21
SULIT Bahagian A [30 Markah] Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan pilihan jawapan A, B, C dan D. Pilih jawapan yang paling tepat. 1. Rajah 1 menunjukkan seorang budak lelaki sedang melakukan sesuatu. Rajah 1 Apakah kemahiran proses sains yang dilakukan oleh budak lelaki tersebut? A. Meramal B. Mengelas C. Memerhati D. Mengukur menggunakan nombor 2. Salman menjalankan satu penyiasatan untuk melihat tumbesaran sebatang anak pokok selama tiga minggu. Keputusan seperti Rajah 2 di bawah. 1 SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

Embed Size (px)

DESCRIPTION

sains tahun 5

Citation preview

Page 1: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Bahagian A

[30 Markah]

Jawab semua soalan. Setiap soalan diikuti dengan pilihan jawapan A, B, C dan D.

Pilih jawapan yang paling tepat.

1. Rajah 1 menunjukkan seorang budak lelaki sedang melakukan sesuatu.

Rajah 1

Apakah kemahiran proses sains yang dilakukan oleh budak lelaki tersebut?

A. Meramal

B. Mengelas

C. Memerhati

D. Mengukur menggunakan nombor

2. Salman menjalankan satu penyiasatan untuk melihat tumbesaran sebatang

anak pokok selama tiga minggu. Keputusan seperti Rajah 2 di bawah.

Minggu 1 Minggu 2 Minggu 3

Rajah 2

Salman kemudian membuat satu pernyataan berikut, “tumbesaran pokok ialah ketinggian pokok yang bertambah selama 3 minggu”

1SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 2: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Apakah kemahiran proses sains yang telah dilakukan Salman?A. Mendefinisi secara operasiB. Membuat hipotesisC. Mengawal pembolehubahD. Memerhati

3. Satu penyiasatan telah dijalankan oleh Farah untuk melihat perubahan suhu air selama 5 minit. Keputusan adalah seperti dalam jadual 1 di bawah.

Masa (minit)

1 2 3 4 5

Suhu air (°C)

27 30 34 39 45

Jadual 1

Berdasarkan jadual 1, apakah bentuk komunikasi lain yang sesuai dilakukan oleh Farah selain jadual?A. GambarajahB. Carta palangC. Lukisan D. Carta pai

4. Rajah 3 menunjukkan kitar hidup rama-rama.

Rajah 3Apakah perhubungan ruang dan masa bagi menerangkan kitar hidup rama-rama tersebut?

A. Kitar hidup rama-rama ialah perubahan rama-rama selama 6 minggu. B. Selepas 10 hari telur menjadi ulat beluncas, selepas 3 minggu ulat

beluncas menjadi kepompong dan selepas 3 minggu kepompong menjadi rama-rama.

C. Selepas 3 minggu telur menjadi ulat beluncas, selepas 3 minggu ulat beluncas menjadi kepompong dan selepas 10 hari kepompong menjadi rama-rama.

2SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

10 hari

3 minggu

3 minggu

Page 3: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

D. Telur menjadi ulat beluncas, kemudian menjadi kepompong dan akhir sekali menjadi rama-rama.

5. Rajah 4 menunjukkan satu aktiviti untuk mengukur isipadu batu. Berapakah isipadu batu tersebut?

Rajah 4

A. 55 cm3B. 10 cm3C. 15 cm3D. 45 cm3

6. Rajah 5 menunjukkan haiwan-haiwan yang di kelaskan dalam dua kumpulan. Berapakah kumpulan pengelasan yang boleh dilakukan lagi ke atas haiwan-haiwan tersebut?

A. LimaB. EnamC. TujuhD. Lapan

3SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Haiwan

BersisikIkanUlar

Cicak

Tidak bersisikAyamKucing

Siput babi

Rajah 5

Batu

Air

Air

Page 4: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

7. Rajah 6 menunjukkan penyiasatan yang di jalankan oleh sekumpulan murid untuk menguji pengaratan paku.

4SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 5: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Rajah 6

Apakah pembolehubah dimanipulasi bagi penyiasatan ini?

A. Keadaan paku selepas semingguB. Kehadiran airC. Kehadiran air dan udaraD. Kehadiran udara

8. Rajah 7 menunjukkan susunan planet di dalam sistem suria. Apakah hubungan antara jarak planet dari Matahari dengan suhu permukaan planet.

5SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Calcium Anhydrous ChlorideKalsium Klorida Kontang

Tap waterAir paip

OilMinyak

Boiled water Air didih

NailPaku

NailPaku

NailPaku

Page 6: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Rajah 7

A. Semakin bertambah jarak planet dari Matahari, semakin bertambah suhu permukaan planet.

B. Semakin bertambah jarak planet dari Matahari, semakin berkurang suhu permukaan planet.

C. Semakin bertambah jarak planet dari Matahari, semakin bertambah saiz orbit planet.

D. Semakin bertambah jarak planet dari Matahari, semakin bertambah masa planet mengelilingi Matahari.

9. Sally menjalankan penyiasatan roket air. Dia menggunakan dua roket air, roket air A dan roket air B seperti Rajah 8 di bawah. Dia melancarkan kedua-duanya serentak. Dia mendapati roket air A terbang lebih tinggi berbanding roket air B. Berikan inferen mengapa terjadi demikian?

Rajah 8

A BA. Roket A lebih besar daripada BB. Kandungan udara roket A lebih banyak berbanding roket BC. Kandungan air roket A lebih tinggi berbanding BD. Sirip roket A lebih banyak daripada roket B

10. Jadual 2 di bawah menunjukkan penyiasatan untuk mengkaji bilangan ayam selama lapan bulan di sebuah tempat.

Bulan 1 2 3 4 5 6 7 8Bilangan ayam

105 110 120 135 155 180 210 245

Jadual 2

Ramalkan bilangan ayam pada bulan ke 9?

A. 250B. 345C. 285D. 300

6SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 7: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

11. Antara berikut yang manakah bukan kemahiran manipulatif yang perlu dilakukan semasa berada di dalam bilik sains?i. Menggunakan bahan sains dengan betulii. Melakar peralatan sains dengan betuliii. Membuat laporan eksperimeniv. Membuka tingkap

A. i dan ii B. I dan iiiC. i, ii dan iiiD. i, ii, iii dan iv

12. Mengapakah kita perlu membersihkan peralatan sains yang telah digunakan dalam bilik sains?

A. Kerana peralatan tersebut akan rosak jika tidak dibasuh.B. Supaya ia kelihatan cantik dan berkilat.C. Untuk memudahkan ia digunakan pada masa akan datang. D. Supaya peralatan tahan lama.

13. Rajah 9 menunjukkan Boey Can sedang menjalankan satu penyiasatan di dalam bilik sains. Apakah kesalahan terbesar yang dilakukannya?

Rajah 9

A. Tidak memakai jubah makmal semasa menjalankan eksperimen. B. Tidak memakai cermin mata keselamatan (google) semasa menjalankan

eksperimen. C. Membiarkan api penunun Bunsen menyala dalam tempoh yang lama.D. Tidak menguruskan rambutnya dengan baik sebelum menjalankan

eksperimen.

7SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 8: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

14. Berikut ialah perkara-perkara yang dilarang semasa berada di dalam bilik sains KECUALI

A. Tidak menjaga kebersihan semasa di dalam bilik sains.B. Makan dan minum di dalam bilik sains. C. Membuang sisa bahan cecair ke dalam sinki bersama-sama air

mengalir. D. Mengambil bahan sains di dalam bilik sains sesuka hati.

15. Situasi di bawah berlaku di dalam bilik sains:

Devan telah menjatuhkan sebuah bikar ke lantai dan pecah.

Apakah tindakan sepatutnya dilakukan oleh Devan?A. Mengutip serpihan-serpihan kaca dengan tangan. B. Mengambil penyapu dan menyapu serpihan kaca tersebut.C. Memberitahu rakannya. D. Melaporkan kepada guru.

16. Antara haiwan-haiwan berikut yang manakah melindungi diri dengan ciri fizikalnya?

17. Pilih pasangan haiwan dengan ciri perlindungan diri daripada musuh yang betul.

Haiwan Ciri Perlindungan Diri daripada MusuhA. Sesumpah Berpura-pura matiB. Badak air Berendam di dalam lumpurC. Beruang kutub Lapisan lemak yang tebalD. Sotong Mengeluarkan dakwat hitam

18. Rajah 10 di bawah menunjukkan seekor haiwan.

8SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

A. B.

C. D.

Page 9: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Rajah 10Apakah ciri-ciri yang membolehkan haiwan ini melindungi diri daripada cuaca panas melampau?

i. Tinggal dalam kumpulan ii. Telinga yang besariii. Kulit berkedut iv. Gading yang panjang

A. i dan ii B. ii dan iiiC. iii dan ivD. i dan iv

19. Berikan inferen (sebab) mengapa haiwan perlu melindungi diri daripada musuh dan cuaca melampau?

A. Kerana haiwan akan mendapat kelebihan. B. Untuk mengekalkan kemandirian spesis haiwan. C. Untuk menunjukkan kehebatan haiwan.D. Supaya alam persekitaran memperoleh keseimbangan.

20.

Rajah 11

Rajah 11 di atas menunjukkan model haiwan imaginasi yang dibina oleh sekumpulan murid. Berdasarkan model tersebut apakah ciri-ciri yang ada pada model haiwan itu untuk melindungi diri daripada musuh?

9SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 10: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

i. Duri yang tajam ii. Bulu yang tebalii. Kuku yang tajam iv. Menyamar

A. i dan ii B. i dan iiiC. iii dan ivD. i dan iv

21. Rajah 12 menunjukkan seekor haiwan.

Rajah 12

Bagaimanakah cara haiwan ini melindungi dirinya apabila tiba musim sejuk?

A. Makan dengan banyak. B. Bersembunyi di dalam tanah. C. Berhibernasi.D. Bermigrasi ke tempat lain.

22. Rajah 13 menunjukkan seekor tenggiling.

Rajah 13Haiwan apakah yang melindungi diri sama seperti haiwan dalam rajah di atas?A. Ulat gonggokB. Landak C. Memerang D. Tupai

23. Pilih pasangan yang betul haiwan dengan cara ia mengekalkan kemandirian spesisnya.

Haiwan Cara mengekalkan kemandirian spesis

A. Buaya Menyembunyikan telurnya

10SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 11: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

B. Katak Telur diselaputi lendirC. Belalang Bertelur dengan banyakD. Harimau Hidup dalam kumpulan

24. Di Malaysia, terdapat pelbagai jenis penyu. Haiwan ini kebanyakannya bertelur setahun sekali sahaja. Bagaimanakah penyu mengekalkan kemandirian spesisnya supaya tidak pupus?

A. Bertelur di tempat yang tersembunyi.B. Mempunyai lendir pada telur untuk mengelakkan musuh

memakannya.C. Bertelur dengan banyak. D. Menjaga telurnya.

25. Pasangan manakah berikut yang salah.

Haiwan Cara menjaga anak

A. Kanggaru Meletakkan anaknya di dalam kantung

B. Kucing Menyerang apabila anaknya diganggu

C. Ikan kelisa Membawa anaknya di dalam mulutD. Ayam Bertelur dengan banyak

Soalan 26 dan 27 berdasarkan Rajah 13.

26. Antara yang berikut yang manakah dikategorikan sebagai pengeluar dalam Rajah 14 di bawah?

11SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 12: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Rajah 14

A. 1B. 2C. 3D. 4

27. Yang manakah pengguna sekunder dalam rantai makanan di atas?A. 1B. 2C. 3D. 4

28. Antara rantai makanan berikut yang manakah benar?A. Ikan besar → ikan kecil → rumpai laut → udang kecilB. Udang kecil → rumpai laut → ikan kecil → ikan besarC. Rumpai laut → ikan kecil → udang kecil → ikan besarD. Rumpai laut → udang kecil → ikan kecil → ikan besar

Soalan 29 dan 30 berdasarkan Rajah 15.

29. Rajah 14 menunjukkan siratan makanan dalam satu kawasan.

12SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 13: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Rajah 15Antara berikut haiwan manakah merupakan omnivor?A. BelalangB. Burung pipitC. Burung helang D. Ular

30. Apakah yang akan berlaku sekiranya semua ular mati?A. Burung helang akan bertambah B. Pokok padi akan bertambah C. Burung pipit akan bertambahD. Tikus akan berkurangan

Bahagian B

[20 Markah]

Jawab semua soalan.

Tulis jawapan di ruangan yang disediakan.

1. Rajah 1 di bawah menunjukkan dua jenis haiwan yang mempunyai ciri-ciri perlindungan diri daripada musuh.

13SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 14: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Haiwan X Haiwan Y

Rajah 1

(a)Apakah ciri pertahanan diri yang dimiliki oleh:(i) Haiwan X:

_________________________________________________________(ii) HaiwanY:__________________________________________________________

[2 markah]

(b)Nyatakan satu haiwan lain yang mempunyai ciri perlindungan yang sama dengan haiwan X dan Y.(i) Haiwan X:

_________________________________________________________(ii) Haiwan Y:

_________________________________________________________[2

markah]

(c) Berikan satu inferen (sebab) mengapa haiwan-haiwan tersebut perlu mempertahankan diri mereka daripada musuh?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________[1

markah]

2. Jadual 1 di bawah menunjukkan satu penyiasatan yang telah dilakukan oleh sekumpulan murid untuk melihat hubungan antara haiwan dengan purata bilangan telur yang dihasilkan.

Haiwan Purata Bilangan Telur Yang Dihasilkan

14SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 15: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Ayam 4

Katak 300

Penguin 2

Penyu 100

Jadual 1

(a)Apakah tujuan penyiasatan ini?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________[1

markah](b)Berikan satu inferen (sebab) tentang purata telur yang dihasilkan oleh

haiwan dalam jadual 1.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________[1

markah](c) Berdasarkan inferen di 2(b), tulis satu pemerhatian untuk menyokong

jawapan anda.

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________[1

markah]

(d)Nyatakan satu maklumat yang diperolehi daripada penyiasatan ini.

_________________________________________________________________________[1

markah]

(e)Ramalkan apa yang akan berlaku jika penyu hanya bertelur 10 biji sahaja?

_________________________________________________________________________[1

markah]

3. Jadual 2 menunjukkan keputusan penyiasatan yang dijalankan oleh Koh Meng tentang masa yang diambil oleh 4 lilin yang mencair.

15SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 16: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

Panjang Lilin (cm) Masa yang diambil untuk lilin mencair (minit)

4 58 P12 2016 40

Jadual 2

(a)Apakah tujuan bagi penyiasatan ini?

_________________________________________________________________________

_________________________________________________________________________[1

markah]

(b)Apakah pembolehubah dimanipulasi dalam penyiasatan ini?

_________________________________________________________________________

[1 markah]

(c) Apakah pembolehubah bergerak balas dalam penyiasatan ini?

_________________________________________________________________________

[1 markah]

(d)Ramalkan berapakah masa P dalam Jadual 2.

_________________________________________________________________________

[1 markah]

(e)Berdasarkan keputusan dalam jadual 2, tulis satu hipotesis (hubungan) antara panjang lilin dengan masa yang diambil untuk lilin mencair.

_________________________________________________________________________

[1 markah]

16SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 17: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

4. Rajah 2 menunjukkan satu siratan makanan di dalam satu habitat. Fauzi dan rakan-rakanya telah menjalankan penyiasatan untuk menyiasat hubungan antara hidupan dalam habitat tersebut.

Rajah 2

(a)Apakah pengeluar bagi siratan makanan di atas?

____________________________________________________________________________ [1 markah]

(b)Bina dua rantai makanan yang terdapat dalam siratan makanan di atas.

(i) ______________________________________________________________________

(ii) ______________________________________________________________________ [2 markah]

(c) Ramalkan apakah yang akan berlaku sekiranya bilangan burung pipit bertambah?

17SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Page 18: Soalan Sumatif 1 Sains Tahun 5 Versi 2

SULIT

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________[1

markah]

(d)

Berdasarkan pernyataan di atas, tulis satu hipotesis antara bilangan ular dan bilangan tikus.

____________________________________________________________________________

____________________________________________________________________________

[1 markah]

KERTAS SOALAN TAMAT

18SUMATIF 1 SAINS TAHUN 5 2015

Disediakan oleh:

(EN. MUHAMMAD RAFIQ BIN

RAZALI)

GURU SAINS TAHUN 5

Disahkan oleh:

(PN ROHAIDA BT DAUD)

GPK TADBIR DAN KURIKULUM

SK SENTUL UTAMA

Disahkan oleh:

(EN. MOHD DAIM BIN

SHAMSUDDIN)

KETUA PANITIA SAINS

Bilangan tikus dalam suatu habitat dipengaruhi oleh bilangan ular.