13
SISTEM PENCERNAAN MANUSIA Keperluan Proses Pencernaan Menurut (Lamb J.F, 2001) nutrien yang terkandung dalam makanan seperti karbohidrat, protein, dan lipid terdiri daripada sebatian organik yang besar dan kompleks. Bahan kompleks ini perlu diuraikan menjadi bahan yang lebih ringkas yang boleh diserap oleh sel badan. Proses penguraian bahan makanan besar dan kompleks kepada bahan yang lebih ringkas disebut sebagai pencernaan. Pencernaan karbohidrat, protein, dan lipid kepada bahan ringkas seperti glukosa, asid amino, gliserol, dan asid lemak

Sistem Pencernaan

Embed Size (px)

DESCRIPTION

n

Citation preview

SISTEM PENCERNAAN MANUSIA

Keperluan Proses PencernaanMenurut (Lamb J.F, 2001) nutrien yang terkandung dalam makanan seperti karbohidrat, protein, dan lipid terdiri daripada sebatian organik yang besar dan kompleks. Bahan kompleks ini perlu diuraikan menjadi bahan yang lebih ringkas yang boleh diserap oleh sel badan. Proses penguraian bahan makanan besar dan kompleks kepada bahan yang lebih ringkas disebut sebagai pencernaan. Pencernaan karbohidrat, protein, dan lipid kepada bahan ringkas seperti glukosa, asid amino, gliserol, dan asid lemak sentiasa diperlukan untuk menjalankan proses metabolisme dalam badan. Sistem pencernaanmanusia terdiri daripada salur alimentari yang bermula daripada mulut dan berakhir di dubur (anus).

Bahagian-bahagian dalam sistem pencernaan manusia ialah :a) Mulutb) Esofagusc) Perutd) Duodenum (usus kecil)e) Ileum (usus kecil)f) Usus besar (sekum, kolon, rektum)Sistem organ dalam manusia yang berfungsi untuk menerima makanan, mencernanya menjadi zat-zat gizi dan tenaga, menyerap zat-zat gizi ke dalam aliran darah serta membuang lebihan makanan yang tidak dapat dicerna atau merupakan sisa proses (tinja) tersebut dari tubuh.

Menurut (Hong, 2005) proses pencernaan melibatkan proses fizikal dan proses kimia. Proses fizikal melibatkan pengunyahan makanan oleh gigi kepada butir yang kecil untuk menambahkan luas permukaan bagi tindakan enzim dan peristalsis untuk menggerakkan makanan dalam salur alimentari. Manakala, proses kimia pula melibatkan penguraian molekul hidrolisis dan melibatkan enzim.

Proses Pencernaan Karbohidrat, Protein, dan Lipid dalam Manusia

MulutMakanan dikunyah oleh gigi kepada butir yang lebih kecil untuk menambahkan luas permukaan untuk tindakan enzim. Dalam mulut terdapat kelenjar air liur yang merembeskan air liur. Air liur mengandungi air, enzim amilase liur, dan mukus. Semasa pengunyahan, makanan bercampur dengan air liur dan membentuk gumpalan makanan yang kecil disebut bolus. Air liur melembapkan dan melembutkan makanan serta melancarkan pergerakan makanan di sepanjang esofagus. Dalam rongga mulut, hanya kanji yang akan dicernakan. Kanji dihidrolisiskan oleh enzim amilase liur kepada maltosa.

Kanji + air ------------------------------ maltosaEnzim amilase liur

Makanan digerakkan di sepanjang esofagus melalui tindakan peristalsis. Otot pada dinding esofagus mengecut dan mengendur secara beritma untuk membolehkan bolus makanan bergerak dalam esofagus sehingga sampai ke perut.

Perut Kelenjar gaster pada dinding perut merembeskan jus gaster. Jus gaster mengandungi asid hidroklorik cair. Enzim pepsin, dan enzim renin. Dalam perut, tindakan peristalsis berlaku untuk mengisar dan mencampurkan makanan dengan jus gaster. Fungsi asid hidroklorik adalah untuk :a) Menyediakan medium berasid untuk tindakan enzim renin dan pepsin secara optimum.b) Memusnahkan bakteria dalam makanan.c) Menghentikan tindakan enzim amilase liur.

Pencernaan kimia bagi protein bermula di perut. Enzim pepsin menghidrolisiskan protein kepada pepton dan polipeptida. Pepsin Protein + air --------------------------- pepton + polipeptida

Enzim renin mengentalkan susu, iaitu kaseinogen (protein susu larut) ditukarkan kepada kasein (protein susu tidak larut). Kasein seterusnya dicernakan oleh enzim pepsin. ReninKaseinogen ------------------------------- kasein

Makanan biasanya berada dalam perut selama tiga hingga empat jam. Selepas pencernaan di perut, makanan separa cecair dilepaskan ke dalam duodenum sedikit demi sedikit.

DuodenumDuodenum merupakan bahagian awal usus kecil. Duodenum tidak mempunyai kelenjar untuk merembeskan jus pencernaan tetapi menerima dua rembesan daripada bahagian lain untuk pencernaan. Duodenum menerima jus hempedu yang dihasilkan oleh hati dari pundi hempedu dan jus pankreas daripada kelenjar pankreas. Jus hempedu bersifat alkali dan tidak mengandungi enzim. Fungsi hempedu ialah : a) Mengemulsikan (membaurkan) lemak kepada titisan halus supaya menambahkan luas permukaan lemak dan memudahkan tindakan enzim ke atasnya. b) Menyediakan keadaan beralkali untuk tindakan enzim.c) Menghentikan tindakan asid hidroklorik ke atas makanan dalam perut.

Jus pankreas mengandungi tiga jenis enzim, iaitu enzim lipase, amilase, dan tripsin : a) Enzim lipase menghidrolisiskan lemak kepada asid lemak dan gliserol. Pencernaan lemak bermula di duodenum.

Lemak + air -------------------------------- asid lemak + gliserollipaseb) Enzim amilase menghidrolisiskan kanji yang belum dicernakan kepada maltosa.

Kanji + air -------------------------- maltosaamilase

c) Enzim tripsin menghidrolisiskan pepton dan polipeptida kepada peptida.Pepton + polipeptida + air ----------------------peptida Tripsin

IleumKelanjar usus pada ileum merembeskan jus usus beralkali dan mempunyai pelbagai enzim untuk melengkapkan pencernaan. Jus usus mengandungi enzim erepsin (peptidase), sukrase, maltase, laktase, lipase dan enterokinase.a. Enzim erepsin (peptidase) menghidrolisiskan peptida kepada asid amino.Peptida + air ---------------- asid aminoErepsinb. Enzim sukrase menghidrolisiskan sukrosa kepada glukosa dan fruktosa. Sukrosa + air ------------------- glukosa + fruktosasukrasec. Enzim laktase menghidrolisiskan laktosa kepada glukosa dan galaktosa. Laktosa + air ------------------ glukosa + galaktosaLaktased. Enzim lipase mencernakan lemak terbaur kepada asid lemak dan gliserol. Lemak + air ---------------------- asid lemak + gliserolLipasee. Enzim maltase menghidrolisiskan maltosa kepada glukosa.Maltosa + air ------------------- glukosa maltasePencernaan makanan seperti karbohidrat, protein dan lemak akan menjadi lengkap di dalam ileum. Proses penyerapan juga akan berlaku di ileum di mana hasil pencernaan akan diserap oleh struktur khas (vilus) pada dinding ileum.

PENYERAPAN DAN ASIMILASI HASIL PENCERNAAN

Penyerapan di Usus kecilDalam ileum, dua proses berlaku, iaitu proses pencernaan dan proses penyerapan. Proses pencernaan dalam ileum menjadi lengkap untuk menghasilkan gula ringkas (glukosa, fruktosa, galaktosa), asid amino, asid lemak, dan gliserol. Proses penyerapan juga berlaku dalam ileum untuk menyerap hasil pencernaan ke dalam salur darah sebelum digunakan oleh badan. Pada dinding ileum terdapat unjuran-unjuran yang disebut vilus untuk menyerap hasil pencernaan.

Penyesuaian ileum (usus kecil) untuk proses penyerapan adalah seperti berikut :i. Salur yang panjang memberikan luas permukaan yang besar untuk meningkatkan kadar penyerapan.ii. Permukaan dinding ileum yang berlipat-lipat serta mempunyai banyak vilus dan mikro vilus menambahkan luas permukaan penyerapan.iii. Lapisan epithelium vilus sangat nipis untuk memudahkan makanan tercerna melaluinya.iv. Setiap vilus mempunyai satu jaringan kapilari darah untuk mengangkut makanan tercerna yang diserap.v. Pada setiap vilus juga terdapat satu lacteal (salur limfa) untuk mengangkut lemak yang diserap.

Kapilari darah dan lakteal pada vilus menyerap hasil pencernaan yang berlainan. Kapilari darah pada vilus menyerap gula ringkas, asid amino, garam mineral, serta vitamin B dan C secara resapan melalui epithelium vilus. Hasil pencernaan ini diangkut dari ileum ke hati melalui vena portal hepar. Hasil pencernaan yang meresap ke dalam lakteal vilus melalui epitheliumnya adalah asid lemak dan gliserol bergabung untuk membentuk titisan lemak halus. Hasil pencernaan yang diserap ke dalam lakteal diangkut oleh salur limfa keluar dari usus kecil. Akhirnya salur limfa membawa kandungan lakteal ke dalam sistem peredaran darah melalui vena sub klavikel kiri pada bahu.

Pengangkutan dan Asimilasi Hasil PencernaanMenurut (Marieb, 2009) gula ringkas, asid amino, garam mineral, serta vitamin B dan C yang diserap oleh kapilari darah vilus diangkat keluar dari usus kecil ke hati melalui vena portal hepar. Dari hati, hasil pencernaan ini diangkut ke semua sel badan melalui sistem peredaran darah. Asid lemak dan gliserol serta vitamin A, D, E dan K diserap oleh lakteal pada vilus dan diangkut keluar dari usus kecil oleh duktus toraks (salur limfa) ke dalam sistem peredaran darah melalui vena subklavikal kiri. Titisan lemak dan vitamin A, D, E dan K diangkut dalam darah ke semua sel badan. Pada sel badan, hasil pencernaan yang diserap akan diasimilasikan dan digunakan untuk fungsi badan atau disimpan. Asimilasi merupakan proses penukaran hasil pencernaan yang ringkas kepada molekul kompleks di dalam tisu badan. Misalnya, asid amino ditukarkan kepada protoplasma sel. Glukosa dioksidakan oleh sel badan semasa respirasi sel untuk menghasilkan tenaga bagi pelbagai aktiviti sel seperti pembahagian sel.

Glukosa yang berlebihan akan ditukarkan kepada glikogen oleh sel hati dan disimpan dalam hati dan otot. Asid amino diserap oleh sel badan untuk pembinaan pelbagai jenis protein seperti enzim, antibodi, membentuk membran plasma, dan protoplasma. Asid amino berlebihan diuraikan dalam hati (proses pendeaminan) kepada urea yang disingkirkan melalui air kencing. Lipid (titisan lemak) digunakan untuk pembinaan membran plasma. Lemak berlebihan disimpan dalam bentuk tisu adipos yang terdapat di bawah kulit, pada abdomen, jantung dan ginjal. Garam mineral yang berlebihan seperti ferum disimpan dalam hati. Vitamin A dan D yang larut dalam lemak disimpan hati.

Pencernaan dan penyerapan proteinPepsin yang dilepaskan di dalam perut menyerang banyak protein tetapi hanya pada beberapa tempat di dalam molekul. Oleh yang demikian, pencernaan pepsin tidak berlanjutan lebih daripada peringkat polipeptida. Di dalam duodenum, enzim tripsin dan kimotripsin serupa juga menyerang hanya sesetengah ikatan di dalam molekul protein sedangkan karboksipeptidase memecahkan peptida pada hujungan. Peptida diserap ke dalam enterosit oleh pembawa khusus, kecerunan natrium di antara lumen usus dengan sitoplasma enterosit membekalkan tenaga untuk proses tersebut. peptida yang diserap adalah asid amino tunggal, dipeptida atau tripeptida. Bayi yang baru lahir, tetapi bukan orang dewasa, menyerap protein dalam keadaan tidak terjejas, ini membolehkan antibodi dipindahkan di dalam susu daripada ibu kepada anak untuk membekalkan beberapa perlindungan terhadap jangkitan dalam masa beberapa hari selepas proses kelahiran.

Pencernaan dan penyerapan karbohidratKanji di dalam makanan terdiri daripada rantai panjang molekul glukosa dengan sesetengah rantai yang bercabang. Rantai lurus dipecahkan oleh amilase liur dan pankreas untuk membentuk polisakarida dua-, tiga- dan enam ahli, dan glukosa. Glukosa dan monosakarida lain diserap ke dalam enterosit oleh suatu sistem pembawa yang bergantung pada tenaga di dalam kecerunan natrium. Sebaik sahaja berada di dalam sel tersebut, gula ini meresap menurun kecerunan kepekatannya ke dalam darah.

Pencernaan dan penyerapan lemakLemak dicernakan dan diserap di dalam duodenum. Lipase pankreas yang mencernakan lemak bersifat terlarut air dan oleh sebab itu lemak mesti ditukarkan kepada suatu bentuk yang boleh bersentuhan dengan lipase. Proses ini membolehkan lipase terlarut air bersentuhan dengan lemak dalam luas permukaan yang besar.

Fungsi-fungsi sistem penghadaman

FUNGSI SISTEM PENGHADAMAN

1. Mengambil makanan2. Memecahkan makanan kepada yang lebih kecil.3. Menyerap molekul yang dihadam4. Menyediakan nutrien5. Menyingkirkan bahan-bahan buangan. 6. Untuk melawan jangkitan7. Untuk melindungi tubuh daripada serangan virus dan bakteri, bahan pencemar dan penyakit8. Untuk memperbaharui organ dan tisu yang rosak serta mengembalikan fungsinya

Proses Pencernaan Manusia

MULUTMakanan dipotong, dikunyah oleh gigi + air liur (enzim amilase - melembutkan).FARINKSBila makanan ditelan, gumpalan makanan (bolus) memasuki kerongkong (farinks) menerusi gerakan peristalsis (pengecutan & pengenduran otot).PERUTCecair gastrik dari dinding perut terus menguraikan secara pengisaran terutamanya ke atas bahan-bahan protein dalam makanan dengan tindakbalas asid hidroklorik serta enzim penghadaman pepsin kepada peptid (makanan berubah separa cair/chyme/kim).Makanan berada dalam perut selama 4 jam.

Duodenum (permulaan usus kecil - 30cm)Chyme tadi memasuki duodenumMakanan diuraikan oleh enzim daripada pundi hempedu dan pankrias ,juga dari cecair usus untuk membentuk makanan yang lebih halus.

USUS BESARAir di dalam bahan-bahan yang tidak terhadam akan diserap di sepanjang usus besar, manakala bakinya akan memasuki rektum.REKTUMBahan-bahan sisa yang tidak terhadam akan dihantar ke bahagian akhir usus besar dan seterusnya dibuang keluar sebagai najis menerusi dubur.

Fungsi Sistem Penghadaman Manusia