Author
hoangkhuong
View
240
Download
8
Embed Size (px)
Annual Report 2015Laporan Tahunan 2015
Lapo
ran
Tahu
nan
2015
Annual Report 2015
Housing the Nation:Staying Resi l ientGalakan Pemilikan Rumah Negara:Cekal Sentiasa
kandungan
02 Struktur Korporat Kumpulan 02 Maklumat Korporat03 Notis Mesyuarat Agung Tahunan06 Profil Lembaga Pengarah10 Jawatankuasa Lembaga Pengarah12 Pemegang Syer14 Kemuncak Korporat25 Anugerah dan Pencapaian26 Cagamas dalam Akhbar28 Kemuncak Kewangan Kumpulan32 Tinjauan Perniagaan40 Penyata Pengerusi44 Penyata Urus Tadbir Korporat48 Laporan Jawatankuasa
Audit Lembaga Pengarah Kumpulan52 Penyata Kawalan Dalaman54 Pengurusan Risiko58 Maklumat Perangkaan
68 Anak-Anak Syarikat70 Profil Lembaga Pengarah74 Ahli Pengurusan76 Carta Organisasi78 Anak-anak Syarikat Lain78 Cagamas MBS Berhad78 BNM Sukuk Berhad78 Cagamas SME Berhad78 Cagamas MGP Berhad78 Cagamas SRP Berhad
79 Penyata Kewangan174 Pendedahan Tunggak 3
Borang Proksi
kandungan Galakan Pemilikan Rumah Negara: Kekal Berdaya TahanSebagai Perbadanan Cagaran Malaysia, Cagamas komited dalam mandatnya untuk menggalakkan penyebaran yang meluas bagi pemilikan rumah dan pertumbuhan pasaran gadai janji sekunder.Di sebalik persekitaran yang mencabar, kami kekal berdaya tahan dengan menyediakan produk kewangan inovatif yang membuatkan pinjaman perumahan lebih mudah dan mampu diambil oleh semua rakyat Malaysia. Oleh itu, kami memainkan peranan dalam Galakan Pemilikan Rumah Negara.
Pejabat Berdaftar
Aras 32, The Gardens North TowerMid Valley CityLingkaran Syed Putra59200 Kuala LumpurTel : +603-2262 1800Faks : +603-2282 8125/9125
Setiausaha Syarikat
Sarah Abdul Aziz (LS 0008763)
Juruaudit
Tetuan PricewaterhouseCoopersAras 10, 1 Sentral, Jalan TraversKuala Lumpur Sentral50470 Kuala Lumpur
Jurubank
Malayan Banking Berhad
100%CAGAMAS GLOBAL SUKUK BERHAD
100%CAGAMAS GLOBAL P.L.C. (Diperbadankan di Labuan, Malaysia)
100%CAGAMAS BERHAD
100%CAGAMAS MBS BERHAD
100%BNM SUKUK BERHAD
100%CAGAMAS SME BERHAD
100%CAGAMAS MGP BERHAD
100%CAGAMAS SRP BERHAD
Cagamas Holdings Berhad
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 20152
STRUKTUR KORPORAT KUMPULAN
MAKLUMAT KORPORAT
SEBAGAI URUSAN BIASA
1. Menerima dan meluluskan Penyata Kewangan yang telah diaudit bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015 beserta Laporan Pengarah dan Juruaudit dan Penyata dan Akuan Berkanun yang terkandung. (Resolusi Biasa No. 1)
2. Meluluskan pembayaran tidak melebihi RM350,342 sebagai yuran Pengarah untuk dibahagikan kepada para Pengarah mengikut cara yang mereka boleh tentukan. (Resolusi Biasa No. 2)
3. Melantik semula Datuk George Ratilal yang akan bersara menurut Artikel 19.13 dan 19.14 Tataurusan Syarikat dan, oleh sebab layak, menawarkan diri beliau untuk diIantik semula. (Resolusi Biasa No. 3)
4. Melantik semula para Pengarah berikut yang akan bersara menurut Artikel 19.10 Tataurusan Syarikat dan, oleh sebab layak, menawarkan diri untuk diIantik semula:
(a) Datuk Azizan bin Haji Abd Rahman; dan(b) Dato Lee Kok Kwan (Resolusi Biasa No. 4)
5. Mempertimbangkan dan, jika bersesuaian, meluluskan resolusi berikut menurut Seksyen 129(6), Akta Syarikat 1965:
BAHAWA Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek yang akan bersara menurut Seksyen 129(6) Akta Syarikat 1965, dilantik semula sebagai Pengarah Syarikat untuk memegang jawatan sehingga tamatnya Mesyuarat Agung Tahunan yang akan datang. (Resolusi Biasa No. 5)
6. Melantik Tetuan PricewaterhouseCoopers sebagai Juruaudit Syarikat dan memberi kuasa kepada Lembaga Pengarah untuk menetapkan bayaran mereka. (Resolusi Biasa No. 6)
7. Melaksanakan sebarang urusan lain di mana notis yang sewajarnya telah diberikan.
Dengan Perintah Lembaga Pengarah
Sarah Abdul Aziz (LS 0008763)Setiausaha Syarikat
Kuala Lumpur7 April 2016
NOTA
1. Seorang ahli yang berhak menghadiri dan mengundi di Mesyuarat yang dinyatakan di atas boleh melantik seorang proksi untuk hadir dan mengundi bagi pihaknya. Seorang proksi tidak semestinya seorang ahli Syarikat.
2. Sekiranya ahli Syarikat adalah sebuah badan korporat, borang proksi mestilah dimeterai ataupun ditandatangani oleh wakil mutlaknya yang telah diberi kuasa.
3. Kesemua borang proksi mestilah diserahkan kepada Pejabat Berdaftar Syarikat di Aras 32, The Gardens North Tower, Mid Valley City, Lingkaran Syed Putra, 59200 Kuala Lumpur tidak lewat dari 48 jam sebelum masa yang ditetapkan untuk Mesyuarat berkenaan atau untuk Mesyuarat yang ditangguhkan mengikut mana yang berkenaan.
DENGAN INI DIMAKLUMKAN bahawa Mesyuarat Agung Tahunan Kesembilan Cagamas Holdings Berhad akan diadakan di Forum, Aras 1, Sasana Kijang, Bank Negara Malaysia, No. 2 Jalan Dato Onn, 50480 Kuala Lumpur pada hari Jumaat, 29 April 2016 pada jam 11.45 pagi untuk melaksanakan urusan berikut:
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 3
NOTIS MESYUARAT AGUNG TAHUNAN
MAPANMerealisasikan pemilikan rumah mapan
Dato Ooi Sang Kuang, warganegara Malaysia, berusia 69 tahun, telah dilantik menyertai Lembaga Pengarah pada 15 April 2008 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif dan Pengerusi Lembaga Pengarah. Beliau ialah Pengerusi bagi Jawatankuasa Urus Tadbir Lembaga Pengarah Kumpulan dan mempengerusikan Lembaga Pengarah Cagamas Berhad, Cagamas MBS Berhad dan Cagamas SRP Berhad.
Kini, Dato Ooi ialah Pengerusi Lembaga Pengarah bagi OCBC Bank (Malaysia) Berhad, OCBC Al-Amin Bank Berhad, Oversea-Chinese Banking Corporation Limited, Singapura dan Xeraya Capital Sdn. Bhd. dan Xeraya Capital Labuan Ltd. Beliau juga menganggotai Lembaga Pengarah bagi OCBC Bank Wing Hang Bank Limited.
Dato Ooi Sang Kuang ialah mantan Penasihat Khas di Bank Negara Malaysia (BNM) dari bulan Julai 2010 hingga Disember 2011. Sebagai Penasihat Khas, Dato Ooi mempengerusikan Jawatankuasa Eksekutif dan semua Jawatankuasa Kerja dalam penghasilan Pelan Sektor Kewangan Malaysia 2011-2020. Sebelum itu, beliau merupakan Timbalan Gabenor dan ahli Lembaga Pengarah BNM dari Jun 2002 hingga Jun 2010. Sebaga i T imba lan Gabenor , be l iau pernah bertanggungjawab ke atas sektor-sektor yang merangkumi Penilaian Ekonomi dan Monetari, Pengurusan Rizab dan Operasi Monetari, dan Sokongan Kewangan dan Operasi. Beliau pernah menganggotai Jawatankuasa Dasar Monetari , Jawatankuasa Pengurusan Risiko, Jawatankuasa Kestabilan Kewangan dan Jawatankuasa Pengurusan Rizab di BNM. Pada peringkat serantau, Dato Ooi pernah mewakili BNM dan Malaysia dalam beberapa Kumpulan Kerja dan Jawatankuasa Polisi Serantau Asia. Beliau pernah mempengerusikan bersama mesyuarat peringkat tinggi Jawatankuasa Dasar Monetari dan Kestabilan Kewangan bagi EMEAP (Jawatankuasa Eksekutif bagi Asia Timur dan Pasifik) Bank Pusat, Kewangan Asean +3 (China, Jepun dan Korea) dan Mesyuarat Timbalan-Timbalan Gabenor Bank Pusat, dan sebuah Pasukan Kerja tertinggi bagi Integrasi Kewangan Asean.
Dato Ooi menyertai Jabatan Ekonomi di BNM pada tahun 1971 dan telah memegang pelbagai jawatan kanan dalam Jabatan tersebut sebelum meninggalkannya pada tahun 1984 untuk menyertai sektor swasta. Beliau telah memikul tanggungjawab beberapa peranan peringkat pengurusan kanan dalam sektor perkhidmatan kewangan. Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif sebuah syarikat kewangan di Malaysia untuk beberapa tahun sebelum dilantik sebagai Ketua Ahli Ekonomi, Asia Pasifik, di pejabat kawasan Asia bagi Standard Chartered Bank, Singapura. Pada tahun 1994, beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan di Warburg Asset Management Pte. Ltd., Singapura, untuk mengetuai satu kumpulan menguruskan sebilangan portfolio merangkumi ekuiti-ekuiti di Asia. Dari Januari 1996, Dato Ooi pernah berkhidmat dengan Kumpulan RHB untuk mengawal selia ekuiti-ekuiti serantau ASEAN sebagai Pengarah Urusan dan Pengarah Penyelidikan Kawasan bagi Insti tut Penyelidikan RHB. Di Kumpulan RHB, beliau pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Rashid Hussain Berhad, RHB Investment Bank Berhad dan Timbalan Pengerusi bagi Rashid Hussain Asset Management Berhad. Dato Ooi pernah menjadi ahli Lembaga Pengarah Great Eastern Life Assurance (Malaysia) Berhad dan Overseas Assurance Corporation (Malaysia) Berhad dari April 2012 hingga Disember 2013 dan Pengerusi Lembaga Pengarah bagi Malaysian Electronic Clearing Corporation Sdn. Bhd. (MyClear) dari Januari 2009 hingga Februari 2014.
Dato Ooi memperolehi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan Ijazah Sarjana Sastera (Kewangan Pembangunan) dari Boston University, Amerika Syarikat. Dato Ooi ialah Ahli Utama bagi Asian Institute of Chartered Bankers (sebelum ini dikenali sebagai Institut Bank-Bank Malaysia).
Dato Ooi telah menghadiri kesemua empat mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah diadakan pada sepanjang tahun kewangan. Beliau tidak mempunyai hubungan keluarga dengan Pengarah lain Cagamas Holdings Berhad. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun lepas.
Tan Sri Dato Sri Tay Ah Lek, warganegara Malaysia, berusia 73 tahun, telah dilantik menyertai Lembaga Pengarah pada 12 Ogos 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. Beliau juga ialah ahli Jawatankuasa Urus Tadbir Lembaga Pengarah Kumpulan.
Tan Sri Tay ialah Pengarah Urusan bagi Public Bank. Beliau mempunyai 55 tahun pengalaman dalam industri perbankan dan kewangan. Beliau menyertai Kumpulan Public Bank sebagai kakitangan perintis pada tahun 1966. Sebelum memegang jawatan sekarang, beliau pernah memegang jawatan Naib Presiden Eksekutif bagi Public Finance terdahulu dan kemudiannya sebagai Naib-Presiden Eksekutif dan Pengarah Eksekutif bagi Public Bank. Beliau ialah Pengarah bagi Kumpulan Public Bank termasuk Public Bank, Public Investment Bank, Public Mutual, Public Islamic Bank dan Public Bank (Hong Kong) Ltd. Beliau juga ialah Pengarah dalam syarikat awam lain termasuk Malaysian Electronic Payment Sdn. Bhd., ASEAN Finance Corporation Ltd. dan Financial Mediation Bureau.
Kini, beliau ialah Pengerusi bagi Persatuan Syarikat-syarikat Sewa Beli Malaysia dan ahli Majlis Persatuan Bank-bank dalam Malaysia.
Tan Sri Tay juga ialah ahli Majlis Penasihat Pembayaran Nasional.
Beliau memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Henley, United Kingdom dan telah mengikuti Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School, Boston, Amerika Syarikat. Beliau ialah ahli Fellow Emeritus bagi Institut Pengurusan Malaysia, dan ahli Fellow bagi CPA Australia, the Financial Services lnstitute of Australasia, the Asian Institute of Chartered Bankers.
Sebelum pelantikan beliau ke Cagamas Holdings Berhad, Tan Sri Tay ialah Pengarah bagi Cagamas Berhad semenjak 28 Februari 1987. Beliau pernah menjadi ahli Jawatankuasa Eksekutif Lembaga Pengarah bagi syarikat tersebut.
Tan Sri Tay telah menghadiri tiga daripada empat mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah diadakan sepanjang tahun kewangan. Beliau tidak mempunyai hubungan keluarga dengan Pengarah lain Cagamas Holdings Berhad. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun lepas.
Dato Ooi Sang KuangPengerusi/Pengarah Bukan Eksekutif
Tan Sri Dato Sri Tay Ah LekPengarah Bukan Eksekutif
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 20156
PROFIL LEMBAGA PENGARAH
Encik Cheah Tek Kuang, warganegara Malaysia, berusia 69 tahun, telah dilantik menyertai Lembaga Pengarah pada 12 Ogos 2011 sebagai Pengarah Bukan Eksekut i f . Be l iau juga ia lah ah l i Jawatankuasa Urus Tadbir Lembaga Pengarah Kumpulan. Beliau ialah ahli Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Kumpulan sehingga 1 Jun 2015.
Encik Cheah ialah mantan Timbalan Pengerusi Ambank (M) Berhad dan AmInvestment Bank Berhad. Beliau memulakan kerjaya beliau bersama Malaysian Industr ia l Development A u t h o r i t y s e b e l u m m e n y e r t a i AmInvestment Bank Berhad pada tahun 1978. Beliau telah dilantik sebagai Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif bagi AMMB Holdings Berhad pada 1 Januari 2005 dan telah bersara pada 31 Mac 2012.
Kini, beliau ialah ahli Panel Pelaburan bag i Kumpu lan Wang Persaraan (Diperbadankan). Beliau juga ialah
Pengerusi Berjaya Sports Toto Berhad. Beliau ialah Pengarah di syarikat awam lain termasuk IOI Corporation Berhad, UMW Oil & Gas Corporation Berhad dan Danajamin Nasional Berhad. Encik Cheah juga ialah Pengarah bagi Malaysia Nuclear Power Corporation dan Eco World International Berhad.
Encik Cheah memiliki Ijazah Sarjana Muda Ekonomi (Kepujian) dari Universiti Malaya dan ahli Fellow, Chartered Banker bagi Asian Institute of Chartered Bankers (AICB). Beliau telah dilantik sebagai Jaksa Pendamai oleh Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor pada tahun 1999.
Beliau telah menghadiri kesemua empat mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah d iadakan pada sepan jang tahun kewangan. Beliau tidak mempunyai hubungan keluarga dengan Pengarah lain Cagamas Holdings Berhad. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun lepas.
Encik Cheah Tek KuangPengarah Bukan Eksekutif
Datuk George Ratilal, warganegara Malaysia, berusia 56 tahun, telah dilantik menyertai Lembaga Pengarah pada 15 April 2008 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. Beliau juga ialah Pengerusi Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Kumpulan.
Datuk George ialah Naib Presiden Eksekutif & Ketua Pegawai Kewangan Kumpulan bagi Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS). Beliau ialah ahli Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Eksekutif. Beliau juga menganggotai Lembaga Pengarah beberapa anak syarikat PETRONAS. Sebelum menyertai PETRONAS pada tahun 2003, beliau pernah menyertai sebuah bank saudagar tempatan selama 18 tahun, memberi tumpuan kepada kewangan korporat di mana beliau pernah terlibat di dalam memberi khidmat nasihat penggabungan dan pengambilalihan, dan pasaran modal. Beliau ialah Pengarah bagi syarikat awam lain termasuk KLCC Property Holdings Berhad dan MISC Berhad.
Datuk George memegang I jazah Perakaunan dar i Birmingham City University dan ijazah MBA dari Aston University, United Kingdom.
Datuk George Ratilal telah menghadiri kesemua lima mesyuarat Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Kumpulan dan satu daripada empat mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah diadakan pada sepanjang tahun kewangan. Beliau tidak mempunyai hubungan keluarga dengan Pengarah lain Cagamas Holdings Berhad. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun lepas.
Datuk George RatilalPengarah Bukan Eksekutif
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 7
Datuk Azizan bin Haji Abd Rahman, warganegara Malaysia, berusia 60 tahun, telah dilantik menyertai Lembaga Pengarah pada 1 Jun 2015 sebagai Pengarah Bukan Ekseku t i f . Be l iau merupakan ah l i Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Kumpulan dan ahli dalam Lembaga Pengarah Cagamas SRP Berhad.
Datuk Azizan ialah Pengerusi bagi Malaysian Rating Corporation Berhad. Beliau ialah mantan Ketua Pengarah Lembaga Perkhidmatan Kewangan Labuan (Labuan FSA), di mana beliau telah berkhidmat selama lebih enam tahun sehingga persaraan beliau pada bulan September 2011.
Datuk Azizan memulakan kerjaya beliau di Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1979. Semasa 31 tahun perkhidmatan beliau dengan BNM, Datuk Azizan telah mengumpul spektrum pengalaman yang luas dalam kewangan, penyeliaan dan pemeriksaan. Sebelum menyertai Labuan FSA, beliau telah dilantik sebagai Pengarah, Penyeliaan Perbankan di BNM di mana portfolio beliau termasuk pemeriksaan dan penyeliaan institusi perbankan domestik dan asing utama yang beroperasi di Malaysia. Beliau juga ia lah ahl i Lembaga Pengarah dan jawatankuasa pelaburan bagi beberapa
Datuk Abdul Farid bin Alias, warganegara Malaysia, berusia 48 tahun, telah dilantik menyertai Lembaga Pengarah pada 6 Jun 2013 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif.
Datuk Abdul Farid telah dilantik sebagai Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi Malayan Banking Berhad (Maybank) pada 2 Ogos 2013. Sebelum itu, beliau ialah Timbalan Presiden & Ketua, Perbankan Global (sebelumnya Perbankan Borong Global) sejak 1 Julai 2010.
Datuk Farid memulakan kerjaya beliau di dalam Kumpulan Maybank di unit perbankan pelaburan, Aseambankers (sekarang dikenali sebagai Maybank Investment Bank) pada tahun 1992, selepas memperolehi Ijazah dari Pennsylvania State University, Amerika Syarikat pada tahun 1990 dengan I jazah Sar jana Muda Sains da lam Perakaunan, dan dari University of Denver, Amerika Syarikat pada tahun 1991 dengan I jazah Sar jana da lam Pengurusan Perniagaan dalam Kewangan.
Beliau kemudiannya memperkembangkan kerjaya beliau dalam perbankan pelaburan dan pasaran modal bersama beberapa institusi multinasional seperti Schroders dan
JP Morgan, selain bersama syarikat Malaysia iaitu Malaysian International Merchant Bankers dan Khazanah Nasional Berhad, dengan yang terakhir itu sebagai Pengarah Pelaburan dari tahun 2005 hingga 2008. Di JP Morgan, beliau meluangkan lapan tahun di bahagian perbankan pelaburannya antara tahun 1997 dan 2003, dan telah ditugaskan ke bahagian pasaran modal ekuiti di Singapura pada tahun 2001.
Beliau menyertai semula Maybank pada 1 Januari 2009 sebagai Ketua bagi Perniagaan Antarabangsa dan kemudiannya sebagai Timbalan Presiden dan Ketua, Perbankan Global (sebelumnya Perbankan Borong Global).
Pada tahun 2013, Datuk Farid menghadiri Program Pengurusan Lanjutan di Harvard Business School.
Datuk Farid telah menghadiri tiga daripada empat mesyuarat Lembaga Pengarah yang telah diadakan pada sepanjang tahun kewangan. Bel iau t idak mempunyai hubungan keluarga dengan Pengarah lain Cagamas Holdings Berhad. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun lepas.
Datuk Abdul Farid bin AliasPengarah Bukan Eksekutif
Datuk Azizan bin Haji Abd RahmanPengarah Bukan Eksekutif
badan kerajaan termasuk Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) dan ERF Sdn Bhd dan Penasihat kepada Lembaga Piawaian Perakaunan Malaysia.
Pada masa ini, Datuk Azizan menganggotai pelbagai Lembaga Pengarah termasuk MIDF Amanah Investment Bank Berhad, Malaysian Industrial Development Finance Berhad, Barakah Offshore Petroleum Berhad, Kensington Trust Labuan Ltd., Kensington Trust Malaysia Berhad, Gibraltar BSN Life Berhad, CTOS Holdings Sdn Bhd, CTOS Data Systems Sdn Bhd dan City Credit Investment Bank Ltd, Labuan.
Datuk Azizan berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Perakaunan (Kepujian) dari Universiti Malaya dan memegang Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari University of Queensland, Australia. Beliau ialah ahli Fellow CPA (Australia) dan Akauntan Bertauliah dari Institut Akauntan Malaysia.
Datuk Azizan telah menghadiri dua daripada tiga mesyuarat Lembaga Pengarah sejak tarikh perlantikan. Beliau tidak mempunyai hubungan keluarga dengan Pengarah lain Cagamas Holdings Berhad. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 20158
PROFIL LEMBAGA PENGARAH
Dato Lee Kok KwanPengarah Bukan Eksekutif
Dato Lee Kok Kwan, warganegara Malaysia, berusia 50 tahun, telah dilantik menyertai Lembaga Pengarah pada 1 Jun 2015 sebagai Pengarah Bukan Eksekutif. Beliau adalah ahli Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Kumpulan.
Dato Lee Kok Kwan ialah mantan Penasihat kepada Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan bagi CIMB Group dan merupakan mantan Timbalan CEO Kumpulan CIMB di mana bidang tugas beliau termasuk perbankan korporat, urus niaga perbankan, jualan dan perdagangan perniagaan dalam kadar faedah, kredit, tukaran asing, komoditi, ekuiti dan derivatif; perbendaharaan dan pembiayaan Kumpulan; pelaburan pendapatan tetap; dan, pasaran modal hutang yang beliau bangunkan sejak menyertai CIMB pada tahun 1996 dan pertumbuhan perniagaan tersebut menjadi salah satu operasi pasaran global terbesar di seluruh ASEAN.
Sebelum menyertai CIMB pada tahun 1996, Dato Lee mempunyai lebih daripada tujuh tahun pengalaman dalam pasaran dan perbendaharaan dalam industri perbankan Kanada. Beliau ialah Pengurus
P o r t f o l i o P e r b e n d a h a r a a n y a n g bertanggungjawab terhadap kadar faedah dan risiko optionality dan pulangan untuk sebuah bank terkemuka Kanada dan ahli Jawatankuasa Kanan Pengurusan Aset-Liabilitinya.
Kini, Dato Lee ialah ahli Lembaga Pengarah CIMB Group Holdings Berhad, CIMB Bank Berhad, CIMB Bank Labuan Limited dan CIMB Thai Bank Public Company Ltd.
Dato Lee memegang ijazah BBA Joint Honours (Kelas Pertama) dan Ijazah Sarjana Pentadbiran Perniagaan dari Simon Fraser University of Canada. Beliau juga ialah Presiden Persatuan Pasaran Kewangan Malaysia.
Dato Lee telah menghadiri dua daripada tiga mesyuarat Lembaga Pengarah sejak tarikh perlantikan. Beliau tidak mempunyai hubungan keluarga dengan Pengarah lain Cagamas Holdings Berhad. Beliau tidak pernah disabitkan dengan sebarang kesalahan dalam tempoh 10 tahun yang lalu.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 9
JAWATANKUASALEMBAGA PENGARAH
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201510
LEMBAGA PENGARAH
Pengerusi Lembaga Pengarah
Dato Ooi Sang Kuang
Pengarah
Tan Sri Dato Sri Tay Ah LekEncik Cheah Tek KuangDatuk George RatilalEncik Marzunisham bin Omar
(Meletak jawatan berkuatkuasa 1 Mei 2015)Datuk Abdul Farid bin AliasTengku Dato Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
(Meletak jawatan berkuatkuasa 17 Mac 2015)Datuk Azizan bin Haji Abd Rahman
(Dilantik berkuatkuasa 1 Jun 2015)Dato Lee Kok Kwan
(Dilantik berkuatkuasa 1 Jun 2015)
Ahli Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Kumpulan
Datuk George Ratilal (Pengerusi)Encik Cheah Tek Kuang
(Meletak jawatan sebagai Ahli berkuatkuasa 1 Jun 2015)Tengku Dato Zafrul bin Tengku Abdul Aziz
(Meletak jawatan berkuatkuasa 17 Mac 2015)Datuk Azizan bin Haji Abd Rahman
(Dilantik berkuatkuasa 1 Jun 2015)Dato Lee Kok Kwan
(Dilantik berkuatkuasa 1 Jun 2015)
Ahli Jawatankuasa Urus Tadbir Lembaga Pengarah Kumpulan
Dato Ooi Sang Kuang (Pengerusi)Tan Sri Dato Sri Tay Ah LekEncik Marzunisham bin Omar
(Meletak jawatan berkuatkuasa 1 Mei 2015)Encik Cheah Tek Kuang
(Dilantik sebagai Ahli berkuatkuasa 1 Jun 2015)
Lembaga Pengarah Cagamas Holdings Berhad (Lembaga Pengarah) , yang dianggotai oleh Pegawai-pegawai Kanan/wakil-wakil Bank Negara Malaysia, Ketua-ketua Eksekutif/Pegawai-pegawai Kanan institusi kewangan terpilih dan ahli-ahli profesional berpengalaman yang dicalonkan o l e h L e m b a g a P e n g a r a h a d a l a h bertanggungjawab untuk merumus dasar am bagi Syarikat. Jawatankuasa Audit Lembaga Pengarah Kumpulan mengkaji audit yang dibuat oleh juruaudit luar ke atas Kumpulan Syarikat Cagamas di samping keberkesanan tatacara-tatacara kewangan dan kawalan dalaman. Jawatankuasa Urus Tadbir Lembaga Pengarah Kumpulan menilai praktis urus tadbir korporat bagi Kumpulan adalah selari dengan amalan t e r b a i k , m e n i l a i s e c a r a t a h u n a n keberkesanan Lembaga Pengarah secara keseluruhan, Jawatankuasa Lembaga Pengarah dan sumbangan setiap Pengarah individu, dan mencadangkan pelantikan ke Lembaga Pengarah dan Jawatankuasa Lembaga Pengarah.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 11
STRUKTUR MODAL SYER CAGAMAS HOLDINGS BERHAD PADA 1 MAC 2016
Modal Syer dibenarkan : 500 juta syer biasa RM1 setiap satu
Modal diterbitkan dan berbayar : 150 juta syer biasa RM1 setiap satu
STRUKTUR PEMEGANGAN SYER PADA 1 MAC 2016
Institusi % Pemegangan Syer Bilangan Pemegang SyerJulat %
Pemegangan Syer
Bank Negara Malaysia 20.0 1 20.0
Bank Perdagangan 72.8 18 0.2 16.5
Bank Pelaburan 7.2 5 0.4 3.9
Jumlah 100.0 24
ANALISIS PEMEGANGAN SYER PADA 1 MAC 2016
Saiz Pemegangan SyerBilangan
Pemegang Syer% Pemegang
SyerBilangan Syer
Dipegang% Modal
Diterbitkan
100,001 ke kurang dar i 7 ,500,000 (5% daripada syer yang diterbitkan) 18 75.0 43,461,000 29.0
7,500,000 (5%) dan lebih 6 25.0 106,539,000 71.0
20.0Bank Negara Malaysia
72.8Bank Perdagangan
7.2Bank Pelaburan
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201512
PEMEGANG SYER
PEMEGANG SYER CAGAMAS HOLDINGS BERHAD SETAKAT 1 MAC 2016
Pemegang Syer Bilangan Syer% Pemegangan
Syer
Bank Negara Malaysia 30,000,000 20.0
CIMB Bank Berhad 24,684,000 16.5
Malayan Banking Berhad 21,279,000 14.2
RHB Bank GroupRHB Bank BerhadRHB Investment Bank Berhad
12,932,40011,732,400
1,200,000
8.67.80.8
AmBank GroupAmBank (M) BerhadAmInvestment Bank Berhad
12,066,0006,177,0005,889,000
8.04.13.9
Public Bank GroupPublic Bank BerhadPublic Investment Bank Berhad
10,485,6009,885,600
600,000
7.06.60.4
Hong Leong Bank Berhad 8,958,000 6.0
HSBC Bank Malaysia Berhad 6,201,000 4.1
Alliance Bank GroupAlliance Bank Malaysia BerhadAlliance Investment Bank Berhad
5,583,0003,183,0002,400,000
3.72.11.6
Standard Chartered Bank Malaysia Berhad 4,590,000 3.1
Affin Bank GroupAffin Bank BerhadAffin Hwang Investment Bank Berhad
4,410,0003,660,000
750,000
2.92.40.5
United Overseas Bank (Malaysia) Berhad 3,330,000 2.2
OCBC Bank (Malaysia) Berhad 2,997,000 2.0
Bank of Tokyo-Mitsubishi UFJ (Malaysia) Berhad 738,000 0.5
SIBB Berhad 450,000 0.3
Bangkok Bank Berhad 369,000 0.3
The Bank of Nova Scotia Berhad 327,000 0.2
The Royal Bank of Scotland Berhad 300,000 0.2
Deutsche Bank (Malaysia) Berhad 300,000 0.2
Jumlah 150,000,000 100.0
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 13
JANUARI
FEBRUARI
Bank Negara Malaysia menganugerahkan status Emas kepada Terbitan Bon Tiger Emas Cagamas
Bank Negara Malaysia (BNM) telah menganugerahkan status Emas kepada terbitan sulung Cagamas bagi Nota Jangka Sederhana Renminbi Luar Pesisir yang diterbitkan pada bulan September 2014. Gabenor BNM, Tan Sri Dr. Zeti Akhtar Aziz telah menyampaikan plak anugerah tersebut kepada Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas, Encik Chung Chee Leong.
Forum 6th Annual Borrowers & Investors
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong telah dijemput untuk berucap di forum 6th Annual Borrowers & Investors yang telah berlangsung di Hong Kong.
Forum Maybank Fixed Income
Naib Presiden Kanan, Perbendaharaan & Pasaran Modal, Encik Abdul Halim Salleh telah dijemput untuk berucap di forum Maybank Fixed Income yang telah berlangsung di Singapura.
Cagamas Berhad Memenangi Anugerah di 8th Annual Alpha Southeast Asia Deal & Solution Awards 2014
Cagamas telah dinobatkan sebagai Best Foreign Currency Bond Deal of the Year 2014 in Southeast Asia sebagai mengiktiraf RMB1.5 bilion (US$244 juta) Bon RMB Luar Pesisirnya. Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mewakili Cagamas untuk menerima anugerah itu pada majlis makan tengahari 8th Annual Alpha Southeast Asia Deal & Solution Awards 2014 yang telah berlangsung di Kuala Lumpur.
Cagamas Berhad Memenangi Anugerah di Finance Asia 2014 Achievement Awards
Cagamas telah dinobatkan sebagai Best Renminbi (Offshore) Offering sebagai mengiktiraf RMB1.5 bilion (US$244 juta) Bon RMB Luar Pesisirnya. Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mewakili Cagamas untuk menerima anugerah tersebut di majlis makan malam Finance Asia 2014 Achievement Awards yang telah berlangsung di Hong Kong.
KEMUNCAK KORPORAT
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201514
FEBRUARI
Lawatan Perniagaan ke Thailand
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong dan Naib Presiden Kanan, Perbendaharaan & Pasaran Modal, Encik Abdul Halim Salleh mewakili Cagamas dalam mesyuarat perniagaan yang diadakan di Securities and Exchange Commission Thailand dan Secondary Mortgage Corporation Thailand.
Cagamas Memberi Bantuan Sokongan Untuk Banjir Melalui Persatuan Bulan Sabit MerahCagamas telah memberi bantuan sokongan untuk banjir untuk pembinaan semula dan membaiki rumah-rumah yang dilanda banjir melalui Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Selangor (MRCS) sebagai sebahagian daripada usaha berterusan tanggungjawab sosial korporatnya (CSR). Derma berkenaan telah disampaikan oleh Encik Chung Chee Leong, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Cagamas kepada Puan Fatimah Sulaiman, Presiden MRCS pada majlis yang berlangsung di Kuala Lumpur.
Persidangan Euromoney London Islamic Finance and Investment
Naib Presiden Kanan, Perbendaharaan & Pasaran Modal, Encik Abdul Halim Salleh mewakili Cagamas sebagai ahli panel di persidangan Euromoney London Islamic Finance and Investment yang telah berlangsung di London.
MAC
Lawatan oleh Delegasi dari Afghanistan
Cagamas menerima lawatan oleh delegasi dari Afghanistan yang diketuai oleh Penasihat Kanan kepada Gabenor Central Bank of Afghanistan.
Forum Global Financial Markets 2015
Cagamas menjadi penaja forum Global Financial Market 2015 yang telah berlangsung di Abu Dhabi. Forum itu mendapat sambutan yang menggalakkan dengan kehadiran lebih daripada 1,800 orang peserta.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 15
Lawatan Perniagaan ke Singapura
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi daripada Cagamas untuk mesyuarat perniagaan bersama Penolong Pengarah Urusan, Pasaran Modal, Monetary Authority of Singapore, Encik Lee Boon Ngiap.
Cagamas juga menghadiri Nomura Financial Institution Group Conference tahunan, yang juga berlangsung di Singapura, di mana beberapa perjumpaan telah diadakan bersama para pelabur.
3rd Asiamoney-CIMB ASEAN Round Table Series
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mewakili Cagamas pada ASEAN Domestic Bond Market Round Table Series, di Kuala Lumpur yang dianjurkan oleh Asiamoney dan CIMB Group.
Siri Jelajah Tak Berkait Terbitan ke Timur Tengah
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi untuk Siri Jelajah Tak Berkait Terbitan yang telah berlangsung di negara Timur Tengah, meliputi bandar-bandar seperti Abu Dhabi, Dubai, Doha, Jeddah dan Riyadh.
Persidangan 3rd Annual Township Development
Naib Presiden Kanan, Operasi & Perkhidmatan, Encik S. Shanmuganathan mewakili Cagamas di persidangan 3rd Annual Township Development yang telah berlangsung di Kuala Lumpur.
Cagamas Memenangi Market Pioneer Award
Cagamas telah dianugerahkan Market Pioneer Award dengan pengiktirafan RMB1.5 bilion (US$244 juta) Bon RMB Luar Pesisirnya kerana menjadi bon RMB Pertama Dunia yang diterbitkan oleh sebuah Perbadanan Gadai Janji. Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mewakili Cagamas untuk menerima anugerah tersebut di 12th Annual RAM League Awards daripada Yang Berhormat Senator Dato Sri Abdul Wahid bin Omar, Menteri di Jabatan Perdana Menteri.
KEMUNCAK KORPORAT
MAC
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201516
APRIL
Siri Jelajah Tak Berkait Terbitan ke Asia Timur
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi untuk Siri Jelajah Tak Berkait Terbitan yang berlangsung di negara Asia Timur yang meliputi bandar-bandar seperti Tokyo, Seoul dan Taipei.
MEI
Persidangan 6th Annual Affordable Housing Projects
Naib Presiden Kanan, Perniagaan Teras, Encik Badrulnizam Bahaman mewakili Cagamas sebagai ahli panel pada persidangan 6th Annual Affordable Housing Projects yang telah berlangsung di Singapura.
Cabaran Golf Jemputan Cagamas 2015
Cagamas telah menganjurkan Cabaran Golf Jemputan 2015 di Kota Permai Golf & Country Club dengan penyertaan seramai 78 pemain golf daripada badan-badan kawal selia, institusi kewangan dan syarikat di Malaysia dan Indonesia.
Lawatan Perniagaan ke Shanghai
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi daripada Cagamas untuk mesyuarat perniagaan bersama dengan Encik Liao Min, Ketua Pengarah, China Banking Regulatory Commission (pejabat Shanghai). Delegasi turut membuat lawatan ke OCBC cawangan Shanghai.
Lawatan Perniagaan ke Thailand
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi daripada Cagamas untuk beberapa mesyuarat perniagaan bersama Bank of Thailand, termasuk bersama Penolong Gabenor, Kumpulan Operasi Pasaran Kewangan, Puan Chantavarn Sucharitakul.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 17
JUN
Lawatan Perniagaan ke Brunei
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi daripada Cagamas untuk beberapa mesyuarat perniagaan yang berlangsung di Brunei Darussalam.
IFN Forum Asia, Kuala Lumpur
Cagamas menyertai IFN Forum Asia, Kuala Lumpur sebagai penaja, dan Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong telah berucap pada sesi panel yang bertajuk A Look at New Structures in Award Winning Sukuk Deals.
Lawatan Perniagaan ke United Kingdom dan Eropah Barat
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi untuk Siri Jelajah Tak Berkait Terbitan yang berlangsung di United Kingdom dan Eropah Barat meliputi bandar-bandar seperti London, Amsterdam, Frankfurt dan Paris.
London Sukuk Summit 2015
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mewakili Cagamas sebagai penceramah dan ahli panel di London Sukuk Summit 2015 yang diadakan pada bulan Jun. Beliau membentangkan tentang Sukuk as a Tool for Unlocking Liquidity in Islamic Mortgages-The Case of Cagamas Berhad.
Cagamas Berhad Memenangi Anugerah di The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2015
Cagamas dinobatkan sebagai Corporate Issuer of the Year dan Best Corporate Sukuk bagi mengiktiraf kejayaan Syarikat dalam pelbagai penampilan pertama penerbitan matawang asingnya pada tahun 2014, bersama-sama dengan terbitan Sukuk Komoditi Murabahah dua tranche RM1 bilion. Encik Azizi Ali, Naib Presiden Kanan, Perniagaan Islam menerima anugerah-anugerah tersebut bagi pihak Cagamas di majlis The Asset Triple A Islamic Finance Awards 2015 yang berlangsung di Kuala Lumpur.
KEMUNCAK KORPORAT
MEI
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201518
JULAI
Global Fixed Income Institute Annual Strategy Roundtable
Naib Presiden Kanan, Perbendaharaan & Pasaran Modal, Encik Abdul Halim Salleh mewakili Cagamas sebagai ahli panel di Annual Strategy Roundtable yang dianjurkan oleh Global Fixed Income Institute di Madrid.
Cagamas Menaja Pembinaan Rumah di bawah program CSR
Inisiatif CSR dan Jawatankuasa Zakat untuk menaja pembinaan rumah untuk asnaf memperlihatkan rumah kedua yang telah siap dibina. Majlis penyerahan yang berlangsung di rumah berkenaan yang terletak di Jeram, Kuala Selangor telah dihadiri oleh wakil-wakil daripada Cagamas Berhad dan Jawatankuasa Zakat.
Persidangan Housing State Bank of Pakistan
Encik S. Shanmuganathan, Naib Presiden Kanan, Operasi & Perkhidmatan mewakili Cagamas sebagai penceramah di persidangan Housing State Bank of Pakistan yang telah berlangsung di Islamabad, Pakistan. Beliau membentangkan tentang Mortgage Based Securitisation & Other Market Based Instrument and Finance Cagamas Experience.
OGOS
Majlis Tanggungjawab Sosial Korporat Membeli Belah Untuk Hari RayaKegembiraan Hari Raya telah dikongsi bersama 85 orang anak-anak yatim daripada Pertubuhan Kebajikan dan Pendidikan Telaga Kasih Selangor, Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari dan Rumah Amal Raudhatul Jannah apabila Cagamas menganjurkan majlis ini untuk anak-anak yatim di Pasaraya Mydin, USJ Subang Jaya. Mereka diberikan baju, kasut, songkok dan tudung baru, dan barangan lain untuk menyambut Hari Raya. Program Tanggungjawab Sosial Korporat ini telah diadakan untuk menyemai semangat kesukarelawan dan khidmat komuniti antara kakitangan Cagamas. Majlis ini merupakan satu peluang untuk para sukarelawan mengukuhkan nilai ihsan dan perpaduan dalam komuniti dan menggalakkan semangat Hari Raya dengan memberi dan berkongsi.
Lawatan Perniagaan ke Indonesia
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi daripada Cagamas untuk mesyuarat perniagaan bersama Bank Indonesia yang diwakili oleh pegawai kanan daripada Jabatan Pengurusan Rizab. Mereka juga mengadakan mesyuarat bersama para pelabur berpotensi di Jakarta.
JUN
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 19
Sambutan Majlis Makan Malam Ulang tahun ke-10 PT Sarana Multigriya Finansial (Persero)
Delegasi Cagamas yang ketuai oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong menghadiri majlis makan malam sempena ulang tahun ke-10 PT Sarana Multigriya Finansial (Persero) yang berlangsung di Gedung Dhanapala, Kementerian Keuangan Indonesia di Jakarta.
Mesyuarat Perniagaan bersama Bank of Thailand
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengadakan mesyuarat perniagaan bersama Encik Ronadol Numnonda, Penolong Gabenor, Kumpulan Penyeliaan, Bank of Thailand di Kuala Lumpur.
Lawatan oleh Nigerian Mortgage Refinance Company (NMRC) dan Badan Kawal Selia Nigeria
Cagamas menerima lawatan delegasi dari Nigeria yang diketuai oleh Dr. Charles Inyangete, Ketua Pegawai Eksekutif, Nigerian Mortgage Refinance Company. Delegasi ini juga termasuk wakil-wakil daripada Central Bank of Nigeria dan Financial Markets Dealers Quotation. Lawatan sambal belajar ini meliputi pembiayaan gadai janji sekunder di Malaysia khususnya, operasi dan perkembangan Cagamas sejak ditubuhkan.
Bursa Bull Charge 2015
Sebagai salah satu usaha Tanggung Jawab Sosial Korporat Syarikat, Cagamas telah menyertai Bursa Bull Charge kedua yang dianjurkan oleh Bursa Malaysia. Dana yang dikumpul akan disalurkan kepada rumah-rumah kebajikan dan persatuan-persatuan yang terpilih.
Perlawanan Persahabatan Cagamas-RAM 2015
Karnival sukan yang dianjurkan dan dihoskan oleh RAM Holdings bersempena dengan ulang tahun ke-25nya memperlihatkan penyertaan Cagamas untuk menjalin tali silaturrahim di antara kedua-dua syarikat. Di antara permainan yang dipertandingkan termasuk badminton, bola jaring, ping pong dan futsal.
KEMUNCAK KORPORAT
OGOS
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201520
Hari Keluarga Cagamas di Holiday Inn, Melaka
Lebih daripada 300 kehadiran yang terdiri daripada kakitangan dan ahli keluarga mereka menyertai Hari Keluarga Cagamas di Holiday Inn, Melaka.
SEPTEMBER
OKTOBER
Asiamoney-CIMB Asean Domestic Bond Market Round Table Series, Bangkok
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mewakili Cagamas di ASEAN Domestic Bond Market Round Table Series, yang dianjurkan oleh Asiamoney dan CIMB Group di Bangkok.
Forum Asian Investor
Cagamas menyertai forum Asian Investor yang dianjurkan oleh Standard Chartered Bank di Singapura, Hong Kong dan Taipei dari 1-3 September 2015 dan telah diwakili oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong dan Naib Presiden Kanan, Perbendaharaan & Pasaran Modal, Encik Abdul Halim Salleh.
Majlis Makan Malam 2015 Kumpulan Syarikat Cagamas
Pelancaran Skim Perumahan Belia (Youth Housing Scheme)
Skim Perumahan Belia yang merupakan satu kerjasama pintar di antara Kerajaan, Bank Simpanan Nasional, Cagamas Berhad dan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja telah dilancarkan oleh Menteri Kewangan II, Yang Berhormat Dato Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah. Cagamas telah diwakili oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong.
OGOS
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 21
Lawatan oleh Pelajar-Pelajar Magister of Economics, Universitas Islam Indonesia
Cagamas mengalu-alukan kedatangan pelajar-pelajar daripada Magister of Economics, Universitas Islam Indonesia. Para pelajar telah diberi taklimat tentang operasi perniagaan Cagamas dengan tumpuan kepada perniagaan Islam.
Mesyuarat Asian Secondary Mortgage Market AssociationAsian Secondary Mortgage Market Association (ASMMA) telah mengadakan mesyuarat tahunan keduanya di Manila pada 29 September 2015. Ditubuhkan di Kuala Lumpur pada tahun 2014, ASMMA adalah persatuan tidak rasmi bagi institusi-institusi gadai janji sekunder di Asia bagi berkongsi pengetahuan, kepakaran dan inovatif produk. Mesyuarat kedua bagi ketua-ketua institusi gadai janji sekunder menyediakan peluang untuk dialog yang berguna dan pertukaran pendapat di kalangan negara-negara ahli termasuk Malaysia (pengerusi sekarang), Filipina, Indonesia, Jepun, Korea, Thailand dan Mongolia. Cagamas telah diwakili oleh Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong, yang dilantik sebagai Pengerusi ASMMA bagi tahun 2015.
ASEAN Fixed Income Summit
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong, membentangkan kertas kerja yang bertajuk Cross-Border, Bond Issuance - The Cagamas Experience pada 2nd ASEAN Fixed Income Summit (AFIS). AFIS yang dihoskan oleh National Home Mortgage Finance Corporation (NHMFC) telah berlangsung di Manila, Filipina. Persidangan ini telah dirasmikan oleh H.E. Jejomar C. Binay, Naib Presiden, Filipina.
Lawatan oleh Delegasi dari Jordan
Cagamas menerima kunjungan delegasi daripada Jordan termasuk wakil-wakil daripada Jordanian Ministry of Finance, Central Bank of Jordan dan Islamic Development Bank. Lawatan sambil belajar itu adalah inisiatif yang dihoskan oleh Bank Negara Malaysia termasuk taklimat mengenai Sukuk Cagamas, pengurusan dan amalan-amalan terbaik bagi SPV.
Forum 4th Annual Borrowers & Investors, Southeast Asia, Singapore
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong telah dijemput untuk menyertai forum 4th Annual Borrowers & Investors, Southeast Asia yang berlangsung di Singapura. Encik Chung selaku panel Kewangan Islam, telah berucap tentang Why Should Investors be Investing in Sukuk.
KEMUNCAK KORPORAT
OKTOBER
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201522
NOVEMBER
Islamic Finance 2016 Outlook
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mewakili Cagamas pada Standard & Poors Islamic Finance 2016 Outlook yang telah berlangsung di Kuala Lumpur, di mana aliran kredit utama dan tinjauan untuk kewangan Islam global dan pasaran sukuk telah dibincangkan.
Lawatan Perniagaan ke Singapura
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong mengetuai delegasi daripada Cagamas untuk mesyuarat perniagaan bersama Penolong Pengarah Urusan (Pasaran & Pelaburan) - Monetary Authority of Singapore, Encik Chia Der Jiun. Mereka juga bertemu dengan beberapa pelabur lain di Singapura.
Persidangan Corporate Debt, Singapore
Naib Presiden Kanan, Perbendaharaan & Pasaran Modal, Encik Abdul Halim Salleh mewakili Cagamas pada persidangan Corporate Debt di Singapura.
Temubual bersama BFM Radio The Business Station on The Breakfast Grille
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong telah membuat penampilan di BFM Radio The Business Station, di dalam temuramah istimewa berkaitan Challenge in Housing the Nation untuk stesen berkenaan, The Breakfast Grille.
Global Islamic Finance Thought Leaders Roundtable
Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif, Encik Chung Chee Leong menyertai Global Islamic Finance Thought Leaders Roundtable yang berlangsung di Kuala Lumpur. Mesyuarat berkenaan yang membincangkan tentang evolusi industri telah dianjurkan oleh International Investor dan Malaysia International Islamic Financial Centre (MIFC).
OKTOBER
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 23
DISEMBER
Persidangan Global Banking 2015
Cagamas adalah salah satu daripada penaja korporat persidangan Global Banking 2015 yang dianjurkan oleh Asian Institute of Chartered Bankers.
Forum 12th Kuala Lumpur Islamic Finance 2015
Cagamas menyertai forum 12th Kuala Lumpur Islamic Finance 2015 yang dianjurkan oleh CERT Events sebagai Penaja Perak. Encik Iqta Farish, Naib Presiden, Pembangunan & Pengurusan Produk, Perniagaan Islam mewakili Cagamas dalam panel yang bertajuk Global Sukuk Market Issuers and Investors Perspectives.
The Leadership Energy Summit Asia
Cagamas menyertai 3rd Leadership Energy Summit Asia yang dianjurkan oleh The ICLIF Leadership & Governance Centre (ICLIF) sebagai penaja korporat.
10th Asian Bond Markets Summit Edisi ASEAN
Cik Siti Sarah Ismail, Naib Presiden, Perbendaharaan & Pasaran Modal mewakili Cagamas pada 10th Asian Bond Markets Summit Edisi ASEAN yang dianjurkan oleh The Asset di Singapura.
Majlis Tandatangan di antara Cagamas dan Perbadanan Insurans Deposit Malaysia
Cagamas menandatangani perjanjian bersama Perbadanan Insurans Deposit Malaysia (PIDM) untuk berkerjasama bagi mengukuhkan kesediaan operasi PIDM dalam resolusi untuk institusi ahli yang bermasalah. Kerjasama ini memberikan PIDM aturan pembiayaan alternatif, memberi akses segera untuk dana yang diperolehi daripada penerbitan sekuriti hutang Cagamas di pasaran modal.
KEMUNCAK KORPORAT
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201524
Anjuran The Asset Triple A Islamic
Finance Awards 2015
Anugerah Penerbit Korporat Terbaik
Tahun 20152Anjuran The Asset Triple A Islamic
Finance Awards 2015
Urus Janji/Kategori Sukuk 70 juta Ringgit satu tahun
dan 930 juta Ringgit tiga tahun
Anugerah Sukuk Korporat Terbaik
3Anjuran RAM League Awards
Urus Janji/Kategori RMB1.5 bilion Bon Luar Pesisir
Anugerah Anugerah Perintis Pasaran untuk
Bon RMB Pertama Dunia oleh sebuah Perbadanan Gadai Janji
1CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 25
ANUGERAH DAN PENCAPAIAN
CAGAMAS DA LAM AKHBAR
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201526
CAGAMAS DA LAM AKHBAR
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 27
Cagamas Berhad & CMBS**
Kumpulan
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Hasil (RM juta)
Hasil Kendalian Kasar 1,588.2 1,778.7 1,628.2 1,555.6 1,922.0 1,877.4 1,793.8 1,954.7 1,996.9 1,983.2
Untung Sebelum Cukai dan Zakat 363.6 541.7 564.3 559.2 610.5 591.5 551.9 703.2 546.5 558.3
Untung Selepas Cukai dan Zakat 270.9 403.6 419.7 414.7 455.7 442.1 413.2 527.6 391.2 436.5
Dividen Selepas Cukai 16.4 66.6 16.7 22.5 22.5 22.5 45.0 22.5 30.0 30.0
Penyata Kedudukan Kewangan (RM juta)
Jumlah Terhutang Daripada Rakan Niaga 15,888.5 13,297.9 9,687.7 4,657.5 4,325.1 4,307.0 3,696.1 3,825.7 6,540.2 10,971.0
Aset Pembiayaan Islam 5,255.6 6,962.8 5,643.0 4,578.5 6,854.3 6,879.6 8,076.9 6,107.9 6,541.2 5,581.4
Aset Gadai Janji Konvensional 3,120.4 7,844.3 9,697.5 12,187.3 11,384.6 10,510.8 9,659.4 11,064.3 10,189.8 9,354.3
Aset Gadai Janji Islam 2,050.4 4,082.5 6,178.4 7,973.3 7,696.2 7,434.9 7,124.3 10,648.2 10,176.2 9,618.6
Jumlah Aset 29,326.6 35,308.4 34,624.0 32,894.2 32,130.7 32,137.9 31,863.7 36,420.0 37,407.7 40,346.8
Bon dan nota pembawa tidak bercagar 15,228.8 15,477.2 13,319.4 11,450.9 10,039.5 9,868.0 9,217.5 11,521.7 13,291.6 17,994.7
Sukuk 6,200.6 7,512.5 8,487.2 9,154.8 10,651.3 10,585.5 11,707.6 13,403.0 13,261.7 11,944.0
Sekuriti bersandarkan gadai janji kediaman 3,615.0 5,445.0 5,220.0 4,902.7 4,135.4 3,842.8 3,195.3 3,195.3 2,464.5 2,143.5
Sekuriti bersandarkan gadai janji kediaman Islam 2,050.0 4,160.0 3,910.0 3,929.6 3,382.8 3,382.8 2,865.3 2,865.3 2,594.2 2,075.5
Modal Berbayar 150.0 150.0 150.0 150.0 150.0 150.0 150.0 150.0 150.0 150.0
Rizab 1,750.4 2,129.9 2,472.0 2,897.5 3,329.3 3,741.0 4,111.7 4,614.8 4,983.3 5,414.6
Dana Pemegang Syer 1,900.4 2,279.9 2,622.0 3,047.5 3,479.3 3,891.0 4,261.7 4,764.8 5,133.3 5,564.6
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201528
KEMUNCAK KEWANGAN KUMPULAN
Cagamas Berhad & CMBS**
Kumpulan
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
Sesyer
Perolehan (sen)* 180.6 269.1 279.8 276.5 303.8 294.7 275.4 351.7 260.8 291.0
Aset Ketara Bersih (RM)* 12.56 15.08 17.36 20.21 23.10 25.86 28.35 31.70 34.17 37.05
Dividen (sen) 15.0 60.1 11.1 15.0 15.0 15.0 30.0 15.0 20.0 20.0
Nisbah Kewangan
Pulangan Sebelum Cukai atas Purata Dana Pemegang Syer (%) 20.5 25.9 23.0 19.7 18.7 16.1 13.5 15.6 11.0 10.4
Pulangan Selepas Cukai atas Purata Dana Pemegang Syer (%) 15.2 19.3 17.1 14.6 14.0 12.0 10.1 11.7 7.9 8.2
Pulangan Sebelum Cukai atas Purata Jumlah Aset (%) 1.2 1.7 1.6 1.7 1.9 1.8 1.7 2.1 1.5 1.4
Pulangan Selepas Cukai atas Purata Jumlah Aset (%) 0.9 1.2 1.2 1.2 1.4 1.4 1.3 1.5 1.1 1.1
Lindungan Dividen (kali) 16.5 6.1 25.1 18.4 20.3 19.6 9.2 23.4 13.0 14.6
Nisbah Modal Berwajaran Risiko (%) 24.7 19.2 21.6 21.6 26.8 35.7 39.4 39.1 39.9 37.1
* Berdasarkan 150 juta syer biasa RM1.00 setiap satu.** Cagamas MBS Berhad.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 29
Hasil Kendalian Kasar (RM juta)
060708091011121314
15
1,588.21,778.7
1,628.21,555.6
1,922.01,877.4
1,793.81,954.7
1,996.9
1,983.2
Jumlah Aset (RM Juta)
15
060708091011121314
29,326.635,308.4
34,624.032,894.2
32,130.732,137.9
31,863.736,420.0
37,407.7
40,346.8
Dana Pemegang Syer (RM Juta)
060708091011121314
1,900.42,279.9
2,622.03,047.5
3,479.33,891.0
4,261.74,764.8
5,133.3
15 5,564.6
Perolehan Sesyer (sen)
15 291.0
060708091011121314
180.6269.1
279.8276.5
303.8294.7
275.4351.7
260.8
Pulangan Selepas Cukai atas PurataJumlah Aset (%)
15
060708091011121314
0.91.21.21.2
1.41.4
1.31.5
1.1
1.1
Pulangan Selepas Cukai atas PurataDana Pemegang Syer (%)
15 8.2
060708091011121314
15.219.3
17.114.6
14.012.0
10.111.7
7.9
Aset Ketara Bersih (RM)
15 37.05
060708091011121314
12.5615.08
17.3620.21
23.125.86
28.3531.7
34.17
Untung Sebelum Cukai dan Zakat (RM Juta)
15
060708091011121314
363.6541.7
564.3559.2
610.5591.5
551.9703.2
546.5
558.3
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201530
KEMUNCAK KEWANGAN KUMPULAN
Hasil Kendalian Kasar (RM juta)
060708091011121314
15
1,588.21,778.7
1,628.21,555.6
1,922.01,877.4
1,793.81,954.7
1,996.9
1,983.2
Jumlah Aset (RM Juta)
15
060708091011121314
29,326.635,308.4
34,624.032,894.2
32,130.732,137.9
31,863.736,420.0
37,407.7
40,346.8
Dana Pemegang Syer (RM Juta)
060708091011121314
1,900.42,279.9
2,622.03,047.5
3,479.33,891.0
4,261.74,764.8
5,133.3
15 5,564.6
Perolehan Sesyer (sen)
15 291.0
060708091011121314
180.6269.1
279.8276.5
303.8294.7
275.4351.7
260.8
Pulangan Selepas Cukai atas PurataJumlah Aset (%)
15
060708091011121314
0.91.21.21.2
1.41.4
1.31.5
1.1
1.1
Pulangan Selepas Cukai atas PurataDana Pemegang Syer (%)
15 8.2
060708091011121314
15.219.3
17.114.6
14.012.0
10.111.7
7.9
Aset Ketara Bersih (RM)
15 37.05
060708091011121314
12.5615.08
17.3620.21
23.125.86
28.3531.7
34.17
Untung Sebelum Cukai dan Zakat (RM Juta)
15
060708091011121314
363.6541.7
564.3559.2
610.5591.5
551.9703.2
546.5
558.3
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 31
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD
Ditubuhkan pada tahun 2007, Cagamas Holdings Berhad adalah syarikat induk bagi Cagamas Berhad, Cagamas MBS Berhad, Cagamas SME Berhad, BNM Sukuk Berhad, Cagamas SRP Berhad dan Cagamas MGP Berhad. Anak syarikat operasi utama milik penuhnya, Cagamas Berhad (Cagamas) adalah Perbadanan Cagaran Malaysia. Peranan Cagamas adalah untuk menyokong objektif Kerajaan untuk menggalakkan pemilikan rumah yang meluas dan pembangunan jangka panjang pasaran bon tempatan. Cagamas MBS Berhad yang merupakan syarikat tujuan khas ditubuhkan untuk memudahkan transaksi aset pensekuritian manakala Cagamas SRP Berhad menyediakan jaminan gadai janji kepada pemberi pinjaman utama. BNM Sukuk Berhad menerbitkan sekuriti sukuk bagi pihak Bank Negara Malaysia (BNM).
Cagamas pada masa ini membeli pinjaman dan pembiayaan di bawah 2 skim Pembelian dengan Rekursa (PWR) dan Pembelian tanpa Rekursa (PWOR). Di bawah skim PWR, Cagamas menyediakan kecairan dan mengambil risiko rakan niaga, iaitu risiko kredit institusi penjual, di mana rakan niaga berjanji untuk membeli dan mengganti semula pinjaman dan pembiayaan yang tidak layak. Di bawah skim PWOR, Cagamas menanggung kesemua risiko kredit pinjaman dan pembiayaan yang diperolehi.
Cagamas membiayai pembelian melalui penerbitan sekuriti hutang swasta (PDS) yang berbentuk bon berkadar tetap dan terapung, nota diskaun dan sukuk. Untuk menguruskan risiko kecairan, Cagamas menerbitkan PDS yang seberapa mungkin berpadanan dengan aliran tunai dan profil kematangan pinjaman dan pembiayaan yang dibeli. Semua PDS yang diterbitkan oleh Cagamas adalah tidak bercagar dan bertaraf pari passu di antara mereka.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201532
TINJAUAN PERNIAGAAN
TINJAUAN OPERASI 2015
Pertumbuhan global yang lebih perlahan dan kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi menyebabkan kesan yang besar ke atas ekonomi Malaysia, melemahkan kedudukan fiskal Malaysia dan menyumbang kepada kelemahan mendadak Ringgit. Kebimbangan memuncak domestik terus menjejaskan sentimen pelabur. Meskipun dalam suasana yang mencabar dan aliran keluar dana, sistem kewangan Malaysia terus berdaya tahan sepanjang tahun dan pengantaraan kewangan domestik terus disokong dengan baik oleh institusi kewangan (FIs) yang kukuh dan modal yang memuaskan.
Kadar faedah adalah stabil sepanjang 2015 dengan BNM mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.25%. Dasar monetari sangat akomodatif dan menyokong aktiviti ekonomi. Kecairan dalam sistem perbankan mencukupi tetapi menghadapi sedikit kekangan di akhir tahun. Akibat dari itu, BNM mengurangkan Keperluan Rizab Berkanun (SRR) daripada 4.00% kepada 3.25% pada bulan Januari 2016 untuk menyokong kecairan dalam sistem perbankan.
Sepanjang tahun ini, kesan daripada langkah-langkah penyejukan ke atas pasaran hartanah lebih dipertingkatkan lagi dengan piawaian pinjaman pengunderaitan yang lebih berhemat yang digunakan oleh FIs. Berdasarkan data dari Pusat Maklumat Harta Tanah Negara (NAPIC), indeks harga rumah Malaysia pada Q3 2015 meningkat sebanyak 5.4% sahaja berbanding dengan Q3 2014 (Q3 2014 meningkat sebanyak 7.9% berbanding dengan Q3 2013). Jumlah dan nilai urus niaga harta perumahan masing-masing menurun sebanyak 29% dan 24% berbanding tempoh yang sama pada tahun sebelumnya. Harga hartanah yang tinggi dan penawaran rumah mampu milik kekal yang tidak mencukupi masih menjadi cabaran utama.
Ringgit mencecah paras terendah kepada Dolar US (USD) pada September 2015 iaitu RM4.4565 kerana dana asing telah mengurangkan pendedahan mereka kepada pasaran baru muncul termasuk Malaysia. Pegangan asing Sekuriti Kerajaan Malaysia (MGS) menurun daripada RM205 bilion pada Januari 2015 kepada RM185 bilion pada bulan Ogos tahun yang sama. Kecairan pasaran bon yang berkurang akibat daripada aliran keluar dana asing memberi kesan kepada hasil bon domestik. Penanda aras MGS 10 tahun diniagakan tinggi iaitu 4.45% pada bulan Ogos 2015, iaitu paras tertinggi sejak 2009, manakala kadar hasil untuk 5 tahun dan 7 tahun masing-masing mencecah 4.09% dan 4.42%, iaitu peningkatan sebanyak 50 mata asas (bps) dan 75 bps. Yang jelas, kematangan dan daya tahan pasaran bon domestik telah terbukti dalam tempoh yang tidak menentu ini sebagaimana pengeluaran dari pelabur asing telah diserap oleh peserta pasaran tempatan.
Dalam ruang PDS, jumlah terbitan PDS bagi tahun ini adalah RM86.7 bilion dengan RM42.4 bilion atau 49% berlaku pada Q4 2015 kerana penerbit bergegas untuk mengumpul dana menjelang kenaikan kadar dasar monetari yang dinanti-nantikan di Amerika Syarikat oleh Rizab Persekutuan pada Disember 2015. Kecuraman keluk kadar hasil kerajaan ditambah dengan lonjakan terbitan baru PDS menjelang akhir tahun menyebabkan pelebaran spread untuk PDS terhadap sekuriti kerajaan. Spread AAA PDS untuk 3 tahun, 5 tahun dan 10 tahun masing-masing meningkat daripada 48 bps, 54 bps dan 61 bps pada awal Januari 2015 kepada 108 bps, 103 bps dan 67 bps pada Disember 2015.
PEMBELIAN PINJAMAN DAN PEMBIAYAAN
Sebagai tindak balas kepada permintaan yang lebih kukuh oleh FIs, Cagamas mencatatkan pembelian pinjaman dan pembiayaan baru yang lebih tinggi berjumlah RM6.1 bilion (2014: RM5.7 bilion). Semua pinjaman dan pembiayaan dibeli pada 2015 adalah di bawah skim PWR. Selari dengan peningkatan pinjaman dan pembiayaan di bawah PWR pada 2015, jumlah pinjaman dan pembiayaan yang belum dilunas Cagamas meningkat sebanyak 7.8% kepada RM32.5 bilion (2014: RM30.1 bilion)
Pada akhir Disember 2015, portfolio Cagamas dikuasai oleh gadai janji perumahan iaitu 89.1%, diikuti oleh pinjaman peribadi dan pembiayaan 6.3% dan sewa beli pinjaman dan pembiayaan 4.5%. Portfolio Cagamas untuk aset Islam dan konvensional adalah sama-rata, manakala portfolio pinjaman dan pembiayaan untuk PWR dan PWOR masing masing adalah 55%1 dan 45%2. Pinjaman dan pembiayaan terjejas di bawah skim PWOR kekal rendah pada 1.0% manakala pinjaman dan pembiayaan terjejas bersih adalah 0.5%.
TERBITAN BON DAN SUKUK CAGAMAS
Cagamas membiayai pembelian aset melalui terbitan PDS dan untuk menguruskan risiko kecairan, Cagamas menerbitkan sekuriti hutang yang hampir setanding dengan tempoh dan kematangan profil pinjaman dan pembiayaan yang dibeli. Sebagai salah satu penerbit terbesar sekuriti hutang di Malaysia, Cagamas dan anak-anak syarikat milik sepenuhnya; Cagamas Global P.L.C dan Cagamas Global Sukuk Berhad (Kumpulan Cagamas Berhad) terus mempelbagaikan sumber pembiayaan dan lingkungan pelaburnya untuk memasukkan pelabur institusi asing. Pada tahun 2015, dua puluh dua sekuriti hutang Cagamas baru telah dikeluarkan berjumlah RM7.1 bilion, terdiri daripada RM2.4 bilion sukuk dan RM4.7 bilion bon.
Cagamas telah melaksanakan pembukaan terbitan sulung di bawah RM40 bilion Program Nota Jangka Sederhana (MTN) pada 28 Oktober 2015 untuk menggalakkan aktiviti perdagangan dan kecairan pasaran sekunder bagi sekuriti hutang. Tranche pertama yang dibuka semula adalah MTN Konvensional 3 tahun bernilai RM500 juta. Pelaksanaan kedua pembukaan semula pada 9 November 2015 adalah MTN Islam 3 tahun bernilai RM500 juta.
Sejak tahun 1987 hingga akhir 2015, Kumpulan Cagamas Berhad telah menerbitkan lebih kurang RM279.2 bilion PDS termasuk RM41.8 bilion sukuk dan RM4.4 bilion3 berasaskan mata wang asing (FCY). Pada 31 Disember 2015, sekuriti hutang yang belum dilunas berjumlah RM29.9 bilion dimana RM24.7 bilion atau 83% dalam mata wang tempatan dan RM5.2 bilion4 atau 17% dalam mata wang asing. Bon konvensional membentuk 60% daripada jumlah terkumpul yang belum dilunas manakala baki 40% terdiri dari sukuk. Kumpulan Cagamas Berhad kekal sebagai penerbit terbesar PDS di Malaysia, menguasai 7% daripada jumlah sekuriti hutang korporat yang belum dilunas dan 23% daripada sekuriti hutang AAA yang belum dilunas.
1 Pinjaman dan pembiayaan kasar sebelum peruntukan bagi kerugian kemerosotan nilai dan diskaun belum bertambah
2 Pinjaman dan pembiayaan kasar sebelum peruntukan bagi kerugian kemerosotan nilai dan diskaun belum bertambah
3 Nilai terbitan mata wang asing RM4.4 bilion pada tarikh terbitan4 Nilai terbitan mata wang asing RM5.2 bilion pada 31 Disember 2015
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 33
Rajah 1Jumlah terbitan sekuriti hutang 1987-2015
RM BILION
0
5
10
15
20
25
30
1987
1988
1989
1990
1991
1992
1993
1994
1995
1996
1997
1998
1999
2000
2001
2002
2003
2004
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
0.1 1.21.3
0.4 0.0
3.3
4.3
7.3
6.4
10.5
19.1
20.2
25.1
22.7
17.4
19.617.9
9.3
2.5
7.9
14.5
18.0
11.3
7.6
2.8
4.9
9.9
6.7
7.1
Terbitan Tahunan Termasuk FCY
Rajah 2Jumlah terbitan 2006-2015
2006 2007 2008 2009 2010 2011 2012 2013 2014 2015
RM BILION
Bon Sukuk
4.4
3.5
7.15.5
2.1
7.1
2.8
2.5
4.2
2.4
4.74.0
1.21.6
4.2
10.4
4.1
14.5
3.5
0.9
Cagamas menubuhkan Program Terbitan Nota Jangka Sederhana Pelbagai Mata Wang (EMTN) pada 2014 melalui anak-anak syarikat milik sepenuhnya; Cagamas Global P.L.C dan Cagamas Global Sukuk Berhad bertujuan untuk mempelbagaikan sumber pembiayaan, mengembangkan jumlah pelaburnya dan bertujuan untuk mencapai kecairan harga yang kompetitif dari pasaran antarabangsa. Semua sekuriti hutang EMTN yang belum dilunas dilindungi sepenuhnya terhadap risiko turun naik mata wang asing dengan menggunakan swap mata wang bersilang. Penglibatan yang berterusan dengan pelabur asing telah menyebabkan peningkatan dalam pegangan asing dalam sekuriti hutang Cagamas.
Pada tahun 2015, 79% atau RM5.6 bilion daripada jumlah terbitan RM7.1 bilion telah diperolehi daripada pasaran bon Ringgit manakala baki 21% atau RM1.5 bilion5 telah diterbitkan di bawah mata wang asing.
Pada 31 Disember 2015, RM5.2 bilion6 atau 17% daripada sekuriti hutang Cagamas yang belum dilunas telah dimiliki oleh pelabur asing. Ini adalah peningkatan yang ketara dari 1% pada tahun 2013 dan 10% pada tahun 2014. Berdasarkan jumlah pelabur yang memegang sekuriti hutang Kumpulan Cagamas Berhad, komposisi pelabur asing telah meningkat daripada 8% sebelum penerbitan EMTN pertama pada September 2014 kepada 68% pada 31 Disember 2015.
Tahun 2015 turut menyaksikan terbitan sulung bon Kumpulan Cagamas Berhad iaitu Dolar Singapura (SGD) (SGD 100.0 juta) dan sukuk (SGD 162.75 juta) yang masing-masing diterbitkan pada bulan Julai 2015 dan September 2015.
5 Nilai terbitan mata wang asing RM1.5 billion pada tarikh terbitan
6 Nilai terbitan mata wang asing RM5.2 bilion pada 31 Disember 2015
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201534
TINJAUAN PERNIAGAAN
Rajah 3Terbitan Mengikut Mata Wang 2014 & 2015
USD
SGD
MYR
2015
5%
16%
79%
RM7.1 bilion
2015
Lain-lain termasuk China, Korea dan Offshore USA
MALAYSIA
HONG KONG
SINGAPURA
EROPAH
TAIWAN
TIMUR TENGAH
LAIN-LAIN
32%
24%
23%
14%
3%3%1%
CNH
HKD
USD
MYR
2014
56%
12%
6%
26%
RM6.7 bilion
2014
32%
25%
20%
14%
4%2% 3% MALAYSIA
HONG KONG
SINGAPURA
EROPAH
TAIWAN
TIMUR TENGAH
LAIN-LAIN
Lain-lain termasuk China, Korea dan Offshore USA
Rajah 4Pelabur Mengikut Negara 2014 & 2015
Keupayaan Cagamas untuk menarik pelaburan disokong oleh penarafan kredit yang kukuh, rekod prestasi permodalan yang mantap, kualiti aset yang kukuh dan keuntungan yang stabil.
Rajah 5Penarafan Kumpulan Cagamas Berhad
Agensi Ratings
Moodys RAM MARC
Cagamas Berhad A3 AAA dan P1
AAA/AAAID dan
MARC-1/MARC-1ID
Cagamas Global P.L.C
A3 gA2(s)
Cagamas Global Sukuk Berhad
A3 gA2(s)
Peningkatan mendadak dalam terbitan primer baru PDS pada bulan Oktober dan November 2015 bersama-sama dengan reaksi pasaran terhadap kenyataan Kalendar Auction Kerajaan untuk 2016 menyebabkan pelebaran spread di antara bon Kerajaan dan PDS terutamanya untuk tempoh 1 tahun ke 5 tahun. Sejajar dengan itu, spread purata tahunan untuk tempoh 1 hingga 10 tahun antara sekuriti hutang Cagamas dengan MGS melebar sebanyak 8 bps, dari 49 bps pada tahun 2014, kepada 57 bps pada tahun 2015.
Walaupun menghadapi cabaran, sekuriti hutang Cagamas terus mengatasi saingannya walaupun pada margin yang lebih rendah, diketatkan sebanyak 2 bps dan mencatatkan purata spread tahunan sebanyak 17 bps di bawah terbitan AAA lain pada 2015.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 35
2.00
2.50
3.00
3.50
4.00
4.50
5.00
5.50
6.00
6.50
7.00
7.50
1 2 3 4 5 6 7 8 9 10
HA
SIL
TEMPOH
MGS
JAMINAN KERAJAAN
CAGAMAS
AAA PDS
AA1 PDS
A1 PDS
24 Jun 2015
Terbitan USD 3-Tahun Terbitan SGD
1-Tahun 2-Tahun 3-Tahun
0.000
0.500
1.000
1.500
2.000
2.500
3.000
Hasil (%)
+88bps
1.960%
1.080%
25 September 2015 27 November 2015 30 Julai 20150.000
0.500
1.000
1.500
2.000
2.500
3.000
Hasil (%)
+36bps
2.113%
1.753%
+44bps2.370%
1.930%
+50bps
2.230%
1.730%
Perbendaharaan US FCY Cagamas
Walaupun persekitaran kewangan global mencabar pada 2015, Kumpulan Cagamas Berhad berjaya mengumpul dana pada harga yang kompetitif dalam mata wang asing melalui tawaran penempatan persendirian. Pada tahun ini, empat terbitan asing dengan jumlah nilai sebanyak RM1.5 bilion7 telah berjaya dilancarkan. Tiga daripada terbitan FCY adalah dalam Dolar Singapura (SGD) manakala satu adalah dalam Dolar Amerika Syarikat (USD).
Rajah 7Perbandingan Spread Terbitan Mata Wang Asing Cagamas
Rajah 6Perbezaan Hasil Bon
Terbitan Kumpulan Cagamas Berhad untuk 1 tahun (SGD 162.75 juta), 2 tahun (SGD 100 juta) dan 3 tahun (SGD100 juta) telah diterbitkan pada harga yang kompetitif iaitu 36 bps, 44 bps dan 50 bps berpadanan dengan Kadar Pertukaran Tawaran Singapura (SOR). Untuk terbitan USD, 3-tahun USD100 juta berharga pada 1.96% atau 88 bps tinggi dari 3 tahun Perbendaharaan AS (UST).
7 Nilai terbitan mata wang asing RM1.5 billion pada tarikh terbitan
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201536
TINJAUAN PERNIAGAAN
JAMINAN GADAI JANJI DAN PENSEKURITIAN
Cagamas SRP Berhad (CSRP) menawarkan jaminan gadai janji perlindungan pertama" ke atas portfolio gadai janji perumahan kepada FIs. Jaminan ini mengurangkan risiko kredit pinjaman perumahan FI dan meningkatkan caj modal mereka. Dari perspektif pembeli rumah, jaminan ini berfungsi sebagai kemudahan yang berguna untuk membolehkan mereka mendapat pembiayaan sehingga 100% daripada FIs untuk memiliki rumah pertama melalui Skim Rumah Pertamaku (SRP) dan Skim Perumahan Belia (SPB).
Pada 31 Disember 2015, pendedahan jaminan CSRP untuk skim SRP dan skim SPB adalah RM46.0 juta berbanding RM20.7 juta pada tahun 2014. Jumlah pinjaman baru dan pembiayaan yang diluluskan bersama perlindungan jaminan dari CSRP meningkat kepada 909 permohonan pada tahun 2015 (2014: 470 permohonan) disebabkan oleh kesedaran awam yang lebih tinggi terhadap skim dan kriteria kelayakan tambahan yang dibuat kepada SRP. Untuk SPB, skim ini telah dilancarkan pada 1 Oktober 2015 dan sejumlah 282 pinjaman dan permohonan pembiayaan telah diluluskan pada 31 Disember 2015.
Rajah 8Jumlah Pinjaman dan Pembiayaan Diluluskan Untuk SRP dan SPB 2014 & 2015
2014 2015
Pertumbuhan
2014 2015
PertumbuhanBilangan Pinjaman
Bilangan Pinjaman
Jumlah Pinjaman (RM)
Jumlah Pinjaman (RM)
SRP 470 909 93% 97.6 juta 194.0 juta 99%
SPB 282 68.8 juta
Pada akhir 2015, jumlah terkumpul bon CMBS dan sukuk berjumlah RM4.2 bilion daripada jumlah terbitan RM10.2 bilion. Baki bon dan sukuk CMBS dijangka matang selewat-lewatnya pada tahun 2027. Tidak ada perjanjian pensekuritian baru sepanjang tahun.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 37
KEKUATANMemperkukuhkan pasaran modal tempatan
Dato Ooi Sang KuangPengerusi
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201540
PENYATA PENGERUSI
PARA PEMEGANG SAHAM SEKALIAN,
Saya, bagi pihak Lembaga Pengarah (Lembaga), dengan sukacitanya membentangkan Laporan Tahunan Cagamas Holdings Berhad (Kumpulan) bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015.
PENGENALAN
Tahun 2015 menyaksikan pertumbuhan global yang perlahan berikutan penurunan pantas ekonomi China, kejatuhan mendadak harga minyak dan komoditi serta prestasi lemah di sekitar zon Euro dan Jepun. Momentum pertumbuhan AS juga sederhana diikuti dengan normalisasi oleh Rizab Persekutuan AS (Fed).
Pertumbuhan global yang perlahan dan penurunan mendadak harga minyak dan komoditi telah mengakibatkan impak kelembapan yang signifikan kepada ekonomi Malaysia, melemahkan kedudukan fiskal Malaysia dan menyumbang kepada kelemahan ketara nilai Ringgit. Keraguan domestik yang memuncak pula semakin melembapkan sentimen pelabur.
Walaupun berhadapan persekitaran yang mencabar dan pengaliran keluar dana, kecairan dalam sistem perbankan tempatan di kebanyakan bank di sebahagian besar tahun 2015 disokong oleh penampanan kecairan. Kadar Polisi Semalaman (OPR) kekal pada 3.25% dan kadar purata semalaman antara bank juga secara relatifnya stabil. Kadar antara bank melebihi tempoh satu bulan meningkat sedikit sepanjang tempoh akhir tahun disebabkan oleh permintaan yang lebih banyak dari institusi perbankan untuk pembiayaan yang stabil dan sedikit kekangan kecairan akibat kenaikan kadar Pinjaman ke Deposit yang meningkat dari 86.2% dalam tahun 2014 kepada 88.7% pada tahun 2015. Akibat dari peningkatan keperluan pembiayaan oleh institusi perbankan, perolehan aset oleh Cagamas meningkat sebanyak 7% kepada RM6.1 bilion pada tahun 2015.
Sepanjang tahun kajian, dana modal sistem perbankan Malaysia kekal sihat dengan Nisbah Modal Ekuiti Biasa Tahap 1, Nisbah Modal Tahap 1 dan Jumlah Nisbah Modal berada masing-masing pada 12.8%, 13.8% dan 16.1%.
Pasaran bon tempatan di tahun 2015 menyaksikan kecenderungan kepada Sekuriti Hutang Swasta (PDS), termasuklah Sekuriti Hutang Cagamas, lebih meluas dari Sekuriti Kerajaan. Walau bagaimanapun, jika dibandingkan, sekuriti hutang Cagamas kekal mengatasi penerbit korporat sekuriti taraf AAA yang lain, mengecut 2 bps dan mencatatkan purata sebaran 17 bps di bawah terbitan sekuriti taraf AAA yang lain di tahun 2015.
MAKLUMAT PENTING
Cagamas terus mengukuh kedudukannya dan mempelbagai sumber pembiayaannya dalam pasaran modal domestik dan antarabangsa sepanjang tahun 2015. Nota Jangka Sederhana Pelbagai Matawang Cagamas (EMTN) semakin diterima sebagai sekuriti bagi transaksi Perjanjian Pembelian Semula (REPO) di dua institusi kewangan antarabangsa. Pada bulan Julai dan September 2015, Cagamas berjaya menerbitkan Sukuk dan Sekuriti Konvensional yang pertama seumpamanya dalam matawang Dolar Singapura (SGD) bagi setiap USD2.5 Bilion Program EMTN Islamik dan Konvensional. Peningkatan jumlah penerbitan memperlihatkan sekuriti Cagamas tersenarai dalam beberapa indeks bon matawang tempatan yang terkenal termasuklah Indeks Bon HSBC ALBI, yang seterusnya membawa kepada keterampilan meluas sekuriti hutang Cagamas di kalangan pelabur antarabangsa. Perkembangan yang menggalakkan ini telah menyumbang kepada kertas sekuriti Cagamas didagangkan dalam jumlah tertinggi taraf AAA PDS dalam pasaran modal domestik bagi tahun 2015.
Cagamas melebarkan/meluaskan peranan pembangunannya dengan mengambil bahagian dalam Program Skim Perumahan Belia (SPB) sebagai penyedia jaminan gadai janji pada tahun kajian. Program SPB bertujuan untuk mempromosikan pemilikan rumah di kalangan golongan muda. Cagamas juga turut mengembangkan peranannya sebagai penyedia kemudahan tunai melalui perjanjian yang ditandatangani bersama Perbadanan Insuran Deposit Malaysia (PIDM) pada bulan Disember 2015. Perjanjian tersebut telah memasukkan Cagamas dalam pelan kontinjensi PIDM bagi mengukuhkan kesediaan operasi PIDM melalui sumber dana dari penerbitan sekuriti hutang Cagamas.
Inisiatif-inisiatif baru yang dilaksanakan dalam tahun 2015 mencerminkan pertambahan peranan yang dimainkan oleh Cagamas sebagai pembiaya semula untuk sistem perbankan dan komitmen terhadap kepentingan pasaran modal Malaysia.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 41
PRESTASI KEWANGAN
Bagi tahun kewangan berakhir 2015, saya dengan sukacitanya melaporkan bahawa kedudukan kewangan Kumpulan, termasuk Cagamas Berhad, Cagamas MBS Berhad (CMBS) dan Cagamas SRP Berhad (CSRP) kekal kukuh. Kumpulan mencapai keuntungan sebelum cukai lebih tinggi sebanyak RM558.3 juta pada tahun 2014 berbanding RM546.5 juta pada tahun 2015 berikutan sumbangan keuntungan yang tinggi dari kedua-dua CB dan CMBS.
Nisbah Modal Teras Kumpulan (CCR) dan Nisbah Modal Berwajaran Risiko (RWCR) kekal tinggi, masing-masing 35.3% dan 37.2% setakat penghujung 2015. Kecuali CMBS, CCR dan RWCR masing-masing adalah 25.1% dan 27.1% setakat penghujung tahun 2015. Jumlah dana pemegang saham bagi Kumpulan meningkat kepada RM5.6 bilion daripada RM5.1 bilion manakala aset ketara bersih sesaham Kumpulan meningkat RM37.1 berbanding RM34.2 pada tahun 2014.
Anak syarikat utama yang beroperasi, CB mencatatkan keuntungan sebelum cukai sebanyak RM343.4 juta pada tahun 2015 berbanding RM335.8 juta pada tahun 2014. Keuntungan sesaham CB adalah 170 sen di tahun 2015 berbanding 165 sen di tahun 2014. Jumlah dana pemegang saham meningkat 9.4% kepada RM3.0 bilion manakala asset ketara bersih sesaham adalah meningkat kepada RM20.1. CCR dan RWCR kukuh masing-masing pada 21.6% dan 23.6%.
Pada tahun kewangan dalam kajian, syarikat tujuan khas CMBS menyumbang RM205.2 juta keuntungan sebelum cukai berbanding RM202.3 juta pada tahun 2014. Pada penghujung tahun 2015, jumlah sukuk dan bon belum jelas CMBS adalah RM4.2 bilion dari jumlah terbitan sebanyak RM10.2 bilion. Baki bon dan sukuk CMBS dijangka akan matang pada 2027.
CSRP, anak syarikat milik penuh Cagamas Holdings terbabit dalam penyediaan jaminan bagi gadai janji perumahan telah menampakkan kemajuan dalam tahun 2015. Aktiviti jaminan mencatatkan kenaikan 14.2% penerimaan premium dan peningkatan memberangsangkan sebanyak 100.1% dalam jaminan pinjaman di bawah Skim Rumah Pertamaku. Keuntungan sebelum cukai bagi aktiviti jaminan adalah RM1.07 juta pada tahun 2015, tumbuh 41% berbanding tahun sebelumnya.
Cagamas telah mengekalkan penarafan antarabangsa AAA dari Moodys Investors Service (Moodys) dan penarafan domestik AAA dari Malaysian Rating Corporation Berhad dan RAM Rating Services Berhad pada tahun kajian. Ini adalah pengiktirafan kepada rekod kami dengan modal yang kukuh, kualiti aset yang tinggi, keuntungan yang stabil dan pengurusan risiko kami yang mampan.
Kumpulan terus memainkan peranan yang aktif sebagai pengantara utama dalam sektor kewangan Malaysia dengan menyediakan penyelesaian kecairan, modal dan pengurusan risiko melalui pengembangan sumber dan tempoh pembiayaan bagi institusi-institusi kewangan. Nilai transaksi Pembelian dengan Rekursa (PWR) dalam tahun 2015 adalah RM6.1 bilion berbanding RM5.6 bilion dalam tahun 2014. Jumlah pinjaman dan pembiayaan belum jelas Kumpulan berjumlah RM35.5 juta setakat penghujung Disember 2015.
Cagamas merekodkan penerbitan sekuriti hutang yang lebih besar berjumlah RM7.1 bilion dalam tahun 2015 berbanding RM6.7 bilion dalam tahun 2014. Penerbitan dalam tahun 2015 adalah terdiri dari RM4.7 bilion bon konvensional dan RM2.4 bilion sukuk. 79% terbitan tahun 2015 atau RM5.6 bilion diterbitkan dalam negara manakala baki 21% atau RM5.1 bilion adalah dari sumber antarabangsa. Sekuriti pendapatan tetap Cagamas mencatatkan 7.1% dari jumlah sekuriti pendapatan tetap belum jelas dan 23% dari jumlah sekuriti pendapatan tetap bertaraf AAA di Malaysia. Terbitan kami juga telah mendapat beberapa anugerah pada tahun kajian termasuklah Anugerah Perintis Pasaran sebagai mengiktiraf Bon RMB Luar Pesisir CNH1.5 bilion (USD244 juta), merupakan bon RMB yang pertama di dunia oleh sebuah perbadanan gadai janji di RAM League Awards, dan Terbitan Terbaik Tahunan Korporat dan Anugerah Transaksi Sukuk Korporat Terbaik di Asset Triple A Islamic Finance Awards 2015.
DIVIDEN
Bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2015, Kumpulan mengisytiharkan dividen berjumlah 20 sen sesaham kepada pemegang-pemegang saham.
INISIATIF DI TAHUN 2015
Beberapa langkah telah diambil bagi menyokong pembangunan sumber manusia termasuklah pengurusan risiko yang lebih baik, meningkatkan kecekapan operasi dan penambahbaikan urustadbir korporat sepanjang tahun kajian. Kami telah mendaftarkan pengurusan dan eksekutif utama kami dalam program-program kepimpinan. Penambahbaikan kepada kesedaran dan budaya risiko kami telah dilaksanakan melalui pembabitan meluas kakitangan kami serta menggunapakai 13 prinsip urus tadbir risiko Bank Negara Malaysia. Kami juga meneruskan pelaksanaan rangkakerja ICAAP bagi mempertingkatkan kecekapan proses perancangan modal dan belanjawan kami. Kami juga telah memperkemas urus tadbir korporat kami melalui penggunaan Terma-Terma Rujukan dan Piagam Lembaga sebagaimana garispanduan BNM. Sebagai tambahan, kami juga telah memulakan projek Sistem Pengurusan Pinjaman bagi menguruskan proses-proses, pemantauan dan laporan bagi produk-produk utama kami termasuklah PWR, PWOR dan MGP. Sistem Pengurusan Pinjaman yang juga meliputi keperluan-keperluan pengurusan risiko akan menjadi tumpuan utama dalam usaha syarikat untuk meningkatkan kecekapan di masa hadapan.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201542
PENYATA PENGERUSI
Sebagai sebahagian dari tanggungjawab sosial, kami terus membantu golongan kurang bernasib baik melalui inisiatif tanggungjawab sosial korporat dan zakat kami. Ini termasuklah menyediakan bantuan banjir bagi pembinaan semula dan baik pulih rumah-rumah yang rosak akibat banjir serta menyediakan keperluan asas kepada mangsa banjir di awal tahun 2015. Di bawah inisiatif CSR, kami menaja penerbitan dua buah buku teks Islam bertajuk Evolusi dan Pembangunan Kewangan Islam di Malaysia yang akan diterbitkan oleh The International Centre for Education in Islamic Finance (INCIEF) dan edisi ke-2 Sistem Kewangan Islam: Prinsip dan operasi oleh International Shariah Research Academy (ISRA). Maklumat yang terkandung di dalam buku-buku ini pasti akan memajukan pembangunan sektor kewangan Islam.
TINJAUAN MASA HADAPAN
Prestasi ekonomi global di tahun 2016 dijangka akan kekal mencabar akibat penurunan risiko peralihan ekonomi China, pertumbuhan perlahan ekonomi AS dan pertumbuhan semula di zon Euro dan Jepun. Kesan negatif penurunan harga minyak juga telah meningkatkan risiko di masa akan hadapan. Pergolakan kewangan dan kelemahan/kelembapan ekonomi dijangka akan berterusan dengan kebimbangan terhadap risiko yang berpanjangan, perubahan ketara syarat-syarat kewangan global termasuklah perubahan dalam penarikbalikan aliran modal dan ketidaktentuan/turun naik matawang utama. Malaysia sebagai sebuah ekonomi membangun berasaskan dagangan yang tinggi, dijangka akan bergelut dengan halangan domestik dan antarabangsa. Pertumbuhan dijangka lebih perlahan di antara 4.0% dan 4.5% di tahun 2016.
Dalam menghadapi persekitaran yang sukar, kekukuhan modal dan kekuatan kapasiti Cagamas tahun demi tahun dalam menawarkan kepelbagaian penyelesaian kewangan kepada sistem perbankan telah meletakkan ia di kedudukan yang kukuh untuk meningkatkan pengantaraan oleh industri perbankan. Tambahan pula Cagamas kini sedang meneroka kelas pembiayaan semula aset baru termasuklah segmen infrastruktur dan pinjaman SME. Kami akan terus meningkatkan usaha untuk mempelbagaikan sumber pembiayaan dan mempromosikan rangkaian sekuriti kami yang lebih luas dalam pasaran modal. Dalam bidang kewangan Islam, kami akan berusaha untuk memperkenalkan lebih banyak struktur sukuk yang boleh diterimapakai di peringkat global bagi menarik minat lebih ramai pelabur antarabangsa.
Dalam usaha kami untuk mebantu rakyat Malaysia mendapat akses kepada pembiayaan perumahan yang kompetitif dan mampu milik, kami akan terus memainkan peranan aktif dalam menyokong program pemilikan rumah oleh Kerajaan seperti Skim Rumah Pertamaku, Skim Perumahan Belia, dan PR1MA. Cagamas akan kekal komited dalam melaksanakan hasrat agenda pembangunannya untuk Galakkan Pemilikan Perumahan Negara.
PENGHARGAAN
Bagi pihak Lembaga, saya ingin merakamkan penghargaan kami kepada para pemegang-pemegang saham di atas keyakinan dan sokongan berterusan yang diberi. Kami juga ingin merakamkan penghargaan kami kepada badan-badan kawalselia, terutamanya Kementerian Kewangan Malaysia, Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Sekuriti Malaysia dan Suruhanjaya Syarikat Malaysia di atas segala sokongan dan tunjuk ajar mereka.
Saya amat berbesar hati untuk mengucapkan Selamat Datang kepada 2 Ahli Lembaga Pengarah yang baru ke dalam Kumpulan, iaitu Datuk Azizan Haji Abdul Rahman dan Dato Lee Kok Kwan yang menyertai Lembaga pada 1 Jun 2015. Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada En. Mazrunisham bin Omar dan Y.M. Tengku Dato Zafrul bin Tengku Datuk Abdul Aziz atas sumbangan yang tidak ternilai kepada Lembaga semasa tempoh menjadi Pengarah Syarikat.
Akhir sekali, Lembaga ingin menyatakan penghargaan yang tidak terhingga kepada Pengurusan dan kakitangan Cagamas di atas dedikasi, komitmen dan sumbangan yang tidak ternilai kepada Kumpulan sepanjang tahun. Kesemua pencapaian Kumpulan tidak akan terlaksana tanpa usaha bersepadu semua.
Dato Ooi Sang KuangPengerusi
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 2015 43
Lembaga Pengarah Cagamas Holdings Berhad (Lembaga Pengarah) adalah komited untuk memastikan bahawa Syarikat dan anak-anak Syarikatnya (Kumpulan), mengamalkan piawaian tertinggi bagi urus tadbir korporat supaya urusan dilaksanakan dengan penuh integriti dan profesionalisme untuk melindungi prestasi kewangan Kumpulan ini dan meningkatkan nilai para pemegang syer. Untuk tujuan ini, Lembaga Pengarah menyokong penuh prinsip Kod Urus Tadbir Korporat Malaysia 2012 (Kod) dan akan berusaha untuk mengamalkan Kod ini bersama dengan Garispanduan Bank Negara Malaysia dalam Urus Tadbir Korporat bagi Institusi Berlesen sebagai prinsip panduan untuk memastikan bahawa piawaian tertinggi urus tadbir korporat diamalkan dalam Syarikat dan Kumpulan ini.
LEMBAGA PENGARAH
Komposisi dan Kebebasan Para Pengarah
Lembaga Pengarah dianggotai oleh tujuh (7) Pengarah Bukan Eksekutif yang terdiri daripada wakil Bank Negara Malaysia, Ketua-ketua Eksekutif dan Pegawai-pegawai Kanan institusi kewangan serta ahli profesional berpengalaman yang dicalonkan oleh Lembaga Pengarah.
Berdasarkan kepada kriteria Penyenaraian Pasaran Utama oleh Bursa Malaysia Securities Berhad, majoriti para Pengarah Cagamas Holdings Berhad adalah dianggap bebas kerana mereka bebas daripada pengurusan dan bebas daripada urusan perniagaan ataupun perhubungan lain yang boleh mengganggu pelaksanaan pertimbangan bebas atau kebolehan untuk bertindak bagi kepentingan terbaik bagi Syarikat. Para Pengarah tidak menyertai dalam urusan harian perniagaan Syarikat. Para Pengarah memberikan pandangan yang objektif dan bebas untuk pertimbangan Lembaga Pengarah.
Jawatankuasa Urus Tadbir Lembaga Pengarah Kumpulan (GBGC) dan Lembaga Pengarah selepas penilaian tahunan, telah merumuskan bahawa Pengarah Bebas Bukan Eksekutif terus menunjukkan tindakan dan perilaku yang mereka adalah bebas dan setiap daripada mereka secara berterusan memenuhi definisi bebas.
Kesemua Pengarah dalam Kumpulan, termasuk di peringkat anak syarikat, memiliki pengalaman yang meluas dan mendalam dalam makroekonomi, perbankan dan perkhidmatan kewangan, pasaran modal dan pengurusan institusi kewangan. Secara kolektif, para
Pengarah membawa bersama mereka kemahiran dan pengetahuan yang meluas dan pelbagai dalam bidang perbankan dan kewangan, pasaran modal, perakaunan, ekonomi, pengurusan risiko dan teknologi maklumat.
Tugas dan Tanggungjawab Jelas
Halatuju dan kawalan bagi Kumpulan terletak di bawah Lembaga Pengarah dan Lembaga Pengarah memegang tanggungjawab keseluruhan bagi urus tadbir korporat, halatuju strategik, selera risiko, formulasi polisi, memantau operasi Kumpulan dan tatacara dan prestasi bagi Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) dan Pengurusan Kanan. Lembaga Pengarah memastikan bahawa satu sistem yang sesuai diletak untuk mengenalpasti risiko-risiko ketara Kumpulan dan bahawa kawalan dalaman yang sesuai dilaksanakan untuk menguruskan risiko-risiko tersebut. Lembaga Pengarah juga dipertanggungjawabkan untuk memastikan kecukupan dan integriti sistem kawalan dalaman dan sistem pengurusan maklumat Kumpulan, termasuk pematuhan kepada undang-undang terpakai, syarat-syarat, peraturan, perintah dan garis panduan.
Lembaga Pengarah menyelia pelaksanaan dan prestasi perniagaan Kumpulan ini dengan menyemak dan meluluskan rancangan perniagaan strategik dan bajet tahunan Kumpulan ini. Petunjuk Prestasi Utama tahunan dan jangka sederhana bagi CEO dan Pengurusan Kanan Syarikat ini dibincang dan ditetapkan oleh Lembaga Pengarah. Kemaskini berkenaan operasi utama Kumpulan ini dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk semakan pada setiap mesyuarat Lembaga Pengarah. Selain itu, hal-hal penting yang dibentangkan kepada Lembaga Pengarah anak-anak Syarikat ini juga dibentangkan kepada Lembaga Pengarah untuk makluman atau pengesahan.
Lembaga Pengarah menentukan selera risiko keseluruhan untuk perniagaan Kumpulan. Urusan penyeliaan pengurusan risiko dalam Kumpulan ini dikendalikan oleh Jawatankuasa Risiko Lembaga Pengarah (BRC) Cagamas Berhad. BRC menyelia pembangunan strategi pengurusan risiko, polisi, proses dalaman yang kritikal dan sistem untuk menilai, mengukur, mengurus, memantau dan melaporkan pendedahan risiko dalam Kumpulan. BRC melapor terus kepada Lembaga Pengarah Cagamas Berhad yang kemudiannya, akan memaklumkan dan jika perlu, mendapat maklum balas daripada Lembaga Pengarah Cagamas Holdings Berhad tentang keputusan yang diambil berkaitan penilaian risiko dan hal-hal berkaitan risiko. BRC disokong oleh Jabatan Pengurusan Risiko dan Pematuhan (RMD) Cagamas Berhad yang bertanggungjawab untuk melaksanakan penilaian risiko dan penilaian terhadap operasi Cagamas Berhad dan anak-anak Syarikat yang lain. Ketua Pegawai Risiko melapor terus kepada BRC. RMD juga menyerahkan penilaian risiko kepada Lembaga Pengarah anak-anak Syarikat masing-masing.
CAGAMAS HOLDINGS BERHAD | LAPORAN TAHUNAN 201544
PENYATA URUS TADBIR KORPORAT
Pengerusi bagi Syarikat mengetuai Lembaga Pengarah dan memastikan bahawa ianya berfungsi secara berkesan dalam memenuhi kemampuan dan tanggungjawab. Sebagai syarikat pemegangan pelaburan, Cagamas Holdings Berhad tidak mempunyai Ketua Pegawai Eksekutif ataupun kakitangan lain. Namun begitu, operasi harian Kumpulan dilaksanakan oleh entiti operasi utama, iaitu Cagamas Berhad.
Di Cagamas Berhad, tersedia suatu pemisahan yang jelas bagi tugas dan tanggungjawab di antara Pengerusi dan CEO bagi Cagamas Berhad. Pengerusi menyediakan peranan kepimpinan kepada Lembaga Pengarah/Kumpulan dan memastikan bahawa Lembaga Pengarah berfungsi secara berkesan; beliau mengetuai perbincangan mengenai strategi, dasar, selera risiko dan pengendalian perniagaan secara keseluruhan bagi Kumpulan. CEO bagi Cagamas Berhad, mengetuai pihak Pengurusan Cagamas Berhad dan bertanggungjawab terhadap pelaksanaan strategi dan dasar berkenaan serta pengendalian urusan-urusan harian perniagaan Kumpulan ini.
Setiausaha Syarikat
Para Pengarah mempunyai akses tersedia dan tidak terbatas kepada nasihat dan perkhidmatan Setiausaha Syarikat untuk membolehkan mereka melaksanakan tugas dengan berkesan. Lembaga Pengarah sering dikemaskini dan dimaklumkan oleh Set iausaha Syar ikat dan Pegawai Pematuhan yang berpengalaman dan berpengetahuan mengenai undang-undang baru dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa kawal selia, serta implikasi kepada Kumpulan dan para Pengar