25
Silat Sendeng Malaysia Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas. Seni Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu kependekaran dan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang silam. Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan, Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan. Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat Melayu yang asli seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjata seperti keris, tumbuk lada , tekpi ,pedang , pedang–perisai dan tembong. Juga terdapat belebat kuntau , pecah(kata) ,pernafasan lean dan pukul selain dari tangkapan dan kuncian. Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan Sendeng 7 Hari lebih menumpukan kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung kepada lawan. Pada 13hb Julai 2009 bertempat di Ledang, Johor, perguruan silat ini telah diistyharkan oleh YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, sebagai silat rasmi negeri Johor [1] .

Silat Sendeng Malaysia

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Silat Sendeng Malaysia

Silat Sendeng MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Seni Silat Sendeng Malaysia atau dahulunya dikenali sebagai Seni Silat Sendeng

Muar telah diasaskan oleh Allahyarham Haji Abd Hamid bin Haji Hamzah di Sungai

Mati, Muar, Johor. Beliau telah mewarisi pembelajaran Seni Silat Sendeng ini dari ninda-

ninda beliau serta guru-gurunya yang lain yang terkenal dengan kehebatan ilmu

kependekaran dan persilatan serta kerohanian mereka sejak awal abad ke-20 yang

silam.

Perguruan ini merangkumi persilatan dari 3 aliran yang terkenal dizaman silam iaitu

Kuntau Telok Mas, Pukulan Sendeng dan Pukulan Sendeng 7 Hari. Ketiga-tiga jenis

aliran persilatan ini diajar secara berperingkat yang dinamakan Kuntau 3 bulan,

Sendeng dan Sendeng 7 Hari. Setiap satu diperturunkan sama seperti aliran persilatan

yang asal tanpa mengubah atau mencampur aduk permainan.

Bagi Kuntau 3 Bulan pelajarannya terdiri dari tari dan langkah silat Melayu yang asli

seperti lela sembah, lompat tiong , lebah mengurap, lipat pandan dll, permainan senjata

seperti keris, tumbuk lada , tekpi ,pedang , pedang–perisai dan tembong. Juga terdapat

belebat kuntau , pecah(kata) ,pernafasan lean dan pukul selain dari tangkapan dan

kuncian.

Dalam permainan Sendeng terdapat belebat, langkah dan pukul termasuk cara

menyerang tangan kosong dan sparing. Permainan Sendeng 7 Hari lebih menumpukan

kepada membaca gerak dan melapis pukul sendeng serta mengenali sasaran lemah

pada lawan. Dalam peringkat ini cara bertahan atau menyerang tidak bergantung

kepada lawan.

Pada 13hb Julai 2009 bertempat di Ledang, Johor, perguruan silat ini telah diistyharkan

oleh YAB Datuk Abdul Ghani Othman, Menteri Besar Johor, sebagai silat rasmi negeri

Johor[1].

Isi kandungan

 [sorokkan]

Page 2: Silat Sendeng Malaysia

1 Pengertian Seni Silat Sendeng

2 Falsafah & Konsep Seni Silat Sendeng

3 Adab dan Tatcara

4 Pentadbiran PSSSM

5 Pertandingan Seni Silat Sendeng

6 Pautan Luar

7 Rujukan

o 7.1 Nota kaki

[sunting]Pengertian Seni Silat Sendeng

Nama Seni Silat Sendeng yang diabadikan oleh Allahyarham Guru Utama Haji Abdul

Hamid bin Haji Hamzah pada perguruan ini, mengandungi erti dan falsafahnya

tersendiri.

Di tinjau pengertiannya sepintas lalu menurut ungkapan tersebut ialah : -

SENI - adalah kehalusan atau kelembutan gerak atau langkah yang tersusun ketika

menggayakan atau melakukan sesuatu pergerakan jasmani.

SILAT - ialah ketangkasan pergerakan jasmani ketika mempertahankan atau menyerang

sama ada bermain secara tangan kosong atau bersenjata.

SENDENG - merupakan adunan teknik pukulan dan taktik mengelak atau menyerang

berposisi mengiring. Mendalami pengertian SENDENG yang menjadi teras perguruan

ini, ia mencakupi ertikata yang amat luas baik dari segi istilah, fizikal mahupun rohaniah.

Dari segi istilah perkataan 'Sendeng' terdiri dari dua sukukata yang dicantumkan iaitu

'SEN dan 'DENG'.

'SEN ' - singkatan dari perkataan ' Senggam ' bermaksud kedudukan yang kukuh, kuat

dan rapi.

'DENG ' - (atau ' DING ' ) berasal dari perkataan ' Dinding ' iaitu tempat bertahan,

tembok atau tempat perlindungan. Di sudut fizikal pula, kedudukan secara menyendeng

ketika menunggu serangan dapat menyelamatkan tujuh bahagian anggota yang

merbahaya (muka, halkum, dada, sudu hati, rusuk , perut dan kemaluan.Di mana setiap

bahagian sasaran utama yang menguntungkan lawan telah dikawal rapi. Dengan cara

ini juga akan memudahkan pesilat untuk menggorak langkah sama ada maju ke

hadapan, mengundur dan membuat buangan atau menepis.

Manakala dari segi rohaniah kedudukan menyendeng dikatakan selamat dari ancaman

'permainan jauh ' dan seandainya kena hanya sipi dan tidak tepat kerana ternyata

tempat yang hendak di 'tujui' nya (seperti jantung, ulu hati dan kemaluan) telah

Page 3: Silat Sendeng Malaysia

terlindung oleh bahu malah tidak dapat ditembusi kerana digalang oleh rahsia ' Lam Alif '

yang terjadi pada bentuk badan bila berkeadaan mengiring. Lagipun turun naik nafas

yang menjadi panduan utama keberkesanan ' permainan jauh' itu sukar untuk dikesan.

Oleh yang demikian itu kedudukan 'Sendeng ' merupakan salah satu cara unutk

melepaskan, mematikan, membuang dan menepis sebarang bentuk 'musibah' yang

menghampirinya kerana falsafah sendeng ada menyatakan "capai sebelum sampai dan

bunuh sebelum hidup".

[sunting]Falsafah & Konsep Seni Silat Sendeng

Mendahului serangan

Pada masa dahulu pembelajaran Seni Silat Sendeng lebih menumpukan kepada aspek

seni beladiri ataupun lebih dikenali sebagai “pukul”. Berdasarkan prinsip, menyerang

adalah sebaik-baik belaan, latihan-latihan Seni Silat Sendeng pada ketika itu lebih

menjurus kepada memahirkan teknik-teknik mendahului serangan musuh. Prinsip ini

diterjemahkan di dalam bentuk teknik beladiri yang 99 peratus menyerang dan 1 peratus

menunggu.

Dalam ertikata lain, pesilat sendeng amat jarang menunggu serangan sebaliknya

memintas serangan musuh berdasarkan isyarat yang dipamerkan oleh musuh yang

bersedia untuk menyerang.

Isyarat ini juga disimpulkan di dalam falsafah yang berbunyi "Dalam terang ada cahaya,

dalam kilat ada kilau, dalam seni ada halus, dalam silat ada silau,dalam gayang ada

gerak, dalam gerak ada bayang."

Pesilat Sendeng akan dapat mendahului serangan setelah 'masak gerak' iaitu

kemahiran untuk mengenal punca punca gerak ataupun ibu gerak samada pergerakan

tangan, kaki ataupun mana-mana bahagian tubuh. Secara khusus, pergerakan halus

dikenali sebagai gerak manakala pergerakan kasar pula dikenali sebagai gayang.

Bagi membolehkan pesilat sendeng mendahului serangan lawan, beliau perlu

memahami konsep ibu pukul serta menguasai teknik memati gerak dan memati pukul.

Konsep mendahului serangan diterangkan melalui falsafah yang berbunyi "Gerak

engkau gerak aku, mula engkau aku tiba, langkah engkau gayang aku, serangan kau

makanan aku." Ini bermakna lagi pantas musuh menyerang lagi pantas kita serang.

Dalam keadaan musuh menyerang dengan pantas kita matikan serangannya. Sebab

itulah walaupun pada dasarnya pihak lawan cuba menyerang dahulu tetapi pergerakan

lawan itu dapat dipintas dan akhirnya pesilat Sendeng yang memukul.

Selain daripada itu, pesilat Sendeng juga perlu mempunyai keberanian dan dapat

mengunakan akal yang waras semasa menghadapi sesuatu serangan. Saat

Page 4: Silat Sendeng Malaysia

menghadapi musuh ini disimpulkan didalam falsafah yang berbunyi 'Gerak, gayang,

pantas, berani, berakal'. Gerak dan gayang pada musuh tapi pantas, berani dan berakal

pada kita.

Konsep mendahului serangan bertujuan untuk menghapuskan punca ancaman seperti

yang ditekankan di dalam falsafah Sendeng yang berbunyi "Yang memukul itulah di

pukul, yang menyerang itulah yang diserang, yang menyakitkan itulah yang disakitkan."

Akhirnya, seorang pesilat Sendeng yang telah benar-benar mahir dan memahami

konsep mendahului serangan akan mencapai tahap dimana "Penamat belajar

mengelak, tak payah mengelak, penamat belajar menepis, tak payah menepis” dan

"Capai sebelum sampai dan bunuh sebelum hidup."

Pergerakan Relatif

Sendeng dalam erti kata lain juga bermaksud ialah sandar. Pukulan Sendeng yang

dilakukan secara lazimnya menyandar atau menumpang kepada kekuatan, kelajuan,

kemarahan dan kemaraan pihak lawan.

Falsafah Sendeng berbunyi 'cepat datang cepat pula jatuh, besar yang datang besar

perginya'. Falsafah ini mengariskan konsep di dalam Seni Silat Sendeng di mana pesilat

membela diri secara relatif dengan menggunakan kekuatan dan kepantasan pihak

lawan.

Terdapat juga falsafah Sendeng yang berbunyi "Kalau dia datang sekati kita beri dia dua

kati. Dia datang sepikul, jatuh dua pikul, kita sepikul dia sepikul."

Pergerakan yang hidup

Di dalam Seni Silat Sendeng setiap teknik pergerakan adalah hidup seperti falsafah

yang berbunyi 'tangan itu yang menumbuk dan tangan itu juga yang menepis'. Setiap

serangan yang dimulakan ia akan berlapis-lapis sebab pesilat sendeng dilatih

melakukan dua kerja serentak.

Falsafah Sendeng menekan pergerakan yang hidup "Ada datang ada pergi, ada hidup

ada mati, ada sakit ada ubatnya, ada tumbuk ada penepisnya, ada tangkap ada

pelepasnya dan ada kunci ada pembukanya."

Praktikal

Teknik beladiri di dalam Seni Silat Sendeng lebih menekankan kepada cirri-ciri praktikal

dan keberkesanan. Ini digambarkan oleh falsafah yang berbunyi "Sendeng itu

permainannya buruk tetapi kenanya bonyok. Pukulnya hodoh, kena lodoh." dan "Pukul

sendeng datangnya tak tegak tetapi kenanya tepat."

Haram di sentuh

Page 5: Silat Sendeng Malaysia

Sendeng juga mengamalkan falsafah 'haram di sentuh'. Haram bukan dari segi agama

tetapi haram yang dimaksudkan ialah tidak dibenarkan sama sekali pukulan sendeng

disentuh atau ditangkap. Bagi Seni Silat Sendeng pukulan lebih pantas dari kunci

kerana pukul sendeng bukan pukul bermalam dan diterangkan di dalam falsafah

berbunyi "Belum sempat nak tangkap dah terlepas, sorong kena tarikpun kena."

Sesuai dengan peredaran masa dan undang-undang, kaedah pembelajaran Seni Silat

Sendeng kini telah dirombak dan disusun semula. Berdasarkan konsep, teknik dan adab

aliran kuntau, sendeng dan pukul 7 hari, Seni Silat Sendeng kini telah diadun menjadi

satu sistem seni beladiri yang berkesan, praktikal, selamat, menjimatkan masa dan

pergerakan, disamping menekankan aspek kecergasan fizikal dan mental serta

memupuk sikap-sikap positif seperti displin diri, sabar, berlapang dada dan bersungguh-

sungguh di dalam setiap pekerjaan.

[sunting]Adab dan Tatcara

Silat dalam ertikata yang luas tidak sahaja terhad kepada seni beladiri semata-mata

malahan mengandungi cirri-ciri warisan budaya yang telah diwarisi turun-temurun oleh

masyarakat Melayu sejak beratus tahun yang lalu.

Disini dipaparkan sebahagian dari tatacara dan warisan tersebut yang menyentuh adab

belajar, rukun perguruan, tatacara berpakaian dan peralatan gendang silat.

Adab Belajar

Sebagai salah satu daripada warisan budaya Melayu yang berlandaskan syariat Islam,

Seni Silat Sendeng amat menekankan adab-adab yang seharusnya diamalkan semasa

mempelajari dan mempraktikan Seni Silat Sendeng. Adab belajar disimpulkan oleh Haji

Abdul Hamid melalui kata-kata berikut:-

"Kalau menuntut hendakkan berkat, biarlah timba mencari perigi bukannya perigi

mencari timba. Kerana setinggi manapun ilmunya tetapi tiada berkat, ibarat keris yang

tidak berbisa,kalau kena pun tidak memberi mudarat. "

"Orang yang berakal itu akan berfikir ketika diam dan orang yang berfikir itu akan ingat

sampai bila-bila."

"Belajar dengan tidak berfikir adalah bahaya dan berfikir tanpa belajar akan

kecundanglah kita."

"Biar pahit di gelanggang tetapi manis di luar gelanggang."

Rukun Perguruan

Rukun atau dasar asas di dalam Seni Silat Sendeng Malaysia ialah:-

Page 6: Silat Sendeng Malaysia

Mentaati perintah Allah dan rasul, anjuran dan suruhan Nya serta menghindari

segenap larangan dan cegahan serta yang dicela Nya.

Menyantuni kedua Ibubapa, Guru-guru, Jurulatih (lama dan baru), keluarga tua,

sebaya dan muda serta rakan seperguruan.

Memelihara maruah dan kehormatan Seni Silat Sendeng Malaysia dan kerukunan

hidup kekeluargaan dan kemasyarakatan.

Menjauhi sifat-sifat takbur, ujub, riak, hasad sesama insan dan menghindari dari

pertelagahan sesame seperguruan dan berlawan dengan orang lain, melainkan

dalam keadaan terdesak dan tercabar.

Menghormati budaya Silat Melayu yang lain serta seni bela diri bangsa asing.

Permainan Gendang Silat

Penggunaan bunti-bunyian atau muzik (gendang) memang wujud sejak dahulu lagi.

Muzik digunakan untuk mengiringi latihan, persembahan serta majlis adat istiadat.

Di dalam Seni Silat Sendeng, kumpulan muziknya terdiri dari empat orang iaitu dua

orang daripadanya memukul gendang (gendang ibu dan gendang anak), seorang

meniup serunai dan seorang lagi memalu gong. Terdapat tiga irama atau rentak asas

yang dimainkan semasa mengiringi persembahan seni silat sendeng iaitu :-

1. Gendang Rentak Inai

2. Gendang Rentak Pahlawan

3. Gendang Rentak Sendayung

[sunting]Pentadbiran PSSSM

Secara ringkasnya struktur pendatbiran PSSSM adalah seperti berikut:-

Majlis Tertinggi PSSSM

Majlis Tertinggi PSSSM adalah jawatankuasa peringkat tertinggi yang dianggotai oleh

ahli-ahli yang dipililh semasa Muktamar Dwi-Tahunan PSSSM. Ia berfungsi sebagai satu

badan yang mengelolakan pentadbiran diperingkat pusat dan memberi kuasa kepada

Jawatankuasa Kerja PSSSM Negeri untuk menguruskan pentadbiran PSSSM peringkat

negeri-negeri. Ia juga memberi kuasa kepada Majlis Guru PSSSM untuk menguruskan

hal ehwal berkenaan perguruan Seni Silat Sendeng termasuk sukatan matapelajaran,

pentauliahan jurulatih dan adat istiadat persilatan.

Majlis Guru PSSSM

Berlainan, dengan Majlis Tertinggi PSSSM, Majlis Guru PSSSM dianggotai oleh ahli-ahli

PSSSM yang dilantik khusus dari kalangan ahli-ahli yang benar-benar arif berkenaan

Page 7: Silat Sendeng Malaysia

selok belok persilatan Seni Silat Sendeng. Fungsi utama majlis ini adalah untuk

memastikan mutu dan keaslian Seni Silat Sendeng yang dikembangkan terjamin dan

terpelihara.

Jawatankuasa Kerja PSSSM Negeri

Diperingkat negeri, pentadbiran PSSSM adalah dilaksanakan oleh Jawatankuasa Kerja

PSSSM Negeri yang dipilih dari kalangan ahli-ahli PSSSM disetiap Mesyuarat Agung

Tahunan PSSSM Negeri yang diadakan pada setiap tahun.

[sunting]Pertandingan Seni Silat Sendeng

Pertandingan Silat Seni

Sejak tahun 1997, PSSSM telah menganjurkan pertandingan silat seni untuk displin

Seni Silat Sendeng dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan Malaysia sebagai

sebahagian daripada acara didalam Kejohanan Seni Mempertahankan Diri – Rakan

Wajadiri yang diadakan pada setiap tahun. Seramai 12 orang ahli-ahli PSSSM yang

berumur 16 tahun keatas akan dipilih sebagai peserta dan pegawai untuk mewakili

setiap negeri bagi merebut pingat didalam 12 kategori yang merangkumi pelajaran-

pelajaran tangan kosong atau mengunakkan alat-alat silat Seni Silat Sendeng yang

dipertandingkan secara format persembahan.

Pertandingan “Sendeng Full Contact” Pada tahun 2001, PSSSM telah menggubal

sejenis pertandingan berbentuk tempur yang dikenali sebagai “Sendeng Full Contact”.

Pertandingan bentuk ini khusus untuk ahli-ahli PSSSM yang berumur 18 tahun ke atas

dan dipertandingkan menggunakan konsep kutipan mata. Pertandingan “Sendeng Full

Contact” yang pertama telah diadakan di Kuala Lipis, Pahang.

[sunting]

Silat Seni Gayong Malaysia

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Lihat juga: Silat Gayong Malaysia

Silat Seni Gayong Malaysia diasaskan oleh En. Idris bin Shaffiee (Penyelaras I), merupakan cabang

dari perguruan Silat Gayong. Beliau mendapati kebanyakan ahli Silat Seni Gayong Malaysia lepasan

IPTA yang rata-ratanya di peringkat bengkong merah dan kuning (gurulatih) ini terus menghilangkan

diri tanpa berita. Oleh itu, beliau telah mengumpulkan semula ahli Silat Seni Gayong Malaysia ini

Page 8: Silat Sendeng Malaysia

serta ahli-ahli Silat Seni Gayong Malaysia senior lain untuk berbincang dan mencapai kaedah untuk

menguatkan institusi gurulatih muda dan gurulatih.

Pada tahun 2002, satu kumpulan gurulatih bermula di kawasan Kajang dengan keahlian seramai 13

orang. Ia bertujuan untuk menguatkan kumpulan gurulatih lama, dan seterusnya meramaikan

gurulatih baru disamping cuba memanfaatkan kepakaran gurulatih sedia ada untuk kebaikan Silat

Seni Gayong Malaysia .

Latihan pertama telah diadakan di Dataran Dato’ Mohd Said Commercial Centre, Rinching Tengah,

Beranang, Selangor. Dato’ Mohd Said waktu itu adalah pengerusi PSSGM Daerah Hulu Langat.

Pada 26 Mac 2004 gelanggang dan juga Pusat Latihan Silat Seni Gayong Malaysia Cawangan

Kajang Utama (PLKU) telah pun ditubuhkan.

Silat Gayong MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

PERTUBUHAN SILAT SENI GAYONG MALAYSIA

Aktif 1963 - Sekarang

Negara Malaysia

Pengasas Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd Hashim

Silat Seni Gayong Malaysia telah diasaskan oleh Mahaguru Dato' Meor Abdul Rahman bin Uda Mohd

Hashim. Silat Gayong ini telah diperkenalkan buat pertama kalinya di Taiping, Perak. Beliau menzahirkan

ilmu pusaka dan amanah yang diterima dari Allahyarham Dato’ Laksamana Hang Tuah di kalangan rakan

terdekat. Antara rakan rapat beliau ialah Wan Noh bin Haji Ismail, Wan Man bin Haji Ismail, Bakar dan Aziz

Khan.

Isi kandungan

 [sorokkan]

1 Sejarah dan perkembangan

2 Lambang Gayong

3 Pelajaran Gayong

4 Peringkat

Sejarah dan perkembangan

Page 9: Silat Sendeng Malaysia

Silat Seni Gayong telah mula dikembangkan di luar Perak di Pulau Sudong, Singapura. Pada 17 haribulan

Februari 1942 jam 2.00 petang, seramai 7 orang pemuda Pulau Sudong diperlimau sebagai murid Gayong.

Mereka ialah Naning bin Mat, Ahmad Arshad bin Haji Hassan, Sabtu bin Likur, Yusof bin Rantau, Osman

bin Timpong, Mustapha bin Bengkok dan Bendol bin Benggol. Bermula dengan hanya seramai 7 orang

murid, Silat Seni Gayong telah terus berkembang sehingga ia merebak ke pulau – pulau berhampiran

seperti Pulau Seking, Pulau Bukum, Pulau Sebaruk, Pulau Sekijang, Pulau Sembilan, Pulau

Semakom dan Pulau Damar.

Silat Seni Gayong mula berkembang di pulau besar Singapura pada akhir tahun 1949. 7 orang murid

pertama yang menjalani upacara Perlimau Tapak ialah Ahmad Sudi, Mansor Fadal, Ustaz Mansor, Sinwan,

Joned Hanim, Hosni Ahmad dan Salim. Sinwan, Joned Hanim dan Salim merupakan anggota Jabatan

Siasatan Jenayah Singapura yang terawal menjadi murid Gayong. Pusat Latihan Silat Seni Gayong dalam

tahun 1950 – an di pulau besar Singapura ialah di Bakar Sampah. Dalam tahun 1954, kumpulan pertama

wanita seramai 7 orang telah memasuki Gayong di Singapura. Mereka ialah Che Kalsom bte. Haji Kechik,

Paridah bte. Yusope, Asmah ( isteri Joned Hanim ), Aisyah ( isteri Mansor Fadal ), Rafeah Fadal, Hendon

dan Intan.

Pada pertengahan tahun 1950 – an, ramai bintang filem Melayu mempelajari Silat Seni Gayong. Antaranya

ialah Jasni Ahmad, Naeng Yatimah, Kasma Booty, P. Ramlee dan A. Rahim. Kemuncaknya dalam

tahun 1956, Dato’ Onn b. Jaafar, seorang tokoh politik dan pemimpin Melayu yang disegani telah menjadi

murid Gayong. Beliau telah dilantik sebagai Penasihat Agung dan Waris Beradat Silat Seni Gayong.

Pada awal tahun 1957, satu rombongan Silat Seni Gayong dari Singapura yang dipimpin sendiri oleh Meor

Abdul Rahman telah mengadakan persembahan di Kelab Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah atas

undangan Y.A.M. Tengku Laksamana Kedah, Tengku Kassim Ibni Sultan Badlishah. Pertunjukkan tersebut

telah disaksi oleh DYMM Sultan Badlishah Ibni al – Marhum Sultan Abdul Hamid Halim Syah,

SultanKedah Darul Aman. Ini merupakan cubaan pertama untuk mengembangkan sayap Silat Seni

Gayong di Kedah.

Sebuah akademi silat bernama Sekolah Gayong Woodlands atau Institute of Gayong Woodlands telah

ditubuhkan oleh Meor Abdul Rahman dalam tahun 1959. Akademi ini mengeluarkan Sijil Diploma bagi

mereka yang lulus dalam kursus – kursus yang ditawarkan. Antara tenaga yang pengajar yang membantu

Meor Abdul Rahman ialah Siti Noor Aisyah bte. Meor Abdul Rahman, Nordin bin Abdul Rahman, Sidek,

Abdul Majid bin Omar, Atan dan Abdul Rahman bin Kadir. Akademi ini telah berjaya melahirkan beberapa

orang gurulatih semenanjung yang terkenal seperti Abdul Majid Mat Isa, Ramli Ibrahim, Ramli Mat Arof, Siti

Kalsom Meor Abdul Rahman, Khamsiah M. Ali, Awang Daud dan Ahmad Lazim.

Silat Seni Gayong mula tersebar luas di Semenanjung Tanah Melayu apabila pada bulan Mac 1963, Meor

Abdul Rahman telah membawa keluar bersama – samanya 8 orang gurulatih dari Kedah menjelajah ke

negeri – negeri di Pantai Barat, Timur dan Selatan. Mereka terdiri daripada Abdul Majid Mat Isa, Ramli Mat

Arof, Awang Daud, Ismail Chik, Ibrahim Abdullah, Mohd Khir Saad, Mohd Desa Din dan Ahmad Lazim.

Page 10: Silat Sendeng Malaysia

Kumpulan ini dipecah kepada beberapa buah negeri dan digilirkan atas arahan Meor Abdul Rahman

sendiri.

Pendaftaran Silat Seni Gayong sebagai sebuah pertubuhan berdaftar telah diluluskan pada 22 hb Oktober

1963. Permohonan tersebut telah dibuat dalam tahun 1962 atas nasihat Dato’ Onn bin Jaafar. Alamat awal

pertubuhan ini ialah di rumah seorang murid Gayong bernama Ibrahim di Jalan Yahya Awal, Johor Bahru,

Johor. Apabila ibu pejabat pertubuhan berpindah ke Kota Sarang Semut, Kedah dalam tahun 1964, maka

Kota Sarang Semut telah menggantikan Woodlands sebagai Pusat Latihan Tertinggi.

Perdana Gayong pertama telah berjaya dianjurkan di Stadium Darul Aman, Kedah dalam tahun 1964.

Dalam tahun 1964 di Air Kuning, Taiping, Perak, sistem tingkatan bengkong dan pelajaran Silat Seni

Gayong secara lebih sistematik telah disusun oleh beliau. Dengan bantuan gurulatih kanan, Ahmad bin

Lazim dan para dermawan, beliau mula membangunkan Air Kuning sebagai pusat latihan baru dan

membina sebuah balai adat. Pada 27 hb Januari 1971, Pusat Latihan Tertinggi Silat Seni Gayong Malaysia

Dan Serantau telah dirasmikan oleh DYMM Sultan Idris Syah Ibni al – Marhum Sultan Alang Iskandar di Air

Kuning.

Lambang Gayong

Lambang Gayong diilhamkan oleh Allahyarham Dato' Meor Abdul Rahman dan telah dilukis oleh Pendita

Za'ba di Singapura. Lambang Gayong asal terdiri daripada seekor naga sahaja. Pada lambang Gayong

terdapat perkara-perkara berikut:

Naga - Melambangkan kekuatan di laut mahupun di darat. Ilmu Silat Seni Gayong ini sesuai dalam apa

juga situasi.

Harimau - Sikap pesilat yang bertenaga, bersikap garang tetapi penyayang, sikap berani dan

berhemah seperti kata pepatah 'Harimau menyembunyikan kuku'.

Bulan dan Bintang - Pegangan asas pengajaran adalah kepada agama Islam.

Dua keris bersilang - Melambangkan semangat Tuah dan Jebat yang perlu dimiliki oleh setiap murid

Gayong.

Pedang mata dua - Pedang Zulfakar milik Saidina Ali a.s. melambangkan keberanian dan

kepahlawanan panglima Islam yang telah menegakkan kebenaran.

Kendi / Bejana air - Melambangkan Silat Seni Gayong tempat terkumpul segala ilmu dan teknik beladiri

tradisional orang Melayu yang perlu ditimba oleh setiap lapisan masyarakat.

Bumi- Cita-cita untuk mengembangkan silat di seluruh dunia.

Bengkung Harimau Pelangi Cula Sakti 7- Kuasa Mahaguru sebagai eksekutif pentadbiran dan ilmu

tertinggi.

Pelajaran Gayong

Setiap ahli gayong akan diserapkan dengan ilmu persilatan dengan beberapa tahap bermula dari asas

hingga ke peringkat yang tertinggi.Berikut adalah senarai pelajaran bagi setiap anak gayong :

Page 11: Silat Sendeng Malaysia

Asas Gerakan

Asas Elakkan

Buah Tapak Kunci Mati

Buah Tapak Kunci Hidup(pentas)

Serangan Harimau (Combat)

Harimau Mengambur (Lompatan)

Seni Pisau

Seni Keris

Seni Simbat Suk

Seni Parang

Seni Tongkat Panjang

Seni Lembing

Seni Yoi

Seni Seligi

Seni Cindai

Seni Sundang Lipas

Seni Belian

Peringkat

Tahap pencapaian pelatih Gayong diperlihatkan daripada bengkung yang diperoleh. Setiap bengkung yang

diperoleh merupakan petunjuk kepada pencapaian jenis-jenis kemahiran.

 Hitam (Kosong)

 Awan Putih

 Pelangi Hijau

 Pelangi Merah

Pelangi Merah Tinggi (Cula 1-3)

 Pelangi Kuning

Pelangi Kuning Tinggi (Cula 1-5)

Harimau Pelangi Cula Sakti (Cula 1-6)

Harimau Pelangi Cula Sakti 7 adalah hak Dato' Meor Abdul Rahman sahaja

Kategori: Silat Gayong

SilatDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Silat

Page 12: Silat Sendeng Malaysia

Seorang pesilat Vietnam

Juga digelar Pencak Silat, Seni Silat, Silek

Fokus tendang, tumbukan, kunci, senjata

Negara asal Indonesia, Malaysia danNusantara Melayu

Keibubapaan Bersejarah

Seni Silat atau Pencak Silat adalah salah satu seni mempertahankan diri bagi

bangsaMelayu atau Nusantara yang diamalkan sejak berkurun yang lampau. Usia

sesebuah ilmu atau salasilah seni silat tidak dapat dihuraikan secara terperinci dan tepat

kerana tiada usaha-usaha untuk mengkaji dari pihak berwajib secara mendalam. Ada

yang menganggarkan seni ini telah berusia beratus-ratus tahun dan diperturunkan dari

generasi ke generasi. Ini termasuklah pengamal-pengamal seni mempertahankan diri ini

di Brunei,Filipina, Indonesia, Malaysia, dan Thailand. Mereka yang belajar silat digelar

pesilat. Amalan sekarang, pegajar atau guru silat digelar jurulatih dan seorang yang

mewarisi aliran sesuatu perguruan digelar Guru Utama aliran itu.Kebanyakan guru silat

kini menolak gelaran Mahaguru kerana bagi mereka gelaran 'maha' hanya sesuai untuk

Allah (Tuhan) dan ini menepati perawakan guru silat yang kebiasaannya gemar

menyembunyikan kemahiran mereka dan amat merendah diri. Pesilat senior yang telah

lama berkecimpung dalam dunia silat sebagai pengajar (atau menyembunyikan

kemahiran mereka), berkemahiran tinggi dan ada di antaranya mewarisi beberapa aliran

yang telah hilang digelar sebagai Guru Tua dan amat dihormati. Pesilat yang

mempunyai tahap silat yang tinggi digelarkan pendekar.

Antara senjata-senjata Melayu lama yang sering digunakan oleh pesilat adalah

seperti keris,badik, kerambit, parang, pedang, lading, Tumbuk

Lada, tekpi, tongkat, tembong dansundang. Bagi silat yang tidak menggunakan senjata,

pengajaran akan menumpukan perhatian kepada pertempuran tangan kosong (tanpa

Page 13: Silat Sendeng Malaysia

senjata). Secara am sesebuah aliran silat mengajar kedua-dua kemahiran dan aliran

yang hanya menumpukan salah satu daripadanya adalah sedikit. Kebiasaannya

seseorang penuntut atau murid baru akan ditumpukan kepada kemahiran tempur tangan

kosong sebelum diajar bermain senjata. Bagi sesetengah aliran, hanya murid yang

diiktiraf berkemahiran dan mempunyai adab keperibadian yang tinggi dibenarkan

mempelajari kemahiran senjata, terutama bagi yang mempunyai senjata yang dianggap

senjata 'rasmi' bagi aliran itu.

Pergerakan silat terbahagi kepada bunga (pergerakan seolah-olah tarian, digelar juga

seni atau tari) dan buah (pukulan atau buah pukul). Bagi mereka yang tidak pernah

melihat seni pertahanan diri ini, mungkin ia kelihatan seperti sejenis tarian. Namun

terdapat aliran yang hanya mempunyai buah seperti Silat Cekak dan Buah Bentayan.

Seni tari yang halus ini memungkinkan ia digunakan sebagai persembahan dalam

sesuatu majlis keramaian, malah hampir setiap aliran mempunyai 'tari sembah'

termasuklah aliran yang tidak mempunyai bunga. Tari sembah ini dipersembahkan

untuk memperkenalkan diri dan aliran yang diwakili/dipelajari. Dalam situasi

pergaduhan, permulaan langkah dari tari sembah atau sejurus dari bunga yang

diperlihatkan membolehkan pesilat mengenali rakan sealiran dan memungkinkan situasi

berakhir dengan damai dan bermaaf-maafan.

Adalah menjadi ungkapan yang terkenal dan biasa disebut oleh guru-guru silat bahawa

bunga silat mempunyai seribu satu muslihat. Selain daripada kelihatan mengelirukan

(seolah-olah menari) dan sebab-sebab di atas, bunga juga digunakan untuk memberi

masa dan ruang kepada lawan untuk menghulurkan salam perdamaian (ini dapat dilihat

dalam kebanyakan bunga yang kelihatan seperti menghulur salam), menyembunyikan

buah dan sudut serangan dan mengacah serta mengumpan lawan (kadangkala

sehingga sengaja menunjukkan bahagian tubuh tertentu bagi diserang untuk

memerangkap musuh). Silat Gayung Fatani terkenal dengan pergerakan bunga yang

cantik dan istilah 'melilit'. Pesilat aliran ini akan sengaja memberi ruang dan isyarat

kepada musuh untuk menyerang atau cuba melepaskan diri, di mana semakin musuh itu

menyerang setelah termasuk perangkap kuncian, maka semakin ketat mereka akan

'terbelit' dalam kuncian pesilat aliran ini.

Silat juga terkenal sebagai sistem pertahanan diri yang banyak menggunakan kuncian,

sama ada kunci urat saraf atau anggota tubuh. Istilah 'kunci mati' adalah sinonim

dengan silat.

Isi kandungan

 [sorokkan]

1 Jenis silat (umum)

Page 14: Silat Sendeng Malaysia

2 Etimologi

3 Sejarah

4 Kegunaan daerah

5 Perkembangan

6 Rujukan

o 6.1 Nota kaki

7 Bacaan lanjut

8 Lihat juga

9 Pautan luar

[sunting]Jenis silat (umum)

Timbul salah faham di kalangan orang ramai bahawa silat seni seperti silat pulut adalah

biasanya dipersembahkan pada majlis rasmi dan majlis keramaian seperti majlis

perkahwinan manakala silat dari jenis buah pukul atau seni tempur pula lebih banyak

disorokkan dari pandangan ramai atas dasar-dasar memelihara seni, muslihat

permainan dan beberapa alasan yang lain. Hakikatnya 'silat pulut' bukanlah satu aliran

silat berlainan yang hanya memfokuskan persembahan dan tidak boleh

mempertahankan diri. Ia hanyalah terma atau gelaran yang digunakan apabila pesilat

merancang acara persembahan mereka di majlis keramaian. Ini termasuklah tari

sembah dan pertempuran yang diatur. Sudah tentu rahsia dan muslihat permainan

aliran tidak dipertontonkan. Kebiasaannya sekumpulan pesilat menubuhkan kumpulan

'silat pulut' ini untuk membincangkan dan berlatih untuk persembahan-persembahan di

majlis keramaian di kejiranan mereka. Inilah asalnya wujud 'aliran' atau 'sekolah silat

pulut'. Nama silat pulut ini dikatakan berasal daripada 'pulut pengantin' (majlis-majlis

perkahwinan di mana ia selalu dipersembahkan).

Silat sehingga kini sudah banyak yang dipecahkan alirannya, seperti mana pecahnya

silat Gayung (Gayung Laksamana, Gayung Laksamana Pahang dan lain-lain lagi). Di

Malaysia sahaja terdapat hampir 500 Perguruan Silat yang telah dapat dikesan.

Terdapat juga pendapat yang mengatakan bahawa silat kini semakin tidak mendapat

sambutan daripada golongan pemerintah yang sepatutnya memelihara seni ini dengan

alasan terdapat unsur-unsur khurafat yang terdapat dalam silat. Dengan kesedaran

pembangkitan Islam hari ini, guru-guru aliran telah menentang dan membuang amalan-

amalan yang dilihat bertentangan dengan ajaran agama seperti jampi serapah,

pemujaan makhluk ghaib tertentu dan sebagainya. Persekutuan Silat Kebangsaan

(PESAKA) sendiri telah banyak membawa usaha pemodenan dalam dunia silat hari ini.

Apa yang pasti Silat akan terus menjadi warisan dan lambang jati diri Melayu sedunia.

Page 15: Silat Sendeng Malaysia

[sunting]Etimologi

Persembahan Randai dengan silek (silat) sebagai salah satu komponen tarian.

Suatu teori menyatakan bahawa perkataan silat sendiri berasal dari silek dari bahasa

Minangkabau.[1] Silek adalah salah satu komponen untuk menyembahkan tarian

rakyat randaiMinangkabau bersampingan bakaba (pereka cerita) dan saluang jo

dendang (lagu-dan-seruling).

Istilah silat adalah sebenarnya suatu kata nama am yang digunakan untuk merujuk pada

seni mempertahankan diri di Asia Tenggara.[2] Ia dikenali di Malaysia sebagai seni

silat, seni bela-diridan kadang-kala ilmu silat/pencak silat. Di Sumatra silat dikenali

sebagai silek dan lebih popular di Jawa dan Indonesia sebagai Pencak Silat. Versi Cina

bagi silat dikenali sebagai kuntao.[2]

Pada umumnya perkataan Silat atau Gayung biasa digunakan oleh masyarakat Melayu

di Semenanjung Tanah Melayu, Silek dan Gayuang di Sumatra, Penca dan Maempok di

Jawa Barat, Pencak di Jawa Timur dan Jawa Tengah, Mancak di Madura dan Bawean,

Encak di Bali, Mpaa Sila di Dompu dan Nusa Tenggara Barat, Bermancek di Bulungan

dan Kalimantan, memencak di Bugis dan Sulawesi, Akmencak di Sulu dan Sulawesi[3],

Basilat dan Kali di Mindanau.

[sunting]Sejarah

Silat tersebar sepanjang Nusantara Melayu sejak abad ke-7 M, tetapi asal-usulnya

masih lagi tidak pasti. Meskipun, silat telah diakui sebagai seni Melayu asli.[4] Orang Melayu yang telah menetap di bandar-bandar pantai

pulau Sumatera dan Semenanjung Melayu, dari Acehdi utara

ke Kelantan, Kedah dan Kepulauan Riau di selatan, dan Pattani di utara adalah orang

yang mengamalkan silat. Perhubungan dengan kumpulan suku kaum lain di bandar-

bandar pantai telah juga mempengaruhi bentuk silat. Adanya bukti bahawa

budaya China dan India telah mempengaruhi gaya-gaya seni mempertahankan diri itu.[5] Apabila Islam disebarkan sepanjang nusantara abad ke-14, ia diajar di samping

Page 16: Silat Sendeng Malaysia

dengan silat. Selain seni bertarung dan tarian budaya rakyat, silat kemudian menjadi

suatu latihan rohaniah.[6]

Silat telah diperhaluskan ke ciri keistimewaan sultan, panglima dan pendekar sewaktu

empayar Kesultanan Melaka, Majapahit dan Srivijaya. Ia adalah waktu apabila silat

tersebar sepanjang Semenanjung Melayu, Jawa, Bali, Sulawesi dan Borneo. Orang

Melayu, terutamanya di semenanjung Melayu, menganggap cerita legenda Hang

Tuah pada abad keempat belas sebagai bapa silat.[5]

Silat berkongsi sejarah yang sama di Malaysia (termasuk Singapura ketika itu), Brunei

dan Indonesia sewaktu era penjajahan sebagai suatu wadah untuk membebaskan diri

daripada kekuasaan penjajah.[5] Sewaktu era pasca penjajahan, silat telah menikmati

populariti dan nama yang tinggi oleh kerana jasa-jasa pendekar yang telah memimpin

perjuangan dan mengorbankan nyawa untuk kemerdekaan.

[sunting]Kegunaan daerah

Di Indonesia, pencak silat telah dipilih pada 1948 sebagai suatu istilah kesatuan untuk

seni pertahan diri mereka. Ia adalah suatu kata majmuk dari dua istilah yang umumnya

digunakan untuk seni pertahan diri di Indonesia. Pencak adalah istilah yang digunakan

di Jawa tengah dan timur, sementara silat digunakan di Sumatera. Dalam kegunaan

moden, pencak dan silat dilihat sebagai dua aspek pada amalan yang sama. Pencak

adalah aspek persembahan pada seni pertahan diri, sedangkan silat adalah inti

perkelahian dan seni pertahan diri.

Di Bali, dengan suatu penduduk (94%) Hindu, silat adalah suatu kuasa kesatuan dalam

setiap district dan hampir setiap kampung.[perlu rujukan] Arahan rasmi mengambil tempat

setiap pagi dan petang oleh satu dari dua pertubuhan: Bakti Negara dan Kertha Wisesa.

Di Malaysia, silat adalah suatu istilah yang digunakan sebagai istilah payung untuk

semua seni pertahan diri Melayu. Contoh-contoh pada gaya-gaya silat di Malaysia

adalah Silat Cakar Harimau, Silat Gayung Zahir 9, Silat Pancasila, silat gayong

maarifat, Silat Keris Lok Sembilan, Silat Gayung Pusaka, Silat Seni Gayong dan Silat

Lian Padukan. 1 dalam 5 orang Melayu di Malaysia mengamalkan silat.[perlu rujukan]

Di Malaysia, Perguruan Silat diberi nama mengikut masyarakat seperti Silat

Minangkabau, Silat Bugis, Silat Jawa dan Silat Kerinci. Terdapat juga perguruan yang

diberi nama mengikut daerah seperti Silat Gayong Fatani, Silat Gayungman Kedah, Silat

Buah Pukul Mersing dan Silat Pukulan Melaka. Terdapat juga perguruan yang diberi

nama mengikut tokoh seperti Silat Hang Tuah, Silat Cekak Ustaz Hanafi, Silat Mat

Kilau dan Silat Sendeng Hj Hamid. Terdapat juga perguruan yang diberi nama mengikut

motif gerak dan semanagat haiwan seperti Silat Rajawali, Silat Penyu, Silat Siamang

Laut dan Silat Harimau.

Page 17: Silat Sendeng Malaysia

[sunting]Perkembangan

Selepas merdeka (1957) terdapat ratusan aliran Perguruan Silat di Malaysia.

Pemerintah di Malaysia telah mengarahkan pengamal silat mewujudkan persatuan silat

dan didaftarkan atas tujuan untuk membina, meyusun dan pengurusan silat yang lebih

baik. Sarana tersebut disambut baik, maka beberapa kumpulan silat telah didaftarkan.

Di sinilah bermulanya wujud pelbagai nama alairan penguruan silat kerana setiap

pendaftar mestilah mempunyai nama kumpulan masing-masing.

Pada tahun 1978 Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan Malaysia ketika itu

berusaha untuk mewujudkan satu badan atau gabungan peringkat negara yang boleh

membangunkan silat secara lebih berkesan, maka wujudlah Majlis Seni Silat Malaysia

(1983). Kemudiannya ditukar kepada nama baru iaitu Persekutuan Silat Kebangsaan

Malaysia atau PESAKA Malaysia, dan lulus pendaftarannya pada 1986. Pesaka

malaysia telah dianggotai oleh empat anggota bertaraf badan pendiri Pesaka Malaysia

iaitu Seni Gayung Fatani Malaysia, Silat Seni Gayong Malaysia, Silat Lincah Malaysia

dan Silat Cekak Malaysia. Lain-lain perguruan silat menjadi anggota PESAKA Negeri

yang diwujudkan di setiap negeri di Malaysia. Bermakna seluruh silat telah bersatu di

bawah PESAKA Malaysia.[7]

Pada 11hb Mac, 1980,Persekutuan Pencak Silat Antarabangsa (PERSILAT) telah rasmi

ditubuhkan sebagai badan induk silat di peringkat antarabangsa[8] dan Jakarta,

Indonesia menjadi ibupejabat PERSILAT. Indonesia, Malaysia, Brunei dan Singapura

telah diiktiraf sebagai anggota pendiri PERSILAT. Badan induk kebangsaan untuk silat

dikenali sebagai Ikatan Pencak Silat Indonesia (IPSI) di Indonesia, Persekutuan Silat

Kebangsaan (PESAKA) di Malaysia, Persekutuan Silat Brunei (PERSIB) di Brunei dan

Persekutuan Silat Singapura (PERSISI) di Singapura.

Pencak Silat telah diiktiraf sebagai Seni Bela Diri Asli bangsa Indonesia. Manakala di

Malaysia, Kerajaan Malaysia telah mengiktiraf bahawa Silat sebagai Seni Bela Diri

Rasmi Malaysia dan diwartakan dibawah Akta Warisan Negara semasa Konvensyen

Silat yang dianjurkan pada 3hb hingga 4hb Disember 2006.

Pada 23hb hingga 24hb September, 1979, ketika Sukan Asia Tenggara ke-14, IPSI

telah memperkenalkan Olahraga Pencak Silat. Peraturan pertandingan ini telah disusun

pada tahun 1973. Silat sekarang adalah secara rasmi termasuk sebagai sebahagian

daripada Sukan Asia Tenggara.

[sunting]

Silat Cekak MalaysiaDaripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Page 18: Silat Sendeng Malaysia

Silat ini berasal dari Negeri Kedah, Malaysia, dan dikatakan pernah diamalkan oleh

panglima-panglima kanan kerajaan Negeri Kedah di zaman dahulu. Di antaranya ialah

semasa era pemerintahan Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II.

Silat ini telah diwariskan oleh salah seorang panglima kanan kerajaan Kedah yang

bernama Panglima Ismail kepada Panglima Tok Rashid dan kemudiannya kepada

Yahya Said (sebagai pemegang amanah) yang berasal dari Batu Kurau, Taiping, Perak,:

40 tahun kemudian, pada 5 Ramadhan 1385 Hijrah, bersamaan 28 Disember 1965,

Yahya Said telah memperturunkan ilmu Silat Cekak kepada Ustaz Haji Hanafi bin Haji

Ahmad.

Silat Cekak pada ketika itu telah dilahirkan kembali dan beroperasi melalui Perkumpolan

Seni Sari Budaya Sri Kedah.

Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia telah didaftarkan secara rasmi pada 19 Ogos 1971

dengan Ustaz Hanafi sebagai Presiden dan Guru Utama PSSCM. Beliau telah

meninggal dunia pada 13 Ogos 1986 setelah menerajui PSSCM dan mengembangkan

silat ini ke seluruh negara selama 21 tahun.

Jawatan ini diganti oleh Haji Ishak bin Itam sebagai Presiden dan Guru Utama PSSCM

pada 21 September 1986 hingga ke hari ini.

Isi kandungan

 [sorokkan]

1 Fakta Silat Cekak

2 Peringkat

3 Sukatan pelajaran dan peringkat persilatan

4 Senarai Nama Buah

5 Pantang Larang Silat Cekak

6 Pautan Luar

[sunting]Fakta Silat Cekak

Silat Cekak menekankan 99% konsep mempertahankan diri, dan hanya 1% menyerang.

Menyerang hanya diaplikasi ketika pengamal Silat Cekak dalam keadaan amat

terdesak.

Tujuan Cekak mendidik penuntutnya menekankan terhadap konsep menanti serangan

adalah selaras dengan konsep seni beladiri iaitu mempertahankan diri. Seni beladiri

hanya akan digunakan untuk mempertahankan diri apabila diserang atau diancam.

Terdapat 4 keistimewaan Silat Cekak

Page 19: Silat Sendeng Malaysia

1. Menenti serangan dalam keadaan berdiri lurus

2. Terdapat 4 kaedah menagkis serangan

3. Terdapat peringkat potong

4. Buah Serang jika dielak pasti kena, jika ditepis akan dimakan.

Secara umum kaedah-kaedah Silat Cekak yang dinyatakan adalah untuk menangkis

serangan awal seperti berikut:

KAEDAH BENTUK SERANGAN AWAL

A Serangan dari dada ke pusat

B Serangan dari dada ke pusat

CSerangan aras pusat dan ke bawah

D Serangan dari leher ke atas kepala

[sunting]Peringkat

Silat Cekak mempunyai 3 warna bengkung yang menunjukkan peringkat seseorang

pengamal seni beladiri ini. Ia adalah Putih, Merah dan Kuning dengan keterangan di

bawah ini:

 Peringkat Tamat

 Jurulatih

 Guru Utama (Seorang)

Bentuk sebenar bengkung Silat Cekak bukanlah seperti di atas, tetapi gambar ini

bertujuan untuk menjelaskan mengenai warna sahaja. Maklumat dan gambar bengkut

boleh dilihat di http://www.silatcekak.org.my

Warna-warna bengkung di dalam Cekak tidak menggambarkan peringkat buah yang

telah dipelajari, tetapi menggambarkan pembahagian tanggungjawab dalam komponen

persilatan Silat Cekak.

[sunting]Sukatan pelajaran dan peringkat persilatan

Ada empat peringkat pembelajaran dalam Silat Cekak.

Page 20: Silat Sendeng Malaysia

Peringkat Pertama - Asas dan Jatuh

Buah Asas - Mempelajari asas menangkis serangan dari hadapan.

Buah Jatuh - Lanjutan dari buah asas, iaitu menangkis serangan dan menjatuhkan

lawan.

Peringkat Kedua - Potong

Buah Potong - Digunakan untuk menangkis semula Buah jika silat Cekak digunakan

ke atas diri kita.

Peringkat Ketiga - Tamat

Buah Umum - Mempelajari keseluruhan teknik pertahanan dan serangan untuk

digunakan secara praktikal.

[sunting]Senarai Nama Buah

Berikut adalah senarai 21 buah dalam sistem pembelajaran Silat Cekak,:

1. Buah Pertama

2. Buah Keputusan Gayung Fatani

3. Buah Keputusan Sendeng Atas

4. Buah Kilas Belakang

5. Buah Kilas Hadapan

6. Buah Kidong Kiri

7. Buah Kuntau Jatuh

8. Buah Kuntau Kiri & Kuntau Kiri Gantung

9. Buah Kuntau Kanan Gantung

10. Buah Hentak (Buah Keputusan Silat Harimau)

11. Buah Ali Patah Atas

12. Buah Ali Patah Sudah

13. Buah Selendang

14. Buah Gari & Gari Gunting

15. Buah Paras

16. Buah Keputusan Pasung Kemanga

17. Buah Keputusan Terlak

18. Buah Keputusan Lintau

19. Buah Hempok

20. Buah Luncur

21. Buah Siku Potong

Page 21: Silat Sendeng Malaysia

[sunting]Pantang Larang Silat Cekak

Tidak boleh derhaka kepada guru

Tidak boleh derhaka kepada ibu

Tidak boleh derhaka kepada bapa

Tidak boleh bergaduh sesama ahli

Tidak boleh mencaci silat Melayu asli yang lain[sunting]