10
BAHAGIAN A [25 markah] 1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan tatabahasa. Gariskan kesalahan tersebut dan tulis jawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula. (i) Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu. ___________________________________________ (ii) Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah. ___________________________________________ (iii) Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis. ___________________________________________ (iv) "Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif. ___________________________________________ (8 markah) 2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan

soalan pt3

  • Upload
    sha

  • View
    89

  • Download
    16

Embed Size (px)

Citation preview

BAHAGIAN A[25 markah]1 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapatsatukesalahan tatabahasa.Gariskankesalahan tersebut dantulisjawapannya pada ruangan yang disediakan. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.(i)Beberapa orang murid di sekolah menengah tersebut diberikan hadiah atas kejayaan mereka mengharumkan nama sekolah mereka di dalam pertandingan reka cipta itu.___________________________________________(ii)Pihak pengurusan Sri Malaysia Hotel menawarkan pakej yang menarik kepada para pelanggan sempena cuti sekolah.___________________________________________(iii)Pelancong dari negara Jepun itu sangat sukakan buah-buahan tempatan seperti durian dan manggis.___________________________________________(iv)"Sudahkah kamu menyiapkan kerja rumah yang aku berikan semalam?" tanya Cikgu Azizi kepada murid-murid Kelas Tingkatan Tiga Kreatif.___________________________________________(8 markah)2 Dalam setiap ayat di bawah ini terdapat satu kesalahan ejaan. Kenal pasti dan betulkan kesalahan tersebut. Anda tidak perlu menyalin ayat itu semula.(i)Bandaraya itu seolah-olah hari siang kerana dilimpahi lampu jalan yang terang-benderang.__________________________________________(ii)Stem yang bertemakan tahun arnab ini dicetak di atas plastik yang berwarna emas.__________________________________________(iii)Penduduk di kawasan pedalaman itu hanya menggunakan eka-bahasa sahaja iaitu bahasa ibunda mereka.__________________________________________(3 markah)3 Gabungkan ayat-ayat tunggal di bawah ini supaya menjadi satu ayat majmuk.(i)Kami akan ke negeri Sarawak hujung bulan ini.Kami akan ke negeri Sarawak awal bulan hadapan.______________________________________________________________________________________________(ii)Pulau peranginan itu cantik.Pulau peranginan itu tidak dijaga dengan baik.______________________________________________________________________________________________(iii)Murid itu rajin mengulang kaji pelajaran.Murid itu mencapai kejayaan yang cemerlang.______________________________________________________________________________________________(iv)Saya ada masa pada hujung minggu ini.Saya akan menziarahi rakan saya di hospital.______________________________________________________________________________________________(v)Azwana membaca surat.Afifah membaca surat.Surat dikirim oleh Bhaga.______________________________________________________________________________________________ (10 markah)4 Lihat gambar di bawah ini dengan teliti, kemudian tulissatuperibahasa yang sesuaidengan gambar tersebut. (i)

_____________________________________________ (ii)

_____________________________________________ (4 markah)BAHAGIAN B[30 markah]5 Baca petikan cerpen di bawah ini dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri."Adik nak berhenti sekolah. Bosanlah kena belajar selalu. Mana boleh paksapaksa. Adik meluat betul dengan buku-buku dan cikgu yang semuanya garang." Begitulah lontaran ayat adik. Selamba."Kalau UPSR pun tak sempat nak ambil, nak buat apa? Jadi kuli? Makan tidur, makan tidur? Sanggup turun ke bendang? Sanggup menoreh? Atau lebih berminat nak jadi kutu merewang?""Hoi... Kak Cik apa tau? Orang dah malas nak belajarlah. Malas. Tak fahamkah? Lagi pun, kilang kan banyak? Susah apa?" jerkah adik biadab.Bonda hanya menggelengkan kepalanya yang beruban."Adik... sedarkah keputusan ini boleh menghancurkan masa depan adik? Hanya orang berilmu dipandang mulia, nak." Sopan berhikmah pujukan bonda.Adik mendengus kasar. Berlalu ke bilik menghempas kuat daun pintu sebagai tanda protes.Ada pendaman impian yang tersimpan di atma bonda. Bonda berhajat menghantar adik ke sekolah agama setelah adik menamatkan sekolah rendahnya. Bonda mahu adik bergelar Ustaz Mohd. Harraz. Bonda mahu adik mewarisi kealiman suaminya, Lebai Sidi. Bonda mahu adik berjuang hingga Jiang syahid seperti arwah ayahnya.(Dipetik daripada cerpenMutiara Bondaoleh Siti Hajar Mohd Zaki, antologiHarga Sebuah Lukisan,Tingkatan 3, Dewan Bahasa dan Pustaka)(i)Berdasarkan petikan di atas, nyatakan tiga harapan bonda terhadap adik.(3 markah)______________________________________________________________________________________________(ii)Huraikan perwatakan adik yang negatif berdasarkan petikan di atas.(3 markah)______________________________________________________________________________________________ (iii)Pada pendapat anda, apakah punca yang menyebabkan murid suka ponteng sekolah pada masaini? (4 markah)______________________________________________________________________________________________6 Baca sajak di bawah ini dengan teliti. Kemudian, jawab soalan-soalan yang berikutnya dengan menggunakan ayat anda sendiri.SAJAK LAUTLaut ini begitu birulaut ini begitu luaslaut ini begitu indah.Betapa bahagianya hatilaut ini membuatku bahagialaut ini begitu tenangbegitu kaya.Kulihat pasir putihkulihat kerangkurasakan ombak menyapa kakidan kurasakanangin pantai membelai.Seorang nelayan jauh di sanaberdiri di atas perahu kecilmenebarkan jalamencari ikan untuk keluarga.Burung laut menari-nari di sanamengepak-ngepakkan sayapnyabegitu gembira mereka bernyanyibagai berlumbadengan nyanyian ombak.Setengah matahari kulihat di seberangdi seberang laut biru inibagai malu-malu ia mengintipnamun dengan setiamemberi sinarnya.Hai, laut biruhari ini juga aku nyatakankau adalah saudaraku!ISMAIL SHARIF(Dipetik daripada antologiGema Sepi Gadis Genius,Tingkatan 2, Dewan Bahasa dan Pustaka(i)Bagaimanakah keadaan laut yang digambarkan oleh penyajak?(3 markah)______________________________________________________________________________________________(ii)Nyatakan contoh gaya bahasa simile yang terdapat dalam Sajak Laut.(3 markah)______________________________________________________________________________________________(iii)Pada pendapat anda, apakah perbuatan negatif yang telah dilakukan oleh manusia sehingga menjejaskan laut?(4 markah)______________________________________________________________________________________________7 Jawapan anda hendaklah berdasarkansatudaripada novel yang telah anda kaji diTingkatan 3.(i)6:20karya Siti Jasmina Ibrahim(ii)Cempaka Putih Untukmukarya Rohani Deraman(iii)Merenang Gelorakarya Ruslan NgahBerdasarkansebuahnovel yang anda telah kaji, huraikantiga latar masyarakatyangterdapat dalam novel tersebut. Berikansatucontoh bagi setiap latar masyarakat tersebut.(10markah)BAHAGIAN C[15markah]8 Lihat gambar Kempen Kitar Semula di bawah ini dengan teliti. Berdasarkan maklumatyang terdapat dalam gambar tersebut, tulis ulasan yang panjangnyaantara 80hingga100patah perkataan.Kitar Semula Bermula daripada Anda!

KEBAIKANAMALAN KITAR SEMULAMewujudkan Persekitaran yang lebih BersihMengurangkan Ancaman Alam SekitarMenjimatkan Kos Penyelenggaraan Tapak Pelupusan SampahMengurangkan Kuantiti SampahMenyelamatkan HutanBAHAGIAN D[30 markah]9 Pilihsatudaripada soalan di bawah ini. Tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 180 patah perkataan.(i) Andaikan anda ketua pengawas. Anda diminta menyampaikan ucapan dalam majlis perpisahan yang diadakan untuk meraikan anda.Tulis teks ucapan anda itu selengkapnya.(ii) Anda dan rakan anda berbual-bual tentang sikap masyarakat Malaysia yang lebih mengutamakan barangan dari luar negara.Tulis perbualan antara anda dengan rakan anda itu.(iii) Prestasi ahli sukan negara kita semakin merosot belakangan ini.Berikan pendapat anda tentang cara-cara untuk meningkatkan prestasi ahli sukan negara.