Sinopsis Adat Perkahwinan India

Embed Size (px)

Citation preview

  • 7/29/2019 Sinopsis Adat Perkahwinan India

    1/1

    Sinopsis Adat Perkahwinan India

    kaum India juga mempunyai adat resam perkahwinannya yang tersendiri. Sebelum sesuatu perkahwinan itu

    berlaku, terdapat beberapa adat yang perlu dilakukan, sama ada untuk memenuhi tuntutan agama mahupun budaya

    kaum India itu sendiri. Di antara adat yang perlu dilakukan adalah seperti Parisam, proses membuat kad jemputan,

    mukurtta kaal dan lain-lain.

    Parisam adalah suatu adat seumpama pertunangan di dalam masyarakat melayu. Ia adalah adat memberi

    hadiah kepada bakal pengantin perempuan. Terdapat dua jenis adat parisam iaitu parisam biasa dan udan parisam.

    Adat ini akan diadakan pada hari yang telah dipersetujui oleh kedua-dua belah pihak. Parisam akan disediakan

    dalam jumlah yang ganjil oleh pihak lelaki.

    Bakal pengantin lelaki akan mengetuai rombongan membawa parisam ke rumah pengantin perempuan.

    Ketibaan rombungan akan disambut dengan bunyian alat-alat muzik tradisional. Selepas upacara sembahyang

    dijalankan, bapa pengantin perempuan akan membawa parisam yang mengandungi sari kepada anaknya. Setelah

    memakai sari tersebut, bakal pengantin perempuan akan dibawa keluar ke ruang tamu. Saudara mara akan

    mengalungkan bunga yang dinamakan orrai-maalai,pada masa yang sama kad jemputan akan diberikan kepada

    kedua-dua belah pihak.

    Bagi masyarakat India beragama Hindu, kad jemputan kahwin memainkan peranan yang penting. Ia akan

    dibuat berpandukan kalender Hindu, yang mana akan dipasti tidak berlaku sebarang kesilapan. Kad yang telah siap

    dihasilkan akan menjalani beberapa upacara keagamaan seperti disapukan dengan cecair kunyit dan dibawa ke kuil,

    kemudian barulah dibawa kerumah bakal pengantin untuk diberikan kepadanya.

    Thaali atau Tjrumaanggalyam adalah suatu kalungan berupa rantai leher yang dikalungkan ke leher kedua-

    dua pengantin semasa upacara perkahwinan dijalankan. Ia adalah lambang suci sesuatu perkahwinan itu. Thaali

    boleh diperbuat daripada emas ataupun hanya daripada kunyit sahaja yang kemudiannya diikat pada benang. Proses

    pembuatan thaali dilakukan tujuh atau sembilan hari, sebelum hari perkahwinan oleh pembuat thaali. Apabila siap ia

    akan menjalani upacara sembahyang dan akan dinamakan sebagai thaalippadaiyal.

    Lima hari sebelum hari perkahwinan adat Mukuurta Kaal akan dilakukan dirumah pengantin lelaki. Untukmenjadikan mukuurtta kaal, sebatang pokok muda akan ditebang, pokok tersebut hendaklah lurus, berukuran dua

    atau tiga meter dan berukur lilit diantara 20 hingga 30 sentimeter. Mukuurtta Kaal akan didirikan setelahmenjalani upacara keagamaan yang khusus. Adat ini dilakukan bagi menandakan bahawa

    perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

    Thirumanan bermaksud penyatuan melalui ikatan perkahwinan antara suami dan isteri.Terdapat tiga jenis Thirumanan di dalam masyarakat India, ianya berbeza mengikut suku kaum

    masyarakat India itu sendiri iaitu Vaitikat Thairumanam, Tamil Thairumanam dan DiyaThairumanam.

    Upacara perkahwinan akan dilakukan oleh Pedanda. Pengantin lelaki akan mengalungkan

    thaali ke leher pengantin perempuan. Kemudian kedua-dua pengantin akan memberi hormat kepada

    kedua-dua ibubapa dan mertua. Setelah selesai segala upacara keagamaan dan jamuan, pengantinperempuan akan ke rumah pengantin lelaki sebagai menghormati suami selepas disahkan sebagaisuami isteri.

    Kemudian pengantin lelaki akan dikehendaki ke rumah pengantin perempuan pula selama tiga hari.

    Tiga hari selepas majlis perkahwinan upacara meroboh khemah akan lilakukan. Sedikitjamuan akan dilakukan yang mana hanya melibatkan mereka yang terlibat sahaja.