SOLAT SUNAT DHUHA Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseor kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya. Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata: “Rasulullah berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tig bulan, dua raka‟at Dhuha dan Witir sebelum tidur.” Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah masing-ma antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang badanmu. Maka kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaika sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti daripad itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim dan Abu Daud) . Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat dan palin yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit yang boleh di adalah dua rakaat. Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah sekali -kali kamu malas mengerjakan empat rakaat solatDhuha, maka akan aku cukupkan keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan At-Tabrani) . . . Waktu Solat Dhuha Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Seki berhalangan adalahlebih mudah dengan merujuk kepada takwim waktu solat. Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya waktu Syuru pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam 8.00 pag Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat Dhuha adalah angg matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang dalam p pagi.
SOLAT SUNAT DHUHA
Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih
seseorang hamba
kepada Allah SWT atas segala berkah hidup yang diberikan-Nya.
Rasulullah SAW tidak pernah meninggalkan solat ini tanpa keuzuran
dan umat
Islam amat dituntut melakukannya. Abu Hurairah pernah berkata:
“Rasulullah SAW
berwasiat kepadaku tiga perkara agar jangan ditinggalkan puasa tiga
hari tiap
bulan, dua rakaat Dhuha dan Witir sebelum tidur.”
Daripada Abu Dzar r.a., Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah
masing-masing di
antara kamu setiap pagi bersedekah untuk setiap ruas tulang
badanmu. Maka tiap
kali bacaan tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah,
setiap tahlil
adalah sedekah, dan setiap takbir adalah sedekah. Menyuruh kebaikan
adalah
sedekah, mencegah keburukan juga adalah sedekah. Dan sebagai ganti
daripada
itu semua, cukuplah mengamalkan dua rakaat solat
Dhuha.” (HR Ahmad, Muslim
dan Abu Daud)
.
Paling banyak yang dikerjakan oleh Rasulullah ialah lapan rakaat
dan paling banyak
yang disabdakan oleh baginda ialah 12 rakaat. Paling sedikit
yang boleh dikerjakan
adalah dua rakaat.
Nabi Muhammad SAW bersabda: “Wahai anak Adam! Janganlah
sekali -kali kamu
malas mengerjakan empat rakaat solat Dhuha, maka akan aku
cukupkan
keperluanmu sehingga waktu petang.” (HR Al-Hakim dan
At-Tabrani)
.
.
.
Waktu Solat Dhuha
Solat sunat Dhuha dilakukan pada waktu matahari sedang naik. Sekira
cuacanya
berhalangan adalah lebih mudah dengan merujuk kepada takwim
waktu solat.
Masanya adalah 28 minit selepas Syuruk, iaitu sekiranya
waktu Syuruk 7.32
pagi dan ditambah 28 minit, maka masuknya waktu Dhuha bermula jam
8.00 pagi.
Walaupun begitu waktu paling afdal melakukan Solat Sunat
Dhuha adalah anggaran
matahari naik, tinggi segalah (7 hasta atau 3 meter), lebih kurang
dalam pukul 9.30
pagi.
Zaid bin Arqam r.a. berkata: “Nabi SAW keluar menuju tempat
Ahli Quba, di kala
itu mereka sedang mengerjakan Solat Dhuha. Baginda
bersabda; “Inilah solat orang-orang yang kembali kepada Allah,
iaitu di
waktu anak-anak unta telah bangkit kerana kepanasan waktu
Dhuha.” (HR. Ahmad, Muslim dan Tirmidzi).
.
.
.
.
i/ Ayat al-Kursi 10 kali dan Al-Ikhlas 10 kali atau;
ii/ As-Syams dan Ad-Dhuha. atau;
iii/ Al-lail dan Al-Insyirah.
i/ Solat Pertama : As-Syams dan Ad-Dhuha.
ii/ Solat Seterusnya : Surah al-Kafirun dan Al-Ikhlas
3. Semasa sujud terakhir bacalah sebanyak 40 kali:
.
.
.
Fadhilat Solat Dhuha
Sebaik-baiknya solat Dhuha ini dikerjakan setiap hari kerana ia
mempunyai banyak kelebihan dan fadhilatnya, dimana seseorang itu
akan memperolehi keampunan
Allah SWT, murah rezeki dan ketenangan jiwa serta kehidupan.
Daripada Abu Hurairah r.a., Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa Yang
mengerjakan solat Dhuha dengan istiqamah nescaya akan diampuni
dosanya olleh Allah sekalipun dosa itu sebanyak buih di
lautan.”
Rasulullah SAW bersabda: “Bahawasanya di syurga ada pintu
yang dinamakan „Dhuha. Maka apabila tiba hari kiamat kelak,
berserulah (malaikat) penyeru: “Manakah orang-orang yang telah
mengamalkan solat
SOLAT SUNAT HAJAT
Solat Sunat Hajat merupakan solat sunat yang
didirikan untuk memohon hajat atau ketika berada dalam permasalahan
dan kesukaran. Ia dilakukan bagi mengharapkan pertolongan
daripada Allah SWT dan memohon sesuatu perkara
atau menolak sesuatu yang tidak diingini agar apa yang dihajati itu
dikabulkan. Walau bagaimana pun ia hendaklah disertai dengan
keazaman dan usaha yang gigih di samping bertawakal
kepada Allah Yang Maha Pencipta. Rasulullah SAW
bersabda: “Sesiapa yang mempunyai hajat kepada Allah SWT atau
kepada seorang manusia, maka hendaklah ia berwuduk dengan
sebaik-baiknya kemudian dia bersolat dua rakaat.”
(Riwayat At-Tarmizi) Imam Ahmad meriwayatkan dengan sanad shahih
dari Abu Darda
bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa berwudhuk dan
menyempurnakannya, kemudian solat dua rakaat dengan sempurna,
nescaya Allah memberikan apa saja yang dimintanya, sama ada cepat
ataupun lambat.”
. Solat sunat ini mempunyai kelainan kerana pada sujud yang
terakhir, mukmim yang melakukan solat hajat itu perlu memuji-muji
Allah SWT disertakan dengan niat apa yang dihajati atau hendak
dicapai. Sesudah melakukan solat hajat, perlu berdoa sekali lagi
agar permintaan mudah dimakbulkan.
. Solat hajat boleh didirikan secara bersendirian atau berjemaah,
sama ada pada waktu siang maupun malam hari. Lebih afdal
solat
bersendirian sewaktu suasana sunyi selepas tengah malam
(selepas 2/3 malam, iaitu 1/3 malam terakhir) kerana ianya lebih
berkesan, lebih khusyuk dan amat hening suasananya.
.
.
.
. Sekiranya dilakukan selepas terjaga dari tidur pada sebelah
malam, sebelum melakukan Solat Sunat Hajat, hendaklah bersugi dan
mandi terlebih dahulu kemudian berwuduk bagi membersihkan diri dan
menyegarkan diri. Pakailah pakaian yang bersih dan afdalnya
berwarna putih.
.
.
. Dirikanlah Solat Sunat Hajat sebagaimana solat-solat biasa yang
lain dengan mematuhi 13 rukun yang telah disyariatkan itu.
Perbezaannya cuma pada perkara-perkara berikut:
. 1. Lafaz dan niat:
“U-shol-lii sun-na-tal haa-ja-ti rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-
laa.”
Daku Solat Sunat Hajat dua rakaat, kerana Allah Taala.
. .
2. Bacaan selepas Al-Fatihah .
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun atau Ayat
Al-Kursi (satu kali atau 11 kali)
“ALLaahu la ilaaha illa huwal hayyul Qayyum, la ta „khudzuhu
sinatun walaa naumun lahu maa fissamaawaati wama fil ardhi, man
dzal ladziiyasy fa „u „indahu illaa biidznih, ya „lamu maa baina
aydiihim wa maa khalfahum, walaayuhiithuuna bisyai-in
minilhimi illaa bimaa syaa-a, wasia kursiyuhus samaawaati wal
ardhi, walaa yauuduhu hifzuhumaa wa huwalaliyuul „azhiim.”
“Allah, tidak ada Tuhan melainkan Dia yang Hidup Kekal lagi terus
menerus mengurus (makhluk-Nya); tidak mengantuk dan tidak tertidur.
Kepunyaan-Nya apa yang ada di langit dan di bumi.
.
. Rakaat kedua: Surah Al-Ikhlas (sekali atau 11
kali)
“Katakanlah : Allah itu Esa! Allah tempat meminta. Dia tidak
beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada sesuatu pun yang
setara
dengan- Nya.” .
.
. 3. Membaca Tasbih
. a. Sebaik sahaja selesai solat (sesudah memberi salam),
terus sujud sekali lagi dan bacalah tasbih ini 41
kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-ni kun-tu mi-naz-zhoo
li-min.”
.
Sesudah selesai menunaikan solat sunat Hajat, wiridkanlah
kalimat-kalimat berikut:
. a. Istighfar (10 / 100 kali)
“As-tagh-fi-rul-laah, Rab-bi min kul-li zan-bi wa-a-tuu- bu
i-laih.”
Tiada Tuhan melainkan Allah dan Nabi Muhammad utusan
Allah.
. c. Selawat (10 / 100 kali)
“Allaahumma shalli „alaa Sayyidinaa Muhammadin wa „alaa aalihii
Sayyidinaa Muhammadin.”
Ya Allah! Sejahterakanlah ke atas penghulu kami Nabi Muhamad
SAW dan ke atas ahli keluarga penghulu kami
Muhamad SAW. . .
.
dilakukan selepas solat fardhu Maghrib dan solat sunat
Baadiah
Maghrib. Solat sunat Awwabin ini dikerjakan sebanyak 2, 4 atau 6
rakaat
bahkan boleh juga dilakukan sehingga 20 rakaat sepuluh
salam.
Solat sunat tambahan ini sebagai amal ibadat sementara menanti
waktu
Isyak, ianya lebih baik dari duduk berbual kosong atau tidur,
terutama
jika tiada majlis ilmu. Boleh juga dilakukan di rumah jika
berhalangan
untuk solat jamaah di masjid.
Lakukanlah ia selalu agar Allah SWT. merahmati kita dengan
memelihara keteguhan dan nikmat keimanan yang berterusan
serta
menghapuskan dosa-dosa kita.
Dari Abu Hurairah RA, Nabi SAW telah bersabda ; “Sesiapa yang
bersembahyang enam rakaat sesudah Maghrib tiada diselang
antaranya dengan sesuatu bicara nescaya samalah pahalanya
dengan
ibadat duabelas tahun.” (Riwayat Ibnu Majah, Ibn
Khuzaimah dan At-
Turmuzi.)
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin:
Daku solat sunat memelihara iman dan Awwabin dua rakaat,
kerana
Allah Taala.
surah berikut:
.
c. Dalam sujud terakhir iaitu selepas membaca tasbih sujud, bacalah
doa
berikut:
Ya Allah! Penuhkanlah daku dengan iman dan peliharalah ia
di
sepanjang hidupku, ketika kembaliku dan selepas
matiku. Sesungguhnya
Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu!
.
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada
Tuhan
melainkan Allah, dan Allah Maha Besar.
.
.
.
surah al-Kafirun dan pada rakaat kedua selepas al-Fatihah bacalah
surah
al-Ikhlas.
a. Lafaz niat solat sunat Awwabin serta Istikharah:
Daku bersolat Sunat Awwabin serta Istikharah dua rakaat,
kerana
Allah Taala.
Rakaat pertama, bacalah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua, dibacakan Al-Ikhlas
.
Ya Allah! Pilihlah untukku mana yang ada padanya kebaikan dan
keelokan dalam urusan agamaku dan duniaku; Dengan Rahmat-Mu,
wahai yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang!
.
Solat Solat Musafir atau Solat Safar adalah solat sunat dua rakaat
yang didirikan di rumah kediamannya ketika seseorang itu ingin
memulakan sesuatu perjalanan.
. Hal ini berdasarkan sabda Rasulullah shallallahu „alaihi wa
sallam :
“Tiada seorang hamba meninggalkan atas keluarganya sesuatu
yang
lebih utama daripada melakukan rukuk (solat) dua rakaat di dekat
keluarganya ketika menghendaki musafir (safar).”
(Al-Imam An-Nawawi, Al-Ma jmu, Dar Ihya At-Turots al-Arobiy)
.
Dalam hadis lain dari Sahabat Anas RA disebutkan:
Dari sahabat Anas berkata: “Baginda Nabi shallallahu
„alaihi wa sallam tidaklah tinggal di suatu tempat tinggal
kecuali Baginda
meninggalkannya dengan dua rakaat.” .
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi shallallahu „alaihi wa
sallam bersabda,
“Jika kamu keluar dari rumahmu,
maka lakukanlah solat dua rakaat
yang dengan ini akan menghalangimu dari keburukan yang berada di
luar rumah. Jika kamu memasuki rumahmu maka lakukanlah solat
dua rakaat yang akan menghalangimu dari keburukan yang masuk ke
dalam rumah.”
(H.R. Al-Bazzar; dinilai sahih oleh Al-Albani) .
.
.
.
. 1. Lafaz niatnya:-
.
2. Lakukan seperti solat sunat biasa dengan membaca surah:
Rakaat pertama: Al-Kafirun atau Surah Al-Kafirun
Rakaat ke-dua: Al-Ikhlas Surah atau An-Naas
, 3. Selepas salam bacalah Ayat Kursi dan surah Al-Quraish
sekali.
Seseorang yang membaca Ayat Kursi sebelum keluar dari kediamannya
maka tidak akan terkena sesuatu yang tidak disukainya sehingga
kembali semula. Dan faedah dari Surah Al-Quraisy adalah supaya
selamat dari semua keburukan. (Al- Imam An-Nawawi, al-Adzkar
An-Nawawiyah hal 233, Dar al-Kutub al-Islamiyah.)
. 4. Akhirnya baca doa melakukan perjalanan (musafir)
berikut:
berlindung dengan-Mu daripada kesukaran perjalanan, kejemuan
pemandangan dan perubahan buruk terhadap harta, keluarga dan anak
pinak. Semua yang kembali, semua orang yang bertaubat dan semua
orang yang beribadat, kepada Tuhan kami mereka memuji, dengan
Rahmat-Mu wahai Yang Maha Pengasih Lagi Maha
Penyayang!
. 5. Doa memulakan perjalanan
.
Solat Sunat Wuduk
. Sesudah seseorang mengambil wuduk (air sembahyang) disunatkan
untuk mendirikan Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat.
Solat ini dikenali juga dengan nama „Solat Syukur Wuduk. Jika
kebetulan
berada di masjid, maka boleh dikemudiankan Solat Sunat
Tahiyatul Masjid.
Solat sunat ini termasuk ke dalam solat
sunat „muqayyad iaitu solat bersebab yang
dikaitkan waktunya dengan wuduk. Dengan itu Solat Sunat
Wuduk boleh dilakukan walaupun dalam waktu
larangan melakukan solat sunat. Bagi mereka yang telah
menyempurnakan wuduknya lalu mengerjakan solat sunat dua
rakaat dengan penuh khusyuk kerana
Allah Subhanahu wa Taala, maka dia akan dimasukkan ke
syurga. .
.
. CARA MENGERJAKAN SOLAT WUDUK
. 1. Solat Sunat Wuduk sebanyak dua rakaat amat baik jika dapat
dilakukan setiap kali selepas kita selesai mengambil wuduk.
. 2. Lafaz dan niatnya ialah:
. 3. Bacaan surah selepas Fatihah:
.
. KEUTAMAAN SOLAT SUNAT WUDUK Solat Sunat Wuduk memiliki keutamaan
yang sangat besar sepertimana
yang terkandung di dalam hadis-hadis Rasulullah shallallahu
„alaihi wasallam (SAW):
. 1. Diampunkan Dosa-Dosa Lampau „Uthman menyatakan bahawa
Rasulullah SAW pernah bersabda:
.
“Sesiapa berwuduk seperti wudukku ini lalu mendirikan solat dua
rakaat, yang pada solatnya dia tidak berbicara
pada dirinya sendiri (yakni mendirikannya dengan khusyuk)
nescaya Allah SWT akan memberikan ampunan
kepadanya atas dosa-dosanya yang lalu.” (Hadis riwayat
Imam al-Bukhari)
. 2. Mengerjakannya Akan Dimasukkan Ke Syurga Dari „Uqbah bin
„Amir, dia berkata, Rasulullah SAW bersabda:
menghadirkan hati dan menghadapkan wajahnya, melainkan telah wajib
baginya syurga.”
Solat Sunat Witir merupakan sunat muakkad yang amat penting dan
digalakkan
melakukannya. Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam sentiasa
melakukan solat
.
Wasallam tidak pernah meninggalkan Solat Witir walaupun sekali.
Sabda
Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam dari Abu Hurairah: “Sesiapa
yang tidak
berwitir, maka bukanlah dia termasuk gol ongan kami.”
(Diriwayatkan oleh
Ahmad dan Abu Daud) Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda lagi: “Sesungguhnya Allah
SWT. menganugerahkan kepada kamu solat yang lebih baik
daripada
bersedekah beberapa ekor unta yang sempurna dan baik iaitu
Solat
W itir.” (Hadis Riwayat al-Turmudzi dan al-Hakim
r.a.)
.
RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam: “Wahai ahli Al -Quran,
kerjakanlah
Solat Witir sebab Allah itu Witir (Ganjil / Maha Esa) dan suka
sekali kepada
ganjil.” (Riwayatkan oleh Ahmad Ash hab al-Sunan,
al-Turmudzi dan
Hakim).
Solat Witir boleh dikerjakan 1 rakaat, 3, 5, 7, 9 atau paling
banyak 11 rakaat. Ia
dilakukan dua-dua rakaat dan diakhiri dengan 1 rakaat, atau
berakhir 3 rakaat
(1 tahiyyat 1 salam).
Witir Penutup Solat .
Solat Witir dilakukan setelah solat Isyak hingga menjelang fajar
(subuh). Ia
dapat dikerjakan sebagai pelengkap solat Tahajjud atau solat
Tarawih. Ia
sebagai penutup segala solat yang dilakukan hingga menjelang
Subuh.
Rasulullah Sallallahu Alaihi
Wasallam bersabda: “Akhirilah solat malammu itu dengan
Solat Witir.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim r.a.)
.
Sekiranya dirasa tidak akan terbangun mengerjakan solat Tahajjud
lagi, maka
bolehlah terus mengerjakan solat Witir sesudah mengerjakan
solat Isyak.
Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda: “Sesiapa yang
berasa dirinya
tidak mampu untuk bangun pada penghujung malam, sebaiknya
mengerjakan solat witir pada awal malam, tetapi bagi sesiapa
yang berasa dirinya mampu
dan yakin akan dapat bangun pada penghujung malam, sebaiknya
mengerjakan
solat witir pada akhir malam, kerana solat pada akhir malam
itu akan dihadiri
oleh para malaikat dan itulah yang lebih utama.” (Hadis
riwayat Ahmad,
Muslim, Termizi dan Ibnu Majah)
.
.
Fadhilat Solat Witir 1. Orang yang mengamalkannya akan turut
disaksikan oleh para Malaikat.
2. Solat Witir lebih utama daripada solat-solat sunat Rawatib yang
lain.
3. Menurut sunnah yang akan memperolehi syafaat Nabi Sallallahu
Alaihi
Wasallam di akhirat kelak.
“U -shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tai-ni lil-laa-hi
ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witi r dua rakaat, kerana Allah Taala.
.
2. Bacaan selepas Fatihah:
Raka’at kedua: Surah Al-Kafiruun .
.
“U -shol-lii sun-na-tal wit-ri rok-’a-tan lil-laa-hi
ta-’aa-laa.”
Daku Solat Sunat Witi r satu rakaat, kerana Allah Taala.
.
5. Selepas Al-Fatihah pada rakaat terakhir,
dibaca „Surah Muawwizat iaitu:
a) Al -I khlas, b) Al -Falaq dan
c) An-Naas. .
Al- Nasa’i meriwayatkan daripada Ka’ab r.a., ia
berkata: “Rasulullah Sallallahu
Alaihi Wasallam membaca dalam solat Witir dengan Surah
Al- A’laa, Al -
Kafiruun dan Al- Ikhlas.” .
Ishaq bin Ibrahim bin Habib bin Syahid Al Bushri menceritakan
kepada kami,
Muhammad bin Salamah Al Harrani memberitahukan kepada kami dari
Khusaif
dari Abdul Aziz bin Juraij berkata: “Saya bertanya kepada Aisyah,
membaca
surat apa ketika Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
mengerjakan
solat witir?” Aisyah menjawab: “Baginda membaca pada
rakaat pertama
dengan: „Sabbihisma Rabbikal Alaa, „Qul Yaa Ayyuhal Kaafiruun
pada
rakaat kedua, dan „Qul Huwallaahu Ahad dan „Muawwidzatain
pada
rakaat ketiga.” .
1. Selesai mengerjakan Solat Witir disunatkan mengucapkan:
. Zikir ini dibaca tiga kali dan pada kali yang ketiga hendaklah
menaikkan
suara. “RasulullahSallallahu Alaihi Wasallam setelah salam
dari solat witir
berkata: Subhanallah Malikil Qudduus tiga kali dan meninggikan
suaranya
pada zikir yang ketiga.” (Hadis dari Ubay bin
Ka’ab)
.
.
.
.
. .
Hukum Tangguh Witir ~ Harus .
1. Harus seseorang itu melakukan solat witir sebanyak dua
rakaat saja dan
simpan satu rakaat lagi untuk dilakukan selepas solat sunat lain
pada
tengah malam.
2. Harus juga menangguhkan Solat Witir untuk dijadikan
penutup selepas
solat sunat lain pada tengah malam.
3. Jika seseorang itu melakukan solat Witir selepas Tarawih
kerana mahu
mendapatkan pahala jemaah, dibolehkan baginya untuk solat sunat
lain
ketika bangun tengah malam, tetapi dilarang mengulangi solat witir
lagi.
Sabda Rasullulah Sallallahu Alaihi Wasallam: “Tidak ada dua witir
pada
satu malam.”
.
Imam Ahmad berkata: “Sesiapa meninggalkan sol at witir, maka
dia seorang lelaki yang buruk dan tidak wajar untuk menerima
persaksiannya.” .
.
Solat ini disebut Solat Tasbih kerana diucapkan
tasbih sebanyak 300 kali dalam empat rakaat
solatnya. Solat Sunat Tasbih dianjurkan kalau
boleh tiap-tiap malam, andaikata tidak sanggup, kerjakanlah
sekurang- kurangnya sekali dalam seumur hidup.
. Solat sunat Tasbih ini telah diajarkan oleh Rasulullah SAW kepada
Saidina Abbas bin Muththalib. Rasulullah shallallahu „alaihi
wasallam bersabda: “Jika kamu mampu solat tasbih setiap hari,
maka lakukanlah. Jika tidak mampu, maka lakukanlah setiap hari
Jumaat atau sebulan sekali atau setahun sekali
atau seumur hidup sekali .“ ( HR. A bu Daud dan
Ibnu Majah )
. Solat Tasbih ini dapat membuka pintu ampunan Allah SWT. di atas
segala dosa, dari awal hingga akhir, lama maupun baru, disengaja
atau tidak, kecil ataupun besar, nampak maupun tersembunyi.
. Daripada Ibnu „Abbas r.a.; “Rasulullah shallallahu „alaihi
wasallam telah bersabda kepada bapa saudaranya Abbas bin
Abdul
Muthallib; „Wahai al -„Abbas, bapa saudaraku! Sukakah
aku berikan, aku kurniakan dan aku ajarkan kepadamu „sepuluh
kelebihan jika kamu lakukannya, nescaya Allah akan
mengampunkan dosa kamu dari awal hingga akhirnya, yang lama dan
yang baru, yang tersalah dan yang disengajakan, yang kecil dan yang
besar, yang tersembunyi dan yang terang-terangan; iaitulah kamu
menunaikan solat empat rakaat di mana kamu membaca pada
setiap rakaat surah al-Fatihah dan satu surah (yang lain), kemudian
apabila selesai membaca (al-
Fatihah dan surah itu) engkau bacalah ketika sedang berdiri
itu; “
” (Subhanallah Walhamdulillah Walaa Ilaaha Ilallah
Wallahu Akbar) sebanyak 15 kali. Kemudian kamu rukuk dan semasa
rukuk itu kamu membaca sebagaimana bacaan tersebut sebanyak 10
kali. Kemudian kamu angkat kepalamu dari rukuk dan membaca 10 kali
juga (ketika sedang berdiri Itidal itu). Kemudian kamu sujud dan
membaca semasa sujud sebanyak 10 kali. Kemudian kamu bangun dari
sujud dan membaca 10 kali lagi. Kemudian kamu sujud semula dan
membaca 10 kali juga. Kemudian engkau angkat kepalamu dari sujud
dan membacanya 10 kali lagi sebelum bangun ke rakaat berikutnya.
Demikianlah 75 kali pada setiap rakaat .
Hendaklah kamu lakukannya dalam empat rakaat. Jika kamu dapat
kerjakan solat itu pada setiap hari sekali, maka lakukanlah. Jika
tidak mampu, lakukanlah sekali pada setiap jumaat. Jika tidak
.
. Cara Mendirikan Solat Sunat Tasbih
. Solat sunat Tasbih dilakukan sebanyak empat rakaat dan satu salam
sekiranya solat itu didirikan pada siang hari. Manakala jika
didirikan pada malam hari, 4 rakaat itu dikerjakan dengan 2 salam (
2 rakaat, 1 salam). Harus diingat, walaupun 4 rakaat, solat ini
mengambil masa yang agak lama (lebih kurang 4 minit) kerana ia
diselangi bacaan tasbih. Setiap rakaat jumlah tasbihnya 75 kali,
maka jumlah keseluruhan tasbih yang dibaca adalah 75 tasbih X 4
rakaat = 300 kali.
. Caranya;
. 1. Niat Solat Sunat Tasbih: a) Niat Solat Tasbih 2
Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh rok-a-tai-ni lil-laa-hi ta-aa-
laa.”
(Daku Solat Sunat Tasbih dua rakaat, kerana Allah Taala.)
.
b) Niat Solat Tasbih 4 Rakaat,
“U-shol-lii sun-na-tat Tas-biyh ar-ba-a rok-a-tin lil-laa-hi
ta- aa-laa.”
.
. 2. Antara surah-surah yang dianjurkan ulama ialah:
3. Bacaan Tasbihnya ialah:
Maha Suci Allah dan segala pujian bagi Allah, dan tiada Tuhan
melainkan Allah, dan Allah Maha Besar; Dan tiada daya dan
upaya
melainkan dengan kekuatan Allah yang Maha Tinggi lagi Maha
Agung.
. Nota;
.
. 4. Lakukanlah seperti solat-solat biasa yang lain beserta
bacaannya, tetapi tambahlah bacaan tasbih di bawah di akhir setiap
bacaan sebelum
berpindah kepergerakan seterusnya. . .
5. Bacaan tasbih dalam satu rakaat ialah: Selepas baca doa
Iftitah, al-Fatihah dan surah, kita baca 15 kali
tasbih Rukuk - 10 kali tasbih Iktidal - 10 kali
tasbih Sujud pertama - 10 kali tasbih Duduk antara 2
sujud - 10 kali tasbih Sujud kedua - 10 kali tasbih
Duduk sebentar (sebelum berdiri) seperti duduk diantara 2
sujud, - 10 kali tasbih. . .
.
.
.
Solat Sunat Taubat dilakukan selepas seseorang itu melakukan dosa
dan kesalahan atau perlanggaran hukum-hukum agama atau berasa
dirinya
bersalah dan berdosa kepada Allah SWT. kemudian menyesali
atas perbuatan itu dan ingin kembali semula ke jalan Allah
(bertaubat).
. Rasulullah SAW. telah bersabda: “Sesiapa yang pernah
melakukan
perbuatan dosa, bersegeralah berwuduk kemudian dirikan solat
dan mohonlah keampunan kepada Allah SWT., Allah pasti akan
menerima
permohonannya itu. Kemudian bacalah ayat ini: “Mereka
yang pernah mengerjakan perbuatan dosa atau telah berbuat dosa
terhadap dirinya sendiri lalu mereka bersegera mengingati Allah
dengan memohon keampunan Ilahi terhadap dosa yang dilakukan
itu. Siapakah yang akan mengampuni segala dosa, selain Allah?
Kemudian itu mereka berasa insaf dan sedar serta tidak akan
mengulangi perbuatan itu lagi, maka mereka akan diberi pahala
dan ganjaran syurga yang di bawahnya mengalir sungai-sungai
I dan disitulah tempat mereka selamanya.”
(HR Abu Daud, NasaI, Ibnu Majah dan Baihaqi.)
. Solat Taubat boleh dilakukan dua, empat atau enam rakaat pada
bila-
bila masa yang dikehendaki, tetapi lebih afdal pada waktu
tengah malam dimana suasananya lebih sunyi dan tenang.
. Fadhilat Taubat:
.
Rakaat pertama: Surah Al-Kafirun Rakaat kedua:
Surah Al-Ikhlas
.
. 3. Semasa sujud terakhir pada rakaat kedua (sebelum duduk
Tahiyyat Akhir) iaitu selepas membaca tasbih biasa, bacalah Tasbih
berikut 40 kali:
“Laa-i-la-ha il-la an-ta sub-haa-na-ka in-niy kun-tu mi-naz-zhoo
li- miyn.”
.
. a. Bacalah istighfar berikut sebanyak 10 / 100 kali;
“As-tagh-fi- rul-Laa-hil „A -ziym, al-la-dziy laa i-la-ha
il-laa hu-wal hai-yul qoi-yuum
wa-a-tuu-bu i-laih.” Daku mohon ampun kepada
Allah yang Maha Agung, yang tiada Tuhan melainkan Dia Yang Maha
Hidup Lagi Maha Mengurus dan daku bertaubat
kepada-Nya.
“As-tagh-fi- rul-Laa-hil „A-ziym, al-la-zii laa i-la-ha il-laa
hu-wal hai-yul qoi-yuum wa-a-tuu-bu i-laih. Tau-ba-ta „Ab-di
zhoo-li-mi laa yam-li-ku li-naf-si- hi dhor-raa, wa-laa naf-„an
wa-laa mau-tan wa-laa ha-yaa-tan wa-laa nu-syuu-raa.”
Daku memohon ampun kepada Allah yang Maha Agung yang tiada
Tuhan melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku
bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang banyak
dosa yang tiada menguasai akan dirinya dan tidak mampu membuat,
menolak mudharat dan manfaat serta tidak dapat menguasai kematian,
hidup dan kebangkitan.
. c. Kemudian bacalah Penghulu Istighfar sebanyak 3 Kali
:
.
5. Baca Doa Taubat
Daku memohon ampun kepada Allah, Daku mohon ampun kepada
Allah, Daku mohon ampun kepada Allah yang tiada Tuhan
melainkan Dia Yang Maha Hidup Lagi Maha Mengurus! Daku
bertaubat kepada-Nya selaku taubatnya seorang hamba yang
banyak dosa yang tidak berdaya untuk menolak mudharat atau
berbuat manfaat dan tidak mampu mematikan atau menghidupkan mahupun
membangkitkan (di Padang Mahsyar kelak). Daku mohon
perlindungan-Mu daripada dosa, kemalasan, dugaan kubur dan
seksanya. Daku mohon perlindungan-Mu daripada segala kesalahan dan
hukuman.
Ya Allah! Bersihkanlah diriku daripada dosa-dosa sebagaimana
kain putih dibersihkan daripada kekotoran. Ya Allah! Sesungguhnya
daku
bertaubat kepada-Mu di atas segala dosaku, dan daku berjanji
tidak akan mengulanginya.
Ya Allah! Pengampunan-Mu adalah lebih luas daripada
dosa-dosaku dan pengampunan-Mu terhadapku adalah lebih tertunai
daripada amalan
baikku. Ya Allah! Sesungguhnya daku telah banyak sekali
menganiaya diriku sendiri, tiada yang dapat mengampuni dosaku itu
kecuali Dikau; Maka berikanlah daku keampunan-Mu, kasihanilah
daku.