36
SISTEM PENGHADAMAN & METABOLISME

SISTEM PENGHADAMAN & METABOLISME.pptx

Embed Size (px)

Citation preview

SISTEM PERCERNAAN & METABOLISME

SISTEM PENGHADAMAN & METABOLISME

Disediakan oleh :Feryn Fanera Jeffery (K1)

Penghadaman ialah satu proses penghancuran @ pengisaran makanan secara fizikal, kemudiannya diikuti dengan beberapa proses kimia bagi memecahkan makanan menjadi molekul atau elemen yang lebih halus dan terasing bagi memudahkan proses penyerapan.

Juga dikenali sebagai Sistem pencernaan.

Terdiri daripada: Salur alimentari (pencernaan)Kelenjar pencernaan

Saluran pencernaan terdiri atas rongga mulut, tekak, kerongkong, perut, usus kecil, usus besar dan berakhirnya pada anus.

Turut melibatkan organ-organ lain seperti kelenjar liur, hati, pundi hempedu dan pankreas.

Dua cara pencernaan:Pencernaan fizikal : gigiPencernaan kimia : kimia

Enzim: bahan protein yang mempercepatkan proses pencernaan.

Makanan ditolak sepanjang salur pencernaan oleh otot dinding yang mengecut dan mengendur secara berganti-ganti yang dikenali sebagai peristalsis.

MulutTerbahagi kepada 2 bahagian:1) Ruang umum- ruang tengah yang mengandungi lidah.2) Ruang Vestibule- ruang antara gigi dan permukaan pipi.

Terdapat 3 kelenjar liur dalam mulut. Antaranya adalah:Kelenjar ParotisKelenjar SubmandibularisKelenjar sublingualis

Air liur mengandungi enzim ptialin (amilase liur) yang mengurai karbohidrat polisakarida (amilum) menjadi maltosa (disakarida).

Air liur berfungsi untuk membasahi makanan, membunuh bakteria dan mencegah mulut dari kekeringan.

Saluran KelenjarK. SubmandibularisK. ParotisK. Sublingualis

9

LIDAHMerupakan deria utama bagi rasa.Terdapat tompok-tompok yang melapisi permukaan lidah yang dikenali sebagai papila.Papila mengandungi tunas deria rasa.

Fungsi:1) Organ deria rasa: Manis- hujung kadapan lidahMasin- hujung dan tepi lidahMasam- bahagian kedua-dua lidahPahit-bahagian dekat dengan umbi lidah.

2) Pertuturan3) Kunyahan dan telanan

Gigi3 bahagian utama:-Kepala- yang membonjol keluar dari gusi.Umbi- tertanam di dalam gusi dan terdiri dari 1 cabang atau lebih.Leher- bahagian antara kepala gigi dengan umbi.

Diliputi oleh enamel- bahan yang paling keras dalam tubuh.Bentuk gigi:-Kacip- menggigit dan memotong makanan.Taring-mengoyak makanan.Geraham kecil- mengoyak dan mengisar makanan.Geraham besar- mengisar dan melumatkan makanan

Gigi KacipGigi TaringGeraham KecilGeraham Besar

ESOFAGUSTiub berotot yang terletak di belakang trakea.Menyambungkan farinks dengan perut.Dinding esofagus terbina daripada tisu lembut dan sentiasa terbuka melainkan apabila ada makanan di dalamnya.Berfungsi menghantar makanan dan minuman dari farinks ke perut.

PROSES MENELAN

PERUTMenyimpan makanan.Bersambung terus dari kerongkong dan tergantung bebas di bahagian atas sebelah kiri dalam abdomen.Fungsi:Menyimpan bahan makanan buat sementara untuk dilembutkan dan dihadam.Menghadamkan makanan melalui enzim (pepsin& renin)Asid hidroklorik yang terhasil dalam perut memusnahkan beberapa jenis kuman.Perut menghasilkan faktor intrinsik yang perlu untuk pembentukan sel darah merah dan penyerapan vitamin B12.

Enzim yang dihasilkan oleh oleh kelenjar perut adalah:PepsinRenin HCL (Asid Hidroklorik)

Pepsin:Enzim pepsin yang dihasilkan oleh kelenjar perut berupa pepsinogen.Pepsinogen bertindak balas dengan asid perut menjadi pepsin.Pepsin memecahkan molekul protin yang kompleks menjadi molekul yang lebih sederhana iaitu pepton.Molekul pepton perlu dipecahkan lagi agar dapat diangkut oleh darah.

Renin:Dihasilkan oleh kelenjar dinding perut.

Berfungsi mengendapkan kasein dari air susu.

Kasein adalah protein susu yang sering disebut keju.

Setelah kasein diendapkan, barulah ia dapat dicernakan.

Asid Hidroklorik (HCL):Berfungsi untuk membunuh mikroorganisme tertentu yang masuk bersama makanan.

Asid perut yang dikeluarkan dipengaruhi oleh refleks dan hormon gastrin yang dikeluarkan oleh dinding perut.

Sekiranya asid perut dikeluarkan secara berlebihan, hal ini akan menyebabkan radang pada dinding perut.

Pundi Hempedu

Pundi hempedu menempel di hati, sebagai tempat menampung cairan hempedu.Hempedu dihasilkan dari rombakan sel darah merah yang tua atau rosak oleh hati dan tidak digunakan untuk membentuk sel darah merah baru.Cairan hempedu dialirkan ke dalam duodenum.Pengeluaran cairan hempedu dipengaruhi oleh hormon kolesistokinin yang dihasilkan oleh duodenum.

23

Hempedu mengandungi zat bilirubin dan biliverdin yang menyebabkan kotoran sisa pencernaan berwarna kekuningan. Hempedu berfungsi untuk membantu pencernaan dan penyerapan lemak.

Pankreas

Pankreas menghasilkan enzim pencernaan yang dialirkan menuju duodenm, iaitu enzim amilase, enzim tripsinogen, enzim lipase dan NaHCO3.Kelenjar pankreas terletak berdekatan pada rongga perut.Pengeluaran enzim dari pankreas dipngaruhi oleh hormon sekretin.Hormon sekretin dihasilkan oleh duodenum ketika makanan masuk duodenum

Kelenjar pankreas menghasilkan enzim amilase.Amilum sering dikenali dengan sebutan zat tepung atau pati.Amilum merupakan karbohidrat atau sakrida yang memiliki molekul kompleks.Enzim amilase memecah molekul amilum ini menjadi maltosa.

USUS KECIL

Merupakan bahagian yang terpanjang dalam salut alimentari.Terbahagi kepada 2:Duodenum- tiub berotot yang menghubungkan perut dengan jejunum.Berbentuk huruf C.Berukuran 25cm panjang.Melengkung mengelilingi kepala pankreas.

Fungsi:Menyelesaikan semua proses penghadaman.

Menyerap bahan yang terhadam, asid amino dan glukosa ke dalam darah dan lemak untuk hadam ke salur limfatik.

Menghasilkan beberapa hormon yang mengawal penghasilan kelenjar pankreas, hempedu dan kelenjarnya sendiri.

Jejunum dan ileum

Berukuran 6 meter.

Ileum menyerap dan mencerna makanan.

Dinding dalam ileum berlipat-lipat dan mempunyai villi.Villli berfungsi untuk meningkatkan proses penyerapan makanan.

Makanan yang sudah menjadi molekul kecil akan larut dalam air (seperti glukosa, asid amino, vitamin B & c) untuk diserap oleh darah dalam pembuluh kapilari kemudian diedarkan ke seluruh sel yang memerlukannya.

Pada jejenum, makanan mengalami pencernaan secara kimia (dengan bantuan enzim) yang dihasilkan dari dinding usus.

Tekstur makanan pada fasa ini adalah kecil dan halus. Enzim yang terlibat meliputi:

Enterokinase: Berfungsi mengaktifkan tripsinogen yang dihasilkan di pankreas.Laktase: Berfungsi mengubah laktisa (seperti protein susu) menjadi glukosa.Erepsin atau dipeptidase: Berfungsi mengubah dipeptida atau pepton menjadi asid amino.

Maltase: Berfungsi mengubah maltosa menjadi glukosa.

Disakarase:Berfungsi mengubah disakrida (gula yang memiliki lebih dari 1 monosakarida) menjadi monosakarida.

Peptidase: Berfungsi mengubah polipeptida menjadi asid amino.

Sukrase: Berfungsi mengubah sukrosa menjadi glukosa dan fruktosa.

Lipase: Berfungsi memecahkan lipid menjadi asid lemak dan gliserol.

USUS BESARBermula di sekum dan tamat di rektum.Panjangnya 5 hingga 6 kaki dan pusatnya 2 inci.Bahagian usus besar:-Sekum dan apendiks.Kolon- Menaik, melintang, menurun, sigmoid dan rektum.

REKTUM

Bahan-bahan sisa yang tidak terhadam akan dihantar ke bahagian akhir usus besar dan seterusnya dibuang.Dikawal oleh otot pengecut.Kuncupan dan kenduran otot adalah di bawah kuasa kemahuan manusia.Bahagian atas pertengahannya dilapisi oleh selaput mukosa lanjutan dari rektum, tetapi bawahnya terbina daripada kulit tubuh.

Sekian, terima kasih atas perhatian dan kerjasama daripada anda..