52
1 © DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017 Buku Panduan SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF Ismail Md. Zain, PhD. © Dynamic Global Vision, 2018

SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

1

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Buku Panduan

SISTEM

REKA BENTUK PENGAJARAN

KOLABORATIF

Ismail Md. Zain, PhD. © Dynamic Global Vision, 2018

Page 2: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

2

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Buku Panduan

SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF:

KERANGKA DAN KONSEP

Satu dimensi baharu guru mereka bentuk pengajaran secara kolaboratif, sistematik dan profesional untuk Pembelajaran Abad Ke-21 masa kini

dan keperluan pendidikan masa depan.

Ismail Md. Zain, PhD.

© Dynamic Global Vision:

Ipoh, Perak, Malaysia.

2018.

Page 3: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

3

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

REFLEKSI

Malaysia perlu melaksanakan perubahan

besar terhadap keseluruhan sistem

pendidikan semasa untuk melonjakkan

pencapaian semua murid. Tidak dinafikan

bahawa proses pelaksanaan transformasi

pendidikan memerlukan pendekatan dan

strategi baharu agar setiap murid mampu

memiliki dan menguasai kemahiran yang

diperlukan dalam Abad ke-21. Oleh yang

demikian, transformasi pendidikan bukan

sekadar menambah bilangan kakitangan dan

kemudahan, malah perlu menjurus kepada

usaha untuk memahami dan menambah

baik proses pengajaran dan

pembelajaran…. “ (Pelan Pembangunan

Pendidikan Malaysia 2013-2025)

Page 4: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

4

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

PENGENALAN

Penekanan yang serius dalam aspek perancangan pengajaran guru yang diberikan oleh negara

luar seperti Finland adalah bertujuan untuk mewujudkan proses pembelajaran dan

pemudahcaraan yang berkualiti tinggi, efektif, sistematik dan profesional sebagai amalan terbaik

dalam proses pembelajaran.

Cabaran ini harus dihadapi dan dipikul kerana penekanan persekitaran pendidikan masa kini

adalah ke arah membina perwatakan insan yang bukan sahaja berpengetahuan dan berkemahiran

tinggi dalam aspek pemikiran, komunikasi, kolaborasi dan kreativiti (4C) tetapi juga dapat

mewujudkan kesejahteraan hidup dalam masyarakat yang silang budaya. Kewujudan insan yang

mempunyai ciri-ciri daya saing di peringkat global (globally competitive learner) yang sihat dan

“towering personality” yang konsisten dan relevan dengan keperluan kebolehpasaran kerja

dalam era Industri Revolusi 4.0 (IR4.0) serta kebolehsuaian diri dalam kemuncualan Masyarakat

Pintar 5.0 (Society 5.0) pada masa hadapan adalah menjadi agenda utama dalam pendidikan

masa kini.

Dalam hal ini konsep dan model reka bentuk pengajaran (instructional design) memerlukan

anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional

tetapi perlulah menjurus kepada perkembangan profil pelajar bersesuaian dengan pendekatan

pemusatan murid (learner centered) dan kaitannya ke arah mencipta pengalaman pembelajaran,

kemahiran dan pengetahuan melalui situasi pembelajaran di bilik darjah, di luar bilik darjah atau

dalam talian.

Bagi tujuan ini Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif (The Collaborative Instructional

Design System – CIDS) melalui Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE yang telah

melalui proses ujian rintis di peringkat negara dan di luar negara merupakan satu mekanisme

perancangan pembelajaran (instructional planning mechanism). Model ASIE ini memberi

panduan yang mudah, komprehensif serta menggalakkan kreativiti guru dalam mencadangkan

perancangan pengajaran di peringkat makro (mingguan) dan mikro (RPH) mengikut keperluan

sendiri. Manakala pelajar diberi peluang memilih dan menentukan kaedah dan aktiviti yang

sesuai dan menarik minat mereka. Sistem ini juga memberi opsyen kepada guru, murid dan

masyarakat berkolaborasi dan berkomunikasi untuk berkongsi maklumat, ilmu, kemahiran dan

pengalaman secara bersemuka atau maya melalui program Komuniti Pembelajaran Profesional

dalam menyediakan situasi pembelajaran yang lebih bermakna dan terkini bagi memenuhi

kehendak persekitaran pembelajaran semasa.

Page 5: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

5

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF

COLLABORATIVE INSTRUCTIONAL DESIGN SYSTEM

(CIDS)

A. PENGENALAN - APA ITU SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN

KOLABORATIF? - Collaborative Instructional Design System (CIDS)

Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaborasi (CIDS) adalah satu sistem yang memberi opsyen

kepada guru dalam mereka bentuk persekitaran pengajaran dan pembelajaran semasa. Guru

menyusun strategi pengajaran meliputi pendekatan, kaedah dan aktiviti untuk pelajar

menentukan pilihan. Ia bertujuan supaya pelajar lebih berinspirasi melibatkan diri dengan aktiviti

pembelajaran dalam suasana pembelajaran yang menyeronokkan.

Ia adalah alat perancangan yang mudah, pantas dan praktikal yang memenuhi ciri-ciri pendidikan

hari ini dan masa hadapan sambil mengekalkan ciri-ciri profesionalisme guru dalam prosedur

pembelajaran dan pemudahcaraan.

Laman utama Sistem Reka Bentuk Pengajaran Kolaboratif

(https://asiemodel.net/ms)

• Terangkum di dalamnya ialah Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE, (Ismail

Md Zain, Balakrishnan M., 2014) merupakan alat perancangan pengajaran yang

memberi keutamaan dan penekanan kepada ciri-ciri atau atribut pelajar. Manakala

pengisian aktiviti Program Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) diperluaskan

konsep dan skopnya. Mereka terdiri daripada golongan pelajar, guru dan pelbagai

peringkat komuniti untuk berinteraksi dan berkongsi maklumat.

Page 6: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

6

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL

ASIE

KOMUNITI PEMBELAJARAN

PROFESIONAL (PLC)

PLC

SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF

(CIDS)

Page 7: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

7

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Program Komuniti Pembelajaran Profesional

• Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE ialah Model Reka Bentuk Pengajaran yang

telah melalui proses transformasi bagi memenuhi persekitaran pembelajaran masa kini.

Model ini merupakan satu aliran prosedur perancangan pengajaran yang mudah,

fleksibel, konstruktif dan mesra pengguna. Ia menyediakan pengamal dalam

pendidikan suatu alat atau mekanisme perancangan pengajaran mengikut keperluan

pelajar berdasarkan ciri-ciri atau atribut profil pelajar. Pelajar diberi peluang memilih

pelbagai kaedah, aktiviti dan resos yang dicadangkan untuk dialami dalam persekitaran

pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) yang menarik dan menyeronokkan. Model in

mempunyai perspektif yang luas dan berharga ke arah meningkatkan kualiti pembelajaran

dan pemudahcaraan serta latihan.

• Model ini memberi impak yang tinggi kepada guru dan murid dalam proses pembelajaran

melalui opsyen yang ada pada ruang dan peluang untuk mereka berbincang serta

berkongsi bahan, pengalaman dan kreativiti dengan rakan-rakan yang lain di seluruh

negara ke arah mewujudkan pendekatan strategi pembelajaran yang berkauliti tinggi

memenuhi kehendak pendidikan semasa.

Page 8: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

8

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

• CIDS menyediakan peluang kepada individu dari komuniti yang berbeza, untuk

menyumbang dan berkongsi idea, kemahiran, strategi dan pengetahuan, untuk

mempertingkatkan, dan mengekalkan, kualiti pendidikan terutamanya dalam menangani

isu kebolehpasaran pelajar pada masa hadapan.

• Bagi tujuan ini individu adalah dijemput atau secara sukarela menyertai program ini

dengan cara berdaftar sebagai ahli Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC). Mereka

boleh memilih untuk menjadi ahli dalam kumpulan komuniti tertentu iaitu komuniti

pendidik, komuniti pentadbir, komuniti guru, komuniti profesional, komuniti pelajar dan

komuniti persendirian. Sebagai ahli PLC, butir-butir mereka, boleh didapati di dalam

laman web CIDS dan boleh diakses oleh pelbagai golongan komuniti di seluruh negara

untuk tujuan pendidikan.

• Pengguna boleh berbincang secara maya dengan ahli-ahli PLC untuk mendapat nasihat,

sumbangan dan perkongsian idea-idea dalam memenuhi keperluan kemahiran belajar. Ini

adalah satu pendekatan baharu dalam program tanggungjawab sosial korporat (CSR)

yang bukan berbentuk kewangan yang mampu memberi manfaat kepada masyarakat

khususnya golongan pelajar dalam dunia pendidikan.

B. KERANGKA TEORI DAN KONSEP SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN

KOLABORATIF

Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE secara asasnya merangkumi sifat falsafah

metafizik, epistemologi, aksiologi, etika, dan logik (philosophical attributes of metaphysics,

epistemology, axiology, ethics and logic). Ini dapat dilihat pada item-item perancangan yang

fleksibel yang banyak bergantung kepada kreativiti guru dan pelajar.

Sifat Falsafah Huraian /Definisi

metafizik falsafah yang berkaitan dengan prinsip-prinsip

terhadap sesuatu perkara, termasuk konsep

yang abstrak seperti, mengetahui, identiti,

masa, dan ruang

epistemologi teori pengetahuan, terutamanya berkaitan

dengan kaedah, kesahihan, dan skopnya, dan

perbezaan antara kepercayaan dan pendapat

yang wajar.

aksiologi kajian tentang sifat, jenis, dan kriteria nilai dan

penghakiman nilai terutama dalam etika

etika prinsip moral yang mengawal tingkah laku

seseorang atau menjalankan sesuatu aktiviti

logik penaakulan yang dilakukan atau dinilai

berdasarkan prinsip yang sah.

Page 9: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

9

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Dasar-dasar falsafah ini memperkuat keperluan untuk golongan pendidik profesional

terutamanya guru kelas untuk melaksanakan model ini dalam usaha melaksanakan pembelajaran

harian mereka. Ia dapat dilihat melalui pelbagai perspektif, konsep dan teori-teori seperti huraian

berikutnya.

• CIDS dapat dilihat dalam pelbagai perspektif di mana sistem ini mampu

berkolaborasi dengan pelbagai elemen perancangan pengajaran dan memenuhi

pelbagai konsep serta memenuhi prinsip-prinsip dan teori-teori pembelajaran.

• Bersesuaian dengan nama model yang terangkum dalam CIDS ini iaitu Model Reka

Bentuk Pengajaran Integral ASIE yang bersifat integral (kesepaduan), maka ianya

mempunyai ciri-ciri IHE (integratif, hibrid, eklektik)

• Item-item yang terdapat dalam model ini bersifat integral kerana diintegrasikan

dengan pelbagai elemen asas dalam ilmu pendidikan iaitu merangkumi ilmu

teknologi, pedagogi dan pengetahuan kandungan (TPACK) (Mishra, P., & Koehler,

M.J. (2006) secara komprehensif untuk memenuhi situasi pembelajaran masa kini.

Malah ia melibatkan pelbagai komuniti dan sarana komuniti yang menyumbang ke

arah perkembangan ilmu, kemahiran dan perwatakan pelajar.

• Melihat kepada ciri-ciri pada komponen dan item Model ASIE ini, ia juga dapat

digolongkan dalam kategori Model Reka Bentuk Pengajaran Hibrid (Hybrid

Instructional Design System) walaupun pada asasnya ia adalah model reka bentuk

pengajaran berasas bilik darjah (classroom-based ID model) tetapi ruang lingkupnya

adalah lebih luas menjangkau bilik darjah hinggalah meliputi persekitaran maya

(virtual). Ini merupakan di antara aspek ciri-ciri perbezaan Model Reka Bentuk

Pengajaran Integral ASIE dengan model-model konvensional yang lain.

• Dari segi toerinya pula model ini mengikut aliran pendekatan eklektik dalam bidang

reka bentuk pengajaran (an eclectic approach to the instructional design) di mana

seseorang pereka bentuk pengajaran boleh menggabungkan idea dari pelbagai teori

pembelajaran untuk membina pengalaman pembelajaran yang lebih berkesan

daripada hanya tertumpu pada satu pengaruh teori sahaja

• Oleh itu, paradigm behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme, dan konektiviti

dipertimbangkan dan digunakan dalam pelbagai prosedur perancangan pengajaran,

yang berpusatkan murid, tidak seperti beberapa model konvensional yang pada

mulanya bertujuan untuk Pembangunan Sistem Pengajaran (ISD) (Seel, N.M 1997,

Gustafson K.L, Branch R.M, (2002).

Page 10: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

10

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Ciri-Ciri Model Reka Bentuk

Pengajaran Integral ASIE

Huraian

Integral • pengintegrasian pelbagai elemen asas dalam ilmu

pendidikan iaitu ilmu teknologi, pedagogi dan

pengetahuan kandungan (TPACK)

• diintegrasi secara komprehensif untuk memenuhi

situasi dan ciri-ciri pembelajaran masa kini.

• melibatkan pelbagai komuniti dan sarana

komuniti yang menyumbang ke arah

perkembangan ilmu, kemahiran dan perwatakan

pelajar.

Hibrid • pada asasnya ia adalah model reka bentuk

pengajaran berasas bilik darjah (classroom-based

ID model)

• ruang lingkupnya adalah lebih luas menjangkau

bilik darjah hinggalah meliputi persekitaran maya

(virtual).

Eklektik • menggabungkan idea dari pelbagai teori

pembelajaran.

• bertujuan membina pengalaman pembelajaran

yang lebih berkesan daripada hanya tertumpu

pada satu pengaruh teori sahaja.

• Teori behaviorisme, kognitivisme, konstruktivisme adalah tiga teori pembelajaran

yang paling sering digunakan dalam penciptaan persekitaran pengajaran. Walau

bagaimanapun teori-teori ini telah dibangunkan dalam masa teknologi tidak memberi

kesan kepada pembelajaran. Selama dua puluh tahun yang lalu, teknologi telah

menyusun semula bagaimana kita hidup, bagaimana kita berkomunikasi, dan

bagaimana kita belajar.

• Teknologi baru memaksa pelajar abad ke-21 untuk memproses dan menggunakan

maklumat dengan cara dan kadar yang sangat cepat. Ini membawa kepada

kemunculan teori konektivisme.

• Menurut Siemens, (2005) konektiviti didorong oleh pemahaman bahawa keputusan

dibuat berdasarkan kepada dasar yang cepat mengalami perubahan. Maklumat baru

terus diperoleh, dan keupayaan untuk memberi perhatian terhadap perbezaan antara

maklumat penting dan tidak penting merupakan satu keutamaan yang amat

diperlukan.

• Bartlett (1932) seperti yang dilaporkan oleh Good & Brophy, 1990 pada awalnya

merintis apa yang mewujudkan pendekatan konstruktivis. Konstruktivis percaya

bahawa pelajar membina realiti mereka sendiri atau sekurang-kurangnya

menafsirkannya berdasarkan persepsi mereka terhadap pengalaman, sehingga

pengetahuan individu adalah fungsi pengalaman terdahulu, struktur mental, dan

Page 11: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

11

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

kepercayaan yang digunakan untuk menafsirkan objek dan peristiwa. Apa yang

diketahui oleh seseorang adalah berdasarkan persepsi tentang pengalaman fizikal dan

sosial yang difahami oleh fikiran (Jonassen, 1991).

• Hasil daripada teori-teori di atas maka pelbagai model pembelajaran/pengajaran

(learning/teaching models) memperkenalkan kaedah dan teknik untuk dijadikan

modul berbentuk cadangan aktiviti untuk diaplikasikan oleh guru dan murid dalam

situasi pembelajaran. Kesemuanya elemen-elemen ini boleh diintegrasikan dalam

prosedur perancangan guru melalui model ASIE ini mengikut kreativiti masing-

masing.

• Manakala penyesuaian terhadap prinsip-prinsip asas reka bentuk pengajaran serta

model-model reka bentuk pengajaran yang lain seperti Model Dick & Reisar, Model

Dick & Carey, Model ASSURE, Model ARCS, Model ADDIE serta model-model

lain yang dikemukan oleh beberapa tokoh bidang ini diberi perhatian dalam

membentuk model ini.

• Pada asasnya apa yang membezakan antara model Reka Bentuk Pengajaran Integral

ASIE dengan model-model reka bentuk konvensional ialah dari segi tujuan ke arah

menepati konsep pembelajaran berpusatkan pelajar. Kebanyakan model-model lain

membawa persoalan “Apakah elemen-elemen perlu ditentukan oleh guru untuk

membina sesuatu situasi pembelajaran bagi pelajar-pelajar” – lebih bersifat

pembelajaran berpusatkan guru kerana guru menentukan proses merancang

pengajaran.

• Manakala bagi Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE pula ia membawa

persoalan “Bagaimanakah caranya guru menyusun strategi pembelajaran dalam

membina situasi pembelajaran yang fleksibel mengikut keperluan pelajar” – lebih

bersifat pembelajaran berpusatkan pelajar kerana guru hanya mencadangkan pelbagai

elemen-elemen yang difikirkan sesuai untuk diberi penekanan terhadap penyusunan

strategi pembelajaran (strategize) sementara pelajar diberi peluang melaksanakan

aktiviti-aktiviti tersebut mengikut bersesuaian dan minat mereka dalam memenuhi

situasi pendidikan semasa.

• Sebagai contoh daripada cadangan strategi yang disusun oleh guru untuk sesi

penyelesaian masalah, sekumpulan murid mungkin memilih peta minda untuk

dibincang dan dipersembahkan bersama rakan-rakan, manakala sekumpulan pelajar

lain mungkin berminat untuk mencari klip video yang sesuai untuk dipersembahkan.

• Dalama hal ini penumpuan harus diberi terhadap ciri-ciri profil pelajar, kesediaan

pelajar, ciri-ciri media yang hendak digunakan, aras pemikiran yang ingin dikuasai

oleh pelajar dan aktiviti-aktiviti yang dapat melibatkan semua pelajar berdasarkan

pembelajaran terbeza (differentiated learning) serta kaitannya antara prinsip dan teori

yang diajar dengan alam pekerjaan yang akan ditempuhi dalam era Industri Revolusi

4.0 dan kedudukan dan peranan mereka dalam pembentukan masyarakat pintar 5.0

(Society 5.0) di masa yang akan datang.

Page 12: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

12

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

• Ini adalah penting untuk mewujudkan pelajar berfikir di luar koak yang sentiasa

relevan dengan perkembangan semasa di peringkat lokal dan global.

• Begitu juga dengan elemen-elemen penting dalam kerangka pembelajaran terkini

seperti Kerangka Pembelajaran Abad Ke-21, (2002), Four Dimensional Learning,

2015 dan Kerangka PAK21, Kementerian Pendidikan Malaysia, (2017), yang

mempunyai korelasi yang hampir sama di antara satu sama lain. Elemen-elemen ini

juga dijadikan sebahagian daripada item-item perancangan dalam model ini untuk

memastikan ianya juga relevan dengan situasi pembelajaran masa kini.

• Secara praktiknya berdasarkan huraian teori di atas guru-guru memerlukan

berkemahiran dalam bidang pedagogi, teknologi dan bidang pengetahun dan

kemahiran kandungan bidang pembelajaran (technological knowledge, pedagogical

knowledge, content knowledge - TPACK ) yang diajar (Mishra, P., & Koehler, M.J.

2006). Ia harus dilaksanakan bukan secara terpisah tetapi harus mengintegrasikannya

dalam PdPc.

• Satu Kerangka Struktur Pembelajaran Strategik dibina untuk memperjelaskan

bagaimana komponen-komponen perancangan pembelajaran dalam Model Reka

Bentuk Pengajaran Integral ASIE ini dibentuk berdasarkan bidang-bidang yang

terdapat dalam model kerangka Model TPACK.

Page 13: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

13

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

ASPEK PERBEZAAN ANTARA MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL

ASIE DENGAN MODEL-MODEL LAIN

Aspek Model Reka Bentuk Pengajaran Integral

ASIE

Model-model Reka Bentuk

Pengajaran konvensional

Bidang fokus Pemusatan khusus kepada pembelajaran pelajar dalam situasi amalan pembelajaran dan pemudahcaraan masa kini

Penumpuan yang bercampur-campur. Contoh: Model ADDIE – tumpuan kepada pembinaan produk, Model ASSURE – tumpuan kepada pemilihan media dalam pembelajaran Model ARCS – tumpuan kepada unsur motivasi dalam perancangan pengajaran. Model Dick & Reiser – tumpuan kepada amalan di bilik darjah secara umum.

Strategi

perancangan • Item-item perancangan yang

fleksible yang boleh ditambah dan

diubahsuai (customized) sendiri

• Lebih bersifat cadangan penyusunan

strategi berdasarkan profil pelajar

• Memberi kebebasan kepada pelajar

memilih kaedah, aktiviti dan strategi

sendiri

• Item-item adalah rigid

• Lebih bersifat membina strategi

pembelajaran di mana guru

menentukan kaedah yang perlu

diaplikasikan oleh murid

Media

perancangan • Melalui aplikasi dalam talian

(online)

• Khusus pada perancangan

pengajaran berasaskan konsep

bidang reka bentuk pengajaran

• Pembentuk Komuniti Pembelajaran

Profesional sebagai nilai tambah

pada model ini

• Tidak melalui dalam talian.

• Terdapat banyak perancangan

pengajaran yang menggunakan

aplikasi berbentuk templat

untuk merancang sesuatu kursus

atau pengajaran. Contoh:

Google classroom

• Terdapat juga aplikasi yang

hanya menyediakan ruang untuk

berkongsi pelbagai sumber

rancangan pengajaran: Contoh

Edmodo

Page 14: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

14

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Pengintegrasian bidang teknologi, pedagogi & pengetahuan bidang pelajaran dalam Model

TPACK (Mishra, P., & Koehler, M.J. 2006)

Penjelasan ringkas kerangka Model TPACK

• Pengetahuan teknologi (TK) – guru seharusnya mempunyai pengetahuan yang luas strategi

mengintegrasikan pelbagai teknologi yang sedia ada mengikut kemampuan dan kemudahan untuk

memberi memberi peluang kepada pelajar mengakses maklumat dengan cara yang lebih mudah,

efekif dan praktikal.

• Pengetahuan pedagogi (PK) – pengetahuan dalam bidang ini amat diperlukan agar guru mampu

menyusun strategi dengan pelbagai pendekatan, kaedah dan teknik yang sesuai untuk membentuk

aktiviti pembelajaran dalam kalangan pelajar.

• Pengetahuan bidang kandungan pelajaran (CK) – guru harus mahir dalam bidang pengetahuan

yang diajar. Pengetahuan yang mendalam, luas dan komprehensif menjadi satu keperluan dalam

proses PdPc.

• TPACK (kombinasi ketiga-tiga bidang) – untuk melahirkan keberkesanan pengajaran, guru

seharusnya menggandingkan ketiga-tiga bidang dalam sesi pengajarannya bukan hanya mahir

dalam bidang-bidang tertentu sahaja.

Page 15: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

15

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Ubahsuaian Kerangka Struktur Pembelajaran Strategik (Ismail Zain, 2014)

Page 16: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

16

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Penjelasan Kerangka Struktur Pembelajaran Strategik

• STANDARD PEMBELAJARAN DAN PEMUDAHCARAAN (Learning & Facilitating Standard)

Butiran standard tentang bidang pembelajaran dan pemudahcaraan yang menjadi fokus utama sebagai

keperluan dan panduan dalam PdPc guru. Ianya dapat diklasifikasikan mengikut kerangka model TPACK

iaitu pengetahuan dalam Kandungan Pembelajaran (content knowledge), pengetahuan dalam Pedagogi

(pedagogical knowledge) dan pengetahuan dalam teknologi (technological knowledge). Item-item ini

membentuk Komponen Pembelajaran Strategik (strategical learning component).

▪ Kandungan Pembelajaran (content knowledge) – ianya dirujukkan kepada struktur pembelajaran –

topik pembelajaran, objektif & hasil pembelajaran/kriteria kejayaan (learning topic, learning

objectives & learning outcomes etc.), dan profil perbezaan individu. Ketiga-tiga ini harus mempunyai

kaitan yang rapat dalam menentukan hala tuju pembelajaran.

o struktur pembelajaran – item-item yang diperlukan bagi merangka pembelajaran seperti yang

terdapat dalam HSP atau DSKP.

o objektif & hasil pembelajaran/kriteria kejayaan – pernyataan tentang pengetahuan dan kemahiran

yang perlu dicapai atau ditunjukkan oleh pelajar secara umum atau khusus.

o profil perbezaan individu – merujuk kepada ciri-ciri atau atribut pelajar yang dipamerkan melalui

ujian-ujian psikometrik atau yang berkaitan dengannya untuk menentukan pernyataan

objektif/kriteria kejayaan pelajar.

▪ Pengetahuan Pedagogi – pelbagai pendekatan dan tema pembelajaran, teknik, kaedah, alat berfikir

dan aktiviti pembelajaran, kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai yang harus dikuasai oleh pelajar untuk

dintegrasikan dalam PdPc.

o pendekatan dan tema pembelajaran – pelbagai pendekatan boleh cadangakan dan digunakan

mengikut kreativiti dan kesesuaian pelajar dan guru. Manakala pelbagai tema pembelajaran

terutamanya tema pembelajaran masa kini (PAK21) boleh dikaitan dengan topik pembelajaran.

o teknik, kaedah, alat berfikir – pelbagai teknik, kaedah dan alat berfikir boleh dicadangkan oleh guru

mengikut kesuaian atau mengikut pemilihan pelajar sendiri dalam menyelesaikan masalah yang

diberikan dalam PdPc.

o kemahiran-kemahiran dan nilai-nilai – pelbagai kemahiran dan nilai-nilai yang sesuai dengan aliran

persekitaran pembelajaran masa kini harus dibina dan diterapkan dalam melaksanakan aktiviti PdPc.

▪ Pengetahuan Teknologi – segala resos, alatan dan aplikasi yang berbentuk digital atau bukan digital

boleh digunakan mengikut kesesuaian dan kesukaan pelajar dalam mengakses maklumat.

o resos – teks, video, audio, grafik dan sumber-sumber dalam pelbagai bentuk yang mampu dan

sesuai digunakan dalam PdPc

o alatan dan aplikasi – pelbagai alatan termsuk komputer, projektor, telefon bimbit atau bahan

maujud; begitu juga pelbagai aplikasi yang boleh dimuat turun secara percuma perlu diketahui dan

digunakan dalam PdPc.

o prosedur pengaplikasian – pengetahuan juga perlu ada dari aspek prosedur pengaplikasiannya

termasuk kaitan fitur-fitur (features) tersebut dengan topik yang dipelajari agar resos, alatan dan

aplikasi ini tidak disalahgunakan.

Kesemua item dalam kompenen di atas membentuk Alat Pembelajaran Strategik (strategical learning

tools)

• STANDARD PENTAKSIRAN PEMBELAJARAN (Learning Assessment Standard)

Ke semua butiran dalam Standard Pembelajaran dan Pemudahcaraan dijadikan panduan dan kriteria

membentuk Standard Pentaksiran Pembelajaran bagi menentukan pencapaian ilmu, kemahiran dan

perwatakan pelajar mengikut kesesuaian aliran persekitaran pembelajaran masa kini bagi memenuhi dan

kaitannya dengan peluang kesinambungan kehidupannya dalam pelajaran atau bidang pekerjaan masa

hadapan.

Page 17: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

17

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Komponen TPACK membentuk perancangan peringkat makro (mingguan)

( Lembaran Integrasi Pelbagai - MIW)

Dalam Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE

Pengetahuan Kandungan Pembelajaran

Pengetahuan Teknologi

Pengetahuan Pedagogi

Page 18: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

18

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Ubahsuaian Cadangan Kerangka Pembelajaran Abad ke-21 oleh 21st Century Partnership (2007)

Ubahsuaian cadangan ciri-ciri pelajar Abad

Ke-21 dalam Four Dimensional Education

oleh Centre for Curricullum Redesign, (2015

Ubahsuaian cadangan ciri-ciri pelajar dalam

persekitaran pembelajaran masa kini oleh

Kementerian Pendidikan Malaysia, 2017

Page 19: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

19

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Korelasi antara elemen-eleman pada kerangka-kerangka pembelajaran dalam situasi

pembelajaran masa kini

Elemen-elemen dalam ketiga-tiga kerangka ini dijadikan asas ke arah pembinaan item-item

Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE.

1 2 3

4

4

Kerangka PAK21 - KPM, 2017

Kerangka PAK21 – 21st Century Partnership, (2002)

Four Dimensional Learning (2015)

Page 20: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

20

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

KOMPONEN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN ASIE

Fungsi tunjuk arah

Aliran prosedur: Memberi panduan kepada guru langkah-langkah yang perlu dilaksanakan dalam

perancangan mengikut komponen.

Interaksi antara komponen: Aliran prosedur ini bukannya berbentuk sehala tetapi guru boleh

berinteraksi semula dengan komponen sebelum dan selepas perancangan. Tujuannya ialah supaya item-

item yang dipilih atau perancangan yang dibuat dan aktiviti yang distrategikan untuk murid perlulah

sesuai dan saling berkaitan antara semua aspek yang terdapat antara satu komponen dengan komponen

yang lain.

Integrasi komponen: Maklumat perancangan diintegrasikan dalam Lembaran Integrasi Pelbagai – MIW

(Multiple Integration Worksheet).

Kitaran refleksi: Guru harus membuat refleksi terhadap keseluruhan perancangan yang terdapat pada

semua komponen supaya ia bersifat penyepaduan“integrated” alam memenuhi hasil pembelajaran.

Menganalisismaklumat persediaan

perancangan pengajaran peringkat makro (mingguan)

Menyusun strategi pengajaran peringkat makro (mingguan) melalui penginterasian pelbagai item mengikut aliran perkembangan pembelajaran masa kini untuk pilihan pelajar

Melaksana

pengajaran peringkat

mikro (pengajaran harian)

melalui pembentukan

RPH

Pemantauan, Penilaian, Refleksi

untuk penambahbaikan

PdPc

Pemusatan perancangann

Page 21: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

21

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

KOMPONEN, ASPEK & ITEM MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

INTEGRAL ASIE

KOMPONEN ASPEK ITEM MIW

A

ANALYZE (Analisis)

• profil pembelajaran

o subjek, tema, bidang pembelajaran, tajuk/topik dan item-item lain

o objekti pembelajaran, hasil pembelajaran, kriteria kejayaan dan item-item lain yang relevan

Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet (MIW) merupakan:

• mekanisme pemusatan strategi perancangan atau kerangka perancangan keseluruhan untuk dipilih oleh pelajar ke arah pengintegrasian dalam proses PdP

• bertindak sebagai paparan memudahkan guru menzahirkan perancangan pengajaran secara kreatif hasil cantuman idea berdasarkan aspek-aspek dan item-item komponen dalam model ini

• bertindak sebagai satu senarai semak kepada guru terhadap ciri-ciri/fitur-fitur pembelajaran masa kini

• perancangan sentiasa terkini (up to date), memenuhi keperluan pendidikan di peringkat lokal dan global

• aktiviti yang direka bentuk dikaitkan dengan keperluan perkembangan penjanaan kemahiran berfikir dan kreativiti pelajar

• memudahkan guru secara kreatif menentukan corak pentaksiran untuk mencungkil potensi pelajar

• profil pelajar

o kesediaan pelajar menghadapi pembelajaran o gaya belajar, o pelbagai profil psikometrik atau profil lain yang

berkaitan dengan atribut pelajar ke arah perkembangan diri dan perwatakan pelajar.

• profil media pengajaran

o pemilihan media pengajaran yang bersesuaian

dengan profil-profil di atas seperti:

• jenis media • elemen • komposisi dan lain-lain item yang sesuai

S

STRATEGIZE (Menyusun

Strategi)

• mengintegrasi

o catatan ringkas bagaimana media pengajaran di atas

dapat diintegrasikan dan PdPc

o EMK – elemen merentasi kurikulum yang relevan

atau item-item lain yang sesuai

• menyesuai - kemahiran

o kemahiran belajar termasuk kemahiran belajar Abad

Ke-21 atau kemahiran kemahiran lain yang relevan

o Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan aras

pemikiran yang lain serta item-item lain yang relevan

• mengaplikasi - alat

o pengaplikasian pelbagai alat berfikir o pengaplikasian pelbagai alat pengajaran—kaedah,

teknik, aktiviti dan alat-alat pengajaran yang lain

serta item-item yang lain mengikut kreativiti masing-

masing

• menerap - nilai

o pelbagai item nilai moral dan nilai yang lain

• membentuk – soalan pengajaran

o pernyataan utama dalam topik pembelajaran

berdasarkan KBAR dan KBAT

o corak atau jenis pentaksiran untuk mendapat

maklumat perkembangan minda dan potensi pelajar

I

IMPLEMENT (Melaksana)

• mengadaptasi

o mengadaptasi perancangan pengajaran untuk

pembentukan Rancangan Pelajaran Harian (RPH)

• mengaplikasi

o mengaplikasi perancangan pengajaran (RPH) dalam

proses amalan terbaik pembelajaran dan

pemudahcaraan

E

EVALUATE (Menilai)

• maklum balas

o tindakan terhadap maklum balas

• mengkaji semula

o mengkaji keberkesanan strategi perancangan

pengajaran

o refleksi/impak

• menyemak semula

o menilai strategi perancangan pengajaran untuk

peluang mereka bentuk semula pengajaran pada

masa hadapan

Page 22: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

22

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Pengguna boleh lalukan tetikus (mouse over) ke atas teks dalam komponen model untuk

membaca preskripsi setiap aspek dalam komponen model atau pada arah aliran. Berikut adalah

beberapa contoh:

Page 23: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

23

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

HURAIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN INTEGRAL ASIE – KOMPONEN,

ASPEK & ITEM

Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE (Ismail Zain, Balakrishnan, M. 2104)

merupakan pendekatan bersepadu dalam merancang prosedur strategi pengajaran yang biasa

dilaksanakan untuk keperluan pelajar dalam persekitaran pembelajaran & pengajaran masa kini.

• ASIE ialah akronim bagi komponen A – Analyze (Analisis) S – Strategize (menyusun

strategi) I – Implement (melaksana) E – Evaluate (menilai). Kesemua komponen

bertindak sebagai prosedur merangka perancangan pengajaran (instructional

planning procedures) di peringkat makro secara bersistematik dan profesional untuk

diaplikasikan di peringkat mikro iaitu pembentukan beberapa rancangan pelajaran

harian (RPH) yang mengandungi item-item aktiviti pembelajaran yang boleh dipilih

mengikut kesesuaian pelajar sendiri. Ia juga dibina berlandaskan pendekatan eklektif di

mana prinsip dan cantuman teori reka bentuk pengajaran (principles of instructional

design theories) dan teori pembelajaran yang berfokuskan mazhab kognitif, konektivis

dan konstruktivis diberi penekanan.

• Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE memberi opsyen kepada guru bagi

membolehkan mereka merancang pengajaran secara lebih efisyen melalui aplikasi dalam

talian (online application). Terdapat beberapa aspek dan item dalam komponen model ini

yang boleh diubah suai (customized) atau membuat penambahbaikan atau mengubah

tetapan (setting) yang disediakan mengikut keperluan kurikulum, situasi amalan

perancangan sesebuah sekolah, keperluan pelajar dan kreativiti guru.

• Model ini bersifat interaktif, integratif, preskriptif, dan konstruktif.

Interaktif: Memudahkan pengguna berinteraksi dengan pengisian item yang

disediakan dengan opsyen memilih, menampal dan menulis mengikut prosedur

yang disediakan.

Integratif: Memudahkan guru mengintegrasikan item-item perancangan yang

disediakan atau menambah item-item mengikut keperluan, dalam proses

penyediaan perancangan.

Preskriptif: Memudahkan guru memahami kandungan dalam model ini dimana

bagi setiap komponen, aspek dan item yang tertentu disediakan penerangan

ringkas untuk pemahaman kendiri (self-prescriptive).

Konstruktif: Penyusunan perancangan yang padu, lengkap dan komprehensif.

Page 24: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

24

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

• Untuk memudahkan pengguna, model ini menyediakan manual pengguna, bahan rujukan,

bahan informasi dan bimbingan video untuk memahami dan memudahkan pengaplikasian

dan pengoperasian model ini.

Versi baharu 6.0 mempunyai pelbagai opsyen membolehkan guru mencipta rancangan pelajaran

harian (RPH) mengikut keperluan dan kreativiti masing-masing secara profesional serta

mencipta Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) untuk membina watak dan mencungkil

kreativiti murid.

Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integraton Worksheet - MIW)

Model ini memaparkan Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration Worksheet

– MIW) iaitu paparan pemusatan strategi atau kerangka perancangan yang dibuat melalui

pelbagai aspek dan item yang dipilih di peringkat makro (boleh berbentuk minggu) untuk

membentuk perancangan amalan terbaik di peringkat mikro (RPH) untuk pelajar ke arah

pengintegrasian dalam PdP. Ia merupakan hasil daripada cadangan penyusunan strategi

perancangan guru melalui kitaran refleksi dan penilaian bagi setiap komponen dalam model

yang dilalui untuk keperluan dan pemilihan pelajar.

• MIW dan RPH ini boleh diakses, dikongsi atau disunting bersama mengikut situasi

kesesuaian sebagai nilai tambah dalam pemantapan ilmu dan kemahiran dalam profesion

perguruan.

Page 25: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

25

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

• Bimbingan dan pengesahan boleh dilaksanakan oleh penilai atau pemantau secara

profesional.

Kekuatan Dan Kemampuan Model Integral ASIE

Secara keseluruhannya kekuatan CIDS mampu membantu guru melaksanakan perkara berikut:

• Mereka bentuk dan menyusun strategi pengajaran di peringkat makro dan mikro.

• Item-item yang terdapat dalam sistem ini boleh diubahsuai (customized) mengikut

keperluan, dasar atau amalan institusi masing-masing bergantung kepada kreativiti guru

dan pemilihan mengikut kesesuaian pelajar.

• Menggunakan MIW sebagai bahan rujukan dalam sesi “Lesson Study” program PLC.

• Berkongsi perancangan bersama guru guru lain dalam kalangan ahli komuniti.

• Mencari dan berkongsi perancangan bersama guru-guru lain hingga ke peringkat global.

• Berkolaborasi bersama murid dan pelbagai komuniti untuk berkongsi pengalaman bagi

kepentingan membina perwatakan dan potensi pelajar dalam menentukan masa hadapan

mereka dalam bidang pekerjaan dan kehidupan.

PROSEDUR PENGAPLIKASIAN MODEL REKA BENTUK PENGAJARAN

INTEGRAL ASIE

Model ini bermula dengan komponen pertama iaitu:

KOMPONEN 1: ANALISIS (Analyze)

(i) Profil pembelajaran (learning profiles) - meliputi item seperti kelas yang

diajar, subjek, tema, bidang pembelajaran, topik/tajuk, objekti

pembelajaran, hasil pembelajaran berdasarkan huraian sukatan pelajaran

(HSP) atau Dokumen Standard Kualiti Pembelajaran (DSKP) yang

dikeluarkan oleh KPM. Guru boleh juga menambah item-item yang lain

Aspek yang dianalisis:

(i) Profil pembelajaran

(ii) Profil pelajar

(iii) Profil media pengajaran

Page 26: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

26

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

yang bersesuaian dengan amalan guru tersebut. Pengguna diberi pilihan

sama ada memilih kandungan yang disediakan atau mencatat dan

menambah kandungan mengikut keperluan sendiri.

Tujuan: Oleh kerana model ini berkonsepkan pembelajaran berasaskan

hasil pembelajaran (outcome-based learning), guru harus mengetahui

apakah yang sebenarnya hasil pembelajaran yang ingin dicapai (Intended

learning outcomes – ILO) serta kemahiran atau pengetahuan yang perlu

diperoleh serta kemahiran-kemahiran yang bersifat multi disciplinary, atau

kemahiran generik mengikut keperluan semasa.

(ii) Profil pelajar (learners’ profiles) – termasuk item gaya belajar (learning styles)

jika perlu, atau item-item pada ujian psikometrik yang dilaksanakan di sekolah

atau ujian-ujian lain yang dapat menunjukkan ciri-ciri pelajar (learners’

attributes). Guru boleh menambah profil pelajar yang lain jika perlu.

Tujuan: Oleh kerana model ini bercirikan pemusatan murid (student centered)

yang menjadi pegangan utama dalam proses pembelajaran dan pemudahcaraan

dalam persekitaran pembelajaran masa kini, adalah wajar bagi guru-guru

mengetahui profil pelajar mereka secara umum dalam kelas yang berkaitan untuk

memudahkan pemilihan bahan, strategi pengajaran dan pembentukan aktiviti

pembelajaran terbeza (differentiated learning) yang sesuai dengan pelajar-pelajar

mereka. Contoh:

• jika ramai bilangan atau peratusan pelajar dalam kelas mereka yang bercirikan visual dalam ujian Kecerdasan Pelbagai (IKP), maka sudah tentu guru mungkin menggunakan kaedah yang sesuai dengan ciri-ciri ini (seperti tayangan video, aktiviti mengesan gambar dan aktivtiti-aktiviti lain) tanpa mengabaikan kaedah-keadah lain untuk mewujudkan keseimbangan dalam pertumbuhan pelbagai aspek diri dan perwatakan pelajar.

Page 27: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

27

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Untuk tujuan ini model ini menyediakan opsyen kaedah yang mudah dan ringkas

untuk mengisi skor ujian kelas secara kolektif pada ruang-ruang yang disediakan

dengan kerjasama pihak guru bimbingan dan kaunseling bagi memudahkan guru

melihat profil pelajar mereka.

Page 28: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

28

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

(iii) Profil media pengajaran (instructional media profiles) – senarai pelbagai bahan

media pengajaraan berbentuk digital dan bukan digital untuk aktiviti

pembelajaran. Guru juga diberi opsyen untuk menambah sendiri media yang

difikirkan sesuai sesi pengajaran mereka.

Tujuan: Pemilihan media pengajaran (pelbagai jenis dan klasifikasi media) boleh

dibuat berdasarkan ciri-cirinya/atribut profil pelajar dan kesesuaiannya dengan

kandungan subjek. Opsyen diberi kepada guru untuk menganalisis pada item

elemen iaitu pelbagai aspek atau ciri-ciri media seperti teks, grafik, animasi,

video, audio, atau sebagainya yang tergabung membentuk produk media tersebut

untuk dipilih dalam proses PdPc mereka. Contoh: - dalam tayangan klip video ada juga:-

• teks -sama ada dipaparkan dalam klip video tersebut (contoh isi-isi penting) atau dalam bentuk bacaaan skrip ,

• grafik – (contoh: ilustrasi, carta, atau gambar yang tidak bergerak dll) • audio - contoh musik latar, kesan bunyi seperti guruh, suara orang

minta tolong dsb (dilihat dan didengar).Ada juga unsur audio yang tidak dapat didengar tetapi ada bahan bukti yang dapat dilihat - contoh dalam gambar foto - diperlihatkan banjir dengan awam tebal –jika kita hendak tumpukan pada elemen audio guru boleh menyuruh murid bagi pendapat apa mungkin murid akan dengar berdasarkan bukti yang ada di dalamnya atau jika dia berada ditempat itu.

Guru boleh menambah elemen lain yang relevan.

Guru juga diberi opsyen menganalisis item komposisi iaitu pelbagai item kecil

yang dipecahkan dari segi pelbagai aspek/sudut/perspekif. Contoh:

• objek ( flora –fauna - sungai , burung, gunung-ganang, awan dsb) • latar belakang (sawah padi, laut, awan dsb. sama ada dapat dilihat atau • tidak), • suasana (sepi, ceria, bising dsb) • perasaan (sedih, gembira, benci, takut dsb).

Komposisi juga boleh menggambarkan:- • kepentingannya (pusat pelancongan, tempat sejarah dll) • kekuatan (daya ketahanan, kemantapan dsb)

Item komposisinya boleh ditambah/direka oleh guru sendiri. Apa yang penting

ialah media itu dapat dipecahkan kepada item-item kecil (untuk dibuat analisis/

kalau dalam ayat dipanggil dicerakinkan).

Pengguna boleh menambah item lain yang relevan. Penganalisisan ini penting

untuk guru menggunakan sepenuhnya maklumat daripadaa profil pada media ini

Page 29: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

29

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

untuk tujuan penjanaan minda pelajar terutama ke arah kemahiran berfikir aras

tinggi (KBAT).

Page 30: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

30

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

KOMPONEN 2: MENYUSUN STRATEGI (Strategize)

Penyusunan strategi haruslah disesuaikan dengan aspek-aspek dan item-item yang ada pada

Komponen 1 – Analisis, agar terdapat kesinambungan dalam perancangan pengajaran.

(i) Mengintegrasi (integrating) - media pengajaran: Catatan ringkas bagaimana

media akan diintegrasikan oleh guru dan murid dalam PdPc.

Tujuan: Pemilihan media dapat diintegrasikan sewajarnya dalam PdPc untuk

dimanfatkan oleh murid dalam aktiviti PdPc yang selaras dengan objektif

pembelajaran yang dibina dan sesuai dengan profl pelajar melalui beberapa skor

ujian psikomerik bagi keseluruhan pelajar secara umum. Contoh:

• Murid menonton video untuk sesi perbincangan (jika memilih klip video) • Murid membaca skrip untuk memilih watak dalam lakonan (jika memilih bahan

cetakan).

Aspek untuk menyusun strategi:

(i) Mengintegrasi - media pengajaran

(ii) Menyesuai – kemahiran

(iii) Mengaplikasi – alat

(iv) Menerap – nilai

(v) Membentuk - soalan pengajaran

Page 31: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

31

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

(ii) Menyesuai (accommodating) – kemahiran – Pemilihan item yang terdapat dalam

aspek ini oleh guru termasuk:

(a) tema – terutama bagai tema PAK21 iaitu literasi alam sekitar, literasi

kesedaran global, literasi kesihatan, Literasi kewangan, ekonomi,

perniagaan & keusahawanan, literasi sivik dan literasi-literasi lain.

(b) kemahiran belajar dan inovasi masa kini seperti kemahiran PAK21-

meliputi kemahiran dalam berkolaborasi, berkomunikasi, berfikir

secara kritis dan kreatif untuk disesuaikan dengan pengajarannya

(c) kemahiran hidup dan kerjaya - meliputi item kepimpinan &

tanggungjawab

(d) kemahiran maklumat media dan teknologi - meliputi bagaimana

maklumat yang diperoleh mampu menjana kemahiran berfikir aras

tinggi seperti model ubahsuaian taksonomi Bloom serta kemahiran-

kemahiran lain yang diperlukan.

Tujuan: Penyesuaian ini dibuat agar proses PdPc melalui aktiviti-aktiviti yang

dirancang oleh guru mampu mengikut aliran pendidikan masa kini dalam usaha

menjana minda ke arah persediaan murid yang bermaklumat, pengetahuan dan

kemahiran yang tinggi dan berkualiti serta mampu menyesuaikan kehidupan dalam

masyarakat majmuk yang silang budaya dalam pembinaan perwatakan murid yang

bersahsiah dan unggul.

Contoh: • Jika pemilihan Literasi Alam Sekitar dibuat pada item Tema, maka isu-isu yang

dibincangkan perlulah luas dan bersifat global disamping menumpukan perkaitannya dengan topik pembelajaran seperti isu banjir, pemuliharaan alam sekitar, wabak penyakit dan isu-isu lain yang relevan dengan topik perbincangan.

• Jika Kreativiti dipilih pada item Kemahiran Belajar & Inovasi, maka aktiviti yang dilaksanakan nanti perlulah mampu menjana kreativiti murid.

• Jika pemilihan Kepimpinan dan tanggungjawab dibuat pada item Kemahiran Hidup dan Kerjaya maka akitiviti yang dilaksanakan oleh murid perlulah mampu mempamerkan sifat kepimpinan dan ketanggungjawaban.

Page 32: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

32

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Page 33: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

33

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

(iii) Mengaplikasi - alat (tools) – merujuk kepada pengaplikasian pelbagai jenis alat

berfikir seperti peta minda, pengurusan grafik, i-think, alat berfikir CoRT de Bono

dan alat berfikir yang lain. Item seperti kaedah, teknik dan aktiviti yang ingin

dilaksanakan seperti perbincangan, kuiz, pembelajaran koporatif & kolaborasi,

konstruktivisme dan sebagainya.

Tujuan: Aktiviti PdPc dalam dilaksanakan melalui pelbagai alat berfikir dan

pendekatan yang berbeza mengikut profil murid. Ini memberi peluang kepada

semua murid menyertai aktiviti yang sesuai dan diminati oleh mereka agar objektif

pembelajaran tercapai dengan jayanya.

Contoh:

• Jika Peta Minda dipilih pada item Alat Berfikir maka ianya harus digandingkan dengan item yang sesuai dengan kaedah, teknik dan pendekatan – seperti kaedah Sumbangsaran atau yang bersesuaian dengannya.

• Guru juga boleh menambah alat berfikir atau kaedah, teknik, pendekaan sendiri jika perlu.

Page 34: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

34

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

(iv) Menerap (instilling) – nilai: Senarai nilai-nilai yang ingin diterap melalui

pengajaran.

Tujuan: Melalui aktiviti yang dilaksanakan murid dapat memahami dan

mempraktikkan nilai-nilai murni apabila berada dalam sesebuah komuniti untuk

kesejahteraan dalam kehidupan. Contoh:

• Jika nilai Berbudi bahasa dipilih maka dalam aktiviti tersebut guru harus menyusun aktiviti agar unsur nilai ini dapat diterap dan dipamerkan oleh murid.

• Guru boleh menambah nilai-nilai lain yang sesuai.

(v) Membentuk - soalan pengajaran (instructional questions) – catatan ringkas

kenyataan, bimbingan atau soalan asas (essential questions) untuk membantu

membentuk beberapa aktiviti perancangan pengajaran (Instructional planning)

iaitu beberapa rancangan pelajaran harian – RPH.

Guru juga diberi opsyen untuk menentukan jenis pentaksiran yang hendak

diadakan untuk melihat perkembangan ilmu dan kemahiran pelajar pada peringkat

dan masa yang tertentu.

Guru juga boleh menentukan sendiri langkah-langkah pengajaran (Adegan

Pengajaran – instructional events) yang sesuai untuk membentuk Rancangan

Pengajaran Harian (RPH) dengan cara menukar tetapan langkah-langkah

pengajaran yang tersedia ada.

Tujuan: Aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan nanti akan menepati objekftif

pembelajaran atau kriteria kejayaan yang berasaskan kepada kemahiran berfikir

yang dinyatakan (sama ada KBAR atau KBAT dalam aspek profil pembelajaran)

serta melihat perkembangan potensi pelajar. Contoh:

• Jika dalam objektif pembelajaran dinyatakan ….Pelajar boleh mengeluarkan pendapat…. Maka dalam soalan pengajaran catatan perlulah dibuat bahawa

Page 35: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

35

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

dalam aktiviti PdPc ia akan memandu murid untuk mencipta idea tentang topik yang dipelajari.

Page 36: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

36

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Komponen 3: Melaksana (Implement)

(i) Mengadaptasi (adaptating) – perancangan pengajaran – mengadaptasikan

perancangan yang dibentuk di peringkat makro ini untuk dijadikan sebagai

panduan dalam pembentukan rancangan pelajaran harian (RPH) – di peringkat

mikro

(ii) Mengaplikasi (applying) – perancangan pengajaran - rancangan pelajaran

harian yang dibentuk berdasarkan model ini akan dilaksanakan dalam proses

pembelajaran di bilik darjah.

Tujuan: Perancangan yang dibuat dan dipamerkan dalam Lembaran Integrasi Pelbagai (MIW)

boleh dipilih untuk membentuk dan mencipta beberapa RPH bagi semua kelas terlibat.

Komponen 4: Menilai (evaluate).

Aspek untuk melaksana:

Komponen ini mempunyai 2 aspek:

(i) Mengadaptasi perancangan

pengajaran

(ii) Mengaplikasi perancangan

pengajaran

Aspek untuk melaksana:

Komponen ini mempunyai 3 aspek:

(i) Bertindak terhadap maklum balas

(ii) Mengkaji semula perancangan

pengajaran

(iii) Menyemak semula perancangan

pengajaran

Page 37: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

37

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Perancangan memerlukan penilaian sama ada pada peringkat pra-pengajaran iaitu melalui

perbincangan dengan rakan sejawat, rintis dengan pelajar atau peringkat pasca pengajaran iaitu

selepas proses pembelajaran & pengajaran.

Komponen ini mempunyai 3 aspek yang perlu dikaji:

(i) Bertindak terhadap maklum balas (responding) - membuat penyesuaian dan

penambahbaikan daripada tindak balas pelajar.

(ii) Mengkaji semula (reviewing) perancangan pengajaran – mengkaji kekuatan,

kelemahan dan penambahbaikan yang perlu dibuat.

(iii) Menyemak semula (revising) perancangan pengajaran – mengkaji keseluruhan

perancangan pengajaran dengan membuat penambahbaikan.

Tujuan: Penambahbaikan terhadap strategi yang dibangunkan untuk mereka bentuk semula

pengajaran masa depan dalam menghasilkan dan mengekalkan strategi perancangan pengajaran

yang berkualiti tinggi.

Jadual 2 memperlihatkan hurian dan hubungan antara komponen, aspek dan item.

Penyusunan maklumat

Maklumat yang dipilih atau ditulis dalam setiap komponen model untuk membina rancangan

pengajaran dikumpulan dalam Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (MIW) sepertimana yang

telah diperjelaskan.

• MIW boleh disunting untuk penambahbaikan.

• MIW mempamerkan perancangan yang dibuat mengikut topik pembelajaran

• Kandungan Item boleh dipilih untuk membentuk beberapa rancangan pengajaran harian

(RPH)

• MIW dan RPH boleh disimpan secara luar talian (off-line) menggunakan fail berformat

PDF.

Page 38: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

38

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Paparan maklumat pada Lembaran Kerja Integrasi Pelbagai (Multiple Integration

Worksheet – MIW)

Kemudahan pada MIW:

• Boleh disalin semula ke rekod yang lain

• Boleh dikongsi bersama dengan guru lain

• Boleh memuat naik bahan perkongsian (dokumen, video dan pautan)

• Boleh menyimpan MIW dalam format pdf

• Boleh mencetak

• Boleh mencipta beberapa RPH untuk semua kelas

• Boleh dibuat pengesahan oleh pentadbir untuk semua guru

Guru boleh memilih maklumat dalam setiap

ruangan untuk mencipta rancangan

pengajaran harian (RPH)

Senarai RPH

yang telah

dicipta.

Teks warna biru boleh disunting jika perlu

Klik

untuk

cetak

MIW

Klik untuk

mencipta

RPH)

Klik

untuk

simpan

dalam

format

fail PDF

Pengesahan

pihak

pemantau/

pentadbir/

penilai

Klik untuk muat

naik bahan

perkongsian

Page 39: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

39

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

RPH yang telah dicipta

• Pengisian perancangan di atas berlaku berdasarkan pemilihan yang dibuat pada

MIW. Huraian aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan dibuat pada helaian

Bahagian 2 seperti di bawah.

Kemudahan pada RPH:

• Boleh sunting, disalin dan dikongsi dan dicetak

• Boleh memuat naik bahan perkongsian (dokumen, video dan pautan)

• Boleh memuat naik bahan refleksi

• Boleh mencari dan menyisip maklumat dari laman sesawang lain untuk menjana

pemikiran pelajar

• Boleh menyimpan dalam format pdf

• Boleh mencetak

• Boleh mencipta beberapa RPH lain untuk semua kelas

• Boleh dibuat pengesahan oleh pentadbir untuk semua guru

Klik untuk mengisi

nama kelas, tarikh

dan masa.

Page 40: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

40

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Huraian aktiviti pembelajaran dan pemudahcaraan

Catatan

huraian aktiviti

yang ingin

dilaksanakan

oleh guru

Catatan

huraian

aktiviti

penglibatan

pelajar

Senarai item yang telah

dipilih dipamerkan

semula secara

otomatik memudahkan

guru untuk

diintegrasikan dalam

perancangan

Catatan

lain yang

berkaitan

Klik untuk “muat

naik” bahan

perkongsian

pengajaran

Klik untuk

“Simpan” atau

“Hapus” RPH

Klik untuk melihat

bahan perkongsian.

Klik untuk

simpan

dalam

format fail

PDF

Klik untuk

kembali ke

komponen

model

Catatan

berdasarkan

maklumat

dari laman

sesawang

untuk tujuan

aktiviti

tambahan.

Membuka

minda

pelajar ke

arah

“berfikir di

luar kotak

Klik untuk “muat naik” bahan

refleksi, sebagai eviden untuk

tujuan penilaian kompetensi guru

Pengesahan

pentadbir

Langkah-langkah pengajaran yang boleh ditentukan oleh guru

Klik untuk melihat

bahan perkongsian.

Klik untuk muat naik bahan refleksi

Page 41: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

41

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Impak

Pengaplikasian CIDS mampu membawa impak seperti berikut:

o Impak kepada guru

• Memudahkan guru merancang pengajaran secara lebih sistematik tanpa

sempadan

• Mengurangkan bebanan guru dalam proses merancang pengajaran sebab

CIDS mengamalkan prinsip perkongsian maklumat

• Membantu guru merancang pengajaran mengikut keperluan persekitaran

pembelajaran terkini

• Membantu guru merancang pengajaran terbeza melalui informasi pelbagai

profil pelajar

• Memantap dan menambahbaik pengetahuan dan kemahiran guru dan murid

dalam menentukan strategi pembelajaran yang berkesan

o Impak kepada pelajar

• Pelajar memperoleh ilmu dan kemahiran yang sesuai dengan kehendak

pembelajaran masa kini

• Pelajar mampu membentuk diri yang bersifat “a globalized personality”

melalui interaksi bersama guru dan dengan pelbagai komuniti yang

berbentuk silang budaya (cross culture) untuk mendapat maklumat yang

membantu mereka mengembangkan potensi dan menjana kreativit mengikut

kehendak pembelajaran masa kini ke arah masa depan yang lebih sejahtera

dan harmoni

• Pelajar lebih terangsang kerana mendapat maklumat yang lengkap kaitan

antara topik yang dipelajari, keadaan semasa dan dengan bidang minat

kerjaya masing-masing

o Impak kepada pentadbir

• Pengetua, guru besar dan pihak pentadbir PPD, JPN dan KPM boleh

membantu dan memberi input yang berguna terhadap perancangan guru

tanpa sempadan (bila-bila masa dan di mana sahaja) – time effective

• Boleh dijadikan bahan untuk membina kompetensi guru

• Boleh melihat aspek-aspek yang masih perlu dibuat penambahbaikan ke

atas guru untuk Latihan Dalam Perkhidmatan

• Mempunyia opsyen kepada pihak penilai jika perlu seperti pihak Nazir

untuk mendapat maklumat awal perancangan guru sebelum hadir ke

sekolah untuk proses pencerapan

• Mempunyai opsyen bagi membolehkan semua pihak pentadbir sekolah

hingga ke peringkat KPPM dan Menteri mengakses perancangan guru

untuk tujuan perkongsian dan beramah mesra bersama guru secara maya

dengan mudah dan pantas

Page 42: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

42

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

o Impak kepada negara

• Menjimatkan kos pengendalian hampir RM6 juta setahun (menggantikan

cara amalan konvensional menulis dalam buku catatan guru)

• Mampu memenuhi hasrat dasar-dasar/ visi dan misi pendidikan negara.

• Mengintegrasikan semua elemen-elemen pedagogi, psikologi dan

teknologi yang dikeluarkan oleh KPM agar guru-guru boleh mereka

bentuk pengajaran melalui Model ASIE dan diaplikasi dalam PdPc secara

bersepadu dan sistematik mengikut kreativiti masing-masing.

• Menjadi di antara negara di dunia yang mencipta CIDS dan mendapat

pengiktirafan di peringkat global yang akan dicontohi oleh negara lain.

Page 43: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

43

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

KOMUNIITI PEMBELAJARAN PROFESIONAL

Pada asasnya Komuniti Pembelajaran Profesional (Professional Learning Community—

PLC) merujuk kepada para pendidik yang komited dan bekerja secara kolaboratif serta

berterusan dalam membuat inkuiri atau kajian tindakan untuk mencapai prestasi murid yang

lebih baik.

http://edglossary.org/professional-learning-community/ .

Dalam CIDS, konsep PLC ini diperluaskan lagi kepada golongan di luar sekolah berkonsepkan

program sarana komuniti termasuk golongan profesional, golongan cendekiawan di pusat

pengajian tinggi, pelajar sekolah, golongan industri, korporat, agensi kerajaan dan swasta serta

orang perseorangan untuk berperanan sebagai Pakar Rujuk.

• PLC merupakan “hub” penghubung para profesional termasuk guru dan pelajar

berkolaboratif untuk terlibat dalam perkongsian maklumat secara maya melalui forum,

sembang video, sidang video dan fitur-fitur lain bagi membina generasi masa hadapan yang

berkualiti, memenuhi keperluan era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan persediaan diri dalam

Masyarakat pintar 5.0 (Society 5.0).

• Pelajar di sekolah merupakan modal insan yang perlu dibentuk secara bersama kerana pelajar

inilah yang bakal menjadi penawaran aset tenaga kerja ke pihak industri kelak. Adalah

diharapkan melalui program ini kedua-dua belah pihak boleh berkolaborasi melalui input

yang dikongsi bersama oleh guru ketika berinteraksi dalam talian secara maya. Usaha ini

mampu mempertingkatkan proses pembelajaran murid, terutamanya dalam isu

kebolehpasaran kerja untuk memenuhi kehendak dan keperluan industri.

• Di samping memberi sumbangan bagi meningkatkan kualiti profesionalisme guru dan kualiti

pendidikan negara, ia membantu melahirkan kemenjadian insan yang seimbang dan

berprestasi tinggi serta cintakan negara.

• Maklumat tentang perkembangan yang berlaku dalam dunia pekerjaan, kejayaan-kejayaan

dan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh industri boleh menimbulkan kesedaran dan

seterusnya memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar untuk memberi komitmen dengan

penuh keyakinan ke arah mengejar cita-cita mereka. Ianya juga merupakan langkah

persediaan bagi pelajar menghadapi Revolusi Industri Ke-4 (IR4.0) yang lebih mementingkan

automasi robot dan analisis data besar dalam pelaksanaan tugas, dan teknologi komputasi

awan “cloud computing” http://canselori.umt.edu.my/?p=5137

Peranan ahli PLC

Ahli PLC memainkan peranan yang besar kerana mereka mampu menyumbang kepakaran,

pandangan, dan nasihat dalam bidang masing-masing melalui fitur-fitur komunikasi dalam CIDS

• kaedah pengajaran, strategi, atau inovasi dalam pembelajaran & amalan pengajaran.

• pengetahuan atau kemahiran yang diperlukan untuk peluang pekerjaan masa depan

pelajar.

• berkongsi bahan digital atau bukan digital untuk meningkatkan aktiviti bilik darjah

Page 44: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

44

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

• berinteraksi dan berkomunikasi dengan guru dan murid melalui kumpulan kecil yang

dicipta oleh mereka sendiri.

• maklumat mengenai produk / sifat kerja di tempat kerja / peluang kerjaya, yang berkaita

dengan prinsip-prinsip topik yang dipelajari di dalam kelas.

• mengukuhkan, memotivasi dan memberi inspirasi kepada peserta didik ke arah proses

pembelajaran dan pengajaran yang lebih dinamik.

• bantuan lain untuk meningkatkan perkembangan profesional guru dalam mencapai

keperluan pembelajaran abad ke-21 serta keperluan perindustrian yang membentuk

"personaliti global" di kalangan pelajar mereka.

Page 45: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

45

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Komuniti PLC

Ciri-ciri PLC

Komunikasi dan kolaborasi dalam talian dapat dilakukan melalui fitur yang mesra pengguna

sama ada di halaman utama PLC atau di dalam setiap komuniti yang akan memberi inspirasi

kepada pelajar dalam proses mencari dan berkongsi maklumat.

a. Ciri utama Profil Saya - menyediakan ciri-ciri untuk tujuan komunikasi seperti yang

disenaraikan di bawah:

FITUR FUNGSI

Profil Papar profil, sunting profil, tukar gambar profil

Mesej Inbox, bertanda, hantar, karang

Komuniti Ahli Senarai keahlian, jemputan

Hantar Jemputan Jemput ahli baru, hantar jemputan

Buddy drive Kongsi bahan

Sembang Video Sembang video antara individu

Sidang Video Sidang video bersama rakan-rakan

Daftar masuk

PLC

Laman utama

PLC

Page 46: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

46

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Beberapa fitur berfungsi sebagai alat berkomunikasi

Bilik sembang (Chat room) disediakan sepanjang masa

Page 47: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

47

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

a. Fitur-fitur dalam komuniti

Terdapat banyak lagi fitur-fitur komunikasi dalam sesuatu komuniti CIDS. Sebagai

conoth dalam Komuniti Guru terdapat fitur-fitur seperti berikut:

FITUR FUNGSI

Forum komuniti Interaksi dalam talian antara ahli

Sidang video Sembang video dalam talian

Hantar jemputan Menghantar jemputan untuk menjadi keahlian

komuniti

Page 48: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

48

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

RUMUSAN

CIDS terdiri daripada Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE yang lanjutan Komuniti

Pembelajaran Profesional (PLC).

• Model Reka Bentuk Pengajaran Integral ASIE merupakan pendekatan strategik yang

bersepadu untuk merancang pengajaran dalam memenuhi keperluan pelajar dalam

persekitaran pembelajaran hari ini.

• Ia adalah alat perancangan yang mudah dan praktikal untuk membolehkan guru

merancang pendekatan, kaedah, dan aktiviti yang sesuai untuk dipilih oleh pelajar. Ini

akan memberi inspirasi dan motivasi kepada pelajar-pelajar untuk melibatkan diri dalam

aktiviti pembelajaran dengan lebih menyeronokkan di samping mengekalkan ciri-ciri

profesionalisme guru dalam prosedur pembelajaran dan pemudahcaraan.

• Ia bertindak balas terhadap cabaran Pembelajaran Abad Ke-21 dan mungkin memberi

penyelesaian kepada guru untuk merancang pengajaran secara profesional, sistematik dan

berkesan.

• Model ini mempunyai keupayaan asas seperti berikut:

o Mereka bentuk pengajaran di peringkat makro dan mikro secara sistematik dan

profesional

o Membenarkan penyesuaian (customization) untuk memenuhi keperluan pengguna

o Berkongsi rekod pengajaran (RPH) di seluruh negara

o Salin rekod pengajaran

o Mencari rekod pengajaran

o Memuat naik semua jenis sumber pengajaran

o Mencari & memaparkan maklumat mengenai pembangunan global dan isu-isu yang

berkaitan dengan topik untuk aktiviti ko-akademik & ko-kurikulum pelajar.

o Panduan, bimbingan dan pengesahan perancangan pengajaran boleh dijalankan

secara profesional di semua peringkat pentadbiran.

• Sementara itu, Komuniti Pembelajaran Profesional (PLC) adalah "hub" yang

menghubungkan profesional daripada pelbagai bidang termasuk guru dan pelajar secara

bersama terlibat dalam perkongsian maklumat melalui forum maya, sembang video,

sidang video dan fitur-fitur komunikasi lain untuk membina generasi masa hadapan yang

berkualiti tinggi bagi memenuhi keperluan era Revolusi Industri 4.0 (IR4.0) dan

kemunculan Masyarakat Pintar 5.0 (Society 5.0).

Page 49: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

49

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

• PLC mempunyai keupayaan asas seperti berikut:

o Interacting, communicating and collaborating and sharing of information with

communities virtually through the forum, chatting, and video conferencing

enhancing and promoting the concept of thinking out of the box.

o Berinteraksi, berkomunikasi, berkolaborasi dan berkongsi maklumat dengan

komuniti secara maya melalui forum, bersembang, dan persidangan video yang

mampy meningkatkan dan mempromosikan konsep berfikir di luar kotak.

o Mengundang peserta dari pelbagai komuniti lain, seperti profesional, sama ada

dalam sektor akademik atau korporat dari industri, usahawan, dan pentadbir untuk

bekerjasama - berkongsi dan menyumbang kepakaran, nasihat, pendapat,

pandangan dan cadangan untuk meningkatkan pengetahuan dan kemahiran, ke

arah memenuhi keperluan semasa dan keperluan dan cabaran pendidikan masa

hdapan, berkaitan dengan isu-isu pekerjaan.

• Untuk kemudahan pengguna, CIDS menyediakan manual pengguna, bahan rujukan,

bahan maklumat dan panduan video bagi memudahkan pemahaman aplikasi dan operasi

model ini

RUJUKAN

Anderson, J. and Glenn, A. (2003). Building Capacity of Teachers/Facilitators in Technology-

Pedagogy Integration for Improved Teaching and Learning. Bangkok, UNESCO Regional Office

for Education in Asia and the Pacific. http://www.unescobkk.org/fileadmin/user_upload/ict/e-

books/ ICT Building Capacity /BuildingCapacity.pdf (Accessed 6 January, 2012).

Andrews, D.H. & Goodson, L.A. (1981). A comparative analysis of models of instructional

design. In Anglin, G.J. (1981) (Ed.). Instructional Technology: Past, Present, and Future.

Englewood, Colorado: Libraries Unlimited, Inc.

Cox, M. J. and Abbott, C. (Eds.) (2004), ICT and Attainment – A Review of the Research

Literature. Coventry, Becta /London, DfES

Darling-Hammond, L. (2006), Powerful teacher education. San Francisco: Jossey-Bass.

Dick, W., and Carey, L. & Carey, J. (2004). The Systematic Design of Instruction. Allyn &

Bacon; (6th ed.)

Fadel., Bialik. M., Trilling B. (2015). Four-Dimensional Education: The Competencies Learners

Need to Succeed, Centre for Curriculum Redesign, 2015.

Page 50: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

50

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Gustafson K.L., Branch R.M. (2002).What is Instructional Design?. In R. A. Reiser, J.V.

Dempsey (Eds.), Trends and Issues in Instructional Design and Technology. Upper Saddle River,

NJ: Merrill Prentice Hall.

Heinich, R., Molenda, M., Russell, J.D., & Smaldino, S.E. (2001). Instructional media and

technologies for learning (7th ed.). Englewood Cliffs, NJ: Prentice Hall.

Ireland, T. (2007). Situating connectivism. Retrieved November 7, 2008, from

http://design.test.olt.ubc.ca/Situating_Connectivism

Ismail Md. Zain., M. Balakrishnan., Wahid Hashim. An Integral ASIE ID Model: The 21st

Century Instructional Design Model For Teachers. Universal Journal of Educational Research

4(3):547-554, 2016. DOI: 10.13189/ujer.2016.040311.

Ismail Md. Zain., M. Balakrishnan., Wahid Hashim. An Integral ASIE Instructional Design

Model: An Integrated Approach In Instructional Planning For The 21st Century Learning &

Teaching Environment. GSE E-Journal of Education. Vol. 3, 2015.

Ismail Md. Zain. Best Practices Of ICT Integration Strategies For Teaching And Learning. An

Approach to Generate Critical and Creative Minds. European Academic Conference &

Mediterranean Cruise Program 6-8 Jun, 2012. Journal of Teaching and Education, University

Publications.net.CD-ROM. ISSN: 2165-6266, 2(3):79–86, 2013.

Ismail Md. Zain. Instructional Media Integration Strategies for Basic Development of Human

Capital: An approach to generate critical and creative minds in teaching and learning process.

The Macrotheme Review 2(2) 55-64, Spring 2013.

Ismail Md. Zain, M. Balakrishnan. An Integral ASIE Instructional Design Model: Towards

Higher Order Thinking Skill in Designing Instruction, National Conference on the Development

of Higher Order Thinking Skill, Kinta Riverfront Hotel, Ipoh Perak. Examination Council,

Malaysia Ministry of Education, 14-16, 2014.

Ismail Md. Zain, M. Balakrishnan. Ismail Md Zain and Balakrishnan M. (2016). ASIE

Instructional Design Model for the 21st Century Learning: An Integrated Approach in

Instructional Designing for Teachers, Saarbrucken, Deutschland, Germany, Scholar’s Press. Jefferson, J. C. (2007). Teaching in the 21st Century A Review of the Issues and Changing

Models in the Teaching Profession, County School District Colorado,

Keller, J. M. (2010). Motivational design for learning and performance: The ARCS model

approach. New York: Springer.

Malaysia. Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025, Kementerian Pendidikan

Malaysia. Kuala Lumpur, 2013.

Page 51: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

51

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

Mehmet, C. S. (2009). Instructional design principles for 21st century learning skills. World

Conference on Educational Sciences 2009. Procedia Social and Behavioral Sciences 1 (2009)

1464–1468.

Mishra, P., & Koehler, M.J. (2006). Technological Pedagogical Content Knowledge: A

framework for teacher knowledge. Teacher College Record, 108, 1017–1054.

Newby T.J., et al. (2000). Instructional Technology for Teaching and Learning. New Jersey:

Prentice Hall.

Novak, J.D. (2010). Learning, Creating, and Using Knowledge: Concept Maps as Facilitative

tools in Schools and Corporations (2nd Ed.). New York: Routledge, Taylor-Francis.

Oblinger, D.G., Oblinger,J.L. (2005). Educating the Net Generation. Retrieved November,

2015 from: http://www.educause.edu/educatingthenetgen/

Partnership for 21st Century Skills (2008).

Resnick, L.B. (1989), Introduction. In L,B,Resnick (Ed.), Knowing, learning and instruction:

Essay in honor of Robert Glaser (pp. 1-24). Hillsdale, NJ: Lawrence Erlbaum.

Reiser, R. A. & Dempsey, J. V. (2007). Trends and Issues in Instructional Design (2nd ed.).

Upper Saddle River, NJ: Pearson Education, Inc.

Richard D.F. (2004). What Is a Professional Learning Community? Schools as Learning

Communities Pages 6-11, May 2004 , Volume 61, Number 8.

Richey, R.C. and Klein, J.D. (2011). The instructional design knowledge base: Theory, research

and practice New York: Taylor and Francis Group

Safeer, Richard S. and Jann Keenan. “Health Literacy: The Gap Between Physicians and

Patients.” American Family Physician. 2005 Aug 1; 72(3): 463-468.

http://www.aafp.org/afp/2005/0801/p463.html

Siemens, G. (2005, January). Connectivism: A learning theory for the digital age. International

Journal of Instructional Technology & Distance Learning, Retrieved November 03, 2008, from

http://www.itdl.org/Journal/Jan_05/article01.htm

Seel,. N. M. (1997). Model of instructional design: introduction and overview. In R. D.

Tennyson, F. Schott, N. Seel, & S. Dijkstra (Eds.), Solving instructional design problems,

instructional design: International perspective Vol.1 (pp. 355-360). Mahwah, NJ: Lawrence

Erlbaum

Theroux, P, (2001). Comparing Traditional Teaching and Student-Centered, Collaborative

Learning

Page 52: SISTEM REKA BENTUK PENGAJARAN KOLABORATIF KONSEP BOOKLET.pdf · anjakan bukan hanya mementingkan pendekatan yang standard dan berbentuk konvensional tetapi ... Model ini merupakan

52

© DYNAMIC GLOBAL VISION - 2017

UNESCO, (2014). UNESCO Education Strategy, 2014-2021. United Nations Educational,

Scientific and Cultural Organization: Place de Fontenoy, Paris, France.

UNESCO. 2010. ICT Transforming Education: Regional Guide (Editors J. Anderson).

UNESCO, Bangkok. [Online]. Available: http://unesdoc.unesco.org/images/ 0012/

001295/129538e.pdf (Accessed 1 January, 2012)

UNESCO. 2002. Information and Communication Technology in Education: A Curriculum for

Schools and Programme of Teacher Development (Editors J.

UNESCO. 2005. Regional Guidelines on Teacher Development for Pedagogy-Technology

Integration [Working Draft] (Editor Shyamal Majumdar). UNESCO, Bangkok

Wang, Q., & Woo, H. L.. (2007). Systematic Planning for ICT Integration in Topic Learning.

Educational Technology & Society, 10 (1), 148-156.