Upload
others
View
13
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
PSZ 19:16Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESISJUDUL: SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA
SESI PENGAJIAN: 2007/2008
Saya MOHAMMAD NAJMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di perpustakaanUniversiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan
Pengajian sahaja.3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara
Institusi pengajian tinggi.4. ** Sila tandakan ()
(Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atauSULIT kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
SULIT (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukanoleh organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
√ TIDAK TERHADDisahkan oleh,
___________________________ ___________________________(TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap:NO 73A JALAN MASJID, EN ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEKKG HUJUNG BANDAR, Nama Penyelia08200 SIK, KEDAH.
Tarikh: 28 APRIL 2008 Tarikh: 28 APRIL 2008
CATATAN * Potong yang tidak berkenaan.** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD sila lampirkan surat daripada pihak
berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis iniperlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secaraPenyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atauLaporan Projek Sarjana Muda (PSM).
“Saya akui bahawa telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan Ijazah
Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)’
Tandatangan : ..........................................................................
Nama Penyelia : EN. ROSNI ZAMUDDIN SHAH BIN SIDEK
Tarikh : 28 APRIL 2008
SISTEM PENGGERA KERETA DWI HALA
MOHAMMAD NAJMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL 2008
iv
PENGAKUAN
“ Saya mengaku bahawa tesis ini yang bertajuk Sistem Penggera Kereta Dwi
Hala adalah keputusan dan idea saya, kecuali beberapa kerja yang diambil sebagai
rujukan.”
Tandatangan : _____________________________________________
Nama : MOHAMMAD NAJMUDDIN BIN ABDUL RAHMAN
Tarikh : 28 APRIL 2008
iii
DEDIKASI
Dengan Ingatan Kasih dan Sayang Yang Abadi kepada
Ayahanda
ALLAHYARHAM ABDUL RAHMAN BIN HJ HASSAN
( Semoga rohmu dirahmati oleh Allah Subhanahu Wataala )
dan
Bonda
HABSAH BT HJ LATIFF
Yang telah mengorbankan sebahagian kehidupannya untuk membesarkanku
Ibu dan Ayah mertuaku yang memberi ketenangan
Teristimewa untuk pengorbanan isteriku
AISHAH BT HJ GHAZALI
dan putera puteriku
SOLAHUDDIN FAHMI DAN SITI KHADEEJAH
Serta sahabat-sahabatku.
vi
PENGHARGAAN
Bismillahirahmanirahim,
Alhamdulillah, bersyukur kepada Allah S.W.T. kerana dengan limpah
Rahmat dan IzinNya dapat penyelidik menyiapkan kajian ini. Penyelidik ingin
merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ribuan terima kasih kepada En. Rosni
Zamuddin Shah Bin Sidek, selaku penyelia Projek Sarjana Muda ini, dan Prof
Madya Dr. Azizi Bin Yahaya selaku penilai projek ini, di atas segala bimbingan,
bantuan dan nasihat yang diberikan sepanjang tempoh penyiapan kajian projek ini.
Terima kasih juga dirakamkan kepada para pensyarah, rakan-rakan
seperjuangan khususnya kepada pelajar tahun 4, Sarjana Muda Teknologi Serta
Pendidikan (Kemahiran Hidup) dan tidak lupa juga kepada semua yang terlibat dan
banyak membantu memberikan kerjasama bagi menjayakan projek penulisan ini.
Akhir sekali istimewa untuk isteri, pengorbanan serta dorongan yang
diberikan amat dihargai. Semoga segala pengorbanan kalian mendapat keberkatan
dari Allah s.w.t.
v
ABSTRAK
Projek ini bertujuan untuk membina prototaip Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.
Sistem ini direka untuk meningkatkan keupayaan dan kemampuan sistem
penggera kereta. Projek ini dapat menyediakan satu sistem penggera tambahan
untuk kereta dengan menggunakan pemancar dan penerima yang berfungsi untuk
menghantar isyarat kepada pengguna jika terdapat sebarang pencerobohan
terhadap keretanya. Penghantaran isyarat tersebut menggunakan medium
gelombang radio dengan pelarasan gelombang yang telah ditetapkan. Gelombang
radio mempunyai kelebihan menerima dan menghantar maklumat dalam
lingkungan gelombang yang ditetapkan tanpa dihalang oleh sebarang objek di
dalam lingkungan tersebut. Sistem ini turut dilengkapi dengan sistem amaran
buzer, gegaran dan pemutus litar bagi memastikan keselamatan kenderaan pada
tahap yang maksimum. Dapatan kajian dianalisis dengan menggunakan perisian
Statistical Packages For Social Science (SPSS) Version 14.0. Hasil analisis data
diterangkan dalam bentuk peratusan, kekerapan dan min. Dapatan kajian
menunjukkan aspek keselamatan mempengaruhi responden dalam projek ini.
Aspek kedua ialah keperluan pemasangan sistem penggera, diikuti aspek
keberkesanan, aspek mesra pengguna dan aspek harga yang mempengaruhi
responden dalam kajian ini. Dicadangkan kajian akan datang mengaplikasi
telefon bimbit untuk pengguna menerima isyarat deringan atau bergegar serentak.
vi
ABSTRACT
The aim of this project to built a prototype of dual direction car alarm system.
This system is designed to improve the ability and capacity of car alarm system.
This project can provide an additional alarm system for the car by using
transmitter and receiver that functions to sends signals to the consumer if there
were any invasion for the car. The signal was sent by the wave radio medium.
The wave radio has capability of receive and transmit the data in a tuned
frequency. The wave radio also capable to go through over any obstacle such as
buildings and the frequency is easily tuned. This system also furnished with
warning system buzzer, vibration and circuit breaker to make sure vehicle safety
at the maximum level. The analysis of the findings, using the Statistical Package
For Social Science (SPSS) version 14.0 software is illustrated in the form of
percentage, frequency and mean. The research finding showed that a safety is one
of the aspect that influenced the respondent in this project. Second aspect is this
needs to have car alarm installation, effectiveness aspect, friendly consumer
system and affordable price also attracted the respondent in this study. For the
future study, we propose the research to apply the use of mobile phone for the
consumers to receive the signal by ring tone and buzzering.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA HALAMAN
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGAKUAN PEMBIMBING
JUDUL i
PENGAKUAN PENULIS ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI RAJAH xiv
SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xvi
SENARAI LAMPIRAN xvii
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan 1
1.2 Latarbelakang Masalah 3
1.3 Penyataan Masalah 4
1.4 Objektif Projek 5
1.5 Persoalan Kajian 6
1.6 Kepentingan Kajian 6
viii
1.7 Skop Projek 8
1.8 Definisi dan Terminologi 9
1.9 Kesimpulan 11
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.1 Pengenalan 12
2.2 Prinsip Reka Cipta 13
2.3 Teori Reka Cipta 15
2.4 Kajian Terhadap Reka Cipta 16
2.5 Alat Penyaring 17
2.6 Pengujian Penyaring 18
2.7 Penilaian Pakar 19
2.8 Soal Selidik 19
2.9 Perancangan Pembinaan Projek 19
2.9.1 Bahan 20
2.9.2 Peralatan 20
2.9.3 Masa 21
2.10 Bekalan Kuasa 21
2.11 Kesimpulan 21
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.1 Pengenalan 22
3.2 Kaedah Dan Teknik Pembuatan 22
3.3 Komponen Tambahan 23
3.4 Pembinaan Prototaip 24
3.4.1 Merancang Tanda 26
3.4.2 Pemasangan 26
3.4.2.1 Pemasangan Pada Bahagian
Kereta
26
3.4.2.2 Pemasangan Pada Alat Kawalan
Jauh
27
ix
3.4.3 Carta Gantt 27
3.5 Kerja Pemasangan 29
3.5.1 Pemasangan Mikro Pengawal 29
3.5.2 Pemasangan Alat Penyaring 30
3.5.3 Alatan Pematerian 33
3.5.3.1 Pemateri 33
3.5.3.2 Penyedut Timah Pemateri 34
3.5.3.3 Dawai Timah 34
3.5.3.4 Span Pengesat Mata Pemateri 34
3.6 Kos Perbelanjaan Projek 35
3.7 Pengoperasian Sistem Penggera Kereta Dwi Hala 36
3.8 Aplikasi Penyaring Dalam Sistem Penggera
Kereta
37
3.8.1 Kedudukan Antena Tambahan 38
3.8.2 Pengesan Pintu 39
3.8.3 Penggera 39
3.8.4 Penerima Kod Kunci 39
3.8.5 Mikro pengawal 40
3.9 Litar Pemancar dan Penerima 02
3.10 Populasi Kajian 42
3.11 Instrumen Kajian
3.11.1 Pengujian Penyaring
3.11.2 Penilaian Pakar
3.11.3 Soal Selidik
43
43
43
44
3.12 Kesahan Soal Selidik 45
3.13 Kajian Rintis 45
3.14 Analisis Data 46
3.15 Kesimpulan 48
x
BAB IV PENGUJIAN REKA CIPTA DAN ANALISA
DAPATAN KAJIAN
4.1 Pengenalan 49
4.2 Analisis Pengujian Penyaring 50
4.3 Analisis Penilaian Pakar 50
4.4 Analisis dan Keputusan Soal Selidik 53
4.4.1 Analisis Bahagian A : Biodata Responden 54
4.4.1.1 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Jantina 55
4.4.1.2 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Umur 55
4.4.1.3 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Bangsa. 56
4.4.1.4 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Status. 56
4.4.1.5 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Tahap Pendidikan. 57
4.4.1.6 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Kerjaya. 58
4.4.1.7 Taburan Peratusan Responden
Mengikut Pendapatan 58
4.4. Analisis Bahagian B: Analisa Setiap Item
Mengikut Aspek Pemasangan 59
4.4.2.1 Aspek Mesra Pengguna
4.4.2.2 Aspek Keberkesanan Sistem
4.4.2.3 Aspek Harga
4.4.2.4 Aspek Keselamatan
4.4.2.5 Aspek Keperluan
59
62
64
66
68
4.11 Analisis Keseluruhan 70
4.12 Kesimpulan 71
xi
BAB V PERBINCANGAN, KESIMPULAN DAN
CADANGAN
5.1 Pengenalan 72
5.2 Perbincangan 73
5.2.1 Pengujian Penyaring 73
5.2.2 Penilaian Pakar 74
5.2.3 Soal Selidik 74
5.2.3.1 Aspek Mesra Pengguna 75
5.2.3.2 Aspek Keberkesanan Sistem 76
5.2.3.3 Aspek Harga 77
5.2.3.4 Aspek Keselamatan 78
5.2.3.5 Aspek Keperluan Sistem 79
5.3 Rumusan 80
5.3.1 Pengujian Penyaring
5.2.2 Penilaian Pakar
5.3.2 Soal Selidik
5.3.2.1 Aspek Mesra Pengguna
5.3.2.2 Aspek Keberkesanan Sistem
5.3.2.3 Aspek Harga
5.3.2.4 Aspek Keselamatan
5.3.2.5 Aspek Keperluan Sistem
80
80
81
81
81
82
82
82
5.4 Cadangan 83
5.5 Kesimpulan 84
RUJUKAN
LAMPIRAN
Lampiran A - E
85
88-103
xii
SENARAI JADUAL
NO.
JADUAL
TAJUK HALAMAN
1.1 Jenayah Indeks 2005 Hingga 2007 4
3.1 Senarai Alatan 23
3.2 Senarai Bahan 24
3.3 Carta Gantt Projek Reka Cipta 28
3.4 Pemeringkatan Skala Likert 1 47
3.5 Pemeringkatan Skala Likert 2 47
3.6 Analisis Petanda Skor Min 48
4.1 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Jantina.
55
4.2 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Umur.
55
4.3 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Bangsa.
56
4.4 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Status.
56
4.5 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Pendidikan.
57
4.6 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Kerjaya.
58
4.7 Taburan Kekerapan Dan Peratusan RespondenMengikut Pendapatan Sebulan.
58
4.8 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek MesraPengguna.
60
xiii
4.9 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek KeberkesananSistem.
62
4.10 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek Harga.
64
4.11 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek KeselamatanKereta.
66
4.12 Analisis Kekerapan, Peratus Dan Min RespondenYang Menjawab Item Bagi Aspek Keperluan.
68
4.13 Taburan Min Keseluruhan Bagi Sistem PenggeraKereta Dwi Hala
70
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK HALAMAN
2.1 Penyaring 17
2.2 Bentuk Penyaring 18
3.1 Carta Aliran Kerja Prototaip 25
3.2 Mikro Pengawal Yang Diaplikasikan Dalam
Projek.
29
3.3 Kedudukkan Mikro Pengawal Pada Sebuah
Kereta
30
3.4 Alat Kawalan Jauh 30
3.5 Pematerian pada wayar bahagian alat penyaring 31
3.6 Penyambungan alat penyaring pada papan litar 31
3.7 Meletakkan gam pada bahagian yang dipateri 32
3.8 Papan litar Alat Kawalan Jauh yang telah siap
dibuat kemasan 32
3.9 Pengujian litar dilakukan dengan menggunakan
Multimeter 33
3.10 Sistem Penggera Kereta Dwi Hala 36
3.11 Komponen utama dalam Sistem Penggera Kereta
Dwi Hala 38
3.12 Litar Pemancar Dan Penerima Pada Alat
Kawalan Jauh 41
3.13 Litar Penerima Dan Pemancar Pada Kereta 42
xv
5.1 Taburan Setiap Item Bagi Aspek Mesra
Pengguna
75
5.2Taburan Setiap Item Bagi A Taburan Setiap Item Bagi Aspek Keberkesanan
Sistem. 76
5.3 Taburan Setiap Item Bagi Aspek Harga 77
5.4 Taburan Setiap Item Bagi Aspek Keselamatan 78
5.5 Taburan Setiap Item Bagi Aspek KeperluanPemasangan Sistem
79
xvi
SENARAI SINGKATAN
JPJ - Jabatan Pengangkutan Jalan
PDRM - Polis Di Raja Malaysia
SPSS - Statistical Package for the Social Sciences
xvii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN PERKARA MUKA SURAT
A Borang Penilaian Pakar 88
B Soal Selidik 90
C Surat Pengesahan Penilaian Pakar 98
D Surat Pengesahan Pakar Bidang 100
E Analisis Data – Reliability Coefficients (Alpha) 102
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Teknologi automatif negara telah berkembang maju. Dari hari ke hari akan
muncul model kereta baru di pasaran. Terbaru munculnya kereta Saga keluaran
Perusahaan Automobil Nasional Sdn Bhd telah dilancarkan pada 8 Januari 2007.
Justeru itu, tidak hairanlah jika kita lihat jumlah pemilikan kenderaan-kenderaan ini
semakin bertambah dari hari ke hari. Menurut statistik Jabatan Pengangkutan Jalan
(JPJ), sehingga bulan Disember 2007, terdapat sebanyak 10 juta kenderaan yang
berdaftar dengan JPJ di negara ini. Ini termasuklah kenderaan jenis motor dan
motokar milik persendirian.
Peningkatan kes-kes kecurian kenderaan di negara ini bagaikan menjadi satu
fenomena. Angka-angka statistik yang ditunjukkan semakin bertambah dari semasa
ke semasa dan ianya seolah-olah seperti sukar dibendung. Sepanjang tahun 2007,
sejumlah 26,566 kenderaan dilaporkan hilang atau purata 73 unit sehari,
membabitkan tuntutan insurans lebih RM557 juta dengan sebahagian besarnya
motosikal dan kereta persendirian. (Berita Harian, 26 Oktober 2007).
2
Pada umumnya, projek ini direka berdasarkan kepada sistem keselamatan
kereta pada masa kini. Sistem keselamatan kereta dipilih disebabkan oleh
penggunaannya secara meluas sebagai pengangkutan paling utama di dunia. Dengan
kemajuan teknologi yang semakin berkembang, kecanggihan sistem keselamatan
kereta yang ada sekarang telah dapat dicerobohi. Penceroboh dengan mudah dan
cepat dapat memasuki kereta, mematikan bunyi penggera dan menghidupkan enjin
keret a tanpa menggunakan kunci Walaupun telah banyak sistem keselamatan
kereta yang direka sekarang, namun kehilangan dan kecurian kereta tidak dapat
ditangani. Statistik menunjukkan 4,907 kereta hilang di Malaysia dalam tempoh lima
bulan pertama 2007 berbanding 4,398 buah dalam tempoh yang sama tahun lalu iaitu
peningkatan kes sebanyak 11.5 peratus. (Utusan Malaysia, 10 Julai 2007)
Kereta kini mempunyai sistem penggera yang menggunakan gelombang yang
berfungsi hanya mengunci dan membuka serta mengeluarkan siren apabila kereta
dicerobohi. Ada setengah kereta cukup sensitif pada sebarang bentuk kekerasan atau
tindakan kuat pada badan kereta malah bunyi guruh mampu mengaktifkan sistem
penggera. Hakikatnya pemilik tidak mengetahui keadaan sebenar keretanya dalam
waktu terpantas kerana bunyi siren dihalang oleh jarak jauh dan objek seperti dinding
terutamanya ketika berada di dalam bangunan. Kesannya tindakan segera tidak
dapat diambil oleh pemilik dan pihak berkuasa.
Atas kesedaran inilah, satu alternatif bagi mengekang masalah ini daripada
berleluasa diyakini dapat diatasi dengan terciptanya “Sistem Penggera Kereta Dwi
Hala”. Sistem ini berfokuskan kepada keselamatan kereta semasa pemilik berada
berjauhan dari keretanya dalam lingkungan 500 meter. Pemilik kenderaan akan
diberitahu dengan getaran pada alat kawalan jauh yang ada padanya dengan
menggunakan gelombang radio.
Selain itu, projek ini menghasilkan bunyi penyaring. Rasionalnya adalah
memberikan kesan yang lebih kepada pemilik kereta jika keretanya dicerobohi. Jika
getaran tidak dapat dirasa, bunyi penyaring dapat memberi amaran awal kepada
pemilik kereta tersebut untuk bertindak. Kemungkinan ini terjadi jika alat kawalan
jauh di simpan di dalam beg atau tempat yang tersembunyi dari pemilik kereta.
Pemilik kereta dapat mengambil tindakan susulan jika mendapat amaran awal seperti
3
memutuskan litar sistem penghidup motor (starter) pada kereta tersebut. Tindakan
ini menyebabkan enjin tidak dapat dihidupkan.
1.2 Latar Belakang Masalah
Jenayah yang berkaitan dengan kecurian kenderaan di negara ini merupakan
suatu yang berlaku sepanjang masa dengan tidak mengira tempat dan keadaan
kenderaan yang dicuri. Bilangan kenderaan khususnya kereta sukar dibendung. Ciri–
ciri keselamatan yang kurang berkesan adalah faktor kepada berlakunya kejadian ini
berleluasa.
Jika dilihat laporan statistik Jenayah Indeks Tahun 2005-2007 yang terkini
daripada Jabatan Polis Di Raja Malaysia (PDRM), kadar kes-kes kecurian kenderaan
memberikan peratus yang cukup membimbangkan kepada semua pihak. Berdasarkan
jadual 1.1 didapati 9,711 jumlah kes kecurian kereta berlaku pada tahun 2005.
Begitu juga pada tahun 2006 sebanyak 11,101 kes kecurian kereta berlaku iaitu
meningkat sebanyak 1,390 atau 14.31 peratus.
4
Jadual 1.1 : Jenayah Indeks 2005 hingga 2007
2005 2006
2007
(Januari-
Ogos)Jenayah Kekerasan
JumlahKes
KesSelesai
JumlahKes
KesSelesai
JumlahKes
KesSelesai
Bunuh 497 328 604 385 383 266
Cuba Bunuh 94 75 * * * *
Rogol 1,887 1,769 2,435 2,238 2,144 1,965
Cabul Kehormatan * * 2,023 1,646 1,576 1,282
Samun Berkawan Bersenjata Api 40 7 68 18 22 8
Samun Berkawan Tanpa SenjataApi 1842 774 2,658 1,043 1,918 647
Samun Bersenjata Api 317 59 247 44 155 17
Samun Tanpa Senjata Api 13,210 6,474 18,446 7,878 12,936 5,239
Pemerasan * * 1,549 1,020 1,230 796
Ugutan Jenayah * * 6,336 4,972 5,493 4,239
Merusuh * * 2,261 1,627 1,744 1,236
Mencederakan 4,246 3,546 5,716 4,582 4,501 3,571
Curi 34,317 19,626 37,128 20,099 28,865 14,118
Curi Van/Lori/Jentera Berat 5,507 1,667 6,328 587 3,384 600
Curi Motokar 9,711 4,532 11,101 2,935 7,954 1,810
Curi Motosikal 51,709 22,448 64,858 10,330 43,652 12,319
Curi Ragut 9,617 5,325 9,551 4,264 7,176 2,570
Pecah Rumah Siang Hari 6,923 2,653 8,253 2,749 6,296 1,958
Pecah Rumah Malam Hari 17,542 7,001 19,060 6,864 14,356 4,273
Jumlah 135,326 63,252156,27947,828 111,68337,648
Jumlah Jenayah Indeks 157,459 76,284198,62273,281 143,78556,914
Sumber : Polis Diraja Malaysia
5
1.3 Penyataan Masalah
Penggunaan produk berkaitan keselamatan semakin mendapat perhatian
pengguna baik di dalam negara atau luar negara. Banyak pihak berusaha untuk
mencipta produk keselamatan dan menawarkan kepada pengguna dengan pelbagai
inovasi yang berkaitan dengan penjagaan produk keselamatan baik berupa produk
keselamatan rumah, bangunan mahupun kenderaan. Produk-produk ini didatangkan
dengan pelbagai ciri yang dapat menarik perhatian pengguna untuk
menggunakannya.
Dalam penggunaan alat penggera kereta sekarang yang hanya mengeluarkan
bunyi penggera pada kereta sahaja dan tidak lebih dari itu. Apabila berlaku
pencerobohan kereta, pemilik kereta tidak menyedari akan kejadian tersebut kecuali
ia berada berhampiran keretanya. Siren yang berbunyi hanya menakutkan pencuri
sahaja tetapi hakikatnya pengguna tidak mengetahuinya. Justeru itu, produk Sistem
Penggera Kereta Dwi Hala ini dicipta untuk memberi kemudahan kepada pemilik
kereta untuk menjaga kereta mereka daripada dicuri pada jarak yang jauh.
1.4 Objektif Kajian
Projek Sistem Penggera Kereta Dwihala ini dilaksanakan untuk mencapai
objektif berikut :
1.4.1 Mengetahui penggunaan alat penyaring yang mesra pengguna
pada Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.
1.4.2 Mengenal pasti tahap keberkesanan alat penyaring dalam
meningkatkan keselamatan kereta.
1.4.3 Mengetahui penambahan alat penyaring mempengaruhi aspek harga
dalam Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.
6
1.4.4 Mengenal pasti tahap keselamatan kereta dengan penambahan alat
penyaring pada Sistem Penggera Kereta Dwi Hala.
1.4.5 Mengenal pasti penggunaan alat penyaring dalam Sistem
Penggera Kereta Dwi Hala dalam memenuhi keperluan pengguna
kereta.
1.5 Persoalan Kajian
1.5.1 Apakah aspek mesra pengguna menjadi keutamaan pemasangan pada
Sistem Penggera Kereta Dwi Hala ?
1.5.2 Apakah penambahan alat penyaring dapat meningkatkan
keberkesanan dalam Sistem Penggera Kereta Dwi Hala?
1.5.3 Apakah dengan penambahan alat penyaring dapat mempengaruhi
peningkatan harga dalam Sistem Penggera Kereta Dwi Hala?
1.5.4 Apakah dengan penambahan alat penyaring dapat mempengaruhi
peningkatan tahap keselamatan kereta?
1.5.5 Apakah dengan penambahan alat penyaring dalam Sistem Penggera
Kereta Dwi Hala dapat memenuhi keperluan pengguna kereta?