2
PERUBATAN Dalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma, jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air susu terlampau banyak dan sariawan. Disertakan disini beberapa langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar. Untuk penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih, setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali sehari,pagi dan malam. Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua hingga tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3 helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.Jika tidak mahu minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada ketiak.

SIRIH DALAM PERUBATAN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SIRIH DAN KEGUNAANNYA

Citation preview

Page 1: SIRIH DALAM PERUBATAN

PERUBATANDalam perubatan melayu, sirih yang terbukti secara saintifik

mengandungi minyak sari(kadinen,kavikol,sineol,eugenol,karvakol) ini

digunakan untuk mengubat penyakit-penyakit seperti keputihan, nafas

berbau ,badan berbau, batuk, radang selaput lendir mata, trauchoma,

jantung berdebar-debar, kemurungan, demam selepas bersalin, air

susu terlampau banyak dan sariawan. Disertakan disini beberapa

langkah untuk menggunakan daun sirih sebagai penawar. Untuk

penyakit keputihan beberapa helai daun sirih yang telah dibersihkan di

rebus dalam air hingga mendidih dan airnya dibiarkan suam. Air ini

digunakan untuk mencuci vagina terutamanya setiap kali selepas

kencing. Untuk Nafas bebau pula ada dua cara, satu cara dengan

mengunyah daun sirih yang telah dibersihkan hingga lumat dan

biarkan berada dalam mulut seketika sebelum diluahkan. Satu cara

lagi ialah dengan merebus beberapa helai daun sirih hingga mendidih,

setelah itu disejukkan dan ditapis, gunakan untuk berkumur dua kali

sehari,pagi dan malam. Untuk gusi bengkak pula 5-6 helai daun sirih

direbus dengan 3 gelas air hingga mendidih, setelah itu masukkan

sedikit garam.Biarkan hingga suam dan gunakan untuk berkumur dua

hingga tiga kali sehari.Untuk menghilangkan bau badan, 2 hingga 3

helai daun sirih direbus dengan 1/2 gelas air hingga mendidih, angkat

daunnya dan masukkan gula batu sebelum diminum.Jika tidak mahu

minum airnya kaedah lain ialah dengan mengambil sehelai daun sirih

Page 2: SIRIH DALAM PERUBATAN

dan di calit sedikit kapur sirih. Ramas daunnya dan sapukan pada

ketiak.

Daun Sirih di gunakan sejak zaman nenak moyang kita lagi. Ia mempunyai banyak nilai perubatan khasnya bagi kaum wanita. Namun dengan teknologi hari ini tidak kira lelaki, kanak-kanak, warga emas mahupun bayi boleh menggunakan Sirih.