128

Click here to load reader

Student's Notes MS

Embed Size (px)

DESCRIPTION

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTAUTARNOTA PELAJAR PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133(PERINGKAT SIJIL DAN DIPLOMA)3 JAM KREDITPENSYARAH SEMESTER: EN. OGEY : JAN - MEI. 20111NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTAFALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan

Citation preview

Page 1: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

DETECKESabah Institute of Art

NOTA PELAJAR

PENGAJIAN MALAYSIA

MPW1133

(PERINGKAT SIJIL DAN DIPLOMA)

3 JAM KREDIT

PENSYARAH : EN. ABIN HJ.

ALPISA

SEMESTER : JAN - MEI. 2011

1

Page 2: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

FALSAFAH PENDIDIKAN NEGARA

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah

memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan

bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis

dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan

dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan

rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan,

berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai

kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian

dan kemakmuran masyarakat dan negara.

PENDAHULUAN

Akta Institusi Pendidikan Tinggi Swasta (IPTS) 1996 mewajibkan mata

pelajaran Pengajian Malaysia diajarkan kepada pelajar-pelajar

warganegara Malaysia di IPTS sebagai prasyarat bagi

penganugerahan apa-apa kelayakan akademik.

Dengan mengikuti mata pelajaran ini, semua graduan lepasan IPTS

akan didedahkan kepada pelbagai maklumat mengenai negara

Malaysia. Maklumat ini meliputi aspek persejarahan, sistem

pemerintahan dan perundangan, dasar-dasar penting negara, isu

pembangunan, isu kemasyarakatan dan isu-isu lain yang terkini.

Pengetahuan ini berguna kepada para graduan dalam aspek

pembinaan peribadi dan budaya Malaysia yang unik. Graduan yang

bakal keluar dari IPTS akan bukan sahaja berkemahiran dalam

2

Page 3: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

lapangan profesional tertentu tetapi kenal dengan diri sendiri,

masyarakat dan negaranya.

PERKARA HALAMAN

PENDAHULUAN 2

A. PENGENALAN MASYARAKAT MALAYSIA (8 JAM) 4

1. Masyarakat 2. Budaya 3. Hubungan Etnik di Malaysia

B. PROSES POLITIK (15 JAM) 26

1. Zaman Penjajahan 2. Perjuangan Kemerdekaan3. Pembentukan Malaysia 4. Perlembagaan Malaysia

C. JENTERA PENTADBIRAN (9 JAM) 62

1. Sistem Kabinet 2. Kementerian 3. Kerajaan Tempatan4. Suruhanjaya

3

ISI KANDUNGAN

Page 4: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

D. DASAR-DASAR KERAJAAN (10 JAM) 76

1. Dasar Ekonomi2. Dasar Sosial3. Dasar Politik

BAHAN RUJUKAN 87

BAB 1: PENGENALAN

MASYARAKAT MALAYSIA

DEFINISI

Masyarakat Kumpulan manusia yang tinggal menetap di sesebuah tempat /

kawasan / negara yang terdiri daripada pelbagai kaum dan kepercayaan

Masyarakat Majmuk Sekumpulan masyarakat yang terdiri daripada pelabagai etnik dan

mengamalkan adat resam dan budaya masing-masing tetapi dapat hidup dalam suasana yang rukun dan ramai ke arah membina negara maju

Kamus Dewan: (i) Masyarakat – kumpulan manusia yang menetap bersama-sama

di sesuatu tempat dengan mengikut aturan dan cara tertentu, dan masyarakat ini terdiri dari beberapa kaum atau bangsa

4

1. MASYARAKAT

Page 5: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Majmuk – terbentuk daripada beberapa bahagian yang merupakan kesatuan atau dalam konteks masyarakat terdiri daripada beberapa kumpulan etnik

Kesimpulannya, satu kumpulan manusia yang terdiri daripada pelbagai rumpun bangsa telah membentuk satu kesatuan, khususnya dalam aspek politik, sosial dan ekonomi di sesuatu tempat bagi membentuk satu kumpulan yang bersatu padu.

MASYARAKAT PELBAGAI KAUM DI MALAYSIA

Komposisi Dan Taburan Penduduk

Negara ini mempunyai masyarakat majmuk. Pada tahun 1997, dianggarkan penduduk di negara ini berjumlah 21 665 500 (20 196 600 orang warganegara dan 1 468 900 orang bukan warganegara). Daripada jumlah warganegara, 11.95 juta orang terdiri daripada kaum bumiputera, 5 445 100 orang kaum Cina, 1 541 700 orang kaum India dan 685 700 orang kaum-kaum yang lain. Dalam kumpulan kaum bumiputera, orang Melayu dianggar berjumlah lebih daripada 10 233 200 orang.

Pada awal Tahun 2011, jumlah penduduk Malaysia mencapai 27 juta orang.

1. Orang Melayu

Orang Melayu merupakan kaum yang terbesar di negara ini iaitu lebih daripada 10 juta orang. Orang Melayu diistilahkan sebagai kaum ‘bumiputera’ bersama-sama dengan penduduk pribumi yang lain. Dalam Perlembagaan, orang Melayu merujuk kepada orang yang bertutur bahasa Melayu, mengamalkan adat istiadat Melayu dan beragama Islam

Kriteria yang diberikan oleh Perlembagaan ini memberi implikasi bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi ‘Melayu’ asal sahaja memenuhi tiga kriteria tersebut. Sebab itu, apabila seseorang yang bukan Melayu memeluk Islam, seseorang itu dianggap secara automatik fasih berbahasa Melayu dan hidup seperti orang Melayu hasil daripada pergaulannya dengan orang Melayu

Tafsiran kebudayaan pula menganggap ‘Melayu’ itu sebagai merujuk secara mudahnya kepada satu rumpun bangsa yang memiliki ciri-ciri umum seperti berbudayakan budaya Melayu, berbahasa Melayu dan berketurunan ras Melayu. Dengan kata lain, orang Melayu itu merujuk kepada satu rumpun bangsa yang mempunyai pola-pola fizikal dan kebudayaan yang berbeza daripada bangsa yang lain

Kalau ditinjau dari sudut tafsiran ini orang Melayu tidak hanya terdapat di Malaysia sahaja tetapi juga berselerak di wilayah-wilayah yang menganjurdari Taiwan di utara hingga ke Kepulauan Pasifik di selatan dan dari Papua New Guinea di timur hingga ke Madagsacar di barat

Terdapat teori yang mengatakan orang Melayu sekarang adalah berketurunan orang Melayu-Deutro (Deutro-Malay) yang berhijrah

5

Page 6: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

dari Yunan di selatan China ke kawasan-kawasan di selatan Tanah Besar Asia, termasuk negara ini pada kira-kira tahun 1 500 S.M.

Teori ini bagaimanapun ditentang oleh sejarahwan-sejarahwan tempatan. Lasannya teori ini lebih berupakan andaian atau hipotesis yang tidak disokong oleh bukti yang kukuh. Alasan kedua, tinjauan pakar-pakar sejarah dan antroplogi di kawasan yang dikatakan tempat asal orang Melayu di selatan China itu (Yunan) tidak menemui apa-apa bukti yang boleh dihubungkan dengan orang Melayu. Dengan itu, orang Melayu adalah penduduk yang sudah lama mendiami negara ini

Terdapat juga penduduk Tanah Melayu yang berasal dari Indonesia

iaitu:

(i) Orang Jawa- Penghijrahan beramai-ramai akibat daripada dasar tranmigrasi

Belanda, iaitu perpindahan penduduk daripada Pulau Jawa- Kebanyakan mereka terdiri daripada pekerja di ladang-ladang

kopi, getah dan di kaawasan tanah yang baru dibuka.- Dianggarkan pada tahun 1930 terdapat 170 000 orang Jawa di

Singapura- Di Tanah Melayu, kebanyakan orang Jawa terdapat di Johor

(Muar, Batu Pahat dan Pontian), Selangor (Kelang, Kuala Selangor, Kuala Langat) dan Perak (Hilir Perak, Krian dan Parit Buntar)

(ii) Orang Banjar- Berasal dari daerah Banjarmasin, Kalimantan - Kebanyakan mereka melibatkan diri dalam perusahaan

tanaman padi- Pada tahun 1931, bilangan penduduk Banjar di Tanah Melayu

ialah 45 382 orang- Kebanyakan orang Banjar mendiami kawasan pinggir pantai

dan lembah-lembah sungai seperti di Kerian, Parit Buntar (Perak), Sabak Bernam (Selangor) dan Batu Pahat (Johor)

(iii) Orang Bugis- Berasal dari Pulau Sulawesi - Mereka merupakan golongan peniaga dan di Tanah Melayu

mereka ramai menetap di Perak, Selangor, Pahang dan Johor- Di Johor, kebanyakannya tinggal di kawasan Benut, Kukup dan

Rengit (daerah Batu Pahat), sementara di Selangor kebanyakannya terdapat di Lembah Langat

- Di Perak, mereka merupakan golongan pedagang

(iv) Orang Boyan- Berasal dari Pulau Boyan- Kebanyakan mereka berhijrah ke Singapura, Ipoh, Kuala

Lumpur, Johor Bahru dan Pulau Pinang- Mereka tertumpu di bandar-bandar besar kerana mereka

mempunyai keahlian dalam memelihara kuda lumba

(v) Orang Minangkabau

6

Page 7: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

- Berasal dari Sumatera- Di Tanah Melayu, tumpuan mereka adalah di Negeri Sembilan

dan Melaka- Dikenali sebagai pengamal Adat Perpatih- Kebanyakan mereka terlibat dalam perniagaan dan pertanian

Kebanyakan orang Melayu tinggal di kawasan luar bandar dan terlibat dalam kegiatan-kegiatan peaantry seperti pertanian sara diri, menangkap ikan dan kraf tangan yang dilakukan sejak turun-temurun lagi. Pada zaman penjajahan British, orang Melayu direncanakan melalui dasar-dasar British yang bersifat “pecah dan perintah” (divide and rule) untuk kekal mewarisi kegiatan ekonomi nenek-moyang merea. Walau bagaimanapun, melalui pelbagai dasar kerajaan selepas merdeka, sudah ramai orang Melayu yang terlibat dalam sektor yang lain

2. Orang Cina Orang Cina bertumpu ke negara ini sejak akhir abad ke-18 dan awal

abad ke-19 lagi. Pulau Pinang dan Singapura menjadi destinasi utama mereka apabila kedua-dua pulau itu dibuka oleh British pada tahun 1876 dan 1819. Walau bagaimanapun, orang Cina telahpun berada di negara ini sebagai peladang gambir dan lada hitam ketika Riau berada di bawah kekuasaan Johor. Mereka kemudiannya berpindah ke Singapura selepas dibuka oleh British

Hanya pada awal abad ke-19, saudagar Cina dan Eropah membawa masuk orang Cina setelah saudagar berkenaan mendapat konsensi untuk mengerjakan lombong daripada pemerintah tempatan, namun bilangan mereka tidak besar

Pada pertengahan abad ke-19, peladang gambir dan lada hitam yang tertumpu di Singapura mula memasuki Johor. Mereka diberi kawasan di sepanjang sungai oleh pemerintah Johor untuk membuka ladang. Contohnya, Temenggung Johor mengeluarkan Surat Sungai kepada seorang ketua (Kangchu) di satu-satu kawasan ladang gambir atau lada hitam yang disebut sebagai Kangkar

Di Perak pula, Long Jaafar yang menjadi pembesar Larut telah membawa masuk buruh Cina dari Negeri-negeri Selat (NNS) pada pertengahan abad ke-19 untuk mengerjakan lombong bijih timah di Larut

Gelombang kedatangan buruh Cina semakin hebat pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 sejajar dengan perkembangan dalam perlombongan bijih timah. Ini disebabkan suasana politik di Tanah Melayu agak stabil jika dibandingkan dengan suasana politik di China dab bencana alam seperti banjir dan kemarau panjang

Pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20, kebanyakan orang Cina tidak bercadang untuk menetap di Tanah Melayu. Oleh itu, kedatangan mereka pada tempoh ini tidak mempengaruhi komposisi bentuk penduduk negara kerana mereka masih bertaraf sebagai pendatang

Pada tahun 1930-an, timbul kecenderungan di kalangan buruh Cina untuk menetap di negara ini disebabkan suasana politik dan ekonomi di China. Tambahan pula, ramai imigran wanita Cina ke Tanah Melayu

7

Page 8: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

menyebabkan bermulanya tanda-tanda perubahan terhadap komposisi kependudukan di negara ini

Kedudukan orang Cina mula mendapat perakuan British apabila Malayan Union diperkenalkan pada tahun 1946 dan kemudian Tanah Melayu 1948. Sejak itu, orang Cina mula menjadi warganegara dan dengan ini komposisi sebenar penduduk negara ini berubah. Pada hari ini terdapat kira-kira 5 445 100 orang kaum Cina di negara ini dan merupakan kaum kedua terbesar

Bilangan orang Cina di Sabah adalah sedikit disebabkan tidak ada kegiatan perlombongan sebagai penarik kemasukan. Hanya sebilangan kecil daripada mereka dibawa masuk ke Sabah apabila ladang tembakau dibuka

Di Sarawak, bilangan orang Cina agak ramai berbanding di Sabah. Orang Cina memasuki Sarawak melalui Sambas, Pontianak, Indonesia. Pada awal abad ke-19, mereka melombong emas di Bau. Pada awal abad ke-20, ramai buruh Cina masuk ke Kuching dan terlibat dalam pertanian pasar

Sebahagian besar orang Cina di negara ini berasal dari wilayah Hokkien dan Kwangtung di selatan China. Mereka yang datang pada abad ke-19 adalah kaum buruh, berbeza daripada mereka yang datang sebelum abad ke-19 yang terdiri dariapda golongan pedagang

Kelompok Cina yang datang ke Tanah Melayu ialah:

(i) Hokkien- Terdiri daripada peniaga dan pelombong

(ii) Kantonis- Terdiri daripada pelombong dan tukang mahir (tukang kayu,

tukang kasut dan tukang besi)

(iii) Hakka- Terdiri daripada pelombong

(iv) Teochew- Terdiri daripada pekedai dan peladang yang membuka ladang-

ladang tebu di Province Wellesly dan Pulau Pinang dan ladang gambir dan lada hitam di Johor

(v) Hailam - Terdiri daripada pekedai makanan dan pembekal keperluan

domestik

Perayaan besar orang Cina ialah Tahun Baru Cina. Perayaan ini sering dikatakan sebagai perayaan kebudayaan atau perayaan adat, bukannya perayaan keagamaan. Namun pendapat ini tidak benar kerana dalam perayaan ini, ia melibatkan persembahan kepada dewa-dewa dan roh nenek-moyang. Kepercayaan kepada dewa-dewa (hero cult) dan roh nenek-moyang (ancestor cult) adalah satu bentuk agama namun dari sudut pandangan popular ia dikatakan sebagai adat

Cara Kemasukan

8

Page 9: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(i) Sistem Tiket KreditMelalui sistem ini, seorang ketua kampung (Kheh-thau) di China diupah untuk mengumpulkan imigran-imigran (Sinkheh) yang mahu datang ke Tanah Melayu. Semasa di pelabuhan, mereka akan diberi datu tiket yang menyatakan tentang pelabuhan destinasi dan taraf mereka sama ada bebas atau berhutang. Sinkheh ini akan diambil oleh broker kuli apabila sampai di pelabuhan destinasi dan kemudiannya broker ini membekalkan buruh-buruh ini kepada majikan dengan bayaran tertentu. Sistem tiket kredit ini diharamkan oleh British di Tanah Melayu pada 30 Jun 1914.

(ii) Sistem Pengambilan PersonalSistem ini dilakukan bagi menggantikan sistem tiket kredit yang diharamkan. Melalui sistem ini, majikan menghantar ejen, biasanya ketua buruh (Mandur) atau broker ke China untuk mendapatkan buruh. Buruh ini akan dibayar perbelanjaan tambang untuk datang ke Tanah Melayu bersama-sama wakil majikan itu.

(iii) Sistem Pengambilan Rumah KongsiMelalui sistem ini, pengambilan buruh diuruskan oleh seorang ejen di China untuk dibekalkan kepada sesebuah rumah kongsi di Tanah Melayu dengan bayaran tertentu. Segala perbelanjaan tambang dibiayai oleh ejen berkenaan. Apabila sampai di rumah kongsi di Tanah Melayu, majikan rumah kongsi pula akan membekalkan buruh-buruh ini kepada majikan dengan bayaran tertentu.

(iv) Secara Persendirian

Terdapat juga buruh-buruh Cina yang datang ke negara ini dengan bantuan rakan-rakan atau ahli keluarga yang sudah berhijrah ke Tanah Melayu

(v) Secara BerkumpulanSesetengah imigran datang secara berkumpulan dan membuka petempatan di sesuatu kawasan. Misalnya, orang Foochow yang datang ke Sarawak hasil daripada persetujuan yang dibuat di antara ketua orang Foochow dengan Charles Brooke. Di Tanah Melayu, orang Foochow membuka satu petempatan di Sitiawan, Perak.

Kedatangan buruh Cina secara berleluasa ke Tanah Melayu disekat oleh British berikutan penguatkuasaan undang-undang. Sekatan Imigresen 1930 ekoran kemelesetan ekonomi dunia. Kemelesetan ekonomi telah menyebabkan ramai buruh Cina menganggur. British mengehadkan kemasukan bulanan imigran Cina mulai Januari 1933. Sekatan ini dipertegaskan lagi dengan pengenalan Ordinan Orang Asing pada bulan Ogos 1933. Melalui ordinan ini, British mengehadkan kemasukan imigran Cina pada 1 000 orang setiap bulan

Orang asing dikenakan permit mendarat dengan bayaran $5.00 setiap orang. Permit hanya diberi kepada imigran yang sihat dan dapat

9

Page 10: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

bekerja. Namun kanak-kanak dan wanita dibenarkan masuk secara berleluasa. Ekoran sekatan itu, tambang kapal untuk mengangkut imigran menjadi mahal. Lama-kelamaan kemasukan menjadi semakin berkurangan dan seterusnya terhenti

3. Orang India

Golongan awal orang India yang datang ke negara ini dikesan sejak abad ke-19 lagi. Mereka datang ke Tanah Melayu sebagai pedagang dan ada yang dilantik sebagai “saudagar raja”. Bilangan mereka yang tidak begitu ramai tidak memberi kesan besar terhadap komposisi besar terhadap komposisi di negara ini

Selepas Perjanjian Inggeris-Belanda 1824, British membawa masuk orang India dari Bangkahulu (Bengkulen). Golongan ini merupakan orang tahanan dalam proses pertukaran tawanan ekoran daripada perjanjian tersebut. Mereka dibawa masuk untuk bekerja membina bangunan-bangunan pemerintah, jalan raya dan jambatan

Pada tahun 1940-an pula, British membawa satu lagi kumpulan buruh India untuk bekerja sebagai buruh ladang tebu di Seberang Perai (Province Wellesey). Oleh itu, sehingga pertengahan abad ke19 terdapat dua jenis golongan buruh India di negara ini iaitu buruh tawanan perang dan buruh ladang

Apabila ladang kopi dan the dibuka di Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan di Johor selepas campur tangan British pada 1874, British membawa masuk satu lagi kumpulan buruh India. Peladang-peladang Eropah sangat gemar mengambil buruh India kerana upahnya lebih murah dan tambahan pula, pada waktu itu pentadbiran British di India memudahkan proses pengambilan buruh untuk bekerja di Tanah Melayu

Etnik India yang berhijrah ke Tanah Melayu ini dapat dilihat dengan jelas melalui ringkasan yang berikut:

(i) Tamil Berasal dari Tamil Nadu Kumpulan etnik India yang terbesar di Tanah Melayu

(80.0%) daripada jumlah penduduk India di Tanah Melayu

Kebanyakannya bekerja di ladang-ladang getah dan kelapa sawit

Ada juga yang terlibat bekerja dalam sektor jabatan kerajaan

(ii) Malayali Berasal dari pantai Malabar Dikenali juga sebagai orang Malabari Merupakan 7.0% daripada jumlah penduduk India di

Tanah Melayu, yang terdiri daripada kelas pekerja dan kelas pertengahan

Kebanyakannya kelas pekerja bekerja di ladang dan kelas menengah bekerja di dalam perkhidmatan perkeranian dan profesional

Terkenal dengan kedai makanannya

10

Page 11: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(iii) Telegu Berasal dari Andhra Pradesh Merupakan 4.0% daripada jumlah penduduk India di

Tanah Melayu Kebanyakannya bekerja sebagai buruh di ladang-ladang

(iv) Sikh Berasal dari Punjab Kebanyakannya terlibat dalam pekerjaan perkhidmatan

polis dan keretapi, pengawal keselamatan dan penternak lembu. Dikatakan perkhidmatan kereta lembu orang Sikh berperanan penting dalam pengangkutan di kawasan lombong bijih timah

Berkhidmat dalam Malay Studies Guides yang ditubuhkan oleh British pada tahun 1896

Mulai tahun 1920-an terdapat ramai orang Sikh terlibat dalam bidang perniagaan dan profesional

Ini bermakna seperti orang Cina, orang India di negara ini bukanlah homogenous

Di Sabah dan Sarawak, tidak ramai orang India kerana tidak ada keperluan kepada buruh India. Jika adapun sekarang, mungkin disebabkan daripada penghijrahan kebelakangan ini

Orang India sanggup meninggalkan India dan berhijrah ke negara ini kerana beberapa sebab:

(i) Sistem KastaMengehadkan pergerakan kasta rendah (petani dan buruh) dalam bidang pekerjaan

(ii) Pertumbuhan PendudukLedakan pertumbuhan penduduk menyebabkan ramai daripada mereka hidup menderita akibat tidak mempunyai pekerjaan

(iii) Iklim dan CuacaBahan makanan tidak mencukupi disebabkab keadaan iklim dan cuaca yang tidak menentu. Kemarau yang berpanjangan juga turut menyebabkan kebuluran kerap berlaku

(iv) Cukai TanahKenaikan cukai tanah yang dikenakan oleh British membebankan petani dan golongan miskin

(v) Tekanan Polisi BritishPolisi British yang menekan sebarang bentuk industri yang menyaingi industrinya dalam bidang tekstil menyebabkan pengangguran berleluasa dan ini menambahkan lagi kesengsaraan golongan miskin

11

Page 12: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Keadaan ini menyebabkan golongan petani dan buruh berhijrah ke Tanah Melayu yang mempunyai kemajuan ekonomi yang pesat dan politik yang stabil

Cara Kedatangan

(i) Sistem Buruh KontrakMelalui sistem ini, buruh India dikehendaki bekerja dengan majikan selama tempoh satu hingga tiga tahun sebagai bayaran balik perbelanjaan tambang mereka ke Tanah Melayu. Biasanya majikan menghantar wakilnya ke India atau menggunakan khidmat syarikat pengambilan buruh dengan komisen tertentu. Sistem ini menimbulkan kesnegsaraan kepada buruh-buruh India kerana sering berlaku penindasan oleh pihak majikan, akhirnya British mengharamkan sistem ini pada tahun 1910

(ii) Sistem KanganiMelalui sistem ini, majikan menghantar Mandor (Kangani) ke India untuk mencari buruh ladang. Tambang buruh akan dibiayai oleh majikan dan buruh terikat dengan perjanjian untuk berkhidmat dengan majikan Kangani itu dalam tempoh tertentu sehingga hutang tambang dan sebagainya selesai dibayar balik. Buruh-buruh melalui sistem ini lebih sihat dan sasa berbanding dengan buruh melalui Sistem Buruh Kontrak. Pada tahun 1906, lessen untuk Kangani berbuat demikian dikeluarkan oleh Residen British tetapi mulai tahun 1907, lesen dikeluarkan oleh Pengerusi Jawatankuasa Imigresen India. Sistem ini mendapat sambutan yang menggalakkan

(iii) Kemasukan Buruh BebasSistem ini dilaksanakan pada peringkat awal pemerintahan British di Tanah Melayu. Melalui sistem ini, kemasukan buruh India ke negara ini bukan diatur oleh pihak tertentu, maka mereka bebas memilih tempat kerja mereka. Pada tahun 1809 sudah terdapat 1 000 orang buruh jenis ini di Pulau Pinang. Mulai tahun 1833 sehingga 1859, buruh jenis ini berkhidmat sebagai buruh kontrak untuk tempoh setahun di ladang-ladang. Mulai tahun 1859, kemasukan buruh jenis ini terbantut disebabkan tambang terlalu mahal ekoran daripada penguatkuasaan Undang-undang Penumpang yang dikenakan oleh British. Ini menyebabkan bilangan mereka sehingga 1935 terlalu kecil. Walau bagaimanapun, kedatangan buruh jenis ini telah meningkat semula dan membentuk 70% daripada jumlah semua buruh India yang datang ke Tanah Melayu. Di negara ini sekarang terdapat kira-kira 1.5 juta orang kaum India.

4. Orang Asli

Orang Asli juga merupakan penduduk pribumi di negara ini. Mereka diistilahkan sebagai bumiputera bersama-sama dengan orang Melayu dan kaum pribumi di Sabah dan Sarawak

12

Page 13: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Mereka terbahagi kepada tiga kumpulan besar berasaskan perbezaan etnolinguistik iaitu:

(i) Senoi Terdiri daripada suku Semar (Semai), temiar, Che Wong,

Jah-hut (Jahut), Semoq Beri dan Mah Meri Kebanyakannya terdapat di Perak, Pahang, selatan

Kelantan, pantai Terengganu dan pantai Selangor

(ii) Melayu Asli (Proto-Malay) Terdiri daripada suku Temuan, Semelai, Jakun, Orang

Kanaq, Orang Kuala dan Orang Seletar Terdapat di Selangor, Negeri Sembilan, bahagian tengah

dan pantai Pahang, Kota Tinggi dan bahagian pantai Johor

(iii) Semang (Negrito) Terdiri daripada suku Kensiu, Kintaq, Jahai, Lanoh, Bateq

dan Mendriq Terdapat di timur laut Kedah, bahagian utara, tengah dan

timur laut Perak, bahagian timur di timur laut Kedah, bahagian utara, tengah dan timur laut Perak

Kerajaan telahpun menyerap Orang Asli ke dalam pembangunan melalui penempatan semula, pendidikan dan kesihatan. Antara petempatan Orang Asli yang dibuka oleh kerajaan dengan segala kemudahan moden ialah di Gombak dan Bukit Lanjan (Selangor) dan Fort Langkap (Perak). Walau bagaimanapun, mereka lebih suka dengan cara hidup hutan dan enggan menyertai petempatan semula

5. Kaum-kaum Lain

Kaum-kaum lain yang terdapat di negara ini ialah Sikh, Pakistan, Siam, kemboja dan Eurasia

6. Pribumi Sarawak dan Sabah

Sarawak

Terdapat tiga kumpulan besar penduduk pribumi iaitu kumpulan tanah tinggi, kumpulan tanah rendah dan kumpulan pesisiran pantai

(i) Penduduk Tanah Tinggi(a) Orang Murut(b) Kelabit

Tertumpu di kawasan Sungai Baram dan Sungai Rejang

Perkampungan mereka yang terkenal ialah di Bario Masih ada yang tinggal di rumah panjang

(c) Penan Kebanyakannya hidup berpindah-randah Tinggal di hutan

13

Page 14: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Penduduk Tanah Rendah Beralun(a) Orang Iban (Dayak Laut)

Berasal dari Kalimantan (Sungai Kapuas) Merupakan suku kaum terbesar dan tinggal di kawasan

pedalaman seperti di Sungai Sekrang, Sungai Batang Lupar dan Sungai Rejang

(b) Bidayuh (Dayak Darat)(c) Kayan(d) Bisaya(e) Kenyah(f) Punan(g) Berawan

(iii) Penduduk Pesisiran Pantai(a) Orang Melayu

Berasal dari Sumatera Berada di Sarawak sejak kurun ke-15 Beragama Islam

(b) Melanau Kebanyakannya tinggal di Sugai Igan, Sungai Oya dan

Sungai mukah Beragama Islam Berlaku asimilasi dengan orang Melayu dan banyak

mengamalkan budaya Melayu

(c) Kedayan

Setiap etnik terdiri daripada kumpulan-kumpulan kecil mengikut kawasan. Misalnya, orang Iban terdiri daripada orang Iban Undup, orang Iban Skrang, orang Iban Batang Ai, orang Iban Sambas dan orang Iban Sebuyau

Sabah

(i) Kadazan Kaum yang terbesar bilangannya Juga dikenali sebagai orang Dusun Berasal dari Kalimantan dan kebanyakannya tinggal di

kawasan pedalaman Tertumpu di lembah Ranau dan lembah Tambunan

(ii) Bajau Kaum yang berasal dari Pulau Mindanao dan Sulu Dikenali sebagai orang laut dan orang Sama Tertumpu di kawasan Semporna, Kota Belud dan Pulau

Timbang di teluk Sandakan

(iii) Murut Kebanyakannya tinggal di kawasan pedalaman seperti di

Tenom, Rundu dan Pensiangan

14

Page 15: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Terdapat juga di kalangan mereka yang masih tinggal di rumah panjang dan sering hidup berpindah

(iv) Sulu Berasal dari Kepulauan Sulu dan sekarang tertumpu di

Sungai Sugut Beragama Islam

(v) Brunei Berasal dari Brunei dan sekarang tertumpu di Beaufort,

Kimanis dan Papar Beragama Islam

Majoriti penduduknya ialah orang Kadazan dan juga Bajau

Secara ringkasnya, komposisi kaum dan suku kaum penduduk Malaysia dapat dilihat dalam rajah di bawah.

Komposisi Kaum dan Suku Kaum Penduduk Malaysia

Semenanjung Malaysia Sabah SarawakMelayu Cina India Orang Asli Kadazan

Dusun Bajau Murut Bisaya Kadayan Orang

Sungai Suang Laut Brunei

Bidayuh Bisaya Iban Kayan Kedayan Kelabit Kenyah Melanau Melayu Murut Penan Punan

Banjar Boyan Bugis Jawa Kampar Kerinci Mendali

ng Rawa Johor-

Riau

Hokien Chuan-

chew Chin-chew Eng-hua Eng-choon Hok-chew

Kwangtung Kanton Teochew Hakka Hailam

Malayali

Punjabi Selon Tamil Telegu

Negrito Senoi Melayu

Asli

CIRI-CIRI MASYARAKAT MAJMUK

1. Agama dan Kepercayaan Orang Melayu beragama Islam, orang Cina menganuti agama Buddha,

Confucianisme dan Taoisme sementara kebanyakan orang India menganuti agama Hindu. Tiap-tiap bangsa cuba mengekalkan agama

15

Page 16: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

dan kepercayaan mereka sendiri. Hasilnya, lahir satu kebudayaan yang pelbagai lagi unik di negara kita

2. Bahasa Ketiga-tiga kaum utama bertutur dalam bahasa ibunda yang

berlainan. Kaum bumiputera di Tanah Melayu bertutur dalam bahasa Melayu dan dalam pelbagai loghat di Sabah dan Sarawak. Orang Cina bertutur dalam pelbagai loghat seperti Hokkien dan Kantonis yang bersabit dengan tempat asal mereka di negara China. Kebanyakan orang India bertutur dalam bahasa Tamil dan sebilangan kecil menggunakan bahasa Telegu dan Malayalam.

3. Ekonomi Setiap kaum dikaitkan dengan kegiatan yang tertentu. Orang Melayu

terlibat dalam bidang pertanian dan penangkapan ikan. Orang Cina bergiat dalam bidang perlombongan dan perdagangan. Orang India dikaitkan dengan perladangan getah. Taraf hidup masyarakat majmuk juga berbeza mengikut jenis pekerjaannya.

4. Tempat Tinggal Kegiatan ekonomi di kalangan masyarakat Malaysia menyebabkan

terpisahnya tempat-tempat kediaman. Kaum Melayu biasanya tinggal di kampung-kampung yang berhampiran dengan kawasan pertanian dan kawasan pinggir pantai. Mereka adalah penduduk luar Bandar. Kaum Cina tinggal di kawasan perlombongan dan di bandar-bandar yang menjadi pusat perniagaan. Kaum India tinggal di tengah-tengah ladang getah atau kelapa sawit.

FAKTOR-FAKTOR KEWUJUDAN MASYARAKAT MAJMUK

1. Dasar British Dasar Pecah dan Perintah oleh Kerajaan British telah memburukkan

lagi masalah perpaduan. Jarak sosial serta segregasi antara kumpulan-kumpulan etnik seolah-olah sengaja diwujudkan dan dikekalkan oleh British demi kepentingan dan keselamatan sendiri. Tujuan British yang utama ialah untuk mengekploitasi kekayaan semula jadi Tanah Melayu; perpaduan negara tidak pernah dititikberatkan. Bagi mencapai tujuan ini, Kerajaan British telah dengan sengaja menetapkan status dan peranan yang berlainan bagi kaum-kaum Melayu, Cina dan India. Sebagai contoh, golongan bangsawan Melayu diberikan jawatan yang lumayan dalam perkhidmatan awam, sementara orang Melayu kebanyakan digalakkan supaya terus menetap di kawasan luar bandar. Orang Cina pula digalakkan tinggal di lombong-lombong dan di Bandar-bandar manakala orang India di estet-estet. Interaksi antara kaum adalah terhad kepada pergaulan di pejabat dan pasar semasa jual-beli. Ini

16

Page 17: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

telah melahirkan sikap prasangka dan memperkukuhkan keperibadian etnik

Dasar Pecah dan Perintah (Divide and Rule) yang diamalkan oleh British meluaskan lagi jurang perbezaan antara ketiga-tiga kaum di Tanah Melayu. Pihak British tidak cuba mengurangkan perbezaan yang telah wujud dari segi lokasi tempat tinggal, jenis pekerjaan dan sebagainya di kalangan masyarakat majmuk di negara kita. Sebaliknya, pihak British mentadbir tiap-tiap kaum secara berasingan. Sistem tradisional dikekalkan dan hak-hak istimewa orang Melayu dilindungi dan pihak British tidak cuba mengubah cara hidup orang Melayu. Pihak British memberi layanan istimewa kepada orang Melayu kerana mereka dianggap sebagai penduduk bumiputera manakala orang Cina dan India dianggap sebagai imigran. Undang-undang diluluskan untuk melindungi dan mengasingkan penduduk bumiputera daripada orang bukan Melayu seperti Enakmen Tanah Simpanan 1913.

2. Sistem Pendidikan Berasingan Perkembangan pendidikan awal di Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak

mewujudkan pengasingan kaum. Pendidikan yang disediakan oleh kerajaan adalah untuk memenuhi keperluan kaum masing-masing. Setiap bangsa menggunakan bahasa dan kurikulumnya sendiri. Di kawasan luar bandar, kanak-kanak Melayu mendapat pendidikan yang paling asas iaitu mereka diajar membaca, menulis, mengira dan mengaji al-Quran. Di kawasan Bandar, kebanyakan sekolah yang didirikan adalah sekolah Inggeris yang menggunakan bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar dan kurikulumnya berasaskan Britain. Kebanyakan British tidak memandang berat terhadap pendidikan orang Cina dan India. Sekolah Cina dibina dan dibiayai oleh masyarakat Cina sendiri. Sekolah ini pada awalnya menggunakan pelbagai dialek sehingga bahasa Mandarin dijadikan bahasa pengantar pada awal tahun 1920-an. Pendidikan Tamil terhad pada peringkat sekolah rendah sahaja. Keseluruhannya, sistem pendidikan Inggeris, Cina dan Tamil yang berorientasikan sistem pendidikan negara asal masing-masing meluaskan dan mewujudkan jurang perbezaan antara kaum di Tanah Melayu.

3. Perbezaan Perasaan Nasionalisme Kerajaan British tidak cuba memupuk semangat nasionalisme di

kalangan penduduk yang berbilang bangsa. Tiap-tiap kaum mempunyai aspirasi politik masing-masing. Kaum Cina cenderung ke arah perkembangan politik di China sebagai negara asal. Kaum India pula cenderung ke arah perkembangan politik di India.

PERUBAHAN

17

Page 18: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

1. Pertambahan Bilangan Penduduk Penghijrahan masuk kaum imigran Cina dan India menambahkan

bilangan penduduk di Tanah Melayu. Jumlah penduduk bertambah daripada kira-kira 1.2 juta orang pada tahun 1901 kepada kira-kira 5.5 juta orang pada tahun 1941. Menjelang tahun 1957, penduduk Cina membentuk 37.1% dan penduduk India membentuk 11% daripada jumlah penduduk di Tanah Melayu.

2. Perkembangan Perusahaan Bijih Timah dan Getah Penghijrahan masuk orang Cina secara beramai-ramai mengakibatkan

perkembangan bijih timah. Orang Cina bukan sahaja membekalkan buruh murah untuk melombong bijih timah tetapi juga menjadi pengusaha dengan membuka lombong-lombong baru dan memperkenalkan kaedah-kaedah melombong yang moden seperti pam kelikir dan hidrol. Menjelang penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, orang Cina menguasai perusahaan bijih timah. Buruh India Selatan memainkan peranan penting dalam perusahaan getah. Mereka membekalkan tenaga buruh yang murah untuk membolehkan pengusaha Eropah membuka ladang-ladang getah yang besar. Akibat penghijrahan masuk orang Cina dan India, Tanah Melayu menjadi pengeluar bijih timah dan getah yang terbesar di dunia pada awal abad ke-20.

3. Proses Urbanisasi Kemasukan orang Cina dan India serta penglibatan mereka dalam

perkembangan perusahaan bijih timah dan getah mempercepatkan proses urbanisasi. Tanah-tanah baru dibuka bagi perlombongan bijih timah dan penanaman getah. Orang Cina memainkan peranan penting dalam memajukan bandar-bandar baru terutamanya di kawasan perlombongan bijih timah seperti Taiping, Ipoh, Kuala Lumpur dan Seremban. Orang India bertanggungjawab membina bandar-bandar baru di sekitar kawasan ladang getah serta membina bangunan-bangunan awam. Kemudahan infrastruktur seperti hospital dan sekolah bertambah di bandar-bandar.

4. Sistem Perhubungan Sistem pengangkutan dan perhubungan maju dengan pesat akibat

penghijrahan orang-orang Cina dan India. Buruh India menyumbangkan tenaga buruh untuk membina jalan keretapi dan jalan raya. Jalan keretapi dan jalan raya dibina untuk menghubungkan kawasan perlombongan bijih timah dan ladang getah dengan Bandar-bandar dan pelabuhan-pelabuhan. Contohnya, landasan keretapi telah menghubungkan bandar Taiping dengan Pelabuhan Weld. Menjelang kemerdekaan, seluruh Tanah Melayu dihubungkan dengan sistem jalan raya yang moden.

18

Page 19: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

DEFINISI

Cara hidup, idea dan adat serta seni yang dihasilkan boleh sesuatu masyarakat

CIRI-CIRI

1. Pakaian Masyarakat Melayu memakai baju kurung, kebaya dan Kedah (wanita)

dan baju Melayu dan Selangor (lelaki) Masyarakat Cina memakai cheongsam (wanita dan lelaki) Masyarakat India memakai sari (wanita) dan dhoti (lelaki)

2. Makanan Masyarakat Melayu terkenal dengan masakan seperti rendang,

lemang, ketupat dan sebagainya Masyarakat Cina terkenal dengan masakan yang menggunakan herba

seperti sup, stim ataupun goreng Masyarakat India terkenal dengan masakan yang menggunakan

rempah-ratus seperti kari

3. Minuman Masyarakat Melayu terkenal dengan Teh Tarik Masyarakat Cina terkenal dengan teh cina (Chinese tea) Masyarakat India dengan todi – nira kelapa

4. Menyambut Kelahiran

Masyarakat Melayu

(i) Sewaktu Menggandung Upacara Melenggang Perut (Kirim Perut) dilakukan kepada

wanita yang mengandung anak sulung ketika kandungan berusia dalam lingkungan tujuh atau lapan bulan. Ia dijalankan oleh seorang bidan bertujuan untuk membuang geruh/kecelakaan dan membetulkan kedudukan bayi dalam perut

(ii) Sewaktu Bersalin Selepas bayi lahir (9 bulan 10 hari), bidan akan

menyambutnya dengan jampi dan serapah lalu disemburkan dengan daun sirih. Selepas bayi dibersihkan, tali pusat akan

19

2. BUDAYA

Page 20: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

dipotong dengan menggunakan sembilu buluh atau cincin emas dan dialas di atas sekeping wang perak satu ringgit. Baki tali pusat di perut bayi akan dibubuh dengan kunyit dan kapur lalu dibungkus dengan daun sirih yang telah dilayukan di atas bara api sehingga tali pusat itu tanggal sendiri

Kelazimannya bayi lelaki akan diazankan di kedua-dua belah telinganya manakala bayi perempuan akan diqamatkan oleh datuk/ayah si bayi.

Upacara membelah mulut dimulakan dengan membacakan surah Al-Fatihah dan surah Al-Ikhlas diikuti dengan mencecap atau merasakan sedikit air madu/kurma ataupun emas dicelupkan ke dalam air pinang pada mulut yang baru lahir

Wanita yang telah bersalin mesti menjalani masa berpantang selama 44 – 100 hari dan mereka tidak dibenarkan memakan sebarang makanan seperti udang, kerang, ketam dan ikan (pari, keli, sembilang, baung). Mereka akan diberi makan ubat-ubat tradisi dan bertungku serta memakai bengkung.

(iii) Selepas Lahir Lazimnya, bayi yang baru lahir akan tanggal pusatnya dalam

tempoh seminggu dan adat cuci lantai diadaikan. Ia juga dikenali sebagai adat naik buai. Kenduri doa selamat dimulakan apabila bidan memulakan jampi serapahnya dengan memegang ayam dengan mengais-ngaiskan kaki ayam ke atas lantai tempat wanita bersalin.

Bayi akan diberikan nama menurut ajaran Islam seperti nama para nabi, isteri dan anak-anak nabi yang terpilih

Adat Cukur Rambut/ Potong Jambul dilakukan pada hari ketujuh selepas dilahirkan. Semasa adat ini dijalankan, sesiapa yang berkemampuan disunatkan menyembelih ternakan seperti kambing, lembu atau kerbau. Ia sebagai tanda permulaan kebajikan dan kebaikan bagi pihak bayu tersebut.

Adat Naik Buai dilakukan secara meriah dalam masyarakat Melayu hari ini. Ia dimulakan dengan bacaan salawat. Alunan nazam dan marhaban berlangsung apabila bayi tersebut diletakkan ke dalam buaian. Bagi tempat lain, adat ini juga dikenali sebagai adat pijak tanah.

Adat Bersunat/Berkhatan dilakukan ketika masih kecil (perempuan) oleh bidan dan dalam lingkungan 8 hingga 12 tahun (lelaki) oleh Tok Mudim. Ia adalah wajib kerana Islam meitikberatkan kesucian lahir dan batin

Masyarakat Cina

(i) Sewaktu Mengandung Pelbagai bentuk adat resam dan pantang larang yang

diamalkan oleh wanita semasa mengandung dan juga

20

Page 21: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

selepas bersalin untuk memastikan bayi yang bakal lahir itu tidak ditimpa kejadian buruk seperti keguguran, kecacatan dan kematian

Contohnya, tidak melakukan kerja-kerja seperti memaku, mengeluarkan kata-kata kesat dan memukul binatang, mengelakkan sebarang konflik, memberi nama kepada bayi dalam kandungan, kerap menggosok perut, memakan makanan yang ‘tajam’ (nanas dan mangga) ataupun makan terlalu banyak

(ii) Selepas Lahir Berpantang selama 40 hari, tidak dibenarkan mandi air

sejuk, melilitkan kain pada perut bayi, memakan masakan panas dan pedas (arak digoreng bersama ayam, halia dan lada)

Mengadakan kenduri apabila umur bayi mencapai umur sebulan dengan memberikan kuih khas (berbentuk bulat berwarna merah dan kuning yang berintikan kacang dan ‘tau su’ serta telur yang diwarnai merah) kepada saudara-mara terdekat. Mereka yang mendapat kuih dan telur ini akan membalasnya dengan membawa hadiah berupa pakaian bayi dan pati ayam untuk ibu-ibu

Mencukur rambut bayi yang dianggap rambut sementara dan sebagai satu pengiktirafan terhadap kelahiran orang baru ke dalam masyarakat

Memberikan nama yang terdiri daripada 3 perkataan – pertama, nama keluarga, kedua – mewakili nama segenerasi di kalangan adik-beradik dan ketiga – nama panggilan diri sendiri. Nama yang baik perlu mengambil kira makna unsur Yin dan Yang

Masyarakat India

(i) Sewaktu Mengandung Adat Va;aikaapu dilakukan ketika kandungan sulung wanita

hamil menjangkau usi tujuh hingga sembilan bulan dengan memakaikan gelang tangan baru Suulkaapu untuk melindungi bayi daripada kesukaran semasa bersalin. Ia diadalan pada hari dan masa yang baik menurut kalendar Hindu

(ii) Semasa Bersalin Waktu kelahiran penting dan perlu dicatat dengan tepat

bagi menentukan bintang bayi mengikut almanak Hindu, yang akan menentukan mental, fizikal dan rohani bayi sehingga dewasa

Sebaik sahaja bayi dilahirkan, sami/sesiapa yang berpengetahuan tinggi mengenai agama Hindu akan membisikkan Gayatri Mantiram sebelum tali pusat dipotong. Ia bertujuan untuk membawa rahmat kepada bayi tersebut

21

Page 22: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Tali pusat yang dipotong akan ditanam bersama uri dan tembuni di sekitar kawasan rumah bersama dengan duit tembaga, kunyit, garam dan pinang.

Bayi yang baru dilahirkan akan disapu madu bercampur dengan minyak sapi pada lidahnya. Air gula dan minyak savvennai (campuran minyak bijan, minyak lenga dan mambu) boleh digunakan. Penggunaan minyak dipercayai membaawa kecantikan manakala madu dapat melembutkan lidah bayi dan memudahkannya bertutur.

(iii) Selepas Kelahiran

Bayi yang dilahirkan di hospital akan dibawa pulang ke rumah pada hari ketiga, kelima, ketujuh iaitu pada bilangan yang ganjil. Sebelum bayi dibawa masuk ke rumah, upacara aalati dilakukan untuk mengelakkan bala atau sebarang malapetaka daripada berlaku

Ibu yang bersalin secara pembedahan tidak dibenarkan mandi selama dua minggu atas sebab kesihatan fizikal yang lemah. Bagi yang bersalin secara normal, si ibu akan mandi selang sehari selepas bersalin dengan menggunakan herba dan dedaun seperti aadatoodai dididihkan bersama air. Rambut akan dikeringkan dengan segera menggunakan asap kemenyan untuk mengelakkan sakit kepala, selsema.

Upacara mendodoi taalaattu (penggoyangan lidah) diadakan bertujuan menjadikan bayi serang yang berguna

Sebaik bayi berusia enam belas hari, upacara pemberian nama diadakan dengan memasukkan bayi ke dalam buaian dan dikendalikan oleh ahli keluarga yang tertua yang arif tentang agama dan perkara yang berkaitan dengan dewa-dewa. Nama yang dipilih lazimnya berdasarkan almanak mengikut tarikh kelahiran bayi seperti tokoh sejarahwan dan nenek-moyang

5. Perkahwinan Masyarakat Melayu

(i) Merisik Meninjau dan memastikan gadis yang dihajati masih belum

berpunya di samping menyelidik latar belakang si gadis berkaitan kemahiran rumahtangga, adab sopan, tingkah laku, paras rupa dan pengetahuan agamanya

(ii) Meminang Urusan peminangan dilakukan oleh kaum keluarga terdekat

pihak lelaki untuk menyatakan tujuan sebenar mereka secara rasmi. Rundingan tarikh dan masa yang sesuai dan juga berkenaan dengan hantaran dan jumlah rombongan yang akan datang dilakukan

(iii) Bertunang

22

Page 23: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Majlis kenduri diadakan sempena dengan hari pertunangan diadakan di rumah pihak perenpuan. Hantaran berupa tepak sirih/sirih junjung sebagai bingkisan utama, sebentuk cincin, bunga rampai, buah-buahan, kuih-muh, pakaian dan lain-lain digubah dan diberikan kepada pihak perempuan

(iv) Akad Nikah Akad nikah dilakukan di masjid, di pejabat kadi atau di

rumah pengantin perempuan dan akan dijalankan oleh tok kadi atau imam. Bapa pengantin prempuan perlu menjadi wali untuk menikahkan anaknya ataupun boleh juga mewakilkannya kepada tok kadi atau imam

(v) Adat Berinai Dilakukan secara berperingkat: berinai curi, berinai kecil,

berinai besar. Ia melibatkan kedua-dua pengantin

(vi) Majlis Perkahwinan Persiapan dijalankan termasuklah mendirikan bangsal

penanggah, khemah tetamu, pelamin, bilik pengantin dan menyediakan bunga telur. Pengantin akan bersanding dan mereka digelar sebagai raja sehari.

Masyarakat Cina

(i) Merisik Adat merisik dijalankan untuk mengetahui latar belakang

gadis yang dihajati terutama dari segi nama, keturunan, peribadi, watak dan tingkah laku. Perbincangan diadakan di restoran untuk mengeratkan perhubungan di antara kedua belah keluarga

(ii) Meminang Wakil dihantar untuk meminang si gadis bagi

membincangkan perkara-perkara yang berkaitan dengan perkahwinan termasuklah jumlah mas kahwin, peruntukan meja dalam jamuan makan dan hari yang paling sesuai. Pihak lelaki tidak akan tawar-menawar kerana bimbang akan menjatuhkan maruah

(iii) Bertunang Hari pertunangan dilakukan berdasarkan kalendar Cina dan

ia hendaklah bersesuaian dengan bintang kelahiran kedua pasangan tersebut. Hantaran dan mas kahwin lazimnya diberi semasa upacara bertukar cincin perkahwinan

(iv) Majlis perkahwinan Majlis akan dilangsungkan setelah setahun bertunang atau

mengikut tempoh yang dipersetujui oleh kedua belah pihak tetapi akan ditangguhkan jika berlaku kematian di kalangan ahli keluarga bakal pengantin. Semasa hari perkahwinan,

23

Page 24: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

pengantin lelaki dan perempuan akan dihias indah dengan warna putih, merah atau kuning dan mengadakan upacara menuang teh Cina kepada keluarga bagi kedua belah pengantin. Selepas itu, jamuan makan akan diadakan secara besar-besaran di rumah, dewan atau restoran.

Masyarakat India

(i) Merisik Menggunakan tirumana taraga (orang tengah) untuk

merisik dari aspek faktor etnik, subetnik, kasta dan agama serta melihat status dari segi ekonomi dan sosial

(ii) Kunjungan ke Rumah Pengantin

Bakal pengantin lelaki mengujungi bakal pengantin perempuan untuk melihat sendiri rupa dan perawakan calon isterinya. Adat ini dikenali sebagai pen paarttal (melihat bakal isteri)

(iii) Ikat Janji Niccayam (ikat janji) dilakukan selepas mendapat

persetujuan kedua-dua belah pihak. Wakil lelaki akan datang ke rumah pihak perempuan dalam jumlah bilangan yang ganjil dengan membawa beberapa barangan – kelapa, bunga-bungaan, sirih pinang, buah-buahan, cendana dan kumkum untuk diberikan kepada wakil perempuan

(iv) Parisam Parisam adalah pemberian hadiah yang dijalankan lebih

awal daripada hari perkahwinan. Ia seumpama majlis pertunangan

(v) Sebelum Majlis Perkahwinan Kad jemputan dibuat berdasarkan almanak Hindu dan

disapu dengan serbuk kunyit cair sebagai lambang keharmonian. Upacara ini dinamakan paanam paaku

Thali atau tjirumaangalyam disediakan untuk dikalungkan pada leher kedua-dua pengantin

Adat mukuurtta kaal dilakukan lima hari sebelum hari perkahwinan berlangsung. Sebatang pokok yang masih muda dan lurus ditebang untuk dijadikan mukurtta kaal bagi menandakan perkahwinan akan dilangsungkan di rumah tersebut.

(vi) Selepas Majlis Perkahwinan Pengantin perempuan dikehendaki pergi ke rumah

pengantin lelaki bagi menghormati suami selepas mereka disahkan sebagai pasangan suami isteri dan sebaliknya. Ibubapa mertua akan menghormati pasangan pengantin dengan mengadakan jamuan

24

Page 25: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

6. Kematian Masyarakat Melayu

(i) Semasa Kematian Mayat perlu dimuliakan dan dihormati daripada jasad yang

hidup. Dalam masyarakat Melayu, jenazah mesti dimandikan dan kemudiannya membalut badan dengan kain putih iaitu tiga lapis (lelaki) dan lima lapis berserta telekung (wanita). Mayat dibaringkan di ruang tengah rumah dan kepalanya dihadapkan ke arah kiblat. Orang ramai yang menziarahi akan menyedekahkan ayat-ayat suci al-Quran.

Waris si mati akan memberi ucapan ringkas dan memohon ampun dan maaf bagi pihak si mati dan meminta supaya mana-mana hutang dihalalkan ataupun menuntutnya daripada waris si mati

(ii) Semasa Pengkebumian Hanya kaum lelaki digalakkan menghantar jenazah ke kubur

kerana dikhuatiri kaum wanita akan meratapi kematian. Sebelum ditimbus, Siak/sesiapa akan turun ke dalam kubur untuk membuka papan tutup keranda dan mengerengkan mayat serta membukakan ikatan di kepala di samping menyendalnya dengan tanah yang telah dikepal-kepal dan selepas diazankan di telinganya.

Ucapan talkin akan diadakan oleh tok imam dan selepas itu air akan disiram di atas kubur si mati dari bahagian kepala hingga sampai ke bahagian kaki hingga habis. Kemudian bunga rampai ditaburkan.

(iii) Selepas Pengkebumian Kenduri arwah dan doa selamat akan diadakan oleh

keluarga si mati selepas jenazah selamat dikebumikan pada hari pertama, ketiga, ketujuh, ke-40 atau ke-100 bagi mendoakan kesejahteraan si mati di alam barzakh

Masyarakat Cina(i) Semasa Kematian

Mayat dibersihkan, dimandikan dan disapu dengan minyak wangi dan disolek serta dipakaikan dengan pakaian yang dipakainya semasa hari perkahwinannya sebagai tanda penghormatan terakhir kepada si mati. Kemudian mayat dimasukkan ke dalam keranda yang diperbuat daripada kayu yang diukir menarik. Bagi yang kaya, keranda diukir dengan bersalutkan logam untuk menunjukkan kedudukan seseorang dalam hayatnya. Semua ahli keluarga, saudara-mara dan sahabat-handai dikehendaki menangis dengan kuat untuk meratapi pemergian di mati di samping menyelitkan kata-kata yang menunjukkan si mati telah membuat jasa. Sesiapa yang menghadiri upacara ini mestilah memakai pakaian yang berwarna gelap.

25

Page 26: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Semasa Pengkebumian Mayat akan dimasukkan ke dalam liang lahad yang sedia

digali dan lubang tersebut mestilah besar untuk memuatkan keranda dan segala harta milik si mati di samping menunjukkan darjat si mati semasa hayatnya. Selain itu, kedudukan kubur juga memainkan peranan penting kerana ia menjadi lambang kebahagian yang bakal dikecapi oleh seseorang yang telah meninggal dunia seperti kubur itu terletak di kawasan yang tinggi.

(iii) Selepas Upacara Pengkebumian Ahli keluarga akan menjalani adat berkabung dengan

memakai baju hitam sehingga tamat tempoh berkabung. Bagi si isteri / suami yang kematian suami / isteri akan terus memakai baju tersebut lebih lama sebagai tanda berkabung

Masyarakat India

(i) Semasa Kematian Mayat dimandikan terlebih dahulu dan dibaringkan di

atas katil di ruang tamu atau halaman rumah. Air yang digunakan diperolehi dari sungai, perigi atau sumber lain kecuali air paip yang dibawa oleh ahli kaum lelaki yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan si mati.

Adat Thaali Vaangutal dilakukan bagi menanggalkan thali semasa berlakunya kematian dalam sesebuah keluarga

Setelah dimandikan dan dihias cantik, mayat akan dimasukkan ke dalam keranda bersama-sama dengan kapur barus. Sedikit makanan akan dimasukkan ke dalam mulut mayat sebagai tanda pemberian terakhir vaaikkarisi

Kollic catti (anak) mencukur rambut untuk menunjukkan bahawa mereka akan hidup dengan lebih bahagia seperti rambut yang baru tumbuh

(ii) Semasa Pengkebumian Keranda diletakkan bersebelahan dengan kubur bagi

mayat dikebumikan atau diletakkan di atas kayu api yang dibakar. Duit syiling dimasukkan ke dalam dhoti dan diletakkan di antara kaki mayat, lalu diambil oleh pengurus kubur sebagai tanda kelaziman mayat dikebumikan diikuti dengan upacara sembahyang

(iii) Selepas Pengkebumian Rumah perlu dibersihkan sebaik mayat dibawa ke kubur.

Lampu minyak dinyalakan di bekas pembaringan mayat dan selepas itu ahli-ahli keluarga dikehendaki mandi untuk membersihkan diri selepas upacara pengkebumian dijalankan.

26

Page 27: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Bagi mayat yang dibakar, abu mayat akan dikumpulkan keesokan harinya dengan menyiramkan susu pada abu mayat untuk menyejukkan bara api. Terdapat dua cara pengurusan abu mayat sama ada ditanam ataupun dimasukkan ke dalam kain kuning dan dilepaskan di laut

Tempoh berkabung sama ada lapan atau 16 hari selepas kematian. Jika berkabung selepas 8 hari kemudian, saudara-mara dan sahabat-handai akan berkumpul di rumah si mati dengan membawa juadah tradisional (sayur-sayuran dan buah-buahan). Berkabung pada hari ke-16 dipanggil karumaati iaitu hari bersembahyang bertujuan agar roh si mati sentiasa dalam keadaan tenang dan aman

7. Kesenian Masyarakat Melayu mempunyai banyak kesenian dari segi muzik

(gambus, ghazal, nobat, nafiri), tarian (mak yong, kuda kepang, boria, joget), lukisan (batik), hiburan (wau, wayang kulit, gasing)

Masyarakat Cina juga mempunyai banyak kesenian seperti muzik (gong), tarian (Tarian Singa dan Naga), tari lagu (opera) dan seni (sutera)

Masyarakat India mempunyai kesenian dari segi muzik (sitar), tarian (perayaan Holi atau Rangoli) dan hiburan (kavadi)

PERUBAHAN

1. Pemerintahan dan Pentadbiran Masyarakat Melayu, Cina dan India bekerjasama untuk menjalankan

pentadbiran di Tanah Melayu sehingga kini. Antara tokoh-tokoh utama yang memulakan kerjasama ini ialah Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan E. Thuraisingam. Perkongsian kuasa ini di

realisasikan menerusi parti komponen Barisan Nasional (BN)

2. Ekonomi dan Perdagangan Kedatangan masyarakat Cina dan India ke Tanah Melayu telah

membawa impak yang besar dalam kegiatan ekonomi di negara ini. Contohnya, orang Cina telah memperkembangkan perusahaan perlombongan bijih timah dan kegiatan perdagangan. Orang India pula memainkan peranan dalam usaha untuk mempertingkatkan kegiatan ekonomi negara dari segi perusahaan penanaman getah dan lada hitam.

Setelah negara merdeka, semua ahli masyarakat tanpa mengira kaum mula menceburi kegiatan ekonomi dan perdagangan yang lebih bersifat komersial

3. Agama dan Sosial Kedatangan masyarakat Cina dan India telah mewujudkan sebuah

masyarakat yang mempunyai kepelbagaian agama. Namun begitu, mereka masih dapat hidup bersama dan mewujudkan keharmonian dan kerukunan dalam masyarakat.

27

Page 28: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Hubungan antara etnik di Malaysia telah banyak dibincangkan kerana negara kita memang terkenal sebagai sebuah negara berbilang kaum yang berjaya mewujudkan keamanan dan telah menjadi model masyarakat majmuk yang aman dan damai bagi negara-negara luar

Hubungan antara etnik dilihat dari segi darjah ‘kedekatan’ yang bermula dengan hubungan yang terpisah sehnggalah hubungan yang terbentuk sebati. Ini dapat ditunjukkan seperti rajah yang berikut.

Proses Integrasi

Integrasi Rendah Integrasi Tinggi

Segregasi Akomodasi Akulturasi Asimilasi Amalgamasi

1. Segregasi Ia merupakan hubungan yang bersifat pemisahan di antara etnik-etnik

di dalam sesebuah negara. Pemisahan berlaku dalam beberapa keadaan. Antaranya dari segi kawasan tempat tinggal, sistem persekolahan, pengangkutan dan kemudahan-kemudahan awam. Segregasi wujud sama ada didasari oleh undang-undang (de jure) atau tidak didasari oleh undang-undang (de facto). Contoh segregasi de jure ialah Dasar Apartheid yang pernah diamalkan di Afrika Selatan

2. Akomodasi Ia merupakan proses di mana etnik-etnik menyedari norma dan nilai

mereka antara satu sama lain, namun mereka tetap mempertahankan budaya hidup masing-masing. Walau bagaimanapun mereka hidup secara harmoni dan menghormati antara satu dengan lain. Di peringkat pemerintahan pusat, setiap etnik menghantar wakil yang mewakili etnik masing-masing. Namun dalam institusi-institusi tertentu seperti ekonomi dan pendidikan mereka adalah saling bergantungan antara satu dengan lain. Negara Switzerland adalah contoh negara yang mempunyai hubungan etnik bersifat akomodasi, di mana etnik-etnik di dalamnya seperti etnik Jerman, Perancis dan Itali saling membuat penyesuaian antara satu dengan lain dan hidup dalam keadaan aman (peaceful co-existence)

3. Akulturasi (Asimilasi Budaya)

28

3. HUBUNGAN ETNIK DI MALAYSIA

Page 29: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Ia terjadi apabila manusia dalam kumpulan minority menerima norma, nilai dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti. Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majoriti tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal

4. Asimilasi (Asimilasi Struktur) Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam

masyarakat dominant melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal (warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

5. Amalgamasi Ia merupakan satu proses yang terjadi apabila budaya atau ras

bercampur untuk membentuk jenis-jenis budaya dan ras yang baru. Cara utama dalam menentukan proses amalgamasi terjadi ialah perkahwinan campur antara etnik atau ras.

FAKTOR MENGHALANG PERPADUAN

1. Budaya Cara hidup dan pemikiran yang berbeza boleh menghalang perpaduan

dan interaksi antara etnik

2. Agama dan Kepercayaan Setiap etnik menganuti agama dan kepercayaan yang berbeza turut

menghalang perpaduan antara etnik

PENDEKATAN MENYATUPADUKAN MASYARAKAT MALAYSIA

1. Akulturasi Terjadi apabila manusia dalam kumpulan minoriti menerima norma,

nilai dan pola-pola tingkah laku (budaya) golongan majoriti Proses ini merupakan proses meminjam atau menerima unsur-unsur budaya golongan majority tanpa mengubah unsur-unsur budaya asal.

2. Difusi Proses penyebaran unsur-unsur kebudayaan dari satu individu kepada

individu yang lain daripada satu masyarakat kepada masyarakat yang lain.

3. Asimilasi Konsep asimilasi menyatakan tentang kemasukan ke dalam

masyarakat dominan melalui persahabatan dan perkaitan rapat. Darjah asimilasi kelompok minoriti adalah berbeza-beza iaitu berdasarkan kepada perbezaan fizikal (warna kulit) dan darjah sejauh mana ciri-ciri budaya berbeza dengan budaya kelompok dominan.

29

Page 30: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

4. Integrasi Satu proses menyatupadukan anggota-anggota masyarakat dan

negara seluruhnya melalui ideologi negara supaya tiap-tiap anggota masyarakat dapat membentuk satu identiti bersama serta perasaan kebangsaan bersama di kalangan mereka (INTAN, 1982:121)

CABARAN PEMBINAAN NEGARA BANGSA

1. Mewujudkan Perpaduan Perpaduan antara etnik tanpa mengira agama dan kaum

2. Pengagihan Kekayaan secara adil Pengagihan ekkayaan antara etnik yang dianggap tidak adil Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan menghuraikan konsep adil

dan saksama

3. Jati Diri Semangat nasionalisme dan patriotik antara kaum perlu ada dalam

kalangan masyarakat

4. Identiti Nasional Penggunaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan di Malaysia

digunakan secara meluas Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan berkaitan bahasa Melayu

perlu digunakan.

30

Page 31: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

BAB 2: PROSES POLITIK

Negara kita merupakan sebuah negara bekas tanah jajahan. Walaupun ia tergolong sebagai sebuah negara anggota Komanwel, sebuah bekas tanah jajahan Inggeris, namun negara kita pernah dijajah oleh penjajah lain selama lebih kurang 446 tahun (1511 -1957)

Penjajah-penjajah yang pernah menjajah negara kita ialah Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun serta Siam. Hanya Inggeris dan Jepun sahaja yang dapat menjajah keseluruhan negara ini dan banyak meninggalkan kesan

Berikut merupakan penjajah dan ciri-ciri penjajahannya semasa di Tanah Melayu

Penjajah dan Ciri-ciri Penjajahan

Penjajah Tempoh Catatan

Portugis 1511 – 1641(130 tahun)

Tertumpu di Melaka Mendapat tentangan daripada orang

Melayu dengan bantuan Acheh Tidak banyak meninggalkan kesan kepada

negara kecuali dari segi bahasa (pinjaman perkataan), tarian dan agama

Belanda 1641 -1824(183 tahun)

Tertumpu di melaka Tidak banyak meninggalkan kesan;

tumpuan penjajahannya ialah di Indonesia Mendapat tentangan daripada orang

Melayu yang sering mendapat bantuan Bugis

Inggeris1824 – 19421945 – 1957(130 tahun)

Menjajah keseluruhan negeri Tanah Melayu, dua tahap

Banyak meninggalkan kesan dalam kebanyakan sistem kehidupan masyarakat (politik, ekonomi dan sosial)

Banyak mendapat tentangan daripada penduduk negara ini

31

1. ZAMAN PENJAJAHAN

Page 32: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Siam 1821 – 1909(88 tahun)

Telah lama menaungi negeri-negeri di utara Semenanjung Tanah Melayu, tetapi dari sejarah ianya dicatatkan bermula pada 1821

Tertumpu kepada negeri-negeri di uatara Semenanjung Tanah Melayu seperti Perlis, Kedah, Kelantan dan Terengganu

Kesannya agak jelas di negeri-negeri di utara khususnya dari segi agama Buddha dan kesenian

Jepun1942 – 1945(3 ½ tahun)

Menjajah keseluruhan negeri Tanah Melayu

Banyak meninggalkan kesan, terutamanya dalam kehidupan masyarakat, khususnya yang berkaitan dengan hubungan kaum

Mendapat tentangan daripada penduduk negara ini

Jika dibandingkan dengan penjajah-penjajah yang lain, Inggeris meninggalkan kesan yang begitu mendalam ke atas negara kita

Berikut merupakan kronologi penjajahan Inggeris di negara kita

Kronologi Penjajahan Inggeris di Negara Kita

Tarikh

Peristiwa Penjajahan

17861819182418261841187418741878188818961909

19141945194619481957

Francis Light membuka Pulau PinangStamford Raffles membuka SingapuraInggeris menerima Melaka daripada Belanda akibat daripada Persetiaan Inggeris-Belanda Pulau Pinang, Melaka dan Singapura disatukan dalam satu unit pentadbiran (Negeri-negeri Selat)James Brooke mengambil SarawakCampur tangan Inggeris di Perak melalui Perjanjian PangkorCampur tangan Inggeris di Sungai UjongRaja Brunei menyerahkan kawasannya di Sabah kepada InggerisCampur tangan Inggeris di PahangPerak, Selangor, Negeri Sembilan dan Pahang disatukan (Negeri-negeri Melayu Bersekutu)Dengan Perjanjian Pangkor, Siam menyerahkan Kedah, Perlis, Terengganu dan Kelantan kepada Inggeris dan dikenali Negeri-negeri Melayu Tidak BersekutuJohor menerima penasihat InggerisPentadbiran Tentera British ditubuhkan (BMA)Malayan Union ditubuhkan di Tanah MelayuPersekutuan Tanah Melayu ditubuhkan menggantikan Malayan UnionNegara kita mencapai kemerdekaan

FAKTOR CAMPUR TANGAN BRITISH

32

Page 33: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Terdapat tiga faktor utama British campur tangan di Tanah Melayu

(i) Faktor Ekonomi Faktor terpenting. British memerlukan bahan-bahan

mentah berikutan dengan Revolusi Perindustrian di England / Eropah menyebabkan pedagang British melabur di negeri-negeri Melayu melalui perlombongan

(ii) Faktor Politik British bimbang dengan campur tangan kuasa asing yang

lain Pada tahun 1870-an, Itali, Perancis, Jerman dan Rusia

bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang dijadikan sebagai pembekal bahan-bahan mentah

(iii) Faktor Sosial Keadaan anarki yang berlaku di Tanah Melayu Masalah yang berlaku di dalam negeri-negeri Melayu

seperti perang saudara antara pembesar dalam merebut takhta dan kawasan, pergaduhan antara kongsi gelap Cina dan kegiatan perlanunan di Selat Melaka

Disebabkan oleh faktor-faktor ini, pada bulan September 1873 Lord Kimberley, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, mengambil keputusan untuk mempunyai dasar campur tangan dalam hal-ehwal negeri-negeri Melayu

Jadual yang berikut menunjukkan ringkasan campur tangan Inggeris

Ringkasan Campur Tangan British di Negeri-negeri Melayu, Sabah dan Sarawak

Negeri Catatan Peristiwa

Sarawak(1842)

James Brooke menduduki Sarawak setelah menunaikan janji kepada Raja Muda Hashim untuk menghapuskan pemberontakan

James Brooke ditabalkan menjadi Raja Sarawak pada tahun 1842

Sultan Brunei bersetuju menandatangani Perjanjian 1842 untuk mengesahkan James Brooke sebagai gabenor Sarawak kerana khuatir Brunei diancam oleh Inggeris

Perak(1874)

Campur tangan didasari oleh faktor-faktor untuk menjaga kepentingan saudagar-saudagar Inggeris

Berlakunya kekacauan: Perang Larut (perebutan ke atas penguasaan lombong bijih timah) melibatkan Kongsi Gelap Cina Hai San dan Ghee Hin dan perang saudara (perebutan takhta di antara Raja Abdullah dengan Raja Ismail)

33

Page 34: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Permintaan pembesar-pembesar Ngah Ibrahim (Menteri Larut) dan Raja Abdullah untuk British campur tangan

British bimbang kuasa Eropah yang lain akan campur tangan di negeri-negeri Melayu

Perjanjian Pangkor ditandatangani paa 20 Januari 1874 J.W.W. Birch dilantik sebagai Residen yang pertama

Selangor(1874)

Perang saudara melibatkan Raja Mahadi dan Raja Abdullah Raja Abdullah disokong oleh Tengku Kudin dan Yap Ah Loy;

Raja Mahadi disokong oleh putera-putera Sultan Selangor dan Sayid Masyor

Niat British untuk campur tangan tidak tercapai kerana pembesar Melayu tidak mahu Inggeris campur tangan

Pada 1873, kapal dagang British diserang lanun; dan ini menjadi asas British untuk campur tangan

Pada bulan Ogos 1874, Frank Swettenham dilantik sebagai penasihat rasmi sultan; dan J.G. Davidson dilantik sebagai Residen

Sungai Ujong(1874)

Rebutan kuasa di Sungai Linggi di antara Dato’ Kelana Sayid Abdul Rahman dengan Dato’ Bandar Kulup Tunggal

Dato’ Kelana meminta bantuan Inggeris dan seterusnya diiktiraf sebagai ketua Sungai Ujong. Namun perlantikan Dato’ Kelana dan kehadiran Inggeris ini ditentang oleh Dato’ Bnadar Kulup Tunggal

Tentera Inggeris yang diketuai oleh W.A. Pickering berjaya mengalahkan Dato’ Bandar Kulup Tunggal

Sungai Ujong menerima penasihat Inggeris bernama W.I. Tatham

Pahang(1880-an)

Perang saudara berlaku untuk jawatan Bendahara antara Wan Mutahir dengan Wan Ahmad

Cadangan Sultan Ahmad untuk memberikan konsensi perdagangan kepada kuasa Barat membimbangkan Inggeris

Pada bulan Februari 1888, seorang warganegara Inggeris (berbangsa Cina) dibunuh di Pekan (berhampiran istana Sultan)

British menjadikan pembunuhan tersebut sebagai alasan untuk campur tangan

Sultan Ahmad menerima Residen British bernama J.P. RodgerSabah(1946)

Sebahagian Sabah di bawah Kesultanan Brunei sejak kurun ke-16

Dipajakkan kepada Charles Lee Moses pada 1865 yang seterusnya dijual kepada Baron Von Overbeck

Kesultanan Sulu bersetuju menyerahkan kawasannya di Sabah kepada Overbeck dan Dent pada tahun 1878

Kompeni Berpiagam Borneo Utara dibentuk untuk mentadbir Sabah

Pada 15 Julai 1946, Sabah diisytiharkan sebagai tanah jajahan British

34

Page 35: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

JEPUN

15 Februari 1942 – Tanah Melayu dan Singapura jatuh ke tangan Jepun

12 September 1945 – pendudukan Jepun berakhir

Faktor Kemenangan Jepun

(i) Ketidaksediaan tentera British untuk menghadapi peperangan Tidak menyangka Jepun menyerang dari Utara

(ii) Kelemahan pertahanan laut British Kapal Prince of Wales dan Repulse ditenggelamkan oleh Jepun

(iii) Persediaan perang oleh Jepun Maklumat pertahanan British (tentera dan peralatan) Rangkaian pengintipan yang baik di Tanah Melayu

(iv) Kelebihan-kelebihan tentera Jepun Tentera Jepun terlatih dalam perang, Pegawai berkebolehan

dan berpengalaman (Yamashita dan Tsuji), taktik perang yang baik dan praktikal

(v) Kekurangan tentera British

Tidak ada semangat perang yang tinggi – peringkat awal kalah kepada Jepun; terdiri daripada orang asing (Sikh) – muda dan tidak berpengalaman

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu

Malai Baru Berpusat di Singapura Singapura dikenali sebagai Syonan-to dan terasing daripada

pentadbiran Tanah Melayu Pulau Pinang, Melaka, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan di

bawah satu pentadbiran Perlis, Kedah, Kelantan, Terengganu di bawah pemerintahan Siam

untuk membalas jasa Siam Pentadbiran diketuai oleh Gabenor manakala sultan hanya sebagai

ketua adat dan agama

Kesan Pendudukan Jepun

Politik Wujud kesedaran politik yang kuat di kalangan rakyat melalui

propoganda ‘Asia untuk Orang Asia’ Wujud keyakinan untuk memerintah sendiri disebabkan:

(i) Pengalaman bekerja dalam pentadbiran Jepun(ii) Anggapan British tidak boleh dikalahkan telah berubah kepada anti penjajah

Semangat nasionalisme kerana permusuhan yang timbul di antara orang Melayu dan Cina

35

Page 36: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kesulitan dalam proses mewujudkan semangat kenegaraan terutama di kalangan orang Cina dan India

Parti Komunis Malaya (PKM) 1945 – 1948 merupakan parti yang terkuat di Tanah Melayu

Ekonomi

Kegiatan ekonomi di Tanah Melayu lumpuh – British memusnahkan kebanyakan harta benda dan infrastruktur sebelum menyerah kalah

Perdagangan dengan negara luar terputus Taraf hidup orang Melayu merosot Tanaman makanan diperkenalkan seperti ubi kayu, keledek dan keladi

disebabkan beras berkurangan Pengedaran mata wang ‘pokok pisang’ yang tidak terkawal

menyebabkan inflasi Infrastruktur tidak dikendalikan dengan baik

Sosial

Penduduk Tanah Melayu terutama orang Cina ditindas oleh orang Jepun – ramai orang Melayu dan India dipaksa untuk membina Jalan Keretapi Maut di antara Thailand dan Burma

Orang Cina lari ke pinggir hutan – pertembungan dengan orang Melayu yang tinggal di kampung – berbeza budaya dan tradisi menyebabkan masalah perkauman

Permusuhan antara orang Cina dan Melayu – layanan orang Jepun lebih baik terhadap orang Melayu dengan memberikan jawatan seperti polis, tentera dan politik. Akibatnya berlaku pertempuran kaum selepas pendudukan Jepun

Sistem pendidikan Jepun menekankan latihan akhlak daripada akademik – menanamkan sifat kerajinan terutama di kalangan orang Melayu

REAKSI AWAL MASYARAKAT TEMPATAN

(i) Perjuangan Bersenjata Menentang Penjajah

(a) Melaka (1511 –24) : Sultan Mahmud(b) Naning (1831 – 32) : Penghulu Dol Said(c) Selangor (1874) : Raja Mahadi(d) Perak (1875) : Sultan Abdullah, Dato’ Maharaja Lela, Tok Sagor(e) Negeri Sembilan (1875) : Tengku Antah(f) Pahang (1871 – 95) : Tok Gajah, Dato’ Bahaman, Mat Kilau(g) Sarawak (1853 – 60) : Shatif Masahor, Rentap, (1893 – 1920-an)

Banting(h) Sabah (1894 – 1900) : Mat Salleh, (1915) Antanum(i) Kelantan (1915) : Haji Wan Hassan (Tok Janggut)(j) Terengganu (1922 – 1928) : Hj. Abd. Rahman Limbung(k) Tanah Melayu (1941 – 45) : Penduduk Tanah Melayu

(ii) Perjuangan Semangat Kebangsaan

36

Page 37: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(a) Pengaruh Luar - Jepun, Turki, Mesir, Indonesia(b) Media Massa – Al-Imam, Saudara, Majlis, Warta Malaya,

Utusan Melayu, Warta Sarawak(c) Pertubuhan – Kesatuan Melayu Singapura (1929), Kesatuan

Melayu Selangor (1938), Persatuan Melayu Perak (1937), Persatuan Melayu Semenanjung (1930), Persaudaraan Sahabat Pena Malaya (PASPAM), Kesatuan Melayu Muda (KMM) (1938)

KESAN PENJAJAHAN

(i) Politik(a) Keamanan dipulihkan(b) Sistem tradisi terjejas – kedudukan raja dan pembesar(c) Timbul kesedaran politik yang kuat – ‘Asia untuk Orang Asia’(d) Pentadbiran negara berasaskan negara Britain

(ii) Ekonomi(a) Tanaman baru diperkenalkan(b) Proses perbandaran semakin pesat(c) Golongan imigran dan barat memonopoli sumber ekonomi

manakala golongan pribumi jauh ketinggalan

(iii) Sosial(a) Kepesatan penyediaan infrastruktur – pos, jalan raya, hospital(b) Pertambahan penduduk yang pesat – imigran Cina dan India(c) Wujud perbezaan dan jarak sosial antara kaum(d) Pendidikan – bahasa (tuala, jendela) dan tulisan rumi(e) Agama Kristian(f) Tarian joget(g) Masyarakat Serani

MALAYAN UNION

Penjajah Jepun menyerah kalah pada tahun 1945 dan Perang Dunia Kedua tamat

Tempoh penyerahan kuasa Jepun dan kedatangan semula British di Tanah Melayu memberi peluang kepada Parti Komunis Malaya (PKM) melalui Malayan People’s Anti-Japanese Army (MPAJA) untuk mengambil alih kuasa selama 14 hari

British kembali ke Tanah Melayu pada bulan September 1945 dan menubuhkan Pentadbiran Tentera British (British Military Administration - BMA) tetapi tidak bertahan lama dan kemudiannya digantikan dengan Malayan Union (Kesatuan Malaya)

Cadangan Penubuhan Malayan Union

37

2. PERJUANGAN KEMERDEKAAN

Page 38: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Parlimen Inggeris pada 10 Oktober 1945 telah membentangkan satu kertas putih yang berisikan matlamat British untuk mewujudkan satu sistem pentadbiran baru yang dikenali senagai Malayan Union

Malayan Union merupakan satu kesatuan negeri-negeri Melayu (bersekutu dan tidak bersekutu) termasuk Pulau Pinang dan Melaka

Negeri-negeri di Semenanjung yang tidak pernah lagi ditadbir sebagai satu kesatuan, dan mempunyai cara pemerintahan tersendiri adalah ditadbirkan di bawah satu kesatuan

Tujuan Diperkenalkan

(i) Memelihara kepentingan hak pihak British di Tanah Melayu khususnya dari segi ekonomi

(ii) Penyeragaman sistem pentadbiran(iii) Menjimatkan kos pentadbiran(iv) Memerdekakan Tanah Melayu

Ciri-ciri Malayan Union

(i) Terdiri daripada 9 buah negeri, Melaka dan Pulau Pinang(ii) Pusat pentadbiran terletak di Kuala Lumpur dan ditadbir oleh

seorang Gabenor British. Gabenor dibantu oleh Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan

(iii) Kedaulatan raja dihapuskan, hanya ketua dalam agama, adat istiadat dan Majlis Penasihat Melayu

(iv) Singapura kekal sebagai tanah jajahan British di bawah kuasa seorang Gabenor Jenaral British yang berkuasa ke atas Gabenor Malayan Union

(v) Kerakyatan bebas mengikut prinsip “jus soli” sekiranya:(a) Orang asing yang berumur 18 tahun ke atas dan telah

bermastautin di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada 15 tahun sebelum Februari 1942

(b) Seseorang dilahirkan di Tanah Melayu selepas penubuhan Malayan Union

(vi) Hak warganegara yang sama rata bagi semua orang tanpa mengira bangsa atau asal keturunan termasuklah kemasukan dalam perkhidmatan kerajaan dan hak mengundi dalam pilihan raya umum

\

Sir Harold MacMichael dipertanggungjawabkan memperolehi persetujuan daripada Raja-raja Melayu

Januari 1946, Perlembagaan Malayan Union diluluskan 1 April 1946, Malayan Union diisytiharkan secara rasmi Sir Edward Gent sebagai Gabenornya yang pertama

Penentangan Terhadap Malayan Union

Menerima tentangan dariapda orang Melayu disebabkan:(i) Penghapusan kedaulatan dan kuasa Raja-raja Melayu(ii) Pemberian kerakyatan bebas “jus soli”

Dibahagikan kepada dua peringkat:

(i) Individu

38

Page 39: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Menyuarakan penentangan melalui media massa seperti dalam akhbar Melayu Majlis dan Utusan Melayu

(ii) Kolektif Menggunakan pertubuhan mereka seperti kesatuan

peringkat negeri dan nasional dan mengadakan demonstrasi di kebanyakan negeri

Contohnya:(a) 15 Disember 1945: Persekutuan Persetiaan Melayu Kelantan

menganjurkan demonstrasi yang dihadiri lebih kurang 10 000 orang ketika Harold MacMichael tiba di Kelantan

(b) Januari 1946: 50 000 orang di Alor Setar, Kedah(c) 10 Februari 1946: 15 000 orang di Johor(d) 1 hinggs 4 Mac 1946: Kongres Persatuan Malaya diadakan

di Selangor atas usaha Persatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn Jaafar. Ia dihadiri seramai 107 perwakilan dan 56 pemerhati daripada 41 buah Persatuan Melayu

(e) 11 Mei 1946: Kongres Persatuan Melayu diadakan di Johor Bahru dan melahirkan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (United Malays Nation Organization - UMNO) yang menggunakan cogan kata “Hidup Melayu”

Ketika upacara penubuhan Malayan Union dan perlantikan Gabenor, raja-raja tidak menghadirinya; malahan orang Melayu telah berkabung selama 7 hari (bermula 1 April 1946) dengan melilitkan kain putih pada songkok mereka

Ahli-ahli Melayu yang duduk dalam Majlis Mesyuarat Persekutuan dan Majlis Mesyuarat Negeri telah memulaukan majlis tersebut

Faktor Penentangan Malayan Union

(i) Pemberian kerakyatan kepada kaum bukan Melayu(ii) Penghapusan kuasa dan kedaulatan raja-raja Melayu(iii) Peras ugut oleh MacMichael dalam memperolehi tandatangan

daripada raja-raja Melayu

Kegagalan Malayan Union

Malayan Union gagal dilaksanakan disebabkan:(i) Tentangan hebat daripada orang Melayu(ii) Tidak ada sokongan kuat daripada orang bukan Melayu(iii) Ketidaksesuaian masa(iv) Cara pengenalan yang salah(v) Tentangan daripada bekas pentadbir-pentadbir Inggeris

Dilakukan oleh Pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu seperti R.O. Winstedt, Frank Swettenhem, George Maxwell, Cecil Clementi Smith

Dikeluarkan melalui akhbar yang disiarkan di London

Malayan Union dibubarkan pada bulan Julai 1946

39

Page 40: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Satu rundingan diadakan di antara Sir Edward Gent, raja-raja Melayu dan Dato’ Onn bin Jaafar untuk menggubal satu perlembagaan baru menggantikan perlembagaan Malayan Union

Penubuhan Parti-parti Politik Di Tanah Melayu Menjelang Kemerdekaan

Organisasi / Fahaman

Parti Politik Ciri-ciri

Perikatan

UMNO

MCA

MIC

Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (1946)

Diasaskan oleh Dato’Onn Jaafar Menentang Malayan Union dan

menyatupadukan orang Melayu; berjuang untuk kemerdekaan Tanah Melayu

Persatuan Cina Tanah Melayu (1949) Diasaskan oleh Tan Cheng Lock Melindungi kepentingan orang Cina dan

bekerjasama dengan kaum lain untuk capai kemerdekaan

Kongres India Tanah Melayu (1946) Diasaskan oleh John Thivy Menjaga kepentingan kaum India dan

memperjuangkan kemerdekaan bersama kaum lain

Radikal / Sosialis

PKM

AWAS

API

PKMM

PETA

Parti Komunis Malaya (1930) Parti politik tertua di Tanah Melayu Ingin mencapai kemerdekaan melalui

revolusi, berhasrat untuk menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu

Angkatan Wanita Sedar (1946) Diketuai oleh Shamsiah Fakeh Perjuangan kemerdekaan dipengaruhi oleh

perjuangan nasionalis di Indonesia

Angkatan Pemuda Insaf (1946) Diasaskan oleh Ahmad Boestaman Perjuangan utamanya ialah kemerdekaan

bersama Indonesia dan membentuk Melayu Raya

Parti Kebangsaan Melayu Malaya Diasaskan oleh Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Ikatan Pemuda Tanahair Melayu (1947)

PAS Parti Islam Se-Malaya (1951)

40

Page 41: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Islam

HISBUL MUSLIMIN

Diasaskan oleh Ahmad Fuad Hassan Mahu mendirikan kerajaan Islam Memperjuangkan Islam sebagai agama

rasmi dan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi

Hizabul Muslimin (1948) Diasaskan oleh Haji Abu Bakar Berjuang untuk menubuhkan sebuah

kerajaan Islam di Tanah Melayu

Bukan Perkauman

IMP

Parti Negara

Parti Malaya Merdeka (1951) Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar setelah

keluar daripada UMNO Memperjuangkan kemerdekaan dalam 10

tahun

Parti Negara (1954) Diasaskan oleh Dato’ Onn Jaafar setelah

IMP dibubarkan pada tahun 1953 apabila tidak mendapat sokongan

Memperjuangkan kemerdekaan dalam masa 5 tahun

PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (PTM)

Ditubuhkan pada 1 Februari 1948

Cadangan Perlembagaan Baru Kerajaan British pada 25 Julai 1946 telah melantik Jawatankuasa

Kerja untuk menggubal satu perlembagaan baru menggantikan perlembagaan Malayan Union

Terdiri daripada 6 orang Pegawai British, 4 orang wakil raja-raja Melayu dan 2 orang wakil UMNO

Cadangan:(i) Kedaulatan dan kuasa raja-raja Melayu dipelihara(ii) Syarat-syarat kewarganegaraan yang lebih ketat bagi

kaum bukan Melayu(iii) Kedudukan istimewa kaum Melayu dijamin

Penentangan Daripada AMCJA

Orang bukan Melayu mengkritik Jawatankuasa Kerja khususnya daripada anggota Malayan democratic Union (MDU)

22 Disember 1946, kaum bukan Melayu menubuhkan Majlis Tindakan Bersama Tanah Melayu (All-Malaya Council of Joint Action - AMCJA) bagi menentang perlembagaan baru yang dicadangkan

Komponen AMCJA ialah Kongress India Malaya (Malayan India Congress – MIC), Malayan People’s Anti Japanese Ex-Services Comrades Association dan Pan-Malayan Federation of Trade Unions

AMCJA diketuai oleh Tan Cheng Lock Perjuangan AMCJA atas tiga prinsip iaitu:

41

Page 42: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(i) Penyatuan seluruh Tanah Melayu (termasuk Singapura)(ii) Pemerintahan sendiri melalui sebuah Badan

Perundangan Pusat dengan ahli-ahli dipilih oleh rakyat(iii) Hak-hak kerakyatan yang sama bagi semua orang yang

menganggap Tanah Melayu sebagai tanah air dan tumpuan taat setia

Terdapat percanggahan antara prinsip AMCJA dan UMNO

Penentangan Daripada PUTERA

Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) merupakan gabungan:(i) Angkatan Pemuda Insaf (API) – Ahmad Boestaman(ii) Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) – Dr.

Burhanuddin Al-Helmi(iii) Angkatan Wanita Sedar (AWAS) – Shamsiah Fakeh

Parti orang Melayu berhaluan kiri (radikal) yang banyak dipengaruhi oleh PKM

Berhasrat menjadikan Tanah Melayu sebagai sebuah republik Mempersoalkan kepimpinan UMNO yang terus dikuasai oleh

golongan feudalis dan bukan rakyat biasa Memperjuangkan:

(i) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa rasmi negara(ii) Hal-ehwal luar dan pertahanan menjadi tanggungjawab

bersama Kerajaan Tanah Melayu dan British(iii) Perkataan “Melayu” hendaklah digunakan sebagai nama

kerakyatan atau kewarganegaraan Tanah Melayu(iv) Bendera Kebangsaan hendaklah mengandungi warna-warna

kebangsaan Melayu

Persepakatan AMCJA-PUTERA

Mac 1947, AMCJA bergabung dengan Putera di bawah pimpinan Dr. Burhanuddin Al-Helmi

Bertujuan menentang penubuhan Persekutuan Tanah Melayu April 1947, menubuhkan Perlembagaan Rakyat tetapi ditolak oleh

British kerana bersifat radikal 20 Oktober 1947, melancarkan hartal (penutupan kedai) di seluruh

Tanah Melayu tetapi gagal

Pembentukan Persekutuan Tanah Melayu

1 Februari 1948, British menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu bagi menggantikan Malayan Union

Terdiri daripada 9 negeri Melayu, Melaka dan Pulau Pinang yang diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British

Singapura diasingkan tetapi kekal sebagai tanah jajahan British Pesuruhjaya Tinggi dibantu oleh Majlis Perundangan dan Majlis

Mesyuarat Kerja Persekutuan Hak raja-raja Melayu dikembalikan Pentadbiran negeri Pulau Pinang dan Melaka di bawah Pesuruhjaya

Residen

42

Page 43: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Syarat kewarganegaraan diperketatkan Hak istimewa orang Melayu sebagai kaum pribumi diiktiraf Orang Melayu mempunyai perwakilan terbesar dalam Kerajaan

Persekutuan dan Kerajaan Negeri

ANCAMAN KOMUNIS

Dari segi sejarah, peristiwa atau zaman darurat berkait rapat dengan perkembangan dan aktiviti Parti Komunis Malaya (PKM), yang masuk ke Tanah Melayu dalam tahun 1920-an melalui cawangan Parti Koumintang yang mempunyai perikatan dengan komunis di negeri China

Bermatlamat untuk menggulingkan kerajaan British dan menubuhkan sebuah Republik Komunis Malaya

PKM bergerak secara bawah tanah kecuali pada tahun 1945 hingga 1948

Ketika pendudukan Jepun, PKM bekerjasama dengan Inggeris untuk menentang Jepun dengan menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA)

Sebaik Perang Dunia Kedua tamat, sebilangan gerila PKM keluar dari hutan dan mengatur strategi untuk mengambil alih kuasa, sebelum British memerintah semula Tanah Melayu

PKM membentuk Malayan Races Liberation Army (MRLA) / Bintang Tiga yang melambangkan tiga kaum utama di Tanah Melayu (Melayu, Cina dan India) untuk memperjuangkan pembentukan Republik Komunis Malaya

Min Yuen, unit bekalan dan pengintipan awam berfungsi untuk:(i) Memperolehi bekalan makanan dan perubatan untuk kegunaan gerila komunis(ii) Mendapatkan maklumat mengenai kegiatan-kegiatan Inggeris

Fahaman Komunis Tidak Mendapat Sokongan

Orang Melayu: fahaman komunis adalah bertentangan dengan ajaran agama Islam yang menolak kepercayaan tentang adanya Tuhan

Orang Cina lebih berminat dengan dalam aktiviti ekonomi melalui penubuhan Malayan Chinese Association (MCA)

1948, berikutan dengan Calcutta Resolution, PKM melancarkan serangan ke atas ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah

Pemberontakan dan Keganasan Komunis

Jun 1948, PKM melancarkan pemberontakan bersenjata di Tanah Melayu setelah:(i) Keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia pada Februari 1948(ii) Kegagalan PKM menguasai Tanah Melayu

1948 – 51, PKM melancarkan serangan hebat ke atas ladang, lombong, balai polis dan orang awam terutama yang berbangsa Eropah

43

Page 44: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Perang gerila untuk melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu 6 Oktober 1951, Sir Henry Gurney, Pesuruhjaya Polis British

ditembak mati ketika dalam perjalanan ke Bukit Fraser Langkah-langkah Menghapuskan Pemberontakan Komunis

1. Perisytiharan dan Undang-undang Darurat

16 Jun 1948, Sir Edward Gent, Pesuruhjaya Tinggi British mengisytiharkan darurat di Perak dan Johor

17 Jun 1948, darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu setelah 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Perak dibunuh

23 Julai 1948, PKM diharamkan secara rasmi Undang-undang Darurat 1948 memberi kuasa kepada polis dan

tentera untuk menahan atau menangkap orang yang disyaki terlibat dengan kegiatan komunis tanpa perbicaraan

Sekatan jalan raya dan perintah berkurung Kad pengenalan diri bagi penduduk yang berumur 12 tahun ke atas

2. Rancangan Briggs

Diperkenalkan oleh Sir Harold Briggs Strategi:

(i) Menempatkan golongan setinggan di pinggir hutan ke kampung baru bermula pada 1 Jun 1950 di Johor

(ii) Melancarkan gerakan kelaparan Februari 1952, lebih daripada 400 000 orang setinggan Cina

ditempatkan semula di 400 buah kampung baru

3. Langkah Ketenteraan

1952, Sir Gerald Templer dilantik menggantikan Sir Henry Gurney sebagai Pesuruhjaya Tinggi Tanah Melayu

Strategi:(i) 13 batalion askar Inggeris, Gurkha dan Melayu(ii) Melatih 67 000 mata-mata khas Melayu(iii) 1953, membentuk sistem pengawal kampung (home guards) berjumlah 210 000(iv) Bantuan tentera Komanwel – Australia, New Zealand dan Rhodesia

4. Perang Saraf

Strategi Sir Gerald Templer:(i) Melonggarkan syarat kewarganegaraan bagi bukan Melayu(ii) Memberikan pengampunan secara beramai-ramai kepada

anggota PKM yang menyerah diri(iii) Memberikan hadiah kepada sesiapa yang memberikan maklumat(iv) Menyebarkan risalah (v) Kawasan putih dan kawasan hitam(vi) Perintah berkurung

44

Page 45: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

5. Rundingan Baling

Diadakan di Baling, Kedah pada 28 dan 29 Disember 1955 Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, David Marshall

dan Tan Cheng Lock sementara PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin

PKM menuntut supaya diiktiraf sebagai parti yang sah di sisi undang-undang, tetapi tuntutan ini ditolak

Tawaran kerajaan supaya PKM meletakkan senjata ditolak oleh PKMKesan Darurat

31 Julai 1960, Tunku Abdul Rahman mengisytiharkan darurat tamat Kesan buruk:

(i) 9 581 anggota PKM terbunuh(ii) 2 461 orang awam terbunuh(iii) 1 851 anggota keselamatan Kerajaan Persekutuan(iv) 1 383 tercedera(v) 807 hilang(vi) Banyak harta benda musnah(vii) Perkembangan ekonomi negara terbantut(viii) Jarak sosial yang berbeza antara kampung baru dengan kampung baru yg lain

xi) Perselisihan kaum antara orang Melayu, pasukan polis dan tentera dan Cina, anggota PKM

Pengajaran:(i) Cabaran penduduk berbilang kaum untuk bekerjasama(ii) Tindakan Inggeris memerdekakan Tanah Melayu dengan

adanya perpaduan antara kaum

Rundingan Kemerdekaan

Februari 1956, Tunku Abdul Rahman mengetuai satu rombongan ke London untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu

Rombongan terdiri daripada:(i) Wakil raja-raja Melayu: Datuk Panglima Gantang, Dato’ Ahmad

Kamil, Abdul Aziz Majid dan Dato’ Mohd Seth(ii) Wakil Perikatan: Tunku Abdul Rahman, Dr. Ismail Abdul

Rahman, Dato’ Abdul Razak Hussein dan Kolonel H.S. Lee(iii) Wakil British di Tanah Melayu

Rundingan dipengerusikan oleh Lord Lennox-Boyd, Setiausaha Tanah Jajahan British

Rundingan memakan masa selama tiga minggu dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 (Perjanjian London)

Tunku Abdul Rahman mengumumkan tarikh kemerdekaan 31 Ogos 1957 di Padang Bandar Hilir Melaka sekembalinya dari London

Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu

1956, Suruhanjaya Reid ditubuhkan di ketuai oleh Lord Reid Ahli suruhanjaya terdiri daripada Lord Reid (British), Sir Ivor Jennings

(British), Sir William Mckell (Australia), B. Malik (India) dan Hakim Abdul Hamid (Pakistan)

45

Page 46: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Bersidang banyak kali dari bulan Jun hingga Oktober 1956 Sebanyak 131 memorandum bertulis diambil kira sewaktu

suruhanjaya merangka perlembagaan baru terutama daripada raja-raja Melayu dan Perikatan

Perjanjian murni di antara kaum demi kepentingan bersama seperti syarat kerakyatan bukan bumiputera dan kedudukan istimewa bumiputera

Perlembagaan yang diterima telah diluluskan oleh Majlis Undangan Persekutuan pada 15 Ogos 1957 dan berkuatkuasa pada 27 Ogos 1957

Perlembagaan berasaskan kepada konsep raja berpelembagaan dan demokrasi berpelembagaan

Asas-asas perlembagaan yang dipersetujui bersama ialah:

(i) Ketua negara Tanah Melayu ialah Yang di-Pertuan Agong sementara Raja-raja pula menjadi ketua di negeri masing-masing

(ii) Kedudukan orang Melayu sebagai kaum bumiputera di Tanah Melayu diiktiraf dan hak istimewa mereka dijamin oleh Perlembagaan

(iii) Bahasa Melayu dijadikan sebagai bahasa kebangsaan, walau bagaimanapun bahasa Inggeris masih boleh digunakan dalam Malis Perundangan selama 10 tahun selepas merdeka

(iv) Seseorang yang dilahirkan di Tanah Melayu pada atau selepas kemerdekaa, secara automatis menjadi warganegara Tanah Melayu

(v) Walaupun Islam dijadikan sebagai agama rasmi Persekutuan Tanah Melayu, namun kebebasan beragama bagi orang bukan Islam adalah terjamin

Perisytiharan Kemerdekaan

Perlembangan kemerdekaan Tanah Melayu telah dilakukan pada malam hari ketika terbit detik pertama 31 Ogos 1957 (selepas tengah malam 30 Ogos) di padang Kelab Selangor (Dataran Merdeka)

Bendera Union Jack (bendera kerajaan British) diturunkan dan buat kali pertamanya dikibarkan bendera Malaya Merdeka (Jalur Gemilang)

Apabila fajar 31 Ogos 1957 terbit, upacara perisytiharan kemerdekaan dan majlis rasmi menandatangani perisytiharan kemerdekaan di Stadium Merdeka

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dilantik sebagai Perdana Menteri pertama dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Abdul Rahman sebagai Yang di-Pertuan Agong Persekutuan Tanah Melayu pertama

46

3. PEMBENTUKAN MALAYSIA

Page 47: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

GAGASAN MALAYSIA

Kabinet British membincangkan isu ini pada Tahun 1888 dan paling serius pada 1932 setelah menguasai sembilan negeri Melayu, Sarawak dan Borneo British (Nordin Sopiee, 1974)

Cadangan tempatan:(i) David Marshall (1955) – Singapura bercantum dengan Malaya(ii) Ghazali Shafie (1954) dan Tan Cheng Lock (1955)(iii) Lee Kuan Yew (1959) – Singapura dan Malaya(iv) Tunku Abdul Rahman (1955) semasa persidangan UMNO

27 Mei 1961, majlis makan malam bersama wartawan-wartawan Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura, Tunku Abdul Rahman mengemukakan cadangan terbuka:

“Kerajaan Tanah Melayu sedar ia tidak dapat bersendirian dan berasingan. Lambat-laun Tanah Melayu akan bekerjasama dengan Singapura, Sarawak, Brunei dan Borneo Utara”

Sebelum itu, Tunku Abdul Rahman mengadakan beberapa pertemuan dengan tokoh-tokoh penting (Lee Kuan Yew (Januari 1961), Senu Abdul Rahman membincangkan hasil tinjauannya di Sabah, Sarawak dan Brunei (1960) dan MacMillan di London (Februari 1961)

FAKTOR PEMBENTUKAN MALAYSIA

(i) Merdeka Melalui Percantuman Brunei, Sabah dan Sarawak boleh “bebas melalui

percantuman”

(ii) Persefahaman Untuk Pembangunan Memupuk persefahaman serantau dan melahirkan satu

bangsa yang bersatu

(iii) Keseimbangan Kaum dan Perpaduan Pengekalan imbangan bukan-Bumiputera dengan

Bumiputera Penggunaan bahasa Melayu sebagai medium dan saluran

penyatuan serta memupuk identiti

(iv) Bersama Membenteras Komunis Semua negara terdedah kepada pengaruh komunis seperti

Malaya, Brunei dan Singapura

(v) Kerjasama Ekonomi Singapura (perdagangan antarabangsa, perusahaan dan

pelancongan), Brunei (hasil minyak), Sabah dan Sarawak (hasil hutan) dan Malaya (hasil galian dan pertanian)

47

Page 48: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(vi) Bersatu Dalam Hubungan Antarabangsa- Kedudukan kukuh sebagai sebuah negara baru

REAKSI TERHADAP GAGASAN

Singapura Lee Kuan Yew menyokong kuat tetapi terdapat perubahan politik pada

awal tahun 1961 Parti Tindakan Rakyat (People’s Action Party – PAP) pimpinan Lee

Kuan Yew menerima tentangan daripada parti serpihan PAP, iaitu parti sosialis United People’s Party (UPP) yang ingin membawa Singapura merdeka dengan ideology yang berlainan

Puncak penentangan UPP berlaku semasa pilihan raya kecil kawasan Hong Lim (April 1961) – Ong Eng Guan memenangi pilihan raya tersebut

Julai 1961, pilihan raya kecil Anson, Parti Buruh menang

Brunei Rakyat Brunei tidak sebulat suara menyetujui Malaysia Sultan Omar Ali Saifuddin berminat tetapi menghadapi tentangan

hebat daripada Ahmad M. Azahari, pemimpin Parti Rakyat Brunei yang ingin membawa Brunei ke dalam pertubuhan lain dengan bergabung bersama Borneo Utara British dan Sarawak di bawah nama Kalimantan Utara

Tentangan Azahari memuncak dalam bentuk revolusi bersenjata tetapi akhirnya dapat dipatahkan oleh Sultan dengan bantuan British

Sabah dan Sarawak Sambutan penduduknya menggalakkan kerana mereka sedar

penyertaan negeri mereka bererti mereka akan bebas daripada kuasa British

Bimbang akan ancaman komunis Sumbangan kepada keseimbangan kaum di Malaysia Pada masa yang sama, bimbang akibat ‘dominasi Malaya’ terutama

bagi orang bukan-Melayu, kedudukan bahasa dan agama serta orang ina takut akan tenggelam dalam persaingan ekonomi dengan kaumnya di Singapura

Malaya Sokongan menyeluruh terutama kepada pemimpin UMNO dan hasil

tinjauan duta Malaysia, Senu Abdul Rahman pada awal 1961 Ditentang kuat daripada Parti Islam Se-Tanah Melayu (PAS) yang

lebih berminat dengan konsep MAPHILINDO (Malaya, Filipina dan Indonesia)

Britain Menyetujui penggabungan demi menjaga keselamatan pelaburan

mereka

48

Page 49: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

TINDAKAN KE ARAH PEMBENTUKAN MALAYSIA Beberapa tindakan diambil setelah menerima pelbagai reaksi

Tindakan Khusus Ke Arah Pembentukan Malaysia

Tarikh Tindakan /

Badan

Tujuan Kesan/ Keputusan

Jun 1961 Lawatan muhibah Tunku ke Sabah dan Sarawak

Bagi mengurangkan keraguan rakyat

Kebimbangan dominan Malaya berjaya dikurangkan

Julai 1961 Kunjungan Tunku ke Brunei

Memberi penjelasan lanjut

Sultan Brunei tubuh Suruhanjaya Tinggi

Ogos 1961 Rundingan Singapura

1. Penjelasan untuk rakyat2. Bincang kedudukan atau autonomi Singapura

Dipersetujui Singapura diberi autonomi Pendidikan dan Tenaga Buruh

Pertengahan 1961

Jawatankuasa Perundingan Perpaduan (JPP) (ekoran keputusan Persatuan Parlimen Komanwel)

Menghilangkan kesangsian rakyat dan pemimpin Sabah dan Sarawak

Berjaya mengurangkan keraguan. JPP terus adakan mesyuarat dari masa ke semasa

November 1961 Rundingan dengan Britain tentang kepentingan Negeri-negeri Borneo

Bagi menjamin kedudukan Sabah dan Sarawak dalam Malaysia

1. Rundingan Singapura – PTM diakui2. Pungutan suara akan dibuat3. Perjanjian Pertahanan England – PTM diluluskan

Ogos 1962(Tarikh Laporan)- dibentuk April 1962

Suruhanjaya Cobbold (ekoran rundingan Tunku dengan British, Oktober 1961)

Meninjau pendapat rakyat Sabah dan Sarawak (tinjauan dibuat Feb – April 1962)

Tinjauan sahkan lebih 70 peratus penduduk kedua-dua negeri setuju

Julai 1962 Rundingan Pra-Rang Undang-undang Malaysia (London)

Menyelesaikan perbezaan antara laporan anggota Malaya dan laporan anggota Britain dalam S.J. Cobbold

Cadangan diselaraskan, Perakuan Malaya diterima amnya

Ogos 1962 Jawatankuasa Antara Kerajaan

Merancang bentuk negara baru

Rangka Perlembagaan asas disiapkan. Laporan

49

Page 50: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(JAK atau J.K. Landsdowne)

termasuk merangka Perlembagaan

JAK diterima dan menjadi asas Perjanjian Malaysia

September 1962 Referendum Singapura (didahului kempen referendum)

Bagi menyakinkan rakyat, taraf kerakyatan, status perdagangan

70 peratus rakyat menyetujui penyertaan dalam Malaysia

Jun 1963 Misi Bangsa-bangsa Bersatu

Mendapatkan kepastian rakyat Sabah – Sarawak (Filipina dan Indonesia dakwa rakyat sangsi)

1. Lebih 2/3 rakyat menyokong2. Filipina dan Indonesia terus menentang

9 Julai 1963 Perjanjian Malaysia ditandatangani oleh empat negeri anggota bersama Britain

Memeterai persetujuan (negara baru dan kebebasan untuk tiga negeri)

Negara baru Malaysia lahir, diisytiharkan pada 16 September 1963

BRUNEI MENARIK DIRI

Sultan Omar Ali Saifuddin membatalkan rancangan menyertai Malaysia

Peringkat awal, Brunei menegaskan secara terbuka bahawa tiga sebab pembentukan Malaysia yang baik bagi Brunei ialah:(i) Mempercepatkan kemerdekaan(ii) Menguatkan benteng pertahanan daripada ancaman komunis (iii) Memberi bantuan kepada bahagian yang kurang maju

Berikut merupakan tuntutan yang menjadi syarat penyertaan Brunei dalam Malaysia:(i) Bilangan kerusi Dewan Rakyat dan Parlimen(ii) Kuasa ke atas minyak dan galian lain(iii) Autonomi kewangan(iv) Pelaburan asal Brunei(v) Kaedah percukaian(vi) Autoriti dalam bidang pendidikan dan kebajikan(vii) Hal-hal keagamaan(viii) Soal kerakyatan(ix) Keselamatan Brunei (yang perlu dipastikan terjamin)(x) Kedudukan sultan dan status negeri Brunei dalam Malaysia

Terdapat tiga perkara yang tidak dapat diselesaikan iaitu:(i) Kedudukan Sultan Brunei dalam Majlis Raja-Raja Melayu(ii) Status negeri Brunei dalam Malaysia(iii) Soal kewangan yang menyangkut soal royalti minyak dan

melibatkan formula bayaran (jumlah, tempoh dan kadar) serta tentang nomenclature atau istilah rasmi bagi bayaran itu

50

Page 51: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kebuntuan perundingan akibat perbezaan asas rujukan ini disampaikan oleh Ghazali Shafie dengan tepat:

“Apa yang gagal adalah soal kewangan … Kuala Lumpur dilihat sebagai ‘oktopus lapar’ … Namun, semua perara tentang ‘Senarai Negeri dan Persekutuan’ sebenarnya akan mengikut (selesai secara sendirinya) jika soal asas tentang status Sultan dalam Malaysia dilunasi. Mungkin, Tunku sendiri, sebagai seorang putera raja memahami cara menyelamatkan air muka seorang putera raja lain meskipun mengakibatkan kekalahan pada diri Tunku sendiri”(Ghazali Shafie: 1998:299)

JAWATANKUASA ANTARA KERAJAAN (JAK)

Ditugaskan untuk mengumpul dan membandingkan pelbagai pandangan tentang Malaysia di ketiga-tiga wilayah yang terlibat

Anggota perwakilan adalah seperti yang berikut.

Perwakilan Tanah Melayu Perwakilan Singapura

Mohd. Khir bin Johari (Ketua)Mohd. Ismail bin Mohd. YusoffDr. Burhanuddin Al-HelmyLee Siok YewV. ManickavasagamSyed Isa bin AlweeAbdul Ghani bin Ishak

Lee Kuan Yew (Ketua)Ahmad bin IbrahimS. RajaratnamDato’ Abdul Hamid Haji Jumat

Perwakilan Borneo Utara

(Sabah)

Perwakilan Sarawak

Datu Mustapha bin Datu Harun (Ketua)Phang Tet TsungG. S. SundangLai En Kong

Yeo Cheng Heo (Ketua)Temenggung Jugah anak BariengAbang Haji Openg Abang SapieePengarah Montegrai anak TugangLim Beng SiewJames Wong Kim MinRemigius Durin anak Nganau

Perwakilan Brunei (selaku Pemerhati)

Dato’ Setia Pangeran Mohd Ali bin Pangeran Haji Mohd Daud (Ketua)Dato’ Setia Pangeran Haji Mohd Yusof bin Pangeran Haji Abdul RahimHaji Jamil bin Pehin Udana Khatib Awang Haji UmarPehin Dato’ Temenggung Lim Cheng Cheng ChooDato’ Abdul Aziz Haji Mohamed Zain

51

Page 52: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Keputusan:(i) Satu suruhanjaya dibentuk bagi meninjau pandangan rakyat

Sarawak dan Sabah tentang cadangan pembentukan Malaysia(ii) Malaysia yang dicadangkan itu mempunyai sebuah Kerajaan

Persekutuan yang kuat dan berkuasa dalam bidang perhubungan luar, pertahanan dan keselamatan

(iii) Perwakilan di Parlimen tidak dibuat berasaskan bilangan penduduk di dalam sesebuah kawasan, tetapi luas kawasan juga diambil kira

(iv) Pembahagian kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri dipersetujui, tetapi Sabah dan Sarawak diberi beberapa kuasa istimewa termasuk dalam bidang imigresen

(v) Agama Islam menjadi agama rasmi Persekutuan dan bahasa Melayu dijadikan bahasa rasmi

(vi) Kedudukan istimewa kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak dikekalkan

Pendirian parti politik di Sabah dan Sarawak

Parti Yang Menyokong Sebab

USNO (Sabah)PANAS (Sarawak)Barjasa (Sabah)

Menjamin perkembangan dan perubahan taraf hidup, pendidikan, ekonomi dan politik penduduk bumiputera

Parti Yang Menentang Sebab

UNKO (Sabah)Pasok Momogun (Sabah)PESAKA (Sarawak)SNAP (Sarawak)SUPP (Sarawak)

Bimbang penguasaan orang Melayu terhadap penduduk di Sabah dan Sarawak

Bimbang kepentingan ekonomi akan terjejas

Sabah dan Sarawak diberi kemerdekaan terlebih dahulu sebelum menyertai Persekutuan

SURUHANJAYA COBBOLD Keanggotaan dan bidang tugas Suruhanjaya Cobbold, 1962

AHLI SURUHANJAYA

Lord Cobbold (Pengerusi)Sir Anthony Abell (United Kingdom)Sir David Watherson (United Kingdom)Mohd. Ghazali bin Shafie (Tanah Melayu)Wong Pow Nee (Tanah Melayu)

BIDANG TUGAS

52

Page 53: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Meninjau pandangan penduduk di Sabah dan Sarawak tentang rancangan Malaysia

Menilai kesemua pandangan yang diberi

Membuat syor-syor yang bersesuaian

MALAYSIA HADAPI TENTANGAN LUAR

Terdapat dua buah negara menentang isu Malaysia iaitu:(i) Filipina

Presiden Macapagal mendakwa Sabah adalah asalnya sebahagian daripada milik Filipina

Memutuskan hubungan diplomatik antara Filipina dengan Malaya

(i) Indonesia Presiden Sukarno melancarkan dasar konfrontasi

terhadap Malaya pada 20 Januari 1963 Alasan: pihak Kuala Lumpur telah membelakangkan

Indonesia dalam perancangan Malaya hendak menubuhkan negara baru, sedangkan Indonesia adalah negara jiran dan sahabat Malaya – Sukarno kecil hati dan mendakwa Malaysia satu bentuk struktur politik yang akan membelakangkan kepentingan Indonesia dan akan melemahkan semangat kenusantaraaan Melayu

Analisis sejarah: kegagalan rancangan Sukarno untuk menubuhkan empayar Indonesia Raya dan sebagai taktik untuk mengalihkan pandangan rakyatnya daripada beberapa masalah dalaman yang sedang melanda Indonesia ketika itu

1965, Parti Komunis Indonesia (PKI) gagal dalam usahanya merampas kuasa di Indonesia dan Sukarno digulingkan, kemudiannya digantikan oleh Jeneral Suharto

Regim ini mengusahakan perdamaian – Ogos 1966, perjanjian ditandatangani antara Malaysia – Indonesia oleh Menteri Luar masing-masing

SINGAPURA KELUAR DARI MALAYSIA

Pelbagai peristiwa dalaman berlaku menyebabkan timbulnya permusuhan dalaman dan konflik antara Singapura – Tanah Melayu

Dua tahun selepas pembentukan Malaysia, orang Melayu dan Cina di Malaysia dan Singapura mengalami polarisasi kaum yang serius

Parti Tindakan Rakyat (Singapura) dan Perikatan (Tanah Melayu) mewujudkan konflik antara kerajaan Singapura dan kerajaan pusat Malaysia

53

Page 54: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Bermula dengan pilihan raya pertama Malaysia pada 1964, Lee Kuan Yew (Parti Tindakan Rakyat) memperkecil-kecilkan pemimpin Malayan Chinese Association (MCA)

Parti Tindakan Rakyat meminta sokongan rakyat Cina untuk memaksa pemimpin UMNO mengubah layanan sosial dan ekonomi mereka terhadap penduduk bandar

UMNO menganggap ia sebagai serangan langsung terhadap orang Melayu dan hak keistimewaan orang Melayu dan kempen Lee Kuan Yew ini dianggap sebagai usaha memecah-belahkan persefahaman dengan Perikatan

Julai 1964, ketegangan kaum jelas dengan tercetusnya rusuhan kaum pada 21 Julai 1964 dan 2 Sept 1964

27 April 1965 – satu konvensyen untuk membentuk satu United Opposition Front (Barisan Pembangkang Bersatu) bagi memperjuangkan persamaan hak

Lee Kuan Yew juga memulakan kempen “Malaysia untuk Orang Malaysia” – tidak ada sesiapa kaum berhak mendakwa lebih asli daripada kaum-kaum lain

9 Mei 1965, Konvensyen Perpaduan Malaysia (KPM) diadakan bagi menyatukan orang Cina dan orang Melayu

Tan Siew Sin dan Senator T.H. Tan merupakan pemimpin MCA yang mencadangkan agar Singapura keluar daripada Malaysia

7 Julai 1965, Lee Kuan Yew dan Tunku Abdul Rahman menandatangani perjanjian perpisahan Malaysia – Singapura

9 Ogos 1965 – Parlimen meluluskan rang undang-undang perpisahan Malaysia – Singapura

Singapura keluar daripada Malaysia dan menubuhkan sebuah kerajaan Republik

Perlembagaan merupakan sekumpulan undang-undang yang penting dan tertinggi dalam sesebuah negara. Perlembagaan bukan sahaja menjadi undang-undang tertinggi malah menjadi sumber rujukan undang-undang lain

Secara umum, Perlembagaan mengandungi dua perkara asas:(i) Prinsip, corak dan fungsi badan-badan pemerintahan atau

organisasi kerajaan(ii) Prinsip umum tentang hak asasi rakyat, agama, bahasa, pilihan

raya dan sebagainya

Matlamat Perlembagaan

Tujuan Perlembagaan diwujudkan adalah untuk:(i) Menjamin keamanan dan kestabilan politik, sosial dan ekonomi(ii) Menentukan tugas dan fungsi badan-badan kerajaan agar dapat

berfungsi dengan teratur dan tidak bertindih(iii) Melindungi kepentingan dan hak asasi rakyat(iv) Mengelakkan penyalahgunaan kuasa pihak kerajaan

54

4. PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Page 55: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kewujudan Perlembagaan yang dapat menjamin dan mempertahankan semua kaum yang menjadi rakyat sesebuah negara

Latar Belakang Perlembagaan

Perlembagaan yang awal digubal untuk Tanah Melayu selepas Perang Dunia Kedua ialah Perlembagaan Malayan Union 1946, namun telah dibantah oleh orang-orang Melayu lalu dibubarkan

Perlembagaan baru digubal menggantikan Malayan Union ialah Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1948

Perlembagaan yang diguna pakai hari ini ialah Perlembagaan Malaysia yang digubal oleh Suruhanjaya Reid tahun 1956 dan berkuat kuasa pada tahun 31 Ogos 1957. Pada tahun 1963, Perlembagaan dipinda bagi memasukkan peruntukan tertentu untuk Sabah dan Sarawak akibat penubuhan Malaysia

Jenis-jenis Perlembagaan

Secara umumnya, Perlembagaan di dunia hari ini boleh diklasifikasikan kepada dua kategori:(i) Perlembagaan Bertulis – Malaysia, Amerika Syarikat dan

Indonesia(ii) Perlembagaan Tidak Bertulis - Britain

Perlembagaan juga diklasifikasikan mengikut sistem pemerintahan kerajaan yang wujud. Contohnya kerajaan demokratik yang memastikan perlembagaannya bercorak demokrasi dengan menekankan soal hak asasi, kebebasan dan konsep persamaan

Perlembagaan Malaysia adalah bertulis dan mengambil kira ciri-ciri yang berikut sewaktu digubal:(i) Jenis kerajaan, iaitu bentuk Persekutuan. Wujud satu

Perlembagaan Persekutuan dan Perlembagaan Negeri-negeri(ii) Sistem kerajaan juga berasaskan demokrasi yang mewujudkan

fungsi badan kerajaan, hak asasi rakyat, sistem pilihan raya dan fungsi badan Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

(iii) Masyarakat majmuk – wujud pakatan murni antara orang Melayu dengan bukan Melayu, iaitu hak istimewa orang Melayu diakui dan soal kerakyatan dilonggarkan agar tercapai integrasi nasional

(iv) Konsep ketertinggian Perlembagaan

Konsep Ketertinggian Perlembagaan

Perlembagaan sebagai undang-undang yang tertinggi dan menjadi rujukan undang-undang yang lain

Undang-undang tertinggi bermaksud kedudukan institusi perlembagaan lebih tinggi daripada badan pemerintah sama ada badan perundangan, pentadbiran atau kehakiman

Contoh yang jelas:(i) Parlimen tidak boleh meluluskan undang-undang yang

bercanggah dengan Perlembagaan Malaysia

55

Page 56: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Pihak pentadbiran menjalankan tugas selaras dengan kehendak Perlembagaan

(iii) Pihak kehakiman dalam menjalankan tugas merujuk kepada Perlembagaan dan boleh membatalkan undang-undang yang bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan

Malaysia mengamalkan konsep ketertinggian Perlembagaan dan bukannya ketertinggian Parlimen seperti di Britain. Walaupun Malaysia mengambil sistem demokrasi berparlimen jenis Westminister dari Britain, namun Perlembagaan Malaysia tetap berbeza daripada Britain kerana Perlembagaan Malaysia disesuaikan dengan suasana sosiopolitik dan sosiobudaya masyarakat majmuk di negara ini

Jenis Perlembagaan Malaysia

Perlembagaan Malaysia terdiri daripada:(i) Satu Perlembagaan Persekutuan(ii) 13 Perlembagaan Negeri-negeri

Kerajaan Persekutuan menggubal undang-undang berdasarkan Senarai Persekutuan melalui badan perundangannya, Parlimen

Kerajaan Negeri membuat undang-undang berdasarkan Senarai Negeri melalui Dewan Undangan Negeri masing-masing

Namun, kedua-dua badan perundangan itu berkuasa dan boleh menggubal undang-undang dalam Senarai bersama

Senarai Bidang Kuasa Menurut Perlembagaan

Senarai Persekutuan Senarai Negeri Senarai Bersama

1. Keselamatan Dalam Negeri2. Hal-ehwal Luar Negeri3. Kewangan4. Pendidikan5. Undang-undang Sivil, Jenayah dan Pentadbiran Keadilan6. Kewarganegeraan Persekutuan7. Pertahanan8. Jentera Kerajaan9. Kesihatan10. Perdagangan dan Perusahaan11. Buruh12. Perkapalan13.Perhubungan dan Pengangkutan

1. Hal-ehwal Agama Islam2. Tanah3. Kerajaan Tempatan4. Pertanian dan Hutan5. Jentera Kerajaan Negeri6. Hari Kelepasan Negeri7. Penyu dan Ikan di Sungai8. Kerja-kerja Negeri dan Bekalan Air9. Perpustakaan dan Muzium

1. Biasiswa2. Kebajikan Masyarakat3. Ternakan4. Perlindungan Binatang Liar5. Perancangan Bandar dan Kampung6. Perparitan dan Pengairan7. Kebudayaan dan Sukan8. Perumahan9.Kesihatan dan Pencegahan Penyakit

56

Page 57: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

14. Akhbar dan Penapisan15. Perikanan 16. Perumahan17. Pelancongan18. Kebajikan Orang Asli19. Perkhidmatan Bomba20. Hari Kelepasan Am

KANDUNGAN PERLEMBAGAAN PERSEKUTUAN

Perlembagaan Persekutuan mempunyai 183 Perkara yang diagihkan kepada 15 Bahagian

Perlembagaan Persekutuan mengandungi pelbagai aspek pentadbiran dan hak asasi rakyat termasuk aspek:(a) Kebebasan Asasi(b) Bahasa Kebangsaan(c) Agama Persekutuan(d) Kewangan(e) Badan Eksekutif/pemerintah(f) Badan Perundangan (g) Badan Kehakiman(h) Hak Istimewa Orang Melayu(i) Kewarganegaraan(j) Pilihan Raya(k) Pindaan Perlembagaan

Kandungan Perlembagaan Persekutuan

Bahagi

an

Tajuk Perkara

123456789

10

Negeri-negeri, agamaKebebasan asasiKewarganegaraanPersekutuanNegeri-negeriPerhubungan antara Persekutuan dengan negeri-negeriPeruntukan-peruntukan kewangan Pilihan rayaKehakiman

1 - 45 - 13

14 - 3132 - 6970 - 7273 - 95

96 - 112113 - 120121 - 131132 - 148

57

Page 58: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

11

1212A131415

Perkhidmatan awamKuasa-kuasa khas menentang perbuatan subversif dan kuasa –kuasa daruratAm dan pelbagaiPerlindungan tambahan bagi negeri-negeri Sabah dan SarawakPeruntukan Sementara dan PeralihanPerkecualian bagi kedaulatan raja-rajaProsiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan raja-raja (Pindaan dan tambahan 1993)

149 - 151

152 - 160161 - 161162 - 180

181182 - 183

PERUNTUKAN PENTING DALAM PERLEMBAGAAN

1. Kebebasan Asasi Perkara kebebasan asasi diperuntukkan dalam Perlembagaan

Bahagian 2, Perkara 5 – 13, iaitu seperti yang berikut:

(a) Perkara 5 – kebebasan diri dan nyawa yakni tidak boleh diambil nyawa atau disekat kebebasan melainkan menurut undang-undang. Jika ditahan, seseorang itu perlu dimaklumkan sebab penangkapannya. Dia dibenarkan dibela oleh peguam yang dipilihnya dan tidak boleh ditahan lebih dari 24 jam kecuali selepas dihadapkan kepada seorang majistret untuk mendapatkan perintah tahanan

(b) Perkara 6 – pengabdian dan kerja paksa, yakni individu tidak boleh dilayan sebagai abdi atau diarah melakukan kerja paksa, melainkan jika kerahan tenaga diluluskan oleh Parlimen

(c) Perkara 7 – perlindungan daripada undang-undang jenayah berkuat kuasa kebelakangan dan perbicaraan berulang – bermakna individu tidak boleh didakwa semula atas kesalahan yang sama jika telah dibebaskan oleh mahkamah

(d) Perkara 8 – bermaksud setiap warganegara adalah sama rata dari sudut undang-undang dan tidak boleh berlaku diskriminasi kerana faktor agama, kaum atau keturunan dalam usaha menjawat sesuatu jawatan atau memiliki harta atau menjalankan sesuatu pekerjaan. Walaupun demikian, Perkara

58

Page 59: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

153 Perlembagaan merupakan pakatan murni antara kaum yang membenarkan hak istimewa kepada orang Melayu dan kaum bumiputera di Sabah dan Sarawak.

(e) Perkara 9 – larangan dibuang negeri dan kebebasan bergerak dalam Persekutuan dan tidak boleh dibuang negeri atau dilarang memasuki Persekutuan. Walaupun demikian, kerajaan boleh menahan atau membuang daerah individu atas dasar keselamatan negara atau kerana hukuman kesalahan

(f) Perkara 10 – kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan. Setiap individu bebas memberikan pandangan, berkumpul dan berpersatuan. Namun, terdapat larangan mengkritik isu-isu sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dan kedudukan agama Islam kerana orang yang tidak mematuhi larangan itu boleh didakwa di bawah Akta Hasutan 1948

(g) Perkara 11 – menganut agama yakni setiap individu berhak menganut dan mengamalkan agama dan kepercayaannya

(h) Perkara 12 – hak yang sama dalam mendapatkan pelajaran tanpa diskriminasi kaum atau keturunan atau agama

(i) Perkara 13 – hak memiliki harta yakni tidak ada individu boleh dirampas hartanya menurut undang-undang melainkan bayaran pampasan diberikan

Hak asasi individu boleh dibahagikan kepada dua kategori:

(i) Kebebasan mutlak seperti yang berikut:(a) Kebebasan daripada abdi(b) Hak seorang yang ditangkap diberitahu sebab penangkapan(c) Hak habeas corpus jika ia ditahan secara tidak sah(d) Hak mendapat khidmat guaman(e) Hak dihadapkan segera kepada seorang majistret(f) Hak memiliki harta dan tidak boleh dirampas melainkan

dibayar pampasan(g) Kebebasan memiliki harta

(ii) Kebebasan bersyarat seperti yang berikut:(a) Hak kepada nyawa dan kebebasan diri(b) Kebebasan daripada kerja paksa(c) Hak sama rata dari segi undang-undang(d) Kebebasan bergerak dan mastautin

59

Page 60: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(e) Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuhkan persatuan

(f) Kebebasan beragama(g) Kebebasan memiliki harta

Walaupun terdapat jaminan kebebasan dan hak asasi rakyat, namun terdapat undang-undang yang dianggap boleh menyekat hak asasi tersebut. Contohnya:

(i) Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) – boleh menahan individu tidak lebih dari 2 tahun tanpa perbicaraan jika dia dianggap boleh mengancam keselamatan negara

(ii) Akta Universiti dan Kolej (AUKU 1971) – melarang pelajar terlibat dalam politik(iii) Akta Darurat 1979 – melarang perbuatan subversif, tindakan

keganasan dan sebagainya yang boleh mengancam keamanan(iii) Akta Hasutan 1948 – melarang ucapan yang menyentuh isu-isu

sensitif seperti hak istimewa orang Melayu, kewarganegaraan, kedudukan agama Islam, bahasa dan kedudukan raja-raja

2. Kewarganegaraan Peruntukan tentang kewarganegaraan dinyatakan secara jelas dalam

Perlembagaan Persekutuan Bahagian 3, Perkara 14 – 31 Terdapat empat cara mendapatkan kewarganegaraan

(i) Kuatkuasa undang-undang – syarat perolehan

kewarganegaraan

- Setiap individu boleh memperoleh kewarganegaraan secara

automatik jika:

(a) Orang yang lahir sebelum Hari Malaysia (16 September

1963) termasuklah:

(i) Warganegara Persekutuan Tanah Melayu sebelum 31 Ogos 1957 secara kuat kuasa undang-undang, pendaftaran atau kemasukan wilayah

(ii) Lahir antara 31 Ogos 1957 hingga Oktober 1962 dan ibu atau bapanya ialah warganegara atau pemastautin tetap di Malaysia

(iii) Lahir di Tanah Melayu (Malaya) pada atau selepas merdeka dan bapanya warganegara atau sedang berkhidmat dengan kerajaan serta kelahiran itu didaftarkan dengan pejabat konsul Persekutuan

(iv) Orang yang bermastautin di Sabah, Sarawak atau Brunei pada Hari Malaysia dan menjadi warganegara United Kingdom dan tanah jajahan atau lahir sebelum hari Malaysia di Sabah dan Sarawak dan menjadi warganegara secara pendaftaran atau naturalisasi

60

Page 61: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(b) Orang yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia termasuk:

(i) Orang yang lahir di Malaysia dan ibu atau bapanya warganegara atau pemastautin tetap

(ii) Orang yang lahir di luar Malaysia dan bapanya warganegara, lahir di Persekutuan atau dalam perkhidmatan kerajaan

(iii) Orang yang lahir di luar Malaysia, bapanya warganegara dan kelahirannya didaftarkan di pejabat konsul

- Secara umum, mereka yang lahir pada atau selepas Hari Malaysia adalah mengikut prinsip Jus Soli

- Individu yang lahir dalam kapal atau kapal terbang sewaktu berada dalam ruang udara antarabangsa atau laut antarabangsa berhak mendapat kewarganegaraan dengan syarat ia didaftarkan di Malaysia

(ii) Pendaftaran

- Kewarganegaraan boleh diperolehi secara pendaftaran dengan syarat-syarat yang berikut:

(a) Isteri warganegara – syaratnya:(i) Suami warganegara Malaysia(ii) Telah menetap di Malaysia sekurang-kurangnya dua

tahun(iii) Berniat untuk bermastautin tetap(iv) Perkahwinannya didaftarkan di Malaysia

(b) Anak warganeg ara – syaratnya:(i) Ibu atau bapanya warganegara Malaysia(ii) Umur kurang daripada 21 tahun

(c) Individu yang lahir di Malaysia sebelum Hari Merdeka - syaratnya:

(i) Telah tinggal di Malaysia sekurang-kurangnya 7 tahun(ii) Berniat tinggal tetap(iii) Boleh menguasai bahasa Melayu

(d) Individu yang bermastautin di Sabah dan Sarawak pada Hari Malaysia – syaratnya:

(i) Berusia lebih 18 tahun(ii) Kelakuan baik(iii) Boleh bertutur bahasa Inggeris

(iii) Permohonan atau Naturalisasi

- Individu yang berumur 21 tahun ke atas dan bukan warganegera boleh memohon kerakyatan dengan syarat:(a) Telah bermastautin di Persekutuan bagi tempoh 10

tahun daripada 12 tahun sebelum tarikh permohonan

61

Page 62: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(b) Berniat tinggal tetap(c) Berkelakuan baik(d) Boleh menguasai bahasa Melayu

- Individu juga perlu menjalani sumpah taat setia kepada Yang di-Pertuan Agong

(iv) Percantuman Wilayah

- Kewarganegaraan seperti ini pernah diberikan kepada warganegara Singapura, United Kingdom yang tinggal di Sabah atau Sarawak dan rakyat Sabah dan Sarawak

- Perkara 22 membenarkan jika sesuatu wilayah baru menyertai Persekutuan, Parlimen boleh menentukan rakyat negara berkenaan, menjadi warganegera Malaysia dari tarikh mereka mula menjadi warganegara

Penamatan Kewarganegaran Kewarganegaraan seseorang individu boleh ditamatkan melalui dua

kaedah:

(i) Penolakan – individu boleh secara sukarela menolak kewarganegaraannya dengan syarat::

(a) Berumur 21 tahun ke atas(b) Sempurna akal atau tidak gila(c) Dia telah atau ingin mendapatkan kerakyatan negara lain(d) Malaysia tidak menghadapi peperangan ketika permohonan

penolakan dibuat melainkan dengan kelulusan kerajaan 4

(ii) Pelucutan – individu boleh dilucutkan kewarganegaraan menurut Perkara 24 jika:

(a) Individu telah memperoleh kewarganegaraan asing(b) Wanita yang memperoleh kewarganegaraan melalui

perkahwinan dengan bukan warganegara Malaysia(c) Individu didapati tidak taat setia kepada negara(d) Sewaktu peperangan, individu berkenaan menjalankan

perniagaan atau membuat perhubungan dengan negara musuh

(e) Individu yang mendapat kewarganegaraan secara pendaftaran atau masukan wilayah didapati bersalah dalam kes mahkamah dan dihukum penjara tidak kurang 1 tahun atau didenda tidak kurang RM5 000.00 dalam tempoh 5 tahun mendapat kewarganegaraan

(f) Individu yang bermastautin di negara asing dalam tempoh melebihi 5 tahun tanpa mendaftar diri di pejabat konsul Persekutuan

(g) Individu memperoleh kewarganegaraan secara penipuan, keterangan palsu atau menyembunyikan fakta sebenar

3. Agama Persekutuan

Perlembagaan Persekutuan Perkara 3 jelas menyatakan Islam sebagai agama Persekutuan atau agama rasmi Malaysia

62

Page 63: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Agama-agama lain boleh diamalkan secara aman dan damai di mana-mana bahagian Persekutuan

Yang di-Pertuan Agong merupakan ketua agama Islam bagi:(i) Negeri baginda sendiri(ii) Wilayah Persekutuan(iii) Sabah dan Sarawak(iv) Pulau Pinang dan Melaka

Raja-raja menjadi ketua agama Islam bagi negeri masing-masing Setiap individu berhak mengamalkan agama anutannya dan

mengembangkannya, namun terdapat larangan bagi orang bukan Islam menyebarkan agama mereka ke atas orang Islam

4. Bahasa Kebangsaan

Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan jelas menyatakan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara

Bahasa-bahasa yang lain boleh digunakan dalam majlis tidak rasmi atau waktu pembelajaran

Bahasa Inggeris masih dibenarkan diguna pakai dalam tempoh 10 tahun selepas merdeka bagi:(i) Perbicaraan Mahkamah Atasan(ii) Sidang Parlimen dan Dewan Undangan Negeri

Bahasa Inggeris juga dibenarkan penggunaannya dalam:(i) Hubungan dengan negara luar(ii) Laporan Jabatan Hasil Dalam Negeri(iii) Pengajaran dalam bidang perubatan, sains dan teknologi(iv) Latihan oleh pakar-pakar asing

5. Hak Istimewa Orang Melayu

Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan fasal hak istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

Ini adalah hasil pakatan murni orang Melayu memberikan prinsip Jus Soli kepada sesiapa sahaja yang lahir di Tanah Melayu selepas merdeka dan orang bukan Melayu mengiktiraf hak istimewa orang Melayu

Hak istimewa ini meliputi aspek:(i) Jawatan dalam perkhidmatan awam(ii) Biasiswa (iii) Pengeluaran lesen dan permit(iv) Kuota kemasukan ke universiti

PINDAAN PERLEMBAGAAN

Perkara 159 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan Pindaan Perlembagaan dan perlembagaan ini boleh dipinda oleh Parlimen serta tidak memerlukan referendum rakyat

63

Page 64: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Terdapat empat kaedah pindaan Perlembagaan:(a) Pindaan yang memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga (2/3)

Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja(b) Persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen dan

kelulusan Yang Dipertua Sabah dan Sarawak(c) Persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen(d) Persetujuan lebih suara

Pindaan yang memerlukan persetujuan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen dan persetujuan Majlis Raja-raja termasuk dalam soal: (a) Majlis Raja-raja (Perkara 38)(b) Kewarganegaraan (Perkara 14 – 31)(c) Keutamaan Ketua Negara dan Raja Permaisuri (Perkara 70) dan

Ketua-ketua Negeri (Raja-raja) dan Yang Dipertua Negeri (Perkara 70)

(d) Kedudukan istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak (Perkara 153)

(e) Pindaan Perlembagaan (Perkara 159)(f) Perubahan sempadan negeri

Pindaan yang memerlukan majoriti dua pertiga (2/3) Majlis Parlimen dan persetujuan Yang Dipertua Negeri menyentuh soal:(a) Kedudukan dan bidang kuasa hakim Mahkamah Tinggi di Sabah

dan Sarawak(b) Kerakyatan orang yang lahir sebelum Hari Malaysia yang

mempunyai perhubungan dengan Sabah dan Sarawak(c) Perkara yang berkaitan kuasa negeri, agama, bahasa dan hak

istimewa orang Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak

Pindaan yang memerlukan lebih suara melibatkan:(a) Pindaan tentang kemasukan atau gabungan negeri-negeri dengan

Persekutuan(b) Pindaan Jadual 2, 6 dan 7, Bahagian III tentang kewarganegaraan,

bentuk sumpah, ikrar, pemilihan dan persaraan ahli Dewan Negara serta persempadanan pilihan raya

Pindaan yang melibatkan majoriti suara dua pertiga (2/3) ahli Majlis Parlimen ialah perkara-perkara yang tidak disebut dalam mana-mana tiga cara di atas.

Perlembagaan Negeri

Setiap negeri dalam Malaysia mempunyai perlembagaannya sendiri dan segala kuasa mereka diakui oleh Perlembagaan Persekutuan

Badan Perundangan Negeri boleh menggubal dan meminda undang-undang yang berkaitan dengan Senarai Negeri dan Senarai Bersama dalam Perlembagaan Persekutuan

Perlembagaan Negeri yang digubal tidak boleh bercanggah dengan Perlembagaan Persekutuan. Perlembagaan Negeri akan terbatal dengan sendiri setakat mana ia bercanggah

64

Page 65: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Perkara 71 (4) menjelaskan bahawa Perlembagaan Negeri menyentuh pelantikan dan kedudukan raja, Yang Dipertua Negeri, Dewan Undangan Negeri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, peruntukan kewangan, layanan sama rata kepada pekerja dan pindaan Perlembagaan Negeri

Perlembagaan Negeri menjelaskan fungsi eksekutif daripada raja atau Yang Dipertua Negeri (Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak) dan ahli Majlis Mesyuarat Negeri (ECO) yang diketuai oleh Menteri Besar atau Ketua Menteri (negeri yang tidak beraja)

Perlembagaan Negeri juga menjelaskan fungsi dewan sekamar atau Dewan Undangan Negeri yang terdiri daripada Raja atau Yang Dipertua Negeri dan ahli-ahli yang dipilih melalui pilihan raya

Islam menjadi agama rasmi negeri-negeri yang beraja dan negeri Sabah

Kedudukan raja dan Yang di-Pertuan Agong dinyatakan syaratnya seperti yang berikut:(a) Berbangsa Melayu(b) Menganut agama Islam(c) Mengamal agama Islam

Kedudukan Setiausaha Kerajaan Negeri pula:(a) Berbangsa Melayu(b) Menganut agama Islam

Negeri-negeri yang beraja masih menetapkan syarat seorang Menteri Besar ialah:(a) Berbangsa Melayu(b) Menganut agama Islam

Namun, negeri-negeri lain yang tidak beraja tidak memperuntukkan sedemikian.

Setiap negeri mempunyai:(a) Sebuah Jabatan Hal-ehwal Agama Islam (b) Mahkamah Kadi(c) Peruntukan undang-undang bagi mendaftar perkahwinan,

perceraian dan pembatalan perceraian orang Islam(d) Undang-undang pentadbiran hukum syarak

Pindaan Perlembagaan Negeri

Undang-undang negeri terdapat dua kategori:(a) Boleh dipinda dengan syarat mendapat persetujuan daripada dua

pertiga (2/3) Dewan Undangan Negeri dan persetujuan Ketua Menteri

(b) Tidak boleh dipinda meliputi aspek:(i) Warisan takhta kerajaan (ii) Kedudukan para pembesar(iii) Kedudukan pembesar adat Melayu(iv) Perlantikan waris takhta, permaisuri dan pemangku raja

65

Page 66: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(v) Pemecatan atau penurunan takhta raja atau waris(vi) Kurniaan pangkat, gelaran kehormatan dan bintang

kebesaran

PROSES PILIHAN RAYA

Sebab Pilihan Raya Diadakan Pilihan raya umum diadakan di Malaysia bagi memilih:

(i) Ahli Dewan Rakyat(ii) Ahli Dewan Undangan Negeri

Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa Parlimen boleh membuat undang-undang supaya ahli-ahli Dewan Negara yang mewakili negeri dipilih terus oleh pengundi-pengundi negeri itu

Pilihan raya pernah diadakan di negara Malaysia bagi memilih Kerajaan Tempatan sehingga 1964

Jenis Pilihan Raya Terdapat dua jenis pilihan raya iaitu:

(i) Pilihan raya umum – lima tahun sekali(ii) Pilihan raya kecil (by-election) – kematian / tindakan mahkamah

Cara Pilihan Raya Diadakan Dibuat secara sulit Berdasarkan prinsip seorang seundi Diuruskan oleh sebuah badan khas dan bebas iaitu Suruhanjaya

Pilihan Raya (SPR) Telah diadakan: 1959, 1964, 1969, 1974, 1978, 1982, 1986, 1990,

1995, 1999 dan 2004

Pembentukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong selepas berunding dengan Majlis

Raja-raja Mengandungi 1 pengerusi, 1 timbalan pengerusi dan 3 orang ahli lain Seorang daripadanya hendaklah dari Sabah / Sarawak secara giliran

mengikut Akta Malaysia 1963 Dalam perlantikan suruhanjaya itu, Yang di-Pertuan Agong hendaklah

mempertimbangkan mustahaknya diadakan satu Suruhanjaya Pilihan Raya yang mendapat kepercayaan awam

Untuk menjalankan tugasnya, SPR menubuhkan sebuah urus setia yang diketuai oleh Setiausaha SPR yang dibantu oleh sekumpulan ahli perkhidmatan awam

Syarat-Syarat Perkhidmatan Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya Mereka akan memegang jawatan sehingga berumur 65 tahun Boleh meletakkan jawatan pada bila-bila masa tetapi tidak boleh

dipecat daripada jawatan kecuali atas alasan dan dengan cara yang sama seperti memecat seorang hakim Mahkamah Persekutuan

Mereka akan kehilangan kelayakan jika:

66

Page 67: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(i) Menjadi bangkrap(ii) Memegang jawatan bergaji yang lain(iii) Menjadi ahli Parlimen atau Dewan Undangan Negeri

Saraan mereka ditetapkan oleh Parlimen dan dipertanggungjawab kepada Kumpulan Wang Disatukan

Saraan dan syarat-syarat perkhidmatan yang lain tidak boleh diubah menjadi kurang baik bagi seseorang ahli selepas perlantikannya

Tugas Utama Suruhanjaya Pilihan Raya Mempersempadankan bahagian-bahagian pilihan raya Menjalankan pendaftaran pengundi Mengelolakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil

Persempadanan Bahagian Pilihan Raya SPR hendaklah mengkaji semula bahagian-bahagian pilihan raya dari

semasa ke semasa Hendaklah ada tempoh tidak kurang daripada 8 tahun antara tarikh

siapnya suatu kajian semula dengan tarikh bermulanya kajian semula yang kemudian

Usaha kajian semula ini mesti disiapkan dalam tempoh 2 tahun Bahagian-bahagian pilihan raya mesti disempadankan mengikut

prinsip-prinsip di bawah:(i) Tidak memasuki sempadan negeri(ii) Ada kemudahan pentadbiran bagi pendaftaran dan pengundian(iii) Bilangan pengundi di setiap bahagian di dalam sebuah negeri

mesti lebih kurang sama banyaknya kecuali memberi pertimbangan semula luasnya sesuatu bahagian pilihan raya di luar bandar

(iv) Pentingnya memelihara hubungan tempatan

Sebagai prosedur bagi mempersempadankan bahagian pilihan raya:

(i) SPR hendaklah mengumumkan syornya mengenai perubahan melalui Warta Kerajaan dan akhbar

(ii) SPR hendaklah menyiasat rayuan daripada kerajaan negeri atau pihak berkuasa tempatan yang berkenaan / golongan pengundi yang tidak kurang daripada 100 orang dari bahagian pilihan raya berkenaan

(iii) SPR hendaklah menghantar laporan mengenai semua perubahan dalam bahagian pilihan raya kepada Perdana Menteri

(iv) Perdana Menteri hendaklah dengan seberapa segera membentangkan laporan ini bersama-sama dengan satu draf perintah di Dewan Rakyat

(i) Dewan Rakyat boleh meluluskan draf perintah ini dengan sokongan majoriti tidak kurang daripada setengah jumlah ahlinya

67

Page 68: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(vi) Yang di-Pertuan Agong akan mengeluarkan satu perintah mengenai perkara ini berdasarkan draf perintah yang telah diluluskan oleh Dewan rakyat

Penyediaan Daftar Pengundi SPR akan menjalankan tugas menyediakan daftar pengundi sekali

setahun Pada setiap tahun, SPR akan menetapkan satu tempoh untuk

mendaftar pengundi yang berkelayakan. Tempoh itu tidak boleh kurang daripada 30 hari dan tidak boleh lebih daripada 60 hari

Setelah pendaftaran berakhir, daftar itu akan disemak oleh pihak SPR Daftar yang telah disemak kemudiannya boleh diperiksa oleh orang

awam

Kelayakan Pengundi Setiap warganegara berhak mendaftarkan diri sebagai pengundi di

satu bahagian pilihan raya jika:(i) Dia mencapai umur 21 tahun pada tarikh kelayakan. Tarikh

kelayakan ditetapkan sebagai sehari terdahulu daripada permulaan tempoh bagi mendaftar pengundi

(ii) Dia bermastautin di bahagian pilihan raya itu pada tarikh kelayakan

Setiap pengundi hanya boleh mendaftar di satu bahagian pilihan raya Seorang pengundi akan kehilangan kelayakan jika:

(i) Pada tarikh kelayakan dia ditahan sebagai orang yang tidak sempurna akal atau menjalani hukuman penjara di dalam Persekutuan

(ii) Sebelum tarikh kelayakan dia telah disabitkan kesalahan di mana-mana bahagian Komanwel dan dijatuhkan hukuman bunuh atau penjara lebih daripada 12 bulan dan pada tarikh kelayakan masih menjalani hukuman itu

Maksud “Pengundi Tidak Hadir” Sebilangan pengundi boleh mengundi melalui pos jika mereka

terdahulu mendaftarkan diri sebagai pengundi tidak hadir di sesuatu bahagian pilihan raya

Pengundi tidak hadir terdiri daripada golongan yang berikut:(i) Anggota tentera serta isteri mereka(ii) Pegawai kerajaan yang bertugas di luar Persekutuan serta isteri mereka(i) Pelajar sepenuh masa di luar Persekutuan serta isteri mereka

Bagaimanapun amalan mengundi melalui pos tidak terhad kepada pengundi tak hadir yang tersebut sahaja bahkan dibenarkan kepada golongan yang berikut: (i) Anggota pasukan polis

68

Page 69: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Orang yang menjalankan tugas rasmi yang berkaitan dengan pilihan raya pada hari pengundian

(iii) Ahli-ahli Suruhanjaya Pilihan Raya(ii) Orang yang ditetapkan dari semasa ke semasa oleh

Suruhanjaya Pilihan Raya

Calon Yang Bertanding Dua calon yang mewakili:

(i) Dewan Undangan Negeri – Ahli DUN(ii) Dewan Rakyat – Ahli Parlimen / Wakil Rakyat

Kelayakan:(i) Warganegara(ii) Berumur 21 tahun dan ke atas

Hilang kelayakan (DUN – seksyen 6 Jadual Kelapan dan Ahli Parlimen – perkara 48)(i) Tidak sempurna akal (ii) Muflis (bangkrap) (iii) Berkhidmat sepenuh masa dalam penrkhidmatan awam(iv) Disabitkan dengan suatu kesalahan dan hukuman penjara tidak

kurang daripada satu tahun atau didenda tidak kurang daripada RM2 000.00 dan tidak mendapat pengampunan

(v) Memperolehi kewarganegaraan lain(iii) Seseorang itu disabitkan melakukan kesalahan berhubung

dengan pilihan raya (iv) Tidak menepati janji untuk menghantar penyata perbelanjaan

pilihan raya bagi Parlimen / Dewan Undangan Negeri yang ia bertanding sebagai calon / wakil pilihan raya dalam tempoh 33 hari selepas disiarkan keputusan pilihan raya

Calon-calon pilihan raya boleh bertanding atas nama parti atau secara individu calon bebas

Syarat-syarat pencalonan:(i) Dikehendaki mengemukakan kertas penamaan calon pada hari penamaan calon(ii) Sebelum hari mengundi, mereka diberi peluang berkempen

untuk mendapatkan sokongan pengundi di kawasan pilihan raya

(iii) Calon yang memenangi pilihan raya akan mewakili kawasannya di Dewan Rakyat / Dewan Undangan Negeri bagi tempoh tidka melebihi lima tahun

Pecahan Keanggotaan Dewan Rakyat Mengikut Negeri

Negeri Keanggotaan

JohorKedah

2015

69

Page 70: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

KelantanMelakaNegeri SembilanPahangPulau PinangPerakPerlisSabahSarawakSelangorTerengganuWilayah Persekutuan, Kuala LumpurWilayah Persekutuan, Labuan

1457

1111233

2028178

111

Proses Pilihan Raya Untuk memulakan proses pilihan raya, SPR akan bermesyuarat bagi

menetapkan dan mengumumkan tarikh penamaan calon serta tarikh pengundian

Tarikh penamaan calon mestilah tidak kurang daripada 4 hari selepas pengumuman oleh SPR

Setiap calon untuk Dewan Rakyat mesti membayar deposit sebanyak RM5 000.00 manakala calon untuk Dewan Undangan Negeri RM3 000.00

Deposit ini akan dikembalikan kepada calon yang memperolehi sekurang-kurangnya 1/8 jumlah undi yang dibuang

Tarikh pengundian mestilah tidak kurang daripada 7 hari selepas tarikh penamaan calon

Pengiraan undi bagi setiap bahagian pilihan raya Parlimen dipusatkan di satu tempat yang berasingan

Pengumuman keputusan akan dibuat sebaik sahaja pengiraan undi diselesaikan

Perbelanjaan setiap calon dalam sesuatu pilihan raya tidak harus melebihi RM50 000.00 bagi Parlimen atau RM30 000.00 bagi Dewan Undangan Negeri

Keputusan Pilihan Raya Tidak ada sesuatu pilihan raya bagi Dewan Rakyat atau Dewan

Undangan Negeri boleh dipersoalkan kecuali dengan rayuan pilihan raya yang diserahkan kepada Mahkamah Tinggi yang mempunyai bidang kuasa di tempat yang berkenaan

Keputusan Mahkamah Tinggi itu adalah muktamad Sekiranya hakim pilihan raya mengisytiharkan sesuatu pilihan raya itu

tidak sah, maka dalam tempoh satu bulan dari keputusan itu, SPR perlu mengadakan semula satu pilihan raya yang lain

PARLIMEN

70

Page 71: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

STRUKTUR DAN KEANGGOTAAN PARLIMEN

Terdapat 3 komponen yang menganggotai Parlimen iaitu:

(i) Yang di-Pertuan Agong

- Menjalankan tugas seperti:(i) Memanggil Parlimen bermesyuarat, memberhentikan

mesyuarat itu atau membubarkan Parlimen(ii) Melantik sebilangan ahli Dewan Negara(iii) Melantik Setiausaha Dewan Rakyat dan Setiausaha Dewan

Negara(iv) Memberi titah ucapan di dalam Parlimen(v) Memperkenankan rang undang-undang yang telah

diluluskan oleh Dewan Rakyat dan Dewan Negara supaya menjadi undang-undang

(ii) Dewan Negara

- Keahlian:(i) Mempunyai 69 orang(ii) Ahli dipilih dari setiap Dewan Undangan Negeri (iii) Ahli lantikan oleh Yang di-Pertuan Agong ialah seramai

43 orang iaitu 2 wakil dari Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan 1 dari Wilayah Persekutuan Labuan

(iv) Tempoh jawatan ahli Dewan Negara ialah selama 3 tahun dan tidak boleh melebihi dua penggal

(v) Dipengerusikan oleh Yang Dipertua Dewan Negara dan Timbalan Yang Dipertua Dewan Negara (dilantik dari kalangan ahli dewan)

(vi) Gelaran ahli ialah Senator

71

YANG DI-PERTUAN AGONG

DEWAN RAKYAT

SPEAKER

DEWAN NEGARA

YANG DIPERTUA

AHLI DEWAN RAKYAT(222) ANGGOTA)

SENATOR

(69 ANGGOTA)

Page 72: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

- Kelayakan:(i) Berumur 30 tahun dan ke atas(ii) Warganegara Persekutuan Malaysia(iii) Bermastautin di Malaysia (iv) Tidak ada kes kesalahan besar

- Kehilangan kelayakan jika:(i) Tidak sempurna akal(ii) Bangkrap(iii) Menjawat jawatan berpendapatan tetap(iv) Disabitkan kesalahan denda tidak kurang RM2 000.00

atau penjara tidak kurang daripada 1 tahun

- Peranan Dewan Negara:(i) Membahaskan rang undang-undang yang diluluskan oleh

Dewan Rakyat (ii) Meminta Dewan Rakyat mengkaji semula rang undang-

undang jika Dewan Negara menangguhkannya(iii) Menggalakkan orang ramai membincangkan rang undang-undang(iv) Badan yang menyemak rang undang-undang

- Kuasa Dewan Negara(i) Berkuasa membuat undang-undang kecil berbanding

dengan Dewan Rakyat (boleh tangguh tetapi tidak boleh tolak)

(ii) Tidak boleh meminda rang undang-undang jika tidak diterima oleh Dewan Rakyat

(i) Boleh menangguhkan rang undang-undang kewangan dalam tempoh 1 bulan sahaja manakala rang undang-undang lain boleh ditangguhkan selama setahun

(iii) Dewan Rakyat- Keahlian:

(i) 180 orang dipilih (172 ahli dari negeri Malaysia, 7 ahli W.P Kuala Lumpur; 1 dari W.P Labuan)

(ii) Diketuai oleh Yang Dipertua (Speaker) dari luar dewan dan dibantu oleh seorang Timbalan Speaker dari kalangan ahli dewan

(iii) Setiausaha Dewan Rakyat

- Kelayakan:(i) Warganegara Malaysia(ii) Tinggal di Malaysia(iii) Berumur 21 tahun dan ke atas(iv) Tidak ada kesalahan besar

- Kehilangan kelayakan jika:(i) Tidak sempurna akal

72

Page 73: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Bangkrap(iii) Menjawat jawatan berpendapatan tetap(iv) Disabitkan kesalahan denda tidak kurang daripada RM2

000.00 atau penjara tidak kurang daripada 1 tahun(v) Memiliki kewarganegaraan lain(vi) Tidak boleh menjadi ahli kedua-dua dewan pada masa

yang sama, sama ada dalam Dewan Rakyat atau Dewan Negara

Perbandingan antara Dewan Rakyat dan Dewan Negara Bezanya:

(i) Anggota Dewan Rakyat dipilih secara langsung oleh rakyat menerusi pilihan raya manakala anggota Dewan Negara dilantik dan bukannya secara langsung oleh rakyat

(ii) Bilangan ahli Dewan Rakyat lebih besar(iii) Perdana Menteri mestilah seorang ahli Dewan Rakyat(iv) Dewan Rakyat mempunyai kuasa mutlak dalam rang undang-

undang kewangan(v) Dewan Rakyat lebih istimewa daripada Dewan Negara

Mesyuarat Parlimen Diadakan setiap 6 bulan Satu penggal bersamaan dengan 5 tahun Setelah Parlimen dibubarkan, pilihan raya umum mesti diadakan

dalam jangka masa 60 hari bagi Semenanjung Malaysia dan 90 hari bagi Sabah dan Sarawak

Persidangan pertama mestilah diadakan dalam tempoh 120 hari selepas pilihan raya

Takwim Parlimen menunjukkan susunan mesyuarat dalam penggal tersebut

Keistimewaan Parlimen termasuklah:

(a) Disebut dalam Perkara 60:(i) Tidak boleh mempersoalkan tentang kesahan(ii) Tidak boleh mendakwa orang yang membuat ucapan dalam Majlis

Parlimen(iii) Tidak boleh mendakwa orang yang menyiarkan perkara

yang di bawah kuasa Majlis Parlimen

BAB 3: JENTERA PENTADBIRAN

Di Malaysia, terdapat tiga peringkat kerajaan iaitu:(i) Kerajaan Persekutuan(ii) Kerajaan Negeri(iii) Kerajaan Tempatan

73

PENGENALAN

Page 74: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Setiap peringkat kerajaan mempunyai kuasa eksekutif dan jentera pentadbiran masing-masing mengikut Perlembagaan dan undang-undang

KUASA EKSEKUTIF

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, kuasa kerajaan Persekutuan terbahagi kepada:(i) Kuasa perundangan(ii) Kuasa eksekutif / pemerintah(iii) Kuasa kehakiman

Kuasa eksekutif ialah kuasa:(i) Membuat dasar-dasar kerajaan(ii) Melaksanakan dasar-dasar itu

Mengikut Perkara 39 dalam Perlembagaan Persekutuan, kuasa eksekutif bagi Persekutuan terletak pada Yang di-Pertuan Agong. Kuasa ini boleh dijalankan oleh baginda atau Jemaah Menteri (Kabinet) atau mana-mana Menteri yang diberi kuasa oleh Kabinet

Mengikut Perlembagaan Persekutuan juga, Parlimen boleh dengan kuasa undang-undang memberi tugas eksekutif kepada orang lain

Pembentukan Kabinet

Perkara 43 dalam Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan agar Yang di-Pertuan Agong melantik sebuah Kabinet untuk menasihati baginda dalam menjalankan tugas

Yang di-Pertuan Agong dengan kuasa budi bicara akan melantik seorang ahli Dewan Rakyat yang pada pendapat baginda mendapat kepercayaan majoriti di dewan itu sebagai Perdana Menteri

Atas nasihat Perdana Menteri itu, Yang di-Pertuan Agong akan melantik Menteri-menteri lain daripada kalangan ahli Parlimen

Perlembagaan tidak menetapkan bilangan Menteri yang boleh dilantik

Kedudukan Kabinet dalam Perlembagaan Persekutuan

Kabinet bersama-sama bertanggungjawab kepada Parlimen. Jika Perdana Menteri tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti di Dewan Rakyat, seluruh Kabinet mesti meletakkan jawatan melainkan dengan permintaannya Yang di-Pertuan Agong telah membubarkan Parlimen. Setiap Menteri yang lain memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong

Warganegara dengan cara Masukan/Pendaftaran tidak boleh dilantik sebagai Perdana Menteri

74

1. SISTEM KABINET

Page 75: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Seorang ahli DEwan Undangan Negeri yang dilantik menjadi Menteri mesti berhenti daripada menjadi ahli Dewan Undangan Negeri (dibatalkan dalam pindaan Perlembagaan 1993)

Saraan ahli Kabinet ditentukan oleh Parlimen Sebelum menjalankan tugasnya, seorang Menteri mesti mengangkat

sumpah jawatan, taat setia dan rahsia di depan Yang di-Pertuan Agong

Tugas Utama Kabinet

Badan yang menjalankan kuasa eksekutif yang dipegang oleh Yang di-Pertuan Agong

Badan tertinggi di Malaysia untuk membentuk dasar kerajaan Persekutuan

Memberi arahan yang akan dilaksanakan oleh jentera pentadbiran kerajaan Persekutuan

Cara Kabinet Beroperasi

Kabinet diketuai oleh Perdana Menteri dan dibantu oleh Timbalan Perdana Menteri

Setiap Menteri memegang portfolio tertentu tetapi mereka sama-sama bertanggungjawab terhadap semua keputusan Kabinet

Kabinet membentuk beberapa jawatankuasa yang mengandungi Menteri-menteri berkenaan untuk mengkaji sesuatu perkara sebelum diputuskan oleh Kabinet(i) Jawatankuasa tetap – Jawatankuasa Perjawatan dan Jawatan Pelaburan(ii) Jawatankuasa khas/sementara – Jawatankuasa Mengkaji Keselamatan Jalan Raya

Kabinet bermesyuarat sekali seminggu secara tertutup, biasanya pada hari Rabu. Hanya ahli perkhidmatan awam (kakaitangan kerajaan) yang dibenarkan menghadiri mesyuaratnya, iaitu Ketua Setiausaha Negara yang bertugas sebagai Setiausaha Kabinet

Kedudukan Timbalan Perdana Menteri

Dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong dengan nasihat Perdana Menteri daripada kalangan ahli Parlimen

Membantu Menteri melaksanakan portfolionya tetapi dia bukan ahli Kabinet

Beliau memegang jawatannya selama diperkenankan oleh yang di-Pertuan Agong

Sebelum menjalankan tugasnya, dia mesti mengangkat sumpah jawatan, taat setia dan rahsia di depan Yang di-Pertuan Agong

Saraan ditetapkan oleh Parlimen

Kedudukan Setiausaha Parlimen

Dilantik oleh Perdana Menteri daripada kalangan ahli Parlimen Membantu Menteri melaksanakan portfolionya tetapi dia bukan ahli

Kabinet

75

Page 76: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Perlantikannya boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Perdana Menteri

Sebelum menjalankan tugasnya, dia mesti mengangkat sumpah rahsia di depan Perdana Menteri

Saraannya ditetapkan oleh Parlimen

Kedudukan Setiausaha Politik Kepada Menteri

Dilantik oleh Perdana Menteri dan biasanya bukan ahli Parlimen Membantu Menteri menjalankan kewajipan politiknya dan bukan ahli

Kabinet Perlantikannya boleh dibatalkan pada bila-bila masa oleh Perdana

Menteri Sebelum menjalankan tugasnya, dia mesti mengangkat sumpah rahsia

di depan Perdana Menteri Saraannya ditetapkan oleh Kabinet

Jentera Pentadbiran Persekutuan

Bertanggungjawab melaksanakan dasar-dasar kerajaan yang ditetapkan oleh Kabinet

Merangkumi tiga komponen yang penting:(i) Badan – berbagai-bagai agensi kerajaan(ii) Jawatan – pegawai / kakitangan kerajaan

Melaksanakan portfolio yang menjadi tanggungjawab seseorang Menteri

Badan yang tertinggi dalam jentera pentadbiran Persekutuan Portfolio Perdana Menteri dilaksanakan oleh Jabatan Perdana Menteri

yang merupakan kementerian yang paling utama Pada masa lalu, dari segi perakaunan, terdapat dua jenis kementerian

iaitu:(i) Kementerian yang mengakaunkan sendiri (self-accounting)

seperti Kementerian Pertahanan, Kementerian Pendidikan dan Kementerian Kesihatan

(ii) Kementerian yang tidak mengakaunkan sendiri (non self-accounting) seperti kebanyakan kementerian yang lain. Perkara kewnagan bagi kementerian-kementerian itu diuruskan oleh Jabatan Akauntan Negara di bawah Kementerian Kewangan

Cara Pembentukan Kementerian

Diketuai oleh seorang Menteri yang dibantu oleh Timbalan Menteri dan Setiausaha Parlimen

76

2. KEMENTERIAN

Page 77: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Pegawai tadbir utama sesuatu Kementerian digelar Setiausaha Parlimen

Setiap kementerian merangkumi badan-badan yang berikut:(i) Jabatan(ii) Perbadanan Awam yang seterusnya terbahagi kepada badan

berkanun dan badan tidak berkanun

Kedudukan Ketua Setiausaha Negara

Pegawai tadbir utama Jabatan Perdana Menteri Ketua bagi semua kakitangan kerajaan Bertugas sebagai Setiausaha Kabinet

Senarai Objektif Kementerian Di Malaysia

NAMA KEMENTERIAN OBJEKTIF

1. Jabatan Perdana Menteri

Tan Sri Bernard G. Dompok Datuk Seri Mohd. Nazri Abdul Aziz Datuk Dr. Maximus J. Ongkili Datuk Dr. Abdullah Md Zin Datuk Seri Mohd Effendi Norwawi

Merancang, merumus dan menyelaras segala dasar negara di samping menentukan pelaksanaan dasar-dasar tersebut oleh kementerian lain secara cekap dan berkesan

2. Kewangan

Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi Tan Sri Nor Mohamed Yakcop

Menggubal dan melaksanakan dasar fiscal dan kewangan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi secara berterusan

Memperkukuhkan dasar saing dan ektahanan ekonomi negara

Memastikan pengurusan kewangan yang berkesan dan berhemah

Menjamin kekayaan negara diagihkan dengan saksama serta meningkatkan kesejahteraan rakyat

3. Keselamatan Dalam Negeri

DATUK SERI HISYAMUDDIN TUN

HUSSEIN

Memelihara, mengekalkan dan meningkatkan keselamatan dan ketenteraman awam daripada sebarang ancaman

Meningkatkan keberkesanan penguatkuasaan ketenteraman awam dan keselamatan negara

Meningkatkan usaha membenteras bekalan, pengedaran dan penyalahgunaan dadah

Meningkatkan keberkesanan pencegahan, rawatan dan pemulihan penagihan dadah

Memastikan perlaksanaan hukuman dan penahanan yang selamat terhadap pesalah

77

Page 78: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Meningkatkan keberkesanan program pemulihan terhadap pesalah

Meningkatkan penglibatan rakyat sebagai sukarelawan pertahanan awam dalam mencari dan emnyelamat mangsa bencana

Mengawalselia dan menguatkuasa aktiviti percetakan dan pengedaran bahan-bahan penerbitan

Memastikan kesahihan dan mencegah penyelewengan teks dan bahan al-Quran

Memastikan bahagian dan jabatan berfungsi dengan cekap dan berkesan

4. Pertahanan

Datuk Seri Dr. Zahid Hamidi

Membentuk k-Force yang kompeten dengan keupayaan mengurus dan mengendalikan teknologi pertahanan yang canggih

Menjadikan organisasi ATM sebagai satu markas pertahanan yang efisien dalam melaksanakan tugas-tugas kombat

Mempertingkatkan sokongan teknologi pertahanan melalui R&D dan pembangunan industri

Memperkukuhkan hubungan pertahanan serantau

5. Hal Ehwal Dalam Negeri

Datuk Seri Mohd Radzi Sheikh

Ahmad

Melaksanakan dengan cekap dan berkesan segala dasar, undang-undang dan peraturan berhubung dengan Imigresen kemasukan warga asing, pendaftaran negara, kewarganegaraan, penapisan filem, pertubuhan dan Ikatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA)

Memberikan perkhidmatan kepada orang ramai dengan pantas dan bermutu selaras dengan piawai antarabangsa

Meletakkan KHEDM pada tahap yang terbilang di peringkat negara dan serantau

Memastikan pada setiap masa, hala tuju dan perlaksanaan dasar-dasar dalam KHDEM selaras dengan objektif dan wawasan negara Malaysia

6. Perumahan dan Kerajaan

Tempatan

Datuk Seri Ong Ka Ting

Merancang, emnyelaras dan menyediakan perumahan kos rendah

Mewujudkan pihak berkuasa tempatan yang moden dan berkesan

7. Tenaga, Air dan Komunikasi

Datuk Seri Dr. Lim Keng Yaik

Menyediakan infrastruktur yang bersepadu, cekap dan bermutu tinggi bagi industri tenaga, air dan komunikasi

Memastikan suatu suasana yang sesuai bagi epmbangunan industri tenaga, air dan komunikasi

Memastikan kemajuan teknologi bagi

78

Page 79: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

industri tenaga, air dan komunikasi yang berterusan menerusi penyelidikan dan pembangunan

Memastikan penyediaan perkhidmatan asas industri tenaga, air dan komunikasi disalurkan secara sama rata pada harga yang berpatutan untuk meningkatkan produktiviti dan kualiti hidup

Memastikan penyediaan industri tenaga, air dan komunikasi yang selamat dan boleh dipercayai

Mewujudkan suatu sistem kawalselia yang dinamik dan progresif bagi menggalakkan pembangunan dan mengurus impak industri tenaga, air dan komunikasi terhadap masyarakat dan persekitarannya

Peningkatan berterusan sistem sokongan pengurusan

8. Penerangan

Datuk Zainuddin Maidin

Memastikan masyarakat dalam dan luar negeri dapat memahami dan menyedari dengan jelas segala dasar, rancangan dan kegiatan-kegiatan kerajaan melalui media sebaran

Menentukan pihak-pihak yang akan mewakili kepentingan kerajaan untuk mengendalikan perkhidmatan dan kemudahan penyiaran kerajaan

9. Kerja Raya

Datuk Seri S. Samy Vellu

Merancang dan melaksanakan dasar pembangunan infrastruktur dan kemudahan-kemudahan awam

Menyelenggara infrastruktur awam yang sedia ada

10. Sumber Asli dan Alam Sekitar

Datuk Seri Azmi Khalid

Memastikan sumber asli dan alam sekitar diurus secara seimbang bagi menjamin pembangunan lestari

Memastikan sistem penyampaian perkhidmatan berkaitan sumber asli dan alam sekitar yang cekap dan berkesan

Memastikan perlaksanaan projek-projek pembangunan dengan cekap dan berkesan

Menjadikan latihan, penyelidikan dan pembangunan (R&D) sebagai pemangkin terokaan inovatif dalam pengurusan sumber asli dan pemuliharaan alam sekitar

Memastikan alam sekitar yang sentiasa bersih, selamat, sihat serta produktif dan tidak dicemari

11. Pertanian dan Industri Asas

Tani

Untuk menerajui proses-proses transformasi dalam sektor pertanian secara terancang, bersepadu dan menyeluruh berteraskan penggemlengan seluruh pemikiran dan

79

Page 80: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Tan Sri Muhyiddin Yassin tenaga organisasi ke arah pencapaian matlamat Dasar Pertanian Negara ke-3 (DPN3)

12. Luar Negeri

Datuk Seri Syed Hamid Albar

Menegak dan mempertahankan kedaulatan, keutuhan wilayah dan keselamatan negara

Memperjuangkan kepentingan politik, ekonomi dan sosial Negara

13. Pengangkutan

Datuk Seri Chan Kong Choy

Mewujudkan sistem pengangkutan darat, laut dan udara

Meningkatkan penyertaan warganegara Malaysia dalam bidang pengangkutan

Memastikan wujudnya kemudahan pengangkutan bagi memenuhi keperluan keselamatan negara

14. Sumber Manusia

Datuk Seri Dr Fong Chan Onn

Memelihara kepentingan pekerja Mewujud dan memupuk keharmonian

perusahaan Menjalankan perancangan tenaga manusia

bagi memenuhi keperluan mahir Memastikan keselamatan dan kesihatan

pekerja15. Sains, Teknologi dan Inovasi

Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis

Mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi kemajuan sains dan teknologi ke arah menjana pengetahuan, kekayaan dan meningkatkan kualiti kehidupan melalui pembangunan lestari

16. Kesenianm Kebudayaan dan

Warisan

Datuk Seri Dr. Rais Yatim

Menyemarak dan merakyatkan seni dan budaya

Mengekalkan warisan Negara

17. Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil

Meningkatkan penyertaan dan peranan a ktif wanita, keluarga dan masyarakat sebagai penyumbang dan penerima faedah pembangunan negara

Memelihara hak-hak kepentingan wanita, keluarga dan masyarakat dengan adil dan saksama tanpa unsur diskriminasi

Memperluaskan peluang yang saksama kepada wanita dan masyarakat dalam bidang sosial, ekonomi dan politik

Memantapkan institusi keluarga Memastikan sistem penyampaian dan

sokongan yang cekap dan berkesan18. Pembangunan Luar Bandar

dan Wilayah

Datuk Seri Abdul Aziz

Shamsuddin

Meningkatkan pendapatan penduduk desa ke tahap 80% daripada pendapatan penduduk Bandar

Mewujudkan desa erfkualiti (Desa Q) Mewujudkan 30% penduduk desa aterlibat

dalam aktiviti keusahawanan Mewujudkan masyarakat berilmu dan

80

Page 81: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

berkemahiran Mempercepatkan perlaksanaan konsep dan

program pembangunan bersepadu Meningkatkan kesejahteraan masyarakat

desa Mencapai liputan 100% prasarana, utility

dan infrstruktur Memastikan penduduk desa mendapat

100% manfaat teknologi maklumat dan komunikasi

19. Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna

Datuk Shafiee Apdal

Mengawasi kegiatan syarikat, perniagaan serta pendaftaran cap perdagangan dan paten

Melindungi hak dan kepentingan pengguna

20. Perusahaan, Perladangan dan

Komoditi

Datuk Peter Chin Pah Kui

Mempertingkatkan sumbangan industri berasaskan komoditi kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan tukaran wang asing

Menjadikan Malaysia sebuah pusat kecemerlangan dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), kemajuan teknologi dan perkhidmatan di dalam perusahaan-perusahaan utama

Meningkatkan daya saing perusahaan utama negara melalui peningkatan produktiviti, kualiti, kecekapan dan keberkesanan pengurusan sektor-sektor berkenaan

Memperkukuhkan dan memperluaskan pasaran serta meningkatkan syer di pasaran baru dan di pasaran-pasaran terkhusus (niche markets)

21. Belia dan Sukan

Datuk Azalina Othman

Membina satu masyarakat belia yang bersatu pasu, berdisiplin dan berakhlak tinggi

Membina satu masyarakat yang sihat dan cergas

22. Kesihatan

Datuk Dr Chua Soi Lek

Membantu seseorang individu mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang membolehkannya menjalankan kehidupan yang produktif

Menyediakan perkhidmatan kesihatan asas untuk rakyat

23. Pelancongan

Datuk Seri Tengku Adnan

Tengku Mansor

Memajukan industri pelancongan yang lestari bagi menjana sumbner pendapatan negara utama

Mempromosikan sektor pelancongan secara profesional, efektif dan berterusan bagi memenuhi kehendak dan citarasa pelancong antarabangsa dan domestik

81

Page 82: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Memperkukuh dan mempertingkatkan sistem penyampaian perkhidmatan yang berkualiti bagi menjamin kepuasan pelancong

24. Wilayah Persekutuan

Datuk Zulhasnan Rafique

Melaksanakan tugas dan tanggungjawab kepada pelanggan dan ‘stakeholders’ menerusi pembentukan dasar, perancangan strategik dan pelaksanaan program pembangunan yang bersepadu

Mempertingkatkan keberkesanan dan kecekapan sistem penyampaian perkhidmatan melalui pendekatan ‘hands on’, mesra rakyat, penggunaan ICT yang meluas dan pewujudan ‘one stop centre’

Memastikan penyelarasan dan keseragaman pengurusan serta pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) dan Badan-badan Berkanun (BBB) adalah berasaskan kepada dasar dan peraturan yang ditetapkan oleh kementerian kea rah mewujudkan PBT dan BBB yang berdikari terutama dari segi kewangan

Menjana pertumbuhan ekonomi yang berterusan melalui pelan pembangunan Wilayah Persekutuan yang mapan bagi mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan

Memastikan pengurusan bandar, terutamanya mengenai kebersihan, pengurusan dan pelupusan sisa pepejal dan penyelenggaraan parit dan longkang adalah pada tahap yang terbaik

Mempertingkatkan sistem pengairan dan saliran terutamanya di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Lembah Klang bagi mengatasi masalah banjir

Memastikan program dan kemudahan dalam bidang pelancongan dilaksanakan dengan sistematik ke arah menjadikan Wilayah Persekutuan sebagai pusat pelancongan yang utama berasaskan pusat berbelanja, pendidikan dan kesihatan

Merealisasikan hasrat untuk menjadikan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan sebagai bandar dalam taman

Meminimumkan masalah kemiskinan di Wilayah Persekutuan melalui program-program yang boleh mneingkatkan tahap pendapatan penduduk

Mewujudkan lebih banyak pusat penempatan yang kondusif untuk

82

Page 83: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

keselesaan dan kesejahteraan semua lapisan masyarakat

Memastikan sasaran setinggan sifat pada tahun 2005 tercapai

Menggalakkan penggunaan pengangkutan awam dan mengurangkan penggunaan kenderaan bernisbah 60:40 bagi mengatasi masalah kesesakan lalu lintas di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Memperbanyakkan pembinaan kemudahan-kemudahan untuk masyarakat seperti pusat kegiatan masyarakat, wanita dan belia bagi memastikan program-program pembangunan insan dan komuniti dapat dilaksanakan dengan cekap dan berkesan

Memperbanyakkan dan mempelbagaikan program-program pembangunan insan, komuniti dan keselamatan bagi mengatasi masalah sosial dan jenayah

25. Pembangunan Usahawan dan

Koperasi

Datuk Mohamed Khaled Nordin

Untuk menyediakan persekitaran yang membantu dan menggalakkan pembangunan usahawan tulin yang berkualiti, berdaya maju, berdaya tahan dan berdaya saing dalam semua sektor serta memupuk budaya keusahawanan di kalangan rakyat Malaysia

26. Perdagangan Antarabangsa

dan Industri

Datuk Mustapa Mohamed

Merancang dan melaksanakan dasar perdagangan dan industri negara

Menentukan prestasi eksport terus meningkat

Memesatkan penyertaan bumiputera dalam bidang perdagangan dan perindustrian

27. Pelajaran

Tan Sri Muhiddin Yassin

Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatupadu

Melahirkan insan yang beriman, berakhlak mulia, berilmu, berketrampilan dan sejahtera

Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara

Memberi peluang-peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia

28. Pengajian Tinggi

Datuk Khalid Nordin

Kementerian Pengajian Tinggi penuh komited untuk menyediakan peluang Pengajian Tinggi dengan menawarkan program-program yang dijamin kualitinya bagi menghasilkan sumber tenaga manusia yang diiktiraf kompeten dan berpengetahuan serta mampu memenuhi keperluan domestic dan antarabangsa

83

Page 84: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Kedudukan Kerajaan Tempatan

Dibentuk di bawah kuasa Kerajaan Negeri supaya penduduk tempatan di sesuatu kawasan berpeluang mengambil bahagian dalam pengurusan kawasan yang diduduki mereka

Bertanggungjawab atas perkara-perkara yang bersifat tempatan (perancangan bandar, kemudahan awam, kesihatan awam)

Wujud sebagai satu entiti yang berasingan dari segi undang-undang (boleh mendakwa dan didakwa)

Tugas Utama Bertugas:

(i) Menjalankan aktiviti dalam kategori perlindungan (kawalan atas kesihatan, keselamatan dan perancangan)

(ii) Menjalankan aktiviti dalam kategori alam sekitar (ekologi, penggunaan tanah dan landskap)

(iii) Menjalankan aktiviti dalam kategori rekreasi (kemudahan riadah)

(iv) Menjalankan aktiviti dalam kategori perdagangan yang dapat mendatangkan hasil (tempat letak kereta)

Penguasa Tempatan Penguasa Tempatan (Pihak Berkuasa Tempatan) merupakan badan

eksekutif Kuasanya berpunca daripada:

(i) Akta Kerajaan Tempatan 1976 dan enakmen negeri berkenaan(ii) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976(iii) Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974

Kuasanya termasuklah:(i) Undang-undang kecil(ii) Mengutip kadar, sewa dan cukai-cukai lain(iii) Mengadakan Kumpulan Wang Penguasa Tempatan yang

terletak di bawah arahan dan kawalan sendiri iaitu mempunyai autonomi kewangan

Perkembangan Kerajaan Tempatan di Semenanjung Malaysia

Sebelum penyeragaman dijalankan mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, negeri yang berlainan jenisnya di Semenanjung Malaysia seperti:(i) Dewan Bandar Raya(ii) Majlis Perbandaran(iii) Majlis Bandaran(iv) Lembaga Bandaran(v) Majlis Tempatan(vi) Majlis Luar Bandar

84

3. KERAJAAN TEMPATAN

Page 85: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Mac 1965, pilihan raya Kerajaan Tempatan ditangguhkan di bawah kuasa darurat (Konfrontasi)

1 Julai 1965, Suruhanjaya Penyiasat Diraja yang dipengerusikan oleh Senator Datuk Athi Nahappan dilantik untuk menyiasat kegiatan Penguasa-Penguasa Tempatan di Semenanjuang Malaysia

Berdasarkan cadangan Suruhanjaya itu, beberapa undang-undang Persekutuan digubal untuk menyusun semula Kerajaan Tempatan seperti Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974, Akta Perancang Bandar dan Desa 1976 dan Akta Kerajaan Tempatan 1976

Sistem Kerajaan Tempatan yang seragam telah diwujudkan di Semenanjung Malaysia

Pembentukan Penguasa Tempatan di Semenanjung Malaysia

Mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976, terdapat dua jenis Penguasa Tempatan iaitu:(ii) Majlis Perbandaran bagi kawasan bandar dengan penduduk

melebihi 100 000 orang serta pendapatan tahunan tidak kurang daripada RM5 juta

(iii) Majlis Daerah bagi kawasan luar bandar dengan penduduk kurang daripada 100 000 orang

Majlis Perbandaran mengandungi satu (1) Yang Dipertua dan sebilangan ahli yang tidak kurang daripada 8 tetapi tidak lebih daripada 24 orang, yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh 1 hingga 3 tahun

Majlis Daerah mengandungi satu (1) Yang Dipertua (biasanya Pegawai Daerah berkenaan) dan sebilangan ahli yang tidak kurang daripada 8 tetapi tidak boleh lebih daripada 12 orang, yang dilantik oleh Kerajaan Negeri untuk tempoh 1 hingga 3 tahun

Dewan atau Majlis Bandar Raya boleh dibentuk di bawah undang-undang khas bagi kawasan yang memenuhi syarat tertentu (hasil tahunan lebih daripada RM20 juta) dan diberi taraf bandar raya. Contohnya, Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur, Majlis Bandar Raya Ipoh, Majlis Bandar Raya Kuching Utara, Majlis Bandar Raya Kuching Selatan, Majlis Bandar Raya Johor Bahru dan Dewan Bandar Raya Kota Kinabalu. Dewan atau Majlis ini diketuai oleh seorang Datuk Bandar (Mayor)

April 1996, terdapat 5 Dewan atau Majlis Bandar Raya, 25 Majlis Perbandaran dan 114 Majlis Daerah di seluruh Malaysia

Setiap Penguasa Tempatan melantik kakitangan sendiri. Mereka bukan ahli perkhidmatan awam walaupun mereka menggunakan skim perkhidmatan yang sama dan dianggap sebagai pekerja sektor awam. Ahli-ahli perkhidmatan awam Persekutuan atau negeri boleh dipinjamkan kepada mana-mana Penguasa Tempatan

Pegawai tadbir utama di Penguasa Tempatan ialah Setiausaha

Kuasa Kerajaan Negeri (MMK) Ke Atas Penguasa Tempatan

Boleh:(i) Menguatkuasakan undang-undang tentang Kerajaan Tempatan

yang digubal oleh Parlimen

85

Page 86: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Mengawal perubahan sempadan, kemasukan kawasan baru dan pengiktirafan status perbandaran

(iii) Melantik Datuk Bandar, Yang Dipertua dan ahli-ahli Majlis yang lain

(iv) Meluluskan anggaran belanjawan tahunan(v) Meluluskan pinjaman(vi) Meluluskan jawatan baru(vii) Mempunyai budi bicara untuk memecat ketua jabatan sebuah

Penguasa Tempatan atau Timbalan Penguasa Tempatan (viii) Mengesahkan undang-undang kecil yang dibuat oleh Penguasa

Tempatan(ix) Melambatkan kelulusan untuk membuat penilaian semula

perkadaran bagi Penguasa Tempatan(x) Memberi arahan yang bersifat umum

Kuasa Kerajaan Persekutuan Ke Atas Penguasa Tempatan

Walaupun Kerajaan Tempatan ialah perkara dalam Senarai Negeri, Kerajaan Persekutuan telah membentuk Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk menyelaraskan kegiatan Penguasaha-Pengusaha Tempatan di seluruh negara

Mengikut Perlembagaan Persekutuan, sebuah Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan juga dibentuk untuk merangka dasar kebangsaan memajukan dan mengawal Kerajaan Tempatan dan membincangkan apa-apa cadangan undang-undang

Majlis itu hendaklah mengandungi:(i) Menteri berkenaan sebagai pengerusi (Menteri Perumahan dan

Kerajaan Tempatan)(ii) Seorang wakil dari setiap negeri yang dilantik oleh Raja / Yang

Dipertua Negeri(iii) Tidak melebihi 10 orang wakil yang dilantik oleh Kerajaan

Persekutuan

Kerajaan Persekutuan juga menyediakan pemberian dan pinjaman kepada Penguasa Tempatan melalui Majlis Negara bagi Kerajaan Tempatan dan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan

Suruhanjaya akan dibentuk apabila diperlukan sebuah badan kerajaan yang patut mempunyai lebih banyak kebebasan dan kemerdekaan daripada pengaruh politik supaya menjalankan tugasnya secara objektif, adil dan saksama

Sesebuah suruhanjaya tidak terletak di bawah mana-mana kementerian tetapi bertanggungjawab kepada Yang di-Pertuan Agong (YDPA) yang melantiknya

Pembentukan Suruhanjaya

86

4. SURUHANJAYA

Page 87: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Untuk memastikan kebebasan dan kemerdekaan sesebuah suruhanjaya, pengerusi dan ahli-ahlinya dilantik khas oleh YDPA

daripada kalangan orang berkelayakan tetapi bukan ahli politik atau pegawai kerajaan

Pentadbiran suruhanjaya dijalankan oleh urusetia yang dikenali oleh seorang Setiausaha dan dianggotai oleh ahli-ahli perkhidmatan awam

JENIS-JENIS SURUHANJAYA

A. Suruhanjaya TetapSiapakah Ahli Perkhidmatan Awam? Orang yang memegang jawatan sepenuh masa dalam mana-mana

Perkhidmatan Awam Mengikut Perlembagaan Persekutuan, terdapat 8 jenis Perkhidmatan

Awam:(i) Angkatan Tentera(ii) Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-undang(iii) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan (iv) Pasukan Polis(v) Perkhidmatan Kereta Api (telah diswastakan)(vi) Perkhidmatan Bersama (vii) Perkhidmatan Negeri(viii) Perkhidmatan Pelajaran

Ahli Perkhidmatan Awam dilantik oleh salah satu suruhanjaya Perkhidmatan dan terletak di bawah bidang kuasa suruhanjaya itu

Kedudukan ahli Perkhidmatan Awam tidak berubah dengan pertukaran kerajaan

Ahli Perkhidmatan Awam bertugas untuk menjalankan kegiatan pentadbiran negara mengikut dasar yang ditetapkan oleh Kerajaan

Ahli Perkhidmatan Awam dibayar dariapda Kumpulan Wang Disatukan

Tugas Utama Suruhanjaya-suruhanjaya Perkhidmatan Awam

Bertugas:(i) Perlantikan (ii) Pengesahan(iii) Penempatan kepada jawatan tetap dan berpencen(iv) Kenaikan pangkat(v) Pertukaran (tidak termasuk yang tiada perubahan pangkat)(vi) Pengawalan tatatertib

Tugas tersebut boleh diserahkan kepada seorang pegawai / sesuatu jemaah pegawai (JPA) kecuali kuasa membuat perlantikan pertama bagi jawatan tetap dan berpencen

Setiap suruhanjaya Perkhidmatan Awam hendaklah membuat satu laporan tahunan mengenai kegiatannya kepada YDPA dan salinan laporan itu mesti dibentangkan di Parlimen

Peruntukan Perlembagaan Persekutuan

87

Page 88: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Ahli Perkhidmatan Awam (APA) memegang jawatan selama diperkenankan oleh YDPA/raja/Yang Dipertua Negeri (YDN)

APA tidak boleh dibuang kerja atau diturunkan pangkat:(a) oleh sesuatu pihak berkuasa yang lebih rendah daripada pihak

berkuasa yang melantiknya(b) tanpa diberi peluang yang munasabah untuk didengar(c) kerana menjalankan tugas kehakiman yang diberi kepadanya

oleh undang-undang tanpa persetujuan SPKU APA tidak boleh dipinjamkan kepada perkhidmatan negeri dan

sebaliknya Hak pencen bagi semua ahli Perkhidmatan Awam diberi perlindungan Semua ahli Perkhidmatan Awam mesti diberi layanan yang sama

tanpa mengira kaum

Perintah Am Peraturan-peraturan terperinci yang disediakan oleh kerajaan

mengenai cara perlantikan, syarat perkhidmatan, tindakan tatatertib dan aspek-aspek lain dalam pengurusan Perkhidmatan Awam

Mempunyai kuasa undang-undang seperti undang-undang kecil Mesti selaras dengan kehendak Perlembagaan dan undang-undang

Persekutuan

(i) Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA)

SPA hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dilantik oleh YDPA menurut budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja

SPA mengandungi:(a) Seorang Pengerusi(b) Seorang Timbalan Pengerusi(c) Tidak kurang daripada 4 orang tetapi tidak lebih daripada 30 orang ahli yang lain

Bidang kuasa:(a) Perkhidmatan Awam Am Persekutuan(b) Perkhidmatan Kereta Api(c) Perkhidmatan Bersama(d) Perkhidmatan Negeri (Pulau Pinang dan Melaka)(e) Perkhidmatan Negeri (mana-mana negeri jika diberi kuasa oleh

DUN – Perlis dan Negeri Sembilan)

(ii) Suruhanjaya Perkhidmatan Kehakiman dan Undang-

undang

Mengandungi:(a) Pengerusi SPA (Pengerusi)(b) Peguam Negara (jika bukan ahli PKU, tempatnya diambil oleh Peguamcara Negara)(c) Seorang / lebih ahli lain yang dilantik oleh YDPA setelah

berunding dengan Ketua Hakim Negara daripada kalangan

88

Page 89: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

orang yang menjadi, pernah menjadi/berkelayakan menjadi hakim Mahkamah Persekutuan

(d) Setiausaha SPA (Setiausaha) SPKU mempunyai bidang kuasa meliputi semua ahli PKU seperti

Penasihat Undang-undang Negeri, hakim Mahkamah Sesyen, Majistret dan pegawai undang-undang yang lain.

(iii) Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR)

SPR dilantik oleh YDPA selepas berunding dengan Majlis Raja-raja SPR mengandungi:

(a) Seorang Pengerusi(b) Seorang Timbalan Pengerusi(c) 3 orang ahli lain (seorang daripadanya dari Sabah/Sarawak

secara giliran mengikut Akta Malaysia 1963)

Bidang kuasa:(a) Mensempadankan bahagian-bahagian pilihan raya (b) Menjalankan pendaftaran pengundi(c) Mengelolakan pilihan raya umum dan pilihan raya kecil

(iv) Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP)

SPP hendaklah mengandungi ahli-ahli yang dilantik oleh YDPA dengan budi bicara baginda selepas menimbangkan nasihat Perdana Menteri dan selepas berunding dengan Majlis Raja-raja seperti berikut:(a) Seorang pengerusi(b) Seorang Timbalan Pengerusi

Seseorang ahli mana-mana Perkhidmatan Awam yang dilantik sebagai Pengerusi / Timbalan Pengerusi tidak layak untuk dilantik selanjutnya dalam perkhidmatan Persekutuan kecuali menjadi ahli biasa dalam sesuatu suruhanjaya perkhidmatan

SPP mempunyai bidang kuasa meliputi semua ahli perkhidmatan itu

(v)Suruhanjaya Perkhidmatan Polis (SPP)

SPP mengandungi:(a) menteri Hal Ehwal Dalam Negeri (Pengerusi)(b) Ketua Polis Negara(c) Ketua Setiausaha Kementerian hal Ehwal Dalam Negeri (Setiausaha)(d) Seorang ahli SPA yagd ilantik oleh YDPA

SPP mempunyai bidang kuasa meliputi semua anggota pasukan polis

(vi) Majlis Angkatan Tentera (MAT)

MAT mengandungi:(a) Menteri Pertahanan (Pengerusi)

89

Page 90: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(b) Seorang wakil raja-raja yang dilantik oleh Majlis Raja-raja (c) Ketua Turus Angkatan Tentera yang dilantik oleh YDPA(d) Ketua Setiausaha kementerian Pertahanan (Setiausaha)(e) 2 orang pegawai turus kanan Angkatan Tentera Persekutuan

yang dilantik oleh YDPA(f) Seorang pegawai kanan Tentera Laut Persekutuan yang dilantik oleh YDPA(g) Seorang pegawai kanan Tentera Udara Persekutuan yang dilantik oleh YDPA(h) 2 orang ahli tambahan, jika ada, sama ada anggota tentera atau

orang awam yang dilantik oleh YDPA MAT mempunyai bidang kuasa meliputi semua anggota tentera

B. Suruhanjaya Tidak Tetap

Suruhanjaya khas atau sementara boleh dibentuk dari semasa ke semasa untuk mengkaji sesuatu perkara yang penting. Contohnya, Suruhanjaya Mengkaji Perlaksanaan Kerajaan Tempatan 1968 dan Suruhanjaya Mengkaji Keselamatan Bangunan Sekolah

BAB 4: DASAR- DASAR KERAJAAN

Dasar awam bermaksud arah umum yang ingin dicapai oleh kerajaan sehubungan dengan masalah tertentu

Pernyataan matlamat-matlamat dan penaakulan yang asas bagi program-program kerajaan yang bertujuan mengatasi sesuatu masalah (George J. Gordon, 1986, Public Administration in America, St. martin’s Press: New York)

90

PENGENALAN

Page 91: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

1. DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Latar Belakang Diperkenalkan pada tahun 1970 dalam Rancangan Malaysia Kedua

dan berakhir pada tahun 1990 (RRJP 1)

Faktor Kadar kemiskinan di kalangan penduduk Malaysia adalah tinggi Terdapat jurang perbezaan pendapatan yang luas di antara penduduk

bandar dengan luar Bandar dan antara kaum Kemajuan di kawasan luar bandar tidak seimbang dengan kemajuan

di bandar Wujudnya pengenalan kaum melalui aktiviti ekonomi Kemuncak daripada ketidakseimbangan ini tercetusnya Tragedi 13

Mei 1969

Objektif Membasmi kemiskinan tanpa mengira kaum Menyusun semula struktur masyarakat Mewujudkan perpaduan negara

Pencapaian Peratus isi rumah miskin menurun daripada 49.3% kepada 39.6%

(1976), 18.4% (1964) dan 16.7% (1990) Penyertaan bumiputera dalam bidang perindustrian dan perdagangan

meningkat Rancangan pembangunan tanah di beberapa buah negeri telah wujud

bandar-bandar baru Pada tahun 1984, penyertaan bumiputera dalam pemilikan saham

masih jauh daripada matlamat asal dan peratus kemiskinan masih tinggi (hak milik saham oleh kaum bumiputera telah meningkat daripada 4.3% (1971) kepada 19.2% (1990) daripada jumlah keseluruhan modal saham berbayar sektor syarikat)

Menyusun semula guna tenaga, penyertaan (jurutera, akauntan, arkitek) meningkat dari 22.2% (1985) kepada 29% (1990)

2. DASAR PEMBANGUNAN NASIONAL

Latar Belakang 17 Jun 1991 Tun Dr. Mahathir Mohamad Jangka masa 1991 -1 2000 (RRJP 2)

91

1. DASAR EKONOMI

Page 92: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Objektif Memperkukuhkan kestabilan sosial, ekonomi dan politik Mencapai taraf sebuah negara yang maju dari segi sosial, nilai etika

dan moral, kualiti hidup, kecekapan mentadbir dan kecemerlangan ekonomi

Faktor Membasmi kemiskinan Penyusunan semula struktur masyarakat

Pencapaian Mengurangkan kadar kemiskinan dari 19.1% (1990) kepada 7 – 8%

(2000) Kurangkan kadar pengangguran kepada 4% (2000) Kurangkan ketidakseimbangan pembangunan di antara wilayah-

wilayah di Sabah dan Sarawak 2.4 juta pekerjaan baru diwujudkan pada tahun 1991 – 2000 dan

55.8% diambil oleh Bumiputera (706, 700 dalam sektor perkhidmatan dan 534, 000 dalam sektor pembuatan)

Menyumbang ke arah pengukuhan danpemodenan asas industri. Kesannya, Malaysia mencapai pembangunan pesat, walaupun dilanda krisis kewangan pada 1997/98

3. DASAR WAWASAN NEGARA

Latar Belakang 3 April 2001 Tun Dr. Mahathir Mohamad Jangka masa 2001 – 2010 (RRJP 3)

Faktor Timbul masalah sosial seperti ancaman terhadap keistimewaan orang

Melayu, perpecahan disebabkan perselisihan politik dan soal kemiskinan

Strategi Kurikulum pendidikan mungkin perlu diubahsuai sejajar dengan dasar

k-ekonomi supaya rakyat Malaysia berpendidikan Meningkatkan lagi penyertaan ekuiti Bumiputera dalam perniagaan.

Ini disebabkan pada akhir Dasar Ekonomi Baru (DEB), matlamat 30% penyertaan ekuiti Bumiputera itu gagal dicapai dan berharap RRJP 3 akan merangka sesuatu dasar bagi meningkatkan lagi penyertaan Bumiputera

92

Page 93: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

1. DASAR PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Falsafah

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketrampilan, berakhlak mulia, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara

Objektif Menubuhkan satu sistem pendidikan yang akan dapat memenuhi

keperluan negara dan menggalakkan perkembangan kebudayaan, sosial, ekonomi dan politik (Akta Pelajaran, 1961)

Menyatupadukan kanak-kanak sekolah berbilang kaum dan menyediakan tenaga kerja bagi keperluan ekonomi (Penyata Razak 1956)

Memenuhi keperluan tenaga negara dalam jangka panjang dan pendek serta melahirkan masyarakat yang bersatu padu, berdisiplin dan terlatih (Laporan Jawatankuasa Kabinet 1979)

Mencapai matlamat Falsafah Pendidikan Negara bagi melahirkan insan yang berilmu dan berakhlak, seimbang dan harmonis untuk mencapai kesejahteraan

Program Program yang berikut dipersesuaikan bagi Pra-Sekolah, Sekolah

Rendah, Menengah, Pendidikan Teknikal dna Vokasional, Pendidikan Guru dan Pendidikan Tinggi

(i) Memperkukuhkan sistem penyampaian (ii) Memperbaiki kualiti pendidikan(iii) Meningkat peluang pendidikan untuk pelbagai peringkat

umur(iv) Memperluas peluang pendidikan melalui institusi swasta(v) Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR) 1983(vi) Kurikulum Baru Sekolah Menengah (KBSM) 1989(vii) Penyusunan semula pendidikan Vokasioanal dan Teknikal

(1978)(viii) Menubuh Bahagian dan Jawatankuasa di Kementerian

Pendidikan Malaysia seperti Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan, Bahagian Sekolah dan Jabatan pendidikan Swasta

Strategi Pelaksanaan Melahirkan warganegara yang:

(i) Berpengalaman

93

2. DASAR SOSIAL

Page 94: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(ii) Berinovasi(iii) Mengamal nilai-nilai murni(iv) Menyumbang kepada pembangunan negara, institusi kerajaan

dan swasta berganding bahu untuk menyediakan pendidikan yang berkualiti dan bertaraf dunia

Bahasa Kebangsaan sebagai bahasa pengantar yang utama Mengadakan kurikulum yang sama dan berorientasikan Malaysia bagi

semua jenis sekolah Mewujudkan sistem peperiksaan yang sama bagi semua Melicinkan tatacara pengurusan pendidikan Meningkatkan mutu pendidikan secara menyeluruh, seimbang dan

bersepadu Mewujudkan peluang pendidikan asas selama sembilan tahun Mendemokrasikan pendidikan secara adil dan memberi perhatian

khas kepada kumpulan yang kurang bernasib baik terutama di luar Bandar

Mempelbagai dan memperbanyakkan kemudahan pendidikan di peringkat universiti khususnya dalam bidang sastera gunaan dan sains gunaan

Mempertingkat pendidikan kerohanian, moral dan disiplin Menjadikan Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris sebagai mata

pelajaran yang wajib diajar di sekolah-sekolah Memberi peluang bagi pembelajaran bahasa-bahasa yang lain seperti

Bahasa Cina dan Bahasa Tamil Memperkembang tenaga pengajar yang terlatih Membina sekolah-sekolah selaras dengan bilangan kanak-kanak

2. DASAR BELIA NEGARA

Latar Belakang Golongan belia dikategorikan kepada golongan yang berumur antara

15 – 40 tahun dan meliputi 42% daripada jumlah 27 juta penduduk Malaysia

Golongan ini merupakan tenaga penggerak dalam bidang politik, ekonomi, kebudayaan dan pendidikan

Belia memainkan peranan penting dalam pembangunan negara dan sebagai bakal pemimpin negara, usaha bagi mewujudkan organisasi belia yang mantap dan sistematik adalah diperlukan

Objektif Membangunkan sosioekonomi golongan belia selain

memperkukuhkan perpaduan dan keselamatan negara Memupuk belia yang mengamalkan prinsip-prinsip Rukun Negara Menggalakkan penyertaan belia dalam proses perancangan negara Melahirkan belia yang berakhlak tinggi, mementingkan kesihatan dan

kecergasan diri Melahirkan masyarakat yang memiliki sifat kepimpinan dan berfikiran

matang selain mencapai taraf keilmuan yang tinggi

Pelaksanaan

94

Page 95: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Bahagian Perkhidmatan Belia di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakt diwujudkan untuk membimbing dan perkhidmatan sosial kepada golongan belia

Kementerian Belia dan Sukan ditubuhkan untuk merancang dan melaksankan dasar-dasar untuk menjalankan kegiatan yang memanfaatkan solongan belia

Program Rakan Muda diwujudkan untuk meningkatkan penglibatan belia dalam pelbagai bidang untuk membentuk masyarakat yang seimbang, berdaya saing, berani dan dinamik selaras dengan kehendak negara

Koperasi Belia diadakan untuk mewujudkan organisasi yang bercorak koperasi peringkat kebangsaan demi menjaga kepentingan belia dalam bidang ekonomi dan sosial

Program Belia Negara Berniaga membekalkan kursus-kursus keusahawanan untuk memberi kemahiran kepada belia

Kemahiran vokasional dan teknikal turut diadakan untuk memperlengkapkan kemahiran belia untuk memenuhi kehendak pasaran kerja

Badan-badan sukarela menganjurkan pelbagai program dari semasa ke semasa untuk membangunkan belia negara

Slogan “Malaysia Boleh” merupakan galakan untuk memperjuangkan semangat kebangsaan di kalangan belia negara.

3. DASAR KEBUDAYAAN KEBANGSAAN

Objektif(i) Mengukuh perpaduan bangsa dan negara(ii) Memupuk dan memelihara keperibadian atau identiti Malaysia

yang kukuh berdasarkan semangat sayangkan agama, bangsa dan tanah air

(iii) Meningkat kualiti kehidupan yang seimbang dari segi kemanusaiaan dan kerohanian yang seimbang dengan pembangunan sosio-ekonomi

Program Pengembangan kesenian dan kebudayaan:

(i) Persembahan seni yang berterusan oleh Kompleks Budaya Negara

(ii) Khidmat nasihat secara perkongsian bijak di kalangan pakar-pakar tempatan dan luar negara

(iii) Program kebudayaan melalui media massa, khususnya Radio dan Televisyen Malaysia seperti Hari Raya Aidilfitri, Tahun Baru Cina, Deepavali, Hari Wesak dan Krismas

(iv) Program kebudayaan yang dianjurkan oleh Kementerian Kesenian, Kebudayaan dan Warisan (dahulunya dikenali sebagai Kebudayaan, Kesenian dan Pelancongan), Majlis Kebudayaan Negeri, Jabatan-jabatan Kebudayaan di universiti-universiti tempatan

Strategi Pelaksanaan

95

Page 96: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Meletakkan Islam sebagai unsur penting dalam kebudayaan kebangsaan kerana Islam merupakan agama persekutuan yang telah lama tersurat dan diterima oleh Perlembagaan

Memilih dan memelihara asas-asas kebudayaan untuk memupuk unsur-unsur budaya yang diwarisi oleh pelbagai kaum yang disesuaikan dengan ciri-ciri atau nilai universal

Sikap dan imej penduduk Malaysia diketengahkan di kalangan masyarakat antarabangsa

Perkongsian nilai-nilai yang dapat dikongsi bersama seperti budaya dan nilai kehidupan yang boleh membina titik-titik persamaan dalam kehidupan bermasyarakat

Menitikberatkan sejarah dan kehidupan budaya alam Melayu Menyesuai kebudayaan kaum lain dan disepadukan melalui pelbagai

proses seperti asimilasi, difusi, evolusi dan akulturasi yang wujud hasil daripada kekerapan perhubungan dan pertembungan di antara kebudayaan pelbagai negara

Meningkatkan taraf dan mutu kesenian serantau

4. WAWASAN 2020

Latar Belakang Diperkenalkan pada 28 Februari 1991 oleh Tun Dr. Mahathir

Mohamad melalui kertas kerjanya yang bertajuk “Malaysia – Melangkah Jauh Ke Hadapan” yang memperkenalkan Wawasan 2020 (W2020)

W2020 merupakan tindak balas kepada perkembangan ekonomi, sosial dan politik yang berlaku di peringkat kebangsaan dan antarabangsa dan pendekatan yang harus diambil untuk membawa perubahan ke arah memajukan negara

Pelaksanaan Setakat ini, pelaksanaan W2020 telah melalui dua fasa kerangka

negara iaitu:(i) Rangka Rancangan Jangka Panjang 2 (RRJP2) merupakan fasa

pertama (1990 – 2000) ke arah mencapai negara maju yang merupakan objektif utama W2020

(ii) RRJP3 merupakan fasa kedua (2001 – 2010), iaitu lanjutan RRJP2 yang dilaksanakan di bawah Dasar Wawasan Negara

9 Cabaran

Cabaran Ciri-cirinya

1. Negara Bersatu Mewujudkan rakyat Malaysia yang terdiri daripada berbilang kaum memiliki matlamat serupa untuk melahirkan bangsa Malaysia yang:

Menjadikan Malaysia sebuah negara aman

96

Page 97: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Berintegrasi di peringkat negeri Wujud integrasi kaum Bekerjasama antara kaum Setia dan dedikasi terhadap negara

2. Masyarakat berjiwa bebas Rakyat Malaysia diharapkan: berjiwa bebas tenteram berkeyakinan terhadap keupayaan diri gagah menghadapi pelbagai cabaran tidak mengalah kepada sesiapa

3. Masyarakat Demokratik Melahirkan masyarakat Malaysia yang: mengamalkan satu bentuk

persefahaman yang matang mengamalkan demokrasi

4. Masyarakat Bermoral dan Beretika

Rakyat Malaysia memiliki: nilai kukuh dalam agama nilai moral dan etika yang tinggi

5. Masyarakat Liberal Mewujudkan masyarakat yang: liberal dan bertolak ansur bebas mengamalkan adat dan

kebudayaan tersendiri mementingkan kesetiaan kepada

negara6. Masyarakat Saintifik dan Progresif

Mewujudkan masyarakat yang: daya perubahan tinggi menyumbang kepada kemajuan sains

dan teknologi masa depan7. Masyarakat Penyayang Mewujudkan masyarakat yang

mengutamakan budaya penyayang iaitu: kepentingan masyarakat lebih

diutamakan mementingkan kebajikan semua insan sistem kekeluargaan yang kukuh

8. Masyarakat Adil Dalam Bidang Ekonomi

Masyarakat yang: melaksanakan pengagihan kekayaan

negara secara adil wdan saksama perkongsian dalam bidang ekonomi tidak wujud pengenalan kaum

mengikut fungsi ekonomi9. Masyarakat Makmur Mewujudkan masyarakat makmur dan

mempunyai: ekonomi berdaya saing dinamik kental

5.PELAN INTEGRITI NASIONAL

Latar Belakang

97

Page 98: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Jawatankuasa pelaksana penubuhan Pelan Integriti Nasional dan Institut Integriti Malaysia yang dipengerusikan oleh Tan Sri Samsudin Osman

Integriri Nasional merujuk kepada proses penyatuan masyarakat yang berbeza latar belakang, budaya dan cara hidup untuk menjadi satu entiti yang terikat oleh norma masyarakat demi kepentingan bersama

PIN turut dibimbing oleh falsafah dan cabaran Wawasan 2020 ke arah mewujudkan sebuah negara maju menurut acuan sendiri menjelang 2020

Pelaksanaan PIN Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan menyentuh tentang

kesamarataan di sisi undang-undang iaitu semua orang berhak mendapat perlindungan di sisi undang-undang

Menghalang masyarakat membangkitkan dan mempersoal isu-isu sensitif yang boleh menjejaskan integrasi nasional seperti:(i) Kedaulatan Raja-raja Melayu(ii) Hak kerakyatan bukan Bumiputera(iii) Agama Islam sebagai agama rasmi negara(iv) Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan(v) Hak istimewa orang Melayu dan Bumiputera

Pihak pemerintah diberi kuasa menahan sesiapa yang difikirkan menimbulkan masalah dalam negara dan boleh ditahan selama dua tahun tanpa dibicarakan

Menubuhkan agensi-agensi kerajaan untuk membantu orang-orang Melayu bergiat dalam bidang perniagaan selain menetapkan kuota untuk mereka meningkatkan taraf hidup mereka seperti MARA, UDA, PERNAS

Identiti nasional dibentuk berasaskan kebudayaan Melayu dengan menerima unsur-unsur kebudayaan lain di negara ini

Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan dan bahasa pengantar utama dalam sistem pendidikan kebangsaan selain dalam urusan dengan kerajaan

Melalui pembelajaran sukatan pelajaran yang sama, diharap semangat patriotik dan persefahaman wujud antara kaum

Membolehkan sekolah-sekolah jenis kebangsaan dan sekolah kebangsaan berkongsi kemudahan agar mewujudkan hubungan antara para pelajar

Penempatan pegawai ke wilayah lain membolehkan wujudnya hubungan di kalangan rakyat di negara ini

Kebanyakan projek perumahan baru diwajibkan mmemperuntukkan lot-lot perumahan untuk Bumiputera agar mewujudkan integrasi antara kaum

Parti yang memerintah negara Barisan Nasional adalah gabungan beberapa parti perkauman seperti UMNO, MCA, MIC dan sebagainya

Pencapaian PIN PIN dilaksanakan secara berperingkat dan tempoh 2004 – 2008

merupakan fasa pertama pelaksanaannya. Dalam tempoh ini, pelbagai

98

Page 99: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

program dan aktiviti yang dicadangkan dalam Strategi dan Pelan Tindakan PIN akan dilaksanakan. Melalui pelaksanna, pemantauan dan penilaian ke atas keberkesanan pelbagai program dan aktiviti itu. Kerajaan menjangkakan beberapa sasaran penting yang digariskan oleh PIN akan tercapai

Faktor Penentu Kejayaan

(i) Kepimpinan BerteladanKepimpinan sedemikian mempunyai iltizam politik yang teguh, berwawasan, menetapkan sasaran yang jelas, berpegang pada prinsip bersih, cekap dan amanah, menunjukkan teladan yang baik, berhemah serta mesra rakyat

(ii) Dasar yang Utuh dan Matlamat yang JelasPemimpin yang perlu menggubal dasar yang utuh dan menggariskan matlamat yang jelas munasabah dan boleh dilaksanakan. Penggubalan dasar dna penetapan matlamat perlu mengambil kira pandangan dan cadangan pelbagai lapisan masyarakat dan sektor negara.

(iii) Pendidikan Berterusan dan BerulangPencapaian sasaran PIN juga amat bergantung kepda pendidikan nilai-nilai murni secara berterusan dan berulang di kalangan pelbagai sektor dan lapisan masyarakat. Melalui cara ini nilai-nilai tersebut beransur-ansur dapat dihayati dan dilaksanakan sehingga menjadi sebahagian daripada kebiasaan hidup. Dengan demikian, ia akhirnya menjadi budaya individu dan masyarakat.

(iv) Komunikasi BerkesanSalah satu faktor yang boleh menyebabkan kegagalan mana-mana perancangan perubahan termasuk PIN ialah kegagalan berkomunikasi. Oleh itu, komunikasi yang berkesan, jelas, terfokus dan mudah difahami amat penting.

(v)Persekitaran Budaya yang Kondusif

Persekitaran yang kondusif bermaksud adanya suatu budaya di mana rakyat di merata tempat berminat mengenai etika dan integriri serta mengamalkannya. Minat dan pengalaman ini akan terus berkembang apabila pemimpin menepati janjinya. Penguatkuasaan terhadap gejala rasuah, penyelewengan dan sahguna kuasa pula semakin berkesan dan tidak dilakukan secara ‘memilih bulu’. Perkembangan ini akan lebih terdorong lagi apabila terdapat penyelesaian terhadap kes-kes yang menarik perhatian umum

(vi) Kerjasama Jentera Politik dan PentadbiranSokongan padu dan kerjasama jentera politik dan pentadbiran amat penting bagi menjayakan sasaran PIN. Koordinasi antara kedua-dua jentera tersebut dan isyarat yang sama daripada mereka memberikan keyakinan kepada rakyat Malaysia dan masyarakat antarabangsa bahawa keadaan sedang berubah ke arah menjadi semakin baik.

99

Page 100: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

(vii)Kerangka Perundangan Berkesan dan Kehakiman yang BebasKerangka perundangan yang berkesan dan sesuai dengan perkembangan semasa sangat penting. Pada masa yang sama, badan kehakiman yang bebas yang menjamin keadilan dilaksanakan dengan cepat dan tepat tanpa gentar atau memihak adalah amat kritikal bagi meningkatkan keyakinan rakyat. Kedua-dua ini menyumbang kepad apencapaian sasaran PIN.

(viii)Kecukupan dan Kecekapan SumberPelbagai syarat kejayaan di atas masih perlu dilengkapi dengan sumber manusia yang terlatih, berkemahiran dan cekap. Selain itu, sumber kewangan dan teknologi moden yang mencukupi juga amat diperlukan.

(ix) Kesediaan Individu untuk BerubahDari segi pembinaan insan, peranan individu sangat penting. Pemahaman, kesedaran dan pengetahuan individu mengenai nilai-nilai murni, yang dipupuk melalui pendidikan dan komikasi berkesan akan menyumbang kepada gerakan pemantapan integriti. Keinsafan mereka tentang perlunya kelemahan diri diatasi akan meningkatkan komitmen mereka untu berubah. Dengan cara itu, individu berkenaan akan lebih komited kepada usaha meningkatkan amalan beretika, sekaligus integriti.

1. PERTUBUHAN BANGSA-BANGSA BERSATU

Latar Belakang Istilah ‘Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu’ (United Nation) dicipta

oleh Franklin D. Roosevelt yang merujuk kepada Pihak Berikat yang terdiri daripada 26 buah negara

Ditubuhkan di San Francisco, California pada 24 Oktober 1945 selepas Perang Dunia Ke-2.

Ibu pejabat asal PBB terletak di San Francisco telah dipindahkan ke New York pada tahun 1946

Mewujudkan Majlis Perhimpunan Agung, Majlis Keselamatan, Majlis Amanah, Majlis Ekonomi dan Sosial, Mahkamah Pengadilan Antarabangsa dan Sekretariat

Objektif Mengelakkan perulangan pertikaian yang hebat Menegaskan hak asasi manusia yang utama Menjamin rasa hormat kepada undang-undang antarabangsa Mewujudkan keamanan serantau

Fungsi

100

3. DASAR POLITIK

Page 101: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Memperbaiki taraf hidup penduduk di seluruh dunia dan membantu negara-negara yang menjadi ahli PBB

Mengadakan rundingan diplomatik untuk mencapai persetujuan serantau

Menghantar tentera pengaman ke negara-negara yang berperang bagi menyelamatkan mangsa peperangan

Memberi bantuan kebajikan dalam bentuk wang, makanan atau kebajikan kepada negara yang mengalami bencana alam atau peperangan

Mengawal perkembangan senjata moden yang mengancam keselamatan dunia terutamanya senjata nuklear dan senjata kimia

Menjadi penyelesai kepada perebutan pulau seperti di Cuba dan Malaysia

Membantu menempatkan pelarian di negara-negara tertentu

Anggota 1945 – Argentina, Australia, Belgium, Bolivia, Brazil, Belarus, Canada,

Chile, China, Colombia, Costa Rica, Cuba Czechoslovakia, Denmark, Dominican Republic, Ecuador, Egypt, El Salvador, Ethiopia, France, Greece, Guatemala, Haiti, Honduras, India, Iran, Iraq, Lebanon, Liberia, Luxembourg, Mexico, Netherlands, New Zealand, Nicaragua, Norway, Panama, Paraguay, Peru , Philippines, Poland, Russian Federation, Saudi Arabia, South Africa, Syrian Arab Republic, Turkey, Ukraine, United Kingdom of Great Britain and Northern Ireland, United States of America, Uruguay, Bolivarian, Republic of Venezuela, Yugoslavia

1946 – Afghanistan, Iceland, Sweden, Thailand 1947 – Pakistan, Yemen 1948 – Myanmar 1949 – Israel 1950 – Indonesia 1955 – Albania, Austria, Bulgaria, Cambodia, Finland, Hungary,

Ireland, Italy, Jordan, Lao People’s Democratic Republic, Libyan Arab Jamahiriya, Nepal, Portugal, Romania, Spain, Sri Lanka

1956 – Japan, Morocco, Sudan, Tunisia 1957 – Ghana, Malaysia 1958 – Guinea 1960 – Benin, Burkina Faso, Cameroon, Central African Republic,

Chad, Congo, Côte d’Ivoire, Cyprus, Democratic Republic of Congo, Gabon, Madagascar, Mali Niger, Nigeria, Senegal, Somalia, Togo

1961 – Mauritania, Mongolia, Sierra Leone, United Republic of Tanzania

1962 – Algeria, Burundi, Jamaica, Rwanda, Trinidad and Tobago, Uganda

1963 – Kenya, Kuwait 1964 – Malawi, Malta, Zambia 1965 – Gambia, Maldives, Singapore 1966 – Barbados, Botswana, Guyana, Lesotho

101

Page 102: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

1967 – Democratic Yemen 1968 – Equatorial Guinea, Mauritius, Swaziland 1970 – Fiji 1971 – Bahrain, Bhutan, Oman, Qatar, United Arab Emirates 1973 – Bahamas, Federal Republic of Germany, German Democratic

Republic 1974 – Bangladesh, Grenada, Guinea-Bissau 1975 – Cape Verde, Comoros, Mozambique, Papua New Guinea, Sao

Tome and Principe, Suriname 1976 – Angola, Samoa, Seychelles 1977 – Djibouti, Viet Nam 1978 – Dominica, Solomon Islands 1979 – Saint Lucia 1980 – Saint Vincent and the Grenadines, Zimbabwe 1981 – Antigua and Barbuda, Belize, Vanuatu 1983 – Saint Kitts and Nevis 1984 – Brunei Darussalam 1990 – Liechtenstein, Namibia 1991 – Democratic People’s Republic of Korea, Estonia, Federated

States of Micronesia, Latvia, Lithuania, Marshall Islands, Republic of Korea

1992 – Armenia, Azerbaijan, Bosnia and Herzegovina, Croatia, Georgia, Kazakhstan, Kyrgyzstan, Moldova, San Marino, Slovenia, Tajikistan, Turkmenistan, Uzbekistan

1993 – Andorra, Czech Republic, Eritrea, Monaco, Slovak Republic, The former Yugoslav Republic of Macedonia

1994 – Palau 1999 – Kiribati, Nauru, Tonga 2002 – Tuvalu, Serbia and Montenegro 2002 – Switzerland, Timor-Leste

102

Page 103: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

BAHAN RUJUKAN

Rujukan Utama

Asnarukhadi Abu Samah & Jayum A. Jawan (1997). Kenegeraan Malaysia. Serdang: Penerbit Universiti Putra Malaysia.

Jayum A. Jawan (2002). Politics and Government in Malaysia. Shah Alam: Karisma Publications.

Kasim Thukiman (2002). Malaysia: Perspektif Sejarah dan Politik. Skudai: Penerbit Universiti Teknologi Malaysia

Rujukan Tambahan

Ahmad Ibrahim & Ahilemah Koned (1987). Sistem Undang-undang Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Francis Loh Kok Wah & Khoo Boo Teik (2002). Democracy in Malaysia: Discourse and Practices. London: Curzon

Intan (1991). Malaysia Kita. Kuala Lumpur: Institut Tadbiran Awam Negara

Jayum A. Jawan (1991). The Ethnic Factor in Modern Politics. Hull: Hull University Press

103

Page 104: Student's Notes MS

NOTA PENGAJIAN MALAYSIA MPW1133 INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI SWASTA

Means, Gordon P. (1991). Malaysian Politics: the Second Generation. Singapore: Oxford University Press

Mohamed Suffian hashim (1984). Mengenal Perlembagaan Malaysia. Edisi Kedua. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka

Nik Anuar Nik Mahmud (2001). Duri Dalam Daging. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Ongkili, James P. (1972). Modernization in East Malaysia. Kuala Lumpur: Oxford University Press

Ryan, R. J. (1976). The Making of Modern Malaysia and Singapore. Kuala Lumpur: Oxford University Press

Zainal Abidin Abd Wahid (1991). Sejarah Malaysia. Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

104