Upload
builiem
View
235
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
1
Ruj : KP (PP) SULIT 0070/5 (41)
Tarikh : 14 Disember 2010
Semua Ketua Jabatan/ Bahagian
Semua Pengarah Pelajaran Negeri
Semua Pengarah Institut Pendidikan Guru
Semua Pengarah Kolej Matrikulasi
Semua Pengetua/ Guru Besar
Y.Bhg. Tan Sri/Datuk/Dato’/Datin/Tuan/Puan,
SURAT PEKELILING PERKHIDMATAN KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA
BIL 2 TAHUN 2010
GARIS PANDUAN PELAKSANAAN PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 9 TAHUN
2010 : PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN DALAM AKTIVITI POLITIK
PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41
HINGGA DG48 YANG BERTUGAS DI INSTITUSI PENDIDIKAN, KEMENTERIAN
PELAJARAN MALAYSIA
TUJUAN
1. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini bertujuan untuk memberi panduan terperinci
mengenai kaedah pelaksanaan memberi kebenaran kepada Pegawai Perkhidmatan
Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48 yang bertugas di Institusi
Pendidikan di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) bagi mengambil bahagian
secara aktif dalam aktiviti politik sama ada bertanding atau memegang jawatan atau
dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik.
2
LATAR BELAKANG
2. Kerajaan telah bersetuju supaya kebenaran untuk mengambil bahagian secara
aktif dalam suatu parti politik dipanjangkan kepada PPPS Gred DG41 hingga DG48
yang bertugas di Institusi Pendidikan, KPM. Bagi tujuan berkenaan, Kerajaan telah
meminda Peraturan 21, Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993) [P.U.(A)395/1993] melalui Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan
Tatatertib) (Pindaan) [P.U.(A)250/2010].
3. Susulan daripada pindaan Peraturan tersebut, Jabatan Perkhidmatan Awam
Malaysia telah mengeluarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil.9 Tahun 2010 pada 30 Julai
2010 dan mula berkuatkuasa pada 1 Ogos 2010.
TAFSIRAN
4. Bagi maksud Surat Pekeliling ini:
Institusi Pendidikan bermaksud sekolah, Institut Pendidikan Guru, English Language
Teaching Centre (ELTC), Kolej Matrikulasi dan Institut Aminuddin Baki di bawah KPM.
Ketua Jabatan bermaksud seseorang pegawai yang mengetuai dan bertanggungjawab
ke atas sesuatu Bahagian, Jabatan dan Institusi Pendidikan di bawah KPM atau mana-
mana pegawai dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan
Profesional yang diberi kuasa dengan sewajarnya secara bertulis.
Jawatankuasa Penilaian bermaksud jawatankuasa yang mengandungi ahli-ahli dan
tertakluk kepada terma rujukan seperti yang ditetapkan di perenggan 9.1 dan 9.2 Surat
Pekeliling ini.
Mengambil Bahagian Dalam Aktiviti Politik bermaksud bertanding atau memegang
jawatan atau dilantik ke dalam apa-apa jawatan dalam suatu parti politik seperti yang
diperuntukkan dalam Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib
1993) [P.U.(A)395/1993].
MEKANISME PELAKSANAAN
5. Syarat-syarat permohonan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik
adalah seperti berikut:
3
5.1 Pegawai adalah terdiri daripada Pegawai Perkhidmatan Pendidikan
Siswazah (PPPS) Gred DG41 hingga DG48;
5.2 Pegawai mesti bertugas di Institusi Pendidikan di bawah KPM iaitu
sekolah, Institut Aminuddin Baki, Institut Pendidikan Guru, ELTC dan Kolej
Matrikulasi;
5.3 Pegawai tidak memegang sebarang jawatan pentadbiran;
5.4 Pegawai tidak menyandang jawatan latihan (bercuti belajar);
5.5 Pegawai hendaklah mengemukakan dokumen-dokumen berikut yang
diakui sah melalui Ketua Jabatan masing-masing :
a) Borang Permohonan JPA(T) 1/10 (3 salinan)
b) Kad Pengenalan pegawai (2 salinan)
c) Senarai Tugas yang terkini dan Jadual Waktu Mengajar
(1 salinan)
d) Kenyataan Perkhidmatan pegawai yang kemaskini (1 salinan);
5.6 Permohonan yang lengkap perlu dikemukakan kepada Unit Tatatertib,
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia, KPM melalui Ketua Jabatan di
Peringkat Bahagian KPM/Jabatan Pelajaran Negeri(JPN) masing-masing
selewat-lewatnya dua (2) bulan sebelum mengambil bahagian dalam
aktiviti politik;
5.7 Keputusan Ketua Setiausaha KPM bagi permohonan mengambil
bahagian dalam aktiviti politik adalah muktamad;
5.8 Carta aliran tatacara permohonan seperti di Lampiran 1.
6. Permohonan Cuti Tanpa Rekod (CTR) untuk aktiviti politik:
6.1 Pegawai yang telah mendapat kebenaran secara bertulis daripada
Ketua Setiausaha KPM untuk mengambil bahagian dalam aktiviti politik
dibenarkan untuk memohon cuti tanpa rekod selaras dengan peraturan
yang ditetapkan jika kegiatan politik melibatkan waktu bertugas dan hanya
terhad kepada aktiviti berikut:
(a) menghadiri mesyuarat parti politik di peringkat kebangsaan
sebagai perwakilan; atau
4
(b) menghadiri seminar atau bengkel anjuran parti politik yang
membincangkan isu-isu nasional dan pembangunan negara.
6.2 Walau apa pun yang dinyatakan di dalam Perkara 6.1 (a) dan (b) di atas,
ia adalah tertakluk kepada persetujuan dan budi bicara Ketua Jabatan
masing-masing mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan.
6.3 Cuti Tanpa Rekod boleh dipertimbangkan oleh Pihak Berkuasa Melulus
seperti Jadual 1 di bawah tertakluk kepada kepentingan perkhidmatan.
Walau bagaimanapun, bagi aktiviti di luar negara, ianya akan
dipertimbangkan oleh Ketua Setiausaha KPM.
Jadual 1: Pihak Berkuasa Melulus Cuti Tanpa Rekod Mengikut Tempat
Bertugas Pegawai
TEMPAT BERTUGAS PEGAWAI
PIHAK BERKUASA MELULUS
Institusi Pendidikan (IAB /Institut
Pendidikan Guru /ELTC/ Kolej
Matrikulasi)
Pengarah (IAB / IPG / ELTC/
Kolej Matrikulasi)
Sekolah Menengah /Sekolah Rendah
Harian
Pengarah Jabatan Pelajaran
Negeri
Jenis sekolah yang lain (selain sekolah
rendah/ menengah harian)
Pengarah Bahagian berkaitan
6.4 Bagi tujuan kemudahan Cuti Tanpa Rekod, pegawai perlu mengemukakan
dokumen-dokumen seperti berikut untuk pertimbangan dan persetujuan
Ketua Jabatan :
(a) borang permohonan Cuti Tanpa Rekod ;
(b) salinan surat kelulusan mengambil bahagian dalam aktiviti politik
daripada Ketua Setiausaha Kementerian Pelajaran Malaysia; dan
(c) salinan surat jemputan menghadiri mesyuarat/persidangan
berkaitan penglibatan dalam politik.
5
7. Peranan Ketua Jabatan
7.1 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk memberi nasihat kepada
pegawai supaya penglibatan pegawai di dalam aktiviti politik tidak
menjejaskan tugas- tugas hakiki sebagai pendidik;
7.2 Ketua Jabatan juga dinasihati untuk meneliti permohonan dan memberi
ulasan ke atas permohonan dengan mengambil kira perkara-perkara
seperti berikut;
(a) Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib)
1993 (P.U.A 395/1993);
(b) Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 2010; dan
(c) Perenggan 5, Surat Pekeliling ini.
7.3 Ketua Jabatan perlu mengemukakan permohonan kebenaran berpolitik
yang lengkap kepada Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, KPM bagi urusan pertimbangan dan keputusan;
7.4 Ketua Jabatan turut bertanggungjawab untuk memantau kegiatan
pegawai-pegawai yang terlibat dalam aktiviti politik dan melaporkan
prestasi pegawai melalui borang seperti di Lampiran 2 dan
mengemukakannya kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/
JPN masing masing setiap empat(4) bulan iaitu sebelum atau pada 15
Mac, 15 Julai, dan 15 November setiap tahun;
7.5 Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/JPN perlu memantau dan
menyediakan laporan setiap empat(4) bulan mengikut format di
Lampiran 2 dan mengemukakan kepada Unit Tatatertib Bahagian
Pengurusan Sumber Manusia KPM sebelum atau pada 31 Mac, 31 Julai
dan 30 November setiap tahun;
7.6 Ketua Jabatan bertanggungjawab untuk menyiasat dan melaporkan
dengan serta merta mana-mana pegawai yang didapati terlibat dalam
aktiviti politik tanpa kebenaran Ketua Setiausaha KPM dan melanggar
syarat-syarat yang ditetapkan kepada Pihak Berkuasa Tatatertib untuk
tindakan selanjutnya;
6
7.7 Tatacara penyediaan laporan pemantauan PPPS yang mengambil
bahagian dalam aktiviti politik adalah seperti di Lampiran 3.
8. Pembatalan dan Penarikan Balik Kelulusan
8.1 Kelulusan boleh terbatal sekiranya:
(a) Pegawai berkenaan ditempatkan sama ada secara lateral atau
dinaikkan pangkat ke jawatan pentadbiran sama ada di KPM atau
JPN atau Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) atau di Institusi
Pendidikan atau mana-mana agensi Kerajaan; atau
(b) Pegawai bersetuju menerima pemangkuan (KUP) atau kenaikan
pangkat ke Gred DG 52 dan ke atas; atau
(c) Pegawai tidak berjaya memegang jawatan yang ditandingi.
8.2 Ketua Setiausaha KPM berhak menarik balik kelulusan yang diberi
kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-mana syarat yang
dinyatakan dan pegawai boleh dikenakan tindakan tatatertib di bawah
Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.
MEKANISME PEMANTAUAN DAN PENILAIAN
9. Bagi tujuan penilaian permohonan dan pemantauan kegiatan politik serta
prestasi pegawai yang mendapat kelulusan untuk bergiat aktif dalam aktiviti politik,
Jawatankuasa Penilaian di KPM diwujudkan seperti berikut:
9.1 Keanggotaan jawatankuasa
Pengerusi : Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Ahli : Timbalan Ketua Setiausaha KPM (Pengurusan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Operasi Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
(Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
Setiausaha Bahagian, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia
7
Urusetia : Unit Tatatertib, Bahagian Pengurusan Sumber
Manusia, KPM
9.2 Terma Rujukan:
a) Menimbang dan memberi syor ke atas permohonan kebenaran
berpolitik berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan dan
mengambilkira kepentingan perkhidmatan;
b) Menimbang dan mengesyorkan cadangan penarikan balik
kebenaran berpolitik kepada pegawai yang gagal mematuhi mana-
mana syarat yang dinyatakan;
c) Melaporkan kecuaian mana-mana Ketua Jabatan yang didapati
gagal memantau kegiatan politik pegawai di bawah seliaannya
atau tidak mematuhi syarat yang ditetapkan;
d) Melaporkan sebarang ketidakpatuhan pegawai terhadap syarat -
syarat yang ditetapkan untuk mengambil bahagian dalam aktiviti
politik;
e) Menjalankan pemeriksaan ke atas pegawai yang diluluskan untuk
mengambil bahagian dalam aktiviti politik (sekiranya perlu); dan
f) Memantau dan menyediakan laporan untuk dikemukakan kepada
Ketua Setiausaha KPM.
PEMAKAIAN
10. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini terpakai bagi semua Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah (PPPS) Gred DG 41 hingga Gred DG 48 di Institusi Pendidikan di bawah KPM. 11. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini perlu dibaca bersekali dengan Pekeliling Perkhidmatan Bil 9 Tahun 2010.
TARIKH KUATKUASA
12. Surat Pekeliling Perkhidmatan ini berkuatkuasa mulai 1 Ogos 2010.
8
PERTANYAAN DAN MAKLUM BALAS
13. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau kemusykilan mengenai
pelaksanaan Surat Pekeliling Perkhidmatan ini, Y.Bhg. Tan Sri/ Datuk/ Dato’/
Datin/Tuan/Puan boleh merujuk kepada:
Setiausaha Bahagian
Bahagian Pengurusan Sumber Manusia,
Kementerian Pelajaran Malaysia
Aras 2, Blok E12, Kompleks Kerajaan Parcel E,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan,
62604 Putrajaya.
(u.p: Unit Tatatertib)
‘BERKHIDMAT UNTUK NEGARA’
(DATO’ Dr. ROSLI BIN MOHAMED)
Ketua Setiausaha
Kementerian Pelajaran Malaysia
Tarikh: 14 Disember 2010
s.k
Menteri Pelajaran
Timbalan Menteri Pelajaran I
Timbalan Menteri Pelajaran II
Ketua Pengarah Pelajaran Malaysia
Timbalan Ketua Setiausaha (Pengurusan)
Timbalan Ketua Setiausaha (Pembangunan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Operasi Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Dasar dan Pembangunan Pendidikan)
Timbalan Ketua Pengarah Pelajaran (Pembangunan Profesionalisme Keguruan)
9
LAMPIRAN 1
CARTA ALIRAN MEMPROSES PERMOHONAN MENGAMBIL BAHAGIAN
DALAM AKTIVITI POLITIK BAGI PPPS GRED DG41 HINGGA DG 48
Pegawai mendapatkan Borang Permohonan di laman web Kementerian Pelajaran Malaysia (www.moe.gov.my).
Pegawai melengkapkan Borang Permohonan beserta dokumen sokongan seperti di Perenggan 5.5 SPP KPM 2/2010.
memenuhi syarat
memenuhi syarat Tidak memenuhi
syarat
memenuhi syarat
Tidak memenuhi
syarat
Tidak memenuhi
syarat
Maklumkan
kepada
pegawai melalui
Ketua Jabatan
Maklumkan
kepada pegawai
melalui Ketua
Jabatan
Tamat
Mula
Pegawai mengemukakan Borang Permohonan kepada
Ketua Jabatan masing-masing (Pengarah IPG/ELTC/Kolej
Matrikulasi/ Pengetua/ Guru Besar)
Beri ulasan dan kemukakan kepada Ketua Jabatan di
peringkat Bahagian KPM/ JPN masing-masing
Beri ulasan dan kemukakan kepada Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM (dalam tempoh dua (2) bulan sebelum mengambil bahagian dalam politik)
Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN
menyemak Borang Permohonan berdasarkan syarat-
syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.
Jawatankuasa Penilaian KPM semak Borang
Permohonan berdasarkan syarat-syarat di Perenggan
7.2 SPP KPM 2/ 2010. memenuhi syarat
Kemukakan kepada Ketua Setiausaha KPM untuk
pertimbangan dan keputusan.
Maklumkan
kepada
pegawai
Ketua Jabatan Semak Borang Permohonan berdasarkan
syarat-syarat di Perenggan 7.2 SPP KPM 2/ 2010.
Memaklumkan keputusan kepada pegawai melalui Ketua Jabatan dan merekod dalam Buku Perkhidmatan Kerajaan pegawai
.
memenuhi syarat
10
LAMPIRAN 2
LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM
AKTIVITI POLITIK BIL _______ TAHUN _______
JABATAN/ BAHAGIAN/ JPN : ___________________
BAHAGIAN A: MAKLUMAT ASAS PEGAWAI DAN PARTI POLITIK YANG DICEBURI
BIL.
MAKLUMAT ASAS PEGAWAI MAKLUMAT PARTI POLITIK
NAMA
PEGAWAI & NO.
KAD
PENGENALAN
GRED
TERKINI
PEGAWAI
NAMA DAN
GRED
JAWATAN
TERKINI
YANG
DISANDANG
TEMPAT
BERTUGAS
JAWATAN
POLITIK
YANG
DIPEGANG
PERINGKAT
(CAWANGAN/
BAHAGIAN
DLL)
NAMA
PARTI
POLITIK
TEMPOH
KELULUSAN
(Nyatakan
tahun)
STATUS
(AKTIF/
TIDAK
AKTIF)*
1
1
Contoh 1:
Ahmad bin Abu
Bakar (740101-
05-0109)
Contoh 2:
Chan Kim Lee
(700101-01-5108)
DG48
(KUP)
DG44
Guru Kanan
Mata
Pelajaran
(Gred DG44)
Pensyarah
(DG44)
SMK XYZ
Kolej
Matrikulasi
ABC
Ketua
Pemuda
Ketua
Wanita/
Setiausaha
Cawangan EFG
Cawangan
LMN/ Bahagian
XYZ
UMNO
MCA
2010-2012
2010-2011
Aktif
Tidak Aktif
(tidak
berjaya
menyanda
ng jawatan
yang
ditandingi)
* Status(Aktif/ Tidak aktif) merujuk kepada status sama ada pegawai masih memegang jawatan politik atau telah meletakkan jawatan yang diluluskan atau terbatal kelulusannya seperti yang
ditetapkan di para 8.1 Surat Pekeliling ini
11
LAPORAN PEMANTAUAN PENGLIBATAN PEGAWAI PERKHIDMATAN PENDIDIKAN SISWAZAH (PPPS) GRED DG41 - DG48 DALAM
AKTIVITI POLITIK BIL. _______ TAHUN _______
BAHAGIAN B: MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI
*Tidak termasuk Cuti Tanpa Rekod bagi tujuan politik
DISEDIAKAN OLEH : DISAHKAN OLEH
…………………………………………………………… ……………………………………………………………
(URUS SETIA BAHAGIAN/ JPN) (REKTOR IPGM/ PENGARAHBAHAGIAN/JPN)
BIL.
MAKLUMAT ASAS PEGAWAI
(Maklumat Pegawai Di Bhg B = Bhg A)
MAKLUMAT PRESTASI PEGAWAI
NAMA PEGAWAI
& NO. KAD
PENGENALAN
GRED
TERKINI
PEGAWAI
TEMPAT
BERTUGAS
BIL. CUTI TANPA
REKOD YANG
DILULUSKAN
BAGI TUJUAN
POLITIK
JUM. WAKTU
MENGAJAR
PEGAWAI YANG
DITINGGALKAN
BAGI TUJUAN
POLITIK*
MARKAH LNPT
PEGAWAI
ULASAN KETUA JABATAN
(Nyatakan sebarang masalah/
aduan/ perlanggaran terhadap
syarat-syarat yang ditetapkan,
sekiranya ada)
2010 2011 2012
Contoh 1:
Ahmad bin Abu
Bakar
(740101-05-0109)
Contoh 2:
Chan Kim Lee
(700101-01-5108)
DG48
(KUP)
DG44
SMK XYZ
Kolej
Matrikulasi
ABC
5 hari
Tidak berkaitan
15 waktu
Tidak berkaitan
85.1
-
-
Pegawai didapati sering
meninggalkan kelas bagi urusan
politik
Tiada
12
LAMPIRAN 3
CARTA ALIRAN PENYEDIAAN BORANG PEMANTAUAN PENGLIBATAN PPPS
DALAM AKTIVITI POLITIK
Ketua Jabatan (Pengarah IPG/ELTC/Kolej Matrikulasi/ Pengetua/ Guru Besar) memantau PPPS yang mengambil bahagian dalam politik dan menyediakan laporan pemantauan setiap 4 bulan mengikut format di Lampiran 2.
Mula
Kemukakan kepada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian
KPM/ JPN masing-masing sebelum 15 Mac, 15 Julai dan 15
November setiap tahun
Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN
menyelaras, mengesahkan dan mengemukakan laporan
kepada Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM setiap 4
bulan iaitu sebelum 31 Mac, 31 Julai dan 30 November
setiap tahun.
Jawatankuasa Penilaian peringkat KPM menyelaras laporan yang diterima daripada Ketua Jabatan di peringkat Bahagian KPM/ JPN.
Kemukakan Laporan Pemantauan PPPS kepada Ketua
Setiausaha KPM setiap 4 bulan.
Tamat