74
SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B) Halaman 1 PERLIS 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Jati diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam menghadapi arus globalisasi. Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh. 2 Sikap, pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang keusahawanan. Ulaskan pernyataan tersebut. 3 Kecekapan penggunaan sumber tenaga seperti elektrik, air dan bahan api dalam kehidupan seharian dapat membantu masyarakat ke arah penjimatan. Jelaskan langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tersebut. 4 Jaringan komunikasi global memanfaatkan penggunaan sumber tersebut. Bincangkan pernyataan di atas. 5 Perkataan tajam jika dilepas, Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar. Petikan puisi tradisional di atas menjelaskan perlunya seseorang untuk mengelakkan kesilapan dalam tutur kata. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga tutur kata dalam pergaulan seharian.

SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 1

PERLIS 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Jati diri rakyat Malaysia menjadi teras dan kekuatan dalam menghadapi arus globalisasi.

Huraikan ciri-ciri remaja yang memiliki jati diri yang kukuh.

2 Sikap, pengetahuan dan kemahiran membolehkan seseorang itu berjaya dalam bidang

keusahawanan. Ulaskan pernyataan tersebut.

3 Kecekapan penggunaan sumber tenaga seperti elektrik, air dan bahan api dalam kehidupan

seharian dapat membantu masyarakat ke arah penjimatan. Jelaskan langkah-langkah menjimatkan penggunaan sumber tersebut.

4 Jaringan komunikasi global memanfaatkan penggunaan sumber tersebut.

Bincangkan pernyataan di atas.

5 Perkataan tajam jika dilepas,

Ibarat beringin, racun dan upas. Kalau mulut tajam dan kasar, Boleh ditimpa bahaya besar.

Petikan puisi tradisional di atas menjelaskan perlunya seseorang untuk mengelakkan kesilapan dalam tutur kata. Huraikan pendapat anda tentang kepentingan menjaga tutur kata dalam pergaulan seharian.

Page 2: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 2

NEGERI SEMBILAN 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Murid memainkan peranan yang penting untuk merealisasikan konsep ‘Sekolahku Syurgaku’.

Bincangkan peranan yang dapat anda mainkan untuk merealisasikan konsep tersebut.

2 Anak-anak yang cemerlang lahir daripada keluarga yang bahagia.

Ulas pernyataan di atas.

3 Usaha-usaha berterusan membantu golongan Orang Kuang Upaya (OKU) merupakan satu

tindakan yang wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan berkesan kepada negara. Huraikan langkah-langkah yang patut dilakukan untuk membantu golongan ini.

4 Pelbagai usaha telah diambil oleh kebanyakan negara dan Persatuan Pencinta Alam seperti

Green Peace untuk mengatas masalah pencemaran alam di peringkat global. Tulis sebuah rencana tentang kepentingan penjagaan alam sekitar kepada masyarakat sejagat.

5 Akhir-akhir ini banyak novel karya penulis tempatan diadaptasikan ke kaca-kaca televisyen

untuk mengisi slot drama ataupun cerekarama. Pada pendapat anda, apakah kesan adaptasi tersebut kepada masyarakat?

Page 3: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 3

TERENGGANU 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya mementingkan pencapaian

akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk meyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah.

2 Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Setiap kali

berlaku kenaikan harga barangan, para peniaga akan mengaut keuntungan manakala para pengguna akan menanggung beban. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan.

3 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Sehubungan dengan itu,

anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah usaha-usaha untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat. Tulis rencana itu selengkapnya.

4 Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK yang begitu pesat menyebabkan

kita berasakan dunia ini semakin kecil. Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK).

5 Membaca karya sastera seperti cerpen, novel, drama dan puisi boleh memupuk semangat

cinta akan negara dalam kalangan murid. Bincangkan.

Page 4: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 4

TERENGGANU 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B 1 Terdapat sebilangan murid, ibu bapa dan masyarakat hanya mementingkan pencapaian

akademik dengan meminggirkan aktiviti kokurikulum di sekolah. Sebagai seorang murid, huraikan pendapat anda untuk meyakinkan semua pihak bahawa kegiatan kokurikulum banyak faedahnya kepada murid-murid dan tidak wajar diketepikan di sekolah. Cadangan idea:

Melahirkan murid yang berdisiplin

Mencungkil bakat dan potensi murid

Melahirkan pemimpin masa depan

Memupuk semangat kerjasama

Membentuk ketahanan fizikal dan mental

Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah 2 Belakangan ini telah berlaku kenaikan harga barangan keperluan pengguna. Setiap kali

berlaku kenaikan harga barangan, para peniaga akan mengaut keuntungan manakala para pengguna akan menanggung beban. Sebagai seorang pengguna yang bijak, jelaskan langkah-langkah yang dapat diambil oleh setiap ahli keluarga untuk menangani masalah kenaikan harga barangan. Cadangan idea:

Peranan ibu bapa – menabung, berhemah dalam berbelanja, suri teladan

Peranan anak-anak – amalan berjimat cermat, membeli mengikut keperluan

Peranan saudara terdekat seperti datuk, nenek – suri teladan 3 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat semakin luntur. Sehubungan dengan itu,

anda ingin menulis rencana untuk disiarkan dalam akhbar tempatan. Tajuk rencana tersebut ialah usaha-usaha untuk mengukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat.

Page 5: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 5

Tulis rencana itu selengkapnya. Karangan berformat (Rencana) Tajuk Nama penulis (Jika tiada kedua-dua tolak 2 markah) Cadangan idea:

Mengadakan rumah terbuka

Amalan ziarah-menziarahi

Melalui gotong-royong

Mengadakan kempen

Pendidikan di sekolah – menanam semangat kejiranan 4 Perkembangan Teknologi Maklumat dan Komunikasi TMK yang begitu pesat menyebabkan

kita berasakan dunia ini semakin kecil. Berikan komen anda akan keperluan masyarakat dunia memanfaatkan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK). Cadangan idea:

Kerjasama / perkongsian maklumat

Kerjasama / perkongsian kepakaran

Kerjasama / perkongsian ekonomi

Kerjasama / perkongsian mengawal keselamatan sempadan negara

Kerjasama / perkongsian sosiobudaya 5 Membaca karya sastera seperti cerpen, novel, drama dan puisi boleh memupuk semangat

cinta akan negara dalam kalangan murid. Bincangkan.

Page 6: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 6

JOHOR 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada murid-murid yang

menyertainya. Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.

2 Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau TMK amat diperlukan agar

pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu pengetahuan. Huraikan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan remaja.

3 Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem pengangkutan darat di negara

kita. Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya.

4 Pada era globalisasi itu, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan

seseorang itu. Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

5 Sekolah anda telah menganjurkan pertandingan menulis cerpen untuk dimuatkan dalam

majalah sekolah. Cerpen itu bertemakan penghargaan terhadap jasa warga tua. Tulis cerpen tersebut selengkapnya.

Page 7: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 7

JOHOR 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B 1 Aktiviti kokurikulum di sekolah memberikan pelbagai manfaat kepada

murid-murid yang menyertainya. Bincangkan faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah sehingga menjadi murid yang cemerlang.

Bil Faedah-faedah anda menyertai pelbagai aktiviti kokurikulum di sekolah

Sehingga menjadi murid yang cemerlang (kesan)

1 Mengisi masa lapang dengan aktiviti yang berfaedah

-menghindari diri daripada terlibat dengan masalah sosial -menghargai masa -bijak merancang masa dengan sistematik (jadual harian) -mengamalkan gaya hidup sihat

2 Mencungkil bakat -melatih diri menjadi pemimpin yang berkaliber (pengerusi, setiausaha) -berkomunikasi di khalayak -menonjolkan keterampilan diri -meningkatkan kemahiran sosial

3 Mengukuhkan perpaduan kaum -belajar berinteraksi dengan kaum lain -menghargai persahabatan / mengelakkan antisosial -mempelajari budaya kaum lain -mengukuhkan sikap setia kawan -memupuk semangat kerjasama / kerja berpasukan -melahirkan sikap bertoleransi

4 Membentuk disiplin diri -kekemasan diri -masa

-mematuhi peraturan – contoh dari segi masa -tidak membazir masa -mempunyai personaliti yang menarik -menjadi ikon sekolah

5 Membentuk keyakinan dan jati diri

-menyuntik semangat untuk berjaya dalam hidup -memberi idea yang bernas -menjadi insan yang berdikari -sanggup berkorban untuk agama, bangsa dan negara

Page 8: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 8

-melahirkan murid yang kreatif, kritis dan berinovasi -melahirkan insan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

2 Dewasa ini penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi atau

TMK amat diperlukan agar pengguna terutamanya remaja memperoleh ilmu pengetahuan. Huraikan kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam kehidupan remaja.

Bil Kepentingan penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi

Dalam kehidupan remaja (kesan)

1 Melahirkan masyarakat yang bermaklumat -maklumat di hujung jari -dunia tanpa sempadan -laman sesawang berita setiap negara boleh diakses melalui jaringan Internet untuk mendapatkan berita-berita terkini dari negara luar.

-melahirkan remaja berilmu / berinformasi -mengetahui isu-isu semasa dengan pantas sama ada di dalam / luar negara -melahirkan remaja celik TMK – berpengetahuan luas -meningkatkan imej remaja -melahirkan remaja yang kreatif, kritis dan inovatif -melahirkan remaja yang berwawasan -menyumbang kepada pembangunan negara -melahirkan remaja yang peka / prihatin perkembangan dan pergolakan dunia

2 Menjimatkan masa dan tenaga -semua maklumat diperoleh di rumah / di mana-mana sahaja dengan menggunakan telefon pintar -pelbagai maklumat boleh diakses melalui medium ICT seperti Internet / talian tanpa wayar -pelbagai urusan kerajaan atau swasta dengan mudah boleh dilakukan secara atas talian.

-melahirkan remaja yang cekap dan efisien -mempercepat sesuatu kerja yang dilakukan oleh mereka. -menumpukan perhatian terhadap tugasan lain -memudahkan urusan harian

Page 9: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 9

-urusan perbankan, pembayaran bil utiliti, permohonan kerja, membeli-belah dan sebagainya.

3 Menjanakan pendapatan remaja

-meningkatkan ekonomi remaja -meningkatkan kualiti kehidupan / taraf hidup -melatih remaja menjadi usahawan -mengurangkan kadar pengangguran negara -mengurangkan beban kewangan keluarga -memupuk sikap berdikari

4 Berhubung dan berkomunikasi dengan orang yang berada jauh daripada kita -melepaskan kerinduan bagi remaja yang melanjutkan pelajaran -mengelakkan dikenakan caj yang mahal apabila menggunakan laman sosial

-membolehkan mereka berinteraksi dengan kadar yang rendah. -hubungan kekeluargaan tidak akan putus walaupun tinggal berjauhan. -menambah kenalan -merapatkan hubungan dengan sahabat handai

5 Melahirkan remaja yang mampu berdaya saing

-kemahiran remaja setanding dan diiktiraf di peringkat antarabangsa -melahirkan remaja yang kreatif -meningkatkan imej diri dan negara -hasil inovasi mendapat pengiktirafan

3 Pelbagai usaha telah dijalankan untuk menambah baik sistem

pengangkutan darat di negara kita. Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya.

Bil Langkah-langkah pelbagai pihak untuk mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya

Mendidik pengguna agar berhemah di jalan raya (kesan)

Page 10: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 10

1 Peranan individu -mematuhi peraturan jalan raya

-mengelakkan kemalangan -melahirkan pengguna jalan raya yang berdisiplin dan patuh akan peraturan -mengelakkan pembaziran dari segi kewangan seperti membayar denda, membaiki kerosakan kenderaan dan kos rawatan -mengelakkan pembaziran tenaga menguruskan hal-hal yang berkaitan dengan kemalangan -tidak membuang masa untuk menguruskan hal yang melibatkan kemalangan

2 Peranan ibu bapa -mendidik anak tentang faedah menjadi pengguna yang berhemah

-melahirkan pengguna yang menghargai nyawa -melahirkan pengguna yang berdisiplin -meningkatkan nama baik keluarga -memupuk sikap saling menghormati hak pengguna jalan raya -memupuk sifat sabar -melahirkan pengguna yang bertoleransi

3 Peranan pihak sekolah -melalui Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan dan Pendidikan Keselamatan Jalan Raya

-sifar kemalangan murid sekolah -meningkatkan imej sekolah -meningkatkan perasaan tanggungjawab murid untuk sentiasa berhati-hati di jalan raya

4 Peranan media massa -menyiarkan dokumentari, segmen khas, iklan pendek, brosur

-melahirkan pengguna yang bertanggungjawab -memupuk kesedaran diri yang tinggi supaya berhati-hati -memberi peringatan secara istiqamah -menjadi medium / saluran / wadah untuk meningkatkan kesedaran pengguna

5 Peranan pihak kerajaan -membuat pemantauan -menganjurkan kempen kesedaran

-menimbulkan perasaan takut untuk melakukan kesalahan undang-undang -mengurangkan kecuaian pengguna jalan raya -melahirkan pengguna yang penyayang

Page 11: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 11

4 Pada era globalisasi itu, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang akan menentukan kejayaan seseorang itu. Jelaskan kepentingan menguasai ilmu dalam pelbagai bidang pada masa ini.

Bil Kepentingan menguasai ilmu Dalam pelbagai bidang pada masa ini (kesan)

1 Mengetahui isu-isu semasa Bidang akademik (murid) -melahirkan seseorang yang berpengetahuan -melahirkan seseorang yang celik ilmu -melahirkan seseorang yang peka / prihatin

2 Mencipta inovasi baharu dalam pelbagai bidang

Bidang Teknologi (pekerja) -melahirkan seseorang yang berdaya saing, kreatif dan inovatif -melahirkan seseorang yang mahir dalam sesuatu bidang -melahirkan tenaga mahir -melahirkan generasi yang celik ilmu -memudahkan urusan dalam kehidupan seharian

3 Menguasai ilmu perniagaan Bidang perniagaan (usahawan) -melahirkan seseorang yang sentiasa memajukan diri -meningkatkan taraf hidup -menambahkan pendapatan sampingan -melahirkan ramai usahawan muda

4 Melahirkan masyarakat yang proaktif

Bidang kemahiran hidup -melahirkan seseorang yang sentiasa berfikir positif / optimis -melahirkan seseorang yang sentiasa berusaha mengubah kehidupan / tidak mudah berputus asa -membudayakan pembelajaran sepanjang hayat dalam kehidupan -melahirkan seseorang yang mampu menyelesaikan masalah

5 Memajukan diri dan negara Bidang kerohanian -melahirkan seseorang yang mampu mendepani pelbagai cabaran -disanjung / dihormati oleh masyarakat -merancang kehidupan dengan lebih sempurna -menjadi benteng yang ampuh dalam kehidupan -menjamin kehidupan yang lebih baik

Page 12: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 12

SABAH 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin luntur. Pada pendapat anda,

apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja.

2 Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan membimbangkan banyak

pihak. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut.

3 Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program

untuk memastikan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terpelihara. Huraikan kepentingan perpaduan kaum dan langkah proaktif kerajaan untuk memupuk perpaduan di negara kita.

4 Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan

mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan.

5 Anak itik terenang-renang

Air pasang tenang-tenangan Budi sedikit bilakan hilang

Itu menjadi kenang-kenangan Pantun di atas bermaksud budi yang kita tabur walaupun sedikit tetap diingati. Tulis sebuah cerpen yang bertemakan hidup berbudi berdasarkan maksud pantun di atas.

Page 13: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 13

SABAH 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Semangat patriotik dalam kalangan remaja negara kita semakin luntur. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja. Skema: Pendahuluan Semangat patriotik bermaksud suatu perasaan atau jiwa dalam diri seseorang yang sayang dan cinta akan bangsa, agama dan tanah air. Pada globalisasi ini, semangat patriotik haruslah terpateri dalam diri dan jiwa setiap rakyat Malaysia. Jika nilai ini wujud dalam diri, sikap ingin berkorban dan berjuang untuk mempertahankan tanah air akan lahir. Namun, kebanyakan masyarakat pada hari ini, terutamanya remaja lupa akan tanggungjawab kepada negara. Semangat patriotik dalam diri mereka kian pudar. Mereka lupa akan perjuangan pejuang dan perwira negara berusaha tanpa mengenal jemu bagi mempertahankan maruah bangsa, agama dan tanah air. Oleh hal yang demikian, pelbagai usaha perlu dilakukan untuk meningkatkan semangat patriotik dalam kalangan remaja supaya mereka mampu mengekalkan maruah dan kedaulatan negara. Cadangan isi:

- Meneruskan program bulan penghayatan patriotisme sama ada pada peringkat sekolah, negeri, mahupun peringkat kebangsaan.

- Pihak media terutamanya media elektronik seharusnya menyiarkan program yang mempunyai unsur patriotisme.

- Pihak kerajaan mengadakan Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) - Pihak sekolah pula seharusnya memainkan peranan untuk membentuk pelajar dengan

menanamkan semangat patriotik atau semangat cinta akan negara dalam diri mereka ini sejak peringkat sekolah rendah.

Penutup: Remaja merupakan bakal pewaris pucuk kepemimpinan negara pada masa depan. Oleh hal yang demikian, wajarlah ibu bapa, guru, masyarakat dan sekolah melaksanakan pelbagai program yang dapat menyemarakkan semangat patriotik dalam diri remaja yang bakal ditabalkan menjadi peneraju atau pemimpin negara pada suatu hari nanti. Kita janganlah mengabaikan remaja kerana

Page 14: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 14

remaja merupakan tonggak harapan bangsa, agama dan tanah air yang tercinta ini. Kita juga janganlah membiarkan remaja hidup terumbang ambing tanpa hala tuju dan wawasan. Oleh itu, semua pihak haruslah mengambil inisiatif dengan menerapkan nilai patriotisme dengan harapan negara terus cemerlang, gemilang dan terbilang.

Page 15: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 15

Soalan 2: Dewasa ini, masalah gejala sosial di negara kita semakin serius dan membimbangkan banyak pihak. Huraikan pendapat anda tentang punca-punca yang menyebabkan masalah ini berlaku dan peranan ibu bapa dalam menangani gejala tersebut. Pendahuluan:

- Masalah gejala sosial semakin meruncing di negara kita sejak akhir-akhir ini. - Gejala sosial dapat ditakrifkan sebagai satu kemelut sosial dan kekeliruan yang timbul dalam

kalangan remaja akibat daripada perkembangan sosial, ekonomi dan politik yang pesat di negara ini.

- Masalah gejala sosial ini telah menjadi perdebatan hangat dalam kalangan pemimpin sehingga menimbulkan kebimbangan tentang masa depan para remaja.

- Persoalannya, apakah punca-punca yang menyebabkan gejala sosial ini dan apakah cadangan-cadangan untuk menangani gejala sosial ini?

Cadangan isi: Punca:

- Ibu bapa yang terlalu sibuk dengan kerjaya dan urusan seharian. Hal ini disebabkan oleh ibu bapa tidak dapat memberikan sepenuh perhatian terhadap rumah tangga.

- Ibu bapa tidak memberikan didikan agama yang sempurna kepada anak-anak. Hal ini berlaku disebabkan oleh ibu bapa tidak mengambil berat tentang didikan agama terhadap anak-anak.

- Ibu bapa yang sering bergaduh dan bertengkar di hadapan anak-anak turut menyumbang kepada kepincangan institusi keluarga.

- Pengaruh rakan sebaya merupakan faktor yang turut mempengaruhi remaja terlibat dalam masalah gejala sosial.

Cara mengatas:

- Ibu bapa perlulah memberikan sepenuh perhatian dan tumpuan terhadap rumah tangga dan anak-anak.

- Ibu bapa juga perlulah memberi didikan agama yang secukupnya kepada anak-anak sejak kecil.

- Ibu bapa juga perlulah mengambil berat persahabatan anak-anak mereka dengan rakan sebaya.

Page 16: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 16

Penutup: - Masalah gejala sosial memang merupakan salah satu masalah yang meruncing dan perlu

ditangani segera oleh semua pihak terutamanya ibu bapa. - Ibu bapa sebagai ketua keluarga perlulah bertanggungjawab dan mengambil berat terhadap

anak-anaknya. - Tegasnya, masalah gejala sosial perlu ditangani daripada peringkat akar umbi agar tidak

menjadi barah dalam masyarakat sehingga menjejaskan nama baik negara di persada masyarakat.

Page 17: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 17

Soalan 3: Semenjak merdeka hinggalah ke hari ini, kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program untuk memastikan perpaduan kaum dalam kalangan masyarakat majmuk di Malaysia terpelihara. Huraikan kepentingan perpaduan kaum dan langkah proaktif kerajaan untuk memupuk perpaduan di negara kita. Pendahuluan:

- Perpaduan kaum ialah aset paling berharga bagi sesebuah negara - Tanpa perpaduan yang utuh, sesebuah negara tidak akan maju dan berkembang - Hal ini dapat dilihat di negara yang sentiasa bergolak.

Cadangan isi: Kepentingan:

- Perpaduan kaum menjamin kestabilan politik – politik yang stabil akan mewujudkan sistem pemerintahan yang baik dan efektif – pentadbiran negara berjalan lancar.

- Perpaduan kaum menjamin perkembangan ekonomi – negara yang aman dapat mewujudkan suasana ekonomi yang baik – menarik kedatangan pelabur asing.

- Perpaduan kaum mewujudkan suasana sosial yang kondusif – rakyat dapat bergerak bebas – mewujudkan sebuah masyarakat yang saling melengkapi.

Langkah:

- Perpaduan dapat diwujudkan dengan pelbagai program kemasyarakatan – penganjuran rumah terbuka dan gotong-royong dapat memupuk perpaduan dan mengukuhkan hubungan kaum

- Perpaduan dapat disemarakkan melalui kempen-kempen di media cetak dan media elektronik – mengajak rakyat berbilang bangsa bersatu padu.

Kesimpulan:

- Perpaduan perlu dikukuhkan untuk mewujudkan suasana aman dan damai – tanpa perpaduan, kehidupan sesebuah negara sentiasa dihantui kerisauan.

Page 18: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 18

Soalan 4: Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan. Pendahuluan: Perubahan dunia alaf baru telah mula membentuk suatu fenomena tentang pola migrasi manusia. Peperangan, kemiskinan dan bencana alam telah mula mengubah landskap dunia apabila migrasi gelombang kedua semakin mengancam kestabilan politik dan sosial di beberapa buah wilayah di dunia. Pola tersebut ialah sindiket pemerdagangan manusia yang ditunjangi oleh rangkaian penjenayah antarabangsa yang turut dikenali sebagai tekong laun dan tekong darat. Kesan daripada jenayah tersebut menimbulkan krisis kemanusiaan yang teruk apabila manusia dengan sewenang-wenangnya dijadikan bahan dagangan demi mengaut keuntungan yang berlipat ganda. Sementara itu, negara yang menjadi transit dan negara penerima turut mengalami masalah sama ada dalam aspek politik, demografi, ekonomi dan sosial. Kesan negatif: Isi 1 – boleh menjejaskan kestabilan politik sesebuah negara – kemasukan warga asing dalam jumlah yang banyak dan tidak terkawal boleh mengancam sesebuah kerajaan yang memerintah – berlaku wujud ketegangan antara parti yang memerintah dengan pihak pembangkang. Isi 2 – mengancam peluang penguasaan ekonomi dalam kalangan rakyat tempatan – warga sing akan memonopoli peluang pekerjaan dan mengambil peluang berniaga (monopoli tapak niaga oleh warga Indonesia di Pasar Chow Kit dan warga Bangladesh di Jalan Petaling – berlaku krisis pengaliran wang keluar negara secara dalam jumlah yang besar – ekonomi sesebuah negara boleh muflis Isi 3 – Kesejahteraan sosial rakyat tempatan terancam – warga asing mengambil kesempatan mengganggu kawasan petempatan – wujud setinggan baru – membawa masalah kepada masyarakat setempat seperti kotor, penyakit dan budaya yang tidak sihat Isi 4 – Indeks masalah jenayah yang semakin meningkat – kesukaran memperoleh peluang kerja mendorong perlakuan jenayah – pihak polis sukar untuk mengesan penjenayah kerana ketiadaan identiti – rakyat menjadi mangsa serangan, samun dan rompak.

Page 19: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 19

Isi 5 – Penyebaran budaya yang tidak sihat – pendatang asing membawa tabiat buruk dari negara asal – sikap samseng / biadab (warga hitam Afrika), hidup berpuak-puak dan tidak menghormati budaya dan undang-undang negara – berlaku perkahwinan rentas budaya dan warganegara – timbul masalah anak tidak sah taraf. Kesimpulan: Gejala pemerdagangan manusia merupakan sebahagian daripada krisis kemanusiaan sejak zaman-berzaman. Jenayah tersebut terus berlarutan hingga kini, cuma yang berbeza hanya modus operandinya sahaja. Oleh itu, penyelesaian secara global dan serantau hendaklah diteruskan agar landskap politik dunia dan wilayah tidak terancam oleh sikap dan amalan manusia yang bersikap pepat di luar runcing di dalam.

Page 20: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 20

MELAKA 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Kejayaan seseorang bermula daripada impian dan cita-cita.

Sebagai remaja yang berwawasan, jelaskan usaha-usaha yang anda lakukan untuk memastikan impian tersebut menjadi kenyataan.

2 Menabung amat penting untuk menjamin kehidupan pada masa hadapan.

Apakah peranan ibu bapa dalam memastikan amalan menabung menjadi budaya masyarakat kita?

3 Anda ingin menyertai pertandingan menulis esei bersempena dengan sambutan Hari

Kemerdekaan di tempat anda. Tajuk yang anda pilih ialah “Ke Arah Melahirkan Patriotisme dalam Kalangan Masyarakat”. Tulis esei anda selengkapnya.

4 Aktiviti pemerdagangan manusia di peringkat global sangat membimbangkan dan

mendatangkan kesan negatif kepada negara yang terlibat. Bincangkan. 5 Awal suruhan ialah membaca

Menuntut ilmu disuruh budaya Inilah teladan sepanjang masa Gayakan hidup dengan membaca

Lirik lagu ‘Membaca Gaya Wawasan’ di atas menggambarkan kepentingan membaca kepada masyarakat. Namun, kemajuan teknologi maklumat kini menyebabkan masyarakat leka dengan gajet-gajet terkini dan mengabaikan amalan membaca dalam kehidupan. Bincangkan usaha-usaha untuk menggalakkan amalan membaca dalam kalangan masyarakat.

Page 21: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 21

SBP 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat untuk

membentuk komuniti yang sejahtera, bertolak ansur dan harmoni. Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini.

2 Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid bagi melepaskan

tekanan pembelajaran di sekolah. Huraikan cara-cara anda memanfaatkan masa cuti sekolah dengan sebaik-baiknya.

3 Kenaikan harga barang menyebabkan peningkatan kos sara hidup sekali gus menambahkan

bebanan kepada sesetengah keluarga. Tulis rencana tentang peranan ahli keluarga dalam menghadapi situasi ini selengkapnya.

4 Peperangan menyebabkan kemusnahan jiwa, harta benda dan tamadun.

Ulaskan pernyataan di atas.

5 Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu banyak

memberikan faedah kepada pelajar. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut.

Page 22: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 22

SBP 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Semangat kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat untuk membentuk komuniti yang sejahtera, bertolak ansur dan harmoni. Huraikan faktor-faktor lunturnya semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat pada hari ini. Cadangan idea:

1. Sesetengah anggota masyarakat kini lebih bersikat materialistik, iaitu mengutamakan kebendaan dan kerjaya disebabkan tuntutan hidup semakin mencabar.

2. Sesetengah anggota masyarakat kini bersifat individualistik, akibat faktor urbanisasi iaitu mengutamakan hal masing-masing tanpa mempunyai masa untuk mengenali jiran.

3. Ada ibu bapa yang tidak menggalakkan anak-anak mereka bergaul dengan anak jiran yang berlainan kaum.

4. Ibu bapa tidak menerapkan kepentingan amalan kejiranan kepada anak-anak menyebabkan anak-anak tidak mempedulikan jiran sekeliling.

5. Masyarakat di kawasan kejiranan tidak menunjukkan kerjasama apabila tidak melibatkan diri dalam aktiviti kemasyarakatan yang diadakan di kawasan kediaman mereka.

6. Tiadanya aktiviti rukun tetangga di sesetengah kawasan kediaman menyebabkan hubungan antara jiran menjadi longgar.

7. Amalan gotong-royong dalam majlis kenduri dan sebagainya sudah semakin ditinggalkan kerana masyarakat lebih suka menggunakan khidmat catering

8. Faktor kawasan penempatan / jenis kediaman – pangsapuri, rumah flat, rumah0rumah dibina tembok / pagar yang tinggi.

9. Perbezaan pangkat dan latar belakang sosioekonomi yang berbeza. 10. Ketaksuban masyarakat dengan teknologi maklumat dan komunikasi yang canggih

menyebabkan mereka lebih senang berinteraksi atas talian berbanding berkomunikasi secara bersemuka.

Page 23: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 23

Soalan 2: Cuti sekolah merupakan masa yang ditunggu-tunggu oleh murid-murid bagi melepaskan tekanan pembelajaran di sekolah. Huraikan cara-cara anda memanfaatkan masa cuti sekolah dengan sebaik-baiknya. Cadangan idea:

1. Membantu ibu bapa dalam pelbagai perkara. 2. Menghadiri kem motivasi 3. Mengulang kaji pelajaran 4. Bekerja secara sambilan 5. Berekreasi / beriadah 6. Mencuba hobi baharu

Page 24: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 24

Soalan 3: Kenaikan harga barang menyebabkan peningkatan kos sara hidup sekali gus menambahkan bebanan kepada sesetengah keluarga. Tulis rencana tentang peranan ahli keluarga dalam menghadapi situasi ini selengkapnya. Cadangan idea:

1. Setiap ahli keluarga perlulah mengamalkan amalan berjimat cermat. Amalan ini dapat dilaksanakan dengan mengurangkan perbelanjaan. Sebagai contohnya, jika pada suatu ketika dahulu kita berbelanja sebanyak 100 peratus, perbelanjaan tersebut hendaklah dikurangkan kepada 50 atau 60 peratus sahaja. Wang selebihnya hendaklah disimpan.

2. Sikap berjimat cermat dalam setiap ahli keluarga hendaklah bermula dengan amalan yang mudah-mudah terlebih dahulu seperti mengawal penggunaan keperluan asas terutama elektrik dan air. Rata-rata ibu bapa merungut tentang sikap anak-anak mutakhir ini yang dengan sewenang-wenangnya mencurahkan air sesuka hati dan membiarkan lampu dan kipas terpasang ketika tidak diperlukan. Contoh yang paling murah, jikalau kuasa elektrik dijimatkan dan utilitinya di bawah daripada paras RM 20 justeru penggunaan domestik tersebut adalah percuma.

3. Ibu bapa mendidik anak-anak mengamalkan sikap bersederhana dalam hal makan minum, pakaian dan berbelanja sekadar yang perlu sahaja.

4. Anak-anak yang menunggu keputusan peperiksaan mungkin boleh membantu ibu bapa bekerja sambilan untuk menambahkan pendapatan keluarga dan mengurangkan bebanan.

5. Setiap ahli keluarga mestilah meningkatkan pengetahuan tentang ilmu kepenggunaan dan cakna dengan hak kita sebagai pengguna. Dengan adanya ilmu, ahli keluarga dapat membezakan antara keperluan dan kehendak.

6. Sebagai ketua keluarga, ibu bapalah yang berperanan untuk menyediakan belanjawan kewangan keluarga manakala anak mestilah dibawa berunding bersama. Melalui belanjawan kewangan, perbelanjaan dapat dikawal, ketua sesebuah keluarga pula hendaklah merancang perbelanjaan keluarga dengan teliti. Semua perbelanjaan hendaklah dibuat berdasarkan keperluan. Hal ini bermaksud barang-barang yang tidak diperlukan hendaklah diketepikan.

7. Ibu dicadangkan untuk masak sendiri di rumah untuk keluarga dan kurangkan aktiviti makan di luar sebagai langkah penjimatan.

8. Anak-anak boleh membawa bekalan ke sekolah.

Page 25: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 25

Soalan 4: Peperangan menyebabkan kemusnahan jiwa, harta benda dan tamadun. Ulaskan pernyataan di atas. Cadangan idea:

- Kemusnahan kemudahan awam – hospital, sekolah, jalan raya & tempat-tempat awam lain - Kemusnahan tamadun – ketamadunan Mesopotamia, Mesir & Indus yang tersohor dan agung

suatu hari dahulu pada akhir zaman akhir peperangan. - Kemusnahan kepelbagaian flora dan fauna – kawasan yang terkena letupan bom akan

menjadi tanah gersang. Hutan belantara dan kawasan tanaman menjadi musnah. - Kemusnahan khazanah dunia – kawasan tinggalan sejarah musnah akibat letupan bom.

Page 26: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 26

Soalan 5: Pembelajaran Komponen Sastera (KOMSAS) dalam mata pelajaran Bahasa Melayu banyak memberikan faedah kepada pelajar. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada pembelajaran tersebut. Cadangan idea:

- Memperkembangkan potensi murid – melahirkan insan seimbang ( intelek, rohani, emosi, jasmani)

- Membentuk sahsiah / nilai-nilai murni dan budi pekerti yang mulia - Remaja dapat mengambil iktibar / meneladani perkara-perkara yang baik dalam karya

KOMSAS - Mendekatkan pelajar dengan kesantunan berbahasa - Membudayakan amalan membaca - Menambah ilmu pengetahuan

Page 27: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 27

PULAU PINANG 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat cinta akan negara.

Jelaskan cara-cara untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap negara anda. 2 Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada masa ini. Masyarakat semakin

melupakan amalan bergotong-royong, kunjung-mengunjungi dan bertegur sapa sesama jiran. Dalam hal ini, keluarga berperanan penting untuk menghidupkan amalan kejiranan ini agar menjadi ikutan anak-anak. Ulaskan pernyataan ini.

3 Sebagai pegawai kesihatan anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kesan-kesan

Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan Terhadap Kesihatan’ kepada masyarakat di tempat anda. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya.

4 Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan antarabangsa adalah amat penting.

Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain.

5 Perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda baca, banyak mengandungi

keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Bincangkan.

Page 28: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 28

SBP 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Anda seorang warganegara yang mempunyai semangat cinta akan negara. Jelaskan cara-cara untuk menunjukkan semangat kecintaan terhadap negara anda. Cadangan idea:

1. Menghormati dan menghayati lagu-lagu patriotik 2. Meningkatkan ilmu tentang sejarah negara – sebagai persediaan masa depan 3. Menghargai jasa pejuang-pejuang negara 4. Melawat ke tempat-tempat bersejarah – dapat melahirkan semangat juang 5. Menyertai program dan sambutan Hari Kebangsaan

Soalan 2: Amalan kejiranan semakin terpinggir dalam masyarakat pada masa ini. Masyarakat semakin melupakan amalan bergotong-royong, kunjung-mengunjungi dan bertegur sapa sesama jiran. Dalam hal ini, keluarga berperanan penting untuk menghidupkan amalan kejiranan ini agar menjadi ikutan anak-anak. Ulaskan pernyataan ini. Cadangan idea:

1. Ibu bapa berperanan memberi tunjuk ajar cara berjiran dengan baik – berbudi bahasa dan menghormati jiran tetangga.

2. Ibu bapa berperanan sebagai suri teladan kepada anak-anak – menyokong dan menjayakan amalan kejiranan – meluangkan masa untuk turut serta dalam program kejiranan – bergotong-royong

3. Bertegur sapa dan berkenal-kenalan dengan jiran tetangga 4. Mengunjungi jiran – sakit, memenuhi undangan perkahwinan atau sambutan perayaan 5. Ibu bapa menggalakkan dan bersama-sama dengan anak-anak menyertai program amalan

kejiranan.

Page 29: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 29

Soalan 3: Sebagai pegawai kesihatan anda diminta menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kesan-kesan Pengambilan Makanan Segera dan Makanan Ringan Terhadap Kesihatan’ kepada masyarakat di tempat anda. Sediakan teks ceramah anda itu selengkapnya. Cadangan idea:

1. Mengurangkan daya ketahanan dalam jangka panjang 2. Menjejaskan daya ingatan kepada golongan kanak-kanak 3. Menyebabkan risiko kegemukan 4. Tumbesaran harian yang tidak seimbang 5. Mudah mengalami keracunan makanan

Page 30: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 30

Soalan 4: Hubungan diplomatik dengan negara-negara serantau dan antarabangsa adalah amat penting. Ulaskan pendapat anda tentang kepentingan Malaysia menjalinkan hubungan diplomatik dengan negara-negara lain. Cadangan idea:

1. Memperluas jalinan hubungan diplomatik dalam dasar luar negara o Menjalinkan persefahaman dan hubungan bilateral dan multilateral (hubungan dua hala

dan pelbagai hala) dengan kerajaan di seluruh dunia. o Agar dunia mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara yang berdaulat dan merdeka o Mengelakkan perasaan curiga dan prejudis dalam kalangan masyarakat dunia

2. Mewujudkan jalinan sosial, ilmu dan budaya di peringkat global o Menjadikan Malaysia sebagai hub pendidikan global o Mengeksport dan mengimport sumber maklumat dan ilmu pengetahuan melalui jaringan

kerjasama di bawah badan dunia seperti UNESCO o Mengenali cara hidup budaya dan adab resam pelbagai masyarakat dunia. o Menjalinkan persefahaman melalui misi sukan, kerja amal dan sumbangan

kemanusiaan. 3. Mewujudkan rangkaian ekonomi dan perdagangan global

o Memperluas pasaran di peringkat global o Memperkenalkan produk Malaysia di pasaran antarabangsa o Menjalinkan hubungan dagang dan memperluas pasaran global o Menarik lebih banyak pelaburan asing ke Malaysia.

4. Mewujudkan jaringan serantau dan antarabangsa o Mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti antarabangsa o Persidangan tentang siasah, ekonomi, sosial dan keamanan o Menjaga kebajikan negara-negara serumpun dan serantau (ASEAN), negara-negara

merdeka (KOMANWEL), kebudayaan (OIC) dan dunia (PBB) 5. Memenuhi tanggungjawab sosial untuk hidup sebagai warga dunia yang bersatu padu

o Menghormati hak asasi manusia untuk hidup bebas, berdaulat dan diiktiraf o Tidak bersikap mementingkan diri dan boleh berada dalam kelompok masyarakat dunia. o Memperluas sistem rangkaian maklumat global dan jalinan maklumat siber o Membangunkan minda dan peribadi bangsa Malaysia agar setanding dengan warga

dunia.

Page 31: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 31

Soalan 5: Perwatakan watak utama dalam sebuah novel yang telah anda baca, banyak mengandungi keistimewaan yang boleh dijadikan panduan dalam kehidupan. Bincangkan. Cadangan idea: Contoh novel Jendela Menghadap Jalan Watak utama Lili

1. Seorang yang prihatin – prihatin atas nasib Rafiq dan Haziq kerana berpunca dari masalah keluarga yang dihadapi walaupun mereka pernah menculik Lili. o Menjenguk Che Jah untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang latar belakang Haziq

dan Rafiq.

2. Seorang yang penyayang – sayang kepada ibu bapanya dengan mentaati mereka supaya menghabiskan cuti persekolahannya di kampung ibunya.

3. Seorang yang sanggup berkorban

o Sanggup menghabiskan cuti persekolahannya bersama dengan datuk dan neneknya di kampung

4. Seorang yang berani

o Berani berhadapan dengan ketegangan yang berlaku dalam keluarga Che Jah.

5. Seorang yang mesra o Mesta dengan Danel dan sama-sama berbincang untuk pembinaan masjid baharu di

kampung itu.

Page 32: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 32

PERAK 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Setiap murid ingin belajar di sebuah sekolah yang baik dan cemerlang.

Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda. 2 Ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting untuk

mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bincangkan.

3 Penjagaan dan pemuliharaan bangunan lama menguntungkan negara.

Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Kepentingan Menjaga dan Memulihara Bangunan Lama’. Tulis rencana itu selengkapnya.

4 Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Namun begitu,

sudah menjadi lumrah di dunia bahawa konflik antara negara di dunia pasti berlaku. Jelaskan cara-cara untuk menyelesaikan konflik antara negara di dunia.

5 Minat murid-murid sekolah terhadap karya sastera seperti novel,

cerpen, puisi dan drama semakin berkurangan. Bincangkan peranan pihak sekolah untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera.

Page 33: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 33

PERAK 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Setiap murid ingin belajar di sebuah sekolah yang baik dan cemerlang. Huraikan ciri-ciri sekolah yang menjadi idaman anda. Cadangan idea:

1. Mempunyai guru yang bertanggungjawab dan komited 2. Disiplin yang baik 3. Persekitaran yang bersih dan ceria 4. Kemudahan fizikal yang lengkap 5. Mempunyai ciri-ciri keselamatan

Soalan 2: Ahli keluarga memainkan peranan yang sangat penting untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan. Bincangkan. Cadangan idea:

1. Mencurahkan kasih sayang yang secukupnya terhadap anak 2. Mewujudkan iklim yang kondusif dalam rumah tangga 3. Mengadakan aktiviti kekeluargaan dari semasa ke semasa 4. Memberikan didikan agama yang secukupnya 5. Berakhlak mulia sesama ahli keluarga

Soalan 3: Penjagaan dan pemuliharaan bangunan lama menguntungkan negara. Sehubungan dengan itu, anda ingin menulis sebuah rencana untuk dimuatkan dalam majalah sekolah. Tajuk rencana tersebut ialah ‘Kepentingan Menjaga dan Memulihara Bangunan Lama’. Tulis rencana itu selengkapnya. Cadangan idea:

1. Dapat dijadikan bukti kukuh tentang peristiwa sejarah yang berlaku

Page 34: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 34

2. Memberikan teladan dan iktibar kepada masyarakat 3. Sebagai tarikan pelancong 4. Memupuk semangat patriotik dalam kalangan remaja 5. Mengekalkan keunikan seni bina 6. Sumber maklumat sejarah

Page 35: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 35

Soalan 4: Keamanan sejagat merupakan tanggungjawab global. Namun begitu, sudah menjadi lumrah di dunia bahawa konflik antara negara di dunia pasti berlaku. Jelaskan cara-cara untuk menyelesaikan konflik antara negara di dunia. Cadangan idea:

1. Para pemimpin memilih cara rundingan apabila timbul masalah 2. Menjalin hubungan diplomatik 3. Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu memainkan peranan dan tanggungjawab 4. Kuasa-kuasa besar dunia memberikan layanan yang adil kepada semua negara 5. Menghormati kedaulatan negara-negara lain

Soalan 5: Minat murid-murid sekolah terhadap karya sastera seperti novel, cerpen, puisi dan drama semakin berkurangan. Bincangkan peranan pihak sekolah untuk memupuk minat murid terhadap karya sastera. Cadangan idea:

1. Menganjurkan penulisan karya sastera 2. Mengadakan kempen membaca bahan sastera secara berterusan 3. Menerapkan minat membaca dalam sastera semasa Pengajaran dan Pembelajaran 4. Menganjurkan minggu sastera 5. Memperbanyak buku-buku sastera di perpustakaan sekolah 6. Menggalakkan setiap kelas mewujudkan sudut atau ruang membaca

Page 36: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 36

KELANTAN 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Remaja hari ini dilihat sering terbabit dengan pelbagai gejala negatif yang menjejaskan

peranan mereka sebagai pemimpin negara pada masa depan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif dalam kalangan remaja.

2 Sungai memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia dan alam sekitar termasuklah

dapat menjadi jalan perhubungan, sumber ekonomi dan tempat rekreasi. Tulis sebuah rencana berkaitan kepentingan sungai.

3 Menabung merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat.

Huraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat.

4 Media sosial seperti Facebook, Whatsapps dan Twitter memberikan pelbagai manfaat kepada

penggunanya di seluruh dunia. Jelaskan.

5 Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya bermaksud tidak akan

tercapai cita-cita kalau tidak berusaha dan bersusah payah. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai impian anda.

Page 37: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 37

KELANTAN 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Remaja hari ini dilihat sering terbabit dengan pelbagai gejala negatif yang menjejaskan peranan mereka sebagai pemimpin negara pada masa depan. Huraikan peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif dalam kalangan remaja. Kehendak soalan

1. Calon perlu menulis peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif dalam kalangan remaja yang menjejaskan peranan mereka sebagai pemimpin pada masa depan.

2. Calon mesti menulis tentang: 2.1 Pelbagai gejala negatif seperti terlibat dengan pengambilan dadah, ponteng belajar, aktiviti

tidak bermoral dan tiada jati diri 2.2 Ciri pemimpin pada masa depan seperti bersahsiah terpuji, berpendidikan tinggi dan

berpandangan jauh 2.3 Peranan pelbagai pihak untuk menangani tingkah laku negatif remaja o Ibu bapa – memberi didikan agama dan moral tingkah laku negatif remaja o Masyarakat – sering menegur kepincangan yang dilakukan oleh golongan remaja o Kerajaan – menyediakan Program Latihan Khidmat Negara, menyediakan pemulihan

bagi membantu golongan remaja bermasalah 3. Soalan ini bukan mempunyai dua tugasan kerana pemberatan harus diberi kepada peranan

pelbagai pihak dalam menangani tingkah laku negatif remaja. Manakala huraian tentang gejala negatif remaja dan ciri pemimpin boleh dihurai sepintas lalu sahaja. Bagaimanapun sekiranya terdapat calon yang menulis karangan secara seimbang kedua-dua perkara tersebut, boleh diterima.

Page 38: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 38

Soalan 2: Sungai memberikan pelbagai kepentingan kepada manusia dan alam sekitar termasuklah dapat menjadi jalan perhubungan, sumber ekonomi dan tempat rekreasi. Tulis sebuah rencana berkaitan kepentingan sungai. Kehendak soalan

1. Calon perlu menulis rencana kepentingan sungai kepada manusia dan alam sekitar. 2. Karangan berformat rencana:

o Tiada tajuk – 1 markah o Tiada nama penulis – 1 markah

3. Jika calon tidak menulis berdasarkan format rencana, walaupun karangan tersebut sangat cemerlang – tidak boleh diberi markah cemerlang. Maksimum – kepujian.

4. Calon mesti menulis tugasan tentang: 4.1 Kepentingan kepada manusia seperti sumber bekalan air, jalan perhubungan, sumber

ekonomi dan tempat rekreasi. 4.2 Kepentingan kepada alam sekitar seperti habitat hidupan akuatik, kawalan peningkatan

suhu bumi dan sebagai warisan generasi akan datang. 5. Calon membuat huraian berdasarkan contoh yang diberikan sahaja, iaitu sebagai jalan

perhubungan, sumber ekonomi dan tempat rekreasi boleh diberi markah di peringkat cemerlang dengan syarat dikaitkan dengan kepentingan kepada manusia dan alam sekitar.

Soalan 3: Menabung merupakan amalan terpuji untuk melahirkan masyarakat yang berjimat cermat. Huraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. Kehendak soalan

1. Tugasan soalan ialah calon mesti menghuraikan langkah-langkah menggalakkan amalan menabung dalam kalangan masyarakat. o Ibu bapa – mendidik anak-anak sejak kecil o Pihak sekolah & bank – kerjasama, pendedahan kepada pelajar dengan menabung o Pihak kerajaan – mengadakan kempen tabungan, menyeru masyarakat menabung o Swasta – Lembaga Urusan & Tabung Haji o Media massa – kempen

Page 39: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 39

2. Karangan calon mestilah kemukakan idea tentang: 2.1 Menabung 2.2 Masyarakat berjimat cermat – cara berbelanja

3. Sekiranya calon menghuraikan tentang pelaburan, karangan dianggap kurang menjawab tugasan. Markah maksimum di peringkat kurang memuaskan – (21 – 35) markah

Page 40: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 40

Soalan 4: Media sosial seperti Facebook, Whatsapps dan Twitter memberikan pelbagai manfaat kepada penggunanya di seluruh dunia. Jelaskan. Kehendak soalan

1. Calon dikehendaki mengemukakan manfaat penggunaan media sosial kepada penggunanya di seluruh dunia o Mendapatkan maklumat terkini dan menyebar maklumat dengan cepat. o Memudahkan urus niaga o Mengeratkan hubungan manusia sejagat o Meningkatkan taraf pendidikan

2. Karangan calon mestilah mengandungi idea tentang media sosial seperti 2.1 Facebook, Whatsapps dan Twitter 2.2 Penggunanya

3. Jika calon hanya tertumpu pada pengguna di Malaysia sahaja – diterima dan layak diberi markah pada peringkat kepujian

Soalan 5: Peribahasa kalau tidak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya bermaksud tidak akan tercapai cita-cita kalau tidak berusaha dan bersusah payah. Huraikan usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai impian anda. Kehendak soalan

1. Calon dikehendaki menghuraikan o Usaha-usaha yang perlu dilakukan untuk mencapai impian dirinya o Berdasarkan maksud peribahasa yang diberikan o Atau peribahasa lain

2. Jika calon mengemukakan peribahasa lain yang sama maksud untuk menghuraikan usaha yang dilakukannya – terima, periksa seperti biasa

3. Sekiranya calon menulis dalam bentuk cerita tentang dirinya dengan baik, markah maksimum peringkat kepujian.

Page 41: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 41

KEDAH 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat hari ini dikatakan kian luntur.

Jelaskan langkah-langkah yang boleh diambil oleh pelbagai pihak untuk memupuk semangat kejiranan.

2 Kesedaran sivik merupakan aspek penting dalam kehidupan. Namun sikap ini semakin kurang

diamalkan dalam kalangan masyarakat. Huraikan punca-punca wujudnya keadaan ini dan cara-cara untuk menerapkan kesedaran tersebut.

3 Sejak akhir-akhir ini banyak rungutan timbul terhadap mutu pengangkutan awam di negara kita.

Bincangkan langkah-langkah untuk meningkatkan mutu perkhidmatan pengangkutan awam.

4 Banyak usaha telah dijalankan oleh negara-negara di dunia untuk memastikan bekalan air

bersih mencukupi. Huraikan usaha-usaha tersebut.

5 Sedikit-sedikit lama-lama menjadi bukit

Sediakan payung sebelum hujan Ingat sebelum kena jimat sebelum habis

Peribahasa-peribahasa di atas menjelaskan bahawa amalan menabung sangat penting. Bincangkan faedah-faedah amalan menabung dalam kehidupan.

Page 42: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 42

MARA 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan program kerohanian merupakan aspek

penting dalam melahirkan remaja yang serba boleh. Huraikan kepentingan-kepentingan tersebut.

2 Kecuaian ibu bapa sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian kemalangan yang melibatkan

kanak-kanak. Ulaskan pernyataan di atas.

3 Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk

‘Kesan-kesan pengambilan pelbagai produk makanan kesihatan kepada masyarakat’. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya.

4 Aktiviti pelancongan merupakan trend terkini masyarakat dunia yang gemar akan keindahan

dan keunikan sesuatu destinasi pelancongan. Bincangkan kelebihan destinasi-destinasi pelancongan tersebut.

5 Novel yang dihasilkan oleh penulis negara ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat

malahan novel tempatan kerap diadaptasikan menjadi sebuah drama atau filem untuk tontonan khalayak. Berdasarkan khalayak di atas, berikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat mengadaptasi novel dalam bentuk drama atau filem.

Page 43: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 43

MARA 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Aktiviti kokurikulum seperti sukan, kem kepimpinan dan program kerohanian merupakan aspek penting dalam melahirkan remaja yang serba boleh. Huraikan kepentingan-kepentingan tersebut. Cadangan idea:

1. Aktiviti sukan melahirkan remaja yang cergas dari segi fizikal 2. Aktiviti sukan mampu membentuk disiplin diri remaja 3. Aktiviti sukan menyeimbangkan aspek kognitif, emosi dan kemahiran psikomotor remaja 4. Kem kepimpinan memupuk bakat kepimpinan / membina keyakinan diri remaja / memupuk

permuafakatan / kerjasama dalam kumpulan 5. Kem kepimpinan membina keterampilan diri remaja / pembentukan personaliti diri remaja 6. Program kerohanian berupaya membentuk sahsiah terpuji 7. Program kerohanian membentuk kekuatan dalaman yang dapat menangkis gejala negatif /

masalah sosial Soalan 2: Kecuaian ibu bapa sering dikaitkan dengan pelbagai kejadian kemalangan yang melibatkan kanak-kanak. Ulaskan pernyataan di atas. Cadangan idea:

1. Kecuaian ibu bapa dalam menyerahkan tanggungjawab menjaga anak kepada pengasuh / orang gaji / pihak lain.

2. Kecuaian ibu bapa dalam mengawal aktiviti dan pergerakan anak-anak di tempat awam. 3. Kecuaian ibu bapa dalam memastikan kawasan persekitaran selamat (peralatan tajam, bahan

beracun, barangan elektrik, tangga yang tidak berpagar, lantar yang licin). 4. Sikap ibu bapa yang tidak peka dengan situasi yang membahayakan kanak-kanak. 5. Sikap ibu bapa yang tidak memberikan panduan dan bimbingan berkaitan keselamatan

(penggunaan peralatan elektrik, peralatan tajam).

Page 44: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 44

Soalan 3: Selaku Pegawai Kesihatan Daerah, anda diminta untuk menyampaikan ceramah yang bertajuk ‘Kesan-kesan pengambilan pelbagai produk makanan kesihatan kepada masyarakat’. Sediakan teks ceramah anda selengkapnya. Cadangan idea:

1. Pengambilan makanan kesihatan secara konsisten dapat mencegah pelbagai penyakit kronik. 2. Mempelbagaikan pilihan pengguna untuk mendapatkan rawatan / kesihatan. 3. Dapat meningkatkan tahap kecerdasan / imunisasi seseorang. 4. Dapat meningkatkan keyakinan diri. 5. Menjadi punca penyakit sekiranya diambil secara berlebihan. 6. Pengambilan produk kesihatan tanpa mendapatkan khidmat nasihat doktor akan

memudaratkan kesihatan 7. Kerosakan organ dalaman sekiranya tidak dikawal penggunaannya / bahan kimia yang

berlebihan. 8. Masyarakat akan pasif untuk melakukan aktiviti senaman 9. Berlakunya pembaziran dan kerugian jika produk tersebut tidak berkesan.

Page 45: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 45

Soalan 4: Aktiviti pelancongan merupakan trend terkini masyarakat dunia yang gemar akan keindahan dan keunikan sesuatu destinasi pelancongan. Bincangkan kelebihan destinasi-destinasi pelancongan tersebut. Cadangan idea:

1. Kepelbagaian budaya sesuatu negara / masyarakat di sesuatu destinasi – pakaian, makanan, adat warisan – Jepun, Sepanyol

2. Mempunyai keunikan kesan sejarah / monumen / bangunan – Piramid di Mesir, Collasuem di Rome, Tembok Besar China

3. Adanya kehijauan kawasan hutan yang masih terpelihara – Amazon di Brazil, Hutan Belum di Malaysia.

4. Kemasyhuran pusat beli-belah yang terkemuka – Harrods London, Paris 5. Keindahan pantai / terumbu karang / pulau – Gili Terawangan Bali, Krabi Thailand, Pulau

Mabul Sabah 6. Kedinginan kawasan tanah tinggi / banjaran / gunung berapi yang mendamaikan – Grand

Canyon di Amerika, Air Terjun Niagara 7. Kehebatan taman tema bertaraf dunia – Universal Studio Singapura, Disneyland Hong Kong 8. Kecanggihan seni bina bangunan / menara – Menara Eiffel di Paris, Menara Kuala Lumpur di

Malaysia, Menara Burj Khalifah di Dubai 9. Tempat pelancongan berasaskan keagamaan – ziarah umrah Mekah dan Madinah, Sungai

Ganges, Tembok Besar China, Wat di Thailand, Candi Borobudur, Indonesia dan Kemboja.

Page 46: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 46

Soalan 5: Novel yang dihasilkan oleh penulis negara ini semakin mendapat tempat di hati masyarakat malahan novel tempatan kerap diadaptasikan menjadi sebuah drama atau filem untuk tontonan khalayak. Berdasarkan khalayak di atas, berikan pendapat anda tentang manfaat-manfaat mengadaptasi novel dalam bentuk drama atau filem. Cadangan idea:

1. Novel yang diterbitkan semakin laris jualannya. 2. Drama atau filem mendapat sambutan – kadar kepopularan tayangan drama meningkat 3. Penerbit drama atau filem mendapat keuntungan 4. Penulis mendapat royalti 5. Lebih banyak penulis menghasilkan karya yang bermutu 6. Stesen televisyen mendapat keuntungan daripada hasil tayangan 7. Peminat membeli novel selepas menonton filem atau drama – menggalakkan budaya

membaca 8. Dapat memajukan industri perfileman tempatan ke peringkat antarabangsa – filem Hikayat

Merong Mahawangsa Contoh novel:

- Ombak Rindu - Gemersik Kalbu - Cinta 200% - Playboy itu suamiku - Bukit Kepong - Suamiku Encik Sotong - Adam dan Hawa - Uda dan Dara

Page 47: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 47

JOHOR (TANGKAK) 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Terdapat pelbagai nilai murni dalam aktiviti kokurikulum yang

dilaksanakan di sekolah. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh daripada aktiviti yang telah anda sertai

2 Pelbagai media sosial masa kini mempengaruhi tahap ekonomi dan

sosial masyarakat. Huraikan pendapat anda berdasarkan kenyataan tersebut.

3 Peningkatan kadar kemalangan jalan raya berpunca daripada sikap

pengguna jalan raya sendiri. Tuliskan sebuah rencana bagi membincangkan langkah-langkah untuk mendidik pengguna jalan raya yang berhemah.

4 Pendidikan abad ke-21 dalam Pelan Pembangunan Pendidikan

Malaysia dirangka untuk melahirkan modal insan yang berilmu. Ulaskan pendapat anda mengenai kepentingan ilmu dalam era globalisasi.

5 Tuliskan sebuah cerpen yang bertemakan penghargaan terhadap

warga tua.

Page 48: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 48

JOHOR (TANGKAK) 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1 Cadangan isi:

1. Kepimpinan 2. Disiplin 3. Kerjasama 4. Toleransi 5. Berdikari

Soalan 2 Cadangan isi:

1. Menambah pendapatan 2. Pasaran lebih luas 3. Memudahkan transaksi perniagaan 4. Mengeratkan hubungan masyarakat 5. Menambah kenalan

Soalan 3 Cadangan isi:

1. Individu – mematuhi peraturan jalan raya 2. Ibu bapa – menjadi suri teladan kepada anak-anak 3. Pendidikan / sekolah – pendidikan keselamatan jalan raya di sekolah 4. Media – penyebaran maklumat berkaitan keselamatan jalan raya 5. JPJ – pemantauan spesifikasi kenderaan / penguatkuasaan undang-undang

Soalan 4 Cadangan isi

1. Diaplikasikan dalam kehidupan 2. Pemikiran yang kreatif, kritis dan inovatif 3. Berdaya saing 4. Mewujudkan hubungan diplomatik yang baik 5. Meningkatkan imej negara

Page 49: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 49

JOHOR (SEGAMAT) 2016

BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina penampilan diri, daya

kepimpinan, disiplin diri yang tinggi dan pelbagai sifat yang positif dalam kalangan pelajar. Bincangkan pernyataan di atas.

2 Dalam era globalisasi kini, pengaruh teknologi maklumat memungkinkan manusia berinteraksi

dengan lebih mudah, cepat dan efisien. Nyatakan pendapat anda tentang manfaat menguasai Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) kepada golongan remaja.

3 Pelbagai jenis pengangkutan awam disediakan untuk memudahkan masyarakat bergerak ke

sesuatu destinasi. Namun begitu, masalah pengangkutan awam kerap menjadi rungutan dalam kalangan masyarakat. Sehubungan dengan itu, anda ingin menyediakan rencana yang bertajuk langkah-langkah meningkatkan kualiti pengangkutan awam di Malaysia.

4 Kerjasama di peringkat antarabangsa dalam memartabatkan bidang pendidikan dapat

menyejahterakan kehidupan masyarakat sejagat. Jelaskan faedah-faedah yang diperoleh melalui jalinan kerjasama itu.

5 Salah satu bidang yang anda minati ialah penulisan sastera. Anda telah diminta oleh pihak

redaksi majalah sekolah untuk menghasilkan sebuah cerpen yang bertemakan penghargaan terhadap jasa warga tua. Tulis cerpen itu selengkapnya.

Page 50: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 50

JOHOR (SEGAMAT) 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1 Calon perlu membincangkan penglibatan murid dalam aktiviti kokurikulum dapat membina penampilan diri, daya kepimpinan, disiplin diri yang tinggi dan pelbagai sifat yang positif. Huraian: Pelajar mestilah menghuraikan:

1. Penglibatan pelajar dalam kegiatan kokurikulum dapat membina penampilan diri. 2. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat membina daya kepimpinan. 3. Penglibatan pelajar dalam aktiviti kokurikulum dapat meningkatkan disiplin dan pelbagai sifat

positif yang relevan dan sesuai. Kemungkinan:

1. Pelajar tidak menyebut aktiviti-aktiviti kokurikulum yang dijalankan (unit beruniform, sukan dan permainan, kelab dan persatuan) tetapi hanya menyebut kokurikulum secara umum. Markah di peringkat baik.

2. Pelajar hanya menghuraikan aktiviti kokurikulum sahaja. Markah di peringkat pencapaian minimum.

3. Pelajar tidak mengambil contoh yang diberi dalam soalan tetapi mengambil contoh lain yang relevan periksa seperti biasa.

4. Sekiranya calon merujuk kepada universiti dan bukan sekolah, markah di peringkat baik. Soalan 2 Pelajar menghuraikan pendapat tentang manfaat menguasai TMK kepada golongan remaja.

1. Mudah mendapat maklumat tanpa perlu ke perpustakaan 2. Menyiapkan tugasan dengan cepat 3. Sebagai persediaan menghadapi alam pekerjaan 4. Melahirkan generasi celik ilmu 5. Mudah berhubung dengan rakan-rakan

Soalan 3 Pelajar mestilah menulis:

Page 51: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 51

1. Jenis-jenis pengangkutan awam – contohnya perkhidmatan bas awam, teksi, kereta api, monorel, LRT dan sebagainya

2. Masalah-masalah pengangkutan awam yang menjadi rungutan masyarakat - contohnya tambang yang mahal, jadual perjalanan tidak tetap, sikap pemandu yang tidak berhemah dan lain-lain yang relevan

3. Langkah-langkah untuk meningkatkan mutu pengangkutan awam 4. Jika pelajar tidak menulis berdasarkan format rencana – markah maksimum peringkat kepujian 5. Tolak markah jika tiada Tajuk – 1m, nama penulis – 1m

Soalan 4 Pelajar mesti menghuraikan:

1. Bentuk-bentuk kerjasama dalam memartabatkan bidang pendidikan di peringkat antarabangsa. Jika pelajar hanya menjelaskan kerjasama pelbagai pihak di dalam negara – maksimum markah peringkat baik

2. Faedah-faedah yang diperoleh melalui jalinan kerjasama tersebut dalam menyejahterakan kehidupan masyarakat sejagat. Jika pelajar hanya menghuraikan menyejahterakan kehidupan masyarakat Malaysia sahaja – maksimum markah peringkat baik

Page 52: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 52

PAHANG 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 ‘Membaca Jambatan Ilmu’ merupakan ungkapan yang sering didendangkan unduk

menyuburkan budaya keilmuan dalam kalangan pelajar. Sehubungan dengan itu, sebagai pelajar harapan sekolah, anda terpanggil untuk menyampaikan ceramah berkaitan tajuk di atas. Sediakan teks ceramah tersebut selengkapnya.

2 Ibu bapa merupakan suri teladan dalam membentuk tingkah laku anak-anak khususnya dalam

memupuk semangat kejiranan agar tidak luntur dalam kalangan masyarakat. Huraikan usaha-usaha yang wajar dilakukan oleh ibu bapa dalam mengekalkan semangat kejiranan di Malaysia.

3 Penderaan dalam kalangan kanak-kanak meninggalkan kesan negatif dalam usaha melahirkan

anggota masyarakat yang berwawasan. Sehubungan dengan itu, masyarakat dan kerajaan perlu bekerjasama membanteras perbuatan tersebut. Ulaskan.

4 Aktiviti pembakaran terbuka telah menjadi fenomena lazim dilakukan oleh negara-negara Asia

Tenggara. Jelaskan kesan-kesan yang dialami oleh negara-negara terbabit dan negara=negara yang berjiran dengannya.

5 Yang buta penghembus lesung

Yang pekak pembakar meriam Yang tepak penghalau ayam Yang bisu penyimpan rahsia Yang pendek bertinjau-tinjau

Gurindam Dua Belas, Raja Ali Haji Gurindam di atas menunjukkan keistimewaan setiap orang dalam kehidupan meskipun dalam serba kekurangan, begitu juga dengan golongan orang kelainan upaya (OKU). Bincangkan usaha-usaha berkesan membantu golongan orang kelainan upaya hidup berdikari.

Page 53: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 53

SARAWAK (BELANGA) 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Sebagai seorang remaja, anda juga merupakan seorang belia yang mempunyai peranan

penting dalam membangunkan dan memajukan negara ini, Ulaskan pernyataan di atas.

2 Usaha berterusan membantu Orang Kelainan Upaya (OKU) merupakan satu tindakan yang

wajar demi membolehkan golongan ini memberikan sumbangan yang berkesan kepada negara. Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang wajar dilakukan untuk membantu golongan ini?

3 Anda menyertai pertandingan pidato. Tajuk pidato anda ialah ‘Bahasa Kebangsaan Pemangkin

Perpaduan Rakyat’. Tulis teks pidato itu selengkapnya.

4 Malaysia menjadi pusat kecemerlangan pendidikan antarabangsa. Bincangkan. 5 Di sana padi di sini padi,

Padi huma dari seberang, Di sana budi di sini budi, Barulah nama disebut orang.

Terdapat banyak pantun seperti pantun di atas yang memberikan pelbagai pengajaran kepada kita. Huraikan pengajaran–pengajaran yang dapat diperoleh daripada pantun-pantun sedemikian.

Page 54: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 54

YAYASAN ISLAM KELANTAN 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Pelajar yang bersahsiah tinggi merupakan aset penting sesebuah negara.

Jelaskan peranan yang perlu dimainkan oleh pihak sekolah untuk melahirkan pelajar yang bersahsiah tinggi.

2 Sesetengah pendapat mengatakan bahawa generasi muda hari ini kurang berbudi bahasa.

Huraikan peranan yang perlu dilakukan oleh ibu bapa untuk memupuk anak-anak agar sentiasa berbudi bahasa.

3 Kesedaran rakyat Malaysia tentang pentingnya ‘Amalan Gaya Hidup Sihat’ masih lagi rendah.

Pada pendapat anda, apakah langkah-langkah yang perlu dilakukan oleh masyarakat kita agar mereka sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat?

4 Kemasukan pendatang asing tanpa izin boleh mendatangkan pelbagai impak buruk kepada

sesebuah negara dan isu ini perlu disekat melalui kerjasama secara global. Bincangkan.

5 Anda telah membaca sebuah novel yang bertemakan semangat patriotik.

Tulis sinopsis novel tersebut.

Page 55: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 55

YAYASAN ISLAM KELANTAN 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1 Cadangan idea:

- Guru perlu mengajar / mendidik pelajar supaya sentiasa menghormati dan patuh ajaran guru - Sekolah mengadakan minggu disiplin untuk melahirkan pelajar sahsiah tinggi / mengatasi kes-

kes ponteng - Menganjurkan gotong-royong kebersihan untuk melahirkan pelajar penyayang terhadap

sekolah / mengatasi sikap pelajar membuang sampah - Sekolah menganjurkan kempen kesedaran – kempen datang awal ke sekolah untuk

mengelakkan ponteng sekolah - Peranan pembimbing rakan sebaya dan guru kaunseling dipertingkatkan untuk mengatasi

semua jenis disiplin - Menganjurkan lawatan ke sekolah-sekolah terbilang sebagai panduan untuk melahirkan

sahsiah tinggi dan lain-lain Soalan 2 Cadangan idea:

- Galakan kesedaran yang diberikan oleh ibu bapa sejak kecil - Membawa anak-anak menziarahi orang tua atau sanak saudara supaya anak pandai berbudi

bahasa dengan orang tua - Ibu bapa perlu menjadi contoh atau role model kepada anak-anak – tunjuk budi bahasa yang

baik kepada anak-anak - Sentiasa mengamalkan makan bersama dengan anak di rumah - Sentiasa amal nilai-nilai agama di rumah seperti solat berjemaah / baca al-Quran / cara

berpakaian / salam - Kawalan yang tegas dan ketat oleh ibu bapa

Soalan 3 Cadangan idea:

- Menjaga pemakanan - Menjaga kesihatan diri / keluarga - Kerap melakukan pemeriksaan kesihatan - Menjalankan aktiviti senaman - Menjauhi daripada amalan merokok / alkohol / dadah

Page 56: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 56

- Sentiasa membaca tips amalan gaya hidup sihat Soalan 4 Cadangan idea:

- Pertambahan penduduk - Jenayah - Pencemaran - Kos kerajaan semakin meningkat - Buruh tempatan terjejas - Hubungan serantau terjejas

Page 57: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 57

SELANGOR (SIJANGKANG JAYA) 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Setiap pelajar mempunyai persediaan tersendiri untuk menghadapi peperiksaan agar

memperoleh keputusan yang cemerlang, Jelaskan persediaan-persediaan yang anda lakukan sebelum menjelangnya musim peperiksaan awam.

2 Kes buli yang terjadi di sekolah sejak akhir-akhir ini telah memberi persepsi negatif orang ramai

terhadap tahap keselamatan pelajar di sekolah. Bincangkan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dengan pihak sekolah untuk membanteras masalah ini.

3 Kerajaan telah memperkenalkan slogan “1 Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian

Diutamakan”. Slogan tersebut ada kaitan dengan mewujudkan perpaduan kaum rakyat Malaysia. Anda tertarik untuk menulis sebuah rencana tentang usaha-usaha yang telah dan patut dilakukan kerajaan untuk memastikan perpaduan kaum rakyat Malaysia dapat diperteguh. Tulis rencana anda.

4 Keadaan jerebu yang melanda negara telah menimbulkan pelbagai perdebatan dalam

kalangan pemimpin ASEAN. Jelaskan peranan negara-negara serantau dalam menangani masalah ini tanpa menjejaskan hubungan antara negara tersebut.

5 Minat untuk membaca karya-karya sastera dalam kalangan rakyat negara ini semakin

berkurangan. Kemukakan cadangan anda yang perlu diambil oleh pelbagai pihak untuk menarik minat orang ramai membaca karya sastera.

Page 58: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 58

SELANGOR (SIJANGKANG JAYA) 2016 – SKEMA JAWAPAN BAHAGIAN B Soalan 1: Pendahuluan

- Peperiksaan ialah perkara biasa dalam kehidupan seseorang yang masih belajar - Peperiksaan amat penting untuk menilai keupayaan dan potensi pelajar dalam sesuatu aspek

atau mata pelajaran. - Terdapat dua jenis peperiksaan, iaitu peperiksaan sekolah dan peperiksaan awam. - Peperiksaan pada peringkat sekolah adalah seperti ujian selaras, Peperiksaan Pertengahan

Tahun dan Peperiksaan Akhir Tahun manakala contoh peperiksaan awam yang perlu diambil ialah UPSR, PT3, SPM dan STPM.

- Tidak dapat dinafikan bahawa setiap pelajar pasti mempunyai keinginan untuk mencapai kecemerlangan dalam peperiksaan termasuklah saya.

- Strategi-strategi yang ampuh perlu saya ambil untuk memperoleh kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan.

Cadangan idea:

1. Saya akan menetapkan visi atau matlamat untuk memperoleh keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM iaitu 10 A+

- Bagi saya, dengan adanya visi tersebut, saya seolah-olah bersemangat untuk belajar setelah membaca visi yang saya buat

- Visi tersebut seolah-olah menjadi pendorong dan pembakar semangat saya selain kedua-dua ibu bapa saya.

- Saya akan membuat dan menghias visi tersebut. - Saya akan menampalkan visi tersebut di dalam bilik tempat saya ulang kaji pelajaran - Saya akan membaca visi tersebut setiap kalu mahu belajar. 2. Merancang waktu belajar dengan menguruskan masa dengan efisien - Sangat penting supaya dapat belajar secara sistematik dan terancang - Mengelakkan saya daripada belajar pada saat-saat akhir - Mendisiplinkan diri saya - Allah SWT telah berfirman dalam surah al-As, iaitu ‘Demi masa, sesungguhnya manusia

dalam kerugian kecuali mereka yang beriman dan beramal soleh serta berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

Page 59: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 59

3. Membuat ulang kaji - Ulang kaji secara konsisten - Menyiapkan diri dengan input dan maklumat tambahan - Membuat nota ringkas supaya tidak cemas - Pilih tempat ulang kaji yang kondusif supaya boleh belajar dengan tenang - Membuat ulang kaji secara individu atau berkumpulan 4. Mengamalkan pemakanan yang sihat dan berkhasiat - Makanan yang berkhasiat penting untuk memberikan tenaga dan menguatkan memori - Mengambil makanan yang kaya dengan karbohidrat, protein, vitamin, pelawas dan pelbagai

nutrien lain - Membanyakkan makan buah-buahan dapat meningkatkan keimunan badan melawan penyakit. - Banyakkan minum air kosong kerana air kosong akan membekalkan oksigen kepada otak dan

tubuh - Air kosong juga dapat mengekalkan suhu badan - Mengambil makanan yang dapat merangsang otak seperti kismis, kurma, madu lebah - Jangan makan makanan yang pedas dan masam. Makanan yang masam dapat melemahkan

daya pemikiran - Pengambilan makanan yang sihat dan seimbang dapat mengurangkan stres, mencerdaskan

minda dan mencergaskan fizikal untuk belajar 5. Persediaan mental dan rohani - Berfikiran positif - Mempunyai semangat juang yang tinggi untuk belajar - Tidak mudah putus asa jika ada mata pelajaran yang susah dan sukar difahami - Persediaan rohani penting untuk mendapatkan ketenangan - Amalan mengikut agama masing-masing dijalankan – Islam / Muslim membaca al-Quran, solat

lima waktu dan berdoa - Menghormati guru-guru, mentaati ibu bapa dan melakukan aktiviti kebajikan

Page 60: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 60

Soalan 2: Cadangan idea:

1. Pihak sekolah dengan kerjasama daripada PIBG mengadakan Program Pemantapan Disiplin 2. Pihak sekolah hendaklah melibatkan PIBG dalam aktiviti sekolah seperti Sambutan Hari Guru,

Hari Keluarga, Hari Terbuka dan sebagainya 3. Program Kerohanian yang melibatkan guru, ibu bapa dan murid juga perlu diadakan 4. Program permuafakatan antara sekolah, ibu bapa dan pihak polis perlu dijalankan setahun

dua kali 5. Pihak PIBG perlu membantu sekolah untuk mengadakan Kamera Litar Tertutup

Soalan 3 Pendahuluan:

- Slogan diperkenalkan oleh Perdana Menteri keenam pada 3 April 2009 Cadangan idea:

- Berusaha memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa pengantar dan bahasa rasmi rakyat Malaysia

- Menjadikan sekolah kebangsaan sebagai pilihan murid selain memberikan sumbangan kepada sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil

- Rakyat diberi kebebasan bersuara asal sahaja tidak menyentuh sensitiviti kaum dan hal-hal berkaitan agama

- Menggalakkan rakyat mengadakan rumah terbuka ketika hari perayaan - Memberi rakyat kebebasan beragama walaupun agama Islam sebagai agama rasmi - Memberikan peluang yang sama rata kepada rakyat menikmati kekayaan ekonomi negara

Soalan 4 Cadangan idea:

- Perjanjian Kerjasama Dua Hala ASEAN - Cadangan kerjasama penguatkuasaan peraturan - Kerjasama pengawalan aktiviti pembakaran secara terbuka - Kerjasama pelaksanaan kempen antijerebu di negara masing-masing

Page 61: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 61

Soalan 5 Cadangan idea:

- Pihak sekolah (PSS) menambah bilangan buku-buku sastera dan karya agung sasterawan negara

- Mengadakan pertandingan mengulas buku-buku dan karya sastera. Setiap kelas ada satu sudut sastera

- Peranan ibu bapa memberikan pendedahan karya sastera kepada anak-anak – menghadiahkan buku sastera kepada anak-anak – perpustakaan mini di rumah – ibu bapa bercerita atau membaca karya sastera kepada anak-anak

- Media massa memainkan peranan untuk mempromosikan bahan dan karya sastera – memberikan maklumat tentang karya sastera yang baru di pasaran dan memudahkan orang ramai untuk mendapatkannya – mengadakan pelbagai kuiz, silang kata, pertandingan sajak, syair untuk menarik minat orang ramai

- Kerajaan mengadakan pameran karya sastera dan kempen menghayati karya sastera – memberikan ruang dan peluang orang ramai mengenali karya sastera – pengurangan cukai terhadap penerbitan bahan sastera wajar dilakukan bagi menggalakkan syarikat yang mahu menerbitkan bahan sastera

- Pihak NGO membantu untuk menerbitkan bahan sastera, bukan mementingkan keuntungan semata-mata – Persatuan Karya-karya Sastera bangkit melindungi karya-karya penulis agar tidak ada yang mengeksploitasikan karya mereka agar mereka terus berkarya

Page 62: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 62

SMJK JIT SIN 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Anda telah menyertai pertandingan syarahan yang bertajuk "Masa Berkualiti Kehidupan

Sempurna". Tulis teks syarahan anda selengkapnya.

2 Pendidikan melalui talian menjadi kaedah terkini dalam dunia pendidikan di Malaysia. Nyatakan

faedah pendidikan melalui talian dan langkah-langkah untuk memperluas pendidikan online di negara kita.

3 Jelaskan faktor-faktor yang menyebabkan wujudnya perbezaan penghayatan semangat

kejiranan antara masyarakat zaman dahulu dengan masyarakat zaman sekarang. 4 Kegiatan pengganas dan pihak yang tidak bertanggungjawab yang meletupkan bangunan-

bangunan tertentu di beberapa buah negara telah menyebabkan kesengsaraan dan menimbulkan keresahan dalam kalangan masyarakat sejagat.

Huraikan kesan masalah keganasan antarabangsa dan sarankan langkah untuk mengatasi masalah ini.

5 Aku selalu didatangi

malam sepi bagai kalung yang melingkari leherku tidak berubah keesokan hari siapa yang akan datang menjengukku keluhan seorang tua sunyi.

Petikan Puisi Erti Hidup Bererti di atas menjelaskan warga tua kurang mendapat perhatian dan dihormati oleh generasi muda.Huraikan pendapat anda,mengapakah keadaan sedemikian berlaku serta usaha-usaha yang boleh dilakukan untuk menangani fenomena ini?

Page 63: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 63

SMJK JIT SIN 2016 – SKEMA JAWAPAN

BAHAGIAN B Soalan 1 Cadangan isi: P1 Melaksanakan tugasan dalam tempoh yang ditetapkan.

Masa telah ditetapkan tidak disia-siakan.

Ketepatan masa menyebabkan pembahagian masa lebih teratur.

Jadual pengurusan masa dipatuhi agar aktiviti tidak tertangguh. Masa Itu Emas Bertangguh itu pencuri masa

P2 Membentuk keperibadian yang utuh kerana mendisiplinkan diri.

Berazam untuk tidak suka bertangguh atau membazir masa.

Menyudahkan sesuatu tugasan dalam tempoh masa yang ditetapkan.

Sentiasa menepati masa tanpa sebarang alasan.

Merancang aktiviti dan menghadirinya berdasarkan ketetapan masa. Tidak mahu timbul penyesalan akibat mengabaikan masa. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada berguna.

P3 Menjalinkan hubungan yang baik sesama keluarga, rakan dan masyarakat.

Memastikan agar sentiasa mempunyai masa untuk berinteraksi dengan pelbagai pihak.

Komunikasi dengan pelbagai pihak akan menjamin kesejahteraan hidup

Melakukan sesuatu aktiviti bersama-sama dalam masa yang dirancang.

Merancang untuk aktiviti kemasyarakatan seperti gotong-royong, riadah atau rekreasi. Sentiasa komited dengan masyarakat dan tidak bersikap memencilkan diri. Seperti katak di bawah tempurung. P4 Mampu mengelakkan diri daripada gejala sosial yang semakin serius.

Sememangnya tiada ruang untuk melakukan sesuatu yang di luar kewarasan minda.

Masa diisi dengan pelbagai aktiviti yang mampu membentuk kemahiran dan keyakinan dalam diri.

Menghadiri pelbagai aktiviti yang dirancang masanya secaranya berkala.

Menghadiri perkhemahan dan aktiviti kokurikulum anjuran pelbagai pihak.

Page 64: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 64

Bersungguh-sungguh untuk menyertai aktiviti yang dirancang atau dianjurkan oleh pihak tertentu. Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan.

P5 Mempunyai kemandirian dalam kehidupan dan sentiasa berwawasan

Rasional serta kreatif dalam merancang masa untuk sesuatu yang bermakna.

Memastikan kesempurnaan diri merangkumi fizikal, mental dan emosi serta peka akan persekitaran.

Melaksanakan aktiviti dengan pengurusan masa yang sempurna agar mampu merangsang kepada kejayaan hakiki.

Fokus kepada kecenderungan yang bermanfaat seperti bermain muzik atau bersukan Kejayaan akan dicapai jika ada kesungguhan. Kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya.

Soalan 2 Pengenalan

didapati bahawa lebih daripada 90 peratus sekolah di Malaysia memiliki jaringan Internet dan laman sesawangnya sendiri.

Walaupun begitu, dijangkakan bahawa dalam sedikit masa lagi, konsep pendidikan yang bercorak melalui talian akan menjadi kaedah pengajaran dan pembelajaran yang penting di semua institusi pendidikan di negara ini.

Kaedah pembelajaran secara online mempunyai pelbagai kelebihan, khususnya dalam era teknologi maklumat yang menguasai pelbagai bidang pada masa sekarang.

Faedah P1 Faedah pendidikan melalui talian ialah sifatnya yang interaktif dan menyeronokkan.

Proses pembelajaran melalui talian yang menggunakan grafik, visual, animasi, audio dan sebagainya mampu menarik minat murid-murid.

Tambahan pula, melalui penggunaan melalui talian, mereka dapat mengurangkan kebosanan semasa mengikuti pelajaran di sekolah atau melakukan ulang kaji di rumah.

Misalnya, Portal Pendidikan Utusan Malaysia melalui laman sesawangnya, iaitu www. tutor.com.my menyediakan ruangan Permainan Interaktif yang bukan sahaja menghiburkan malahan berunsurkan pelajaran.

P2 Pendidikan melalui talian juga memudahkan aktiviti pembelajaran

Page 65: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 65

maklumat pendidikan boleh diakses dan dihantar kepada pengguna dengan cepatnya selain menjimatkan masa dan kos.

Contohnya, penggunaan e-mel memudahkan tugasan dihantar dan diterima dalam masa yang singkat.

Bukan itu sahaja, melalui pendidikan melalui talian juga murid-murid dapat berkomunikasi sesama sendiri atau dengan guru menerusi ruangan 'sembang' di Internet.

Tambahan pula, pendidikan melalui talian memudahkan murid-murid mencari sebarang maklumat tentang pelajaran hanya dengan menaip satu atau dua perkataan di ruang penjana Internet seperti Yahoo dan Google.

Usaha P3 memperkenalkan mata pelajaran komputer kepada murid-murid.

Pengenalan mata pelajaran ini bertujuan untuk memupuk budaya celik teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) di sekolah dan membiasakan murid-murid dengan pendidikan melalui talian.

Sebagai contoh, murid-murid perlu didedahkan dengan ilmu komputer dan menjalani ujian-ujian tertentu sama seperti mata pelajaran lain.

Usaha ini perlu dikendalikan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia dengan kerjasama syarikat IT di Malaysia seperti TM Net.

P4 Peruntukan khusus bagi pendidikan melalui talian

Satu keperluan untuk memperluas pendidikan ini di Malaysia kerana kosnya amat tinggi.

Namun begitu, pengorbanan dari segi wang ringgit perlu untuk menikmati manfaat yang hebat bak kata pepatah, alah membeli, menang memakai.

Setakat ini, kerajaan telah menyediakan peruntukan kepada projek yang berkait rapat dengan pendidikan melalui talian, iaitu Projek 'Wireless Technology', Projek Sekolah Bestari dan Projek SchoolNet.

Kerajaan juga harus memberikan peruntukan bagi menyediakan guru-guru yang mahir dengan kaedah pendidikan melalui talian agar projek yang gah ini tidak menjadi gajah putih.

P5 Pengenalan kaedah pembelajaran alternatif di sekolah di seluruh Malaysia.

Melalui kaedah pembelajaran alternatif, murid- murid dapat belajar dari rumah atau di mana-mana sahaja.

Contoh kaedah pembelajaran alternatif ialah Program Usahawan Pendidikan Skor A yang sesuai untuk bidang pendidikan dan perniagaan.

Page 66: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 66

Selain itu, My E-Tutor.com ialah perkhidmatan tutorial Internet yang pertama seumpamanya di dunia.

Pembayaran yang mudah dengan harga langganan yang berpatutan mengembangkan My E-Tutor. com dalam kalangan murid di sekolah rendah dan menengah.

Kesimpulan

Semua pihak perlu berganding bahu dalam usaha untuk memperluas sistem pendidikan melalui talian di Malaysia.

Hal ini demikian kerana banyak manfaat yang dapat dinikmati daripada pelaksanaan sistem pendidikan melalui talian ini.

Oleh itu, diharapkan sistem pendidikan melalui talian menjadi trend dalam sistem pendidikan negara pada masa akan datang.

Page 67: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 67

Soalan 3 Pengenalan

Masyarakat zaman dahulu mengiktiraf jiran sebagai darah daging mereka sendiri. Segala susah senang dikongsi bersama-sama.

Mereka akan bantu-membantu tanpa sedikit pun perasaan dengki atau iri hati.

Jika kita dapat menyaksikan corak kehidupan masyarakat pada zaman dahulu, kita akan sukar untuk mereka sama ada mereka hanyalah jiran atau adik-beradik kerana hubungan mereka terlalu akrab.

Masyarakat zaman sekarang pula lebih mementingkan keluarga sendiri dan pekerjaan sahaja tanpa mempedulikan jiran tetangga.

Kehidupan masyarakat sekarang umpama enau di dalam belukar yang melepaskan pucuk masing-masing.

Sebagai persoalannya, apakah faktor-faktor yang menyebabkan perbezaan penghayatan semangat kejiranan antara kedua-dua masyarakat ini?

P1 Masyarakat zaman dahulu sentiasa menghayati agama secara bersungguh- sungguh termasuklah soal semangat kejiranan.

Mereka sentiasa menegur dan membantu antara satu sama lain.

Agama yang dipelajari menyebabkan mereka tidak pernah bersikap bagai enau di dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing.

Mereka tidak mementingkan diri sendiri malah mengutamakan jiran yang tiada kaitan adik-beradik dengan mereka.

Mereka mengamalkan semangat kejiranan secara ikhlas kerana amalan tersebut merupakan tuntutan agama.

P2 Masyarakat zaman dahulu dapat menghayati semangat kejiranan kerana mereka mempunyai banyak masa terluang.

Kebanyakan ahli masyarakat hanya bekerja separuh hari.

Bagi mereka yang bekerja sebagai petani, waktu yang diperlukan hanyalah beberapa jam sahaja.

Waktu yang selebihnya digunakan untuk menyantuni jiran.

Bagi wanita pula, mereka mempunyai masa untuk memasak dan menghulurkan sedikit makanan kepada jiran.

Page 68: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 68

Masa terluang akan digunakan oleh golongan wanita untuk bertanya khabar. Sebagai contohnya, pada waktu petang masyarakat akan berkumpul di suatu tempat untuk berbual- bual atau melakukan apa-apa aktiviti bersama-sama.

P3 Kedudukan rumah yang tidak dipisahkan oleh tembok juga menyebabkan masyarakat zaman dahulu dapat menghayati semangat kejiranan.

Kedudukan rumah pada zaman dahulu seolah-olah tiada sempadan dengan rumah di sebelahnya.

Semangat saling menyayangi dan menghormati wujud dalam masyarakat ketika itu kerana tiada pagar yang memisahkan mereka.

Mereka seolah-olah saling memiliki kawasan rumah.

Bukan sahaja kawasan rumah mereka disatukan malah hati mereka juga bersatu.

Sebagai contohnya, rumah- rumah di kampung yang tidak berpagar menyebabkan jiran-jiran dapat bertegur sapa dan berkunjung sesama jiran pada bila-bila masa sahaja.

P4 Masyarakat zaman sekarang terlalu materialistik menyebabkan mereka gagal menghayati semangat kejiranan yang sebenar.

Kebanyakan masyarakat sekarang keluar rumah pada awal pagi dan balik pada waktu malam menyebabkan mereka tidak mengenali Jiran.

Anak-anak mereka yang dihantar ke rumah pengasuh berasa kekok untuk berinteraksi dengan jiran sendiri.

Bagi mereka, setiap perkara yang ingin dilakukan perlu dikira untung rugi terlebih dahulu.

Sebagai contohnya, masyarakat sekarang asyik memikirkan cara untuk mengumpul kekayaan dan tiada sedikit pun perasaan untuk memikirkan keperluan jiran.

Jadi, sudah terang lagikan bersuluh bahawa sikap materialisme yang wujud dalam diri masyarakat sekarang menyebabkan mereka tidak dapat menghayati semangat kejiranan seperti masyarakat terdahulu.

P5 Keadaan di luar rumah yang diuar-uarkan sebagai bahaya menyukarkan masyarakat sekarang untuk membenarkan anak-anak bergaul dengan masyarakat sekeliling.

Berita yang dipaparkan berkaitan penculikan kanak-kanak dan sebagainya menambahkan lagi kegusaran masyarakat.

Mereka telah hilang kepercayaan antara satu sama lain.

Hal ini demikian menyebabkan anak-anak membesar sebagai masyarakat yang tidak mengenali jiran lantas tidak mampu menghayati semangat kejiranan.

Page 69: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 69

Sebagai contohnya, anak-anak zaman sekarang berasa takut apabila didekati orang yang tidak dikenali sedangkan orang tersebut ialah jirannya sendiri.

Jadi, jelaslah bahawa keadaan sekarang yang dikatakan bahaya menyebabkan anak-anak terdidik untuk tidak mengenali jiran dan terus membesar sebagai masyarakat yang tidak menghayati semangat kejiranan.

Kesimpulan

Berdasarkan perbandingan yang telah dinyatakan, terbuktilah bahawa terdapat perbezaan besar antara masyarakat zaman dahulu dengan masyarakat sekarang dalam aspek penghayatan semangat kejiranan.

Pelbagai prakarsa perlu dilaksanakan oleh pihak-pihak berautoriti untuk memastikan semangat kejiranan tidak terus luntur dalam kehidupan masyarakat.

Pemimpin masyarakat juga perlu menyusun program khas bagi memastikan semangat kejiranan terus terpelihara dalam masyarakat zaman sekarang supaya mereka dapat hidup bagi aur dengan tebing.

Media massa yang canggih sekarang diharap dapat digunakan untuk meningkatkan kualiti semangat kejiranan.

Hal ini dikatakan demikian kerana semangat kejiranan merupakan asas kemajuan sesebuah negara.

Sesungguhnya penghayatan semangat kejiranan merupakan tunjang utama keutuhan masyarakat dan negara.

Soalan 4 Pengenalan

Keganasan - Pengeboman , pembunuhan diri dan penculikan untuk mencapai tuntutan politik . Disebabkan penentangan ideologi , kegawatan ekonomi , dan kelemahan pemerintahan . England - melakukan keganasan di stesen MRT - membunuh banyak rakyat Britain - 2005 Membunuh orang yang tidak berdosa dan menyebabkan penderitaan .

Kesan P1 Keselamatan terancam

Pergolakan politik dalaman negara menyebabkan keganasan . Pemimpin menyalakan api keganasan dan menghasut penyokong berbuat demikian . Bersifat kegilaan dan hilang perasaan rasional mereka . Mengambil bahagian dalam tunjuk perasaan dan bertindak liar . Menggugat keselamatan dan keamanan kawasan tempatan .

Page 70: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 70

P2 Ekonomi terjejas Pelabur asing dan dalaman tidak berani melabur . Tiada keyakinan berbuat demikian kerana takut kerugian . Indonesia - tunjuk perasaan dan keganasan berlaku - pembunuhan . Ekonomi Indonesia tidak pulih dan bertambah teruk . Serangan pengganas Pusat Dagangan Dunia di Amerika 2001 - jejas ekonomi dunia . Perdagangan antarabangsa merosot kerana peniaga tidak berani melawat .

P3 Pelancongan tergugat

Perampasan kapal terbang dan mengebom bangunan menyebabkan pelancong takut . Tidak berani ke negara yang dilanda pergolakan politik keganasan . Agensi pelancongan melaporkan kemerosotan perniagaan . Ekonomi China , Amerika dan Australia yang bergantung kepada pelancongan terjejas . Syarikat penerbangan menghadapi kerugian yang besar . Pemandu pelancong dan kakitangan agensi pelancongan menganggur .

Langkah P4 Pasukan Keselamatan

Polis dan tentera bertindak dengan cepat terhadap keganasan . Mengelakkan keganasan merebak dengan serius . Pencetus rusuhan dan tunjuk perasaan dikenakan hukuman berat . Membuat undang-undang khas untuk menyenangkan tindakan segera . Malaysia menggunakan ISA untuk menentang pengganas . Mengekalkan keselamatan dan keamanan negara kita .

P5 Kerjasama Antarabangsa

Komuniti antarabangsa berganding bahu mencegah keganasan yang ada rangkaian antarabangsa .

Jabatan perisikan bertukar maklumat kegiatan pencetus rusuhan . Pengambilan tindakan segera seperti menangkap Hambali di Thailand . Latihan bersama antara polis dan tentera antara negara maju dan mundur . Menyekat aliran wang kumpulan pengganas di dunia . Jabatan Imigresen mestilah berkesan melakukan kerja penapisan .

Kesimpulan Penduduk dunia haruslah faham keganasan menghalang kemajuan . Tanpa keganasan, kemajuan negara terjamin

Page 71: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 71

Soalan 5 Pengenalan

Warga tua merujuk kepada mereka yang berusia lebih daripada 60 tahun.

Mereka merupakan ibu, bapa, datuk atau nenek, bapa saudara atau ibu saudara kita.

Mereka merupakan golongan yang paling berjasa kepada keluarga, masyarakat dan negara. Warga tua telah melalui pelbagai rintangan dan dugaan untuk membesarkan anak-anak.

Namun, pada hari ini, warga tua sering diabaikan ibarat peribahasa melukut di tepi gantang dan jasa mereka dilupakan oleh masyarakat.

Ada sesetengah mereka pula dianggap seperti Quran buruk. Bagaimanapun, jasa dan sumbangan warga tua perlu dihargai oleh semua pihak.

Hal ini demikian kerana disebabkan oleh banyak faktor yang mempengaruhinya, justeru itu juga masalah ini harus dibendung supaya tidak menjadi lebih teruk lagi di masa akan datang.

Faktor P1 Sikap manusia itu sendiri.

Segelintir manusia memandang hina terhadap golongan ini, mereka menganggap warga emas tidak berguna lagi malah membebankan.

Oleh itu, anak-anak lebih gemar menghantar ibu bapa mereka ke rumah kebajikan.

Di samping itu, masyarakat itu sendiri juga memandang serong terhadap warga emas yang kurang bernasib baik sekali gus menyisihkan mereka.

Perbuatan ini dianggap tidak bermoral terutamanya anak-anak yang derhaka.

Ibu bapa telah membesarkan anak-anak dengan bersusah payah namun apakah yang diperoleh oleh mereka semasa tua dan tidak bertenaga lagi? Tentunya mereka akan berasa sakit hati apabila dilayan sedemikian.

P2 Tindakan ibu bapa itu sendiri.

Pengabaian terhadap ibu bapa disebabkan pengalaman anak-anak itu sendiri di alam kanak-kanak

mungkin semasa kecil kedua-dua ibu bapa mereka bersikap bengis, suka mendera

Maka, anak-anak akan bertindak balas dan menyimpan perasaan untuk membalas dendam terhadap kedua-dua ibu bapa mereka yang dianggap kejam itu.

Oleh itu, salah satu cara untuk memuaskan hati mereka ialah dengan mengabaikan kebajikan dan kesihatan kedua ibu bapanya.

Page 72: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 72

Usaha P1 Ahli keluarga perlu menyayangi warga tua.

Warga tua yang terdiri daripada ibu melahirkan zuriat dan berperanan mengurus rumah tangga serta mendidik anak-anak.

Kaum bapa pula membanting tulang empat kerat mencari rezeki untuk keluarga.

Pengorbanan ibu bapa perlu diingati serta dibalas dengan sebaik-baiknya.

Sebagai anak, kita perlu menjaga ibu bapa kita ketika mereka tua serta uzur.

Anak-anak tidak seharusnya menghantar mereka ke rumah orang tua-tua.

Jika mereka berbuat demikian, mereka boleh dianggap sebagai kacang lupakan kulit. P2 Guru menjadi suri teladan menasihati pelajar agar menghormati ibu bapa serta warga tua.

Kita perlu memberikan perhatian dan sering mendampingi mereka.

Selain itu, anak-anak perlu bertutur dengan sopan apabila berkomunikasi dengan ibu bapa mereka.

Ketika bersalam, anak-anak hendaklah mencium tangan mereka.

Hal ini demikian kerana kasih ibu membawa ke syurga dan kasih bapa sanggupkah berpisah berkorban nyawa.

Sewajarnya anak-anak tidak mengabaikan warga tua tersebut. P3 kerajaan dan pihak swasta turut berperanan menghargai warga tua.

Kerajaan dan pihak swasta hendaklah berganding bahu seperti aur dengan tebing.

Kedua-dua pihak tersebut hendaklah menyediakan pelbagai kemudahan untuk warga tua.

Sebagai contoh, rumah penjagaan warga tua yang mempunyai pelbagai kemudahan penjagaan hendaklah disediakan untuk mereka.

Di samping itu, warga tua juga hendaklah diberikan rawatan percuma di hospital kerajaan.

Sekiranya memerlukan bayaran, mereka hendaklah dikenakan kadar bayaran rendah di hospital kerajaan atau klinik swasta.

Keprihatinan tersebut menunjukkan sikap mengambil berat tanpa mengira pangkat, demi keselesaan warga tua.

P4 Peranan Media massa

Media massa seperti surat khabar dan televisyen serta Internat boleh menyiarkan cerita-cerita yang berkaitan dengan pengorbanan dan penderitaan hidup warga tua.

Page 73: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 73

Sebagai contoh, rancangan yang disiarkan oleh TV3, iaitu ’Bersamamu”, menunjukkan terdapat pelbagai pihak yang sanggup menghulurkan bantuan khususnya kepada warga tua yang daif.

Hal ini menyedarkan kita tentang pentingnya warga tua dalam hidup kita. Oleh itu, kita tidak boleh mengabaikan warga tua.

Kesimpulannya

pelbagai pihak perlu berusaha untuk menghargai jasa dan pengorbanan warga tua.

Tanpa mereka siapalah kita.

Jangan sesekali kita bersikap bagai enau dalam belukar melepaskan pucuk masing-masing kerana suatu hari nanti, kita juga pasti akan menjadi ’tua’ juga.

Kita tidak boleh mengabaikan warga tua kerana merekalah yang telah berkorban melahirkan, membesarkan, dan mendidik anak-anak hingga berjaya dalam hidup.

Page 74: SPM 2016 BAHASA MELAYU KERTAS 1 KARANGAN  · PDF fileSPM 2016 BAHASA MELAYU ... Dapat mengisi masa lapang dengan berfaedah ... Tulis sebuah rencana tentang langkah-langkah untuk

SPM 2016 BAHASA MELAYU

KERTAS 1 KARANGAN (BAHAGIAN B)

Halaman 74

SMK CHUANG HUA MIRI 2016 BAHAGIAN B Pilih satu daripada soalan di bawah dan tulis sebuah karangan yang panjangnya lebih daripada 350 patah perkataan. 1 Masalah pelajar tidak mematuhi peraturan sekolah semakin membimbangkan. Anda selaku

ketua pelajar ingin membuat laporan berkaitan perkara tersebut dan cadangan-cadangan untuk mengatasinya untuk diserahkan kepada pengetua sekolah. Tulis laporan tersebut.

2 Semangat kejiranan semakin dilupakan oleh masyarakat kita. Usaha-usaha perlu dilakukan

oleh ibu bapa untuk memupuk semangat kejiranan dalam diri anak-anak. Bincangkan.

3 Rungutan tentang masalah kenaikan harga barang semakin banyak kedengaran pada masa

ini. Tulis rencana tentang peranan pelbagai pihak dalam menangani masalah ini.

4 Masalah bencana alam yang semakin banyak berlaku di seluruh dunia disebabkan oleh sikap

masyarakat dunia yang tidak bertanggungjawab menjaga alam sekitar. Bincangkan.

5 Sempena kempen sambutan kemerdekaan Malaysia, pihak sekolah telah mengadakan

pertandingan penulisan cerpen yang bertemakan patriotisme. Anda berminat untuk menyertai pertandingan tersebut. Tulis cerpen tersebut selengkapnya.