12
SOSIALIS Dinamik - Berani - Berprinsip RM1-00 Harga Solidariti RM2-00 http://parti-sosialis.org Apr-Mei 2014 Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/ > m/s 5-7 Demokrasi Berparlimen Diculik Semakin Hampir Kerajaan UMNO-BN telah bergegas untuk meluluskan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Parlimen, walaupun mendapat bantahan hebat daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat dan PSM. Rang undang-undang GST yang diluluskan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa usaha memerah rakyat biasa untuk menjaga kepentingan golongan maha kaya yang dibawa oleh kerajaan pro-kapitalis UMNO-BN dapat dilicinkan lagi. Rang undang-undang GST telah dibawa ke dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac yang lalu untuk bacaan pertama dan diluluskan pada 3 April. Selang tidak sampai satu minggu daripada itu, rang undang-undang GST telah dibawa untuk bacaan kedua dan diluluskan secara tergesa-gesa pada 7 April. Semasa pengundian rang undang-undang GST selepas bacaan kedua, seramai 119 orang ahli parlimen menyokong manakala 81 orang ahli parlimen membantah. Kesemua ahli parlimen BN telah membelakangkan keluhan dan bantahan rakyat terhadap GST, dengan menyokong secara membuta-tuli rang undang-undang yang bakal memperkenalkan cukai yang akan memiskinkan rakyat jelata. Ini merupakan satu pengkhianatan wakil rakyat BN terhadap pengundi yang memberi amanah kepada mereka untuk menggubal undang-undang yang membela rakyat, bukan sebaliknya. Tindakan wakil-wakil rakyat UMNO-BN meluluskan satu rang undang-undang yang akan memberikan kesan hebat kepada rakyat secara tergesa-gesa tanpa perbahasan yang menyeluruh, sekali lagi membongkarkan kelemahan dalam sistem politik negara kita, iaitu demokrasi berparlimen telah diculik oleh UMNO- BN walaupun hanya meraih undi sebanyak 47% dalam pilihanraya umum yang lalu. Cukai GST merupakan salah satu serangan yang diatur oleh kerajaan pro-kapitalis UMNO- BN ke atas rakyat untuk memastikan keuntungan golongan korporat besar terjamin dan tidak diusik. Setelah banyak wang negara dibazirkan dan dihabiskan akibat daripada penyelewengan dalam sistem pentadbiran, kerajaan sekarang pula memaksa semua rakyat, termasuk rakyat miskin, membayar untuk kerugian yang ditimbulkan oleh golongan elit politik dan kroni- kroni. Golongan maha kaya dan korporat besar terus mendapat perlindungan dengan pengurangan cukai korporat dan juga penyaluran “bantuan” dalam pelbagai bentuk. Ini bagaikan merompak daripada yang miskin untuk menolong mereka yang kaya-raya. Setelah rang undang-undang GST diluluskan dalam Dewan Rakyat, ancaman pemerasan terhadap rakyat biasa semakin menghampiri. Kerajaan UMNO-BN merancang untuk melaksanakan cukai GST mulai 1 April tahun hadapan. Rakyat biasa pastinya akan menerima impak yang serius berikutan pelaksanaan cukai GST. Walaupun kerajaan menjanjikan bayaran BR1M untuk keluarga yang berpendapatan rendah, tetapi ianya tidak akan dapat menyelesaikan belenggu rakyat yang terpaksa membayar cukai GST tiap-tiap hari dan kehidupan akan terus terjejas. Tiba masanya untuk rakyat Malaysia lawan balik. Jikalau kita duduk diam dan tunggu pelaksanaan cukai GST, kualiti kehidupan kita akan semakin hari semakin terhakis, sementara pemerintah UMNO-BN akan terus membawa dasar-dasar yang memangsakan rakyat miskin untuk menjaga kepentingan golongan kaya. Kita perlu mempertingkatkan usaha kita menggerakkan kuasa rakyat untuk membantah GST dan mempertahankan kehidupan rakyat biasa. Hanyalah kuasa rakyat yang sedar dan berani berjuang dapat menyelamatkan rakyat Malaysia daripada ketidakadilan sosial. ## Kempen Jelajah PSM Ancaman

Sosialis (Apr Mei 2014)

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Topik: Bantah GST TPPA Di Parlimen, MH370, Jelajah PSM, Pelajar Taiwan Occupy Parlimen, Kontradisi Kelas

Citation preview

Page 1: Sosialis (Apr Mei 2014)

SOSIALISDinamik - Berani - Berprinsip

RM1-00Harga Solidariti RM2-00http://parti-sosialis.org Apr-Mei 2014

Diterbitkan oleh: Parti Sosialis Malaysia (PSM), 22A, Jalan Vivekananda, Brickfields, 50470, Kuala Lumpur. Tel: 03-22747791 Faks: 03-87374772 Laman web: http://partisosialis.org/

> m/s 5-7

Demokrasi Berparlimen Diculik

Semakin HampirKerajaan UMNO-BN telah bergegas untuk meluluskan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Parlimen, walaupun mendapat bantahan hebat daripada wakil rakyat Pakatan Rakyat dan PSM. Rang undang-undang GST yang diluluskan ini adalah bertujuan untuk memastikan bahawa usaha memerah rakyat biasa untuk menjaga kepentingan golongan maha kaya yang dibawa oleh kerajaan pro-kapitalis UMNO-BN dapat dilicinkan lagi.

Rang undang-undang GST telah dibawa ke dalam Dewan Rakyat pada 31 Mac yang lalu untuk bacaan pertama dan diluluskan pada 3 April. Selang tidak sampai satu minggu daripada itu, rang undang-undang GST telah dibawa untuk bacaan kedua dan diluluskan secara tergesa-gesa pada 7 April.

Semasa pengundian rang undang-undang GST selepas bacaan kedua, seramai 119 orang ahli parlimen menyokong manakala 81 orang ahli parlimen

membantah. Kesemua ahli parlimen BN telah membelakangkan keluhan dan bantahan rakyat terhadap GST, dengan menyokong secara membuta-tuli rang undang-undang yang bakal memperkenalkan cukai yang akan memiskinkan rakyat jelata. Ini merupakan satu pengkhianatan wakil rakyat BN terhadap pengundi yang memberi amanah kepada mereka untuk menggubal undang-undang yang membela rakyat, bukan sebaliknya.

Tindakan wakil-wakil rakyat UMNO-BN meluluskan satu rang undang-undang yang akan memberikan kesan hebat kepada rakyat secara tergesa-gesa tanpa perbahasan yang menyeluruh, sekali lagi membongkarkan kelemahan dalam sistem politik negara kita, iaitu demokrasi berparlimen telah diculik oleh UMNO-BN walaupun hanya meraih undi sebanyak 47% dalam pilihanraya umum yang lalu.

Cukai GST merupakan salah satu serangan yang diatur oleh kerajaan pro-kapitalis UMNO-BN ke atas rakyat untuk memastikan keuntungan golongan korporat besar terjamin dan tidak diusik. Setelah banyak wang negara dibazirkan dan dihabiskan akibat daripada penyelewengan dalam sistem pentadbiran, kerajaan sekarang pula memaksa semua rakyat, termasuk rakyat miskin, membayar untuk kerugian yang ditimbulkan oleh golongan elit politik dan kroni-kroni. Golongan maha kaya dan korporat besar terus mendapat perl indungan dengan pengurangan cukai korporat dan juga penyaluran “bantuan” dalam pelbagai bentuk. Ini bagaikan merompak daripada yang miskin untuk menolong mereka yang kaya-raya.

Setelah rang undang-undang GST diluluskan dalam Dewan Rakyat, ancaman pemerasan terhadap rakyat biasa semakin menghampiri. Kerajaan UMNO-BN merancang untuk

melaksanakan cukai GST mulai 1 April tahun hadapan. Rakyat biasa pastinya akan menerima impak yang serius berikutan pelaksanaan cukai GST. Walaupun kerajaan menjanjikan bayaran BR1M untuk keluarga yang berpendapatan rendah, tetapi ianya tidak akan dapat menyelesaikan belenggu rakyat yang terpaksa membayar cukai GST tiap-tiap hari dan kehidupan akan terus terjejas.

Tiba masanya untuk rakyat Malaysia lawan balik. Jikalau kita duduk diam dan tunggu pelaksanaan cukai GST, kualiti kehidupan kita akan semakin hari semakin terhakis, sementara pemerintah UMNO-BN akan terus membawa dasar-dasar yang memangsakan rakyat miskin untuk menjaga kepentingan golongan kaya. Kita perlu mempertingkatkan usaha kita menggerakkan kuasa rakyat untuk membantah GST dan mempertahankan kehidupan rakyat biasa. Hanyalah kuasa rakyat yang sedar dan berani berjuang dapat menyelamatkan rakyat Malaysia daripada ketidakadilan sosial. ##

Kempen Jelajah PSM

Ancaman

Page 2: Sosialis (Apr Mei 2014)

Apr-Mei 2014PSM2

Dari Meja PengarangKerajaan UMNO-BN telah mengorak langkah untuk melancarkan serangan ke atas rakyat biasa dengan meluluskan rang undang-undang Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) di Parlimen baru-baru ini. Rakyat Malaysia yang semakin tertekan dengan masalah kenaikan kos hidup akibat daripada kegaga lan ke ra jaan UMNO-BN menangani isu ketidakadilan sosio-ekonomi akan terus dihimpit dalam kesengsaraan hidup apabila cukai GST dikuatkuasakan.

Pada dewasa ini, nama Malaysia telah disebut setiap hari dalam siaran berita di se luruh dunia apabi la pesawat penumpang MH307 dilaporkan hilang pada 8 Mac yang lalu. Usaha pencarian pesawat yang melibatkan kerjasama merentasi sempadan telah dijalankan, pada awalnya di sekitar Laut China Selatan, kemudiannya beralih ke Lautan Hindi selepas didapati pesawat tersebut mengubah haluannya. Perist iwa kehilangan jet pesawat penumpang yang masih diselubungi dengan misteri ini telah membongkarkan pelbagai masalah dalam pentadbiran negara kita, misalnya kelekaan keselamatan dan imegresen di Lapangan Terbang Antarabangsa KLIA yang membolehkan dua orang warga Iran menaiki pesawat MH307 dengan memegang passport yang dicuri, radar tentera udara yang tidak diawasi secara serius sehingga pesawat yang hilang tersebut boleh melepasi ruang udara Malaysia tanpa dipintas, dan juga cara menangani media yang menimbulkan pelbagai kritikan. Keraguan orang ramai terhadap integriti k e r a j a a n M a l a y s i a , kekeliruan dalam pelepasan maklumat dan sangkaan bahawa kerajaan cuba

m e n y e m b u y i k a n s e s u a t u berdasarkan rekod yang lalu, telah menyebabkan te r t imbu lnya pelbagai tanggapan yang liar dan teor i - teor i konspi ras i yang mengelirukan lagi orang ramai tentang peristiwa yang mendapat p e r h a t i a n s e d u n i a i n i . Sememangnya, banyak persoalan berkaitan dengan peristiwa MH370 ini tidak akan dapat terjawab selagi pesawat atau serpihan pesawat tersebut dijumpai.

Kerajaan UMNO-BN nampaknya tidak akan berhenti melakukan serangan neo-liberal ke atas rakyat. Selain GST, subsidi untuk rayat akan dikurangkan lagi dan kehidupan rakyat akan dijejaskan leb ih te ruk lag i sek i ranya Perjanjian Perdagangan Bebas T r a n s - P a s i f i k ( T P P A ) d i tandatangani . Oleh yang demikian, rakyat Malaysia perlu mempertingkatkan usaha kita memperkuatkan kuasa rakyat untuk melawan balik. Hanya dengan kuasa rakyat dari bawah, kita dapat menangkis serangan bertubi-tubi daripada kerajaan U M N O - B N y a n g s a n g g u p korbankan kehidupan rakyat biasa demi keuntungan golongan korporat. ##

http://partisosialis.org/Untuk Sumbangan, sila buat cek atas nama:Parti Sosialis MalaysiaNo. Akaun Maybank: 512080337313

http://partisosialis.org/[email protected]

Page 3: Sosialis (Apr Mei 2014)

PART DAN FRON3 Apr-Mei 2014

Protes Bantah GST dan TPPA di ParlimenPSM telah mengadakan satu aksi protes membantah cukai GST dan perjanjian perdagangan bebas TPPA, di hadapan bangunan parlimen pada 19 Mac yang lalu.

Dr. Jeyakumar Devaraj, Ahli Parlimen Sungai Siput berkata semasa protes, “kita tidak diberitahu tentang isi kandungan perjanjian TPPA. Apa yang kita boleh buat adalah merujuk pada perjanjian yang dibuat antara Amerika Syarikat dengan negara lain. Perjanjian TPPA adalah satu dokumen dengan 27 bab. Jika kerajaan mahu membentangkan perjanjian ini dalam parlimen minggu ini dan membuat keputusan pada minggu seterusnya, tidak cukup masa untuk ahli-ahli parlimen mengkaji secara teliti.”

S ivara jan, Bendahar i PSM pu la mengatakan bahawa pelaksanaan cukai GST akan memberi impak yang negatif kepada kumpulan berpendapatan rendah. “6% hanya permulaan. Ia akan bertambah

dan rakyat miskin pasti akan menerima kesan buruknya. Dalam sepuluh tahun yang lepas, harga barangan dan perkhidmatan telah meningkat tetapi pendapatan rakyat bawah tidak bertambah. GST hanya akan memburukkan lagi keadaan,” ulas Sivarajan. ##

Isu Pekedai Jalan Lintang, Sungai SiputPemilik kedai Jalan Lintang, Sungai Siput menerima notis daripada tuan tanah untuk membayar sewa yang setinggi RM600 sebulan. Lapan orang pemilik membantah kenaikan sewa yang terlampau ini. Sewa

asal yang dibayar oleh pemilik kedai adalah RM 40 sebulan. Namun, tuan tanah baru yang telah membeli tanah pada beberapa tahun yang lalu tidak pernah datang meminta sewa selepas penukaran hak milik tanah tersebut sehingga bulan Januari yang lalu.

Lapan buah kedai yang sedia ada termasuk dua restoran kecil, sebuah kedai salon, sebuah kedai basikal dan Bilik Gerakan DAP Cawangan Jalong. Tiga kedai yang tidak beroperasi telah dikunci oleh tuan tanah tanpa notis. Tindakan tuan tanah adalah tidak munasabah dan salah di sisi undang-undang. Pemilik kedai telah membuat laporan polis dan sidang akhbar untuk menuntut hak mereka. Tiga kedai yang dikunci pun dibuka oleh pemilik kedai sendiri. ##

AKTIVITISekolah Ideologi tahunan diadakan di Ipoh pada 5-6 April yang lalu.

Penjualan Akhbar Sosialis semasa Himpunan Derita Rakyat di Baling, 5 April yang lalu.

PSM Seremban membuka kaunter khas di Pasar Pagi Seremban.

Kaunter aduan di Pasar Malam Semenyih, dikendalikan oleh PSM Semenyih

Arutchelvan (SUA PSM) menjalankan sesi dengan masyarakat orang asal di blockade Baram, Sarawak, pada 13 Mac.

Page 4: Sosialis (Apr Mei 2014)

4 NASIONAL Apr-Mei 2014

MH 370, HILANG DARI RADAR,

BUKAN DARI HATI…..

#Pray4MH370 adalah antara perkataan yang

berkumandang di serata dunia baru-baru ini. 8 Mac

2014, tarikh yang menggegarkan dunia dengan

berita kehilangan pesawat Malaysian Airlines (MAS)

Boeing 777 9M-MRO atau lebih dikenali MH370

semasa perjalanannya dari Kuala Lumpur ke

Beijing. MH370 yang berlepas dari KLIA pada jam

12.41 tengah malam terputus hubungan radio pada

1.30 pagi selepas pesawat mula memasuki ruang

udara Vietnam, dan kemudian terputus hubungan

radar pada 2.15 pagi 205 batu dari barat laut Pulau

Pinang. Pesawat yang membawa penumpang

seramai 227 orang dan 12 orang anak kapal dan

secara pecahannya 38 rakyat Malaysia, 153 rakyat

China, Indonesia (12), Australia (7),

Perancis (3), Amerika Syarikat (3), New

Zealand (2), Ukraine (2), Kanada (2),

Rusia (1), Itali (1), Taiwan (1), Belanda (1)

dan Austria (1) diketuai oleh juruterbang

Kapten Zaharie Ahmad Shah dan

pembantunya Fariq Abdul Hamid.

Sepanjang misi pencarian pesawat yang

hilang, pada 24 Mac 2014, Perdana

Menteri Datuk Seri Najib Razak

mengumumkan, bukti-bukti sedia ada

mencadangkan kedudukan terakhir

MH370 adalah di pertengahan Lautan

Hindi, di sebelah Barat Perth, Australia.

Seluruh dunia tidak dapat menerima

kenyataan ini malah teruskan keyakinan

sehingga berjumpa bukti serpihan kapal.

Dalam konteks ini, terserlah komitmen 26

negara dari seluruh pelusuk dunia yang

turut bersama dalam usaha mencari dan

menyelamat pesawat MH370. Sikap

keberanian yang ada pada wira-wira yang

terlibat dalam operasi ini amat disanjungi

terutamanya dalam mengharungi Lautan

Hindi, lautan ketiga terbesar di dunia.

Namun, pelbagai tohmahan dilontarkan

dalam misteri kehilangan MH370 dan

penemuan objek melalui satelit kerana

wujudnya banyak ketirisan dalam konteks

di Malaysia. Antaranya kenapa gambar

pemetaan Google Earth di Malaysia hanya

dikemaskini setiap 3 tahun? Jesteru

kegunaannya dalam operasi mencari

pesawat yang hilang tidak kesampaian.

Kenapa sistem storan awana tidak

digunakan sebagai alternatif kepada kotak

hitam? Ini kerana keberkesanan “kotak

hitam @ Pencatat Data Penerbangan”

hanya dapat dijawab jika ia dapat dijumpai

dalam masa 30 hari.

Sistem pertahanan Malaysia turut diragui

ekoran beberapa perkara antaranya dua

penumpang yang berjaya menaiki pesawat

MH370 menggunakan passport palsu

nyata menggambarkan sejauh mana tahap

pemeriksaan pihak Imigresen yang leka

dan t idak men i t i kbera tkan akan

kepentingan Sistem Interpol. Selain itu,

kelewatan TUDM dalam mengambil

tindakan sebaik sahaja mengesan pesawat melalui

radar tentera menimbulkan seribu persoalan,

termasuk adakah kita terlepas peluang untuk

menyelamatkan pesawat MH370 yang berpatah

balik. Namun, “andaian” pihak TUDM berakhir

dengan tragedi. Tambahan pula, hajat kita melihat

kapal selam yang dapat membantu mencari

serpihan pesawat di dasar laut tidak kesampaian

kerana kapal milik Malaysia yang dibelanja dengan

berbillion ringgit tidak mempunyai kelengkapan

untuk operasi mencari dan menyelamat dan

terpaksalah bergantung kepada negara jiran.

Namun, sehingga kini rakyat masih berpecah dari

segi pemahaman bencana ini kerana cara

pengendalian krisis ini oleh pemimpin kita.

Perdana Menteri Australia mengumunkan

perkembangan pesawat MH370 di parlimen

Australia tetapi di Malaysia pemerintah

mengadakan sidang MH370 bersama

s e k u t u n y a t a n p a m e l i b a t k a n p a r t i

p e m b a n g k a n g . K e r a j a a n m a s i h

mengendalikan krisis ini dalam konteks politik

domestik tetapi hakikatnya krisis ini melibatkan

seluruh dunia. Perdana Menteri yang

sepatutnya mengetuai operasi pencarian

MH370 nampaknya bermain sorok di belakang

mata dunia dengan mengongkong kebebasan

media untuk bersoal.

Dalam konteks ini, udang di sebalik batu adalah

pihak kapitalis yang bermotifkan keuntungan

sema ta -ma ta . Sebena rnya sya r i ka t

penerbangan tidak sanggup membelanjakan

jumlah wang yang besar untuk teknologi baru

ini kerana kos operasi sistem ini adalah lebih

mahal dari kos membayar pampasan sekiranya

pesawat terhempas. Rakyat diperdayakan

dengan promosi yang hebat tapi natijahnya

adakah tahap keselamatan dijamin oleh kroni

mahupun kapitalis di sebalik nama syarikat

penerbangan? Tragedi MH370 merupakan

satu kejadian yang membuka minda

masyarakat di Malaysia mahupun seluruh

dunia. Dalam arena penerbangan, banyak

puak-puak kapitalis mengondol keuntungan

yang lumayan sehinggakan menjadikan

masyarakat mangsa ketamakan wang semata-

mata.

(Oleh M. Santhana)

Page 5: Sosialis (Apr Mei 2014)

5 KHAS Apr-Mei 2014

Diari Jelajah PSM: PAHANGKempen Jelajah PSM “Berjuang Bersama Rakyat” telah berlangsung di negeri terbesar di Semenanjung, iaitu negeri Pahang, pada 14-16 Mac yang lalu.

Negeri Pahang memang terkenal dengan sejarah perjuangan menentang penjajah dengan tokoh terkenal seperti Mat Kilau dan Datuk Bahaman. Pada dewasa ini, negeri Pahang pula merupakan medan perjuangan gerakan rakyat menentang ancaman alam sekitar seperti kilang nadir bumi Lynas di Gebeng, Kuantan dan lombong emas yang menggunakan racun sianida di Bukit Koman, Raub.

Rombongan konvoi jelajah PSM bergerak dari barat ke timur merentasi negeri terbesar di Semenanjung ini dalam masa 3 hari untuk menyebarkan maklumat tentang perjuangan PSM dan juga penerangan tentang isu-isu semasa.

14 Mac

Konvoi jelajah PSM di Pahang bermula dari C a me ro n H i g h l a n d s . Pasukan PSM yang terdiri daripada lebih kurang 30 anggota mula mengedar risalah di pasar pagi Brinchang, sejak awal pagi lagi. Rombongan PSM kemudiannya bergerak ke Tanah Rata diikuti dengan R i n g l e t , s e b e l u m bersinggah di Kampung Koyan untuk makan tengah hari. Rombongan PSM juga sempat bersinggah di kawasan yang dipengaruhi oleh projek pembinaan empangan hidroelektrik di Ulu Jelai.

Pada waktu petang, rombongan PSM menuju ke Kuala Lipis dan selepas itu ke Raub. Rata-rata sambutan di semua kawasan yang disinggah amat memberangsangkan. Satu sesi penerangan tentang kesan-kesan buruk cukai GST dan perjanjian TPPA telah diadakan di Rumah Rehat Raub pada sebelah malam.

15 Mac

Program hari kedua jelajah di Pahang bermula di bandar Bentong. Anggota-anggota PSM mengedar risalah dan memberi penerangan kepada orang ramai yang mengunjungi pasar pagi Bentong pada awal pagi.

Rombongan PSM kemudiannya beredar ke Karak dan Lanchang sebelum bersinggah di Mentakab untuk makan tengah hari. Selepas itu, rombongan PSM dipecahkan kepada dua kumpulan: satu kumpulan menuju ke Jerantut untuk pengedaran risalah di sana, manakala satu lagi kumpulan bergerak di Mentakab dan Temerloh. Kumpulan yang berada di Temerloh sempat mengunjung ke rumah Abu Samah, seorang pejuang penentang penjajah yang merupakan cicit kepada Datuk Bahaman. Kesan peluru di rumah Abu Samah mengingatkan kita tentang penindasan oleh penjajah British dan kebangkitan pejuang anti-penjajah di Tanah Melayu.

Sebelah malam, satu ceramah kelompok diadakan di Mentakab, membariskan penceramah seperti Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM), Suresh Kumar (Setiausaha PSM Cameron Highlands), Soh Sook Hwa (Timbalan Bendahari PSM), Leong Yu Man (ADUN Triang, DAP), Syed Hamid Syed Mohamed (ADUN Kuala Semantan, PAS) dan Ahmad Nizam Hamid (Timbalan Pengerusi PKR Pahang).

16 Mac

Pada hari terakhir Jelajah PSM di Pahang, rombongan konvoi telah bergerak menuju

ke Kuantan, ibu negeri Pahang. Di sepanjang perjalanan dari Mentakab ke Kuantan, rombongan PSM telah bersinggah di Maran dan Gambang untuk mengedar risalah.

Selepas tiba di Kuantan, anggota-anggota PSM mengedar risalah di sekitar pasar minggu di Stadium Kuantan sebelum beredar ke Teluk

Chempedak.

Program jelajah PSM di Pahang berakhir dengan sesi teh petang bersama dengan wakil-wakil masyarakat sivil dan parti politik di Kuantan. Para hadirin telah berkongsi pandangan untuk kerjasama pada masa akan datang untuk memantapkan kuasa rakyat dan perjuangan perubahan sosial.

Jelajah PSM di negeri Pahang berjaya memperkenalkan PSM kepada rakyat Pahang dan menjalin hubungan kerjasama antara PSM dengan masyarakat Pahang yang inginkan perubahan.

Page 6: Sosialis (Apr Mei 2014)

6 KHAS Apr-Mei 2014

22 Mac - Perlis

Negeri Perlis merupakan negeri yang paling kecil dalam negara kita, dan terletak secara terpencil di bahagian paling utara Semenanjung Malaysia. Namun, PSM merasakan adalah juga pentingnya untuk menjelajah ke negeri Perlis dan memperkenalkan PSM kepada rakyat Perlis.

Program jelajah di Perlis bermula di pasar pagi berdekatan dengan Pasaraya Ten Ten di Kangar.

Selepas itu, rombongan PSM mengedar risalah di Pasar Awam Kangar dan Pusat Bandar Kangar. ADUN Indera Kayangan, Chan Ming Kai, turut datang bersama rombongan PSM semasa pengedaran risalah di Kangar.

Pada waktu tengah hari, rombongan konvoi PSM dengan 12 buah kereta menuju ke Padang Besar, yang terletak di sempadan antara negara Malaysia dengan Thailand. Pengedaran risalah dijalankan di tempat membeli-belah yang dibanjiri oleh orang ramai.

Rombongan konvoi PSM kemudiannya kembali ke Kangar dan mengadakan pengedaran di sekitar Pasar Malam Jejawai, sebelum bertolak ke Pulau Pinang untuk persinggahan terakhir untuk kempen Jelajah PSM.

Diari Jelajah PSM di Utara:Pengakhiran Roadshow

yang Penuh BersemangatPada bulan Jun 2011, PSM telah menghadapi pelbagai halangan semasa mengadakan kempen pengedaran risalah “Udahlah tu… Bersaralah!” di negeri-negeri utara (Kedah dan Pulau Pinang). Seramai 30 orang ditahan di Tol Sungai Dua, Seberang Perai Utara, dan antaranya 6 orang ditahan di bawah Ordinan Darurat (EO) seminggu selepas itu. Namun, akhirnya kesemua 30 orang dilepaskan daripada pertuduhan dan 6 orang yang ditahan di bawah EO kemudiannya mendapat gantirugi sebanyak RM 200,000 daripada kerajaan.

Hampir 3 tahun selepas itu, apabila konvoi kereta PSM melalui Tol Sungai Dua pada malam Sabtu, 22 Mac 2014, suasananya begitu tenang dan mungkin ramai tidak berapa ingat lagi episod kejadian yang penuh dengan debaran di tempat yang sama. Kempen Jelajah PSM “Berjuang Bersama Rakyat” di negeri-negeri utara selama tiga hari tidak adanya senario penuh debaran dan cabaran hebat seperti kempen “Udahlah”, namun suasana tenang dalam kesibukan lalu-lintas membuka ruangan untuk PSM berdamping dengan orang ramai dan menyebarkan maklumat penting tentang kempen-kempen yang dibawa oleh PSM.

21 Mac - Kedah

Jelajah PSM di Utara bermula dari Kulim, Kedah. Rombongan PSM yang terdiri daripada 13 buah kereta sampai di Pasar Awam Kulim sejak awal pagi untuk mengedar risalah dan memberi penerangan tentang kempen-kempen yang diterajui oleh PSM, termasuklah kempen membantah GST, kempen membantah TPPA, kempen pemantauan pelaksanaan gaji minima dan sebagainya. Negeri Kedah adalah negeri yang ke-9 dikunjungi oleh rombongan Jelajah PSM, dan jelajah ke 3 buah negeri Utara adalah peringkat terakhir untuk fasa pertama kempen roadshow PSM yang berlangsung sejak 24 Januari yang lalu.

Setelah selesai pengedaran risalah di Kulim, konvoi kereta PSM bertolak menuju ke Sungai Petani. Semasa perjalanan ke Sungai Petani, rombongan konvoi PSM bersinggah untuk seketika di pekan Lunas. Di Sungai Petani, aktiviti pengedaran risalah dijalankan di Taman Ria Jaya. Makan tengah hari telah ditaja dan disediakan oleh seorang penyokong di Sungai Petani yang amat tertarik dengan kerja-kerja dan perjuangan PSM. Walaupun hanya makan di tempat letak kereta, suasana makan tengah hari dan hidangan makanan oleh penyokong adalah jauh lebih bermakna daripada makan di restoran mewah.

Rombongan PSM juga menjalankan aktiviti pengedaran risalah di masjid di Sungai Petani selepas solat jumaat. ADUN Bakar Arang, Simon Ooi, turut menemani rombongan PSM semasa di Sungai Petani.

Destinasi seterusnya adalah Alor Setar, di mana rombongan PSM telah disambut oleh aktivis-aktivis sosial daripada Bela Tani dan NGO peduli rakyat yang bertapak di Alor Setar dan Kuala Kedah. Rakan seperjuangan daripada NGO Kedah telah menemani rombongan PSM untuk mengedar risalah di sekitar Alor Setar Mall dan Pasaraya Tesco Mergong, sebelum beredar ke Kuala Kedah. Rakan-rakan seperjuangan di Kuala Kedah telah menyediakan makan malam untuk rombongan PSM di situ.

Pada waktu malam, satu sesi penerangan khas tentang isu GST dan TPPA telah diadakan di Hotel Leverage, Mergong, Alor Setar. Dr. Jeyakumar Devaraj (AJK Pusat PSM merangkap Ahli Parlimen Sungai Siput), Arutchelvan (Setiausaha Agung PSM) dan Bawani (Ketua Pemuda Sosialis PSM) telah memberikan ucapan yang menyentuh isu-isu berkenaan.

Roadshow Kedah berjalan secara lancar dan teratur atas usaha daripada pasukan PSM di Selatan Kedah dan juga rakan-rakan seperjuangan daripada NGO peduli rakyat di Utara Kedah.

Page 7: Sosialis (Apr Mei 2014)

7 KHAS Apr-Mei 2014

23 Mac – Pulau Pinang

Jelajah PSM di Pulau Pinang memperingatkan ramai orang tentang peristiwa penahanan anggota PSM pada tahun 2011. Namun, kempen jelajah PSM di Pulau Pinang kali ini berjalan secara lancar tanpa sebarang insiden yang tidak diingini.

Pada awal pagi lagi, rombongan PSM memulakan aktiviti pengedaran risalah dan penerangan tentang isu-isu semasa di Pasar Awam Bayan Baru. Rombongan konvoi PSM kemudiannya bersinggah di Pasar Jelutong dan Pasar Chowrasta. Ketiga-tiga pasar yang dikunjungi memang penuh sesak dengan orang ramai pada hari Ahad itu, dan kedatangan PSM di situ mendapat sambutan yang amat menggalakkan.

Rombongan PSM bersinggah di Zon Warisan Dunia Georgetown pada waktu tengah hari, dengan mengedar risalah di sekitar Lebuh Penang, Lebuh Pantai dan Jalan Masjid Kapitan Keling. Satu sidang akhbar telah diadakan untuk menerangkan tujuan PSM mengadakan kempen roadshow ini. Para wartawan amat berminat tentang aksi himpunan raksasa sambutan Hari Pekerja yang bertemakan “Bantah GST Sampat Tumbang” yang akan diadakan pada 1 Mei nanti.

Selepas makan tengah hari, rombongan konvoi PSM yang terdiri daripada 14 buah kereta telah merentasi Selat Pulau Pinang untuk mengunjungi Seberang Perai. Rombongan PSM telah melawat Kampung Permatang Tok Subuh, yang terletak di Bukit Minyak. Kampung peneroka bandar tersebut sedang menghadapi pengusiran secara paksa oleh pihak yang menggelar dirinya sebagai pemilik tanah. Satu sesi santai bersama telah diadakan di mana anggota PSM dan juga wakil organisasi masyarakat yang hadir sempat berkongsi pengalaman tentang perjuangan rakyat dengan para penduduk Kampung Permatang Tok Subuh. Yang turut bersama dengan penduduk kampong pada petang tersebut adalah Zainurfaqar (akitivis sosial merangkap wartawan), Jab Samat (Penasihat Kampung Pmtg Tok Suboh) dan Hamidah Che Embi (Pengerusi Badan Bertindak Selamatkan Kampung Permatang Tok Subuh).

Selepas itu, rombongan konvoi PSM berpecah kepada dua kumpulan, dengan satu kumpulan pergi ke kawasan rekreasi Cherok Tokun dan satu lagi mengedar risalah di sekitar kawasan pantai di R&R Bagan Ajam.

Satu program Sudut Pidato telah diadakan di Pasar Malam Uptown Bandar Perda, Bukit Mertajam, sebagai penggulung untuk kempen roadshow di Pulau Pinang. Pemimpin PSM seperti Dr. Kumar, Arutchelvan dan Bawani; wakil Pakatan Rakyat dan NGO tempatan seperti Zolkifly Md. Lazim (PAS), Saiful (Ahli Majlis MPSP, PKR) dan Zainurfaqar juga menyampaikan ucapan. Shazni, Ketua Biro Kebudayaan Pemuda Sosialis PSM, telah menghiburkan pengunjung Pasar Uptown Perda dengan lagu perjuangan dan sajak.

Kempen jelajah PSM di Utara berakhir dengan lagu Internasionale yang berkumandang di Bandar Perda.

Perjuangan Diteruskan Setelah dua bulan, bermula dari Setiawan, Perak, rombongan PSM telah menjelajah ke 11 buah negeri, iaitu Perak, Selangor, WP Kuala Lumpur, Negeri Sembilan, Melaka, Kelantan, Johor, Pahang, Kedah, Perlis dan Pulau Pinang. Risalah memperkenalkan PSM dan juga bahan-bahan percetakan yang memberikan penerangan tentang kempen-kempen yang diterajui oleh PSM telah diedarkan kepada orang ramai sepanjang kempen ini. Sambutan terhadap kehadiran rombongan PSM di kebanyakan tempat amat menggalakkan. Lebih ramai lagi orang yang tidak mengenali PSM sebelum ini dapat mengetahui

sedikit sebanyak tentang perjuangan PSM.

Kempen Jelajah PSM dapat diadakan dengan berjayanya atas usaha ramai anggota PSM dan juga sokongan daripada rakan-rakan seperjuangan daripada Pakatan Rakyat, organisasi masyarakat dan sebagainya. Ramai anggota PSM yang mengambil cuti untuk melibatkan diri dalam kempen jelajah ini tanpa mengharapkan apa-apa habuan, malah ada ramai yang menanggung perbelanjaan diri mereka sendiri sepanjang kempen ini. Semangat yang ditunjukkan oleh anggota PSM sepanjang kempen ini amat memberangsangkan dan sambutan yang diterima di setiap tempat kami bersinggah turut memberi harapan bahawa rakyat Malaysia semakin hari semakin peka kepada perkembangan politik dan ini menyemarakkan lagi semangat untuk kita terus berjuang.

Walaupun kempen jelajah PSM telah sampai ke penghujungnya, namun semangat perjuangan yang disemarakkan akan terus membara dan bersama kita dalam perjuangan yang berterusan selepas ini. ##

Page 8: Sosialis (Apr Mei 2014)

8 ISU RAKYAT Apr-Mei 2014

Mengapa Kita Perlu Bantah Cukai GST?

Apakah itu GST?- Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) adalah cukai yang dikenakan ke atas semua orang setiap kali kita membeli-belah atau membayar untuk sesuatu perkhidmatan.- Cukai GST akan dikutip pada setiap peringkat (pengilang, pemborong dan peruncit). Mereka yang sebenarnya menanggung GST adalah pengguna terakhir.- Cukai GST menambahkan harga jualan, maka GST juga dikenali sebagai Cukai Tambah Nilai di sesetengah negara lain.- Cukai GST TIDAK mengagihkan semula kekayaan negara dengan mencukai daripada yang kaya supaya kerajaan boleh menggunakan wang tersebut untuk perbelanjaan kebajikan dan menaikkan taraf kehidupan semua orang. Malah, kesannya bertentangan dengan ini. Oleh itu, GST adalah cukai regresif.

Apakah masalah dengan GST?1. GST melebarkan lagi jurang antara yang kaya dengan yang miskin

- Sekarang ini hanya 10% rakyat yang perlu membayar cukai pendapatan manakala 90% tidak termasuk dalam kategori yang mampu bayar cukai pendapatan, kerana pendapatan mereka yang rendah.

- Cukai GST akan menyebabkan golongan rakyat berpendapatan rendah juga perlu membayar cukai.

- Sementara semua rakyat dipaksa bayar cukai GST tanpa mengira yang kaya atau yang miskin, golongan kaya pula mendapat pengurangan kadar cukai pendapatan dan cukai korporat.

- Cukai korporat yang merupakan sumber pendapatan cukai yang utama untuk Kerajaan Persekutuan telah berkurang daripada 40% pada tahun 1980-an ke 25% sekarang ini, dan akan lagi dikurangkan kepada 24%. Ini akan menyebabkan jurang pendapatan antara rakyat miskin dengan golongan yang kaya semakin lebar.

- GST bukan sahaja tidak akan mengagihkan semula kekayaan negara untuk mewujudkan sebuah masyarakat yang adil, malah ia akan memburukkan lagi situasi ketidakadilan sosial di negara kita.

- GST bagaikan “Robin Hood Songsang” – merompak daripada yang miskin, untuk menolong mereka yang kaya-raya.

2. GST membebankan rakyat

- Cukai GST menyebabkan harga barangan dan perkhidmatan meningkat. Ini pasti akan menambahkan beban rakyat biasa.

- Selama ini, gaji sebenar rakyat biasa Malaysia tidak bertambah mengikut peningkatan kos kehidupan. Golongan berpendapatan rendah tidak mampu menanggung beban tambahan akibat daripada pelaksanaan GST.

3. GST mengurangkan kuasa membeli rakyat biasa dan menjejaskan ekonomi

- Pelaksanaan GST yang akan menyebabkan kenaikan harga barang akan mengurangkan kuasa membeli rakyat biasa.

- Wang yang boleh dibelanjakan oleh rakyat bawahan dan kelas menengah akan terus merosot. Ini akan menyebabkan rakyat kurangkan perbelanjaan untuk barangan keperluan asas yang dihasilkan oleh pengilang tempatan sehingga menjejaskan ekonomi domestik.

- Bisnes peniaga-peniaga akan terjejas kerana rakyat kurang mampu berbelanja.

4. GST memaksa rakyat bayar untuk kegagalan pengurusan kewangan oleh kerajaan

- Korupsi, ketirisan, salahguna kuasa dan penyelewengan telah menyebabkan negara kita kehilangan sekurang-kurangnya RM 28 bilion setahun. Ini merupakan kegagalan kerajaan menguruskan kewangan awam dan menangani gejala rasuah, tetapi sekarang rakyat dipaksa untuk membayar kos yang disebabkan oleh kegagalan ini.

- Kerajaan gagal memastikan golongan kaya dan korporat membayar cukai, malah membiarkan pengaliran wang secara haram sebanyak RM 174 bilion dalam tempoh satu tahun sahaja untuk 2011. Kerajaan memaksa rakyat biasa membayar cukai apabila golongan kaya melarikan diri daripada membayar cukai. Ini bagaikan menghukum seseorang disebabkan kesalahan orang lain.

- Kerajaan tidak patut mengutip cukai GST daripada rakyat jelata selagi masih gagal menyelesaikan masalah ketirisan dan penyelewengan yang berleluasa dalam sistem pentadbiran.

(sambung di m/s 9)

Page 9: Sosialis (Apr Mei 2014)

9 ISU RAKYAT Apr-Mei 2014

(bersambung dari m/s 8)

Bukankah adanya barangan dan perkhidmatan yang dikecualikan GST?

- Bilangan barangan yang tidak akan dikenakan cukai di bawah GST hanyalah 21 muka surat. Jumlah barangan yang dikecualikan di bawah Akta Cukai Jualan (Kadar-kadar Cukai No 2) 2012, mempunyai 250 muka surat. Maknanya, skop jenis barangan dan perkhidmatan yang dikenakan cukai GST jauh lebih luas berbanding Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST) sebelum ini.- SST dikenakan ke atas barangan dalam kategori tertentu, khususnya barangan mewah, seperti restoran tertentu, McDonald, ASTRO dsb. Misalnya untuk barangan elektrik, sekarang ini hanya penghawa dingin perlu bayar cukai jualan, tetapi dengan adanya GST, semua peralatan elektrik seperti periuk nasi elektrik, penyeterika elektrik, televisyen, radio dll perlu bayar cukai GST.- Walaupun kerajaan mengatakan bahawa akan mengecualikan cukai GST atau menetapkan kadar 0% untuk barangan keperluan asas, tetapi cukai GST akan menyebabkan harga input untuk barangan tersebut turut meningkat sehingga menaikkan harga barangan tersebut. Tambahan pula, memang kerajaan tidak dapat menjamin bahawa pelaksanaan GST tidak akan menyebabkan harga barangan terus naik.

Bukankah kita ada BR1M?

- Pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) setahun sekali tidak mencukupi untuk menangani kesan hasil daripada pelaksanaan GST yang memaksa rakyat berpendapatan mengeluarkan lebih wang untuk membayar cukai GST setiap kali membeli barangan pada setiap hari.

- Kalau pendapatan rakyat biasa pada keseluruhannya adalah cukup tinggi (hasil daripada pengagihan kekayaan negara yang adil), kita tidak perlu bantuan kewangan seperti BR1M.

- BR1M dibayar setahun sekali, tetapi rakyat biasa bayar cukai GST tiap-tiap hari. Negara akan jadi bankrap kalau tidak laksana GST?

- N e g a r a G r e e c e t e l a h m e l a k s a n a k a n G S T sebelum mengalami krisis ekonomi, dengan kadar cukai mencapai 17%. Maka, cukai GST bukannya cara untuk mengelakkan k r i s i s e k o n o m i d a n menge lakkan negara daripada bankrap.

- Apabi la kr is is ekonomi melanda Greece, cukai GST dinaikkan ke 23%, memberikan lebih lagi kesan buruk kepada rakyat biasa.

Bukankah negara kita akan ketinggalan kerana sudah lebih 160 negara melaksanakan GST?

- Kebanyakan negara yang melaksanakan GST dengan berjaya, adalah negara yang mengamalkan sistem negara kebajikan, di mana kerajaan menggunakan wang hasil pencukaian untuk menyediakan kemudahan asas yang berkualiti, pendidikan percuma, kesihatan percuma, pengangkutan awam yang murah lagi efisien, sistem perlindungan sosial yang lengkap dsb.

- Malaysia masih jauh lagi daripada mewujudkan sistem negara kebajikan. Sekiranya Malaysia laksanakan GST, bolehkah ia wujudkan sistem kesihatan awam yang percuma lagi berkualiti atau pendidikan percuma sehingga tahap universiti?

Apakah alternatif kalau tidak laksanakan GST?

- Kalau kerajaan Malaysia betul-betul perlukan wang untuk memastikan kesejahteraan rakyat, adanya alternatif pencukaian yang lebih adil dan mampu mengagihkan semula kekayaan negara di samping menambah pendapatan kerajaan, misalnya: cukai perolehan modal (capital gain tax) dan cukai warisan harta (inheritance tax).

- Mengapa kerajaan takut untuk naikkan cukai ke atas 1% orang terkaya? (Jumlah kekayaan 40 orang terkaya di Malaysia pada 2014 adalah RM 217.82 bilion)

Adakah negara kita betul-betul perlukan GST?

- Tidak sama sekali.

- Mengapa rakyat biasa dipaksa untuk membayar kerugian yang disebabkan oleh kegagalan kerajaan menguruskan kewangan negara?

- Mengapa rakyat biasa terus diperah sementara golongan maha kaya terus dijaga oleh dasar-dasar kerajaan yang “mesra bisnes”?

- GST bukan satu-satunya pilihan yang ada ataupun keperluan untuk menambahkan pendapatan kerajaan Persekutuan.

Page 10: Sosialis (Apr Mei 2014)

10 ANTARABANGSA Apr-Mei 2014

Taiwan: Pelajar Occupy Parlimen Membantah Perjanjian Perdagangan BebasProtes besar-besaran yang d i t e ra j u i o l eh mahasiswa tercetus baru-baru ini di Taiwan, untuk membantah Perjanjian P e r d a g a n g a n Perkhidmatan China-Taiwan (CSSTA).

Oleh sebab tidak puas hati dengan cara ahli-ahli parlimen daripada Parti Kuomintang meluluskan secara tergesa-gesa pemeriksaan ke atas CCSTA, satu perjanjian pe rdagangan bebas d e n g a n C h i n a , sekumpulan pelajar dan o r a n g a w a m t e l a h m e n g a d a k a n a k s i m e m p e r t a h a n k a n demokrasi di hadapan b a n g u n a n D e w a n Perundangan pada 18 Mac yang lalu. Pada waktu malam itu, lebih kurang 200 orang pelajar telah berjaya melepasi garisan pengawalan polis dan menyerbu masuk ke dalam Dewan Perundangan. Para pelajar telah menduduki Dewan Perundangan tersebut untuk meneruskan perjuangan. Pelajar telah menduduki Dewan Perundangan untuk lebih 3 minggu. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah Taiwan di mana parlimen “ditawan” oleh rakyat.

Pelajar yang berprotes mengutuk Dewan Perundangan yang cuba meluluskan satu perjanjian perdagangan bebas dengan cara kotak hitam, iaitu tanpa proses demokrasi yang telus. Perjuangan ini telah mendapat sokongan ramai rakyat Taiwan dan

momentumnya semakin hebat. Sekumpulan pelajar telah menduduki pintu masuk Dewan Eksekutif pada malam 23 Mac tetapi telah dikasari oleh polis yang bertindak ganas. Ini menimbulkan kemarahan lebih ramai orang lagi. Lebih kurang 500,000 orang berhimpun di hadapan Istana Presiden pada 30 Mac yang lalu menentang CSSTA dan mempertahankan demokrasi.

Walaupun hubungan politik antara Taiwan dan benua besar China sering tegang dalam isu penyatuan semula ataupun pemisahan, namun golongan kapitalis merentasi Selat Taiwan tiada masalah untuk melabur dan mencari keuntungan di dalam kedua-dua entiti politik ini. Perjanjian CSSTA

merupakan sebahagian daripada Perjanj ian Kerangka Kerjasama Ekonomi (ECFA) yang bertujuan untuk mengalihkan halangan untuk wujudkan pasaran bebas supaya kapitalis di Taiwan dan China boleh mengaut lebih keuntunan. CSSTA yang akan membuka lebih ruang untuk pemodal besar China masuk ke Taiwan, telah menimbulkan kebimbangan bahawa bisnes modal kecil akan ditelan habis dan juga pengaruh politik-ekonomi benua besar China akan semakin ketara ke atas rakyat Taiwan. Rakyat Taiwan juga tidak berpuas hari dengan cara kerja “kotak hitam” yang membenarkan perjanjian perdagangan bebas yang mempunyai impak besar ini diluluskan tanpa proses penilaian klausa demi klausa.

Gerakan membantah per janj ian perdagangan bebas yang diterajui oleh para pelajar telah menggegarkan m a s y a r a k a t Ta i w a n . I n i j u g a menunjukkan bahawa anak muda

mampu menerajui gerakan untuk perubahan sosial yang bermakna. ##

Mesir: Pemerintah Tentera Kejam dan Ancam DemokrasiSebuah mahkamah di wilayah Al Minya, Mesir, telah menjatuhkan hukuman mati ke atas 529 orang penyokong bekas Presiden M u r s i , d e n g a n t u d u h a n membunuh seorang pegawai polis. 529 orang tersebut didakwa menyerang sebuah balai polis pada bulan Ogos 2013

dan menyebabkan seorang pegawai polis mati dibunuh. Pihak tentera Mesir yang merampas kuasa pada bulan Julai 2013, telah bertindak ganas apbila memukul demontrasi penyokong al-Ikhwan p a d a b u l a n O g o s 2 0 1 3 , menyebabkan lebih 600 orang terkorban. Sehingga hari ini, hanya seorang pegawai polis yang dituduh bertanggungjawab atas kematian 37 orang tahanan yang terkorban akibat keracunan gas, dijatuhkan hukuman penjara 10 tahun; tetapi sekarang 529 orang pula dihukum mati kerana kematian seorang pegawai polis.

Pensabitan dan penghukuman secara tergesa-gesa tanpa proses pendengaran yang adil ke atas 529 orang yang dituduh membunuh ini, membongkarkan s i fa t re j im ketenteraan yang merampas kuasa daripada Mursi pada bulan Julai 2013. Sistem kehakiman telah

dijadikan alat untuk pemerintah menindas sesiapa yang tidak bersetuju dengannya.

Kebangkitan kuasa rakyat Mesir pada Januari 2011 telah berjaya menjatuhkan rejim diktator Mubarak dalam 18 hari. Pihak tentera yang bimbang dengan kuasa rakyat yang tidak terkawal telah masuk campur dan mengambil alih kuasa pentadbiran negara selepas revolusi 2011. Selepas Mursi daripada kumpulan Al-Ikhwan menang dalam pilihanraya dan menjadi Presiden

Mesir pada bulan Jun 2012, masalah sosio-ekonomi dan pergolakan politik di negara Mesir masih berterusan sehingga berlakunya lagi demonstrasi besar-besaran. Pihak tentera yang takut dengan kebangkitan kuasa rakyat terus merampas kuasa dengan menggulingkan Presiden Mursi pada Julai 2013, kemudiannya menzalimi penyokong Mursi dan mengapi-apikan sentimen nasionalis sempit untuk memecah-belahkan rakyat Mesir. Dari bulan Julai 2013 hingga Januari 2014, lebih kurang

1400 orang mati dalam k e a d a a n h u r u - h a r a , kebanyakan mereka adalah penunjuk perasaan y a n g m e m b a n t a h rampasan kuasa. Ramai aktivis politik telah ditahan dan didakwa secara tidak adil, manakala media massa telah dikongkong oleh kerajaan.

Sememangnya te lah terbukti pihak tentera Mesir bukannya kuasa yang revolusioner dan t idak mungkin p ihak Tentera Mesir membawa perjuangan demokrasi ke hadapan. Perjuangan rakyat Mesir masih penuh dengan cabaran. ##

Page 11: Sosialis (Apr Mei 2014)

11 SUDUT SEJARAH Apr-Mei 2014

Kontradiksi Kelas: Hubungannya dengan Kuasa Feudal di Malaysia

(Bahagian 1)oleh Azizi Suriani

Sejarah Penjajahan

Sekurang-kurangnya ada empat kuasa penjajah telah menduduki, mempengaruhi dan mencorakkan geo-politik Tanah Melayu. Kuasa itu ialah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun dan kemudian kembali kepada Inggeris. Tempohnya tidak kurang 450 tahun lamanya rakyat bumi ini telah dijajah. Bermula dengan Portugis (1511—1641) selama 130 tahun, kemudian perang ala-gerila oleh Hang Nadim hingga menawan semula kota Melaka. Menyusul Belanda (1782 – 1784) yang telah merebut Melaka. Dalam tempoh pendudukan Belanda, kuasa penjajah Eropah ini tidak henti-henti ditentang pula oleh angkatan laut pimpinan Raja Haji. Belanda tidak berputus asa sebaliknya telah meningkatkan kekuatannya dan menumpaskan Raja Haji pada 1784. Sejarah juga menyaksikan Perang Naning (1881-1883), Perang Raja Mahadi (1866-1873) dan Perang Sungai Ujung (1874 – 1876). Di Perak pula, Perang Dato' Sagor dan Maharajalela pada (1875 – 1876). Begitu juga Perang Bahaman (1891-1895) di susuli pula oleh serangan dari Tok Janggut pada tahun 1915.

Ketika Perang Dunia II, Tanah Melayu telah dicerobohi Jepun (1942-1945) sesudah British lari dan gagal mempertahankan Malaya ketika itu. Di pihak lain, perlawanan terhadap Jepun telah dilancarkan terus oleh MPAJA, laskar rakyat, dan Force 136 (1). Ledakan Bom Atom pada 1945 di dua bandar besar Hi roshima dan Nagasaki d i Jepun te lah mengembalikan kuasa kolonial British ke Malaya. Malaya telah gagal dimerdekakan sama ada di bawah plan PETA/KRIS atau pun PKM sendiri kerana

pembelotan dari dalam.

Tentangan terhadap feudal – Anti-Feudal

Sejak tertubuh PKM pada 1930 yang bercita-cita untuk membebaskan Malaya dari kuasa imperialis Inggeris, parti ini tidak pernah bertindak menentang feudal Melayu. Ia hanya terbentuk menjadi ketumbuk revolusioner apabila British mengisytiharkan Darurat pada 18 Jun 1948 dan menangkap pemimpin-pemimpin kiri (2). Serangan gerila Tentera Pembebasan Nasional (TPN) anak semua bangsa bertubi-tubi sepanjang tahun 1948–1957 telah memberi tekanan terhadap kuasa kolonial Inggeris hingga kuasa penjajah ini goyah dan menimbang untuk memberi kemerdekaan kepada Malaya di bawah dasar “Anglo–Malaya”, suatu dasar bagi menjaga kepentingan British di bekas tanah jajahannya. Kemerdekaan untuk Malaya pada 1957 diserahkan dengan penuh bersyarat di atas dulang

perak kepada elit feudal Melayu yang telah lama bermanja dengan kuasa penjajah ini dan dasar kapitalis yang dibawanya.

Walaupun lebih 450 tahun Tanah Melayu dijajah dan gagal keluar walaupun dengan pelbagai siri peperangan yang dilancarkan, kecuali hanya selepas 1948 dan perang gerila PKM yang telah

mengambil banyak pengalaman semasa menentang Jepun telah melemahkan dan mencemaskan kuasa kolonial British di Malaya. Di sinilah perang (Perang Dunia II) dan Darurat 1948 menjadi amat bermakna kepada perubahan politik Malaya dalam satu kerangka hukum dialektika sejarah.

Sebelum Perang Dunia II, pertubuhan politik golongan muda KMM (1937) terdiri dari nasionalis Melayu telah menggemakan suara Anti-Feudal kerana kerana mereka melihat hubungan yang intim di antara feudal dengan British akan menyulitkan suara baru untuk menuntut Malaya Merdeka dan ini telah mencetuskan penangkapan 150 anggotanya pada tahun 1940 oleh British (3). Mereka hanya dibebaskan sebaik sahaja Inggeris meloloskan diri dari kepungan

Jepun pada 1942. KMM akhirnya diharamkan oleh Jepun kerana menuntut merdeka yang telah dijanjikan Jepun kemudian pertubuhan ini diganti oleh PETA/KRIS pada tahun 1945 dalam satu persepakatan merdeka di antara Hatta/ Sukarno – Dr. Burhanudin/ Ibrahim Yaakob.

Dalam tempoh ini juga, Moktaruddin Lasso (pemimpin kiri Indonesia) pernah mengemukakan desakan yang bersifat anti-feudal tetapi ianya telah ditentang oleh Abdullah CD kerana pada hematnya situasi Malaya adalah tidak sama dengan Indonesia walaupun kedua-duanya adalah negeri pertanian. Perang Jawa atau Perang D iponogoro 1830 adalah garis pemisah zaman feudal bagi Indonesia, melihat kuasa kompeni Hindi Belanda melumati tenaga pribumi dan f e u d a l J a w a sekaligus. Akibatnya pribumi dan feudal Jawa telah ditekan dalam kerja paksa di l a d a n g t e b u ,

tembakau dan nila bagi melunasi hutang - bunga dari perang ini yang modalnya adalah dari Raja Willem di Belanda yang juga kapitalis (3).

Walaupun latar belakang penguasaan tanah oleh feudal sebelum dijajah oleh dua kuasa asing yang berbeza tetapi penjajahan oleh British terhadap Malaya tidak berlaku seperti di Jawa. Di Tanah Melayu, British telah menjajah hanya dengan pena (Perjanjian Pangkor 1874, Raja Melayu menjual negeri ini di atas sebuah kapal di Pangkor) yang telah memaksa kuasa feudal Melayu menerima Residen Inggeris sebagai tuan terhadap soal politik dan ekonomi. Tuan-tuan tanah bukan lagi feudal yang bertanggung jawab terhadap gunatanah, cukai, sewa atau pindah milik tanah. Sejak itu, British telah membawa masuk ramai

buruh Cina dan India dari luar bagi keperluan lombong dan ladang getah. Jika dasar buruh asing ini tidak berlaku, maka kontradiksi kelas tani–buruh terhadap kapitalis tetap akan berkembang juga seperti yang terjadi di Indonesia hari ini.

Nota kaki:

(1) Perlawanan telah dilancarkan terus oleh MPAJA. Force 136 dan laskar rakyat. Sebenarnya Force 136 t idak pernah bertempur melawan Jepun, ia hanya berlaku

setelah dapat berhubung dengan dan diberi perlindung oleh MPAJA, barulah pasukan ini dapat mendara t d i Ma laya pada penghujung perang /anti-Jepun, dan setelah itu sebahagiannya dapat bergerak di daerah Gerik dan membentuk satu pasukannya yang terdiri dari golongn atasan Melayu.(2) Lebih kurang 30,000 orang pemimpin-pemimpin dan aktivis parti telah ditangkap semasa darurat. Darurat 1948 adalah Perang terhadap golongan kiri yang telah dirancang awal oleh

British berikutan dari Hartal 194. Sebanyak 400,000 tentera British telah dibawa masuk ke Malaya ketika itu bagi operasi perang ini. (3) Wang Gungwu (ed), 1964. Malaysia: Survey. Pall Mall Press. ms. 143.

(Bersambung dalam Sosialis edisi Mei-Jun yang akan datang)

Datuk Bahaman

Ibrahim Yaakob

Moktaruddin Lasso

Perjanjian Pangkor

TIPS SEJARAH

PETA (Ikatan Pembela Tanah Ayer Malaya) merupakan sebuah gerakan pemuda radikal Melayu yang ditubuhkan di Temerloh, Pahang pada 9 Oktober 1947, beberapa bulan selepas gerakan API (Angka tan Pemuda Insa f ) diharamkan oleh Kerajaan Penjajah British.

PETA merupakan salah satu badan yang bergabung bersama PUTERA-AMCJA (Pusat Tenaga Rakyat - All Malaya Council of Joint Action).

Gambar ini diambil semasa kongres pertama PETA yang diadakan di Temerloh pada bulan Mac 1948.

Tiga bulan kemudian PETA telah diharamkan selepas penjajah mengisytiharkan Darurat di seluruh Malaya pada bulan Jun 1948.

Page 12: Sosialis (Apr Mei 2014)

PERJUANGAN RAKYAT12 Apr-Mei 2014

Sudut Komik

Sekitar Kempen Jelajah PSMUlu Jelai, PahangBentong, Pahang Kuala Kedah, Kedah

Kuantan, Pahang Bukit Minyak, P. Pinang

Alor Setar, Kedah

Tahukah Anda?Di Amerika Syarikat, negara yang terkaya dalam dunia -

- Antara 2002 dan 2012, pendapatan purata 90% keluarga terbawah mengalami kemerosotan sebanyak 11%, manakala 0.01% keluarga yang terkaya mengalami kenaikan pendapatan mereka sebanyak 76%!

- Peratusan lelaki antara umur 25 hingga 54 tahun yang tidak ada kerja telah meningkat daripada 5% dalam tahun 1968 ke 18% dalam tahun 2013. - Walaupun GDP telah berkembang sebanyak 1.8% setahun untuk tempoh 2002 – 2012, penjanaan kerja hanya 0.3% setahun dalam tempoh ini.

- Antara mereka yang ada kerja pada tahun 2013, 20% adalah pekerja separuh masa. - 50 juta orang, ataupun 16% daripada jumlah penduduk Amerika Syarikat adalah di bawah garis kemiskinan.

Panda dan GST

Kaum pekerja di Amerika Syarikat terus diserang teruk oleh pihak kapitalis dalam 25 tahun yang lalu. Keruntuhan sistem USSR telah membuka ruang untuk syarikat-syarikat besar Amerika Syarikat memindahkan kilang-kilang mereka ke negara-negara di mana gaji adalah jauh lebih rendah berbanding gaji di Amerika Syarikat. Kerelaan kapitalis melari ke negara lain telah menghakiskan keazaman kesatuan pekerja berjuang untuk gaji dan kondisi kerja yang lebih baik. Oleh itu, situasi orang awam di Amerika Syarikat terus merosot dengan ketiadaan peluang kerja, pengurangan bantuan kebajikan dan peningkatan beban hutang.

Jika sistem kapitalis tidak dapat menjamin taraf hidup yang munasabah di negara yang terkaya di dunia, apakah kemungkinannya sistem ini sanggup mengatasi masalah kemiskinan di negara-negara Afrika, Asia dan Amerika Latin? Bukannya ini masanya kita fikirkan pengganti untuk sistem kapitalis ini? (Angka-angka dalam artikel ini adalah daripada majalah Monthly Review jilid Januari 2014)