2

Click here to load reader

Sosiolinguistik Othman

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sosiolinguistik Othman

Soalan 1

1.0 Pendahuluan

1.1 Definisi Linguistik

Linguistik adalah ilmu mengkaji bahasa. Kajian linguistik pula untuk

melihat bentuk bahasa bahasa dan ada juga kajian yang meliputi perkaitan antara

bahasa dan penutur serta masyarakat sekeliling .Menurut Verhaar(1985),kata

lingustik berasal daripada kata Latin iaitu lingua yang bermaksud bahasa

Langacker(1987) linguistik ialah kajian terhadap bahasa manusia. Ini bermakna

linguistik mengkaji bahasa-bahasa yang dihasilkan oleh manusia melalui alat-alat

pertuturan tertentu yang membawa pelbagai makna. David Crystal(1973)

menjelaskan linguistik sebagai kajian bahasa secara saintifik.Ini bermakna

bahawa bahasa-bahasa yang dikaji mesti dilihat sebagai satu disiplin ilmu yang

tersusun serta mempunyai organisasi tersendiri .

Verhaar(1993) menjelaskan linguistik sebagai satu kajian ilmu

bahasa .Menurut beliau,pengertian kata”linguistik” merujuk kepada bagaimana

suatu kajian bahasa itu dilaksanakan.Berdasarkan pandangan-pandangan tokoh-

tokoh tersebut, dapatlah dirumuskan bahawa linguistik merupakan bidang yang

memerlukan kajian yang mendalam dan teliti yang memberi penekanan kepada

bidang kajian bahasa secara khusus serta menghubungkan bahasa dengan ilmu

disiplin yang lain.

1.2 Bidang Linguistik

Bidang linguistik meliputi linguistik umum,linguistik terapan,linguistik

teoritis dan sejarah linguistik.Linguistik umum merumus secara umum semua

bahasa manusia secara alamiah. Linguistik terapan pula merupakan ilmu yang

berusaha menerapkan hasil penelitian di dalam bidang linguistik untuk keperluan

praktis.Sementara linguistik teoritis mengutamakan penelitian bahasa dari segi

internal dan dalaman. Akhir sekali,sejarah linguistik menyentuh mengenai tentang

perkembangan bahasa.

Page 2: Sosiolinguistik Othman

2.0 Linguistik Deskriptif

2.1Definisi Deskriptif