14
1 | SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK) 1. SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN HENDAKLAH MELAKSANAKAN SKOP KERJA YANG DITETAPKAN SEPERTI BERIKUT: 1.1. Bilangan Pengawal Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Senarai Sekolah / Institusi Pendidikan. 1.2. Waktu Perkhidmatan Tujuh (7) hari seminggu / 24 jam sehari Termasuk cuti hujung minggu Termasuk Hari Kelepasan Am dan Cuti Persekolahan 1.3 Peraturan Kerja/ Tanggungjawab Syarikat hendaklah memastikan: 1.3.1. Pengawal hadir mengikut waktu yang ditetapkan dan pengawal pengganti perlu disediakan sekiranya pengawal yang bertugas bercuti. Pengawal juga tidak meninggalkan tempat bertugas masing-masing selagi tiada pengganti semasa pertukaran syif. 1.3.2. Semua pengawal setiap lapisan pangkat yang bertugas sentiasa mematuhi peraturan seperti berikut: 1.3.3. Berpakaian seragam rapi, kemas, lengkap dan bersih. 1.3.4. Rambut pengawal; a. Lelaki : Sentiasa pendek, kemas, rapi dan tidak melewati anak telinga b. Perempuan : Sentiasa kemas dan rapi 1.3.5. Pengawal hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersedia. Mereka tidak dibenarkan tidur, membaca surat khabar/ majalah dan berbual-bual semasa bertugas. 1.3.6. Semua pengawal wajib menghormati Pentadbir Premis ini dan mana- mana wakil Kerajaan yang berada di premis ini.

SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

  • Upload
    others

  • View
    243

  • Download
    12

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

1 |

SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN (PKK) 1. SYARIKAT KAWALAN KESELAMATAN HENDAKLAH MELAKSANAKAN

SKOP KERJA YANG DITETAPKAN SEPERTI BERIKUT: 1.1. Bilangan Pengawal

Bilangan pengawal adalah seperti yang dinyatakan dalam Senarai Sekolah / Institusi Pendidikan.

1.2. Waktu Perkhidmatan

Tujuh (7) hari seminggu / 24 jam sehari

Termasuk cuti hujung minggu

Termasuk Hari Kelepasan Am dan Cuti Persekolahan

1.3 Peraturan Kerja/ Tanggungjawab

Syarikat hendaklah memastikan:

1.3.1. Pengawal hadir mengikut waktu yang ditetapkan dan pengawal

pengganti perlu disediakan sekiranya pengawal yang bertugas bercuti.

Pengawal juga tidak meninggalkan tempat bertugas masing-masing

selagi tiada pengganti semasa pertukaran syif.

1.3.2. Semua pengawal setiap lapisan pangkat yang bertugas sentiasa

mematuhi peraturan seperti berikut:

1.3.3. Berpakaian seragam rapi, kemas, lengkap dan bersih.

1.3.4. Rambut pengawal;

a. Lelaki : Sentiasa pendek, kemas, rapi dan tidak melewati

anak telinga

b. Perempuan : Sentiasa kemas dan rapi

1.3.5. Pengawal hendaklah sentiasa berada di dalam keadaan bersedia.

Mereka tidak dibenarkan tidur, membaca surat khabar/ majalah dan

berbual-bual semasa bertugas.

1.3.6. Semua pengawal wajib menghormati Pentadbir Premis ini dan mana-

mana wakil Kerajaan yang berada di premis ini.

Page 2: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

2 |

1.3.7. Semua pengawal wajib menghormati orang ramai yang berurusan

dengan pihak premis semasa bertugas demi menjaga nama baik

institusi kerajaan.

1.3.8. Pengawal wajib menjaga disiplin, tingkah laku dan mengawal emosi

semasa bertugas ketika menghadapi situasi di luar jangkaan.

1.3.9. Pengawal tidak dibenarkan merokok semasa bertugas.

1.3.10. Pengawal hendaklah mahir dalam bidang pertolongan cemas dan

boleh melaksanakan pertolongan cemas apabila ketiadaan pihak yang

lebih mahir. Oleh itu pengawal dikehendaki cekap menggunakan

peralatan kecemasan dengan tatacara yang betul.

1.3.11. Pengawal dikehendaki mahir dalam penggunaan semua alat pencegah

kebakaran.

1.3.12. Pengawal dikehendaki juga melaksanakan pemeriksaan terhadap

pekerja-pekerja, orang-orang awam dan kenderaan yang memasuki

kawasan premis untuk mencegah kecurian/ pencerobohan.

1.3.13. Pengawal hendaklah membuat pemeriksaan yang teliti terhadap

pemunggahan barang-barang menggunakan kenderaan untuk keluar

dari kawasan premis bagi mengelakkan kecurian harta Kerajaan/

pegawai/ kakitangan dan pelajar atau mana-mana orang yang

dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di dalam kawasan

premis (bagi urusan rasmi di sekolah).

1.3.14. Pengawal hendaklah sentiasa ada dalam simpanannya nombor telefon

Balai Polis, Bomba dan hospital/ pusat kesihatan yang berhampiran

dan juga dipamerkan di dalam pondok/ pos pengawal untuk tujuan

dihubungi ketika kecemasan.

1.3.15. Pengawal hendaklah menyediakan laporan keselamatan dalam buku

laporan harian yang disediakan pihak syarikat pada tiap-tiap hari dan

menyerahkannya kepada Pentadbir Premis/ wakil yang dilantik untuk

pengesahan kerja dan tindakan.

1.3.16. Pengawal hendaklah mematuhi semua peraturan kerja yang

berkuatkuasa dan lain-lain perubahan peraturan kerja dari semasa ke

semasa serta apa-apa peraturan yang akan digubal hasil dari

perundingan dan perbincangan terperinci di antara Kerajaan dan

Syarikat Kawalan Keselamatan.

Page 3: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

3 |

1.3.17. Pengawal wajib memberikan kerjasama yang sepenuhnya ketika

pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai

Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik bagi

tujuan menilai keberkesanan khidmat yang diberikan.

1.4. Senarai Tugas

Tugas-tugas tertentu Pengawal adalah tertakluk kepada jawatan Pengawal

tersebut seperti berikut:

Pegawai Rondaan

1.4.1. Pegawai Rondaan adalah pegawai yang memberi laporan terus

kepada Pengurus Operasi bagi setiap perkara yang berlaku di dalam

kawasan rondaan tersebut. Tugas pegawai rondaan adalah seperti

berikut:

1.4.2. Menyelaras dan menjalankan pemeriksaan keselamatan di premis

Kerajaan di bawah tanggungjawab dalam perkara berikut:-

Kawalan Pintu Masuk

Kawasan dan Bangunan

Rondaan

Laluan/ lalulintas dalam premis

1.4.3. Menyediakan tugas harian Pengawal mengikut jadual yang ditetapkan.

1.4.4. Merangka jadual tugas harian/ bulanan Pengawal dengan menentukan

pergerakan/ penempatan anggota mencukupi dan menepati masa.

1.4.5. Memastikan peralatan yang diperlukan bagi tujuan kawalan lalu lintas

di luar sekolah sentiasa mencukupi di sesebuah premis.

1.4.6. Mengambil tindakan mengeluarkan arahan kepada Pengawal bagi

tujuan menguat kuasakan setiap peraturan dilaksanakan.

1.4.7. Bertanggungjawab ke atas disiplin pengawal-pengawal.

1.4.8. Mengatur dan menyediakan jadual tugas, roll call, latihan jasmani dan

kawad anggota pengawal.

1.4.9. Menyediakan tuntutan lebih masa anggota dan mengaturkan tugas

lebih masa mengikut keperluan yang sepatutnya.

Page 4: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

4 |

1.4.10. Membantu sesi latihan fire drill yang diadakan oleh pihak pentadbir

premis dari semasa ke semasa.

1.4.11. Mengemukakan laporan bertulis (buku log) mengenai rondaan di

sekeliling kawasan premis secara mingguan kepada Pentadbir Premis.

1.4.12. Menjalankan tugas-tugas lain yang bersesuaian seperti mana

diarahkan oleh pihak pentadbir premis.

1.4.13. Membuat rondaan sekurang-kurangnya sekali sehari dan pengesahan

rondaan hendaklah disahkan di dalam buku log. Cth: analog watchman

clock/ pengesahan kehadiran di dalam buku laporan.

Ketua Pengawal

1.4.14. Ketua Pengawal adalah wakil pengawal yang dilantik di kalangan

pengawal keselamatan bagi sesuatu premis yang melaksanakan

tugas-tugas tambahan seperti berikut:

Menyelia dan menyelaras tugas dan semua Pengawal di bawah

tanggungjawab.

Menyelia kawalan keselamatan pintu masuk, kawalan rondaan

dan laluan/ lalu lintas di dalam premis.

Menyelia dan memastikan peralatan yang diperlukan bagi tujuan

kawalan lalu lintas di luar sekolah sentiasa mencukupi sebelum

Pengawal Keselamatan dibenarkan melaksanakan kawalan lalu

lintas.

Menjalankan tugas-tugas pentadbiran ke atas semua Pengawal

(cuti, disiplin dan sebagainya).

Membantu pemantauan tugas operasi keselamatan.

Menjalankan tugas-tugas lain berkaitan keselamatan di dalam

kawasan premis seperti mana diarahkan oleh pihak pentadbiran

premis.

Pengawal Keselamatan 1.4.15. Senarai tugas pengawal keselamatan meliputi bidang pelaksanaan

tugas-tugas seperti berikut:

1.4.16. Kawalan Pintu Masuk/ Lalulintas

1.4.16.1. Memastikan pelawat-pelawat luar melaporkan diri di Pondok/ Pos

Pengawal sebelum dibenarkan masuk ke dalam kawasan premis.

Page 5: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

5 |

1.4.16.2. Memastikan hanya kakitangan dan pelawat yang mempunyai pas

sahaja yang dibenarkan masuk.

1.4.16.3. Membuat pemerhatian terhadap semua individu yang keluar

masuk ke kawasan premis.

1.4.16.4. Menghubungi pihak pengurusan premis dan pihak berkuasa

berkaitan dengan segera sekiranya berlaku sebarang kejadian

yang tidak diingini seperti kecurian, pencerobohan dan

sebagainya.

1.4.16.5. Semua Pengawal hendaklah memahami dan mahir mengenai

peraturan keselamatan premis kerajaan yang berkuatkuasa.

1.4.16.6. Laluan keluar/ masuk pintu pagar utama sekolah hendaklah

sentiasa ditutup.

1.4.17. Kawalan Kawasan dan Bangunan

1.4.17.1. Membuka pintu dan menutup pintu blok-blok pentadbiran

sekiranya diarahkan oleh pihak pengurusan premis.

1.4.17.2. Bertanggungjawab untuk memastikan kawasan bangunan tidak

dicerobohi oleh individu-individu yang tidak berkaitan.

1.4.17.3. Membuat rondaan setiap masa untuk memastikan keselamatan

kawasan/ bangunan dan tempat bertugas.

1.4.17.4. Merekodkan setiap kejadian yang tidak diingini di dalam buku

laporan harian yang disediakan oleh pihak syarikat.

1.4.17.5. Membuat laporan bertulis mengenai rondaan di sekeliling

kawasan premis dalam Buku Laporan Bertugas Harian setiap

empat (4) jam.

1.4.17.6. Melaporkan kepada Pentadbir Premis dalam bentuk laporan

bertulis mengenai kerosakan, kehilangan peralatan/ barangan/

harta benda, kebakaran atau apa-apa kejadian yang tidak diingini

dan cubaan pencerobohan atau kecurian.

1.4.17.7. Melaporkan kepada Polis DiRaja Malaysia dengan segera apa-

apa kejadian kehilangan, pencerobohan, kecurian, sabotaj, atau

apa-apa kejadian yang tidak diingini dan cubaan pencerobohan

atau kecurian.

Page 6: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

6 |

1.4.17.8. Memastikan pintu bangunan ditutup rapat dan berkunci dengan

selamat dan merekodkan dalam buku laporan harian.

1.4.17.9. Bertanggungjawab membantu mencegah kebakaran. Melaporkan

dengan segera kepada Bomba dan Penyelamat apa-apa kejadian

kebakaran dan bersedia untuk melakukan tindakan kecemasan

jika terdapat kemalangan kebakaran.

1.4.18. Kawalan pada waktu pejabat

1.4.18.1. Membuka pintu utama di setiap blok/ premis di waktu bertugas

dan menutupnya kembali setelah tamat waktu pejabat.

1.4.18.2. Membuat kawalan dan pemantauan keluar masuk kakitangan dan

orang ramai yang berurusan di kawasan premis dengan

memastikan individu yang tidak berkaitan seperti jurujual, peminta

derma supaya tidak masuk ke kawasan/ bangunan tanpa

mendapat kebenaran terlebih dahulu daripada pihak pengurusan

premis.

1.4.18.3. Memeriksa mana-mana pegawai / kakitangan, pengawal atau

pelawat yang disyaki membawa atau menyorokkan sesuatu yang

boleh membahayakan keselamatan dan menahan mana-mana

orang yang tidak diingini atau yang tidak dibenarkan masuk ke

premis.

1.4.18.4. Merekodkan butiran diri orang awam yang masuk ke kawasan

premis/ bangunan dan memastikan setiap pelawat yang berada

di premis memakai pas pelawat yang dibekalkan oleh syarikat /

pentadbir premis dan dikawal oleh pentadbir premis.

1.4.19. Kawalan pada waktu luar pejabat

1.4.19.1. Memastikan orang awam yang tidak berkenaan atau pekerja-

pekerja kontrak tidak lagi berada di dalam kawasan premis

selepas waktu pejabat kecuali mereka yang dibenarkan oleh

pentadbir premis sahaja. Sekiranya terdapat kakitangan yang

bertugas di luar waktu pejabat, butiran diri kakitangan tersebut

hendaklah direkodkan.

1.4.20. Kawalan Aset Kerajaan, Kakitangan dan Pelajar

Page 7: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

7 |

1.4.20.1. Pengawal hendaklah memastikan tidak berlaku apa-apa

kecurian, kerosakan/ vandalisma atau kehilangan aset alih dan

tak alih Kerajaan, pegawai, kakitangan, pelajar atau mana-mana

orang yang dibenarkan secara sah meletakkan aset mereka di

dalam kawasan premis atas urusan rasmi.

1.4.21. Kawalan ke atas kakitangan, pelajar dan penghuni premis

1.4.21.1. Pengawal hendaklah memastikan supaya tidak berlaku apa-apa

jua bentuk gangguan terhadap kakitangan, pelajar dan penghuni

premis di dalam persekitaran premis oleh individu –individu luar

sepanjang masa bertugas.

1.4.22. Rondaan

1.4.22.1. Membuat rondaan setiap empat (4) jam sekali sekitar bangunan

dan kawasan jagaannya dalam masa bertugas dan mengunci

waktu rondaan di watchman clock (watchman clock dibekalkan

oleh syarikat) pada setiap lawatan ke tempat yang ditentukan

tersebut. Jadual bagi waktu rondaan hendaklah dirunding dan

ditentukan bersama dengan pihak pentadbir premis.

1.4.22.2. Bagi premis yang mempunyai seorang pengawal sahaja,

kekerapan rondaan sehari dan jadual rondaan hendaklah

dirunding dan ditentukan bersama pihak pentadbir premis.

1.4.22.3. Memastikan kawasan blok/ premis selamat dan bebas dari

sebarang bentuk pencerobohan.

1.4.22.4. Memeriksa punca sekiranya terdapat sebarang bunyi/ bau/

cahaya yang luar biasa. Perkara tersebut mungkin

menggambarkan percubaan pencerobohan, pergerakan pekerja

yang tidak dibenarkan, kerosakan peralatan/ jentera atau

sebarang kemungkinan masalah gangguan.

1.4.22.5. Melaporkannya segera kepada pihak pentadbir premis dan pihak

berkuasa yang berkaitan jika punca sumbernya tidak diketahui.

1.4.22.6. Membuat pemeriksaan setiap barangan yang keluar dan masuk

melalui tempat pemunggahan barang ‘loading bay’ dan membuat

catatan di dalam buku laporan yang disediakan.

1.4.22.7. Membantu memastikan semua kelas/ dewan kuliah dikunci

selepas waktu pejabat.

Page 8: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

8 |

1.4.22.8. Membantu memastikan semua suis lampu, kipas serta alat

penghawa dingin dimatikan selepas waktu pejabat.

1.4.22.9. Menjalankan tugas-tugas keselamatan sepertimana diarahkan

dari masa ke masa yang telah diluluskan oleh Kerajaan.

2. SENARAI PREMIS YANG DITETAPKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT : Rujuk Dokumen Senarai Premis/Lokasi Perkhidmatan

3. SYIF BEKERJA PENGAWAL YANG DITETAPKAN ADALAH SEPERTI

BERIKUT :

Syif 1 : Dari jam 8.00 pagi hingga 4.00 petang (8 jam) Syif 2 : Dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam (8 jam) Syif 3 : Dari jam 12.00 malam hingga 8.00 pagi (8 jam)

Sebarang perubahan waktu bertugas/ syif adalah tertakluk kepada kelulusan bertulis daripada Pengarah Institusi Pendidikan/ Pengetua/ Guru Besar. Perubahan waktu bertugas tidak mengubah tempoh waktu bertugas. Pengawal tidak dibenarkan bekerja melebihi tempoh 8 jam dalam satu syif.

4. MEMBEKALKAN KELENGKAPAN DAN PERALATAN KESELAMATAN

SEPERTI BERIKUT :

4.1 Syarikat dikehendaki menyedia, memasang dan membekalkan alat

kawalan keselamatan iaitu Analog Watchman Clock.

4.2 Syarikat hendaklah memastikan Analog Watchman Clock SENTIASA

berfungsi dengan baik dan sempurna. Perincian skop dan spesifikasi

Analog Watchman Clock adalah seperti berikut:

4.2.1 Analog Watchman Clock

a. Kunci watchman clock dipasang di 4 lokasi.

b. Lokasi pemasangan kunci ditentukan oleh pentadbir premis.

c. Analog Watchman Clock hendaklah dipasang mengikut

kuantiti ditetapkan dalam tempoh empat belas (14) hari

selepas kontrak bermula.

Page 9: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

9 |

4.3 Syarikat hendaklah membekalkan walkie talkie mengikut skop dan

spesifikasi seperti berikut:

4.3.1 Membekalkan 1 set walkie talkie yang mengandungi beberapa

unit radio, beberapa unit bateri ganti dan beberapa unit charger.

Bilangan unit radio, bateri ganti dan charger adalah bersamaan

dengan bilangan pengawal yang bertugas pada syif pagi, syif

petang atau syif malam, mengikut bilangan pengawal yang paling

ramai bertugas pada satu-satu syif, sama ada syif pagi, syif

petang atau syif malam. Contoh: (1) Syif pagi 3 pengawal; (2) Syif

petang 2 pengawal; (3) Syif malam 2 pengawal. Bilangan unit

radio, bateri ganti dan charger yang perlu dibekalkan oleh

syarikat adalah 3 unit bagi setiap satu peralatan.

4.3.2 Sekolah yang mempunyai 1 pengawal tidak memerlukan walkie

talkie.

4.3.3 Minimum kawasan liputan satu (1) kilometer.

4.3.4 Bateri ganti hendaklah boleh beroperasi sehingga 4 jam.

4.3.5 Kalis air (water proof)

4.4 Syarikat hendaklah membekalkan cotar, wisel, baju hujan dan lampu

suluh dengan mengikut bilangan pengawal yang paling ramai bertugas

pada satu-satu syif, sama ada syif pagi, syif petang atau syif malam.

Contoh: (1) Syif pagi 3 pengawal; (2) Syif petang 2 pengawal; (3) Syif

malam 2 pengawal. Bilangan unit cotar, wisel, baju hujan dan lampu

suluh yang perlu dibekalkan oleh syarikat adalah 3 unit bagi setiap satu

peralatan. Spesifikasi peralatan tersebut adalah seperti berikut:

4.4.1 Cotar adalah dari jenis kayu (325 gram) dan panjang 45 cm.

4.4.2 wisel besi jenis tahan karat.

4.4.3 baju hujan jenis polyester berwarna cerah.

4.4.4 lampu suluh jenis heavy duty berkuasa 6V.

4.5 Syarikat hendaklah menanggung kos pembelian pakaian seragam

pengawal sebanyak 2 pasang setahun. 2 pasang pakaian seragam

hendaklah diserahkan kepada setiap pengawal pada bulan pertama,

bulan ke-13 dan bulan ke-25 dalam tempoh perkhidmatan.

Page 10: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

10 |

4.6 Garis panduan pemakaian seragam pengawal adalah seperti di Jadual

1.

4.7 Syarikat hendaklah menanggung sepenuhnya kos membekal,

memasang, menyelenggara alat kawalan keselamatan sepanjang

tempoh Perkhidmatan.

4.8 Kerosakan peralatan hendaklah diganti dalam tempoh 48 jam.

Page 11: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

11 |

JADUAL 1

GARIS PANDUAN PEMAKAIAN PAKAIAN SERAGAM PENGAWAL KESELAMATAN KONTRAK PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN DI

SEKOLAH- SEKOLAH DAN PREMIS INSTITUSI PENDIDIKAN DI BAWAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA

Syarikat keselamatan dikehendaki mematuhi garis panduan pemakaian pakaian seragam yang ditetapkan oleh Kementerian Dalam Negeri melalui Arahan Pemakaian Pakaian Seragam Baru Bagi Pengawal Keselamatan yang dikeluarkan pada 5 Februari 2016 seperti berikut:

a. Pakaian Seragam (a) Baju

(i) Jenis kain : Polysoft

(ii) Warna : Putih / BT100

(iii) Potongan lengan:

a. Pendek (lelaki) b. Panjang (wanita)

(iv) Lining (wanita)

a. Putih (kain Tafena) b. Lining separuh

(v) Poket atas (lelaki dan wanita)

a. Panjang (11cm) / Lebar (12cm) b. 1 butang biasa c. 2 snap button di kiri dan kanan

(vi) Butang baju

a. 7 butang berwarna putih b. Jarak 9 cm setiap butang

(vii) Ukuran baju

a. Labuh baju melepasi paras punggung (wanita)

(b) Seluar (i) Jenis kain : Polyester

(ii) Warna : Hitam / BT01

(iii) Poket belakang

a. 2 poket

Page 12: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

12 |

b. Panjang (14cm) / Lebar (18cm) c. Loop kecil (tali pinggang)

(c) Peaked cap / beret / baseball cap / bowler hat (wanita)

(d) Kasut kulit hitam bertali

PENGAWAL STATIK (LELAKI)

PENGAWAL STATIK (WANITA)

Page 13: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

13 |

b. Aksesori

Bil. Perkara Keterangan Gambar

1. Topi

Baseball cap

Berlogo “PPKKM”

Warna hitam

2. Epaulette

Warna hitam

Tulisan “SECURITY” dan dua border berwarna kuning

Saiz 10cm

3. Lencana PPKKM

Bersulam

Di sebelah lengan kanan

Saiz 5cm x 5cm

4. Lencana syarikat

Bersulam

Di sebelah lengan kiri

Saiz 5cm x 5cm

5. Lencana CSG

Besi (logam)

Di sebelah kanan dada

Saiz 3cm x 3cm

6. Tanda nama

Bersulam dan Velcro

Di sebelah kanan dada

Font “ARIAL”

Saiz 2.5cm x 10cm

Maksimum huruf adalah 8

Border line berwarna putih

AHMAD

Page 14: SKOP DAN SPESIFIKASI PERKHIDMATAN KAWALAN KESELAMATAN … · pemantauan oleh pihak “Kerajaan” atau Pejabat Ketua Pegawai Keselamatan Kerajaan (PKPKK) atau pihak yang dilantik

14 |

Bil. Perkara Keterangan Gambar

7. Nama syarikat

Bersulam dan Velcro

Di sebelah kiri dada

Font “ARIAL”

Saiz 2.5cm x 10cm

Border line berwarna putih

8. Lanyard

Warna hitam

Wisel

Panjang 35 inci

Tebal 1 ½ inci

Pemakaian di sebelah bahu kiri

9. Cotar

Jenis kayu (325 gram)

Panjang 45 cm

Diselitkan di sebelah kanan pinggang

10. Tali pinggang

Tali pinggang nylon

Warna hitam

Berlogo “PPKKM”

Crossbelt/ Sam Browne Belt

Warna hitam

11.

Kasut Kasut kulit

Berwarna hitam dan bertali

Peraturan-peraturan kerja bagi semua pengawal keselamatan yang ditetapkan

selepas ini adalah berkuatkuasa dari tarikh kontrak ini bermula.

ABC