13
1.0 Soalan 2 1.1 Isu atau cabaran pendidikan yang dipilih secara kritis Isu yang telah saya pilih dan cuba saya ketengahkan dalam tugasan pada kali ini ialah isu “Pelajar Menarik Diri. Adakah masalah ini boleh di atasi?” yang telah diambil daripada majalah Pendidik keluaran April 2006. Masalah? Apa yang dimaksudkan dengan masalah? Menurut Kamus Dewan Edisi Empat keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka masalah boleh ditakrifkan sebagai punca kepada sesuatu persoalan. Oleh yang demikian isu atau cabaran yang ingin diketengah atau dikupas dalam tugasan kali ini ialah berkaitan dengan punca mengapa seseorang murid itu menarik diri atau kata lainnya adalah putus asa dalam pembelajaran mereka. Menurut artikel yang telah saya pilih terdapat pelbagai aspek masalah yang boleh menyumbang kepada penyusutan JERIS seseorang murid dalam pembelajaran mereka antaranya. 1.1.1 Murid hilang minat belajar Belajar merupakan suatu proses mendapatkan pengetahuan atau pengalaman. Melalui belajar seseorang itu dapat meneroka dunia atau ilmu dengan lebih mendalam. Minat belajar seseorang

Soalan 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Soalan 2

Citation preview

Page 1: Soalan 2

1.0 Soalan 2

1.1 Isu atau cabaran pendidikan yang dipilih secara kritis

Isu yang telah saya pilih dan cuba saya ketengahkan dalam tugasan pada

kali ini ialah isu “Pelajar Menarik Diri. Adakah masalah ini boleh di atasi?”

yang telah diambil daripada majalah Pendidik keluaran April 2006.

Masalah? Apa yang dimaksudkan dengan masalah? Menurut Kamus

Dewan Edisi Empat keluaran Dewan Bahasa dan Pustaka masalah boleh

ditakrifkan sebagai punca kepada sesuatu persoalan. Oleh yang demikian

isu atau cabaran yang ingin diketengah atau dikupas dalam tugasan kali

ini ialah berkaitan dengan punca mengapa seseorang murid itu menarik

diri atau kata lainnya adalah putus asa dalam pembelajaran mereka.

Menurut artikel yang telah saya pilih terdapat pelbagai aspek masalah

yang boleh menyumbang kepada penyusutan JERIS seseorang murid

dalam pembelajaran mereka antaranya.

1.1.1 Murid hilang minat belajar

Belajar merupakan suatu proses mendapatkan pengetahuan

atau pengalaman. Melalui belajar seseorang itu dapat meneroka

dunia atau ilmu dengan lebih mendalam. Minat belajar

seseorang murid tidak boleh dipaksa oleh guru bahkan kedua

orang tua mereka. Ini kerana tekanan daripada paksaan untuk

belajar akan meninggalkan kesan yang negatif kepada diri

seseorang murid tersebut. Bukan susah untuk mengenal pasti

murid yang hilang minatnya dalam pelajaran. Seringkali murid-

murid ini akan menunjukkan reaksi yang hampir sama sebagai

contoh mereka akan duduk bersandar, mengangkat kedua

belah kaki dan sebagainya. guru yang prihatin adalah guru yang

sentiasa peka dengan keadaan seperti ini, dan mereka akan

sedaya upaya untuk mencari jalan keluar kepada murid tersebut

ini kerana belajar seharusnya menjadi perkara yang paling

menyeronokkan kepada seseorang individu tidak kira

Page 2: Soalan 2

diperingkat mana ia berada. Kehilangan minat untuk belajar

akan menjejaskan bukan sahaja pendidikan mereka di usia

muda malahan akan menjejaskan kerjaya dan masa hadapan

mereka kelak.

1.1.2 Keyakinan diri yang rendah

Setiap murid terdiri daripada pelbagai latar belakang, mereka

juga berbeza tahap IQ serta keyakinan diri. Hal ini mungkin

disebabkan oleh beberapa faktor antaranya ialah keluarga,

genetik ataupun disebabkan oleh kejadian-kejadian atau

perkara yang tidak diingini berlaku ke atas diri mereka sekaligus

merentap keyakinan diri murid-murid tersebut. Keyakinan diri

yang rendeh ataupun low self-esteem ini mampu membuatkan

seseorang murid ini untuk tidak turut serta dalam pengajaran

dan pembelajaran yang dijalankan oleh guru. Bagi mereka,

kekuatan untuk berhadapan dengan orang luar atau dunia luar

adalah rendah dan mereka ini juga sering berfikiran negative

tentang diri mereka. Pemikiran seperti ini harus dikikis oleh

mereka kerana ia hanya akan merosakkan diri mereka. Setiap

murid diberi kelebihan yang tersendiri, oleh itu guru haruslah

bijak dalam menggunakan sepenuhnya kelebihan sedia ada

mereka supaya mereka tidak merasa tersisih atau diabaikan.

1.1.3 Kurikulum yang terlalu tinggi dan sukar dicapai

Kurikulum atau sukatan pelajaran yang telah ditetapkan oleh

kementerian haruslah diikut dan dihabiskan. Namun begitu,

kurikulum yang terlalu tinggi dan mencabar hanya akan

menyebabkan murid cepat mengalah dan berputus asa. Selain

itu, sikap guru yang terlalu mengejar sukatan akan

menyebabkan murid yang lemah akan ketinggalan dan hal ini

merupakan punca utama mengapa segelintir murid menarik diri

sebelum mencuba, bagi mereka guru lebih mengutamakan

Page 3: Soalan 2

murid yang pintar berbnading dengan mereka yang lemah. Oleh

itu, guru yang mempunyai integriti yang tinggi akan sedaya

upaya memastikan setiap anak muridnya mendapat ilmu yang

diajarkan tanpa melanggar atau mengabaikan sukatan atau

kurikulum yang telah ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran

Malaysia. Melalui cara ini, murid-murid akan lebih termotivasi

untuk terus belajar walaupun pada hakikatnya dia sedar bahawa

IQnya ditahap yang lemah.

1.1.4 Cepat bosan

Cepat berasa bosan juga merupakan punca mengapa

seseorang inidividu itu menarik diri dalam sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran. Proses pengajaran dan

pembelajaran yang bosan akan menyebabkan emosi seseorang

murid akan terganggu dan mereka lebih terdorong untuk

melakukan kerja lain sewaktu proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung. Selain itu, mereka juga akan mudah

terpengaruh dengan anasir-anasir luar yang mampu menarik

perhatian mereka berbanding berada di dalam kelas. Sekiranya

hal ini terjadi guru harus bijak untuk mengambil hati murid-murid

serta menukar corak suasana dalam kelas tersebut. Tambahan,

keadaan susun atur kelas juga merupakan salah satu penyebab

yang mendorong murid untuk cepat merasa bosan dan hilang

tumpuan. Cepat bosan juga mungkin disebabkan cara

pengajaran atau pendekatan yang digunakan oleh seseorang

guru dalam suatu proses pengajaran dan pembelajaran adalah

sama dan sekata. Zaman sidah berubah, dunia makin maju,

penggunaan kaedah tradisional ada masanya tidak relavan

dengan dunia masa kini. Oleh itu, guru harus bijak dalam

mencuri tumpuan murid supaya mereka tidak mudah berasa

bosan di dalam kelas.

Page 4: Soalan 2

1.1.5 Guru perlu relavan

Kaedah, teknik dan pendekatan yang digunapakai oleh guru

dalam proses pengajaran dan pembelajaran mereka haruslah

sentiasa berubah-ubah dan bijak dalam menyesuaikan mengikut

keperluan pelajar dan peredaran semasa. Ini kerana kaedah

lama yang berpusatkan guru semata-mata tidak lagi sesuai

digunakan. Zaman sekarang merupakan pecutan kepada

wawasan negara selaras dengan PIPP negara yang meinginkan

transformasi dalam setiap bidang pendidikan di negara ini. oleh

yang demikian. Guru-guru juga harus pandai dalam

menyesuaikan kaedah-kaedah ini dalam proses pengajaran

mereka supaya murid-murid selangkan mengikut peredaran

masa. Pendidikan pada masa kini lebih menekankan kepada

penemuan inkuiri iaitu murid belajar meneroka sendiri supaya

mereka lebih terdedah kepada arus pemodenan negara. Selain

itu, aktivti pengajaran juga haruslah bercorakkan pemikiran yang

kreatif dan kritis selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan

Kebangsaan yang menginginkan setiap murid dapat seimbang

daripada pelbagai JERIS.

1.2 Rasional pemilihan isu atau cabaran tersebut

Golongan guru merupakan golongan pekerja intelek kerana kehidupan

mereka bergantung kepada pemikiran dan kepintaran , bukannya

kekuatan fizikal smeata-mata. Martabat yang dianugerahi kepada

golongan guru atau pendidik ini bukannya dimuliakan atau untuk diangkat

dengan kenaikan pangkat, anugerah gelaran atau pertambahan wang

ringgit atau gaji (walaupun perlu) , tetapi terangkat dek kerana ilmunya

yang amat bermanfaat. Oleh itu, tingkah laku guru sangatlah memainkan

peranan penting dalam dunia pendidikan di negara kita kerana ianya

mempengaruhi sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran. Guru yang

mempunyai sifat sabar yang tinggi, mesra, bertimbang rasa, kesediaan

mendengar, kesediaan menerima kritikan, rajin, adil, periang dan

Page 5: Soalan 2

berdedikasi akan mencerminkan personaliti diri seseorang guru itu untuk

menjadi pendidik yang sejati. Jika kita lihat, murid-murid akan lebih

termotivasi untuk terus belajar sekiranya seseorang guru tersebut

sentiasa mempunyai semangat yang berkobar-kobar sebelum sesuatu

pdp tersebut akan dijalankan. Persediaan yang rapi akan menarik minat

serta mendorong murid untuk sentiasa lebih bersikap positif.

Guru juga perlu mempunyai sifat yang kreatif dan inovatif. Sifat kreatif

dan inovatif yang ada pada guru itu, akan menjadikan sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran itu lebih menyeronokkan dan bermakna.

Selain itu, ia juga akan meninggalkan kesan yang mendalam kepada

murid dan secara tidak langsung mempengaruhi murid tersebut untuk

terus belajar. Pemilihan artikel ini juga adalah sebab untuk menilai sejauh

mana keprihatinan guru terhadap masalah-masalah yang dihadapi murid-

murid dalam sesuatu pembelajaran mereka. Guru yang prihatin akan

sentiasa menjaga dan memastikan kebajikan anak muridnya sentiasa

terpelihara. Mereka juga akan segera mencari jalan penyelesaian dan

bukannya sedar duduk dan lihat apa yang akan terjadi kepada anak

didiknya. Jika ada diantara guru yang bersikap sedemikian maka

hilanglah rasa tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh ibu bapa,

kerajaan dan masyarakat ke atasnya.

Guru bukan sahaja turun ke “padang” dengan hanya berbekalkan Visi

dan MIsi yang telah ditetapkan oleh KPM kepada mereka tetapi meraka

seharusnya menggunakan keintelektualan mereka dalam mendidik anak

bangsa yang terdiri daripada pelbagai latar belakang ini supaya terus

berusaha dalam mencapai kejayaan sekaligus memperkasakan negara

yang sedang meniti dalam arus permodenan ini. oleh yang demkianlah,

guru-guru harus sentiasa bersiap sedia dengan kaedah-kaedah serta

pendekatan dan teknik yang mampu menjana murid-murid dalam

menghadapi arus yang kian maju ini.

Page 6: Soalan 2

1.3 Cara-cara untuk menangani isu atau cabaran pendidikan tersebut

Melalui pembacaan saya, isu ini boleh diatasi dan dibendung dengan

kerjasama yang utuh antara pihak guru dan juga pelajar itu sendiri dalam

memastikan setiap murid mempunyai semangat yang positif dan tidak

mudah menarik diri dalam pendidikan.

1.3.1 Gunakan kekuatan mereka

Setiap individu dikurniakan dengan kelebihan atau kekuatan

yang tersendiri. Oleh itu, guru haruslah memanfaatkan kekuatan

yang diperolehi mereka bagi mengelakkan mereka merasa

rendah diri sekiranya guru acapkali memuji atau melebih-

lebihkan murid yang lain. Dengan cara ini, secara tidak

langsung bukan sahaja dapat meningkatkan keyakinan diri

mereka sekaligus dapat menarik minat mereka untuk turut serta

dalam setiap aktiviti PdP yang dijalankan oleh guru.

Sebagai contoh, guru memberikan peluang untuk murid-

murid bekerja secara kumpulan dalam menyelesaikan sesuatu

tugasan ataupun projek. Melalui cara ini, mereka akan belajar

cara untuk berkomunikasi dengan baik serta mengenal

kelebihan yang ada dalam diri masing-masing dan saling

bertukar-tukar buah fikiran. Generasi sekarang merupakan

generasi yang lebih suka meneroka terhadap sesuatu maka

melalui tugasan yang diberikan mereka akan lebih cenderung

untuk melakukannya sehingga ada di antara mereka akan

menghabiskan masa bersama rakan-rakan pada hujung minggu

bagi menyiapkan tugasan atau projek yang telah diberikan guru.

Dan secara tidak langsung juga mereka sedang belajar dan

pembelajaran tersebut berlaku di luar kelas.

1.3.2 Beri galakkan kepada murid

Memberi galakkan kepada murid dalam melakukan sesuatu

perkara sangatlah digalakkan ini kerana murid-murid yang

Page 7: Soalan 2

masih usia mudanya akan berasa gembira sekiranya mereka

tahu apa yang mereka lakukan mendapat perhatian dan

sokongan. Oleh itu, guru hendaklah sentiasa memberi galakkan

yang positif supaya mereka tercenderung untuk terus belajar

dan tidak mudah putus asa.

Guru yang baik sentiasa galakkan murid-muridnya untuk

turut serta dalam proses PdP yang dijalankan sebagai contoh,

guru menggalakkan murid untuk bertanya atau menjawab

sesuatu persoalan yang dikemukan. Melalui cara ini murid akan

berasa selesa dan senang untuk lebih memahami isi pelajaran

mereka pada hari itu. Jika tidak mereka akan pulang dengan

tangan kosong dan akan menimbulkan rasa bosan dihati

mereka untuk terus belajar subjek tersebut. Memberi galakkan

bukan sahaja tertumpu kepada kata-kata sahaja malahan ia

juga boleh berupa ganjaran.

Sebagai contoh, guru memberikan hadiah atau

menggunakan sistem token kepada murid-murid yang berjaya

menjawab atau menyelesaikan sesuatu tugasan yang telah

diberikan oleh guru. Dengan cara ini murid akan lebih terdorong

untuk sentiasa bertanya dan berlumba-lumba untuk sedaya

upaya memahami pembelajaran pada hari itu supaya di akhir

kelas mereka akan mendapat ganjaran yang telah dijanjikan.

1.3.3 Emosi elemen penting

Emosi yang baik akan mendatangkan aura yang positif kepada

pemilik tubuh. Oleh itu, guru dan murid haruslah saling menjaga

emosi masing-masing supaya PdP pada hari itu berjalan

dengan lancar tanpa ada sebarang perkara tidak diingini

berlaku. Sebagai seorang guru, menjaga emosi anak murid

yang sedang meningkat remaja amatlah penting kerana pada

ketika ini mereka lebih tercenderung untuk cepat melatah.

Sebagai orang yang lebih berpengalaman kita seharusnya tahu

Page 8: Soalan 2

bagaimana untuk mengendalikan murid-murid yang sebegini.

sebagai contoh dalam menyiapkan tugasan atau projek yang

diberikan kita sentiasa bertanya tentang kemajuan atau

perkembangan hasil tugasan tersebut.

Selain itu, kita juga boleh bertolak ansur tetapi memberi

penegasan terhadap tugasan yang diberikan seperti dalam soal

tarikh untuk menyiapkan tugasan tersebut ataupun isi

kandungan projek tersebut. Selain itu, murid-murid akan

gembira sekiranya hasil karya mereka dipaparkan di suatu sudut

untuk tatapan murid lain. Melalui cara ini sekaligus dapat

menarik minat murid untuk saling berlumba-lumba untuk

melaksanakan sesuatu tugasan dengan bersungguh-sungguh.

Secara tidak langsung murid tersebut akan menjadi rajin dan

lebih termotivasi untuk terus belajar.

1.3.4 Bina hubungan interpersonal

Setiap individu yang bergelar pendidik, perlu membina

hubungan interpersonal bagi mewujudkan persefahaman dan

rasa saling percaya mempercayai dengan pelajar iaitu

mengambil kira beberapa aspek positif seperti prihatin,

mengambil berat, mesra, ikhlas dan mempunyai sikap

menerima. Kebolehan-kebolehan ini juga memerlukan beberapa

kemahiran tertentu bagi memastikan hubungan yang diterima

berada di tahap situasi yang diterima baik dalam hubungan

sosial biasa. Kemahiran interpersonal ini memerlukan masa

untuk menyesuaikan diri dengan tugas sebagai seorang guru

dan seseorang guru perlu menanamkan sifat ini di hari pertama

bergelar pendidik. Kemahiran ini akan terus berkembang dari

masa ke semasa mengikut pengalaman guru itu berkhidmat.

Page 9: Soalan 2

Kesimpulannya, kepimpinan pendidikan yang ditunjukkan oleh guru dalam

menghayati dan mengamalkan konsep kepimpinanan transformasional guru bukan

sahaja dapat melahirkan insan yang seimbang selaras dengan FPK sekaligus dapat

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi murid dalam sesuatu proses

pengajaran dan pembelajaran. Murid-murid juga akan lebih termotivasi untuk terus

belajar dan meninggalkan semua tanggapan-tanggapan negatif mereka terhadap

pelajaran.