25
SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2004 SEJARAH TINGKATAN 3 SATU JAM LIMA BELAS MINIT JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU ARAHAN: 1. Kertas ini mengandungi 60 soalan 2. Jawab semua soalan 3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A,B.C dan D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda pada kertas objektif yang disediakan. 4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu jawapan, padamkan sehingga 1

SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

  • Upload
    others

  • View
    0

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2004

SEJARAH

TINGKATAN 3

SATU JAM LIMA BELAS MINIT

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI SEHINGGA DIBERITAHU

ARAHAN:

1. Kertas ini mengandungi 60 soalan

2. Jawab semua soalan

3. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat cadangan jawapan yang berhuruf A,B.C dan

D. Bagi tiap-tiap soalan, pilih satu jawapan sahaja. Tandakan semua jawapan anda

pada kertas objektif yang disediakan.

4. Fikir dengan teliti ketika memilih jawapan. Jika anda hendak menukar sesuatu

jawapan, padamkan sehingga bersih tanda yang tidak dikehendaki itu dan

hitamkan pilihan anda yang baru.

Kertas ini mengandungi 18 halaman bercetak

1

Page 2: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

Untuk soalan 1 hingga soalan 50, tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan. Pilih satu

jawapan terbaik bagi tiap-tiap soalan dan hitamkan ruangan yang sepadan pada kertas jawapan

objektif anda.

1. Sejarah biasanya dikaitkan dengan peristiwa masa lalu yang bermakna. Apakah

peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini?

A dapat memberi maklumat jitu

B dapat memberi cerita

C dapat memberi iktibar

D dapat memberi ilmu pengetahuan

Soalan 2 berdasarkan rajah yang berikut

Pangkalan Bujang, Kedah

Jenderam Hilir, Selangor

Kuala Selinsing, Perak

Santubong. Sarawak

2. Senarai di atas menunjukkan petempatan-petempatan awal yang penting pada kurun

ke-6. Apakah persamaan antara petempatan-petempatan tersebut?

A Pelabuhan yang berkembang menjadi pelabuhan maritim

B Pelabuhan entrepot yang terkenal

C Pusat pengeluaran emas

D Pusat pengumpulan dan pengedaran hasil-hasil hutan

3. Parameswara telah mengadakan hubungan baik dengan Siam dan menghantar ufti

setiap tahun kepada Siam. Mengapakah Parameswara berbuat demikian?

A Untuk meluaskan perdagangan dengan Siam

B Untuk mengelakkan serangan Siam

C Untuk mengekalkan persahabatan antara Melaka dengan Siam

D Untuk mendapat bantuan ketenteraan daripada Siam

Soalan 4 berdasarkan senarai yang berikut.

2

Page 3: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

Hukum Kanun Melaka

Undang-undang Laut Melaka

4. Kerajaan Melayu Melaka telah menggubal kedua-dua undang-undang ini. Kenapakah

kerajaan Melaka berbuat demikian?

A Pastikan perdagangan berjalan lancar dan kestabilan terpelihara

B Urusan jual beli dapat dijalankan dengan tersusun dan menguntungkan kerajaan

Melaka

C Melaka mendapat keuntungan yang tinggi daripada pengenaan cukai pelabuhan

D Hukuman mati terhadap rakyat yang terlibat sebagai lanun

5. Perairan Selat Melaka dikatakan lebih selamat kepada para pedagang. Buktikan

pernyataan ini.

A Tiada gangguan daripada lanun

B Bukit bukau di sekelilingnya berperanan sebagai panduan kepada kapal

C Selatnya yang sempit dan tenang

D Memberi keistimewaan kepada pedagang

Soalan 6 berdasarkan pernyataan yang berikut.

“Adat hamba Melayu tidak pernah derhaka, tetapi akan kita bertuankan raja

seorang ini janganlah”

6. Kata-kata di atas diucapkan oleh Bendahara Tun Perak berkaitan dengan Raja

Muhammad, Putera Sultan Mansur Syah. Kenapakah Tun Perak berkata demikian?

A Raja Muhammad tidak dilantik sebagai pengganti sultan Melaka

B Raja Muhammad telah menderhaka kepada sultan

C Raja Muhammad telah membunuh anak Tun Perak

D Raja Muhammad gagal mengetuai serangan tentera Pahang.

Soalan 7 berdasarkan pernyataan yang berikut.

3

Page 4: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

Sultan Mansur Syah mengarahkan pembesar berbincang dan bermuafakat dalam

menjalankan tugas mereka

7. Mengapakah sultan berbuat demikian?

A Mementingkan keamanan dan kejujuran

B Bersesuaian dengan konsep musyawarah

C Memantapkan pentadbiran di Melaka

D Wujudkan perpaduan kaum

Soalan 8 berdasarkan rajah yang berikut

Melaka Serambi Makkah

8. Mengapakah Melaka digelar sebagai Serambi Makkah?

A Bermula perjalanan untuk ke Makkah

B Istana Melaka berfungsi sebagai pusat latihan haji

C Banyak kitab agama Islam diterjemah oleh ulama tempatan

D Belajar urusan mengerjakan haji di Melaka sebelun ke Makkah

9. Kemunculan Kesultanan Melayu Johor menunjukkan penerusan warisan Kesultanan

Melayu Melaka, Antara yang berikut, yang manakah boleh membuktikan penyataan

ini?

A Sultan Mahmud Syah mengasaskan kerajaan di Johor

B Putera sultan Mahmud Syah mengasaskan kerajaan di Johor

C Pengasas dan sultan-sultan Johor adalah keturunan Kesultanan Melayu

Melaka

D Penduduk Melaka telah mengikut Sultan Mahmud Syah memulakan petempatan

baru di Johor

4

Page 5: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

10. Masyarakat Melayu dahulu sudah membina sistem pengairan. Mengapakah sistem

dibina?

A Untuk mendapat bekalan air minuman

B Untuk menternak ikan

C Untuk menghubungkan kawasan pedalaman

D Untuk membekalkan air ke sawah

11. Daerah Dinding dan Manjong merupakan dua daerah yang penting di Perak. Apakah

kepentingan kedua-dua daerah tersebut?

A Pusat perdagangan kerajaan awal negeri Perak

B Pusat persuratan kerajaan awal negeri Perak

C Pelabuhan entrepot kerajaan awal negeri Perak

D Pusat pentadbiran kerajaan awal negeri Perak

12. Dalam jampi mantera orang Dusun / Kadazan, perkara Nabalu banyak disebut.

Apakah kepercayaan mereka tentang Nabalu?

A Mereka percaya roh orang yang mati akan pergi ke Gunung Kinabalu

B Mereka percaya Tuhan Kinorohingan bersemadi di Gunung Kinablau

C Mereka percaya Gunung Kinabalu boleh melindungi mereka

D Mereka percaya Gunung Kinabalu boleh membantu mereka dalam

kehidupan harian.

13. Orang Iban menyambut perayaan Hari Gawai. Apakah kepentingan perayaan Gawai

bagi masyarakat Iban?

A Mereka boleh kunjung-mengunjungi antara satu sama lain

B Mereka boleh menyembah roh nenek moyang

C Sebagai tanda kesyukuran bagi hasil padi yang diperoleh

D Sebagai tanda kemegahan warisan keturunan mereka.

Soalan 14 berdasarkan maklumat di bawah.

Hiburan ini hanya terdapat di negeri Kelantan

Diasaskan oleh Puteri Saadong

5

Page 6: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

14. Hiburan yang dimaksudkan di atas mungkin sekali

A Main Puteri B Wayang Kulit

C Menora D Mak Yong

15. Antara perkara penting dalam Surat Kew yang ditandatangani antara British dengan

Belanda ialah

A British menyerahkan semua tanah jajahannya kepada Belanda

B Belanda menyerahkan semua tanah jajahannya di Asia Tenggara kepada British

semasa Perang Napoleon

C British dan Belanda membebaskan semua tanah jajahan di Asia Tenggara

D Belanda dan British menyerahkan semua tanah jajahan di Asia Tenggara kepada

Perancis

16. Mengapakah Singapura dipilih menjadi ibu negeri menggantikan Pulau Pinang pada

tahun 1932?

A Gabenor Pulau Pinang telah meletak jawatan

B Pulau Pinang menghadapi ancaman lanun

C Singapura menjadi pusat perdagangan yang lebih maju

D Siam mengancam untuk menyerang Pulau Pinang

17. Apakah kepentingan Perjanjian Pangkor dalam sejarah Tanah Melayu?

A Pulau Pangkor yang menjadi rebutan kuasa barat akhirnya dikuasai oleh British

B Bermulanya campur tangan British secara rasmi

C Kegiatan kongsi gelap dapat dihapuskan

D Masalah perebutan takhta di kalangan Raja Melayu berjaya diatasi.

Soalan 18 berdasarkan pernyataan yang berikut

Bandar ini dikenal dengan nama Api-api, Singga Mata atau Diasuka

18. Bandar yang dimaksudkan ialah

A Kudat B Tawau

C Jesselton D Sandakan

6

Page 7: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

19. Apakah kesan utama Perjanjian Bangkok 1909?

A Siam dan British menjalinkan hubungan perdagangan

B Negeri- negeri Melayu Utara bergabung dengan Negeri-negeri Selat

C Negeri-negeri Melayu Utara menjadi negeri naungan British

D British berjaya menguasai Negeri-negeri Melayu Utara

20. Bagaimanakah Syarikat Berpiagam Borneo Utara membentuk pentadbiran yang

lengkap dan berkesan di Sabah?

A Melantik ramai orang Eropah dalam pentadbiran

B Menghapuskan jawatan pembesar tempatan

C Menerapkan sistem pentadbiran tempatan dalam pentadbiran syarikat

D Menggunakan undang-undang Barat sepenuhnya dalam hal ehwal

pentadbiran.

Soalan 21 berdasarkan maklumat yang berikut

Pada November 1873, sekumpulan lanun telah merampas sebuah kapal di Kuala

Langat dan membunuh beberapa orang rakyat British

21. Apakah kesan daripada peristiwa di atas kepada negeri Selangor?

A Sultan Selangor dipaksa membayar ganti rugi

B British tidak lagi mencampuri urusan pentadbiran negeri Selangor

C British dan Sultan Selangor bersatu membanteras lanun

D British mula campur tangan secara rasmi di Selangor

22. The Royal Dutch Company telah ditubuhkan semasa pemerintahan Brooke di

Sarawak untuk menanam modal dalam kegiatan

A penanaman getah

B perlombongan antimoni

C mencari gali petroleum

D perlombongan emas

7

Page 8: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

Soalan 23 berdasarkan pantun di bawah

Bermula sebagai perkampungan nelayan

Dilengkapi dengan pelbagai kemudahan

Dijadikan Brooke pusat pentadbiran

Kini pesat dengan pembangunan

23. Bandar yang dimaksudkan berdasarkan pantun di atas ialah

A Miri B Kuching

C Sibu D Bintulu

24. Tokoh yang telah memperkenalkan cara menanam getah dan menoreh getah dengan

lebih baik melalui sistem ibidem yang berbentuk tulang ikan ialah

A Henry Wickham B Andrew Clarke

C H.N.Ridley D Richard Winstedt

Soalan 25 berdasarkan maklumat di bawah

Berpegang teguh kepada adat dan agama Islam

Tidak bersetuju dengan sebarang perubahan terhadap Islam

25. Ciri di atas merujuk kepada

A Kaum Muda B Kaum Ulama

C Kaum Belia D Kaum Tua

26. Pembesar Johor yang berjaya melukis peta negeri Johor untuk kemajuan pertanian

dan pembangunan ialah

A Temenggung Ibrahim

B Dato’ Muhammad Salleh bin Perang

C Dato’ Jaafar bin Haji Muhammad

D Dato’ Abdul Rahman bin Andak

8

Page 9: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

27. Peristiwa ini telah menyebabkan British berhati-hati apabila berurusan dengan

pembesar Melayu. Peristiwa yang dimaksudkan ialah

A pemberontakan Tok Janggut

B penentangan Dol Said di Naning

C pembunuhan J.W.W. Birch di Pasir Salak

D serangan kapal British di perairan Selat Melaka.

28. Selain daripada kedudukan sekolah Inggeris yang jauh di bandar, apakah punca yang

menyebabkan bilangan pelajar Melayu kurang pada tahun 1901?

A British mengehadkan kemasukan pelajar Melayu

B Pelajar Melayu lebih berminat menjadi nelayan dan petani

C Sekolah Inggeris dikendalikan oleh mubaligh Kristian

D Guru dan sukatan pelajaran dari Eropah

29. Apakah kesan positif yang wujud akibat pendudukan Jepun di Tanah Melayu

A Hanya kekuatan ketenteraan yang mampu menjadikan sesebuah negara itu kuat

B Kebangkitan semangat kebangsaan di kalangan rakyat semakin memuncak

C Tuntutan kemerdekaan semakin dipercepatkan

D Wujud parti yang radikal dan aktif

30. Organisasi orang Cina yang menentang pendudukan Jepun secara gerila di Tanah

Melayu ialah

A MPAJA B KMM

C Force 136 D PKM

Soalan 31 merujuk kepada petikan di bawah

Cikgu Zamri : Salmah, mengapakah datuk kamu tidak menyertai Parti

Komunis Malaya semasa memperjuangkan kemerdekaan Tanah

Melayu?

9

Page 10: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

31. Apakah jawapan yang mungkin diberi oleh Salmah?

A Komunis tidak memberi jawatan penting kepada orang Melayu dalam PKM

B Ideologi komunis bertentangan dengan cara hidup dan agama Islam

C Orang Melayu berpihak dan menyokong pentadbiran British

D Parti Komunis Malaya tidak membuka keahlian kepada orang Melayu

Soalan 32 berdasarkan jadual yang berikut

Tarikh Peristiwa

12 Sept 1945 Jepun menyerah kalah di Tanah Melayu

10 November 1945 Jepun menyerah kalah di Borneo

32. Jadual di atas menunjukkan tarikh penyerahan kuasa Jepun kepada Tentera Berikat di

Tanah Melayu dan Borneo. Siapakah pemimpin pasukan penyerahan kuasa di

Borneo?

A Jeneral Hitagaki

B Jeneral Yamashita

C Leftenan Adnan

D Masao Baba

Soalan 33 berdasarkan maklumat yang berikut

Pemberontakan Double Tenth

*Musa *Korom *Albert Kwok

33. Senarai di atas merupakan pemimpin-pemimpin pemberontakan Double Tenth.

Kumpulan ini telah menjalankan hubungan dengan pergerakan bawah tanah anti-

Jepun di

A Filipina B Amerika Syarikat

C Burma D Indonesia

34. Andaikan anda merupakan seorang pegawai Jepun di Tanah Melayu. Anda mahu

menghapuskan segala bentuk pengaruh barat dan mewujudkan semangat

10

Page 11: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

persaudaraan sejagat. Anda melancarkan Rancangan Penjepunan. Antara berikut,

bidang manakah yang terlibat dalam rancangan tersebut?

A Politik B Kebudayaan

C Pendidikan D Perdagangan

35. Pihak Jepun telah membantu Ibrahim Haji Yaacob menubuhkan Kesatuan Rakyat

Indonesia Semenanjung (KRIS). Mengapakah KRIS mengalami kegagalan?

A Jepun telah menyerah kalah

B Indonesia enggan bekerjasama dengan Tanah Melayu

C Tentangan dari orang Melayu di Tanah Melayu

D Perang saudara meletus di Indonesia.

36. Mengapakah keadaan huru-hara timbul di Tanah Melayu selepas Perang Dunia

Kedua tamat?

A Pihak komunis berkuasa di Tanah Melayu

B Tentera Bintang Tiga telah menguasai beberapa balai polis untuk menjalankan

undang-undang sendiri

C Kekalahan tentera Jepun

D Kekurangan anggota tentera kerana terkorban dalam peperangan

Soalan 37 berdasarkan rajah di bawah

Majlis Mesyuarat Undangan Peringkat Pusat

Malayan Majlis Kerja

Union

X

Majlis Penasihat

37. Rajah di atas menunjukkan corak pentadbiran Malayan Union. X mungkin sekali

A Majlis Perpaduan Kaum

B Majlis Tindakan Rakyat

C Majlis Tempatan

D Majlis Mesyuarat Negeri

11

Page 12: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

Soalan 38 berdasarkan pernyataan di bawah

Raja-raja Melayu telah dipaksa untuk mempersetujui cadangan

penubuhan Malayan Union.

38. Apakah peribahasa yang sesuai dengan penyataan di atas?

A Sudah jatuh ditimpa tangga

B Ditelan mati emak, diluah mati bapa

C Bersatu teguh bercerai roboh

D Berkerat rotan berpatah arang

Soalan 39 berdasarkan rajah di bawah

Malayan Union Persekutuan Tanah Melayu

(1946) (1948)

39. Malayan Union telah digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu setelah

mendapat tentangan hebat daripada orang Melayu. Mengapakah penubuhan

persekutuan diterima secara baik oleh penduduk Melayu

A Orang Melayu diberi peluang untuk mentadbir

B Sistem pentadbiran yang lebih sistematik

C Syarat kerakyatan diperketatkan

D Raja-raja Melayu dikecualikan untuk perundingan

40. Anda berada di Sarawak sekitar tahun 1940-an. Pengaruh komunis semakin

berleluasa selepas lawatan pegawai komunis ke Sarawak. Apakah golongan yang

dimaksudkan?

A Ahli-ahli perniagaan Cina

B Pelombong-pelombong Cina

C Pekerja-pekerja Cina

D Pelajar-pelajar Cina

12

Page 13: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

Soalan 41 berdasarkan rajah yang berikut

“Kami berkehendakan naungan bukan penaklukan”

“Jangan kecewakan kami”

41. Sepanduk-sepanduk di atas telah dijumpai dalam satu perhimpunan tunjuk perasaan

terhadap Malayan Union. Dimanakah perhimpunan tersebut diadakan?

A Johor Bahru B Negeri Sembilan

C Ipoh D Kuala Lumpur

42. Satu program telah dilancarkan dalam Rancangan Briggs untuk melibatkan

penyelarasan dan kerjasama pihak-pihak tertentu untuk menubuhkan jawatankuasa

kerja bagi menghapuskan ancaman komunis. Apakah nama program berkenaan?

A Bulan Penduduk Tanah Melayu menentang komunis

B Kampung Baru

C Perang Saraf

D Gerakan Kelaparan

43. Kawasan yang bebas daripada kegiatan komunis dikenali sebagai kawasan putih.

Kawasan putih yang pertama di Tanah Melayu ialah

A Perak B Selangor

C Melaka D Johor

Soalan 44 berdasarkan maklumat yang berikut

Tawaran Pengampunan kepada komunis 1955

Anggota komunis yang menyerah diri tidak akan dihukum

Sekatan kebebasan tidak akan dikenakan

Mereka yang ingin pulang ke China akan dipertimbangkan oleh kerajaan

13

Page 14: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

44. Siapakah yang telah mengumumkan tawaran pengampunan di atas?

A Sir Donald Mac Gillivray

B Tunku Abdul Rahman

C Dato’ Onn bin Jaafar

D Sir Gerald Templer

45. Bagaimanakah British melumpuhkan kegiatan Min Yuen?

A Melalui rancangan pengampunan beramai-ramai

B Rundingan Baling

C Rancangan Gurney

D Rancangan Briggs

46. Orang Melayu ingin agama Islam diiktiraf sebagai agama rasmi di Tanah Melayu.

Apakah reaksi kaum lain?

A Menyokong kerana majority penduduk beragama Islam

B Membangkang kerana bimbang akan ditindas oleh orang Melayu

C Bimbang agama mereka akan terhapus

D Menyerahkan soal keagamaan kepada British

Soalan 47 berdasarkan rajah di bawah

Dilahirkan di Tanah Melayu

Koh Chin Han

Bapanya juga dilahirkan di Tanah Melayu

47. Apakah perkara yang dianggap penting pada diri Koh Chin Han menjelang

kemerdekaan Tanah Melayu, 1957?

A Hak Kerakyatan B Peluang pendidikan

C Keamanan negara D Penyelarasan Bahasa Ibunda

14

Page 15: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

48. Jawatankuasa Penasihat Pusat mencadangkan bahasa Melayu dan bahasa Inggeris

dijadikan bahasa pengantar di semua sekolah. Apakah reaksi daripada penduduk

Tanah Melayu terhadap cadangan tersebut?

A Hanya dipersetujui oleh orang Melayu

B Orang Cina menentang keras cadangan tersebut

C Dipersetujui oleh semua kaum

D Semua kaum tidak bersetujui dengan cadangan tersebut

49. Apakah sumbangan penting Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1952?

A Berjaya memupuk persefahaman di antara pemimpin-pemimpin kaum

B Dapat menyeragamkan sistem pendidikan di Tanah Melayu

C Dapat menyelesaikan masalah hak kerakyatan

D Berjaya memulihkan keadaan ekonomi yang lumpuh semasa darurat

50. Bagaimanakah pengenalan Sistem Ahli di Tanah Melayu dikatakan menguntungkan

pemimpin-pemimpin kaum?

A Dapat memperjuangkan kepentingan kaum masing-masing

B Dapat menunjukkan kehebatan kaum masing-masing

C Dapat latihan untuk mentadbir negara

D Dapat bekerjasama dalam pentadbiran negara.

Untuk soalan 51 hingga 60. tiap-tiap soalan mempunyai lebih daripada satu cadangan jawapan

yang betul. Tentukan tiap-tiap cadangan jawapan itu betul atau salah. Kemudian pilih satu

jawapan yang betul daripada pilihan A, B, C dan D

51. Antara berikut, yang manakah telah mempengaruhi kedatangan Portugis ke Asia

Tenggara pada kurun ke-16?

I Menyebarkan agama Kristian

II Menghapuskan pedagang Islam

III Memonopoli perdagangan rempah

IV Galakan daripada pemerintah Portugal

A I, II dan III B I, III dan IV

15

Page 16: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

C I, II dan IV D II, III dan IV

52. Antara langkah kerajaan British untuk meluaskan pengaruhnya di Johor pada kurun

ke-19 ialah

I berusaha menyingkirkan pembesar Johor

II memberi bantuan kewangan dan ketenteraan

III merancang pembinaan landasan kereta api di Johor

IV menyekat usaha kerajaan Johor untuk berhubung dengan London

A I, II dan III B I, III dan IV

C I, II dan IV D II, III dan IV

53 Apakah tujuan pihak Jepun menubuhkan Giyu Gan?

I Memberi latihan tentera

II Membuat persiapan menentang kuasa barat

III Mewujudkan kesetiaan kepada negara Jepun dan maharaja Jepun

IV Membina perpaduan antara penduduk Tanah Melayu

A I dan II B III dan IV

C II dan III D I dan IV

Soalan 54 berdasarkan maklumat yang berikut

Pusat Tenaga Rakyat

(PUTERA)

54 Antara berikut, parti-parti politik berhaluan kiri yang manakah menyertai gabungan

parti di atas?

I PETA II AWAS

III API IV KMM

A I dan II B III dan IV

C II dan III D I dan IV

16

Page 17: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

55. Tokoh X dan Y merupakan ahli Parlimen British. Mereka dijemput ke Tanah Melayu

untuk menyaksikan orang Melayu bangkit menentang British.. Antara berikut, siapakah

tokoh X dan Y yang dimaksudkan ini?

I Reeds Williams II L.D.Gammans

III Alec Newboult IV Edward Gent

A I dan II B III dan IV

C II dan III D I dan IV

56. Bagaimanakah ideologi komunisme berkembang di Tanah Melayu?

I Melalui penerbitan majalah Cina

II Melalui kesatuan buruh

III Melalui aktiviti-aktiviti perdagangan

IV Melalui sekolah-sekolah Cina

A I, II dan III B I, III dan IV

C I, II dan IV D II, III dan IV

Soalan 57 berdasarkan maklumat yang berikut.

Bulan Penduduk Tanah Melayu Menentang Komunis

57. Antara berikut, yang manakah merupakan tindakan-tindakan yang diambil untuk

menjayakan kempen di atas?

I Membawa sepanduk yang mengutuk keganasan komunis

II Membakar patung komunis

III Menangkap anggota komunis

IV Mengadakan kawalan ketat tentera

A I dan II B III dan IV

C II dan III D I dan IV

58. Mengapakah masalah bahasa menghalang perpaduan rakyat?

I Orang Melayu mahu bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan

II Orang Melayu mahu bahasa-bahasa lain dihapuskan

III Orang bukan Melayu mahu bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi

17

Page 18: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

IV Ramai orang bukan Melayu takut bahasa ibunda akan luput

A I, II dan III B I, III dan IV

C I, II dan IV D II, III dan IV

59. Sistem ahli diperkenalkan untuk mewujudkan perpaduan penduduk tanpa mengira kaum.

Antara berikut, yang manakah ciri-ciri yang berkaitan dengan sistem tersebut?

I Tokoh politik mempunyai kuasa dalam bidang tertentu

II Keahlian terdiri daripada semua kaum

III Ahli yang dipilih mendapat sokongan daripada bangsawan tradisional

IV Beberapa jabatan kerajaan diletakkan di bawah kawalan ahli Majlis Undangan

Persekutuan.

A I, II dan III B I, III dan IV

C I, II dan IV D II, III dan IV

Soalan 60 berdasarkan pernyataan di bawah

Pilihanraya umum Tanah Melayu yang pertama diadakan pada tahun 1955 dengan

kerjasama pihak British.

60. Mengapakah pihak British bersetuju untuk mengadakan pilihan raya umum pada tahun

1955 di Tanah Melayu?

I Desakan daripada penduduk tempatan

II Melaksanakan sistem pemerintahan demokrasi

III Menjalankan rancangan pemodenan

IV Menyediakan penduduk ke arah berkerajaan sendiri

A I, II dan III B I, III dan IV

C I, II dan IV D II, III dan IV

------ Kertas soalan tamat -------

18

Page 19: SMJK AVE MARIA CONVENT, IPOH 04-T.3.doc · Web viewApakah peranan sejarah dalam kehidupan manusia hari ini? A dapat memberi maklumat jitu B dapat memberi cerita C dapat memberi iktibar

JAWAPAN

1 C 16 C 31 B 46 C2 B 17 B 32 D 47 A3 C 18 C 33 A 48 D4 A 19 D 34 C 49 A5 B 20 C 35 A 50 A6 C 21 D 36 B 51 B7 B 22 C 37 D 52 A8 D 23 B 38 B 53 A9 B 24 C 39 A 54 C10 D 25 A 40 D 55 A11 D 26 B 41 C 56 C12 A 27 C 42 D 57 A13 C 28 B 43 C 58 B14 A 29 B 44 B 59 C15 B 30 A 45 D 60 C

19