6
1 Faculty of Hotel and Tourism Management Special Edition January 2016 UiTM TELAH DiTAWAN! “ HOSFEST 2016: Treasure Hunt” Oleh: Siti Zafaliani Mohamad Ali & Norazlina Rahmat Bertemakan ‘Globe Throtter Day’, aktiviti treasure hunt telah dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan dibantu oleh siswa dan siswi Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 4 (A). Aktiviti yang telah diadakan pada hari kedua HosFest 2016 ini telah diadakan di dalam Kampus UiTM Dungun dan kawasan sekitarnya. Dengan penyertaan maksimum sebanyak 20 kumpulan pelajar, para peserta ini telah diberi penerangan mengenai peraturan aktiviti dan dimulai senaman ringan sebelum dilepaskan untuk bergerak ke checkpoint pada pukul 9.15 pagi. Di checkpoint yang pertama, setiap ahli kumpulan diminta untuk meminum ‘Air Mustajab’ yang disediakan oleh penganjur di perkarangan Stadium Gemilang. Cabaran ini memerlukan mental yang kuat kerana mereka perlu menghabiskan minuman yang disediakan di dalam botol mineral yang telah dibancuh air sirap bercampur garam. Mereka perlu menghabiskan air tersebut bagi mendapatkan klu bagi checkpoint seterusnya. Dengan mengunakan bahan semulajadi yang ada di sekitar Taman Tasik Sura Hujung, para peserta dikehendaki membuat rantai berdasarkan kreativiti masing-masing. Disini dapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka perlu memakainya sepanjang aktiviti berlangsung. HotNewz Bulletin Editorial CHIEF EDITOR Wan Nazriah Wan Nawawi EDITORS Azlina Samsudin Haslina Che Ngah Malissasahila Abdul Manap REVIEWER Rahman Abdullah LAYOUT & GRAPHIC Azahar Adzmy PATRONS Ybhg. Assoc. Prof. Dr. Abdol Samad Nawi Assoc. Prof. Dr. Azemi Che Hamid ADVISOR Harnizam Zahari Alll articles should be sent to: [email protected] Tekun dan bergaya apabila mengayakan hasil kreativiti setiap ahli kumpulan Berdasarkan klu “Mak, mee sup 1”, mereka perlu bergerak ke kedai Mee Sup Makwan untuk menyelesaikan tugas yang berikutnya. Disini, para peserta diminta untuk membuat edaran flyers mengenai Fakulti dan UiTM kepada pengunjung kedai tersebut. Seterusnya berhampiran tempat menunggu van, para peserta diminta untuk membuat layang-layang dan perlu naikkan layang-layang tersebut. Ada kumpulan yang mengambil masa lebih daripada 15 minit untuk menyelesaikan tugasan tersebut. Di check point kelima iaitu di Taman Teluk Gadung mereka perlu memilih salah satu sampul surat yang mengandungi gambar dan mereka perlu melukis muka setiap ahli kumpulan mengikut gambar yang

Special Edition “ HOSFEST 2016: Treasure Hunt” · PDF filedapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka ... menunjukkan bakat

  • Upload
    lyquynh

  • View
    231

  • Download
    6

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Special Edition “ HOSFEST 2016: Treasure Hunt” · PDF filedapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka ... menunjukkan bakat

1

Faculty of Hotel and Tourism Management

Special Edition January 2016

UiTM TELAH DiTAWAN!

“ HOSFEST 2016: Treasure Hunt”

Oleh: Siti Zafaliani Mohamad Ali & Norazlina Rahmat

Bertemakan ‘Globe Throtter Day’, aktiviti treasure hunt telah dianjurkan oleh Jabatan Pelancongan dan dibantu oleh siswa dan siswi Diploma Pengurusan Pelancongan Semester 4 (A). Aktiviti yang telah diadakan pada hari kedua HosFest 2016 ini telah diadakan di dalam Kampus UiTM Dungun dan kawasan sekitarnya. Dengan penyertaan maksimum sebanyak 20 kumpulan pelajar, para peserta ini telah diberi penerangan mengenai peraturan aktiviti dan dimulai senaman ringan sebelum dilepaskan untuk bergerak ke checkpoint pada pukul 9.15 pagi.

Di checkpoint yang pertama, setiap ahli kumpulan diminta untuk meminum ‘Air Mustajab’ yang disediakan oleh penganjur di perkarangan Stadium Gemilang. Cabaran ini memerlukan mental yang kuat kerana mereka perlu menghabiskan minuman yang disediakan di dalam botol mineral yang telah dibancuh air sirap bercampur garam. Mereka perlu menghabiskan air tersebut bagi mendapatkan klu bagi checkpoint seterusnya. Dengan mengunakan bahan semulajadi yang ada di sekitar Taman Tasik Sura Hujung, para peserta dikehendaki membuat rantai berdasarkan kreativiti masing-masing. Disini dapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka perlu memakainya sepanjang aktiviti berlangsung.

HotNewz Bulletin Editorial CHiEF EDiTOR

Wan Nazriah Wan Nawawi

EDiTORS

Azlina Samsudin

Haslina Che Ngah

Malissasahila Abdul Manap

REViEWER

Rahman Abdullah

LAyOUT & GRAPHiC

Azahar Adzmy

PATRONS

ybhg. Assoc. Prof. Dr. Abdol Samad Nawi

Assoc. Prof. Dr. Azemi Che Hamid

ADViSOR

Harnizam Zahari Alll articles should be sent to:

[email protected]

Tekun dan bergaya apabila mengayakan hasil kreativiti setiap ahli kumpulan

Berdasarkan klu “Mak, mee sup 1”, mereka perlu bergerak ke kedai Mee Sup Makwan untuk menyelesaikan tugas yang berikutnya. Disini, para peserta diminta untuk membuat edaran flyers mengenai Fakulti dan UiTM kepada pengunjung kedai tersebut. Seterusnya berhampiran tempat menunggu van, para peserta diminta untuk membuat layang-layang dan perlu naikkan layang-layang tersebut. Ada kumpulan yang mengambil masa lebih daripada 15 minit untuk menyelesaikan tugasan tersebut.

Di check point kelima iaitu di Taman Teluk Gadung mereka perlu memilih salah satu sampul surat yang mengandungi gambar dan mereka perlu melukis muka setiap ahli kumpulan mengikut gambar yang

Page 2: Special Edition “ HOSFEST 2016: Treasure Hunt” · PDF filedapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka ... menunjukkan bakat

2

telah mereka pilih dengan menggunakan warna air yang disediakan. Untuk membuktikan mereka telah selesai di checkpoint itu mereka perlu bergambar dengan muka yang telah dilukis dan memuat turunnya di laman sosial instagram. Mereka mestilah meneruskan misi ke checkpoint seterusnya yang klu berbentuk ‘ dihujung tasik bertemu dengan pantai’ dan perlu melakukan cabaran disana iaitu meneka bendera seluruh dunia. Seperti treasure hunt yang lain, jika peserta tidak dapat menyelesaikan aktiviti dengan tepat pada masa yang ditetapkan maka peserta akan dikenakan penalti. Penalti yang dikenakan ialah para peserta dikehendaki mencari 5 keping syiling bernilai 5 sen didalam bekas yang mengandungi ketulan ais.

Setelah tamat di checkpoint keenam, peserta diminta untuk bergerak ke checkpoint ketujuh dimana peserta dikehendaki menjalankan aktiviti meneka 10 jenis logo antarabangsa. Peserta boleh mengambil masa sebanyak dan dibenarkan menggunakan bantuan “Google”. Namun begitu, terdapat juga kumpulan yang salah meneka logo dan kumpulan itu diberikan penalti masa selama 2 minit di checkpoint tersebut sebagai denda sebelum meneruskan perjalanan mereka. Dengan berpandukan klu, ‘Are you charismatic person?’, para peserta diminta untuk makan timun dan perlu meniup sekurang-kurangnya 3 biji melekat diatas muka mereka. ia dapat menguji kesabaran para peserta dan pelbagai ragam dan gaya dalam usaha melekatkan biji timun tersebut.

Di checkpoint seterusnya, para peserta perlu meneka tajuk filem dan peribahasa berdasarkan pilihan yang dibuat. Salah seorang daripada ahli kumpulan perlu membuat gaya tanpa mengeluarkan bunyi bagi membolehkan kawan-kawannya meneka tajuk yang telah dipilih. Mereka telah membuat pelbagai gaya dan aksi dalam usaha memahamkan ahli kumpulan untuk meneka. Secara tidak langsung, ia dapat menguji minda dan meningkatkan tahap berkomunikasi tanpa mengeluarkan suara atau bunyi.

Dengan klu “do-it, do-it”, setiap kumpulan diminta untuk menjual satu paket kerepek kepada orang awam. Mereka perlu mengatasi sifat rasa malu untuk menawarkan kepada pembeli,. Pelbagai ragam dan gaya yang dilakukan bagi menarik pelanggan untuk membeli kerepek tersebut.

Di lokasi terakhir, mereka perlu mencantumkan kepingan puzzle yang mereka perolehi setelah menyelesaikan aktiviti di setiap checkpoint. Mereka diadili berdasarkan masa mereka menghantar puzzle yang telah siap dicantum ke meja urus setia. Pemenang yang memenangi aktiviti ini telah mengambil masa 2 jam 05 minit untuk menyelesaikan aktiviti di setiap checkpoint.

Antara gelagat peserta yang melakukan “Face Painting”

Usaha untuk melekatkan biji timun dimuka

Sepintas lalu ragam dan gaya ketika aktiviti Treasure Hunt

Page 3: Special Edition “ HOSFEST 2016: Treasure Hunt” · PDF filedapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka ... menunjukkan bakat

3

Pada 9 dan 10 Januari, 2016, berlangsungnya Hospitality Festival 2016 (HOSFEST 2016) yang bertempat di sekitar perkarangan

Hotel UiTM dan blok Fakulti Pengurusan Hotel & Pelancongan, UiTM (Terengganu). Program ini diadakan setiap 2 tahun sekali bagi menggalakkan dan memberi peluang kepada pelajar untuk menunjukkan bakat dan kemahiran masing-masing. Pelbagai pertandingan dan juga aktiviti telah dijalankan sepanjang 2 hari program berlangsung, di antaranya Epicurean Culinary Challenge 2016 (ECC), Fruit Carving Competition, NESCAFE Tarik Challenge, Waiter’s Race, Themed Table Setting, Ticketing Race, Treasure Hunt, Giant Ladder Eatery Day dan juga D’Hoteliers Haunted House.

Jabatan Seni Kulinari menganjurkan pertandingan ECC dan juga Fruit Carving competition bagi menggalakkan pelajar mengasah

kemahiran sedia ada mereka. Pertandingan ECC disertai sebanyak 28 kumpulan, di mana setiap kumpulan mempunyai 2 orang peserta. Pelajar-pelajar ini adalah peserta yang mempunyai keyakinan dan juga semangat daya saing yang tinggi. Juri juga turut dipilih dari kalangan pensyarah senior yang berpengalaman serta juri luar dari Hotel Primula, Eksekutif Chef Ariffin Minggu dan juga salah seorang alumni UiTM (Terengganu) iaitu Aiman yusof yang mempunyai restoran sendiri dan pengalaman menyertai pelbagai pertandingan antarabangsa.

Epicurean Culinary Challenge 2016 (ECC) & Fruit Carving

CompetitionOleh: Siti Nor Fadillah Ahmad Shariff, Siti Nurhanifah Sulong & Mohd izwan Mohd Zaki

Setiap kumpulan peserta dikehendaki menyediakan masakan bahan misteri (black box) dan diberi masa selama 2 jam, untuk

menyiapkan hidangan mereka. Hidangan utama yang perlu disediakan adalah berasaskan sumber protein, iaitu ayam dan makanan laut bagi hidangan pembuka selera.

Pada pusingan akhir, sebanyak 10 kumpulan telah dipilih untuk bertanding bagi mendapatkan tempat pertama. Peserta

dikehendaki menyediakan hidangan utama dari daging dan juga menyediakan pemanis mulut.

Pertandingan ECC ini dijuarai oleh kumpulan ‘Kembang Semangkuk’ dan membawa pulang hadiah wang tunai, sijil penyertaan, pingat

emas serta beberapa hadiah iringan.

Tidak kurang hebatnya bagi peserta yang menyertai pertandingan Fruit Carving Competition. Sebanyak 15 kumpulan yang menyertai

pertandingan ini dan peserta diberikan masa selama 3 jam untuk menyiapkan ukiran buah. Pertandingan ini berlangsung di sekitar perkarangan Restoran Bayu Grill, di mana pengunjung boleh melihat secara dekat bagaimana ukiran buah ini dihasilkan oleh para peserta. Hasil ukiran peserta agak memberangsangkan dan setelah melalui penelitian oleh juri, mereka sepakat memilih kumpulan ‘Kom Kom’ sebagai kumpulan yang memenangi tempat pertama. Hasil ukiran yang halus, unik dan juga teliti menjadi faktor di atas kemenangan kumpulan ini, tahniah di ucapkan di atas kejayaan.

Page 4: Special Edition “ HOSFEST 2016: Treasure Hunt” · PDF filedapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka ... menunjukkan bakat

4

Kemeriahan Hosfest 2016 diteruskan lagi dengan acara yang dinanti-nantikan oleh semua iaitu Pertandingan Nescafe Tarik pada hari kedua. Pertandingan ini mendapat sambutan dan penyertaan yang sangat menggalakkan dengan 15 orang peserta. Walaubagaimanapun tiga orang peserta menarik diri pada saat akhir. ia terbuka kepada orang awam, staf hotel serta pelajar. Diadakan di ‘terrace’ Restoran Sri Molek, Hotel UiTM, pertandingan ini berjaya mencuri tumpuan ramai dan disaksikan oleh kira-kira 150 orang penonton. ianya dikelolai oleh ‘Food & Beverage team’ dengan Faliza Mahamed Ali bertindak selaku ketua, Nik Mohamad Zulfadli Nik Mohd Fahmi dan Siti Aishah Mat Taib selaku ajk pertandingan serta dibantu oleh semua ‘Food & Beverage team’ dan ajk adhoc.

PERTANDiNGAN NESCAFE TARIK

Oleh: Jazira Anuar & Faliza Mahamed Ali

Organisasi Nestle menaja sepenuhnya pertandingan ini. Para peserta dikehendaki menyediakan dua jenis penyediaan nescafe iaitu panas dan sejuk. Bagi kategori panas, mereka perlu menarik Nescafe ini mengikut kreativiti masing-masing. Bagi penyediaan Nescafe sejuk pula, mereka perlu menggunakan ‘shaker’ yang disediakan serta membuat ‘shake style’ yang menarik. Pelbagai aksi lucu, mengagumkan dan menghiburkan hati dapat disaksikan melalui persembahan para peserta. Ada yang bersilat serta berpakaian segak ala Laksamana Hang Tuah, ada yang menari santai persis tarian Zumba. Manakala ada juga aksi cemas yang mana peserta melompat dari kerusi sambil menarik Nescafenya. Rata-rata semua peserta sangat ‘sporting’ dan memberikan persembahan yang terbaik walaupun mereka sedikit gementar dengan jumlah penonton yang ramai. Pening juga pihak juri untuk memilih pemenang memandangkan semua peserta hebat-hebat belaka. Para juri terdiri dari mereka yang berpengalaman dalam bidang hospitaliti ini iaitu En Azahar Adzmy, En Samsul Bahri Usman selaku Pengurus Besar Hotel UiTM serta Pn Aniza Ariffin yang juga merupakan Pengerusi Hosfest 2016.

Kriteria yang dilihat ialah kreativiti para peserta dalam penyediaan nescafe, masa yang diambil untuk menyediakan Nescafe ini dan yang paling penting ialah rasa dan tekstur Nescafenya. Pertandingan ini dimenangi oleh Mohd Shamsul Quiri b Ramli (pelajar Diploma Pengurusan Hotel) selaku johan dengan mendapat hadiah wang tunai berjumlah RM150, naib johan iaitu Ahmad Zulfahmi Lutfi b Kadir (pelajar ijazah Sarjana Muda Pengurusan Hotel semester 5) serta tempat ketiga, iaitu Muhammad yazid b Zainuddin (pelajar Diploma Pengurusan Hotel). yang pasti, bahang Hosfest

2017 kian terasa. Sudah pasti Pertandingan Nescafe Tarik 2017 juga akan menjanjikan hadiah yang lebih lumayan dan intipati yang lebih menarik.

Page 5: Special Edition “ HOSFEST 2016: Treasure Hunt” · PDF filedapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka ... menunjukkan bakat

5

Acara “Theme Table Setting” berlangsung di Restoran Bayu Grill pada hari pertama festival iaitu pada 9 Januari 2016. Peserta terdiri daripada para pelajar Fakulti Pengurusan Hotel dan Pelancongan semester dua sehingga semester empat. Peserta pertandingan adalah secara berkumpulan yang terdiri daripada empat orang pelajar bagi setiap kumpulan. Setiap kumpulan mempunyai nama yang begitu unik antaranya Captain Cute, Fantastic Four, The Nineteen’s, Marvel Four, Cat Women, Black Bat, Spiderwomen, Fans dan Aku Ade, Kau Takde Kan. Sebanyak 9 buah kumpulan yang bertanding dalam acara ini. Sebelum pertandingan dimulakan, kesemua kumpulan tersebut diberi taklimat oleh ketua juri berkaitan peraturan, perkara yang akan dinilai dan masa yang telah tetapkan. Ahli jawatankuasa bagi acara ini telah menyediakan barang-barang keperluan untuk setiap kumpulan mengikut borang tempahan alatan pertandingan yang dilakukan sehari sebelum tarikh acara ini bermula.

Setiap kumpulan perlu mendekorasi meja mereka dalam masa 50 minit mengikut kreativiti yang bertemakan “Superheroes”. Selain itu, juri yang dipilih adalah daripada kalangan pensyarah iaitu Encik Mohamed Muneer Samsudin, Encik Radzuan Noor Armia dan Puan Haslina Che Ngah telah membuat penilaian ke atas hasil kerja setiap kumpulan berdasarkan skala pemarkahan yang telah ditetapkan. Selain daripada pemarkahan yang dinilai berdasarkan kreativiti mendekorasi meja mengikut tema, markah juga diberi mengikut kriteria seperti penampilan kumpulan, lipatan napkin, hiasan tengah meja, mise-en-place, kebersihan semasa proses pengendalian, menu dan susun atur alatan. Para juri juga menguji pengetahuan peserta dengan bertanyakan soalan berkenaan dengan hasil dekorasi mereka dan pengetahuan tentang menu yang mengikut tema.

Akhirnya, tiga kumpulan telah dipilih dan diumumkan sebagai pemenang iaitu Fantastic Four di tempat ketiga dan memenangi wang tunai RM 100, The Nineteen’s di tempat kedua dengan memenangi

Acara : Theme Table Setting

Oleh: Wan Nazriah Wan Nawawi, Azlina Samsudin & Mohammad Hafizi Md Rus

wang tunai sebanyak RM 150, dan Marvel Four yang telah dinobatkan sebagai juara telah memenangi tunai sebanyak RM 200. Acara sebegini dapat memberi galakan kepada para pelajar untuk menjadi lebih kreatif dan berfikiran di luar kotak serta mempunyai daya saing yang sihat. Acara ini juga akan diteruskan dan menjadi satu tradisi dalam HosFest yang akan datang.

Page 6: Special Edition “ HOSFEST 2016: Treasure Hunt” · PDF filedapat menguji kreativiti para peserta dalam merekabentuk dan mewarna rantai tersebut dan mereka ... menunjukkan bakat

6

oleh: Mohd Fazli Musa, Haslina Che Ngah & Mohd Hazrin Iman Noorkhizan

ACARA: WAITER’S RACEPerlumbaan pramusaji atau Waiter’s

Race berasal dari Perancis dengan nama “course des garçons de café”. Pada permulaannya, perlumbaan ini dianjurkan untuk meningkatkan pengiktirafan profesion pramusaji di Paris. Konsep perlumbaan ini adalah sangat mudah, di mana pramusaji dikehendaki berjalan laju dengan membawa dulang yang berisi air di dalam botol tanpa menumpahkannya. Namun begitu, pada masa kini terdapat pelbagai kategori dan peraturan telah diubahsuai dan ditambah mengikut peredaran semasa. Kategori berpasukan sering mendapat sambutan dalam perlumbaan tersebut.

Konsep perlumbaan yang hampir sama juga telah dipraktikkan semasa program HosFest kali ke-2 pada 9 hingga 10 Januari 2016 yang lalu. Semasa berlangsungnya

program tersebut, Jabatan Hotel telah mengadakan tiga acara yang dipertandingkan iaitu Perlumbaan Pramusaji (Waiter’s Race), Cabaran Nescafe Tarik (Nescafe Tarik Challenge) dan Hiasan Meja Makan (Theme Table Setting) yang dikelolakan oleh pasukan “Food and Beverage Challenge”. Perlumbaan pramusaji telah mendapat sambutan yang mengalakkan daripada para pelajar fakulti dan juga kakitangan Hotel UiTM Dungun, tidak ketinggalan juga penyertaan akhir dari kalangan pensyarah yang turut memeriahkan acara ini. Perlumbaan ini disertai secara berkumpulan, di mana seramai 3 orang untuk satu pasukan dan sebanyak 12 pasukan menyertainya.

Perlumbaan pada kali ini bertemakan “Fun and Sportive”. Setiap pasukan dikehendaki mematuhi peraturan perlumbaan yang telah ditetapkan oleh

pengadil pertandingan. Syarat perlumbaan adalah memastikan setiap kumpulan

mempunyai seorang peserta wanita dan dua lelaki, di mana peserta pertama dikehendaki memakai pakaian pramusaji, peserta kedua akan memakai baju hujan, manakala peserta akhir akan membawa payung sehingga ke garisan penamat. Setiap peserta akan membawa dulang yang berisi sebotol air mineral, satu tin air minuman dan segelas air berwarna, sejauh 1 kilometer secara berganti-ganti, bermula dari Pos A iaitu pintu masuk utama kampus dan berakhir di hadapan restoran Bayu Grill.

Kemenangan tempat pertama dijuarai oleh pasukan “Kehrang Bakor” yang terdiri daripada

pelajar Diploma Pengurusan Hotel semester dua yang membawa pulang wang tunai berjumlah RM150 beserta sijil penyertaan. Manakala, naib juara pula dirangkul oleh pasukan “20th Straight” yang dianggotai oleh pelajar Diploma Pengurusan Perkhidmatan Makanan semester tiga dengan membawa pulang wang tunai sejumlah RM100 beserta sijil penyertaan. Tempat ketiga pula telah dirangkul oleh pasukan “Xenon Team” yang terdiri daripada pelajar semester dua Diploma Pengurusan Hotel dengan membawa pulang wang tunai sejumlah RM50 beserta sijil penyertaan.

Penganjuran acara seperti ini adalah wajar diteruskan pada masa akan datang kerana

profesion pramusaji dapat dipupuk dan diterap ke dalam jiwa setiap pelajar yang mengambil program perhotelan dan ianya sekaligus dapat menarik minat para pengunjung yang berminat dalam bidang ini untuk menceburinya. Selain itu, acara ini juga dapat memupuk semangat berdaya saing secara sihat di kalangan para pelajar dan sekaligus meningkatkan keyakinan diri mereka.