16
Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 1 SINONIM

Sinonim

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sinonim 2

Citation preview

Page 1: Sinonim

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 1

SINONI

Page 2: Sinonim

1. Sinonim ialah kata seerti atau kata yang mempunyai sama maksud atau sama makna.

2. Sinonim mempunyai perkaitan yang cukup rapat antara kata dengan makna.

3. Sebagai contoh :

askar perajurit, soldadu, tenteraawas hati-hati, hemat, ingat-ingat, waspadaazab derita, kesengsaraan, penderitaan, seksaan, sengsarabenar betul, sah, sejati, sungguhbijak berakal, cendekia, cerdik, pintar, pandaicarik cabik, koyak, robek, sobekdekad dasawarsadaya akal Ikhtiar, jalan, kekuatan, kemampuan, muslihat,

pengaruh, tenaga, tipu (memperdaya), menipuerat karib, kuat, rapat, teguhhandal cekap, bijak, gagah, setiajika andaikhayal angan-angantulus ikhlas, jujurtamadun peradaban

4. Perhubungan sinonim ialah perhubungan makna di antara kata yang mempunyai makna yang sama atau hampir sama yang boleh dibezakan oleh penggunaannya di dalam konteks yang berlainan.

5. Faktor-faktor yang mempengaruhi aspek ini adalah unsur-unsur seperti tahap formal atau tidak formal, unsur-unsur perbezaan dialek dan juga unsur-unsur tujuan penggunaan kata itu.

6. Contoh: mati – mampus, kojol, meninggal, wafat, mangkat, kembali ke rahmatullah.

1 Kami jelak dengan perangainya yang mengada-ada itu.A benci C masak

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 2

Page 3: Sinonim

B bosan D malu

2 Penjual kuih itu baru saja berlalu dari situ.A bergerak C berjalanB berpisah D beredar

3 Kami mengagihkan derma itu kepada golongan yang layak menerimanya.A memberikan C membahagikanB menyumbangkan D mengedarkan

4 Pelakon itu gagal menuturkan dialognya dengan betul.A melafazkan C mengisahkanB melakonkan D mengatakan

Soalan 5 berdasarkan gambar di bawah.

5 Puan Jah menyusun pinggan mangkuknya di dalam almari.A menghias C menyimpanB meletakkan D mengatur

6 Lubang yang digali oleh ayah agak dalam.A dikambus C dibuatB dilubang D dikorek

7 Nelayan itu pulang dengan hampa kerana tidak mendapat hasil tangkapan.A sedih C kecewaB dukacita D gembira

Soalan 8 berdasarkan gambar di bawah.

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 3

Page 4: Sinonim

8 Emak menyuruh adik menjirus bunga di halaman rumah.A memandi C mencucurB menyiram D membasah

9 Pondok yang berada di tepi sawah itu ialah pondok Mak Temah.A pinggir C hujungB tubir D dekat

10 Abang naik radang apabila bukunya dikoyak oleh adik.A marah C geramB angin D garau

11 Budin suka berlagak walhal hutangnya keliling pinggang.A berlawan C berdandanB bergaya D berbangga

12 Pasangan mempelai itu memang secocok.A seiring C sesamaB serupa D sepadan

13 Demam denggi mula menular ke seluruh negara.A merebak C menjalarB meresap D merayap

14 Walaupun desa itu agak terpencil, namun pemikiran masyarakatnya agak terbuka.A tersorok C tersembunyiB terasing D tertinggal

15 Sebelum mendarat, kapal terbang itu berlegar-legar di udara beberapa kali.A berkisar-kisar

B berpusing-pusingC berulang-alikD beredar-edar

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 4

Page 5: Sinonim

16 Sampah sarap bertaburan di atas jalan raya itu kerana ditiup angin.A bersepahB bergolekC bertonjolD berlonggok

17 Sekumpulan penyelidik tumbuhan dari Universiti Putra Malaysia telah menemukan pokok periuk kera yang aneh di Hutan Simpan Belum.

Pilih perkataan seerti bagi anehA unik B pelik C janggal D istimewa

18 Untuk menambah pendapatan, Cikgu Hamid menoreh pokok getah di kebun bapanya.

Pilih perkataan seerti bagi menoreh.A menggoresB memotongC menggurisD melakar

19 Rumah Mak Timah senget kerana angin ribut dan hujan lebat yang berlaku petang semalam.

Pilih perkataan seerti bagi senget.A capikB goyangC condongD tempang

20

Hukuman yang dikenakan terhadap penjenayah itu adalah suatu yang wajar.

Pilih perkataan seerti bagi wajar.

A wajib

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 5

Page 6: Sinonim

B zalim

C patut

D mesti

21 Hang Jebat adalah antara pahlawan Kesultanan Melayu Melaka yang terbilang suatu masa dahulu.

Pilih perkataan seerti bagi terbilang.A terpujiB terbesarC tertangkasD termasyhur

22

Kebanyakan para petani akan bermain wau di tengah bendang selepas selesai musim menuai padi.

Pilih perkataan seerti bagi bendang.A sawah B kebun C ladangD dusun

23

Perkataan seerti bagi gambar situasi sebatang sungai yang terdapat di negara kita seperti gambar di atas ialah __________.

A sampah sarapB busuk C berkeladakD tercemar

24

Perkataan seerti bagi aktiviti yang sedang dilakukan oleh salah seorang pengusaha gerai ikan di pasar itu ialah __________.

A menjual B melayanC membeli

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 6

Page 7: Sinonim

D menimbang

25 Ura-ura Datuk Rahmat hendak mendirikan hotel lima bintang di bandar itu telah mendapat kelulusan pihak bank.Pilih perkataan seerti bagi ura-ura . A RancanganB CadanganC DesakanD Saranan

26

Pelancung dari Korea itu terpukau melihat keindahan di puncak Gunung Kinabalu.Pilih perkataan seerti bagi terpukau.

A tergaman

B terpesona

C tersentak

D terkedu

27

Hulubalang yang mengiringi raja itu perkasa orangnya.Pilih perkataan seerti bagi perkasa.

A kuat

B tangkas

C gagah

D mantap

28

Encik Fatah seorang mekanik yang cekap membaiki kereta.Pilih perkataan seerti bagi cekap.

A fasih

B lancar

C mahir

D pandai

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 7

Page 8: Sinonim

29

Pada masa lapang, atuk gemar menjebak burung di hutan.Pilih perkataan seerti bagi menjebak.

A menjerut

B memikat

C membela

D memburu

30

Nenek Fauziah menyisir rambut cucunya supaya nampak kemas dan rapi.Pilih perkataan seerti bagi menyisir.

A membelai

B mendandan

C mengemas

D menyikat

31

Encik Nazim telah mengemukakan usul dalam mesyuarat PIBG di sekolah.Pilih perkataan seerti bagi usul.

A rumusan

B cadangan

C keterangan

D rancangan

32

Daniel berkejar ke arah Kumaran dan Zaidi untuk meleraikan mereka yang sedang bertumbuk.Pilih perkataan seerti bagi meleraikan.

A menanggalkan

B memisahkan

C menyatukan

D mendamaikan

33

Kita perlu berlatih dengan lebih giat lagi agar sekolah kita dapat mempertahankan kejuaraan ini pada tahun hadapan.Pilih perkataan seerti bagi mempertahankan.

A mengekalkan

B meneruskan

C meningkatkan

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 8

Page 9: Sinonim

D menguatkan

34

Tiupan angin di puncak air terjun itu amat menyegarkan.Pilih perkataan seerti bagi menyegarkan.

A menyejukkan

B menyerikan

C menyedapkan

D menyamankan

35

Pakaian Yusri basah kuyup apabila dia terjatuh ke dalam perigi itu.Pilih perkataan seerti bagi perigi.

A mata air

B telaga

C sungai

D parit

36

Sebuah jambatan perlu dibina segera bagi menghubungkan tanah besar dengan pulau pelancongan itu.Pilih perkataan seerti bagi menghubungkan.

A memisahkan

B mencantumkan

C mengeratkan

D mengaitkan

37

Penduduk kampung memuji tindakan ketua kampung yang berjaya menyelesaikan masalah penduduknya.Pilih perkataan seerti bagi memuji.

A menguji

B mengeji

C menyesali

D menyanjungi

38

Pelancaran Tabung Khas kanak-kanak istimewa itu dijalankan dalam satu majlis yang meriah dan ringkas.Pilih perkataan seerti bagi ringkas.

A cepat

B singkat

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 9

Page 10: Sinonim

C tepat

D ringan

39

Kakak meletakkan pasu bunga yang baru dibeli di penjuru biliknya.Pilih perkataan seerti bagi penjuru.

A hujungB sudutC tepiD dalam

40

Puan Nurul Aqilah sering mengutus surat kepada saudara-maranya di Acheh.Pilih perkataan seerti bagi mengutus.

A mengucapkan

B menulis

C mengirim

D menghulurkan

41

Sehingga kini tiada pemain badminton pelapis yang setara dengan jaguh badminton negara. Pilih perkataan seerti bagi setara.

A setaraf

B sejajar

C sedarjat

D sepangkat

42

Penduduk Kampung Juasseh gempita ekoran penemuan bangkai ikan paus di tepi pantai semalam.Pilih perkataan seerti bagi gempita.

A gempar

B gamit

C heboh

D kecoh

43

Walaupun rumah itu sudah lama, tetapi struktur binaannya masih teguh.

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 10

Page 11: Sinonim

Pilih perkataan seerti bagi teguh.

A tetap

B erat

C utuh

D tahan

44

Semua mangsa tanah runtuh telah menerima bantuan makanan dan pakaian daripada Persatuan Bulan Sabit Merah.Pilih perkataan seerti bagi menerima.

A memberi

B menghulur

C mendapat

D menyokong

45

Presiden Kesatuan Sekerja itu menganjurkan kami supaya mengadakan suatu mesyuarat.Pilih perkataan seerti bagi menganjurkan.

A menyuruhkan

B mengesyorkan

C membuatkan

D mengarahkan

46

Persembahan drama kali ini mendapat sambutan hangat daripada penonton.Pilih perkataan seerti bagi hangat.

A panas

B hangit

C meriah

D gembira

47

Bersenam banyak faedahnya kepada tubuh badan kita.Pilih perkataan seerti bagi faedah.

A untung

B manfaat

C lumayan

D popular

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 11

Page 12: Sinonim

48

Abu Nawas sedang mencari akal untuk menyelesaikan masalah itu.Pilih perkataan seerti bagi akal.

A usaha

B ikhtiar

C gigih

D fikiran

49

Tiap-tiap hujung minggu akhir bulan, Encik Mawi mengambil anaknya dari asrama sekolahnya untuk bercuti di rumah.Pilih perkataan seerti bagi mengambil.

A mengundang

B menghantar

C mengirim

D menjemput

50

Pak Senik menyokong pelantar rumahnya dengan beberapa batang buluh.Pilih perkataan seerti bagi menyokong.

A bersetuju

B mencadang

C menjaga

D menyangga

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 12

Page 13: Sinonim

JAWAPAN :

NO.SOALAN

JAWAPANNO.SOALA

NJAWAPAN

1 B 26 B2 D 27 C3 C 28 C4 A 29 B5 D 30 D6 D 31 B7 C 32 D8 B 33 A9 A 34 D10 A 35 B11 B 36 B12 D 37 D13 A 38 B14 A 39 B15 B 40 C16 A 41 A17 B 42 A18 A 43 C19 C 44 C20 C 45 B21 D 46 C22 A 47 B23 D 48 B24 A 49 D25 B 50 D

Disediakan oleh : Cikgu Rahmat bin Ibrahim – SK Ampang Tinggi 13