45
SMK JENGKA PUSAT 2 TEKNIK MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2014 Oleh: Che’gu Sejarah, Salehuddin bin Mohd Rokani http:// tanyachegusejarah.blogspot .com/

SMK JENGKA PUSAT 2

  • Upload
    adia

  • View
    194

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

SMK JENGKA PUSAT 2. Oleh : Che’gu Sejarah , Salehuddin bin Mohd Rokani http://tanyachegusejarah.blogspot.com/. TEKNIK MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN SEJARAH SPM 2014. PENGENALAN . Bermula tahun 2013, SPM bagi mata pelajaran Sejarah mengalami perubahan format peperiksaan . - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: SMK JENGKA PUSAT 2

SMK JENGKA PUSAT 2TEKNIK MENJAWAB KERTAS PEPERIKSAAN

SEJARAH SPM 2014

Oleh: Che’gu Sejarah,Salehuddin bin Mohd Rokani

http://tanyachegusejarah.blogspot.com/

Page 2: SMK JENGKA PUSAT 2

Bermula tahun 2013, SPM bagi mata pelajaran Sejarah mengalami perubahan format peperiksaan.

Ia melibatkan beberapa aspek perubahan dalam kertas 1 dan kertas 2.

Sejarah Kertas 3 juga diperkenalkan untuk diuji kepada calon peperiksaan. Calon perlu melaksanakan tugasan umum dan tugasan spesifik.

Semakin banyak soalan KBAT/KBKK diuji dalam kertas 2 dan kertas 3.

PENGENALAN

Page 3: SMK JENGKA PUSAT 2

CIRI-CIRI KERTAS 1 Bersifat objektif. Konstruk yang diukur: pengetahuan,

pemahaman, aplikasi & analisis. Jumlah soalan: 40 soalan dengan taburan (no 1-

20 :ting 4, no 21-40: ting 5) Jumlah markah: 40 soalan. Wajaran: 30%. Masa menjawab: 1 jam. Bentuk soalan: Aneka pilihan dan aneka

pelengkap dua pilihan.

PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB KERTAS 1

Page 4: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan Aneka Pilihan:

Bagaimanakah kerajaan Funan boleh berubah daripada kerajaan agraria menjadi kerajaan maritim?

A Kekurangan hasil pertanianB Perubahan dasar pentadbiran negaraC Penguatkuasaan undang-undang yang ketat.D Kedudukan pelabuhan Oc Eo yang strategik.

Sambungan..

Page 5: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan Aneka Pelengkap Dua Pilihan:

Apakah kesan kemasukan imigran Cina dan India ke Tanah Melayu?I Pengasingan pendidikanII Pengurangan peluang pekerjaanIII Peningkatan kadar pengangguranIV Pembahagian kerja mengikut kaum

A I dan IIB I dan IVC II dan IIID III dan IV

Sambungan..

Page 6: SMK JENGKA PUSAT 2

Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.

Menguasai semua fakta, huraian fakta dan contoh bagi setiap sub topik.

Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas ( 2009, 2010, 2011, 2012, 2013) kerana ia dapat membantu calon mengenal pasti bentuk dan trend soalan.

Strategi Menjawab Kertas 1

Page 7: SMK JENGKA PUSAT 2

Mengenal pasti sebab sesuatu jawapan itu salah atau betul.

Lazimnya terdapat 2 pilihan jawapan yang tidak tepat, 1 jawapan “penganggu” dan 1 jawapan yang tepat.

Kenal pasti dan fahami kehendak soalan. Gunakan kaedah singkir/hapus.

Jawapan pilihan anda hendaklah ditanda terus pada kertas jawapan dengan cermat dan teliti.

Sambungan..

Page 8: SMK JENGKA PUSAT 2

Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan lain.

Ingat! Purata masa menjawab bagi satu-satu soalan objektif ialah 1.5 minit. Urus masa menjawab dengan bijak.

Selepas selesai menjawab, semak semua jawapan yang telah ditanda dan maklumat lain yang berkaitan.

Sambungan..

Page 9: SMK JENGKA PUSAT 2

Tips: 15 soalan SPM berulang-ulang setiap tahun.

Latih tubi menjawab soalan SPM tahun-tahun lepas.

Tetapkan satu skor yang tinggi. (Contoh: 30/40). Jika melepasi aras tersebut, barulah menjawab soalan latih tubi selanjutnya.

Pemberatan bagi pilihan jawapan (A,B,C,D) yang betul adalah hampir sama, iaitu 10 ,tambah tolak 2. SPM 2014: A=9, B=12, C=9, D=10 (SPM 2014)

Sambungan..

Page 10: SMK JENGKA PUSAT 2

BAHAGIAN A (STRUKTUR) Calon perlu menguasai dan memahami keseluruhan

sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.

Taburan soalan SPM 2013 adalah seimbang mengikut sukatan pelajaran ting. 4 dan 5 iaitu soalan 1 & 2 =tingkatan 4 manakala soalan 3 dan 4 = tingkatan 5.

STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2

Page 11: SMK JENGKA PUSAT 2

CIRI-CIRI KERTAS 2 Terdiri daripada 2 bahagian iaitu bahagian A (sturktur)

dan bahagian B (esei). Konstruk yang diuji: pengetahuan, pemahaman, aplikasi,

analisis, menilai dan menjana idea. Bahagian A: 4 soalan, jumlah markah =40. Bahagian B: 7 soalan, pilih 3, jumlah markah=60. Bahagian A: no soalan 1-2 =ting 4, no soalan 3-4=ting 5,

bahagian B, no soalan 5-7 = ting 4, no soalan 8-11 =ting. 5

Jumlah markah kertas 2= 100 markah. Wajaran: 50%. Masa menjawab: 2 jam 30 minit.

PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB KERTAS 2

Page 12: SMK JENGKA PUSAT 2

Semasa menjawab, baca dan fahami kehendak soalan. Pastikan jawapan ringkas, padat dan tepat serta tidak tergantung/terlalu umum.

Berikan seberapa banyak jawapan iaitu isi atau fakta yang terlintas di akal fikiran tanpa perlu memikirkan ketepatannya mahu pun peruntukan markahnya. Berikan lebih isi/fakta jika anda ingat atau mempunyai lebih masa.

Sebaik-baiknya jawapan banyak fakta dan sedikit penerangan/huraian.

Sambungan..

Page 13: SMK JENGKA PUSAT 2

Sehingga kini kata tugas soalan seperti nyatakan, berikan, namakan, senaraikan, apakah, terangkan, jelaskan dan sebagainya tidak memerlukan cara menjawab yang terperinci. Calon hanya menyatakan isi dan fakta yang berkaitan dengan fokus soalan.

Sekiranya terdapat soalan yang sukar dan kurang yakin jawapannya, calon seharusnya tinggalkan dahulu soalan tersebut sebaliknya meneruskan dengan soalan selanjutnya. Teliti semula soalan bermasalah selepas selesai menjawab soalan-soalan lain.

Sambungan..

Page 14: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan KBAT dalam bahagian A semakin banyak iaitu 22 markah daripada 40 markah yang diperuntukkan.

Ini bermakna soalan KBAT diuji pada setiap soalan dan semakin banyak dalam pecahan soalan.

Jawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah. Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat.

Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.

Sambungan..

Page 15: SMK JENGKA PUSAT 2

Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada pendapat/pandangan anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan, berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni, patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.

Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak menjawab.

Sambungan..

Page 16: SMK JENGKA PUSAT 2

Ingat! Masa cadangan untuk menjawab soalan bahagian A adalah 30 minit. 1 soalan 15 minit. Perlu menjawab 4 soalan. Urus masa menjawab dengan baik.

Sambungan…

Page 17: SMK JENGKA PUSAT 2

BAHAGIAN B (ESEI) Calon perlu menguasai dan memahami

keseluruhan sukatan pelajaran tingkatan 4 & 5.

Memahami istilah-istilah dan konsep penting dengan merujuk Sudut Tahukah Anda dan Sudut Maklumat dalam buku teks.

Jawapan mestilah dalam bentuk esei, bukan carta, jadual, graf, lukisan, lakaran, point dsb. (-50%)

STRATEGI MENJAWAB KERTAS 2

Page 18: SMK JENGKA PUSAT 2

Taburan soalan SPM 2013 bagi bahagian B ialah 3 soalan tingkatan 4 (soalan 5-7) dan 4 soalan tingkatan 5 (soalan 8-11). 1 soalan =20 markah.

Jawab 3 soalan sahaja. Fahami kehendak soalan. Jawab soalan yang mudah atau yang diyakini dapat banyak markah.

Sebelum menjawab, calon dinasihatkan untuk merangka jawapan esei untuk mengelakkan kecairan idea/fakta dan juga sebagai panduan untuk menulis esei. Jangan hantar rangka jawapan.

Sambungan..

Page 19: SMK JENGKA PUSAT 2

Jawapan esei adalah terperinci iaitu ada fakta, huraian fakta serta contoh jika ada. Ini bermaksud setiap fakta mestilah disokong dengan huraian dan contoh. Dalam sesetengah kes, 50% akan ditolak jika fakta tanpa sokongan huraian.

Esei mesti ada SUBJEK + PREDIKAT. Jangan jawab esei tergantung.

Sambungan..

Page 20: SMK JENGKA PUSAT 2

Sebaik-baiknya esei berperenggan iaitu 1 perenggan merangkumi 1 fakta dan huraian-huraian serta contoh.

Esei tiada pengenalan dan penutup.

1 fakta=1markah, 1 huraian=1 markah, 1contoh=1markah.

Tahun tidak penting.

Boleh menggunakan kata singkatan yang dikenali: spt, yg, sgt, MU, PTM, AMDA dll

Sambungan..

Page 21: SMK JENGKA PUSAT 2

Ejaan tidak dipentingkan tetapi mestilah kemas dan teratur dan boleh dibaca oleh pemeriksa.

Tulis nombor soalan dan sub soalan.

 http://padlet.com/wall/contohjwpneseisejspm

Sambungan..

Page 22: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan KBAT dalam bahagian B disusun dalam pecahan soalan c dan dipecahkan lagi kepada i dan ii.

Ia memperuntukkan 12 markah. Baki 8 markah adalah soalan fakta (ceraian a dan b).

Ini bermaksud pemberatan markah KBAT lebih banyak daripada pemberatan markah fakta.

Jumlah markah kbat= 36 markah drpd 60 markah yg diperuntukkan.

Sambungan…

Page 23: SMK JENGKA PUSAT 2

Jawab soalan KBAT dengan relevan dan munasabah. Berani berikan apa sahaja idea walaupun anda merasakan idea anda tidak hebat.

Risiko tidak menjawab soalan KBAT: menjejas keseluruhan markah dan pastinya sifar markah.

Sambungan..

Page 24: SMK JENGKA PUSAT 2

Tanda pengenalan soalan KBAT: Pada pendapat/pandangan anda, berdasarkan pengetahuan sejarah anda, kesan, cadangkan, berikan alasan, kepentingan, iktibar, nilai murni, patriotisme, sebagai pemimpin/rakyat dan lain2.

Kebarangkalian untuk dapat markah dalam soalan KBAT tetap ada selagi calon menulis jawapan KBAT dan pasti 0 jika tidak menjawab soalan. Jadi menjawab lebih baik daripada tidak menjawab.

Sambungan…

Page 25: SMK JENGKA PUSAT 2

CIRI-CIRI KERTAS 3 Berbentuk tugasan.

Tema/tajuk diberikan kepada calon 6 minggu sebelum peperiksaan SPM bertulis. Calon perlu melaksanakan tugasan umum iaitu mencari dan mengkaji maklumat dari pelbagai sumber berdasarkan tema/tajuk.

Pada hari peperiksaan, soalan akan diberikan dan calon dikehendaki menjawab soalan tersebut berdasarkan panduan yang diberikan bersama soalan (tugasan spesifik). Calon dibenarkan membawa dan merujuk segala bahan/maklumat/dapatan kajian.

PANDUAN DAN SARANAN MENJAWAB KERTAS 3

Page 26: SMK JENGKA PUSAT 2

Kemahiran konstruk yang diuji dalam Sejarah Kertas 3 adalah berdasarkan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)/High Order Thinking Skill (HOTS)iaitu pemahaman, analisis, aplikasi, menilai, menjana idea dan nilai-nilai murni/patriotisme.

Tindakan calon selepas tema/tajuk dikeluarkan oleh LPM:

Sambungan..

Page 27: SMK JENGKA PUSAT 2

Membuat rujukan berdasarkan tema.Dalam Sejarah Kertas 3, jawapan pecahansoalan pertama sehingga ketiga boleh didapati secara terus dalam buku teks iaitu:

Sambungan..

Page 28: SMK JENGKA PUSAT 2

Pecahan soalan pertama: PENGENALAN[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]

Soalan ini memperuntukkan 5 markah. Lazimnya dalam bahagian pengenalan soalan adalan berkenaan latar belakang,tempoh,bukti, lokasi dan nama-nama penting seperti tokoh, tempat dan sebagainya. Sila tandakan maklumat tersebut dengan menggunakan pen warna dalam buku teks untuk memudahkan penulisan jawapan nanti. Ingat! 5 markah sahaja. Jangan tulis jawapan berjela-jela sehingga menjejaskan masa jawapan bagi pecahan soalan yang lain. Tulis jawapan berdasarkan maklumat yang kita tanda seperti yang saya sebutkan di atas.

Sambungan..

Page 29: SMK JENGKA PUSAT 2

Pecahan soalan kedua: MEMAHAMI[Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]

Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 30 markah. Soalan ini menguji kefahaman kita dalam tema/tajuk yang dikaji. Pengujiannya berbentuk proses pembentukan/ciri-ciri. Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.

Sambungan..

Page 30: SMK JENGKA PUSAT 2

Pecahan soalan ketiga: MENGANALISIS [Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]

Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 15 markah. Soalan mungkin berbentuk sumbangan/ciri-ciri. Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.

Sambungan..

Page 31: SMK JENGKA PUSAT 2

Pecahan soalan keempat: MENGAPLIKASI [Cadangan bahan rujukan:Buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]

Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 15 markah. Calon perlu mengaitkan isi (fakta dalam buku teks) dengan zaman kini. Maksudnya kita gunakan pengetahuan zaman dahulu (apa yang kita belajar dalam buku teks) dalam pelbagai bidang pada zaman moden ini. Soalan ini menguji kemahiran aplikasi calon. Sama seperti di atas, buat rujukan dalam buku teks dan tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah.

Sambungan..

Page 32: SMK JENGKA PUSAT 2

Pecahan soalan kelima:MENILAI [Cadangan bahan rujukan:artikel dalam surat khabar, buku rujukan, jurnal, majalah pendidikan, menonton berita TV dan capaian internet.]

Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Ia menguji kemahiran menilai calon iaitu pemerhatian/kepekaan dan keprihatinan calon. Calon perlu menguasai isu-isu semasa dengan membuat rujukan seperti yang saya cadangkan diatas. Tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran marka

Sambungan..

Page 33: SMK JENGKA PUSAT 2

Pecahan soalan keenam: MENJANA IDEA [Cadangan bahan rujukan:artikel dalam surat khabar, buku rujukan, jurnal, majalah pendidikan, menonton berita TV dan capaian internet.]

Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Soalannya mungkin berbentuk cadangan/pendapat bernas tentang sesuatu isu yang berkait dengan tema/tajuk yang dikaji. Calon perlu menguasai isu-isu semasa dengan membuat rujukan seperti yang saya cadangkan diatas. Tandakan maklumat yang berkaitan sahaja sesuai dengan wajaran markah

Sambungan..

Page 34: SMK JENGKA PUSAT 2

Pecahan soalan ketujuh: NILAI-NILAI MURNI/IKTIBAR/UNSUR PATRIOTISME [Cadangan bahan rujukan: http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/contoh-jawapan-kbkk-k2-sejarah-spm.html dan http://tanyachegusejarah.blogspot.com/p/garis-panduan-menjawab-soalan.html] 

Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini adalah 10 markah. Calon boleh membuat rujukan melalui laman blog saya seperti yang saya sediakan diatas atau berbincang dengan guru sejarah anda. Ianya soalan berbentuk KBKK (Kemahiran Berfikir Secara Kreatif dan Kritis). Biasakan dengan istilah nilai, sikap dan semangat positif.

Sambungan..

Page 35: SMK JENGKA PUSAT 2

Pecahan soalan kelapan: RUMUSAN –Pengetahuan, iktibar dan Harapan.[Cadangan bahan rujukan: buku teks Sejarah Ting. 4/Ting.5]

Peruntukan markah bagi pecahan soalan ini ialah 5 markah yang mana calon perlu merumus isi yang telah calon bincangkan. Sebagai kemudahan calon, calon boleh merujuk bahagian RUMUSAN di akhir setiap bab dalam buku teks sebagai modal jawapan.

Sambungan..

Page 36: SMK JENGKA PUSAT 2

2. Berbincang dengan guru sejarah anda dan rakan perbincangan anda.

Selepas mencari bahan rujukan, berbincanglah dengan guru sejarah anda. Tanya guru sejarah anda sama ada bahan yang anda cari sesuai atau tidak.Ikutilah nasihat guru sejarah anda. Calon juga boleh saling kongsikan dapatan rujukan masing-masing serta berbahas mengenainya!

Sambungan..

Page 37: SMK JENGKA PUSAT 2

3. Bawa semua bahan rujukan dalam dewan peperiksaan semasa hari peperiksaan.

Selepas perbincangan ilmiah dan pemurnian kajian kita, bawalah semua bahan rujukan/dapatan yang kita kaji dalam dewan. Susun dengan keadaan baik. Jika dalam bentuk artikel, boleh disusun dalam bentuk fail clear holder. Susun bahan-bahan mengikut pecahan soalan. Ini memudahkah capaian semasa menulis jawapan.

Sambungan..

Page 38: SMK JENGKA PUSAT 2

4. Jawab mengikut pecahan soalan [semasa hari peperiksaan]

Jawapan perlu ditulis mengikut pecahan soalan berdasarkan panduan yang diberikan bersama soalan. Sebaik-baiknya buat perenggan dalam pecahan soalan. Ini kerana ada pecahan soalan memperuntukkan markah yang tinggi yang mana isi jawapan adalah banyak. Jangan lupa tulis nombor soalan. Jangan salin semula soalan. Semoga berjaya.

Sambungan..

Page 39: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan aras pengetahuan:

1. Nyatakan maksud jahiliah.2. Terangkan maksud tamadun menurut

perspektif Islam.

CONTOH KONSTRUK SOALAN

Page 40: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan aras pemahaman:

1. Huraikan ciri-ciri masyarakat Arab Jahiliah.2. Jelaskan faktor-faktor imperialisme Barat

di Asia Tenggara.

CONTOH KONSTRUK SOALAN

Page 41: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan aras analisis.

1. Nyatakan faedah yang Malaysia peroleh sebagai anggota dalam pertubuhan serantau.

2. Huraikan pengaruh agama Hindu Buddha dalam sistem pemerintahan di Asia Tenggara.

CONTOH KONSTRUK SOALAN

Page 42: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan aras aplikasi:

1. Apakah sumbangan tamadun Indus yang digunapakai pada masa kini?

2. Bagaimana masyarakat Indus berjaya membina bandar terancang?

3. Sumbangan Malaysia dalam pertubuhan serantau.

CONTOH KONSTRUK SOALAN

Page 43: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan aras menilai:

1. Apakah nilai-nilai penting yang ditunjukkan penjajah barat dalam usaha imperialisme mereka?

2. Kejayaan Malaysia dalam bidang pendidikan.

3. Muslihat British dalam melaksanakan Malayan Union di Tanah Melayu.

CONTOH KONSTRUK SOALAN

Page 44: SMK JENGKA PUSAT 2

Soalan aras menjana idea:

1. Cadangkan 3 langkah berkesan dalam memelihara monumen.

2. Bincangkan usaha-usaha berkesan untuk mengelakkan penjajahan.

CONTOH KONSTRUK SOALAN

Page 45: SMK JENGKA PUSAT 2

History is a learning to earn love, honor and valor.