SOKLAN-MTE3112

  • Upload
    nixzal

  • View
    24

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Peperiksaan Format IPG

No. Kod :MTE 3112INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIAPeperiksaan Ijazah Sarjana Muda Perguruan

PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH DENGAN KEPUJIANSemester 7

AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

NO. KOD : MTE3112TARIKH:Jun 2013

ANGKA GILIRAN:MASA :2 Jam 30 Minit

IPG KAMPUS :

ARAHAN KEPADA CALON1.Buku soalan ini mengandungi tiga bahagian:Bahagian A : 20 soalan objektifBahagian B : 4 soalan strukturBahagian C : 3 soalan esei2.Jawab semua soalan dalam Bahagian A, Bahagian B dan dua soalan Bahagian C.3.Jawab soalan:Bahagian A pada kertas saranan jawapan yang disediakan.Bahagian B pada ruang yang disediakan dalam buku soalan.Bahagian C pada kertas jawapan yang disediakan.4.Semua kertas jawapan hendaklah diikat bersama-sama buku soalan dan diserahkan pada akhir peperiksaan.

UNTUK KEGUNAAN PEMERIKSA SAHAJA

BAHAGIANNO. SOALAN/ MARKAHJUMLAH

A( 20 markah )1 - 20

B( 40 markah )1a1b2a2b3a3b4a4b

C( 40 markah )1a1b2a2b3a3b

JUMLAH KESELURUHAN

No Kod :SN 1234SULIT

BUKU SOALAN INI MENGANDUNGI 1 HALAMAN BERCETAKDAN 1 HELAI KERTAS SARANAN JAWAPAN

BAHAGIAN A( 20 markah )Jawab semua soalan.

1.Pengujian, pengukuran dan penilaian mempunyai pengertian yang berbeza.Antara pernyataan berikut, yang manakah merupakan pengertian bagi pengujian?AProses menentukan perubahan tingkahlakuBProses membuat penilaian dan pelaporan pencapaianCProses membuat analisis dengan mentafsir hasil pengukuranDProses menentukan peringkat pencapaian dan kedudukan di antara murid2.

3

Pernyataan di atas menunjukkan satu contoh soalan peperiksaan.Menurut domain kognitif Taksonomi Bloom, soalan tersebut berada pada arasAanalisisBkefahamanCpenggunaanDpengetahuan

3.Tujuan penilaian sumatif adalah untuk Bahan bercetak Digunakan oleh guru sebagai rujukan Koleksi artikel Penulisan ilmiah dari pelbagai bidang kajian Dicetak oleh organisasi professional, institusi atau universiti

Amenentukan keberkesanan kurikulum

Bmenyediakan soalan yang berkualiti

Cmenukar strategi pengajaran

Dmemilih murid cemerlang

4.Bagi membuktikan sesuatu ujian itu berkesan, ujian mestilah sah.

Maklumat yang manakah berkaitan dengan kesahan sesuatu ujian?

APentadbiran ujian yang cekap

BKemahiran yang telah dikuasai oleh murid

CSkema pemarkahan yang sesuai dan tekal

DKandungan ujian dan objektifnya merujuk kepada sukatan pelajaran

5.Sebagai guru Matematik, anda perlu membina soalan ujian untuk menilai pencapaian murid-murid anda.

Apakah langkah pertama dalam membuat perancangan ujian yang baik?

AMenyediakan jadual spesifikasi ujian

BMenyediakan soalan yang mencukupi

CMenyediakan skema pemarkahan untuk tujuan analisis

DMenyediakan analisis statistik murid-murid yang gagal dalam ujian sebelumnya

6.Nilai indeks kesukaran dan indeks diskriminasi boleh digunakan untuk menentukan samada item sesuai digunakan atau tidak.

Antara berikut, yang manakah berkaitan dengan nilai indeks kesukaran?

AMenunjukkan item yang sukar perlu dibuang

BPerlu mengubahsuai item bagi kumpulan murid lambat

CMenunjukkan item samada terlalu sukar, sederhana atau terlalu mudah

DKuasa membezakan murid daripada kumpulan cerdas dengan kumpulan lambat

7.Apakah tujuan utama untuk mentadbirkan suatu ujian diagnostik Matematik?

AMengesahkan item ujian

BMemberi gred kepada murid dalam semua aspek

CMenguji penguasaan kemahiran selepas pelajaran

DMengenalpasti kelemahan dan kekuatan murid dalam kemahiran Matematik

8.Antara berikut, yang manakah merupakan ciri-ciri ujian diagnostik?

IUjian ini ditadbir pada awal tahun

IIUjian ini menyediakan maklumat mengenai murid-murid

IIIUjian ini tidak memberikan skor atau gred kepada murid-murid

IVUjian ini membantu guru merancang program yang khusus pada individu atau kumpulan

AI , II dan III

BI, II dan IV

CI, III dan IV

DII, III dan IV

9.Cikgu Ayob ingin mengenalpasti murid-murid yang memerlukan bantuan dalam pembelajaran Matematik.

Manakah langkah yang perlu diambil bagi mengenalpasti murid-murid yang menghadapi masalah atau memerlukan bantuan pembelajaran Matematik?

AMengubahsuai resos belajar

BMengenalpasti kesilapan yang dilakukan murid

CMenyediakankan pelbagai soalan yang mudah kepada murid

DMemberikan peneguhan positif semasa pengajaran dan pembelajaran

10.Lee Wah diminta membundarkan 8294 kepada puluh yang terdekat. Dia memberikan jawapan 829.

Antara berikut, yang manakah faktor utama kesilapan Lee Wah ?

ADia menghadapi disleksia.BSalah konsep tentang digit sifar

CDia tidak menguasai konsep nilai tempat

DDia menggunakan garis nombor yang salah semasa pengiraan

11.Salmah mempunyai 74 biji guli. Dia ingin memasukkan semua guli ke dalam lapan bekas. Beliau memastikan bahawa setiap bekas mempunyai bilangan guli yang sama banyak. Berapakah baki guli yang tinggal ?

74 8 = 66 Jawapan : 66 biji guli

Pernyataan di atas menunjukkan satu contoh penyelesaian masalah murid.

Menurut Analisis Kesilapan Newman, kesilapan murid adalah

Akefahaman

Btranformasi

Cmengenkod

Dkemahiran proses

12.Cikgu Sahara menggunakan Prosedur Analisis Kesilapan Newman untuk menganalisis kesilapan Mogan dalam masalah berayat. Semasa menemubual Mogan didapati memahami masalah tetapi tidak dapat mengenalpasti operasi untuk menyelesaikannya.

Apakah kesilapan yang dihadapi oleh Mogan ?

AKemahiran proses

BTransformasi

CMengenkod

DKefahaman

13.Kategori masalah untuk pendidikan keperluan khas termasuk yang berikut kecuali

Acacat fizikal teruk

Bmasalah penaakulan

Cmasalah penglihatan

Dmasalah pendengaran

14.Murid hiperaktif menimbulkan masalah kerana mereka sering bergerak dan mengganggu rakan-rakan lain untuk belajar.

Untuk meningkatkan pembelajaran pelajar tersebut, guru harus

Amemberi motivasi

Bmengenakan hukumanCmenyediakan makanan dan minuman

Dmenggunakan media pengajaran visual

15.Media pengajaran yang boleh digunakan untuk aktiviti pengayaan dalam pengajaran tajuk isipadu di bilik darjah ialah

Apembaris meter

Bpita ukur

Cbikar

Dbotol

16.Aktiviti pemulihan merupakan komponen yang penting dalam kurikulum pendidikan Matematik KBSR (PPK , 1989).

Yang manakah antara amalan yang berikut bukan khas untuk penguasaan pemulihan?

AMempelbagaikan penggunaan media pengajaran

BMerancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan kebolehan murid

CMerancang aktiviti pengajaran dan pembelajaran berdasarkan pengalaman murid

DDijalankan secepat mungkin sebaik sahaja murid menghadapi masalah pembelajaran matematik

17.Murid-murid dispraksia sentiasa menghadapi masalah dalam proses pembelajaran.

Manakah antara ciri berikut berkaitan dengan dispraksia?

ATidak ingat sifir

BSuka mengganggu rakan

CKurang aktif melakukan aktiviti

DSukar menilai ketinggian dan jarak

18.Apakah tujuan utama guru menjalankan aktiviti pengayaan dalam kelas?

AMemberi latihan tambahan

BMengisi baki masa pengajaran

CMengembang dan mempertingkatkan kemahiran yang dipelajari

DMemberi aktiviti supaya murid-murid tidak mempunyai banyak masa lapang

19.Kelebihan menggunakan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pentaksiran adalah untuk

Amengelakkan sikap berat sebelah dalam pembinaan item

Bmenggalakkan keaslian dalam amalan pentaksiran item

Cmeningkatkan kecekapan dalam amalan pentaksiran

Dmemupuk inovasi dan kreativiti

20.Salah satu daripada penggunaan perisian Microsoft Excel adalah dalam analisis item.

Manakah maklumat statistik berikut yang tidak dapat ditafsir dengan menggunakan perisian tersebut?

AKesahan ujian.

BIndeks kesukaran.

CIndeks diskriminasi.

DKebolehpercayaan ujian.

No. Kod :MTE 3112

8SULIT

BAHAGIAN B( 40 markah )Jawab semua soalan.aUjian rujukan norma dan kriteria yang digunakan untuk menilai pencapaian murid-murid.

Nyatakan tiga perbezaan antara kedua-dua ujian tersebut.

iRujukan norma membandingkan pencapaian murid dengan murid/kumpulan murid lain, manakala rujukan kriteria membandingkan pencapaian dengan kriteria tertentu yang telah ditetapkan.

iiRujukan norma membandingkan sama ada lulus/gagal, lemah/sederhana/cemerlang, manakala rujukan kriteria memperbaiki pengajaran dan pembelajaran berdasarkan keputusan ujian.

iiiRujukan norma bermula dengan soalan yang mudah kepada sederhana dan lebih sukar, manakala rujukan kriteria mempunyai soalan yang hampir sama peringkat kesukaran dengan berpandukan kriteria tertentu.

ivRujukan norma memberi penentuan gred bagi menentukan pencapaian murid dalam pelbagai peringkat, manakala rujukan kriteria tiada gred ditetapkan, memadai dengan lulus/gagal sahaja.

vRujukan norma meliputi tajuk/kandungan pembelajaran yang lebih luas, manakala rujukan kriteria tertumpu kepada tajuk-tajuk tertentu yang lebih khusus.

viRujukan norma melibatkan peperiksaan akhir penggal, manakala rujukan kriteria melibatkan kepada ujian pendek, tugasan, latihan dan sebagainya..[ 6 markah]

bJadual Spesifikasi Ujian adalah carta dua hala yang mengaitkan pengajaran dan kandungan pengajaran.

Terangkan dua kepentingan penyediaan Jadual Spesifikasi Ujian.

imemastikan sesuatu ujian merangkumi semua tajuk dan objektif pengajaran dan pembelajaran

iimenjelaskan objektif dan tahap kognitif secara jelas mengikut topik

iiipenyelarasan topik, objektif pengajaran dan pembelajaran dan tahap kognitif secara adil

[ 4 markah]

2.aSelepas ujian saringan, guru membuat analisis untuk menentukan situasi murid yang dijangka terlibat dengan ujian diagnostik.Berikan dua tujuan ujian diagnostik.

i.membantu guru mengenalpasti kesulitan-kesulitan yang dihadapi oleh murid

iimembantu guru mengenalpasti punca kegagalan murid menguasai kemahiran

iiimembantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan kawasan kesukaran yang dihadapi murid

ivmembantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada kumpulan/individu dengan tepat dan spesifik

vmembantu guru merancang membina bahan bantu mengajar yang sesuai mengikut tahap murid

[ 4 markah]

bPencapaian ujian diagnostik murid dapat membantu guru merancang strategi pengajaran yang lebih berkesan.

Berdasarkan ujian diagnostik murid, tunjukkan langkah-langkah pengajaran dengan menggunakan resos yang sesuai bagi meyelesaikan masalah yang melibatkan penyelesaian berikut:

14 5 =

14 tolak 5

1 4

Tolak 5

1 di tempat puluh (sepuluh) dipindahkan ke tempat 4 maka jumlahnya sekarang 14 sa. Setelah itu ditolak sebanyak 5 sa maka bakinya adalah 9.

[ 6 markah]3.aDalam pengajaran dan pembelajaran Matematik, guru perlu menggunakan strategi yang berkesan untuk mengajar murid dengan keperluan dan kebolehan yang berbeza.

Terangkan dua aktiviti pengayaan yang boleh digunakan semasa mengajar tajuk wang.

imelakukan aktiviti jual beli dengan wang contoh

iimembuat aktiviti memilih barangan dari iklan dengan jumlah wang contohnya RM 100

iiisebarang aktiviti yang sesuai

[ 4 markah]

bMurid disleksia mempunyai masalah penguasaan konsep asas Matematik walaupun mereka telah berusaha bersungguh-sungguh.

Terangkan tiga langkah bagi membantu murid dapat menguasai konsep asas Matematik.

imenyediakan media pengajaran yang sesuai dan menarikiipengajaran dan pembelajaran berbentuk permainan samada didalam atau diluar bilik darjahiiipengajaran secara kumpulan

[ 6 markah]

4.aTeknologi maklumat dan komunikasi digunakan secara meluas dalam pendidikan Matematik.

Nyatakan dua peranan penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dalam pengajaran Matematik.

imurid berpeluang meningkatkan kebolehan kendiri.

iimemudahkan kefahaman konsep matematik

iiiaktiviti pembelajaran yang menarik dan menyeronokkan

ivmembantu menyemak jawapan dan mengulangkaji pelajaran

vmembantu menambahkan maklumat kepada murid

[ 4 markah]

bAnda telah mendapat keputusan analisis satu item seperti yang berikut.

Indeks kesukaran0.63Indeks diskriminasi0.34Kebolehpercayaan0.70

Berikan inferens bagi analisis item tersebut.

iIndeks kesukaran

soalan sederhana sukar dan boleh diterima

[ 2 markah]iiIndeks diskriminasi

soalan baik, simpan dalam bank item

[ 2 markah]iiKebolehpercayaan

soalan mempunyai ketekalan yang tinggi dan baik[ 2 markah]No. Kod :MTE 3112Angka Giliran :

12SULIT

BAHAGIAN C( 40 markah )Jawab dua soalan sahaja.aPengujian dan penilaian merupakan sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran Matematik. Keberkesanan penilaian amat bergantung kepada pembinaan suatu ujian yang baik.

Terangkan lima ciri utama suatu ujian yang baik.

tidak terlalu mudah atau terlalu sukar bagi calon yang sederhana mendiskriminasikan dengan baik antara calon yang mengetahui dengan calon yang tidak mengetahui mengemukakan masalah yang menarik dan mencabar mempunyai keesahan yang tinggi mempunyai kebolehpercayaan yang tinggi

[ 10 markah]

bItem 1Item 2Item 3Item 4

Bilangan respons betul dari kumpulan murid berkebolehan tinggi (n= 30)

15252822

Bilangan respons betul dari kumpulan murid berkebolehan rendah (n= 30)

1552028

.Cikgu Borhan membuat analisis item terhadap ujian yang telah dijalankan dalam kelasnya. Dia menempatkan 30 orang murid dalam kumpulan berkebolehan tinggi dan 30 orang murid dalam kumpulan berkebolehan rendah. Jadual di atas menunjukkan prestasi dua kumpulan murid bagi item 1 hingga item 4.

iHitungkan indeks kesukaran dan indeks diskriminasi bagi item 2 dan item 4.Indeks kesukaranIndeks diskriminasiItem 2 = 0.5Item 2 = 0.67Item 4 = 0.83Item 4 = - 0.2

iiBerdasarkan maklumat daripada (i), tafsirkan kualiti kedua-dua item tersebut dan terangkan kesesuaian item untuk disimpan dalam bank item. Berikan sebab untuk menyokong jawapan anda.Item 2 adalah sederhana, kesukarannya dan boleh diterima.

Item 4 sederhana kesukarannya tetapi indeks negatif menunjukkan bahawa lebih ramai murid yang lembab dapat jawab soalan daripada murid yang cerdas.

[ 10 markah]

2.Ujian diagnostik bertujuan membantu guru merancang satu program pengajaran yang khas kepada individu atau kumpulan dengan lebih tepat dan sistematik.

aTerangkan langkah-langkah pelaksanaan dan panduan pentadbiran ujian diagnostik didalam bilik darjah.

kenalpasti murid lemah dilaksanakan secara kumpulan kecil ujian disediakan mengikut Taksonomi Bloom ujian diberhentikan jika murid gagal menjawab semua soalan dalam 3 kemahiran berturutan setiap jawapan murid direkodkan keputusan ujian dapat memberi panduan kepada guru menyusun program pengajaran berikan masa yang mencukupi untuk menjawab berikan tumpuan kepada keterangan /data cara mana murid belajar semua jawapan hendaklah diteliti supaya mengetahui apa yang murid tidak dan kesilapan mereka setiap kesalahan perlu diteliti untuk panduan masa depan

[ 10 markah]

b15 % daripada jumlah murid dalam sebuah sekolah merupakan ahli Pandu Puteri. Jika 50 orang murid di sekolah itu bukan ahli Pandu Puteri, berapakah jumlah murid dalam sekolah itu ?

Berdasarkan soalan penyelesaian masalah tersebut huraikan secara terperinci bagaimana anda akan menjalankan Prosedur Analisis Kesilapan Newman untuk mengenalpasti kesilapan salah tanggapan yang mungkin timbul dalam kalangan murid anda yang bermasalah.

Prosuder Analisis Kesilapan Newman

iMembaca Tolong bacakan soalan

Sekiranya murid tidak boleh baca ayat = masalah membaca

iiPemahaman- Beritahu cikgu apa yang soalan mahu?

Sekiranya murid tidak dapat menerangkan/memberitahu kehendak soalan secara tepat = masalah kefahaman

iiiTransformasi Apakah kaedah yang awak gunakan?

Sekiranya murid tidak dapat menjawab/memindahkan kehendak soalan dalam ayat matematik = masalah transformasi

ivKemahiran proses Tunjukkan kepada cikgu bagaimana awak mendapat jawapan dengan jelas

Sekiranya murid tidak dapat mengira mengikut prosuder yang tepat = masalah kemahiran proses

vMengenkod- Sekarang tulis jawapan kepada soalan ini?

Sekiranya murid tidak menjawab soalan dalam bentuk ayat dan dengan unit yang betul= masalah enkodan

[ 10 markah]

3.Cikgu Tanaka mempunyai pengalaman yang luas dalam pengajaran dan pembelajaran murid berkeperluan khas. Beliau menggunakan pelbagai aktiviti pengajaran bagi meningkatkan kebolehan dan minat murid tersebut.

aKenalpasti lima simptom murid mengalami kesukaran diskalkulia. Berdasarkan setiap simptom, cadangkan strategi pengajaran bagi mengatasi kesukaran tersebut.

Lima simptom murid mengalami kesukaran diskalkulia

ikesukaran mengenal nombor dan simbol-simbol dalam matematik contonnya + , - , X dan Bahagi.Strategi sesuai aktiviti menulis atas pasir, siapa saya, permainan

iimenyusun tertib menurun/menaikStrategi aktiviti permainan dam ular, keretapi

iiimembuat pengukuran dan anggaranStrategi menggunakan alatan sukatan dan ukuran sebenar

ivmengira wang dan masaStrategi aktiviti jual beli dan situasi di pasar/kedai barang

vmenggunakan peraturan dan prosuder pengiraanStrategi melibatkan permainan

vilemah kiraan congakStrategi melibatkan resos yang menarik dan mudah

[ 10 markah]

bSeorang murid menyelesaikan masalah seperti berikut:

246 179 = 133

Jelaskan punca kesilapan murid tersebut. Seterusnya cadangkan satu strategi pengajaran pemulihan yang sesuai bagi mengatasi masalah tersebut.

Punca kesilapan

.Sentiasa menolak nombor digit besar daripada nombor digit kecil tanpa rujuk kepada nombor asal digit itu.

Strategi pemulihan Tukarkan kepada bentuk lazim246 - 179

Terangkan operasi menolak satu per satu mula dengan nilai tempat sa sehingga ke ratus dengan panduan Cuisennaire Rod /Blok Asas 10 Harus sentiasa menegaskan konsep kumpul semula dari pu ke sa dan ratus ke puluh

[ 10 markah]

Hak Cipta Kerajaan Malaysia 201317SULIT