Soalan Utk Pk Kelas

Embed Size (px)

DESCRIPTION

hrhrhrherherhe

Citation preview

Soalan1. Berikan 3 ciri-ciri pengurusan kualiti menyeluruh ataupun total quality management (TQM). Jelaskan.Jawapan:

Matlamat TQM Matlamat TQM ialah memberi kepuasan hati pelanggan. Fokus TQM TQM memberi fokus kepada pembangunan sistem-sistem dan proses-proses kerja yang berkualiti. Strategi TQM TQM menekankan proses penambahbaikan yang berterusan (continuous improvement). Pihak Yang Bertanggungjawab Melaksanakan TQM Setiap anggota di dalam organisasi sama-sama bertanggungjawab sepenuhnya menjayakan usaha-usaha peningkatan kualiti.

2. Nyatakan 3 prinsip pengurusan kualiti menyeluruh ataupun total quality management (TQM) beserta huraian yang konklusif.Jawapan:

Sokongan Pengurusan Atasan Sokongan pengurusan atasan ini perlu dibuktikan dengan kesediaan mengambil tindakan-tindakan yang konkrit. Mengadakan Perancangan Strategik Kualiti Merancang strategi untuk jangka masa yang akan datang. Mengutamakan Pelanggan Setiap organisasi haruslah terlebih dahulu mengetahui kehendak pelanggan, inji kerana untuk mengeluarkan produk yang lebih berkualiti Memberi Latihan Dan Pengiktirafan Latihan untuk kakitangan perlu disusun secara sistematik, bersesuaian dengan dasar kualiti setiap organisasi. Dan setiap organisasi perku mewujudkan sistem pengiktirafan yang sesuai dengan keperluan masing-masing

Mengukuhkan Semangat Berpasukan Semangat berpasukan di kalangan kakitangan boleh diperkukuhkan melalui usaha yang bersungguh-sungguh oleh pihak pengurusan Mengadakan Pengukuran Prestasi Harus mewujudkan sistem pengukuran yang berkesan bagi keluaran atau perkhidmatan Menekankan Kepastian Kualiti setiap organisasi harus melaksanakan tindakan bagi mencapai matlamat kepastian kualiti