19
KBK 3043 PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM PENDIDIKAN KHAS KUMPULAN SATU Definisi dan Konsep Pengurusan Tingkah Laku Shahru Azniza D20101037231 Azyan Syuzana D20101037214 Aisyah Aqilah D20101037289 Muhammad Fitri D20101037233 Nadia Amani D20101037284

Slide show pengurusan tingkah laku

  • Upload
    abe-ray

  • View
    4.248

  • Download
    2

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Slide show pengurusan tingkah laku

KBK 3043PENGURUSAN TINGKAH LAKU DALAM

PENDIDIKAN KHAS

KUMPULAN SATU Definisi dan Konsep Pengurusan

Tingkah LakuShahru Azniza D20101037231Azyan Syuzana D20101037214Aisyah Aqilah D20101037289Muhammad Fitri D20101037233Nadia Amani D20101037284

Page 2: Slide show pengurusan tingkah laku

DEFINISI TINGKAH LAKU

Respon ‘convert’ (terselindung) seperti perasaan & emosi dan respon ‘overt’ (dapat dilihat) seperti tantrum & sikap agresif.

Apa yang dilakukan atau diperkatakan oleh seseorang.

Tingkah laku boleh diperhati, diukur, dan dinilai.

Page 3: Slide show pengurusan tingkah laku

Definisi Lewis M.Beaker (2001) Sebarang perbuatan yang dilakukan sama ada

secara terus atau tidak, secara sedar atau separa sedar.

Tingkah laku adalah manifestasi fizikal sebarang sikap yang berasaskan nilai-nilai tertentu.

Definisi Garry Martin & Joseph Pear (2003)Tingkah laku merangkumi aktiviti, aksi, prestasi,

bertindak balas, tindakan, dan reaksi. Dari segi teknik, aktiviti yang melibatkan otot-otot,

kelenjar (glandular) dan aktiviti elektrik oleh setiap organ.

Tingkah laku adalah apa sahaja yang diperkatakan atau dilakukan oleh individu.

Page 4: Slide show pengurusan tingkah laku

Definisi oleh Carl Rogers (1999)

Rogers menekankan bahawa seseorang individu bertingkah laku mengikut persepsi

diri sendiri dan keadaan. Sekiranya individu itu mempunyai konsep

kendiri yang positif maka dia berupaya berinteraksi dan bertindak dengan lebih

yakin.

Page 5: Slide show pengurusan tingkah laku

Definisi Menurut Al-Ghazali dari Perspektif Islam

Tingkah laku manusia mempunyai tujuan agama dan kemanusiaan. Tingkah laku manusia mempunyai ciri-ciri:a) Setiap tingkah laku manusia adalah berasaskan dorongan serta

tujuan.b) Dorongan atau motivasi itu berasal dari dalam diri manusia itu

sendiri.c) Motivasi ini boleh dirangsang oleh rangsangan-rangsangan luar

atau dalaman yang berkaitan dengan keperluan-keperluan fisiologi atau emosi seperti perasaan lapar atau cinta dan takut kepada Allah

d) Motivasi akan mendorong seseorang individu melakukan sesuatu.e) Tingkah laku yang timbul adalah berkaitan dengan perasaan dan

kesedaran terhadap satu-satu situasi itu.f) Interaksi sentiasa berlaku secara terus menerus antara satu

motivasi dan tingkah laku.

Page 6: Slide show pengurusan tingkah laku

Definisi Tingkah Laku Bermasalah

Definisi Mohd.Nazar Mohamad (1990),Tingkah laku yang menganggu perjalanan

kehidupannya.Dari Konteks PendidikanSebarang tingkah laku pelajar yang boleh

menjejaskan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran terutama dalam bilik darjah.

Page 7: Slide show pengurusan tingkah laku

DEFINISI PENGURUSAN TINGKAH LAKU

Tingkah laku yang dilakukan oleh guru, ibu bapa atau pihak-pihak tertentu untuk membentuk perlakuan luaran dan dalaman individu atau kumpulan supaya individu tersebut mempunyai tingkahlaku yang bermanfaat, produktif, dan diterima oleh masyarakat.

Page 8: Slide show pengurusan tingkah laku

Definisi Bear, Wolf dan Risley (1968)

“Pengurusan tingkah laku adalah program tingkah laku yang berbentuk saintifik yang dibuat secara analisis untuk menghasilkan

perubahan tingkah laku sosial yang positif bagi seorang individu”

Page 9: Slide show pengurusan tingkah laku

Definisi Dr Ragbir Kaur A/P Joginder Singh (2005) Satu rancangan untuk memodifikasi tingkah laku

bermasalah ke satu matlamat yang telah ditetapkan dengan teknik yang sesuai.

Setiap guru harus mempunyai suatu bentuk sistem pengurusan tingkah laku--kawalan kelas, pembelajaran yang sihat dan produktif.

Membimbing tingkah laku positif dan menghentikan tingkah laku negatif--bebas gangguan.

Langkah asas:-i) Kenal pasti tingkah lakuii) Tentukan sasaraniii) Pilih strategi, kaji kesaniv) Aplikasi strategi baru jika perlu, bina yang baru

Page 10: Slide show pengurusan tingkah laku

JENIS TINGKAH LAKU

Tingkah Laku Positif @ Wajar Merupakan tingkah laku yang baik untuk

perkembangan kanak-kanak kerana:-i) Kanak-kanak bersemangat untuk libatkan

diri dalam aktiviti P&P.ii) Memperkembangkan aktiviti penerokaan oleh para guru kerana pelajar bersikap ingin tahu.

Page 11: Slide show pengurusan tingkah laku

Ciri-Ciri Tingkah Laku Positif

Rajin Bersemangat Cepat belajar Proaktif Sikap ingin tahu

Page 12: Slide show pengurusan tingkah laku

Tingkah Laku Negatif @ Tidak Wajar• Merupakan tingkah laku yang

memberi masalah dan mengganggu P&P.• Terbahagi kepada 2 jenis:-

i) Tingkah Laku Pasif ii) Tingkah Laku Agresif

JENIS TINGKAH LAKU

Page 13: Slide show pengurusan tingkah laku

(i) Tingkah Laku Pasif

Tingkah Laku Bergantungo Murid yang mempunyai masalah untuk berdikari,

selalu bimbang & menarik diri daripada aktiviti akademik atau KO-KO.

o Murid yang berharap kepada orang lain untuk membuat kerjayanya & selesaikan masalah yang dihadapi.

o Ciri-ciri:-i) Enggan menjawab soalan.ii) Tidak melibatkan diri dalam aktiviti dalam P&P.

Page 14: Slide show pengurusan tingkah laku

(ii) Tingkah Laku Agresifa) Tingkah Laku Distruptif Tingkah laku yang menjejaskan kelicinan

proses kelicinan P&P. Berlaku apabila murid tidak memberi

kerjasama kepada gurunya. Murid distruptif adalah seorang murid yang

dapat menarik perhatian gurunya dan mengakibatkan guru tersebut tidak dapat memberikan perhatian kepada pelajar lain.

Contoh: Ganggu kawan, ketawa kuat

Page 15: Slide show pengurusan tingkah laku

b) Tingkah Laku Distruktif Dikenali sebagai tingkah laku merosakkan. Tingkah laku ini menunjukkan permusuhan nyata iaitu secara fizikal atau lisan yang untuk menyakiti orang lain. Berlaku dalam kalangan murid berusia 10-14 tahun. Contoh: Vandalisme, bermusuh dengan rakan sekelas.

Page 16: Slide show pengurusan tingkah laku

JENIS-JENIS MASALAH TINGKAH LAKU

Minor Major Kronik

Page 17: Slide show pengurusan tingkah laku

MASALAH TINGKAH LAKU (MINOR)

Minor-tidak perlu tindakan disiplin serius, pemulihan.

Contoh:-i) Tidak ikut peraturan, prosedur.ii) Ganggu aktiviti bilik darjah dan pembelajaran.iii) Buat aktiviti yang tiada kaitan dengan pelajaran semasa P&P.iv) Enggan patuhi arahan guru

Page 18: Slide show pengurusan tingkah laku

MASALAH TINGKAH LAKU (MAJOR)

Masalah minor yang kerap.Contoh:- i) Ganggu kelas ii) Tidak mematuhi arahan iii) Cabar guru

Page 19: Slide show pengurusan tingkah laku

MASALAH TINGKAH LAKU (KRONIK)

o Masalah serius berterusan, konsisten dan sukar diubah.

o Perlu intervensi jangka panjang.o Perlu kaunseling atau modifikasi tingkah laku.o Jika tidak dibetulkan, ia boleh menjadi masalah

emosi dan sosial yang serius.o Contoh- Anti sosial, cabar autoriti,tidak hormat

guru, murid lain, bergaduh, vandalisme dan lain-lain.