39

Simpulan bahasa

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Simpulan bahasa
Page 2: Simpulan bahasa
Page 3: Simpulan bahasa

ABU JAHAL

Maksud : Suka menghalang orang lain daripada berbuat baik.

Ayat : Adam digelar Abu Jahal kerana suka menghalang orang

Page 4: Simpulan bahasa

lain berbuat baik.

ADA BAKAT

Maksud : Ada kebolehan dalam sesuatu bidang .

Ayat : Pelajar yang ada bakat dalam sesuatu bidang akan dipilih untuk dilatih.

AIR MUKA

Maksud : Wajah seseorang.

Ayat : Air muka Aidil berubah apabila ditegur oleh Cikgu Ahmad.

ALIM KUCING

Maksud : Orang yang berlagak baik.

Ayat : Ramli bersikap alim kucing apabila di hadapan gurunya.

Page 5: Simpulan bahasa

Ambil angin

Maksud : Bersiar-siar .

Ayat : Pada waktu petang, Shuib membawa anak-anaknya ambil angin di pantai.

Ambil berat

Maksud : Memberi perhatian.

Ayat : Semenjak kematian ibu bapanya,Anuar ambil berat tentang adiknya.

ATAS PAGAR

Maksud : Tidak menyebelahi mana-mana pihak.

Ayat : dalam pertandingan badminton itu, Ahmad atas pagar kerana dia tidak menyokong mana-mana pihak.

Bahasa dalam

Maksud : Bahasa yang digunakan di daerah dan bukan bahasa rasmi.

Ayat : Saya sukar memahami bahasa dalam negeri

Page 6: Simpulan bahasa

Perak .

Baik sangka

Maksud : Rasa muhibah.

Ayat : Rakyat Malaysia yang berbilang bangsa perlu sentiasa baik sangka antara satu sama lain.

Balik gagang

Maksud : Berpihak kepada lawan.

Ayat : Pertandingan badminton berkesudahan dengan balik gagang.

BAU-BAU BACANG

Maksud : Hubungan kekeluargaan yang jauh.

Ayat : Keluarga Pak Hamid ada bau-bau bacang dengan Keluarga saya.

Berpeluk tubuh

Maksud : Malas bekerja.

Page 7: Simpulan bahasa

Ayat : Ayah memarahi abang yang suka berpeluk tubuh.

Bertikam lidah

Maksud : Bertengkar.

Ayat : Mereka selalu bertikam lidah walaupun masalah itu kecil sahaja.

Bunga dedap

Maksud : Perempuan cantik tetapi perangainya buruk.

Ayat : Gadis itu seperti bunga dedap kerana rupa sahaja cantik tetapi suka menipu orang.

Buruk makan

Maksud : Gelojoh.

Ayat : Jangan buruk makan di hadapan orang.

Page 8: Simpulan bahasa

Buruk siku

Maksud : Mengambil semula barang yang telah diberikan kepada seseorang.

Ayat : Zaid buruk siku kerana mengambil semula pensel yang telah diberikan oleh Halim.

Cabut nyawa

Maksud : Membunuh.

Ayat : Penjenayah yang disabitkan dengan cabut nyawa akan dihukum bunuh.

CACING KEPANASAN

Maksud : Gelisah.

Ayat : Datuk seperti cacing kepanasan menunggu cucunya yang belum balik dari sekolah.

DUIT KOPI

Page 9: Simpulan bahasa

Maksud : Bayaran tidak rasmi atau saguhati.

Ayat : Pak Sudin memberikan RM10 kepada kakitangan pejabat tersebut sebagai duit kopi kerana mempercepat kan urusannya.

GILA BAHASA

Maksud : Fikiran yang kurang waras.

Ayat : Meskipun lelaki itu gila bahasa tetapi dia tidak mengganggu orang lain.

GULUNG TIKAR

Maksud : Tutup perniagaan.

Ayat : Ramai peniaga gulung tikar ketika kemelesetan ekonomi.

HALWA TELINGA

Maksud : Sesuatu yang sedap didengar.

Ayat : Lagu-lagu tahun 60an menjadi halwa telinga

Page 10: Simpulan bahasa

penduduk kota.

HARGA POKOK

Maksud : Harga yang belum ditambah dengan keuntungan.

Ayat : Penjual baju itu menjual barangannya dengan harga pokok sahaja.

HANCUR HATI

Maksud : Sangat sedih.

Ayat : Hancur hati Pak Sudin mendengar berita anaknya menagih dadah.

HANGAT-HANGAT TAHI AYAM

Maksud : Membuat sesuatu separuh jalan.

Ayat : Jika membuat sesuatu kerja biarlah sehingga selesai dan jangan hangat-hangat tahi ayam.

Page 11: Simpulan bahasa

HENTAM KEROMO

Maksud : Melakukan sesuatu tanpa berfikir.

Ayat : Jika membuat pekerjaan secara hentam keromo pasti hasilnya tidak memuaskan.

Hilang akal

Maksud : Tidak waras .

Ayat : Lelaki itu mula hilang akal selepas dipukul teruk oleh perompak.

HISAP DARAH

Maksud : Mengambil keuntungan berlebihan.

Ayat : Para pemborong bersikap hisap darah semasa menjual barangan mereka.

Ibu angkat

Maksud : Perempuan lain yang dijadikan ibu.

Ayat : Selepas ibu kandungnya meninggal, Salmiah

Page 12: Simpulan bahasa

menjadikan Mak Cik Mariah sebagai ibu angkat.

ISI PERUT

Maksud : Segala yang tersimpan di dalam hati.

Ayat : Keakraban persahabatan Sani dan Vicky membolehkan Mereka meluahkan segala isi perut masing-masing.

JAUH HATI

Maksud : Merajuk.

Ayat : Puan Rogayah jauh hati apabila suaminya mengkritik masakannya.

KACANG HANTU

Maksud : Orang yang jahat, suka mengganggu kawan.

Ayat : Wai Chong terkenal dengan sikap kacang hantu.

Page 13: Simpulan bahasa

KATA PUTUS

Maksud : Kata yang menjadi penentu.

Ayat : Bapa menjadi kata putus dalam keluarga saya.

KEPALA ANGIN

Maksud : Kelakuan yang cepat berubah.

Ayat : Jika ingin berkawan dengan Ani perlu berhati-hati kerana dia seorang yang kepala angin.

KEPALA BATU

Maksud : Degil.

Ayat : Orang yang berkepala batu sukar untuk mendapat kawan.

KERANG BUSUK

Maksud : Tersengih-sengih.

Ayat : Anthony seperti kerang busuk selepas dimarah oleh gurunya.

Page 14: Simpulan bahasa

KUTU EMBUN

Maksud : Orang yang suka merayau pada waktu malam.

Ayat : Muda-mudi di Kuala Lumpur juga digelar kutu embun.

LIDAH BERCABANG

Maksud : Percakapan yang tidak boleh dipercayai.

Ayat : Lelaki yang lidah bercabang itu sering memperdaya orang kampung.

LIDAH BIAWAK

Maksud : Percakapan yang tidak boleh dipercayai.

Ayat : Jangan percaya kata-kata Abu kerana dia lidah biawak.

MAKAN ANGKAT

Maksud : Suka dipuji.

Page 15: Simpulan bahasa

Ayat : Cikgu memuji Salmah yang makan angkat sebelum meminta pertolongannya.

MAKAN DIRI

Maksud : Perbuatan yang menyusahkan diri sendiri.

Ayat : Perbuatan Saleh menggelapkan wang syarikat akhirnya makan diri.

MAKAN SUAP

Maksud : Menerima rasuah.

Ayat : Nurshila ditangkap polis kerana makan suap.

MANDI BUNGA

Maksud : Mandi menggunakan air jampi serta mengandungi bunga.

Ayat : Amalan mandi bunga dilakukan jika ingin mencari pasangan hidup.

Page 16: Simpulan bahasa

MINTA NYAWA

Maksud : Merayu supaya tidak dibunuh.

Ayat : Mangsa culik di Iraq minta nyawa daripada kumpulan penculik itu.

MUKA TEMBOK

Maksud : Tidak malu.

Ayat : Dia muka tembok kerana tetap berada di situ walaupun sudah dimarahi.

ORANG HARAPAN

Maksud : Orang yang diharapkan.

Ayat : Abang orang harapan dalam keluarga ini semenjak kematian orang tua kami.

PAKU BELANDA

Page 17: Simpulan bahasa

Maksud : Harga tetap dan tidak boleh ditawar lagi.

Ayat : Barangan di pasar raya tidak boleh ditawar kerana semuanya paku belanda.

PEMBASUH MULUT

Maksud : Kuih atau buah-buahan yang dimakan selepas makan makanan berat .

Ayat : Bapa selalu makan buah tembikai sebagai pembasuh mulut selepas makan nasi.

Penyapu baharu

Maksud : Pekerja baharu yang rajin.

Ayat : Rajin sungguh Ramlah bekerja, maklumlah penyapu baharu.

PERANG MULUT

Maksud : Bertengkar dengan suara yang kuat.

Ayat : Setelah lama membisu, akhirnya pasangan suami isteri itu perang mulut.

Page 18: Simpulan bahasa

PILIH KASIH

Maksud : Layanan yang berbeza.

Ayat : Murid-murid mengatakan cikgu baru itu pilih kasih ketika mengajar.

PISAU CUKUR

Maksud : Wanita yang suka mengikis harta lelaki.

Ayat : Gadis pisau cukur itu dijauhi oleh para lelaki.

PUTIH MATA

Maksud : Usaha yang tidak kesampaian.

Ayat : Abu hanya mampu geleng kepala melihat semua usaha- nya putih mata.

RAMBANG MATA

Maksud : Sukar memilih kerana semuanya sama.

Page 19: Simpulan bahasa

Ayat : Puan Rohana rambang mata memilih baju di pasar raya itu kerana semuanya cantik.

SAMPAH MASYARAKAT

Maksud : Orang yang hidup tetapi tidak berguna.

Ayat : Penagih najis dadah itu dibenci orang dan digelar sampah masyarakat.

Saudara pungut

Maksud : Saudara angkat.

Ayat : Walaupun Rohani saudara pungut keluarga itu, tetapi dia tetap dilayan dengan baik.

SENYUM KAMBING

Maksud : Senyum yang dibuat-buat.

Ayat : Vasanta senyum kambing apabila menyedari ketuanya tahu dia tidak membuat kerja.

Page 20: Simpulan bahasa

Sepak kertas

Maksud : Menganggur.

Ayat : Azlan yang sudah lama sepak kertas akhirnya mendapat kerja di syarikat swasta.

TAHI MINYAK

Maksud : Orang yang suka berbohong.

Ayat : Jika selalu bersikap tahi minyak, tidak ada orang yang akan mempercayai kita.

Bagai abu di atas tunggul

Maksud : Orang yang kedudukannya mudah ditukarkan, tidak penting.

Ayat : Aman tidak ubah bagai abu di atas tunggul

Page 21: Simpulan bahasa

kerana sering ditukarkan dari satu bahagian ke satu bahagian yang lain oleh majikan tanpa berbincang dengannya terlebih dulu.

BAGAI ANJING BURUK KEPALA

Maksud : Orang yang selalu dihina.

Ayat : Penagih dadah itu bagai anjing buruk kepala, ke mana sahaja dia pergi dirinya selalu dihina orang.

Bagai AUR DI ATAS BUKIT

Maksud : Serah diri kepada nasib atau takdir.

Ayat : Setelah gagal mencari anaknya yang hilang, wanita itu kini berserah sahaja kepada nasib bagai aur di atas bukit.

BAGAI AYAM DIBAWA KE KEPOK

Maksud : Orang yang tidak pernah masuk ke dalam majlis.

Ayat : Mak Limah dibawa oleh anak lelakinya mengikuti majlis konvokesyennya. Mak Limah bagai ayam dibawa ke kepok kerana dia tidak dapat

Page 22: Simpulan bahasa

menyesuaikan dirinya di majlis itu.

BAGAI AYAM MENGERAM TELUR

Maksud : Wajah yang berseri-seri. Ayat : Pengantin perempuan itu diibaratkan bagai ayam mengeram telur setelah wajahnya disolek oleh mak andam.

BAGAI beliung dengan asahan

Maksud : Dua orang yang tidak pernah berpisah.

Ayat : Adlin dan Anita tidak pernah berpisah sejak dari kecil lagi. Kedua adik-beradik itu bagai beliung dengan asahan.

Bagai BERUMAH DI TEPI TEBING

Maksud : Orang yang selalu berada dalam kebimbangan.

Ayat : Akibat berhutang keliling pinggang, Husin bagai berumah di tepi tebing kerana dia dicari oleh pemiutang.

Page 23: Simpulan bahasa

BAGAI BUNTAL KEMBONG

Maksud : Orang yang bodoh dan sombong.

Ayat : “Perangai pekerja baru itu tidak ubah bagai buntal kembong, sudahlah dia tidak tahu apa-apa, bila ditegur tidak pula mahu menjawab,”sungut Kadir.

Bagai denai gajah lalu

Maksud : Kerosakan yang sangat besar.

Ayat : Negara Jepun diibaratkan bagai denai gajah lalu apabila negaranya dilanda tsunami yang amat dahsyat pada minggu lepas.

BAGAI enau dalam belukar,melepaskan pucukMasing-masing

Maksud : Orang yang hanya mementingkan diri sendiri.

Ayat : Sikap orang ramai yang suka membuang sampah ke dalam sungai tidak ubah bagai enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing.

Page 24: Simpulan bahasa

BAGAI HARUAN MAKAN ANAK

Maksud : Bapa yang mencabul anak perempuannya sendiri.

Ayat : Akibat mencabul anak gadisnya sendiri, lelaki yang disifatkan bagai haruan makan anak itu akhirnya ditangkap dan dipenjarakan.

BAGAI HEMPEDU LEKAT DI HATI

Maksud : Perhubungan seseorang yang sangat rapat dan akrab. Ayat : Walaupun Munira sudah lama berpindah ke bandar dan Aishah masih lagi menetap di kampung,namun hubungan mereka sungguh akrab bagai hempedu lekat di hati.

Bagai kain tiga hasta

Maksud : Orang miskin yang hidup dalam serba kekurangan dan tidak mencukupi.

Ayat : Orang miskin itu sentiasa hidup dalam serba kekurangan bagai kain tiga hasta.

BAGAI kambing dihalau ke air

Maksud : Perihal seseorang yang dipaksa melakukan

Page 25: Simpulan bahasa

perkara yang tidak disukainya.

Ayat : Tamrin bagai kambing dihalau ke air apabila dipaksa oleh bapanya membersihkan semak di belakang rumahnya.

BAGAI keli kena ketuk

Maksud : Perihal seseorang yang dipaksa melakukan perkara yang tidak disukainya.

Ayat : Isteri Pak Cik Adam tidak ubah bagai keli kena ketuk. Perempuan itu suka merungut tidak tentu pasal setiap kali suaminya pulang dari kerja.

BAGAI kucing kehilangan anak

Maksud : Orang yang berada dalam keadaan bingung atau hilang akal.Ayat : Nabil bagai kucing kehilangan anak apabila mendapat tahu keretanya hilang.

Bagai menarik rambut di dalam tepung

Maksud : Membuat kerja dengan cermat dan berhati-hati.

Page 26: Simpulan bahasa

Ayat : Pihak polis sentiasa menjalankan operasi mereka dengan penuh berhati-hati bagai menarik rambut di dalam tepung.

BAGAI mencencang air

Maksud : Membuat pekerjaan yang sia-sia.

Ayat : Niat Zainal hendak membina kapal terbang daripada pohon buluh disifatkan oleh semua orang bagai mencencang air.

BAGAI mencurah air di daun keladi

Maksud : Memberi nasihat tetapi orang dinasihati itu tidak mahu berubah.Ayat : Nasihat Mak Tini kepada anak gadisnya ibarat bagai mencurah air di daun keladi. Anak gadisnya itu tidak pernah mahu berubah.

BAGAI mendukung biawak HIDUP

Maksud : Menghulurkan pertolongan kepada seseorang yang kemudiannya menyusahkan diri kita semula.

Page 27: Simpulan bahasa

Ayat : Keikhlasan Haji Sufian mengambil bekas banduan itu sebagai anak angkatnya ternyata bagai mendukung biawak hidup kerana bekas banduan itu akhirnya hilang bersama barang-barang berharga milik beliau.

Bagai menghitung bulu kambing

Maksud : Membuat pekerjaan yang mustahil dan sia-sia.

Ayat : Penduduk kampung menyifatkan Seman menggali tanah di belakang rumahnya dengan niat mencari harta karun tidak ubah bagai menghitung bulu kambing.

BAGAI pahat dengan penukul

Maksud : Hanya membuat sesuatu kerja apabila disuruh.

Ayat : Hisham bagai pahat dengan pemukul kerana dia hanya membuat kerja apabila disuruh.

BAGAI sirih pulang ke gagang

Page 28: Simpulan bahasa

Maksud : Kembali ke tempat asalnya atau ke tempat yang sepatutnya.

Ayat : Cikgu Haryati menyifatkan pelantikannya sebagai guru besar sekolah tersebut tak ubah bagai sirih pulang ke gagang. Ini kerana suatu masa dahulu dia pernah belajar dan juga mengajar di situ.

Bagai TELUR DI HUJUNG TANDUK

Maksud : Menggambarkan keadaan yang bahaya atau genting.

Ayat : Nyawa para tebusan itu bagai telur di hujung tanduk apabila penculik itu mengugut akan meletupkan tempat tersebut.

Bagai TIKUS MEMBAIKI LABU

Maksud : Seorang yang tidak tahu membaiki sesuatu akan lebih mendatangkan kerosakan jika dia disuruh membaikinya.

Ayat : Ali membaiki radio yang rosak itu, malangnya radio itu bertambah rosak setelah dibaikinya. Perbuatan

Page 29: Simpulan bahasa

Ali itu disifatkan bagai tikus membaiki labu.

BAGAI wau putus tali

Maksud : Orang yang berserah sahaja kepada nasib kerana tidak mampu berusaha lagi.

Ayat : Zaiton bagai wau putus tali, setelah permohonannya masuk ke universiti gagal, kini dia hanya berserah sahaja kepada nasib.

BAGAImana acuan begitulah kuihnya

Maksud : Tingkah laku anak banyak dipengaruhi oleh tingkah laku kedua ibu bapanya.

Ayat : Ibu bapa hendaklah memberi contoh teladan yang baik kepada anak-anak kerana ia akan mempengaruhi mereka di kemudian hari seperti kata pepatah bagai- mana acuan begitulah kuihnya.

Page 30: Simpulan bahasa

BAGAI BUNYI GENDANG, BEGITULAH TARINYA

Maksud : Membuat sesuatu mengikut arahan.

Ayat : Pekerja-pekerja pembinaan itu mengikut arahan majikannya menyiapkan bangunan setinggi 20 tingkat itu. Mereka diibaratkan bagai bunyi gendang, begitulah tarinya.

seperti anjing berebut tulang

Maksud : Orang yang tamak dalam perebutan harta.

Ayat : Sikap Zamri yang berkeras mahukan bahagian yang lebih dalam pembahagian harta pusaka itu samalah seperti anjing berebut tulang.

Seperti api dalam sekam

Maksud : Perihal perbuatan jahat yang disembunyikan atau berlaku dalam diam.

Ayat : Hani tidak ubah seperti api dalam sekam kerana segala perbuatan jahatnya tidak diketahui oleh ibunya.

Page 31: Simpulan bahasa

Seperti ayam berak kapur

Maksud : Seseorang yang kelihatan lemah dan tidak bermaya.

Ayat : Sejak jatuh sakit,Hassan hanya duduk di rumah sepanjang hari.Dia kelihatan lemah dan tidak bermaya seperti ayam berak kapur.

seperti ayam patuk anaknya

Maksud : Menghukum bukan dengan niat menyeksa,sebaliknya bertujuan untuk mendidik.

Ayat : Mak Cik Zaleha merotan anaknya bukan kerana dia tidak sayang tetapi seperti ayam patuk anaknya dia berbuat demikian dengan harapan perangai anaknya itu akan berubah.

seperti batu jatuh ke lubuk

Maksud : Orang yang menghilangkan diri secara senyap dan diam-diam. Ayat : Selepas perbuatan jahatnya diketahui oleh penduduk kampung,Loy terus menghilangkan diri

Page 32: Simpulan bahasa

secara diam-diam.

Seperti bulan dengan matahari

Maksud : Secocok,sepadan.

Ayat : Pasangan pengantin itu seperti bulan dengan matahari. Mereka sama cantik dan sama padan.

Seperti GERGAJI DUA MATA

Maksud : Orang yang mendapat faedah daripada dua pihak yang bergaduh dengan berpura-pura baik dengan kedua- duanya.

Ayat : Roslan berjaya mendapat kontrak pembinaan tersebut setelah helahnya menyebabkan dua orang rakan kongsinya bergaduh.Perbuatan Roslan seperti gergaji dua mata.

Page 33: Simpulan bahasa

seperti ikan dalam belat

Maksud : Sesuatu yang amat sesat.

Ayat : Ketua ajaran sesat itu telah ditangkap oleh polis setelah ajarannya diragui oleh orang ramai. Perbuatannya itu seperti ikan di dalam belat.

seperti KERBAU DICUCUK HIDUNG

Maksud : Orang yang kelihatan bodoh kerana mengikut sahaja kehendak orang lain. Ayat : Faruk seperti kerbau dicucuk hidung, tanpa menilai dahulu baik dan buruknya sesuatu perkara, dia menurut sahaja kata orang.

Seperti RUSA MASUK KAMPUNG

Maksud : Keadaan orang yang kehairanan dan

Page 34: Simpulan bahasa

terpinga-pinga apabila tiba di tempat baru.

Ayat : Pertama kali menjejakkan kakinya di Kuala Lumpur, telatah Budin tidak ubah seperti rusa masuk kampung.

seperti SI BUTA MENDAPAT TONGKAT

Maksud : Orang susah yang mendapat apa yang dia inginkan.

Ayat : Ketika Pak Teh memikirkan bagaimana dia hendak membiayai pelajaran anaknya di university, seorang wakil rakyat datang menghulurkan bantuan tersebut. Pak Teh menganggap dirinya seperti si buta mendapat tongkat.

seperti ULAR KENA PALU

Maksud : Bengkang-bengkok atau tidak lurus.

Ayat : Perjalanan ke rumah pengantin itu memakan masa yang agak lama kerana keadaan jalannya yang bengkang-bengkok seperti ular kena palu.

Page 35: Simpulan bahasa