18
SISTEM KOMPUTER DAN RANGKAIAN NAMA AHLI KUMPULA N : 1. ERWAN EFFENDI BIN SADIK 2. HETTY NOOR FARIHA BINTI LIMAT 3. MD. FADZLI BIN SAJAT 4. SITI INASYATILA BINTI ROSLEE 5. ROHAIZA BINTI AHMAD

Sistem Komputer Dan Rangkaian

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sistem Komputer Dan Rangkaian

SISTEM KOMPUTER DAN

RANGKAIANNAMA AHLI KUMPULA N :1. ERWAN EFFENDI BIN SADIK2. HETTY NOOR FARIHA BINTI LIMAT3. MD. FADZLI BIN SAJAT4. SITI INASYATILA BINTI ROSLEE5. ROHAIZA BINTI AHMAD

Page 2: Sistem Komputer Dan Rangkaian

PENGENALAN Penggunaan komputer pada masa kini telah menjadi

seperti bahagian dari hidup kita. Perjalanan dan tugas seharian menjadi semakin mudah dan tanpa disedari kita semakin bergantung kepada mesin yang kita panggil komputer ini.

Dari segi pendidikan : -Gabungan di antara penggunaan komputer dengan

dengan teknologi telekomunikasi telah menghasilkan apa yang kita kenali sebagai Teknologi Maklumat

Teknologi Maklumat telah berperanan sebagai asas untuk menyimpan maklumat, mengolah maklumat, menyalur dan mengedarkan maklumat di dalam pelbagai bentuk dan cara.

Bahan atau maklumat tersebut dapat disalurgunakan sama ada di dalam bentuk teks, gambar, grafik, suara, animasi, dan video, atau gabungan kesemua unsur secara interaktif yang juga dikenali sebagai Multimedia

Page 3: Sistem Komputer Dan Rangkaian

TAKRIF RANGKAIANSistem Rangkaian (Networking) boleh

ditakrifkan sebagai lebih daripada satu hardware yang terdapat di dalam Teknologi Maklumat dipisahkan secara fizikal kedudukannya tetapi disambung atau dirangkaikan dari segi operasinya. Ini bererti, Sistem Rangkaian Komputer (Computer Networking) merupakan satu sistem komputer yang mengandungi dua atau lebih komputer yang dihubungkan di antara satu sama lain melalui sistem pengoperasian yang selaras walaupun komputer-komputer tersebut berada di tempat-tempat yang berbeza.

Page 4: Sistem Komputer Dan Rangkaian

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Sekolah ini dinamakan Sekolah Menengah Kebangsaan Merbau dan Pengetua yang pertama ialah En Sharhadat bin Baharuddin. Pada awal tahun 1980 sebuah bangunan lagi telah dibina untuk menampung pertambahan pelajar. Dari tahun 1983 hingga sekarang SMKM mempunyai 5 blok bangunan. Pada tahun 2002 sebuah makmal komputer dibina bagi pembelajaran dan pengajaran.

Page 5: Sistem Komputer Dan Rangkaian

KAEDAH KAJIAN Beberapa kaedah telah digunakan untuk

mendapatkan maklumat dalam projek studio pada kali ini. Pelbagai kaedah ini adalah untuk memastikan maklumat yang diperolehi adalah betul dan tepat. Kaedah tersebut ialah perbincangan kumpulan, pemerhatian, temubual, bancian, menyediakan borang soal selidik, fotografi dan beberapa bahan rujukan.

1.PEMERHATIAN2.TEMUBUAL3.PERBINCANGAN KUMPULAN4. BAHAN-BAHAN RUJUKAN

Page 6: Sistem Komputer Dan Rangkaian

KEBAIKAN RANGKAIAN Berkongsi Fail

Pengguna dapat berkongsi fail yang disimpan pada palayan (server) atau komputer pusat.

Memindahkan Failpemindahan fail yang disimpan dari satu komputer ke komputer

yang lain. Berkongsi Perisian (Aplication) dan mengurangkan

kosMemudahkan pengguna untuk berkongsi program aplikasi seperti Word, Lotus, Access dll. Dengan ini ia dapat mengurangkan kos dan memudahkan instalasi perisian.

Berkongsi data dan menjimatkan masa untuk memasukkan dataData-data dapat dimasukkan serentak oleh dua atau lebih pengguna kedalam satu aplikasi. Pada masa yang sama juga pengguna yang lain dapat menggunakan data -data tersebut.  

Page 7: Sistem Komputer Dan Rangkaian

KEBAIKAN RANGKAIANBerkongsi Pencetak,

Pengimbas, CD-Rom dllPencetak atau CD-Rom yang

terdapat pada sesebuah komputer dapat digunakan oleh semua pengguna yang mengunakan komputer lain.

Menggunakan Mel Elektronik (E-Mail)

Pengguna dapat menghatar memo dari satu komputer ke komputer yang lain.

Page 8: Sistem Komputer Dan Rangkaian

TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER) Tpologi yang agak popular ialah topologi

bintang. Topologi ini adalah juga topologi yang seringkalinya digunakan di dalam persekitaran rangkaian yang berasaskan kepada penggunaan komputer pelayan-pelanggan (client-server). Persekitaran rangkaian berasaskan kepada topologi ini adalah bentuk topologi yang menjadi pilihan di kalangan pengguna rangkaian yang serius. Segmen industri khususnya syarikat multinasional, pusat pengajian tinggi awam, sektor pembuatan dan sebagainya selalunya selesa serta menggemari topologi ini.

Page 9: Sistem Komputer Dan Rangkaian

TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER)

Di antara ciri-ciri penting topologi ini serta sekaligus perbezaannya dengan topologi bas ialah penggunaan perkakasan yang dikenali sebagai hab.

Hab ini merupakan perkakasan pusat yang berfungsi sebagai penyambung kepada komputer induk iaitu komputer pelayan. Manakala komputer peribadi iaitu nod-nod yang terdapat pada rangkaian tersebut akan bersambung pula kepada hab.

Kaedah serta fungsi topologi ini beroperasi juga berbeza sedikit dengan kaedah operasi topologi bas. Ini adalah apabila sesebuah nod atau komputer peribadi pada rangkaian tersebut menghantar mesej serta isyarat, ia akan dihantar dahulu kepada hab.

Page 10: Sistem Komputer Dan Rangkaian

KAEDAH TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH BEKERJA

Rangkaian ini terdiri daripada satu komputer hos yang disambungkan kepada satu atau lebih komputer yang kecil. Di dalam sistem seperti ini,  semua komunikasi mestilah melalui komputer hos sebelum bergerak ke satelit jauh yang sesuai. Apabila nod di dalam tatarajah rangkaian disambungkan kepada talian secara berasingan, kesemua nod-nod tersebut akan menghala ke hab yang sama atau ke stesen pusat. Stesen pusat lazimnya mengandungi suis untuk menyambungkan sebarang talian dengan sebarang talian yang lain. Nod akan menghantar mesej alamat nod di mana mesej itu hendak ditujukan berserta kod pemeriksaan dan ralat ke pusat stesen.

Page 11: Sistem Komputer Dan Rangkaian

KAEDAH TOPOLOGI BINTANG ATAU LABAH-LABAH BEKERJA

Walau bagaimanapun, lebih daripada satu nod dibenarkan untuk mengeluarkan mesej secara serentak. Stesen pensuisan kemudiannya akan meninjau setiap nod yang disambungkan kepadanya dengan tetap dan teratur.

Dengan mengambil giliran untuk membuka dan menutup suis, stesen turut berfungsi bagi mengelakkan sebarang mesej daripada berlanggar. Bagi mengelakkan sebarang nod daripada memonopolikan rangkaian tersebut, stesen pensuisan akan hanya membenarkan sebahagian kecil daripada mesej melalui suis pada setiap kali. Mesej lain perlulah menunggu giliran sehingga stesen bersedia untuk menerima dan melayannya.

Page 12: Sistem Komputer Dan Rangkaian

HTTP (Hypertext Transfer Protokol)

Protokol Pemindahan Hipertaks merupakan protokol utama yang digunakan dalam World Wide Web (WWW) untuk memindahkan maklumat di antara komputer. Perkataan “http” di permulaan alamat (URL) halaman induk tersebut merujuk kepada Hypertext Transfer Protocol.

Antara perintah HTTP disenaraikan seperti di dalam jadual di bawah.

1. Nama

2. Penerangan

3. GET Permintaan untuk membaca satu laman web.

4. HEAD Permintaan untuk membaca kepala laman web.

5. PUT Permintaan untuk menyimpan laman web.

6. POST Menambah kandungan satu laman web.

7.DELETE Membuang laman web LINK Menyambung dua sumber 8. UNLINK Memutuskan hubungan antara dua sumber.

Page 13: Sistem Komputer Dan Rangkaian

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI BINTANG

ATAU LABAH-LABAH KEBAIKAN

KEBAIKAN TOPOLOGI BINTANG 1. Mudah untuk ditempatkan (install) dan dipasang kabel (wiring) 2. Rangkaian tidak akan terganggu apabila salah satu daripada peranti atau periferal disambung atau dialih. 3. Mudah untuk mengesan kesilapan dan kecacatan yang berlaku dan memindahkan perkakasan yang rosak.

Page 14: Sistem Komputer Dan Rangkaian

KEBAIKAN DAN KEKURANGAN MENGGUNAKAN TOPOLOGI BINTANG

ATAU LABAH-LABAH KEBAIKAN

KEKURANGAN TOPOLOGI BINTANG 1. Memerlukan kuantiti kabel yang lebih panjang berbanding dengan topologi bas. 2. Jika hab atau concentrator gagal berfungsi, nod juga turut gagal untuk menjalankan tugasnya. 3. Kos yang diperlukan adalah lebih tinggi berbanding dengan topologi bas kerana melibatkan kos concentrators yang agak mahal.

4. Apabila komputer hos rosak, semua komputer akan terjejas dan menyebabkan kehilangan besar kuasa pengkomputeran.

Page 15: Sistem Komputer Dan Rangkaian

TOPOLOGI BINTANG (STAR) ATAU LABAH-LABAH (SPIDER)

Page 16: Sistem Komputer Dan Rangkaian
Page 17: Sistem Komputer Dan Rangkaian

PENUTUP

  Rangkai setempat makin popular dan luas digunakan berbanding dengan kerangka utama (mainframs). LAN banyak digunakan oleh organisasi besar sebab ia tidak perlu pakar dalam penyelengaraan berbanding dengan kerangka utama. Sebab lain ialah keupayaan rangkaian LAN dari segi keselamatan dan kapasiti penyimpanan yang sama dengan kerangka utama.

  Dari maklumat yang diperolehi dari pengusaha-pengusaha kedai komputer, didapati ramai yang mencadangkan penggunaan sistem rangkaian LAN jenis bintang untuk ciber cafe tanpa menggunakan pelayan. Jadi, untuk sistem rangkaian di sekolah sistem rangkaian LAN jenis bintang adalah pilihan yang terbaik buat masa kini.

Page 18: Sistem Komputer Dan Rangkaian

Sekian….