Upload
pismpsainsjan10
View
227
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
1/15
RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
Pendahuluan
Hutan merupakan aset negara yang tinggi nilainya dan diwarisi sejak turun-
temurun lagi. Namun begitu, seiring mengejar pemodenan, pembangunan pesat yang
berlaku telah mengancam kedudukan dan keadaan semula jadi hutan. Hal ini, telah
mengancam kepentingan dan perlindungan hutan dari segi ekonomi setempat dan
perdagangan sedunia. Jika pembasmian hutan terus berlaku, dua pertiga daripada
spesies di hutan hujan tropika akan pupus menjelang 2025. Oleh itu, kesedaran perlu
diwujudkan tentang betapa pentingnya hutan. Pemuliharaan perlu dilakukan melalui
kerjasama daripada semua pihak bagi membendung kemusnahan hutan yang
berterusan serta melindunginya sebagai suatu khazanah yang penting untuk generasi
yang akan datang.
Hutan hujan tropika, di samping hutan-hutan beriklim sederhana, lautan dan
sebagainya membantu memastikan keseimbangan alam. Menurut Organisasi Makanan
dan Agrikultur Bangsa-bangsa Bersatu (FAO), dalam masa 5 tahun terakhir ini, bumi
telah kehilangan sebanyak 37 juta hektar hutan. Setiap tahun, Bumi kehilangan kira-kira
7.3 juta hektar hutan. Menurut FAO lagi, hutan-hutan di seluruh dunia berkurangan
sebanyak 12 juta hektar setiap tahun. Laporan FAO yang diterbitkan pada 2005 itu
menyatakan bahawa purata kadar kehilangan hutan di Malaysia setiap tahun pada
1990 dianggarkan sebanyak 237,000 hektar atau hanya 1.2% sahaja. Kadar kehilangan
ini adalah berdasarkan perubahan pada perancangan guna tanah, seiring dengan
polisi-polisi pembangunan negara.
Oleh itu, sebagai generasi yang bertanggungjawab dalam memastikan
kesejahteraan hidup perlu memastikan khazanah alam ini dipulihara daripada
kerosakan dan kerakusan manusia sendiri yang mengancam kelangsungan hidupan di
hutan.
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
2/15
Pemuliharaan Hutan
Malaysia telah mewujudkan Dasar Hutan Kebangsaan 1978 dan Akta
Perhutanan Negara 1984 untuk menjamin pengurusan hutan secara mapan. Pindaan
dibuat ke atas dasar ini pada 1992 bagi menangani isu semasa yang dibangkitkan oleh
masyarakat antarabangsa ke atas kepentingan pemeliharaan kepelbagaian biologi,
penggunaan sumber genetik, peranan masyarakat tempatan dalam pembangunan
sumber genetik, dan peranan masyarakat tempatan dalam pembangunan hutan.
Manakala Akta Perhutanan Negara (Akta 313) pula memberi kuasa untuk mewujudkan
hutan simpanan kekal dan pengambilan tanah untuk dijadikan hutan simpan kekal.
Pada tahun 1991 Universiti Pertanian Malaysia yang sekarang ini dikenali
sebagai Universiti Putra Malaysia telah menandatangani perjanjian dengan Mitsubishi
Corporation untuk menubuhkan satu model hutan untuk mengkaji teknik-teknik
pemuliharaan hutan pada tanah-tanah yang merosot nilainya di kawasan seluas 47.5
hektar di UPM Kampus Bintulu Sarawak. Sehingga kini, projek tersebut telah diketuai
oleh Prof. Dato Dr. Nik Muhamad Nik Ab. Majid bagi pihak UPM dan Prof Dr. Akira
Miyawaki mewakili Mitsubishi Corporation.
Dewasa ini, manusia dengan sewenang-wenangnya telah melanggar hukum
Allah. Buktinya telah banyak kepincangan yang berlaku ke atas alam sekitar kita
lantaran kerakusan sikap manusia yang lebih mengutamakan kepentingan duniawi
semata-mata berbanding ukhrawi. Allah menciptakan langit dan bumi serta segala
isinya untuk manfaat umat manusia. Bagaimanapun, tidak ramai yang menghargai
nikmat yang diberikan itu. Hal ini kerana, ada dalam kalangan manusia memandang
enteng nikmat tersebut sehinggakan bertindak menebang hasil hutan sewenang-
wenangnya.
Allah telah berfirman dalam surah al-Anfaal, ayat 53 yang bermaksud,
sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah
dianugerahkan-Nya kepada sesuatu kaum hingga kaum itu mengubah apa yang ada
pada diri mereka sendiri. Ayat ini jelas menggambarkan kepada kita seruan Allah agar
setiap manusia di atas muka bumi ini sentiasa berusaha memperbaiki diri ke arah yang
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
3/15
lebih baik dalam semua aspek kehidupan. Salah satu aspek penting yang perlu
dititikberatkan adalah berhubung isu pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar
termasuklah hutan serta segala komponen yang ada di dalamnya. Dalam konteks ini,
kita disarankan agar mengambil segala manfaat daripada alam dengan tidak
mengabaikan aspek-aspek pelestarian.
Al-Quran dan sunah memberikan penekanan yang serius mengenai penjagaan
alam sekitar antaranya termasuklah hutan yang merupakan elemen penting dalam alam
sekitar di mana kedua-dua sumber perundangan ini menyeru manusia untuk terus
memulihara hutan sebagai satu kurniaan atau nikmat Tuhan yang agung. Pencemaran
perlu dielakkan di samping menggesa mereka untuk memanfaatkan khazanah alam di
mana usaha murni ini di sanjung mulia agama Islam bahkan dianggap sebagai ibadatyang agung di sisi Tuhan. Alam sekitar tidak terhad kepada aspek estetika dan
kebersihan fizikal semata-mata. Hakikatnya keseimbangan alam sekitar memberi kesan
ketara kepada keharmonian dan kesejahteraan hidup selari dengan kemajuan negara
serta kemakmuran bumi. Tanpa hutan maka keupayaan menyerap gas karbon dioksida
di atmosfera akan berkurangan dan tadahan hujan untuk bekalan air akan mengurang.
Pelestarian dan kepentingan alam sekitar antaranya termasuklah hutan
disebutkan secara tersurat dan tersirat dalam banyak ayat al-Quran dan hadis. Allah
SWT berfirman yang bermaksud: ...(iaitu) Orang yang mengingati Allah sambil berdiri
atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan mengenai
penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau
menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, peliharalah kami daripada seksa
neraka. (Ali-Imran: 191).
Ayat ini menunjukkan bahawa alam sekitar fizikal antaranya hutan dan seluruh
cakerawala adalah tanda kebesaran Allah Yang Maha Pencipta. Orang beriman
sentiasa berusaha menjadikan alam sekitar termasuklah hutan terpelihara dan bersih,
bukan saja dalam keadaan aman, malah ketika peperangan. Ajaran Islam mengajar
umatnya supaya melestarikan alam sekitar kerana di sebalik kehijauan hutan dan
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
4/15
kebiruan langit, tertera ayat Allah yang memperlihatkan sifat Allah Yang Maha Kuasa
dan Maha Pencipta.
Penerapan nilai-nilai etika alam sekitar amat penting dalam merealisasikan
pembangunan lestari. Menurut Kamus Dewan Edisi Ketiga, penerapan bermaksud
perbuatan mempraktikkan. Nilai-nilai etika adalah prinsip akhlak yang baik serta positif
seperti sikap bertanggungjawab, mematuhi peraturan, berakhlak mulia, dan berdisiplin.
Seharusnya sebagai masyarakat yang memiliki minda kelas pertama sikap
tanggungjawab perlu diterapkan dalam memastikan hutan yang memiliki pelbagai
fungsi terus dipulihara untuk generasi akan datang. Malah, peraturan yang telah
diwujudkan perlu dipatuhi dalam mengawal kegiatan manusia yang rakus dalam
mengejar kemajuan tanpa mempedulikan kesan lain yang timbul akibat sifat tamakmereka. Oleh itu, dengan adanya peraturan dapat mengehadkan kegiatan manusia
terhadap hutan yang boleh merosakkan ekosistem ini.
Terdapat banyak kepentingan penerapan nilai etika dalam membentuk alam
sekitar yang bersih dan nyaman seperti ia dapat memastikan kelangsungan wujudnya
persekitaran yang sihat dan bersih. Selain itu, ia juga dapat mengelakkan sebarang
pengeksploitasian seperti pencerobohan hutan demi kepentingan kewangan,
penggunaan bahan-bahan kimia yang boleh menipiskan lapisan ozon danmenyebabkan pencemaran seterusnya dapat memastikan masyakat sentiasa hidup
dalam keadaan kesihatan yang baik.
Penerapan nilai menghargai setiap kurniaan Allah juga perlu, oleh itu manusia
diterapkan untuk menghargai kewujudan hutan sebagai salah satu nadi dalam hidup
mereka. Melalui kepentingan dan fungsi hutan itu sendiri kita sebagai masyarakat
terdedah supaya lebih menghargai hutan dan bersama-sama dalam usaha memulihara
hutan dari sebarang ancaman dan kerosakan dalam memastikan kesejahteraan hidup
mereka.
Sejak sekian lamanya hutan merupakan tempat tinggal orang asli serta
bumiputera di Kepulauan Borneo. Walaupun bersama dengan arus kemodenan, hutan
masih merupakan tempat tinggal ramai kaum peribumi di seluruh dunia. Begitu juga di
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
5/15
Malaysia hutan dijadikan tempat tinggal bagi masyarakat ini. Hutan mampu menjadi
tempat tinggal yang sangat sebati dengan kehidupan peribumi seperti memburu dan
bercucuk tanam. Hutan merupakan perlindungan yang unik, hingga melahirkan budaya
hidup dan adat yang unik menjadi kebanggaan kita bersama. Bagi masyarakat orang
asli yang sebati untuk tinggal di hutan adalah amat penting pemuliharaan hutan
dilakukan dalam memastikan kelangsungan kehidupan mereka. Walaupun penempatan
mereka tidak diganggu sepenuhnya, penerokaan hutan yang berleluasa mengurangkan
bilangan flora dan fauna yang merupakan sumber makanan bagi mereka. Oleh itu,
perkara ini menyebabkan sedikit sebanyak kehidupan mereka terancam.
Sebenarnya masyarakat peribumi dahagakan pembangunan, kemajuan dan cara
hidup moden yang selesa, namun pada masa yang sama mereka menuntut satu
interaksi sosial yang harmoni dengan alam sekitar terutamanya hutan. Pembangunan
yang tidak merosakkan hutan serta menjaga kelangsungan hidup generasi akan datang
agar turut memperoleh keseimbangan hidup sewajarnya dikenali sebagai
pembangunan mampan. Pembangunan sebegini yang dituntut dan diingini masyarakat
peribumi.
Penentangan dan protes yang dilakukan masyarakat peribumi hanyalah satu
tuntutan ke arah hidup yang lestari, bukannya menolak pembangunan (Maharam,
2009). Bagi golongan tersebut, alam sekitar sangat penting di mana mereka akan
memanfaatkan flora dan fauna, serta benda-benda bukan hidup dan segala macam
unsur alam yang lain seperti bunyi-bunyian hidupan hutan, kilat, guruh dan hujan
sebagai simbol yang membawa erti dalam kehidupan seharian mereka (Hanina dan
Asnarulkhadi, 2008). Kepelbagaian unsur inilah yang telah banyak menentukan corak
hidup seharian mereka.
Masyarakat selalu salah tafsir tentang penebangan pokok-pokok hutan.
Sebenarnya apabila cukup masa dan usianya, pokok-pokok ini memang perlu ditebang
dan ditanam semula dengan pokok-pokok baharu. Namun kerakusan manusia
menyebabkan pokok-pokok ini ditebang tanpa kawalan. Hal ini akan mengganggu
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
6/15
keharmonian dan kestabilan hutan itu yang memberi kesan kepada hidupan di
dalamnya serta manusia sendiri.
Hutan bukan sekadar menjadi tempat hidupan flora dan fauna secara amnya
sebaliknya hutan juga adalah pembekal makanan kepada haiwan sepanjang tahun,
pembekal ubat-ubatan herba yang berguna kepada manusia bagi merawat pelbagai
penyakit, pembekal bahan mentah industri seperti pokok rotan, daun nipah. Malah,
hutan juga menjadi lokasi pelancongan, sumber penyelidikan serta sumber pendapatan
melalui aktiviti pembalakan. Hutan juga membantu mengurangkan pencemaran udara
dan membantu dalam kitaran gas, mengawal banjir, hakisan tanah dan tanah runtuh,
serta menjadi pengawal iklim yang mana ketebalan hutan mempengaruhi ciri-ciri iklim
kawasan berkenaan. Kepentingan inilah yang mahu kita sedarkan kepada masyarakat
bagi melahirkan sebuah masyarakat yang tahu menghargai dan bersama-sama
memeliharanya.
Hutan mempunyai kitaran yang kompleks melibatkan air, tanah, atmosfera,
tumbuhan dan fauna. Di Malaysia, 77 peratus daripada keluasan keseluruhan hutan
terdiri daripada pelbagai jenis hutan yang kebanyakannya terdapat di Sabah dan
Sarawak. Di Semenanjung pula kebanyakan hutan terdapat di Perak, Pahang, Kelantan
dan Terengganu. Kesedaran yang rendah tentang hutan menyebabkan berlakunya
konflik dengan manusia dan alam. Oleh itu, melalui aktiviti pemuliharaan hutan yang
dilakukan dapat menjamin penghasilan kayu-kayan dan hasil hutan di samping
memulihara kepelbagaian biologi bagi menjamin sumber air bersih, kestabilan tanah
dan alam sekitar.
Di samping itu, hutan mempunyai peranan yang amat besar untuk mengawal
perubahan iklim yang tidak menentu akhir-akhir ini melalui kawalan karbon dioksida
yang terdapat dalam atmosfera Bumi. Karbon dioksida dapat dikawal apabila terdapatpertambahan jumlah hutan. Hal ini kerana karbon dioksida akan dikurangkan dari
atmosfera melalui serapan pada daun dan juga tanah. Hutan malah lautan sekalipun,
berupaya menyerap dan menyimpan karbon dalam jangka masa yang lama. Walau
bagaimanapun, karbon yang disimpan dalam ekosistem hutan, masih boleh dilepaskan
ke atmosfera bumi apabila hutan dibakar. Peranan hutan dalam menyerap, menyimpan
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
7/15
dan membebaskan karbon adalah salah satu kunci untuk memahami kitaran karbon
global dan seterusnya perubahan iklim.
Hutan juga memainkan peranan sebagai penyerap air hujan dan mengalirkan
semula ke anak sungai. Dengan ini, ia bertindak sebagai penapis bagi menentukan
kebersihan dan kejernihan air. Kitaran hidrologi yang berlaku dalam hutan ini telah
memberi kesan yang positif pada kuantiti dan kualiti air sungai. Kawasan hutan yang
luas dapat menampung kandungan air hujan yang banyak. Air tersimpan dalam daun,
batang, akar dan buah tumbuhan. Air hujan yang tidak diserap oleh tumbuhan akan
mengalir ke sungai, laut dan empangan supaya dapat disalurkan ke kawasan
perumahan. Oleh itu, amat penting dalam memastikan usaha pemuliharaan hutan untuk
kesejahteraan hidup generasi akan datang.
Di samping itu, hutan bertindak sebagai penutup bumi semula jadi serta
melindungi tanah-tanih daripada hakisan air dan angin. Pokok-pokok pula berfungsi
sebagai pengikat dengan mencengkam atau memegang butiran tanah-tanih dengan
akarnya dan mengekal serta mengukuhkan struktur tanah tersebut. Seterusnya,
masyarakat dunia sekarang melihat bahawa gabungan ekologi dan pelancongan
menghasilkan kaedah pelancongan yang hebat. Konsep ekopelancongan sangat
bertepatan dengan negara kita sebenarnya. Taman Negara sebagai contohnya
merupakan salah satu konsep ekopelancongan yang menarik untuk diterokai. Oleh itu,
hutan mempunyai peranan besar dalam industri pelancongan negara. Contohnya,
Taman Negara Endau Rompin yang memiliki tarikan tersendiri kepada pelancong yang
datang.
Taman Negara di Malaysia
Pokok-pokok hutan menghalang
hakisan tanah berlaku
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
8/15
Pelbagai kesan terjadi apabila hutan tidak dipulihara selepas penebangan yang
berleluasa. Antaranya ialah menyebabkan hakisan tanah. Curahan air hujan di
permukaan tanah mudah menghakiskan tanah sekiranya ikatan antara butir-butir tanah
tersebut longgar akibat ketiadaan pokok-pokok hutan. Tanah yang terhakis akan
diangkut oleh aliran air hujan ke dalam sungai dan menyebabkan sungai menjadi cetek.
Apabila hujan turun lagi, sungai yang cetek ini tidak dapat menampung air tersebut. Ini
akan menyebabkan banjir berlaku dan mengakibatkan kerosakan harta benda.
Berasaskan kepada keupayaan ini, hutan dapat memelihara kualiti alam sekitar
dan mengelakkan bencana buruk seperti banjir kilat dan tanah runtuh yang bukan
sahaja merosakkan harta tetapi juga mengancam nyawa. Apabila air hujan mengalir
melalui batang tumbuhan, air hujan tidak akan terus menimpa permukaan bumi,
sebaliknya mengalir turun melalui batang dan akar tumbuhan. Ini mengurangkan
kelajuan air hujan yang tiba ke permukaan tanah. Sementara itu, melalui proses
evolusi, ekosistem hutan boleh menjalani pengitaran nutrien dan meminimumkan
kehilangan nutrien untuk hidup pada masa nutrien berkurangan.
Kegiatan pelancongan juga terjejas akibat aktiviti pemuliharaan hutan yang tidak
dilaksanakan dengan berkesan. Hutan yang memiliki kepentingan dalam menarik minat
pelancong yang gemar akan keindahan alam tidak terpelihara menyebabkan tiada lagi
yang boleh dipamerkan kepada orang awam terutamanya pelancong yang datang. Oleh
itu, amat merugikan Malaysia sebagai negara yang memiliki aset penting ini tetapi tidak
dipulihara dengan baik.
Badan kerajaan merupakan badan yang berperanan besar dalam memastikan
pemuliharaan hutan terus berlangsung. Kerajaan mempunyai kuasa yang luas dalam
membuat dasar-dasar atau peraturan-peraturan yang berkaitan hutan. Kementerian
yang berkaitan dengan alam sekitar ialah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.Pada masa ini selain daripada pemuliharaan habitat dan spesies, keutamaan diberikan
kepada mencari jalan bagi menggunakan sumber-sumber alam semula jadi yang lebih
berkekalan. Misalnya kajian dan pengambilan buah-buahan sitrus liar dan yang ditanam
di Sabah pada tahun 1985 telah membantu dalam mendemonstrasikan nilai hasil-hasil
bukan balak yang boleh didapati dari dalam hutan.
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
9/15
Pihak WWF dan agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan masih meneruskan
usaha dalam mengenal pasti kawasan lindungan. Sebagai contohnya, Pelancongan
dan Pembangunan Alam Sekitar di Sabah telah menugaskan World Wildlife Fund
(WWF) Malaysia untuk menyediakan Strategik Pemuliharaan Sabah. Ia memfokuskan
kepada penggunaan tanah secara wajar sebagai kunci asas kepada pemuliharaan dan
pembangunan di Negeri Sabah pada sekitar tahun 1990.
Justeru itu strategik ini mencadangkan beberapa peraturan dan tindakan perlu
diadakan dalam aspek-aspek penggunaan tanah, hasil-hasil tanah, pengurusan
pelbagai cara, kawasan tadahan air, komuniti hutan, pengeluaran balak, kerosakan
hutan, pembalakan haram, penanaman semula hutan, ekologi kepelbagaian,
melombong, polar pelancongan, permohonan tanah, Taksiran Kesan Alam Persekitaran
dan pembangunan pantai sebagai contohnya strategik ini menjalankan persediaan
membuat beberapa siri peta untuk membantu rancangan penggunaan tanah tanpa
mengganggu habitat semula jadinya. Kawasan- kawasan habitat semula jadi yang
sensitif kepada perubahan perlulah dikenal pasti dan dijadikan sebagai kawasan
perlindungan atau simpanan.
Pemuliharaan yang telah diperkembangkan untuk 9 buah negeri di Malaysia.
Penyediaan dan implementasi strategik ini banyak menyokong usaha-usaha
pemuliharaan yang merangkumi seluruh negara, ini termasuklah peringkat negeri dan
negara. Proses pemuliharaan pada tumbuh-tumbuhan di kedua-dua kawasan ini akan
dijalankan dan akan memastikan kawasan ini akan kembali seperti sebelum ianya
mengalami perubahan kesan daripada aktiviti perkampungan setinggan.
Hutan asli merupakan habitat hidupan liar dan menjadi satu gedung sumber
genetik yang belum diterokai dan akan diguna untuk meningkatkan pengeluaran seperti
pokok, rotan, buah-buahan dan binatang ternakan. Hutan ini juga penting bagi
penduduk desa sebagai sumber mendapatkan makanan. Sehubungan dengan ini,
Semenanjung Malaysia telah mewujudkan rangkaian kawasan perlindungan untuk
pemuliharaan kepelbagaian hayat dengan penubuhan Taman-taman negara, sejak
tahun 1930 lagi. Taman Negara yang terbesar di Semenanjung Malaysia meliputi
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
10/15
kawasan seluas 434,351 ha dan telah diwartakan pada awal tahun 1939 yang
kebanyakannya berada dalam hutan dara.
Dalam usaha-usaha untuk melindungi dan mengekalkan jenis-jenis hutan dalam
keadaan semula jadi, Jabatan Perhutanan telah mengambil langkah menubuhkan
Hutan Simpanan Dara (VJR) sebagai rezab semula jadi dan Arboretum.
Hutan Simpanan Dara ini berperanan sebagai contoh untuk membuat perbandingan
ekologi dan biologi dengan kawasan hutan yang telah mengalami pembalakan atau
kesan rawatan silvikultur. Ianya juga merupakan hutan asli semula jadi untuk kajian.
Sehubungan itu, perhatian adalah ditumpukan kepada aspek perlindungan terhadap
spesies-spesies yang luar biasa dan yang menghadapi kepupusan.
Sebagai contoh, Hutan Rekreasi Sungai Udang yang telah diilhamkan oleh
Y.A.B. Ketua Menteri Melaka pada waktu itu, telah disempurnakan perasmiannya pada
tanggal 26 Jun, 2005. Hutan Simpan Sungai Udang di mana terletaknya hutan rekreasi
ini pula telah diwartakan pada tahun 1987 sebagai Hutan Simpanan Kekal dengan
keluasan yang masih tinggal kurang dari 200 hektar. Hutan Simpan Sungai Udang ini
telah berjaya dikekalkan berkeadaan semula jadi. usaha-usaha pemuliharaan dan
penanaman semula telah giat dijalankan pihak berwajib.
Selaras dengan dasar perhutanan negara, kerajaan terus memberikan
penekanan terhadap pengurusan hutan dan pemuliharaan sumber hutan. Dalam
konteks penebangan, Malaysia memberikan tumpuan terhadap beberapa sistem dan
kaedah. Antaranya ialah sistem sebaya Malaya (MUS). Dalam sistem ini, kesemua
pokok-pokok mempunyai nilai dagangan ditebang dalam satu operasi. Tempoh
pusingan tebangan pokok-pokok ini adalah antara 60 hingga 80 tahun sekali.
Selain itu, pelaksanaan sistem pengurusan memilih (SMS). Bagi sistem ini, satu
inventori dibuat di sesuatu kawasan yang hendak ditebang. Berdasarkan maklumat
inventori yang diperoleh dua kaedah penebangan diamalkan iaitu kaedah politer dan
sistem sebaya Malaya. Kaedah polikitar diamalkan di kawasan yang kaya dengan
pokok dagangan muda. Sebilangan kecil pokok sahaja yang telah dipilih dan ditandai
akan ditebang. Pokok-pokok tersebut mestilah cukup umur dan mempunyai diameter
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
11/15
minimum antara 45 cm hingga 50 cm. Pusingan tebangan yang diamalkan dalam
kaedah polikitar ialah 30 tahun di Semenanjung Malaysia dan 25 tahun di Sabah dab
Sarawak. Bagi sistem sebaya Malaya pula, digunakan di kawasan yang tidak
mempunyai pokok dagangan muda. Sistem ini menetapkan dirian baki 32 pokok
sehektar selepas penebangan pokok dilakukan.
Selain itu, Kompleks Perkayuan Kelantan Sdn Bhd (KPKSB) amat menyedari
keperluan kepada pemuliharaan hutan bukan sahaja untuk memastikan bekalan kayu-
kayan secara berterusan, tetapi juga untuk kepentingan kestabilan alam sekitar,
perlindungan hidupan liar serta pengekalan kepelbagaian biologi. Mengikut perjanjian
yang telah dipersetujui antara KPKSB dan PKINK, syarikat dikehendaki menjalankan
kerja-kerja pemulihan hutan di kawasan-kawasan yang telah diusahakan. Operasi
utama yang perlu dijalankan melibatkan kerja-kerja Inventori Hutan Selepas Tebangan
dan Rawatan Silvikultur.
Inventori Hutan Selepas Tebangan (Post-F) ialah inventori yang dijalankan ke
atas sesuatu kawasan hutan selepas pengusahasilan untuk mengumpul maklumat yang
tepat dan bererti mengenai kedudukan stok, isi kandungan, keadaan dan taburan
semua pokok besar, kayu jaras, anak pokok dan anak benih supaya diketahui
gambaran isi hutan yang sebenar serta dapat menentukan jenis Rawatan Silvikultur
yang perlu dijalankan ke atas kawasan tersebut.
Manakala rawatan silvikultur pula ialah rawatan yang dijalankan ke atas kawasan
hutan yang telah diusaha hasilkan untuk membantu pemulihannya dan melibatkan
salah satu atau lebih daripada jenis-jenis rawatan silvikultur antaranya ialah
menggelang pokok dan memotong akar pepanjat (GCL). Menggelang pokok dan
memotong akar pepanjat ialah suatu jenis rawatan silvikultur yang dilaksanakan ke atas
kawasan-kawasan di dalam Hutan Simpanan Kekal yang telah diusaha hasilkan.Rawatan ini melibatkan aktiviti menggelang pokok yang bersifat buruk atau cacat bagi
membuka naungan kepada anak-anak pokok pilihan secara beransur-ansur untuk
membantu mengurangkan saingan serta memotong akar pepanjat bagi membebaskan
dirian tinggal daripada gangguan untuk membolehkannya membesar dengan cepat.
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
12/15
Selain itu, rawatan silvikultur yang lain ialah memotong akar pepanjat ialah suatu
jenis Rawatan Silvilkultur yang dilaksanakan ke atas kawasan-kawasan dalam Hutan
Simpanan Kekal yang telah diusahakan hasilnya. Rawatan ini melibatkan aktiviti
memotong akar pepanjat bagi membebaskan dirian tinggal daripada gangguan untuk
membolehkannya membesar dengan cepat.
Seterusnya, tanaman mengaya ialah suatu jenis rawatan silvilkultur yang
dilaksanakan ke atas kawasan-kawasan dalam Hutan Simpanan Kekal yang telah
diusahakan hasilnya bagi membantu meningkatkan isi kandungan hutan tersebut
supaya mencapai tahap yang dikehendaki terutamanya dari segi komposisi jenis-jenis
pokok yang bermutu.
Selain rawatan silvikultur, syarikat juga melaksanakan aktiviti tanaman kawasan
lapang (TKL). Secara amnya TKL adalah suatu kaedah penghutanan semula secara
menanam anak-anak pokok di kawasan-kawasan lapang yang terbentuk akibat operasi
pembalakan di mana merangkumi kawasan-kawasan bekas betau, jalan-jalan penarik
dan juga kawasan-kawasan yang dikenal pasti mengalami pembukaan tanah yang luas.
Aktiviti TKL perlu dilaksanakan sebaik sahaja sesebuah kawasan itu selesai diusaha
hasilkan.
Pembalakan liar yang
mengancam ekosistem hutan
Rawatan bagi pemuliharaan
hutan
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
13/15
Walaupun kerja-kerja pengusahasilan hutan dalam konsesi perjanjian KPKSB
telah dimulakan sekitar tahun 1983, aktiviti pemulihan hutan di kawasan yang telah
dibalak hanya dimulakan dalam tahun 1988.
Dewasa ini, komitmen KPKSB terhadap usaha pemulihan dan pemeliharaan
hutan bukan setakat hanya untuk memenuhi peraturan yang ditetapkan oleh pihak
Jabatan Perhutanan Negeri dan bagi tujuan penyediaan laporan penutup semata-mata.
Syarikat begitu menitikberatkan keberkesanan aktiviti rawatan hutan yang telah
dilaksanakan dan keupayaannya dalam mengekalkan kualiti dan kuantiti pengeluaran
kayu-kayan pada giliran tebangan seterusnya di samping mengekalkan fungsi dan
kepentingan hutan kepada alam sekitar dan kepelbagaian biologi.
Oleh itu, sebuah rancangan pembangunan hutan secara menyeluruh dan
bersepadu sedang dirangka dan akan direalisasikan bagi mencapai objektif sebenar
aktiviti rawatan hutan dalam kawasan konsesi perjanjian KPKSB. Dikenali
sebagai Program Pemuliharaan Bersepadu, konsep rawatan hutan ini merupakan
usaha murni syarikat untuk mencapai hasrat Pengurusan Hutan Secara Berkekalan di
samping menjadi misi syarikat untuk melangkah ke hadapan sebagai forest modelatau
contoh terbaik pengurusan dan pembangunan hutan di negara ini.
Selain itu, kerajaan juga mengambil langkah dengan melaksanakan program
ladang hutan bermutu tinggi. Ladang hutan ditanam dengan spesies pokok jati dan
mula dilaksanakan di Kedah pada tahun 1988. Matlamat keluasan tanaman bagi
Rancangan Malaysia Kelima dan Rancangan Malaysia Keenam adalah masing-masing
750 hektar dan 1250 hektar. Melalui rancangan tersebut, kerajaan persekutuan
membiayai dalam bentuk pinjaman untuk penanaman setiap 250 hektar tanaman
setahun. Menyedari hakikat ini kerajaan telah mengambil langkah dengan menubuhkan
satu Jawatankuasa Penyelarasan Penyelidikan Dan Pembangunan Ladang HutanMalaysia pada 18 November 1988.
Jawatankuasa tersebut terdiri daripada tenaga-tenaga pakar dan penyelidik dari
Jabatan Perhutanan Semenanjung (JPSM), Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia
(FRIM) dan Universiti Putra Malaysia (UPM). FRIM dan UPM menjalinkan kerjasama
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
14/15
untuk menjalankan penyelidikan demi menjamin kejayaan program perladangan hutan
terutama dalam aspek pengurusan, biak baik pokok dan sifat, serta penggunaan kayu.
Program R & D akan terus berkembang dengan bidang-bidang penyelidikan yang sedia
ada di samping memberikan penekanan kepada penyelidikan pemilihan spesies,
kesesuaian spesies dengan tapak tanaman, bekalan stok tanaman, silvikultur, kajian
ekonomik spesies ladang serta kawalan serangga dan penyakit.
Malahan kerajaan juga berusaha memberikan kesedaran kepada masyarakat
melalui kempen yang dilaksanakan. Kempen kesedaran dan pendidikan alam sekitar
merupakan kaedah untuk menyedarkan masyarakat tentang betapa pentingnya
merancang pemuliharaan ekosistem hutan. Langkah yang berkesan diambil dalam
memastikan mesej yang jelas mengenai unsur-unsur pemuliharaan hutan yang betul
dapat disampaikan kepada setiap anggota masyarakat bagi menjamin ekosistem hutan
terus terpelihara. Sebagai contoh, melalui kempen kesedaran iaitu Cintailah Hutan Kita
dan kempen Penghijauan Bumi. Selain kerajaan, kempen kesedaran dan pendidikan
alam sekitar dilakukan oleh badan bukan kerajaan (NGO) seperti Persatuan Pencinta
Alam Sekitar Malaysia dan Sahabat Alam Sekitar (SAM).
Subjek pemuliharaan hutan dan alam semula jadi untuk pembelajaran pelajar
sekolah rendah dan sekolah menengah terus diutamakan oleh Kementerian Pelajaran
Malaysia dalam pendidikan merentasi kokurikulum dan kokurikulum. Pengetahuan dan
kesedaran pelajar terhadap alam sekitar dan pemuliharaan alam semula jadi telah
diajar dalam mata pelajaran Geografi dan Sains sejak 1992. Selain itu, kementerian
juga menyelitkan elemen alam sekitar dan ekosistem ke dalam mata pelajaran Bahasa
Melayu, Bahasa Inggeris, Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral menerusi pendidikan
merentasi kokurikulum.
Mohd. Puad berkata, dalam usaha kementerian memperkukuhkan pembelajaranbagi subjek berkenaan, kerjasama dengan agensi kerajaan seperti Jabatan Perhutanan
dan Kehidupan Liar PERHILITAN sentiasa dilakukan dalam memastikan kesedaran
generasi muda khususnya dalam penglibatan untuk pemuliharaan hutan di Malaysia.
7/29/2019 SITI NURFAHMIRA BINTI ABDULLAH RENCANA PEMULIHARAAN HUTAN
15/15
Kerajaan juga menjalinkan hubungan kerjasama dengan negara serantau dan
pertubuhan alam sekitar dunia supaya pengurusan dan pemuliharaan hutan lebih
berkesan. Sebagai contohnya, penglibatan Malaysia dalam Program Alam Sekitar
ASEAN. Selain itu, menyambut Hari Hutan Sedunia pada setiap tahun dengan
menganjurkan program menanam pokok di samping mengadakan pameran dan
ceramah. Malahan, Malaysia juga terlibat dalam Konvensyen Antarabangsa Mengenai
Spesies- spesies Fauna dan Flora yang Terancam (CITES). Hasil kerjasama Malaysia
dengan pertubuhan antarabangsa telah membolehkan World Wildlife Fund Malaysia
(WWF) mempunyai pejabat dan wakil-wakilnya di Kuala Lumpur dan Kuching.
Pertubuhan antarabangsa tersebut membantu usaha-usaha perancangan dan
pengurusan tumbuh-tumbuhan semula jadi dan hidupan liar dari segi bimbingan,
perkhidmatan teknikal, kewangan dan pendidikan.
Bagi media massa pula, sama ada media cetak atau media elektronik juga
penting mengimbau dan menghebahkan tentang kepentingan menjaga alam
sekitar. Hal ini kerana masyarakat lebih rapat dengan media massa kerana fungsi
media massa itu sendiri sebagai saluran komunikasi dan hiburan kepada
masyarakat. Sejak rakyat mula prihatin terhadap alam sekitar, pihak media massa telah
meningkatkan liputan mereka mengenai masalah-masalah alam sekitar
yang nyata penebangan hutan yang berleluasa tanpa kawalan pihak
berwajib. Malah, jika sesuatu peristiwa yang melibatkan alam sekitar seperti kejadian
tanah runtuh, pembakaran terbuka dan kempen-kempen kesedaran pemuliharaan
hutan turut akan disiarkan di dada akhbar, televisyen atau radio.
Setiap anggota masyarakat perlu sedar bahawa usaha pemuliharaan patut
menjadi teras dalam diri masing-masing, kerana kesedaran dalam diri setiap individu
adalah sangat penting. Jika semua anggota masyarakat bertanggungjawab dalam
memainkan peranan masing-masing dan bekerjasama untuk menyelamatkan hutan,
pastinya hutan yang merupakan nadi dalam kehidupan kita akan dapat diselamatkan
dan dipulihara sepenuhnya sebagai khazanah alam yang dapat dinikmati oleh generasi
muda.