36
Sistem longkang Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat pembuangan dan perawatan khas. Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri berikut : 1.Longkang hendaklah tidak mudah bocor 2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang. 3.Dapat menahan tekanan tanah serta ‘building settlement’ 4.Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair. Jenis-jenis longkang: 1. Bentuk U 2. Separuh bulat 3. Bentuk V Jenis longkang yang biasa terdapat di Malaysia: 1. Longkang jenis konkrit. 2. Longkang jenis tembikar 3. Longkang PVC

Sistem Longkang

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sistem Longkang

Sistem longkang

Pemasangan longkang perlu untuk salirkan air buangan dan dari alatan kebersihan, dapur, sesalur

air hujan (R.W.D.P) serta air permukaan berturap ke pebentung awam dan seterusnya ke tempat

pembuangan dan perawatan khas.

Longkang-longkang yang dibina harus mempunyai ciri-ciri berikut :

1.Longkang hendaklah tidak mudah bocor

2. Air buangan dan najis tidak dapat memberi kesan kepada longkang.

3.Dapat menahan tekanan tanah serta ‘building settlement’

4.Berupaya menahan pengaliran haba dan cecair.

Jenis-jenis longkang:

1. Bentuk U

2. Separuh bulat

3. Bentuk V 

Jenis longkang yang biasa terdapat di Malaysia:

1. Longkang jenis konkrit.

2. Longkang jenis tembikar

3. Longkang PVC

 

Page 2: Sistem Longkang

   

Longkang jenis konkrit  Longkang jenis tembikar 

  

Longkang PVC 

Bahan-bahan bagi membuat longkang konkrit:

1. Simen

2. Batu baur.

3. Pasir 

Langkah-langkah kerja bagi pemasangan longkang:

1.  Menyediakan bahan dan alatan.

2. Mengorek tanah

3. Meletakkan pasir.

4. Memasang dan memaras.

5. Menyambung ikatan antar longkang 

  

Alatan memasang longkang :

1   1.  Cangkul

2   2. Penggali

3   3. Aras spirit - mendapatkan kerataan.

4   4. Benang - bertujuan untuk mendapatkan jajaran lurus bagi jarak yang panjang.

Page 3: Sistem Longkang

Peraturan serta kehendak yang perlu diberi perhatian dalam pemasangan longkang:

1.Kecerunan - longkang perlu diberi kecerunan supaya pergerakan air tidak jadi lambat dan

tersumbat.

2.Kedalaman - longkang bawah tanah mesti di tanam dengan kedalaman yang cukup bagi

mengelakkan dari berlakunya paip bocor atau pecah yang disebabkan oleh beban yang terdapat di

atasnya. Contoh : kenderaan.

3.Pengudaraan - pengudaraan perlu diadakan untuk mengelakkan dari bau busuk yang kurang

menyenangkan

4. Penutup - perlu diadakan untuk menyekat bau busuk ke dalam bangunan serta tidak

menghalang laluan

5. Laluan - laluan/bilik khas mesti disediakan bagi tujuan pemeriksaan atau pembersihan jika

longkang tersekat

5. Bahan - bahan harus tahan lasak dan tidak mudah pecah. Ini untuk memastikan paip dan

longkang tahan serta mampu untuk menahan beban dan tegangan

6. Sambungan - sambungan perlu diadakan bagi mengelakkan dari berlakunya kebocoran atau

keretakkan pada longkang

7. Penahan -untuk pastikan perletakan longkang mendapat sokongan dan tidak mudah pecah.

8. Saiz dan isipadu muatan - hendaklah mengikut jenis atau bentuk longkang.

Page 4: Sistem Longkang

Sistem kumbahanPengenalan

-Dikenali sebagai sistem septik adalah sistem rawatan pembentungan skala kecil, merupakan

tangki rawatan bahan kumbahan yang biasa digunakan di kawasan kediaman rumah

perseorangan.

-terma bagi septik merujuk kepada persekitaran bakteria anaerobik yang terbentuk didalam tangki

yang mana menguraikan bahan buangan yang masuk kedalam tangki tersebut.

-Bahan binaan tangki septik biasanya batu bata, konkrit, bahan gentian (fiberglass) atau plastik.

-Bentuk bagi tangki septik biasanya segi empat (dibina dari konkrit)@ silinder (plastik atau fiber).

-Bahan buangan akan memasuki kebuk pertama tangki dan menyebabkan bahan pejal larut ke

mendak dan sekam terapung.

-Bahan mendak pejal akan diuraikan secara anaerobik yang menyebabkan isipadu bahan pejal

berkurangan.

-Bahan cecair pula akan mengalir melalui pembahagi dinding ke kebuk yang kedua dan bahan

pejal mendak.

-Cecair berlebihan dari ruangan kedua akan keluar dari outlet ke parit melalui effluent pipe.

-Bahan buangan yang tidak diuraikan oleh sistem anaerobik akan menyebabkan tangki septik

penuh. Apabila ini terjadi, bahan buangan akan dikeluarkan secara manual menggunakan pam

vakum.

 Lurang

Dikenali sebagai lubang periksa, ialah binaan yang terdapat pada aras tanah. Ia di bina untuk

memudahkan kerja-kerja penyelengaraan sekiranya berlakunya kerosakkan atau bahan tersumbat

pasa sistem saliran. Bahan binaan lurang biasanya batu-bata atau konkrit. Bentuk lurang juga

pelbagai, antaranya berbentuk segiempat sama, bentuk bulat, bentuk "T" atau bentuk "L".

Kebiasaanya, bentuk segiempat sama yang biasa digunakan. Setiap lurang dilengkapi dengan

penutup yang diperbuat daripada keluli bersaiz 18"x24"

Page 5: Sistem Longkang

Jenis-jenis lurang

1.  Lurang Cetek

Ciri-ciri:

-Kedalaman lurang cetek adalah diantara 750mm hingga 900mm.

-Saiz 450mm x 600mm

-Biasanya dibina pada kedudukan pertama.

2. Lurang Biasa

Ciri-ciri:

-Kedalaman adalah 1500mm

-Ukuran 610mm x 762mm atau 762mm x 762mm

3. Lurang Dalam

Ciri-ciri:

-kedalaman melebihi 1500mm

4. Lurang Tirai Belakang

Ciri-ciri:

-Paip menegak disediakan untuk tujuan menyambung paip ke pembentungan atau saliran.

-Drop conection , sambungan yang dibina terdapat pada paip penurun di sebelah dalam lurang

-Sistem pembinan ditetapkan oleh pihak berkuasa tempatan

Pembinaan Lurang

Lurang dibina mengikut kedudukan tertentu bedasarkan spesifikasi atau undang-undang

pembinaan pihak berkuasa tempatan. Antaranya ialah:

-pada setiap kecerunan

-pada setiap perubahan saiz paip saliran

-pada jarak maksima 1200mm

-pada pertemuan paip saluran.

 Sump

Sump dibina untuk memerangkap benda asing yang dapat menyekat pengaliran seperti ranting

kayu, daun, sampah, pasir dan lain-lain. Ia juga dapat memudahkan kerja-kerja pembersihan

dengan hanya membuang benda asing yang terperangkap di dasar Sump. Selain itu, ia juga dapat

melambatkan pegerakan cecair.

Page 6: Sistem Longkang

Bahan binaan bagi Sump adalah konkrit dan dibina secara in-situ. Biasanya terletak pada

sambungan sistem saliran.

Saliran yang menghubung kepada Sump mempunyai ketinggian berbeza. Biasanya akan terdapat

saliran masuk dan saliran keluar.

Culvert

Pengenalan

Culvert adalah konduit yang digunakan atau dibina untuk mengalirkan air pada parit atau longkang

untuk mengelakan tersumbat. Ia boleh digunakan untuk membenarkan air mengalir melaluinya

dibawah jalan, landasan keretapi atau jambatan dan lain-lain.

Ia mampu menanggung beban yang dikenakan ke atasnya menyebabkan ianya sesuai digunakan

untuk membina jalanraya diatasnya .

Bahan binaan culvert biasanya diperbuat daripada konkrit yang diperkukuhkan dengan tetulang,

besi atau PVC.

Jenis-jenis Culvert.

1.Box Culvert

Ciri-ciri:

-Berbentuk segiempat

-diperbuat daripada konkrit

Fungsi-fungsi:

-Dibina untuk mengalirkan air dari parit atau longkang untuk mengelakan tersumbat.

-Menghubungkan jalanraya yang terpisah disebabkan anak sungai yang kecil atau parit

-Sesuai digunakan untuk jalanraya yang dapat menanggung beban kenderaan berat.

Page 7: Sistem Longkang

2.Round Culvert

Ciri-ciri:

-Berbentuk bulat

-bahan buatan konkrete, besi

Fungsi-fungsi:

-Dibina sebagai terowong saliran air.

-bisanya terletak di tepi jalan

-menghubungkan jalanraya yang dipisahkan oleh longkang atau parit

Page 8: Sistem Longkang

Paip Salir

Rajah menunjukkan bagai sisa air buangan di salur ke paip salir  

Paip salir ialah paip yang dipasang di bawah tanah dan berfungsi sebagai menyalirkan najis dan air

sisa serta air permukaan dari sesebuah banguna.  Sistem paip salir mempunyai ciri-ciri dan kaedah

pemasangan yang berbeza daripada system paip lekapan.

Oleh sebab di tanam dalam tanah, maka paip salir memerlukan bahan yang tahan asak dan tahan

kepada tekanan kerana sentiasa terdedah kepada beban, terutama jika terdapat kenderaan yang

lalu di atasnya.  Kebanyakkan paip salir yang dipadang di dalam tanah utnuk menyalirkan najis dan

sisa terdiri daripada paip tanah liat dan paip besi tuang.

Jenis-jenis paip salir

1. Paip tanah liat

Page 11: Sistem Longkang

Paip uPVC  

Paip yang diperbuat daripada gentian kaca, konkrit dan uPVC juga digunakan. Paip jenis ini sesuai

digunakan sebagai paip salir terutama di kawasan tanah berasid atau kumbahan berasid.

Ciri-cirinya:

1.Harganya murah,

2.tahan lasak,

3. tahan hakisan,

4.mudah dipasang,

5. mudah dipotong

6. mudah disambung.

Page 12: Sistem Longkang

Paip besi tuang diperbuat daripada besi melalui proses penuangan di kilang.  Paip jenis ini lebih

kukuh daripada paip tanah liat serta mempunyai sambungan yang lebih kukuh.  Paip besi tuang

sesuai digunakan di dalam tanah liat yang tidak stabil tetapi kurang seseuai digunakan dalam tanah

yang berpaya dan mengandungi sulfat yang tinggi.

  Prinsip pemasangan paip salir

1. Mutu

 Paip salir yang digunakan mestilah mempunyai ciri-ciri kekuatan dan ketahanlasakan yang tinggi. 

Ketahanlasakannya bergantung kepada mutu bahan paip yang digunakan. Paip yang bermutu akan

menghasilkan sistem paip salir yang tahan lama.  Selain daripada kedalaman adalah mencukupi

bagi menggelakkan paip mengalami kerosakan jika ada objek berat di atas permukaan tanah.

Selain sambungan yang dilakukan hendaklah sempurna.

2. Kedap air 

Paip salir dianggap mencapai tahap kualiti pemasangan yang baik jika paip salir berkeadaan kedap

air.  Kedap air bererti air dari luar tidak dapat masuk ke dalam paip salir.  Najis dan air sisa pula

tidak boleh keluar dair paip salir serta mencemarkan persekitaran.  Paip salir hendaklah dipasang

oleh pekerja mahir bagi memastikan sambungan paip berada dalam kedap air.

3. Kecerunan

    Kecerunan merupakan factor penting bagi pemasang paip di bawah permukaan tanah kerana

proses rawatan berlaku dalam paip salir.  Kecerunan paip salir hendaklah mengikut cerun yang

disaran dalam piawai pemasangan.  Tujuan ialah supaya pepejal dalam kumbahan tidak mengenap

ke dasar paip lalu menyebabkan kumbahan tersekat atau paip tersumbat .

Jika kecerunancerun paip terlalu landau, kumbahan akan disalirkan dengan perlahan.  Pepejal

yang terkandung dalam kumbahan akan tertinggal di dasar paip.

Paip juga tidak boleh dipasang terlalu curam untuk mengelakkan daripada mengorek tanah terlalu

dalam ketika memasang paip. Paip salir juga akan terhakis jika dibina terlalu curam 

disebabkan kelajuan kumbahan.

Page 13: Sistem Longkang

   

4. Kelurusan

Penyaliran kumbahan akan lebih berkesan jika paip disambung dalam keadaan lurus dari titik

kepada satu titik yang lain. Liku pada paip salir perlu dikurangkan dan hanya dibuat dalam keadaan

tertentu sahaja. Liku diperlukan apabila paip perlu dibengkokkan untuk disambung kepada paip

salir yang lain.  Pemasangan lurus juga mengurangkan kerja senggaraan.

5.  Pengalihudaraan

 Pengalihudaraan dalam paip salir diperlukan supaya sebarang gais yang terhasil tidak terkumpul. 

Gas yang terkumpul dalam paip salir akan menyebabkan tekanan udara turun dan naik.  Untuk

menghindarkannya, proses pengalihudaraan yang berkesan sangat diperlukan.  Pengalihudaraan

ke atas paip salir dipastikan berlaku dengan memasang paip tumpu bolong hendaklah berada

Page 14: Sistem Longkang

setinggi kurang dari 900 mm di atas sebarang tingkap atau lubang udara bangunan, serta jarak 3 m

dari mana-mana cucur atap bangunan, tingkap atau lubang udara bangunan.

Bahagian atas paip bolong hendaklah ditutup dengan bebola dawai bagi mengelakkan sampah

masuk ke dalam paip.

Memasang Paip Pembentung - Kaedah Papan Tolok  Langkah kerja.

1. Menyiapkan papan yang dipotong mengikut kecerunan yang dikehendaki.

2. Kerja mengali dilakukan mengikut kecerunan.

3. Papan tolok digunakan pada tiap-tiap sambungan.

4. Paip pemebentung dilaraskan sehingga aras spirit  ditempatkan di atas papan

tolok itu menjadi rata.

5. Setiap sambungan paip tersebut akan disambung dengan gasket dan ditutup

dengan mortar.

5. Cara ini digunakan untuk memasang saluran yang pendek. Bagaimanapun

kaedah ini tidak sesuai untuk pemasangan paip pembentung jarak yang panjang.

  

Page 15: Sistem Longkang

  

Bahan dan alatan

1. paip salir tanah liat

2. Penggali

3. Cangkul

4. Pita ukur 

5. Aras spirit 

Terdapat 2 kaedah memasang paip pembentung.

1. Kaedah menggunakan papan tolok.

2. Kaedah menggunakan rod aras

Page 16: Sistem Longkang

Posted by Mohd Azlan bin Ibrahim at 12:37 AM No comments:

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Labels: Paip salir

Thursday, October 18, 2012

Melepa

 Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan 

untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.

Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk 

menghasilkan kerja yang bermutu.

Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :-

1)      Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan

2)      Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.

3)      Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana dapat bertindak 

sebagai bahan kalis air.

4)      Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.

5)      Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor

Page 17: Sistem Longkang

6)      Menbgurangkan bunyi bising serta kalis haba

7)      Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding

8)      Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

Jenis peralatan melepa

1. Pemaras keluli

  

2. Pemaras kayu

  

 3. Pemegang mortar - hawk

Page 19: Sistem Longkang

 6. Aras spirit

     

Bahan untuk melepa  

 Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-

Simen:

Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, 

membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan 

iaitu “Wallcrete” dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur :

Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapor tohor. 

Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan 

‘hydrated lime’ yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

 Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan 

kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan 

mortar.

Page 20: Sistem Longkang

Air :

Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan 

mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya 

akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-

a)      Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti dengan simen.

b)      Memudahkan kerja bancuhan

c)      Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah 

sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan.

Bahan jenis ‘Waterproofing compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga 

cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen 

dan digaul dalam keadaan kering.

Bahan ‘Plasticisers’ dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia 

memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar 

dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium 

glukonat dan kalsium lignosulphonat.

 Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan 

asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6  (simen:pasir) ataupun ditambah 

Page 21: Sistem Longkang

dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana  1 : 1 : 6  (simen : kapor : 

pasir)

Jenis lepaan

Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding atau 

tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

1. Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua 

lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok 

atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama :       bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal 

10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah bancuhan adalah 

1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi 

menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua :           Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan 

diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang 

ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan 

permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen 

Portland, kapor dan pasir ialah :-

-          1: ½ : 4 ½     atau

-          1 : 1 : 5-6     atau

Page 22: Sistem Longkang

-          1 : 2 : 8-9

2. KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air 

simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran 

simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan 

lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin 

dengan lepaan dinding menjadi sebati.

3. KEMASAN GRANOLITIK

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz 3-

6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan permukaannya 

diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah 

diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

4. KEMASAN SHANGHAI

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz 

3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan 

gerutu berwarna.

5. KEMASAN ‘ Textured atau Scraped’

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan 

pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada 

kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.

Page 23: Sistem Longkang

6. KEMASAN ‘ Rough cast atau wetdash’

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 

1 : 3  atau 1 : ½ : 4 ½  pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah

1 : ½ : 1 ½ - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah 

kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi 

nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.

Alat yang digunakan ialah rough casting machine atau mesin gerutu.

 Rough casting machine

  

Page 24: Sistem Longkang

7. KEMASAN ‘Pebble-dash atau drydash’

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 – 

20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum 

mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 ½  dengan campuran ‘water proofer’ dan nisbah 

bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

8. KEMASAN “tyrolean atau smooth cast”

Menggunakan bancuhan 1:2  terdiri dari  simen (Biasa atau warna) dan pasir.  Disembur pada lapisan asas 

dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini 

hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan 

kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

How to plaster an already plastered wall 

 

HOW TO MIX PLASTER

Page 25: Sistem Longkang

Posted by Mohd Azlan bin Ibrahim at 8:45 PM No comments:

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

Labels: melepa

Sanitari dan alat lekapanAlat lekapan

- Dalam kerja-kerja perkhidmatan bekalan air, kerja-kerja pemasangan alat lekapan amat perlu

diketahui bagaimana cara pemasangannya dan di mana kedudukan yang paling tepat dalam

sesebuah bangunan.

 - Alat kelengkapan sanitari bermaksud sumber air yang digunakan untuk membersih dan

menyalurkan kotoran yang kotor.

 Jenis-jenis alat lekapan

1. Tempat mandi panjang ( Long bath / Tab mandi) Biasa berbentuk empat segi bujur. Pengeluaran

air biasa melalui pillar tap yang mengeluarkan air panas atau sejuk. Bahannya diperbuat dari

porcelain enamelled cast iron ( tanah liat) dan fibre glass da.

Page 26: Sistem Longkang

 2. Sink Kebanyakan digunakan di dapur bagi tujuan memasak dan membasuh kain. Tinggi

pemasangan 863 mm – 915 mm. 915 mm digunakan bagi tujuan memasak dan 863 mm untuk

tujuan membasuh. Bahan membuat sinki adalah keluli, plastik dan fire clay ( tanah liat ).

Page 27: Sistem Longkang

 3. Basin Biasanya diperbuat dari tembikar atau tanah liat. Tinggi pemasangan basin ialah di antara

762 mm hingga 812 mm. Iaitu dari aras lantai sehingga aras atas basin. Bagi kegunaan dewasa

ukuran pemasangan adalah 812 mm. Manakala 787 mm pemasangan di rumah. Bahan

pemasangan basin. 1. Paip buangan basin – saiz 32 mm setiap pemamasangan menggunakan

perangkap jenis botol atau S. 2. Palam lubang luar – digunakan menakung air dalam basin. 3.

Lubang limpah – semasa memasang lubang keluar basin tentukan lubang limpah dihalakan pada

lubang limpah basin.

Jenis basin

1. Angle corner basin

2. Pedestal basin

 4. Dulang pacuran Tempat tadahan air mandi yang diperbuat dari tembikar bergelis bagi tujuan

mengalirkan air ke lubang lurang.

Page 28: Sistem Longkang

 5. Mangkuk tandas - Kegunaan mangkuk tandas adalah untuk menerima dan membuang najis dan

membersih kekotoran dalam takung kandung air sistem simbah perlu mencukupi untuk

menggerakkan najis didalamnya. - Kebanyakan direka dengan menggunakan perangkap dengan

tujuan untuk menakung air.

 Jenis tandas:

a. Tandas duduk

Bahagian tandas duduk

Page 29: Sistem Longkang

b. Tandas cangkung

Cara pemasangan tandas.

 

 6.Bidet - Bidet adalah jenis alat lekapan yang digunakan untuk membuang air kecil bagi wanita. Ia

berbentuk bujur bulat dengan flushing Rim di bawah tempat duduknya. Ukuran bidet 0.40m tinggi

0.38 m lebar dan 0.70 m panjang. Diperbuat dari tembikar, seramik dan plastik.

  

 

7. Urinal - Fungsinya adalah untuk membuang air kecil bagi orang lelaki. Diperbuat dari tembikar

dan seramik.

Page 31: Sistem Longkang

Alatan yang digunakan pemasangan alat lekapan.

1. Gergaji besi - pemotong pelbagai jenis paip upvc, galvani dan pvc.

2. Pemotong pvc - fungsi memotong paip pvc.

Page 33: Sistem Longkang

6. Pemutar skru - mengetat dan melonggarkan skru.

7. Mesin gerudi - membuat lubang mengikut saiz yang dikehendaki.

8. Sepana - digunakan untuk membuka dan mengunci benda yang bersegi seperti bolt dan nat.

Jenis sepana terdiri

 a. Sepana boleh laras.