4
BAB 9 : PEKAN SUNGAI KUBUAwan hitam berarak hampir menyelubungi keseluruhan Pekan Sungai Kubu. Selama tiga hari berturut-turut kawasan mengalami hujan renyai. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Ada yang memakai terendak besar dan hanya berpegang pada sepelepah daun pisang untuk melindungi kepala daripada hujan. Tangan masing-masing penuh kerana membawa sumpit berisi beras dan ikan kering, itu semua merupakan makanan paling laris semasa musim tengkujuh. Ikan pekasam dan ubi kayu juga tidak ketinggalan. Lanca yang membawa nyonya-nyonya ke pasar dan kereta kuda yang membawa muatan bijih yang baru dibawa dari lombong lampan bersimpang siur di kawasan pasar tersebut. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empat buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit yang dipanggil orang Bukit Bujang. Sekeliling rumah itu dilindungi pohon-pohon kayu seperti pohon medang kemangi (Cinnamomum iners) dan pohon medang teja (Cinnamomum iners Reinw. Ex BI). Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Kemudian, Faridah berasa aneh dengan orang di situ kerana apabila hendak mengetahui tentang seseorang, mereka tidak bertanya terus pada orang itu. Malah mereka Tanya pada orang lain. Dia juga ragu pada Penghulu Garang sama ada beliau suka atau tidak dengan kehadiran Faridah dan Iqbal. Tiada siapa percaya Faridah dating dari Sungai Besar. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelahan bilik Amah Siti. Tuan Cecil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut. Tuan Cecil Ranking menyalakan sebatang dinamit dan melontarkan ke tengah empang. Satu letupan kuat meletus dan air empangan berombak kuat. BAB 10 : KAUHADIR DALAM IGAUANKedua ibu bapa Iqbal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ghazali kerana telah mngembalikan Iqbal ke pangkuan mereka. Iqbal yang merupakan anak tunggal mereka yang lahir sebagai penyeri rumahtangga pasangan tersebut. Pada mulanya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Iqbal menghidap Sindrom Down namun akhirnya mereka pasrah dan menyayangi Iqbal sepenuh hati. Malah isterinya sanggup melepaskan jawatan semata-mata untuk menjaga Iqbal sepenuh masa. Mereka suami isteri sudah puas berusaha mengubati Iqbal namun usaha itu sia-sia sahaja kerana penyakit itu merupakan penyakit keturunan. Ghazali sayu melihat keadaan Faridah yang kurus kering kerana tidak makan selama beberapa minggu semasa dia berada di bawah jagaan orang asli. Faridah akhirnya dipindahkan ke wad biasa apabila keadaannya semakin stabil. Kaum keluarganya silih berganti datang melawat Faridah. Iqbal turut melawat cikgunya namun tidak masuk melihat keadaan Faridah. Kamaruddin memuji kecerdikan Iqbal dan memberitahu bahawa Iqbal sangat disayangi oleh Orang Asli di Sungai Dua dahulu. Rahayu datang melawat kakaknya bersama ibu mereka. Akibat keletihan menjalani rawatan kemoterapi, Rahayu tertidur disisi Faridah. Dalam tidurnya, Rahayu bermimpikan Faridah yang menjerit meminta pertolongan. Rahayu ternampak sebuah rumah yang ditolak arus dan di dalamnya kelihatan Faridah ditindih oleh almari besar di kakinya. Rahayu segera memberikan bantuan kepada kakaknya. Setelah selamat, mereka berpelukan kerana sudah lama tidak bertemu. Rahayu meminta Faridah kembali ke pangkuan ibunya yang sangat merinduinya. Faridah mengajak Rahayu pulang bersama-samanya, namun Rahayu enggan pulang kerana menurutnya masanya telah semakin hamper (mati). Rahayu sempat berpesan kepada Faridah agar menyampaikan salamnya kepada ibu mereka. Akhirnya, secara perlahan-lahan Rahayu hilang daripada pandangan Faridah. Kemudian, Faridah tersentak daripada tidurnya sambil menjerit nama Rahayu. Doktor dan jururawat sibuk memeriksa keadaan Faridah yang baru sedar daripada komanya. Namun mereka yang ada di wad itu gempar apabila dimaklumkan bahawa Rahayu telah meninggal dunia. Kamaruddin dan Salmah mengalirkan airmata kesedihan kerana kehilangan Rahayu buat selama-lamanya. Semua ahli keluarga yang ada pergi menguruskan jenazah Rahayu dan meninggalkan Faridah dah Ghazali di wad berkenaan. Ghazali memaklumkan bahawa Faridah telah hilang selama sebulan. Ternyata Faridah terkejut mendengar perkhabaran itu. Faridah memberitahu Ghazali bahawa dia berada di Bukit Kutu bersama-sama Iqbal. Ghazali menjelaskan bahawa bapanya mendapat petunjuk untuk mengesan Faridah daripada Rahayu yang sering meracau-racau tentang lokasi berkenaan. Barulah Faridah sedar bahawa kehadirannya di Bukit Kutu merupakan pengembaraannya di bawah sedar. Ghazali cuba menenangkan Faridah tentang pemergian Rahayu buat selamanya kerana Faridah baru sedar dari komanya. BAB 11 : KASIH IBU SEPANJANG JALANKematian Rahayu sangat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Faridah baru sahaja selesai menunaikan solat fardu Subuh kemudian mengejutkan ibunya kerana waktu solat sudah hampir habis. Salmah yang baru terjaga terus terpacul di bibirnya nama arwah Ayu. Salmah menyangka Faridah ialah arwah Ayu. Faridah sangat sedih memikirkan keadaan ibunya yang terlalu merindui arwah adiknya ditambah pula ibunya itu pernah dimasukkan

Sinopsis Bm

Embed Size (px)

Citation preview

BAB 9 : PEKAN SUNGAI KUBUAwan hitam berarak hampir menyelubungi keseluruhan Pekan Sungai Kubu. Selama tiga hari berturut-turut kawasan mengalami hujan renyai. Penduduk keluar ke pekan membeli barang keperluan selepas hujan teduh. Ada yang memakai terendak besar dan hanya berpegang pada sepelepah daun pisang untuk melindungi kepala daripada hujan. Tangan masing-masing penuh kerana membawa sumpit berisi beras dan ikan kering, itu semua merupakan makanan paling laris semasa musim tengkujuh. Ikan pekasam dan ubi kayu juga tidak ketinggalan. Lanca yang membawa nyonya-nyonya ke pasar dan kereta kuda yang membawa muatan bijih yang baru dibawa dari lombong lampan bersimpang siur di kawasan pasar tersebut. Terdapat 12 buah kedai di pekan kecil itu. Orang Melayu dan Mandailing mempunyai empat buah kedai. Pekedai Cina menjual pelbagai barang keperluan. Ada sebuah kedai yang menjual candu untuk pekerja-pekerja lombong. Rumah kayu milik Tuan Cecil Renking terletak di atas bukit yang dipanggil orang Bukit Bujang. Sekeliling rumah itu dilindungi pohon-pohon kayu seperti pohon medang kemangi (Cinnamomum iners) dan pohon medang teja (Cinnamomum iners Reinw. Ex BI). Kebanyakan penduduk bekerja sebagai pelombong bijih timah. Bijih diangkut dengan kereta kuda melalui pondok cukai yang dijaga oleh Penghulu Garang. Faridah dibawa oleh Amah Siti ke pasar. Faridah tertarik dengan cara orang dulu-dulu berkomunikasi dengan penuh adat sopan. Setelah sebulan tinggal di Sungai Kubu, Faridah mula menyesuaikan diri. Namun, dia masih tidak dapat mencelikkan mata. Dia berharap untuk pulang ke Sungai Besar. Akan tetapi Amah Siti mengatakan Sungai Besar sangat jauh dari tempat mereka. Kemudian, Faridah berasa aneh dengan orang di situ kerana apabila hendak mengetahui tentang seseorang, mereka tidak bertanya terus pada orang itu. Malah mereka Tanya pada orang lain. Dia juga ragu pada Penghulu Garang sama ada beliau suka atau tidak dengan kehadiran Faridah dan Iqbal. Tiada siapa percaya Faridah dating dari Sungai Besar. Di rumah Tuan Cecil, Faridah dan Iqbal diberikan sebuah bilik kecil, bersebelahan bilik Amah Siti. Tuan Cecil diberitahu tentang kewujudan buaya keramat di empangan bijih. Namun, Tuan Cecil tidak percaya tentang unsur keramat. Beliau mengambil keputusan untuk menembak buaya itu. Tindakan Tuan Cecil tidak disenangi oleh Penghulu Garang. Katanya tempat itu akan ditimpa bala akibat perbuatan Tuan Cecil itu. Penghulu Garang menyuruh orang berpindah meninggalkan tempat tersebut. Tuan Cecil Ranking menyalakan sebatang dinamit dan melontarkan ke tengah empang. Satu letupan kuat meletus dan air empangan berombak kuat. BAB 10 : KAUHADIR DALAM IGAUANKedua ibu bapa Iqbal mengucapkan ribuan terima kasih kepada Ghazali kerana telah mngembalikan Iqbal ke pangkuan mereka. Iqbal yang merupakan anak tunggal mereka yang lahir sebagai penyeri rumahtangga pasangan tersebut. Pada mulanya mereka tidak dapat menerima hakikat bahawa Iqbal menghidap Sindrom Down namun akhirnya mereka pasrah dan menyayangi Iqbal sepenuh hati. Malah isterinya sanggup melepaskan jawatan semata-mata untuk menjaga Iqbal sepenuh masa. Mereka suami isteri sudah puas berusaha mengubati Iqbal namun usaha itu sia-sia sahaja kerana penyakit itu merupakan penyakit keturunan. Ghazali sayu melihat keadaan Faridah yang kurus kering kerana tidak makan selama beberapa minggu semasa dia berada di bawah jagaan orang asli. Faridah akhirnya dipindahkan ke wad biasa apabila keadaannya semakin stabil. Kaum keluarganya silih berganti datang melawat Faridah. Iqbal turut melawat cikgunya namun tidak masuk melihat keadaan Faridah. Kamaruddin memuji kecerdikan Iqbal dan memberitahu bahawa Iqbal sangat disayangi oleh Orang Asli di Sungai Dua dahulu. Rahayu datang melawat kakaknya bersama ibu mereka. Akibat keletihan menjalani rawatan kemoterapi, Rahayu tertidur disisi Faridah. Dalam tidurnya, Rahayu bermimpikan Faridah yang menjerit meminta pertolongan. Rahayu ternampak sebuah rumah yang ditolak arus dan di dalamnya kelihatan Faridah ditindih oleh almari besar di kakinya. Rahayu segera memberikan bantuan kepada kakaknya. Setelah selamat, mereka berpelukan kerana sudah lama tidak bertemu. Rahayu meminta Faridah kembali ke pangkuan ibunya yang sangat merinduinya. Faridah mengajak Rahayu pulang bersama-samanya, namun Rahayu enggan pulang kerana menurutnya masanya telah semakin hamper (mati). Rahayu sempat berpesan kepada Faridah agar menyampaikan salamnya kepada ibu mereka. Akhirnya, secara perlahan-lahan Rahayu hilang daripada pandangan Faridah. Kemudian, Faridah tersentak daripada tidurnya sambil menjerit nama Rahayu. Doktor dan jururawat sibuk memeriksa keadaan Faridah yang baru sedar daripada komanya. Namun mereka yang ada di wad itu gempar apabila dimaklumkan bahawa Rahayu telah meninggal dunia. Kamaruddin dan Salmah mengalirkan airmata kesedihan kerana kehilangan Rahayu buat selama-lamanya. Semua ahli keluarga yang ada pergi menguruskan jenazah Rahayu dan meninggalkan Faridah dah Ghazali di wad berkenaan. Ghazali memaklumkan bahawa Faridah telah hilang selama sebulan. Ternyata Faridah terkejut mendengar perkhabaran itu. Faridah memberitahu Ghazali bahawa dia berada di Bukit Kutu bersama-sama Iqbal. Ghazali menjelaskan bahawa bapanya mendapat petunjuk untuk mengesan Faridah daripada Rahayu yang sering meracau-racau tentang lokasi berkenaan. Barulah Faridah sedar bahawa kehadirannya di Bukit Kutu merupakan pengembaraannya di bawah sedar. Ghazali cuba menenangkan Faridah tentang pemergian Rahayu buat selamanya kerana Faridah baru sedar dari komanya. BAB 11 : KASIH IBU SEPANJANG JALANKematian Rahayu sangat meninggalkan kesan yang mendalam terhadap ibu kandungnya, Salmah. Dia sering teringat akan Rahayu dan mula diserang sakit jantung. Faridah baru sahaja selesai menunaikan solat fardu Subuh kemudian mengejutkan ibunya kerana waktu solat sudah hampir habis. Salmah yang baru terjaga terus terpacul di bibirnya nama arwah Ayu. Salmah menyangka Faridah ialah arwah Ayu. Faridah sangat sedih memikirkan keadaan ibunya yang terlalu merindui arwah adiknya ditambah pula ibunya itu pernah dimasukkan ke hospital kerana masalah jantung beberapa hari yang lalu. Doktor menasihati ibunya agar banyak berehat sungguhpun penyakitnya tidak begitu serius. Memandangkan Faridah tidak bekerja pada hari itu, Salamah mengajak anaknya itu ke pasar Sungai Hj.Dorani untuk membeli belacan Pak Taib. Ketika di pasar itu, Faridah terkenang kembali saat dia dan arwah Ayu masih kecil. Mereka sering bermain di pantai Sungai Hj.Dorani sambil mengutip lala dan kerang. Sewaktu dalam perjalanan pulang, Faridah dan Salmah singgah di Parit Satu untuk menziarahi pusara arwah Ayu. Faridah terkenang saat jenazah Ayu dibawa pulang ke Sungai Besar, dia masih terlantar di wad hospital kerana badannya masih lemah akibat kekurangan air. Hampir dua minggu dia ditahan di wad berkenaan. Sepanjang dia di wad, Ghazali sering menemaninya. Salmah tidak melarang hubungan anaknya itu dengan Ghazali kerana dia mengetahui bahawa hubungan Faridah dan Azman telah putus seperti sekilas ikan di air, sudah diketahui jantan betinanya. Salmah dapat menduga bahawa Ghazali ada menyimpan perasaan terhadap Faridah. Dugaan Salmah memang tepat apabila Ghazali sendiri berjumpa dengannya untuk menyampaikan hasratnya mengambil Faridah menjadi isterinya. Faridah malu mengakui hakikat itu kerana tidak mahu dikatakan seperti timba mencari perigi. Rombongan peminangan akan dihantar untuk meminang Faridah secara rasmi. Faridah seba salah. Dia bimbang kekecewaan pertama akan berulang kembali. Ibunya yang menyenangi sikap Ghazali menasihati Faridah bahawa percintaan itu boleh dijalinkan selepas mereka berkahwin. Akhirnya Faridah bersetuju untuk menerima Ghazali sebagai teman hidupnya. Faridah tidak membantah kata ibunya kerana baginya, baik bagi ibunya baiklah baginya. Salamh pula amat gembira apabila mengetahui anak gadisnya akan dipinang orang dan akan membina rumahtangganya sendiri. BAB 12 : TEKADAzrul baru sahaja menamatkan pengajiannya di UPM. Pedih sungguh telinga Azrul mendengar rungutan kerana dia tidak memilih kerja yang hanya makan gaji dengan kerajaan. Azrul sebenarnya menyimpan cita-cita untuk menjadi usahawan yang berjaya seperti mana janjinya pada arwah Ayu. Ayahnya yang menyedari hasrat murni anaknya itu sanggup membantu Azrul dari segi modal selain daya usaha Azrul memohon bantuan kewangan dari Bank Pertanian melalui Dana Pinjaman untuk Makanan. Azrul memaklumkan pada bapanya yang dia berhasrat mengusahakan ternakan kambing dan biri-biri dan kacukan kerana ternakan itu mendapat permintaan yang baik daripada masyarakat Islam dan masyarakat Hindu. Namun bapanya mengingatkan Azrul bahawa ternakan yang ingin dijadikan sebagai ternakan korban mesti dijaga dengan baik dan terhindar daripada memakan rumput atau tanaman orang lain. Azrul akur dengan peringatan yang diberikan oleh bapanya itu. Menurut Azrul lagi, antara sebab dia mahu bekerja di kampong kerana dia mahu menjaga kedua ibu bapanya itu memandangkan abang-abangnya yang sudah berumahtangga kesemuanya tinggal berjauhan. Adik bongsu perempuannya pula telah melanjutkan pelajaran di Maktab Perguruan Gaya di Sabah. Namun dia sebenarnya tidak mahu berjauhan dengan arwah Ayu yang kuburnya disemadikan di Tanah Perkuburan Parit Satu. Azrul pernah terserempak dengan Faridah ketika dia melawat kubur arwah Ayu pada suatu pagi hari Jumaat yang akhirnya menjalinkan tali persahabatan yang diselangi dengan kenangan Azrul bersama Ayu. Pada pagi yang tenang di Kampung Parit 13, Hjh. Rahmah leka membelek-belek koleksi orkidnya. Menyedari minat ibunya, Azrul kerap menghadiahi ibunya dengan orkid pilihannya yang dibawa dari UPM. Akhirnya hamper 50 spesis orkid ada dalam koleksi Hjh. Rahmah. Ibunya menyapa Azrul yang dilihatnya sedang memendamkan perasaan sedih. Ibunya menyedari bahawa Azrul berubah menjadi pendiam selepas Rahayu meninggal dunia. Dia pasti Azrul dilanda kesedihan yang mendalam. Oleh itu, ibunya menasihati Azrul agar menguatkan semangat untuk meneruskan perjuangan hidup. Azrul menerima nasihat ibunya dengan hati yang terbuka dan meneguhkan harapan yang dicitakan bersama dengan arwah Ayu untuk mengubah wajah siswazah yang akan memulakan hidup tanpa mengharapkan iklan jawatan kosong di dada akhbar. Baginya, Ayu kekal sebagai pendorong dalam hatinya sampai bila-bila. BAB 13 : RINDUFaridah dan Ghazali telah selamat disatukan menjadi pasangan suami isteri. Awal pagi lagi Faridah dan Ghazali telah keluar ke tempat kerja. Ghazali pula telah ditukarkan ke Kelang dan hanya balik ke dua ke tiga hari seminggu kerana jarak antara Kelang dengan Sungai Besar hamper 90 km. Salmah pula meneruskan kehidupan dengan mengerjakan sawah. Salmah begitu sunyi kerana keseorangan di rumahnya. Fikiran Salmah semakin terganggu. Bertahun-tahun dahulu kasihnya dirampas Kamaruddin yang membawa Ayu pergi. Dia pasrah walaupun berbulan lamanya berendam air mata kerana mengenangkan Ayu. Kini, dia kehilangan Ayu buat selama-lamanya. Dia sering menziarahi kubur anaknya itu. Dia sering teringat saat-saat terakhir kehidupan Ayu, ketika anak gadisnya pulang untuk bersama-sama dengannya. Oleh sebab itu dia sangat sukar melupakan Rahayu, walaupun sudah dua tahun selepas Rahayu meninggal dunia. Malahan, dia sering berulang-alik pergi ke kubur anaknya itu setiap hari. Dalam perjalanan ke kubur arwah Ayu, Salmah disapa oleh Minah yang sama-sama simpati melihat keadaan Salmah itu. Minah menahannya daripada pergi ke kubur kerana dia telah ke kubur pada pagi tadi. Minah menasihati Salmah agar tidak bekerja kuat memandangkan Faridah ada untuk menyara makan minumnya. Salamh terkenang semula sewaktu Ayu datang ke rumahnya dalam keadaan kurus kerana sakit. Ayu dihantar oleh bekas suaminya dan akan tinggal dengannya buat sementara waktu. Salmah turut menyiapkan kuih ubi getuk yang disukai oleh anaknya itu. Kerana keuzurannya, Salmah hanya mampu menguruskan perkahwinan Faridah dan Ghazali secara ala kadar sahaja. Faridah dan Ghazali bimbang dengan keadaan Salmah.Walaupun Faridah telah berumahtangga, dia memutuskan untuk tinggal bersama dengan ibunya, meskipun suaminya telah ditukarkan ke Kelang. Faridah ppernah meluahkan perasaan risaunya tentang keadaan ibunya kepada Ghazali. Faridah sempat juga menduga cinta suaminya kepada dirinya. Faridah turut memaklumkan suaminya bahawa Azrul iaitu teman lelaki arwah adiknya kini mengusahakan ternakan kambing dan tapak semaian sebagai memenuhi janjinya pada arwah Ayu yang dia tidak akan kerja makan gaji. BAB 14 : IBU, ANGIN TELAH MENDERU PERGIFaridah terbangun dari tidurnya seawall 4 pagi kerana termimipikan arwah adiknya yang tersenyum menggamit ibunya. Lantas kotak fikirannya memikirkan maksud mimpinya itu. Kemudian, dia mengangkat wuduk untuk mengerjakan solat tahajud untuk berserah kepada ketentuan-Nya dengan hati yang pasrah. Memang apabila Faridah sering berduka, sejadahlah tempat yang paling ampuh merawat segala nestapanya. Faridah mula menyibukkan dirinya di dapur. Ketika fajar menyingsing, Faridah membasuh beras kerana ibunya berpesan kepadanya untuk memasak nasi lemak. Faridah menyiapkan nasi lemak sebagai sarapan seperti kehendak ibunya. Hatinya mulai risau apabila melihat ibunya masih tidak muncul-muncul walaupun waktu solat Subuh mengakhiri penghujungnya. Hati Faridah hancur luluh apabila dia memeriksa keadaan ibunya di bilik tidur ternyata telah kaku tidak bernyawa. Faridah memeluk tubuh ibunya dengan penuh kasih. Salmah, ibu kepada Faridah dan Rahayu telah pergi buat selama-lamanya dan berakhirlah penderitaan merindui anaknya iaitu Ayu yang selama ini ditanggungnya. Ibunya mengikut jejak langkah seperti arwah adiknya, Ayu. Jika dahulu Faridah kehilangan adiknya, Rahayu tetapi kini dia hilang ibu yang disayanginya. Maka berakhirlah bahagian 1 dalam perjalanan hidup watak utama iaitu Faridah dalam novel ini.

BAB 15 : 25 TAHUN KEMUDIAN - CINTAKU ABADIFaridah telah berpindah dari Malaysia ke New Zealand dan mendirikan rumahtangganya dengan Soleh Johnsons @ Samuel Krikby Johnsons. Ketika berada di dapur, Faridah disapa oleh anak perempuannya iaitu Anne. Anaknya itu mencadangkan ibunya memasak kari ayam pada hujung minggu ini. Ibunya memesan Anne agar membeli ayam dan rempah kari di kedai Nomads (kedai halal). Selepas Anne berlalu pergi, Faridah terkenang nostalgia 25 tahun yang dahulu ketika dia membuat keputusan untuk berhijrah ke New Zealand. Tidak lama selepas ibunya meninggal dunia, Ghazali turut mengikut jejak langkah mertuanya kerana terlibat dalam kemalangan. Waktu itu, Faridah hampir gila memikirkan nasibnya yang sebatang kara walaupun dia sebenarnya masih memiliki ayah kandung yang tinggal berjauhan dengannya. Akhirnya, dia telah diberi tawaran mengikuti kursus Community Services Of Disable selama 6 bulan di New Zealand oleh Ibu Pejabat JKM. Selepas itu dia tidak balik-balik lagi ke kampung kerana telah bertemu jodoh dengan Soleh Johnsons. Ingatannya terhadap Sungai Besar tetap abadi. Rupa-rupanya pemergian Faridah yang disangkanya hanya sementara bertukar menjadi sebaliknya kerana dia kini sudah menetap di sana hamper 25 tahun di bumi kiwi itu. Faridah ada menyimpan hajat untuk kembali ke bumi Malaysia untuk menziarahi pusara arwah ibu, adik dan suaminya. Faridah masuk ke rumahnya lalu mengakses siaran radio Satu RTM menerusi perkhidmatan internet. Suaminya menyapa Faridah yang mengetahui bahawa isterinya itu sedang merindukan pada tanahair tercinta. Sewaktu mereka bersarapan di dapur, Soleh memberitahu bahawa dia sibuk dengan aktiviti menguruskan pengambilan tukang sembelih di kedutaan Malasyia dan Indonesia pada hari itu. Soleh mengusahakan kawasan ternakan dan pusat penyembelihan kambing. Dia sering mengupah pelajar Islam dari negara luar untuk menyembelih kambing sebagai kerja sambilan. Lantas Faridah terbayang kenangannya dahulu yang bekerja sambilan di ladang Kirkby sebagai pengetam biri-biri yang menemukannya dengan pengurus ladang iaitu Samuel yang kini bergelar menjadi suaminya. Faridah dan Soleh disatukan dalam akad di Masjid al-Noor, Pusat Islam Christchurch. Selesai bersarapan, Soleh meninggalkan Idah untuk pergi memulakan tugasnya. Faridah amat menyenangi panggilan manja yang diucapkan oleh suaminya itu walaupun usianya kini mencecah setengah abad. Faridah akhirnya menyibukkan diri di dapur rumahnya dengan aktiviti rutinnya. BAB 16 : MENGEJAR MIMPIMelina adalah salah seorang anak kembar Faridah. Gloria Coffee Bean yang berhampiran Auckland Harbor menjadi tempat kegemaran Melina untuk minum di sana. Melina telah berkenalan dengan seorang pemuda berbangsa Arab yang bernama Jabbar al-Anbia @ Benny warga Emiriyah Arab Bersatu. Benny pada mulanya menyangka Melina berbangsa Maori. Benny merupakan pewaris syarikat minyak milik keluarganya yang kini berminat dalam sektor perlancongan. Benny amat meminati aktiviti kapal layar dan mempunyai sebuah kapal layar kepunyaan dirinya sendiri. Melina beranggapan bahawa Benny beragama Kristian kerana dia memesan minuman keras. Namun Benny menegaskan bahawa dia beragama Islam dan berfikiran terbuka dalam soal keagamaan.Kemudian, imbas kembali pada peristiwa Melina yang bercadang untuk keluar dari rumah dan ingin menjalani kehidupan sendiri dan berdikari. Dari segi peribadi Melina agak bebas. Dia sangat berbeza dengan Anne yang begitu taat dengan ajaran Islam. Dia juga tidak tinggal bersama-sama keluarganya di Christchurch, sebaliknya memilih tinggal di Auckland dan bekerja sebagai pembantu pelukis pelan. Oleh sebab berlainan budaya, Faridah tidak dapat menghalang anaknya itu untuk keluar dari rumah mereka. Malahan suaminya sendiri telah menghubungi rakannya di Auckland untuk memudahkan Melina mendapatkan pekerjaan di sana nanti. Benny berkunjung ke pangsapuri Melina. Tanpa segan-silu Melina mempelawa Benny masuk ke dalam kediamannya. Mereka berdua bercadang untuk menjamu selera di sebuah restoran halal. Benny agak tegas dalam soal pemilihan makanan dan sikapnya itu agak menghairankan Melina kerana Benny turut mengambil minuman yang memabukkan. Dalam pertemuan itu, Benny turut bercerita kepada Melina tentang aktiviti pelayarannya yang bermula dari Doha hingga ke Sydney. Dia ke Auckland kerana mendapat tawaran warga New Zealand yang berminat untuk membeli kapal layarnya dengan harga NZD 500,000,00. Benny juga bercadang ingin ke Malaysia untuk menempah kapal yang lebih besar kerana dia mengenali tukang bot di Pulau Duyong, Kuala Terengganu. Benny mengajak Melina ke Malaysia. Tawaran Benny umpama orang mengantuk disorongkan bantal kerana Melina teringin ke Malaysia yang merupakan tanah tumpah darah ibunya. Persahabatan Melina dan Benny semakin rapat. Akhirnya Benny mengajak Melina berkahwin dengannya walaupun Melina agak ragu-ragu dengan tindakan drastik Benny itu kerana Melina tahu ramai lelaki Arab mengamalkan poligami. Setelah dipujuk rayu Melina akhirnya setuju menerima lamaran Benny untuk berkahwin dengannya. Tanpa berlengah mereka berdua bertolak ke Christchurch menaiki kapal terbang selama kira-kira 2 jam. Melina sampai di rumah kira-kira jam 1.00 pagi dan disambut dengan Faridah. Setelah memperkenalkan Benny kepada keluarganya, Benny mengemukakan hasratnya untuk memperisteri Melina. Faridah dan suaminya terkejut apabila mengetahui hasrat Benny ingin mengambil Melina sebagai isterinya. Soleh meminta sedikit masa untuk menyelidik latar belakang Benny sebelum membuat keputusan. Benny memberitahu Soleh bahawa dia boleh menghubungi bapa saudaranya yang juga pengerusi An Anbia Family Limited iaitu Jabbar al-Anbia. Melina memuji keberanian Benny bersemuka dengan keluarganya.