9
PTA-FTSM-2017-025 SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB ALMAS NAZIHAH TENGKU KAMALUDIN HAZILAH MOHD AMIN NOR SAMSIAH SANI Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia ABSTRAK Hilang barang dan terjumpa barang milik orang lain adalah lumrah dalam kehidupan setiap manusia. Apabila berlaku kehilangan barang, manusia sama ada berjumpa dukun untuk menilik lokasi barang atau redha dengan kehilangan tersebut. Manakala, sekiranya terjumpa barang milik orang lain, manusia sama ada membiarkan barang tersebut atau mengambilnya untuk tujuan menghebahkan dan memulangkan kepada empunya barang. Sistem "Lost & found" dibangun untuk warga UKM. Sistem ini menyediakan kiriman ringkas (post) pengguna bertujuan untuk mencari harta yang hilang atau untuk mengesan pemilik barangan yang dijumpai. Pengguna boleh mengurus kiriman ringkas mereka dan juga menjejak lokasi barangan yang hilang atau dijumpai. Pembangunan sistem ini adalah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, XAMPP server, pangkalan data MySQL dan menggunakan persekitaran Adobe Dreamweaver sebagai platform pembangunan sistem. PENGENALAN Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah beroperas selama 42 tahun. UKM telah membina dan mengguna pelbagai sistem dalam talian untuk memudah operasi. Antara kemudahan dalam talian yang sedang diguna pakai adalah Sistem Maklumat Pelajar Web (SMPWEB) untuk pendaftaran kursus prasiswazah, e-Warga untuk pelbagai fungsi seperti transaksi kewangan, integrasi portfolio (iFolio) untuk pengurusan pembelajaran (e-Learning) dan lain-lain sistem lagi. Kesemua sistem-sistem yang telah dibangunkan ini adalah inisiatif pihak UKM untuk kemudahan pelbagai pihak dan juga sebagai satu inisiatif pengurangan penggunaan sistem manual yang melibatkan penggunaan kertas. Ianya selari dengan inisiatif ICT hijau dalam perkhidmatan awam sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan alam semula jadi yang dicadangkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) dalam slaid pembentangan seminar peluasan ICT/Kerajaan Elektronik Negeri Pulau Pinang pada tarikh 29 Julai 2010. UKM mempunyai ramai pelajar yang mempunyai pelbagai minat dan perangai. Pelajar yang ramai sebegini juga mempunyai pelbagai masalah. Salah satu masalah ialah kehilangan barang di sekitar kampus universiti. Perkara ini boleh berlaku di mana sahaja di kampus dan pada bila-bila masa tanpa disedari walaupun sebahagian mereka sentiasa berhati-hati dengan barangan mereka, namun kecuaian masih tidak dapat dielakkan. Apabila keadaan ini berlaku, sebahagian besar daripada mereka cuba untuk mencari beberapa penyelesaian untuk mendapatkan kembali barangan mereka. Cara yang paling popular yang sering dilakukan oleh pelajar ialah menyebarkan maklumat mengenai barang yang hilang menggunakan aplikasi “Whatsapp” di kalangan rakan-rakan. Sekiranya mereka bernasib baik, mereka mungkin berjaya mendapatkan barang mereka kembali. Namun, peluang untuk mendapatkan barang mereka kembali adalah tipis. Masalah juga boleh berlaku kepada mereka yang menjumpai barangan yang hilang tetapi tidak tahu siapa pemiliknya dan bagaimana mereka boleh mengembalikan barangan yang dijumpai tersebut. Projek ini membina satu sistem yang dikenali sebagai sistem “Lost and Found” bagi memudahkan warga UKM untuk mencari pemilik kepada barang yang dijumpai, melapor barang yang hilang dan menyebarkan maklumat mengenai barang yang hilang atau dijumpai. Sistem ini khusus untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang barangan yang hilang Copyright@FTSM

SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB

ALMAS NAZIHAH TENGKU KAMALUDIN

HAZILAH MOHD AMIN

NOR SAMSIAH SANI

Fakulti Teknologi & Sains Maklumat, Universiti Kebangsaan Malaysia

ABSTRAK

Hilang barang dan terjumpa barang milik orang lain adalah lumrah dalam kehidupan setiap manusia. Apabila

berlaku kehilangan barang, manusia sama ada berjumpa dukun untuk menilik lokasi barang atau redha dengan

kehilangan tersebut. Manakala, sekiranya terjumpa barang milik orang lain, manusia sama ada membiarkan

barang tersebut atau mengambilnya untuk tujuan menghebahkan dan memulangkan kepada empunya barang.

Sistem "Lost & found" dibangun untuk warga UKM. Sistem ini menyediakan kiriman ringkas (post) pengguna

bertujuan untuk mencari harta yang hilang atau untuk mengesan pemilik barangan yang dijumpai. Pengguna boleh

mengurus kiriman ringkas mereka dan juga menjejak lokasi barangan yang hilang atau dijumpai. Pembangunan

sistem ini adalah dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP, XAMPP server, pangkalan data MySQL dan

menggunakan persekitaran Adobe Dreamweaver sebagai platform pembangunan sistem.

PENGENALAN

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah beroperas selama 42 tahun. UKM telah

membina dan mengguna pelbagai sistem dalam talian untuk memudah operasi. Antara

kemudahan dalam talian yang sedang diguna pakai adalah Sistem Maklumat Pelajar Web

(SMPWEB) untuk pendaftaran kursus prasiswazah, e-Warga untuk pelbagai fungsi seperti

transaksi kewangan, integrasi portfolio (iFolio) untuk pengurusan pembelajaran (e-Learning)

dan lain-lain sistem lagi. Kesemua sistem-sistem yang telah dibangunkan ini adalah inisiatif

pihak UKM untuk kemudahan pelbagai pihak dan juga sebagai satu inisiatif pengurangan

penggunaan sistem manual yang melibatkan penggunaan kertas. Ianya selari dengan inisiatif

ICT hijau dalam perkhidmatan awam sebagai usaha menyokong pemeliharaan alam sekitar dan

alam semula jadi yang dicadangkan oleh Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan

Pengurusan Malaysia (MAMPU) dalam slaid pembentangan seminar peluasan ICT/Kerajaan

Elektronik Negeri Pulau Pinang pada tarikh 29 Julai 2010.

UKM mempunyai ramai pelajar yang mempunyai pelbagai minat dan perangai. Pelajar

yang ramai sebegini juga mempunyai pelbagai masalah. Salah satu masalah ialah kehilangan

barang di sekitar kampus universiti. Perkara ini boleh berlaku di mana sahaja di kampus dan

pada bila-bila masa tanpa disedari walaupun sebahagian mereka sentiasa berhati-hati dengan

barangan mereka, namun kecuaian masih tidak dapat dielakkan. Apabila keadaan ini berlaku,

sebahagian besar daripada mereka cuba untuk mencari beberapa penyelesaian untuk

mendapatkan kembali barangan mereka. Cara yang paling popular yang sering dilakukan oleh

pelajar ialah menyebarkan maklumat mengenai barang yang hilang menggunakan aplikasi

“Whatsapp” di kalangan rakan-rakan. Sekiranya mereka bernasib baik, mereka mungkin

berjaya mendapatkan barang mereka kembali. Namun, peluang untuk mendapatkan barang

mereka kembali adalah tipis. Masalah juga boleh berlaku kepada mereka yang menjumpai

barangan yang hilang tetapi tidak tahu siapa pemiliknya dan bagaimana mereka boleh

mengembalikan barangan yang dijumpai tersebut.

Projek ini membina satu sistem yang dikenali sebagai sistem “Lost and Found” bagi

memudahkan warga UKM untuk mencari pemilik kepada barang yang dijumpai, melapor

barang yang hilang dan menyebarkan maklumat mengenai barang yang hilang atau dijumpai.

Sistem ini khusus untuk mengumpul dan menyebarkan maklumat tentang barangan yang hilang

Copyri

ght@

FTSM

Page 2: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

atau dijumpai oleh warga UKM. Warga UKM boleh muat naik gambar barangan mereka yang

hilang atau barangan yang dijumpai di laman ini. Maklumat-maklumat ini disimpan dalam

pangkalan data. Warga UKM yang kehilangn sesuatu dapat melaporkan kehilangan tersebut.

Warga UKM juga boleh menyemak barangan yang hilang sekiranya ianya telah dilaporkan

sebagai barangan yang dbarangui dalam sistem ini. Sistem ini dijangka dapat membantu

mengurangkan masalah warga UKM yang kehilangan barangan, memudahkan warga yang

menjumpai barang untuk melaporkan dan menghubungi pemilik terlibat.

PENYATAAN MASALAH

Dunia tanpa sempadan pada masa kini menjadikan maklumat mudah didapati. Maklumat kini

boleh dicapai tanpa mengira masa, tempat dan juga bahasa. Bukan sahaja maklumat, tetapi

urusan jual beli atau urusan lain juga menjadi mudah kerana boleh dilakukan pada bila-bila

masa. Kes kehilangan barang atau tercicir barang juga banyak berlaku disebabkan kecuaian

diri sendiri. Mereka tidak perasan akan barang yang telah hilang dan kejadian ini boleh berlaku

di mana sahaja dan bila-bila masa. Pada masa kini, terdapat banyak teknologi dan alat yang

dibangunkan untuk pelbagai tujuan. Warga UKM yang kehilangan barang boleh menggunakan

teknologi untuk mencari barangan mereka. Teknologi yang popular dan cepat untuk

menyebarkan maklumat dikenali sebagai “Rangkaian Sosial”. Melaluinya, mereka boleh

menghantar maklumat dan berkongsi maklumat tentang barang yang hilang atau dijumpai.

Apabila rakan-rakan mereka melihat kiriman ringkas (post) ini, mereka boleh menyebarkan

dan berkongsi maklumat ini kepada rakan mereka yang lain. Penyelesaian ini boleh menjadi

cara yang terbaik namun ada satu masalah penting yang selalu berlaku dalam setiap kiriman

ringkas (post). Masalahnya ialah mereka tidak dapat mengawal kiriman ringkas mereka lagi

selepas berkongsi kepada rakan-rakan. Tidak ada sesiapa yang dapat mengetahui kedudukan

sebenar sama ada pemilik telah menjumpai barangan mereka kembali atau tidak.

OBJEKTIF KAJIAN

Bagi menyelesaikan masalah di atas, projek ini membangukan sistem “Lost and Found” dengan

fungsi laporan, sistem pangkalan lokasi, perkongsian rangkaian sosial dan amaran

pemberitahuan. Sistem ini memudahkan pengguna mencari barang mereka yang hilang dan

juga mengembalikan barang yang dijumpai kepada pemilik sebenar. Sistem ini juga berfungsi

untuk mengawal pesanan ringkas yang telah dikongsi di laman tersebut. Sekiranya barangan

telah berjaya dipulangkan kepada pemilik sebenar, maka pesanan ringkas tersebut akan

dipadamkan oleh admin atau secara automatik oleh sistem.

METOD KAJIAN

Bahagian ini membincangkan spesifikasi keperluan pengguna terhadap sistem serta spesifikasi

keperluan sistem yang disediakan kepada pengguna, di samping spesifikasi keperluan

perkakasan dan perisian yang bersesuaian dalam pembangunan sistem ini. Model sistem

memberi lakaran terhadap proses aliran sistem ini. Faktor di dalam spesifikasi keperluan

memberi impak yang tinggi terhadap pembangunan sistem dari mula hinggalah ianya

beroperasi.

Spesifikasi keperluan sistem menjelaskan keperluan yang diperlukan untuk

mengoperasikan sistem ini. Fungsi pendaftaran sebagai ahli di dalam sistem aplikasi web ini

bertindak sebagai langkah keselamatan bagi mengenal pasti pengguna yang sah berdaftar. Di

samping itu juga, sistem ini bertindak sebagai pengukur jumlah pengguna yang menggunakan

aplikasi ini. Fungsi melapor barang yang hilang dan barang yang dijumpai bertindak sebagai

Copyri

ght@

FTSM

Page 3: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

penyebaran maklumat mengenai barang yang hilang atau yang dijumpai oleh pengguna. Sistem

ini juga bertindak untuk menyimpan maklumat-maklumat mengenai barang yang telah dilapor

oleh pengguna. Fungsi pengurusan maklumat ini bertindak sebagai langkah untuk mengawal

pesanan atau maklumat yang telah dikongsi di dalam sistem ini. Fungsi amaran pemberitahuan

bertindak sebagai langkah keselamatan untuk memaklumkan kepada pengguna mengenai

maklumat yang telah dikongsi oleh pengguna lain atau maklumat yang dikongsi oleh admin.

Perkakasan dan perisian yang diguna untuk membangun projek harus dipilih dengan

teliti. Perkakasan dan perisian yang baik berfungsi dengan lancar serta menyokong

pembangunan projek ini. Pemilihan perkakasan dan persisian yang tidak tepat boleh menjejas

hasil projek. Spesifikasi keperluan perisian yang bersesuaian dalam pembangunan laman atau

sistem ini adalah seperti berikut:

1. Perisian XAMPP merupakan perisian untuk Apache web server yang digunakan sebagai

pelayar web kepada aplikasi web yang dibangunkan.

2. Adobe Dreamweaver CS5 digunakan untuk membangunkan dan mengendalikan

aplikasi web yang dibina. Penggunaan bahasa javascript bagi komponen seperti pautan,

butang, popup dan sebagainya.

3. HTML5 merupakan edisi kelima HTML. Ia adalah bahasa markup untuk mewujudkan

satu laman web dan kandungan ini boleh dipaparkan dalam pelayar web.

4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan

untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh mengubah rekaan

dari text, warna, gambar dan latar belakang dari (hampir) semua kode tag HTML.

5. MySQL digunakan untuk membangun dan menghubungkan hubungan di dalam jadual

dan menyimpan data-data dari pengguna.

6. Google Map API adalah perkhidmatan percuma daripada Google. Ia membolehkan

pengguna untuk membenamkan Peta Google di laman web serta menyesuai dan

menambah kandungan untuk peta.

HASIL KAJIAN

Bahagian ini akan membincangkan mengenai fungsi-fungsi yang ada dalam sistem Lost &

Found seperti log masuk, melapor barangan yang hilang dan dijumpai, melihat post, kemas

kini profil, memadam post dan juga membuat carian.

Antara muka merupakan salah satu elemen yang penting yang perlu diambil kira dalam

pembangunan sesebuah sistem. Antara fungsi yang terlibat dalam sistem ini adalah fungsi

melapor barangan hilang dan barangan yang dijumpai iaitu fungsi yang wajib yang perlu ada

bagi sebuah sistem Lost & Found. Pengujian terhadap fungsi-fungsi ini telah dilakukan dan

segala ralat yang berlaku diperbaiki bagi menyempurnakan sistem. Rajah 1 hingga rajah 10

menunjukkan antara muka sistem yang dibangunkan oleh projek ini.

Rajah 1 menunjukkan antara muka utama laman bagi sistem Lost & Found ini. Jika

dilihat, di bahagian atas sebelah kiri terdapat logo Universiti Kebangsaan Malaysia yang

menunjukkan bahawa laman web Lost & Found ini khusus untuk pelajar atau kakitangan

UKM. Penggunaan accordion menu digunakan untuk menu sidebar kiri laman bagi

mengaplikasikan prinsip space limitation dalam konsep visualisasi maklumat. Laman ini juga

memaparkan bahagian untuk pengguna laman log masuk iaitu dibahagian atas sebelah kanan.

Copyri

ght@

FTSM

Page 4: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

Rajah 1 : Antara muka halaman utama sistem

Rajah 2 menunjukkan antara muka bagi pengguna laman untuk daftar masuk ke dalam

sistem Lost & Found ini. Dengan memasukkan segala maklumat yang dinyatakan dengan

lengkap dan tepat, maka pengguna akan berjaya untuk daftar masuk ke dalam laman ini.

Rajah 2 : Antara muka Daftar ke dalam sistem

Rajah 3 menunjukkan antara muka untuk pengguna log masuk ke dalam laman web ini.

Dengan memasukkan email dan kata laluan, maka pengguna akan dapat memasuki laman

web Lost & Found ini.

Copyri

ght@

FTSM

Page 5: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

Rajah 3 : Anatara muka Login ke dalam sistem

Rajah 4 menunjukkan antara muka untuk pengguna melapor barangan hilang. Pengguna

perlu memasukkan maklumat-maklumat penting yang telah dinyatakan dengan tepat bagi

memudahkan pencarian dalam sistem ini. Antara maklumat-maklumat yang diperlukan ialah

tajuk, kategori barangan, tarikh hilang, gambar barangan yang hilang sekiranya ada, huraian

mengenai barangan, warna dan akhir sekali ialah lokasi kehilangan barangan tersebut. Antara

muka melapor barangan hilang ini adalah sama seperti antara muka untuk melapor barangan

yang dijumpai. Maklumat-maklumat yang perlu diberi juga sama seperti dalam rajah 4.

Rajah 4 : Antara muka melapor barangan hilang

Rajah 5 menunjukkan antara muka post untuk barangan yang hilang. Di sini, pengguna

boleh memerhati dan mencari barangan mereka yang hilang sekiranya ada pengguna yang telah

menjumpai dan telah melapor barangan tersebut. Setiap post tersedia butang untuk berhubung

dengan pemilik post tersebut. Sekiranya pengguna terjumpa post mengenai barangan mereka

yang telah hilang, mereka boleh berhubung dengan pemilik post yang menjumpai barangan

tersebut melalui emel.

Copyri

ght@

FTSM

Page 6: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

Rajah 5 : Antara muka post untuk barangan yang hilang

Rajah 6 menunjukkan antara muka post untuk barangan yang dijumpai. Fungsi yang ada

pada antara muka ini adalah sama seperti fungsi-fungsi yanag ada pada antara muka post untuk

barangan yang hilang.

Rajah 6 : Antara muka melapor barangan yang dijumpai

Rajah 7 menunjukkan antara muka carian barang. Di sini, pengguna boleh mencari

barangan yang hilang atau barang yang dijumpai dengan lebih mudah. Pengguna boleh

membuat carian melalui kategori-kategori yang telah disediakan. Copyri

ght@

FTSM

Page 7: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

Rajah 7 : Antara muka carian barang

Rajah 8 menunjukkan antara muka status barang di mana pengguna boleh menukar

sendiri status barang yang telah mereka hilang atau jumpa. Sekiranya pengguna berjaya

menjumpai barangan yang mereka hilang, maka mereka boleh menukar status post mereka.

Setelah status pada post itu ditukar, post tersebut tidak akan muncul lagi di laman antara muka

post untuk barangan yang hilang.

Rajah 8 : Antara muka status barang

Rajah 9 menunjukkan antara muka kemas kini profil. Pengguna boleh mengemas kini

profil mereka di dalam laman web ini. Pengguna boleh menukar maklumat-maklumat yang ada

pada profil mereka pada bila-bila masa. Copyri

ght@

FTSM

Page 8: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

Rajah 9 : Antara muka kemas kini profil

Rajah 10 menunjukkan antara muka untuk pengguna menukar kata laluan. Pengguna

boleh menukar kata laluan pada bila-bila masa.

Rajah 10 : Antara muka menukar kata laluan

KESIMPULAN

Sistem Sistem Lost & Found ini dibangunkan dengan menggunakan bahasa pengaturcaraan

PHP yang menghubungkan dengan pangkalan data yang menggunakan MySQL. Sistem ini

diharapkan dapat memberi alternatif baru bagi membantu warga Universiti Kebangsaan

Malaysia yang kehilangan barang untuk mendapatkannya kembali. Sistem ini juga dapat

membantu warga UKM untuk mengesan pemilik barang yang mereka jumpai.

Sistem ini dibangunkan dan mencapai objektif yang ditetapkan semasa proses awal

perancangan sistem. Pembangunan sistem pula dibangunkan dengan mengambil kira pelbagai

faktor seperti ciri-ciri penting bagi sebuah laman web, persembahan antara muka dan juga

interaksi antara sistem dengan pengguna. Segala kekurangan yang ada pada sistem boleh

diperbaiki untuk penambahbaikan sekiranya terdapat kajian lanjutan terhadap kajian ini.

Copyri

ght@

FTSM

Page 9: SISTEM LOST AND FOUND BERASASKAN WEB · 4. Cascading Style Sheets (CSS) merupakan kumpulan kode program yang digunakan untuk mereka atau mempercantik paparan halaman HTML. CSS boleh

PTA-FTSM-2017-025

RUJUKAN

Metro’s online Lost & Found System. (n.d.). Retreived from http://lostandfound.metro.net/

public/claims_inquiry.aspx

A Better Solution to Lost and Found. (n.d.). Retreived from http://chargerback.com/

chargerback/features-and-benefits.asp

Campbell, T. (2001). Lost and Found System. Method and System for retrieval of lost goods.

Lostandfoundpets.ie. (n.d.). Retreived from http://www.lostandfoundpets.ie/

Colby Security Department. (n.d.). Retreived from https://www.colby.edu/securitydept/lost-and-found/

Adobe Dreamweaver CS6. (n.d.). Retreived from http://www.adobe.com/products/ dreamweaver.html

MySQL. (n.d.). Retreived from http://en.wikipedia.org/wiki/MySQL

Copyri

ght@

FTSM