir setiap semesterTugasan Kerja Kursus dalam semester iaitu antara 2 hingga 6 minggu mengikut jenis kursusPraktikum dijalankan pada semester 5, 6, 7 Bina Insan Guru setiap semesterAktiviti kokurikulum semester 3 dan 4 untuk unit beruniform/olahraga dan semester 1 dan 2 persatuan/kelab dan sukan/permainanInternship dijalankan pada semester 8Tugasan Individu & BerkumpulanTugasan kerja kursus dijalankan dalam bentuk tugasan individu dan berkempulan bergantung kepada objektif penilaian kerja kursus subjek berkenaan.Dalam tugasan kerja kursus, penilaian dilakukan dalam tiga bentuk misalnya penulisan esei, persembahan dan penulisan reflektif.

Integriti PelajarIntegriti amat penting ketika melaksanakan tugasan kerja kursus.Idea yang dipersembahkan mestilah idea dan pandangan yang tulin bukannya ciplak. (idea yang asli)