Upload
dothuy
View
384
Download
4
Embed Size (px)
Citation preview
SKIM PENSIJILAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN
1 Pengenalan
Tahun 2006 merupakan tahun yang penting dalam sejarah kemajuan bidang
kejurulatihan. Di bawah bimbingan dan nasihat Lembaga Kejurulatihan Kebangsaaan
(LKK), beberapa pelan tindakan telah dikemukakan untuk pembangunan bidang
kejurulatihan di negara ini. Antaranya adalah Kelulusan Jawatankuasa Kabinet
Pembangunan Sukan yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Datuk Seri Mohd Najib Tun
Abdul Razak ke atas Perlaksanaan Skim Pekerjaan Jurulatih Kebangsaan
berkuatkuasa pada 1 Julai 2006 yang memperlihatkan adanya satu skim gaji dan
elaun yang menarik bagi jurulatih tempatan yang ingin menceburi bidang kejurulatihan
secara penuh masa ataupun sambilan.
Y.B. Menteri Belia dan Sukan telah melancarkan penubuhan Akademi Kejurulatihan
Kebangsaan (AKK) pada 19hb Julai 2012 di Dewan Komanwel, Majlis Sukan Negara
Malaysia bagi memantapkan fungsi Lembaga Kejurulatihan Kebangsaan yang telah
wujud sejak tahun 1985.
2 Apakah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK)?
Peranan utama penubuhan AKK adalah untuk menyusun semula pelaksanaan
program pendidikan kejurulatihan yang lebij komprehensif yang merangkumi Kursus
Sains Sukan dan Sukan Spesifik selaras dengan perkembangan bidang sains
kejurulatihan di peringkat antarabangsa bagi melahirkan lebih ramai jurulatih tempatan
yang bertauliah.
SPKK adalah suatu piawai kebangsaan bagi pengiktirafan kelayakan kejurulatihan.
Program ini dapat menyediakan pendidikan bersistematik (Tahap I, II dan III) bagi
keperluan jurulatih dengan membekalkan kursus-kursus secara progresif dengan
tujuan meningkatkan pengetahuan dan kemahiran para jurulatih. SPKK mengandungi
tiga komponen asas :
i) Kursus Sains Sukan
Pengajaran tentang prinsip-prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan yang
dikendalikan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan (AKK), Majlis Sukan
Negara (MSN).
2
ii) Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik
Ceramah dan pengajaran amali tentang kemahiran sukan spesifik, teknik dan
strategi kejurulatihan yang dikendalikan oleh Persatuan-persatuan Sukan
Kebangsaan (PSK) dan Badan Sukan di peringkat antarabangsa.
iii) Latihan Amali (Praktikum)
Latihan amali dikendalikan oleh Persatuan sukan Kebangsaan mengikut
keperluan sukan masing-masing.
2.1 Sijil Penuh SPKK
Kursus Sains Sukan dan Kejurulatihan Sukan Spesifik mengandungi tiga tahap
pembelajaran. Sijil penuh SPKK yang diiktiraf dan lengkap bagi setiap tahap akan
diperolehi oleh jurulatih setelah selesai menyempurnakan kedua-dua kursus sains
sukan dan sukan spesifik serta telah melaksanakan latihan amali (Praktikum) di tahap
yang berkaitan. Sebagai contoh, jurulatih yang lulus Tahap I Sukan Spesifik PSK dan
Tahap I Sains Sukan MSN serta telah menjalani latihan amali (praktikum) sukan
spesifik akan diberi pengiktirafan Sijil Penuh SPKK Tahap I. Oleh kerana SPKK
melangkah secara progresif, maka para jurulatih dikehendaki lulus Tahap I sebelum
KOMPONEN – KOMPONEN SPKK
SAINS SUKAN
LATIHAN AMALI
SUKAN SPESIFIK
PERSATUAN SUKAN
KEBANGSAAN
MAJLIS SUKAN
NEGARA
3
dibenarkan mengambil kursus Tahap II dan seterusnya. Berikut adalah tajuk utama
dalam silibus kursus SPKK.
Sains Sukan Sukan Spesifik dan Praktikum
Falsafah Kejurulatihan
Sukan di Malaysia
Anatomi dan Fisiologi
Biomekanik Sukan
Suaian Fizikal
Pemakanan Sukan
Kompetensi Kejurulatihan
Psikologi Sukan
Tingkahlaku Motor
Perubatan Sukan
Sejarah
Organisasi Sukan
Peraturan/Undang-undang Permainan
Peralatan
Falsafah Kejurulatihan
Kod Etika Kejurulatihan
Metodologi Pengajaran
Perancangan Latihan Mengajar
Teknik / Kemahiran sukan
Taktik & Strategi
Kecergasan Sukan Spesifik
Elemen Sains Sukan dalam Sukan Spesifik
Dengan mempunyai Sijil Penuh bagi setiap tahap SPKK, seseorang jurulatih akan
meningkatkan diri sepanjang kerjayanya sebagai jurulatih bertauliah.
Cadangan : Para jurulatih dinasihatkan mengambil Kursus Sains Sukan terlebih
dahulu sebelum meneruskan ke Kursus Kejurulatihan Sukan Spesifik. Cara ini dapat
membantu mereka memperolehi pengetahuan secara meluas mengenai prinsip-
prinsip asas kejurulatihan dan sains sukan sebelum bergerak maju membentuk
kemahiran-kemahiran kejurulatihan sukan spesifik.
SPKK adalah penting sebagai langkah pertama ke arah mendaftarkan diri dalam
senarai pengkalan data yang dikendalikan oleh Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
(AKK). Hanya jurulatih yang mempunyai sijil penuh SPKK sahaja layak untuk
memohon lesen kejurulatihan.
4
2.2 Cara memperolehi Sijil penuh SPKK dan Lesen
SPKK III DAN LESEN A Sains Sukan Tahap III /
Persamaan Taraf Tahap III SukanSpesifik Tahap III Praktikum
SPKK II DAN LESEN B Sains Sukan Tahap II /
Persamaan Taraf Tahap II Sukan Spesifik Tahap II Praktikum
SPKK I DAN LESEN C Sains Sukan Tahap I /
Persamaan Taraf Tahap I Sukan Spesifik Tahap I Praktikum
5
SIJIL PENUH SPKK TAHAP I, II, III
6
SKIM PELESENAN KEJURULATIHAN KEBANGSAAN (SLKK)
1 Pengenalan
Pada tahun 2006 juga Cawangan Kejurulatihan membangunkan Skim Pelesenan
Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) bagi memastikan jurulatih yang mempunyai
kelulusan di bawah Skim Pensijilan Kejurulatihan Kebangsaan (SPKK) dapat
menikmati imbuhan yang ditawarkan pada skim pekerjaan tersebut. Konsep SLKK ini
telah diperkenalkan kepada semua Persatuan Sukan Kebangsaan dan mendapat
sambutan yang menggalakkan.
2 Keistimewaan Mempunyai Lesen Jurulatih AKK
i) Kepada semua jurulatih yang mempunyai Lesen Jurulatih di bawah Skim
Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan (SLKK) boleh mengikuti kursus, seminar, bengkel, persidangan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara Malaysia dengan mendapat diskaun yuran penyertaan bagi kursus sains sukan.
ii) Yuran Penyertaan bagi ahli SLKK adalah seperti berikut :
BIL KURSUS YURAN
AHLI BUKAN AHLI 1
Kursus Sains Sukan
- Tahap I - Tahap II
- Tahap III
-
RM100 (mempunyai SPKK Thp I/Lesen C) RM200 (mempunyai
SPKK Thp II/Lesen B)
RM100 RM150
RM250
7
LESEN JURULATIH A, B, C
8
9
4 Prosedur Permohonan SPKK I,II,III dan Lesen A,B,C
i) Borang diperolehi dengan memuat turun dalam laman web MSN di
http://www.nsc.gov.my atau dapatkan di Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, MSN.
ii) Hantar borang yang lengkap beserta salinan sijil sains sukan dan sukan
spesifik(sijil kejurulatihan) yang telah disahkan kepada Akademi Kejurulatihan Kebangsaan, Majlis Sukan Negara Malaysia, Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil, 57000 Kuala Lumpur.
iii) Yuran keahlian bagi permohonan baru dan pembaharui lesen adalah RM10.00,
tempoh keahlian adalah selama 2 tahun. Sila kepilkan wang pos atas nama Majlis Sukan Negara Malaysia atau tunai pada borang permohonan. Pemohon akan dibekalkan lesen jurulatih, buku log dan badge AKK.
5 Memperbaharui Keahlian (2 Tahun sekali)
Keahlian boleh diperbaharui dengan syarat-syarat berikut :
I. Telah memenuhi keperluan Program Continuos Coach Education (CCE).
Rujuk kepada Syarat membahurui Lesen Jurulatih dan Status Aktif.
II. Mematuhi Kod Etika Jurulatih (Sila Baca Lampiran)
III. Wajib bagi jurulatih Sukan Air : Mempunyai Sijil Bantu Mula (dengan CPR) yang
sah (Optional kepada sukan lain).
IV. Mempunyai pas pekerjaan atau permit kerja sebagai jurulatih yang sah dari
Jabatan Imigresen Malaysia (bagi jurulatih luar negara sahaja)
Setelah mematuhi syarat-syarat di atas jurulatih hendaklah menghantar borang
permohonan atau lesen yang telah tamat tempoh bersama dengan Buku Log Skim
Pelesenan Kejurulatihan Kebangsaan untuk memperbaharui keahlian sekurang-
kurangnya tiga bulan sebelum tarikh tamat tempoh keahliannya.
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan bertanggungjawab menilai dokumen-dokumen
yang dihantar bagi tujuan memperbaharui permohonan tersebut.
Yuran untuk memperbaharui kad keahlian adalah RM 10.00.
10
“ Setiap Jurulatih yang telah berdaftar adalah wajib untuk mengikuti kursus-kursus,
persidangan, simposium, bengkel, klinik di dalam negeri atau luar negara untuk
mencapai himpunan bilangan jam ataupun hari bagi tempoh pembelajaran Continuous
Coaching Education (CCE) Program yang membolehkan Jurulatih memperbaharui
lesen setelah 2 tahun...”
6 Sijil (SPKK) dan Lesen (SLKK)
Persatuan Sukan Kebangsaan (PSK) mempunyai kuasa untuk mengesahkan
seseorang jurulatih sebagai jurulatih berkelayakan di dalam sesuatu bidang sukan.
Sekiranya timbul keraguan atau penipuan dalam permohonan Sijil SPKK atau Lesen
SLKK maka pihak PSK atau pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan boleh dengan
serta merta membatalkan sijil dan lesen serta akan mengambil tindakan undang-
undang kepada individu tersebut.
7 Pengumpulan Bilangan Jam / Hari Pembelajaran
CCE merupakan satu elemen utama bagi Pendaftaran dibawah AKK kerana ianya
memerlukan jurulatih untuk meningkatkan keupayaan mereka secara berterusan bagi
menjamin dan mengawal mutu kejurulatihan yang tinggi.
Syarat untuk memperbaharui lesen Jurulatih dan Status Aktif
JENIS
JURULATIH
KEGIATAN
AKTIF
SEBAGAI
SEORANG
JURULATIH
BUKU LOG
BENGKEL
MSN ATAU
LUAR
BENGKEL/
SEMINAR LUAR
TEMPOH
MASA
JUMLAH
BENGKEL/
SEMINAR
YANG PERLU
DIHADIRI
Jurulatih
MSN
2 Tiada halangan 2 Tahun 2 Jurulatih
Luar
Disahkan
oleh Pihak
Berkenaan
Dalam BUKU
LOG sebagai
Aktif
Digalakkan
Menyertai
Menyertai satu
atau lebih
bengkel/seminar
yang dianjurkan
oleh pihak-pihak
tertentu
2 Tahun 1
11
8 Pengesahan menjalankan tugas sebagai jurulatih
Jurulatih haruslah mendapatkan pengesahan buku log yang disahkan oleh pihak
penganjur atau Persatuan Sukan Kebangsaan semasa menjalankan program atau
pertandingan.
Aktif
Merujuk kepada jurulatih yang telah memenuhi syarat-syarat serta kriteria yang ditetapkan oleh AKK dan pembaharuan keahlian diperlukan dalam masa dua tahun. Jurulatih MSN yang telah mengahadiri 2 bengkel atau Seminar Coah Education dalam 2 tahun. Jurulatih Luar perlu aktif dalam bidang kejurulatihan yang telah mendapat pengesahan dari pihak yang berkaitan serta telah menghadiri sekurang-kurangnya 1 Bengkel atau Seminar Coach Education dalam 2 tahun.
Tidak Aktif
Gagal memperolehi himpunan bilangan jam/hari pembelajaran
Coaching Continuous Education (CCE) yang minima dan tidak aktif
menjalankan tugas sebagai jurulatih.
9 Kiriman sijil/lesen melalui khidmat pos
Sekiranya pemohon memohon sijil atau lesen untuk di poskan ke rumah maka ianya
bukan lagi tanggungjawab pihak Akademi Kejurulatihan Kebangsaan apabila terjadi
sijil atau lesen hilang atau pun rosak semasa proses penghantaran berlaku.
12
BUKU LOG SLKK
13
Disediakan oleh :
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan
Majis Sukan Negara Malaysia (MSNM)
Kompleks Sukan Negara Bukit Jalil
57000 Kuala Lumpur
Tel : 03 – 8992 9600 (Direct Line : MSN)
03 – 8992 9010 (Akademi Kejurulatihan Kebangsaan)
03 – 8992 9003 (Lesen Jurulatih)
Faks : 03 – 8996 6203
14
LAMPIRAN
KOD ETIKA JURULATIH
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan yakin bahawa jurulatih memainkan peranan penting sebagai pemangkin kepada pembangunan sukan dan kejayaan seseorang atlet. Jurulatih merupakan seorang pemimpin / guru yang bertanggungjawab mempastikan program-program sukan dapat membentuk keperibadian dan perwatakan yang baik di dalam kehidupan seorang atlet. Setiap jurulatih harus mengamalkan tingkah laku yang positif ketika bersama-sama atlet dalam memberikan pengalaman dan potensi diri kepada mereka. Selain itu jurulatih perlulah sentiasa menunjukkan sikap kesukanan dan budi pekerti yang mulia serta menilai setiap atlet dengan baik dan seadilnya.
Jurulatih hendaklah menjadi model dalam melaksanakan tugas dengan jujur dan cekap selain mempunyai integriti yang tinggi. Jurulatih juga mestilah bertanggungjawab dalam membina semangat kekitaan sewaktu mengambil bahagian dalam sukan, berdisiplin tinggi serta sanggup berkorban apa sahaja demi mencapai kemajuan atlet bimbingannya.
Akademi Kejurulatihan Kebangsaan percaya bahawa seseorang jurulatih akan melakukan sesuatu yang terbaik bukan sahaja untuk dirinya bahkan juga untuk atlet di bawah penjagaannya. Kod etika jurulatih ini hendaklah diguna pakai oleh semua jurulatih sama ada sepenuh masa, sambilan dan luar negara yang berkhidmat di bawah naungan Institut Sukan Negara Malaysia. Kod etika ini sememangnya memberikan penekanan tentang amalan baik yang perlu diikuti oleh seseorang jurulatih.
Saya akan sentiasa terikat dan mematuhi kod etika ini ketika menjalankan tugas
sebagai seorang jurulatih.
Seorang jurulatih sukan bertanggungjawab membantu mengembangkan potensi
diri seorang atlet dengan meningkatkan prestasinya :-
• Mengenalpasti keperluan setiap orang individu. • Meningkatkan prestasi dengan cara yang selamat, latihan terkawal, membuat
penilaian dan mengambil bahagian sebaik mungkin dalam setiap pertandingan.
• Mewujudkan satu persekitaran di mana seseorang atlet itu sentiasa mendapat
motivasi bagi mengekalkan penyertaan dan meningkatkan prestasinya.
15
Jurulatih hendaklah mematuhi prinsip-prinsip etika jurulatih yang baik seperti di
bawah :-
Sebagai seorang jurulatih
1. Saya akan bersikap positif terhadap tugas sebagai jurulatih serta tidak
akan berkelakuan negetif yang mana ia akan memberi kesan terhadap
tanggapan masyarakat atau penerimaan jurulatih sebagai kerjaya.
2. Saya tidak akan membuat sebarang kenyataan atau dakwaan bertulis
kepada orang ramai berkaitan perkara yang tidak benar dengan
profesion kejurulatihan.
3. Saya akan hormati pelbagai pendekatan kaedah yang digunakan ketika
melatih. Saya akan menghormati daya usaha dan sumbangan orang lain
serta tidak menganggap usaha atau kaedah tersebut milik saya sendiri.
4. Saya wajar bersifat amanah dalam semua perkara yang saya lakukan
dan mendidik atlet betapa pentingnya integriti, kejujuran, keyakinan dan
kesetiaan.
5. Saya akan memberikan keutamaan terhadap perihal kesejahteraan dan
keselamatan atlet lebih daripada peningkatan prestasi. Saya akan
menurut semua garis panduan yang terkandung di dalam persatuan-
persatuan sukan yang saya ceburi.
6. Saya akan menghormati hak, maruah dan nilai seseorang atlet serta
melatih mereka secara adil dan sama rata.
7. Saya akan mengaplikasikan kaedah pengajaran yang efektif bagi
mempastikan pengalaman yang diperolehi ketika latihan menyeronokkan, dapat meningkatkan harga diri dan menggalakkan perasaan sayang serta menghargai nilai sukan. Saya tidak akan
melakukan penderaan fizikan dan psikologikal , tidak menggunakan tutur kata yang tidak sepatutnya serta latihan yang boleh menyinggung perasaan seseorang atlet dan orang lain.
8. Saya akan menggalakkan atlet mencapai kejayaan secara jujur, berfikir
dan bermain sebagai satu pasukan, melakukan yang terbaik dan sentiasa memperbaiki prestasi dengan daya usaha tinggi serta berdisiplin. Melarang atlet daripada bersifat pentingkan diri sendiri serta tidak bersungguh-sungguh dalam mengharungi sesuatu pertandingan
16
sehingga tamat perlawanan. Saya akan pastikan penerapan budaya kerja berkumpulan dilaksanakan demi kelancaran dan kecemerlangan sukan.
9. Saya akan membina perhubungan yang baik dengan atlet berdasarkan
kepada kepercayaan dan saling hormat menghormati. Saya tidak akan terpengaruh untuk mendapatkan sesuatu keistimewaan atau ganjaran. Saya juga tidak akan menggunakan kedudukan saya untuk melakukan salah laku seks atau membuat perhubungan yang dilarang dengan atlet atau seseorang yang rapat dengan mereka.
10. Saya akan menjadi contoh yang baik bagi segala tindak tanduk saya
ketika menjalankan tugas mahupun diluar tugas agar senantiasa menjadi
ikutan kepada atlet.
11. Saya akan menjauhkan diri dari berkelakuan tidak senonoh, merokok, minum minuman keras dan penyalahgunaan dadah dalam bentuk apa jua sekali pun. Ini akan memberi impak yang negatif tentang peranan saya sebagai “role-model”.
12. Saya akan membimbing atlet menerima tanggungjawab ke atas
perlakuan dan prestasi mereka.
13. Saya akan berusaha meningkatkan ilmu bagi menambahkan
pengetahuan berkaitan prinsip-prinsip kejurulatihan dan mempelajari
teknik dan strategi terkini dalam sukan yang diceburi.
14. Saya akan bekerjasama dengan pakar-pakar lain (contohnya jurulatih,
pegawai, saintis, doktor, pelatih, ahli fisioterapi) demi kebaikan atlet.
15. Saya akan memberikan pengalaman, keadaan yang selamat serta
cabaran yang tidak dapat dilupakan bagi atlet dengan mengekalkan
suasana sukan secara fizikal dan mental yang selamat.
16. Saya akan sentiasa mengamalkan prinsip “fair-play” dan tidak akan melanggar peraturan-peraturan serta undang-undang permainan. Saya
akan mengingati atlet tentang bahayanya mengambil benda terlarang
termasuk minuman keras dan rokok serta dadah untuk peningkatan
prestasi.
17. Saya tidak akan menggunakan nama dan atlet saya untuk mendapatkan
sebarang imbuhan secara komersil melainkan dengan mendapat izin
dari Majlis Sukan Negara.
18. Saya akan sentiasa mematuhi kod etika ini secara berterusan dalam
semua lapangan sukan.
17
19. Saya akan menghormati semua pegawai sukan pada setiap masa. Saya
juga akan akur dengan sensitiviti agama, adat resam dan budaya
masyarakat majmuk negara ini.
20. Saya akan mempromosi serta menggalakkan semangat kesukanan.