Skrip Simulasi Terapi Muzik EDU3073

Embed Size (px)

DESCRIPTION

EDU3073

Citation preview

SKRIPTEORI/KEMAHIRAN/KONSEP KAUNSELING

SESI 1

Watak-watak:Alia Kaunselor Pencerita

Latar tempat:Bilik terapi muzik

Narator/Pencerita:Alia ialah seorang atlet kanak-kanak berusia sebelas tahun yang giat memasuki acara-acara olahraga di sebuah sekolah yang terkemuka di Enstek. Dia mempunyai banyak koleksi trofi dan sijil atas kemenangannya. Alia sangat disokong oleh keluarganya terutama ibunya yang selalu membawa dia untuk berlatih di stadium ataupun gimnasium.

Namun, pada satu hari, ketika ingin melintas jalan ke gimnasium bersama ibunya, mereka telah dilanggar oleh sebuah kereta. Kaki Alia telah patah namun dia selamat. Malang tidak berbau, ibu Alia tidak dapat diselamatkan dan telah terkorban demi menyelamatkan nyawa anaknya sendiri. Sekarang, Alia sedang menerima rawatan fisioterapi namun dirinya berasa amat tertekan kerana berasa amat bersalah dengan pemergian ibunya.

*Alia menuju ke bilik kaunseling*Kounselor sedang bermain alat muzik, kemudian Alia mengetuk pintu. Kounselor membuka pintu lalu menjemput Alia masuk ke dalam bilik kaunseling. Alia pandang sekeliling.

Kaunselor: Hai assalamualaikum, Alia. Alia sihat? Alia: (tunduk dan diam)

Kaunselor: Alia sihat?Alia: (diam)

Kaunselor: Alia sudah makan?Alia: (diam) (angguk)

Kounselor: Okay tidak mengapa Alia, mari cikgu bawa awak ke sana. *menolak kerusi AliaAlia: (akur)

Kaunselor: *ambil marakas Okay sebelum kita teruskan, baik cikgu perkenalkan diri cikgu dahulu. (Lagu Old Mcdonald Had A Farm)

Nama cikgu Johari,ei-ei-ei-oCikgu tinggal di Mantin,ei-ei-ei-o

*sambil bermain marakas

Alia: (tersenyum) (diam)

Kaunselor: Alia suka?Alia: (angguk) Suka.

Kaunselor: Agak-agak macam lagu apa yang cikgu nyanyi tadi?Alia: Hmm..hhmm (berkerut) Lagu Old Mcdonald?

Kaunselor: Haa bagus pun Alia. Cikgu telah ubahsuai daripada rentak lagu Old Mcdonald.

*Kaunselor ambil marakas *Kaunselor bagi marakas kepada Alia

Kaunselor: *Sambil main marakas Na, na, na ,na, na, na, na (Old Mcdonald). Okey, cuba Alia ikut.

*Alia dan kaunselor bermain alat muzik (triangle, tamborin, ukulele) sambil menyayikan lagu Old Mcdonald dengan rentak na, na, na.

Kaunselor: Okay bagus sekarang, boleh cikgu tahu antara alat-alat muzik ni, Alia suka yang mana?Alia: (teragak-agak) Hhmm..hmmm

Kaunselor: Tidak mengapa Alia, jangan malu-malu. Alia: (pilih tamborin) Sssebenarnya..sebenarnya saya..saya biasa yang ini. (gagap)

Kaunselor: Bagus. Boleh Alia mainkan lagu Old Mcdonald dengan tamborin tu?Alia: (angguk) Saya cuba. *Mainkan lagu Old Mcdonald dengan tamborin

Kaunselor: Okay bagus, sekarang, cuba perkenalkan diri Alia dengan menyanyi macam cikgu tadi tanpa alat muzik?

Nama _______________,ei-ei-ei-o____________ tinggal di Mantin,ei-ei-ei-o

*Alia cuba untuk menyanyi tanpa iringan muzik dengan dibantu oleh kaunselor Johari. Kemudian, Alia menyanyi lagu penuh perkenalkan diri dengan iringan muzik.

Alia: Nama saya Alia,ei-ei-ei-oSaya tinggal di Nilai,ei-ei-ei-o

(tersenyum)

Kaunselor: Bagus Alia, awak berjaya perkenalkan diri awak. Haa bagaimana? Rasa seronok tidak main muzik?Alia: (senyum) (tunduk) Sseronok..

Kaunselor: Alia rasa nak datang sini lagi tidak untuk main muzik?Alia: (angguk) (senyum) Nakk

Kaunselor: Sekarang cikgu nak tahu Alia sendiri ada tidak lagu kegemaran Alia?Alia: (tunduk) hhmm adaa

Kaunselor membina rapor yang baik dengan klien

Menggunakan kemahiran asas kaunseling:SHOVELER-Head nod-Eye contact

Kaunselor kerap menggunakan perkataan bagus untuk membuat klien berasa semangat. (behaviourist)

Membina rapor dengan menggunakan aktiviti dan alat muzik rhythm

Keep a double-spaced copy of the words before the children when they sing with the verses separated from the refrain. (Jackson, 2012)

Kaunselor: Haa bagus Alia. Jadi bolehlah awak mainkan lagu kesukaan awak tu. Boleh cikgu tahu lagu apa yang Alia suka?

Alia: Emm.. mmm lagu Suatu Hari Nanti, Najwa Latif. (masih gagap)

Kaunselor: Ohh lagu yang mana ya? Cikgu tidak berapa pasti pula.

Alia: Hmm Tidak mengapa cikgu. Alia cuba nyanyi.. *Alia menyanyi lagu Najwa Latif- Suatu Hari Nanti sambal bermain alat muzik tamborin

Aku inginkan hidup senangAku inginkan hati tenangSetiap doaku untukkuSetiap doaku untukmu

Bawa ku bawaSemua ku sayang ku bawaBawa ku bawaSemua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti Aku kan bebas Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu Dengar aku nyanyikan Ay ya ya ya

*Kaunselor mainkan marakas juga untuk masukkan dengan lagu tersebut

Kaunselor: Pandai Alia mainkan lagu tu. Boleh cikgu tahu kenapa Alia sukakan lagu Najwa Latif tu?

Alia: Aaa.. Alia suka bahagian ay ay ya ya tu. Rasa seronok..

Kaunselor: Oooh Alia rasa seronok dan suka bahagian ay-ay-ay tu ya.. Alia: Ahaa.. Rasa seronok cikgu. (senyum)

Kaunselor: Ohhh bagus, bagus, kalau Alia rasa seronok, cikgu pun rasa seronok juga (angguk)Alia: (senyum)(gagap) Haa.. Emm.. Saya suka lagu ni juga sebab bila nyanyi.. Ssaya teringat ibu (masih senyum dan tunduk)

Kaunselor: (diam) Hmmm..Alia: Tapi rasanya ibu sudah tenang di sana, dan Alia harap Alia juga berasa tenang dan gembira. (tunduk)

Kaunselor: Hmm (menganguk) Alia rasa apa yang boleh buat Alia tenang dan gembira?Alia: Berdoa,hhmm.. menyanyi lagu Najwa Latif pun ok cikgu.. (tersenyum kecil) Boleh Alia nyanyi lagu tu lagi cikgu?

Kaunselor: Boleh Alia, teruskan.Alia: Baik, cikgu. *sambil bermain dengan tamborin, Alia menyanyikan lagu Suatu Hari Nanti

Aku inginkan hidup senangAku inginkan hati tenangSetiap doaku untukkuSetiap doaku untukmu

Bawa ku bawaSemua ku sayang ku bawaBawa ku bawaSemua ku sayang ku bawa

Satu hari nanti Aku kan bebas Ay ya ya ya

Dan pada oh hari itu Dengar aku nyanyikan Ay ya ya ya

Kaunselor: Bagaimana Alia rasa sekarang?Alia: Okay cikgu, Alia suka menyanyi (sambil tunjuk thumbs up)

Kaunselor: Jadi, Alia rasa Alia mahu datang lagi ke sini? Untuk bermain muzik atau menyanyi mungkin? Cikgu boleh temankan.

Alia: Mahu, tapi kalau di rumah cikgu tidak dapat temankan macam mana? (masih gagap)

Kaunselor: Tidak mengapa, nanti Alia boleh bermain muzik dengan menyanyi sendiri di rumah. Kalau Alia rasa mahu menyanyi, Alia menyanyi sahajalah. Kalau nak pinjam alat muzik cikgu pun boleh.

Alia: Wahh betul kah? Seronoknya. Saya rasa lebih tenang sekarang selepas berjumpa cikgu. Main alat muzik dan menyanyi.

Kaunselor: Syukurlah kalau Alia berasa begitu. Cikgu sentiasa ada di sini sekiranya kamu ingin berjumpa.

Alia: Terima kasih cikgu!

*Loceng berbunyi*Kaunselor menolong untuk menolak kerusi roda Alia ke luar bilik kaunseling

Song selection by clients is a kind of projectivetechnique that reveals the needs of the unconsciousfor certain types of stimuli (Brodsky & Niedorf,1986).

Parafrasa: Kaunselor menyatakan kembali luahan klien

Attending: Cikgu mendengar dengan tekun luahan daripada klien

Person Centered Theory (Carl Rogers): The psychological environment described by Rogers was one where a person felt free from threat, both physically and psychologically. This environment could be achieved when being in a relationship with a person who was deeply understanding (empathic), accepting (having unconditional positive regard) and genuine (congruent).

Klien berasa tenang apabila muzik menjdai satu luahan perasaannya yang posititif dan kaunselor memahaminya.