28
S U A R A R I S D A Aku cari bukan harta bertimbun-timbun, Untuk hidup kaya, Aku cari bukan wang berjuta-juta, Untuk hidup bergaya, Aku cari bukan kawan-kawan, Untuk hidup sekadar berfoya-foya, Aku cari mana dia Al-Ghazali, Aku cari mana dia Al-Shafie, Kita bongkar Kitab Suci, Cari pedoman, Kita bongkar rahsia Sunnah Nabi, Cari panduan, Aku hidup kerana Dia Rabbi, Dialah teman, Dialah Wali, Dia mencukupi, Aku hidup bererti, Menikmati Damai Abadi Nukilan : YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi SAJAK

SUARA BARU opt2 Output · Konvokesyen Kali Ke 3 bertempat di Auditorium Sultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat, RISDA, Kuala Lumpur. Majlis bermula 8.00 pagi dengan perarakan Graduan dan

  • Upload
    others

  • View
    22

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

S U A R A R I S D A

Aku cari bukan harta bertimbun-timbun,Untuk hidup kaya,

Aku cari bukan wang berjuta-juta,Untuk hidup bergaya,

Aku cari bukan kawan-kawan,Untuk hidup sekadar berfoya-foya,

Aku cari mana dia Al-Ghazali,Aku cari mana dia Al-Shafie,

Kita bongkar Kitab Suci,Cari pedoman,

Kita bongkar rahsia Sunnah Nabi,Cari panduan,

Aku hidup kerana Dia Rabbi,Dialah teman,Dialah Wali,

Dia mencukupi,Aku hidup bererti,

Menikmati Damai Abadi

Nukilan : YAB Dato’ Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi

SAJAK

S U A R A R I S D A

Hari ini dalam sejarah bertarikh 7 Disember 2004(Selasa) Kolej RISDA telah mengadakan Majlis

Konvokesyen Kali Ke 3 bertempat di AuditoriumSultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat, RISDA, KualaLumpur. Majlis bermula 8.00 pagi dengan perarakanGraduan dan Ahli Akademik masuk ke Auditorium.Pengisytiharan dan ucapan Konvokesyen kali ke 3Kolej RISDA ini telah disempurnakan oleh Y.B. Dato’Sri Abdul Aziz Shamsudin, Menteri Kemajuan LuarBandar dan Wilayah (KKLW).

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniahkepada graduan Kolej RISDA yang berjayamenamatkan pengajian bagi program Sijil, SijilKemahiran Malaysia (SKM) dan Diploma yangdilaksanakan dengan kerjasama Universiti PutraMalaysia (UPM). Pengurusan Kolej RISDA masa kinimenyediakan beberapa program iaitu Diploma SainsKomputer, Pengurusan Perniagaan, Diploma Pertanian,

Oleh: Shahruza Khalid

Sijil Sains Komputer dan Sijil Kemahiran Malaysia(MLVK) dalam bidang Kejuruteraan Sistem KomputerTahap 2 dan 3.

Selain itu, diadakan juga perundingan latihan sepertipenyenggaraan komputer kejurulatihan, komunikasiberkesan, pengurusan kewangan, pemasaran,pembangunan usahawan, pencukaian syarikat danlain-lain kursus mengikut kehendak pelanggan.

Dari semasa ke semasa, beberapa progam akanditawarkan seperti Diploma Keusahawanan,Perakaunan, Pengurusan Pentadbiran (Kesetiausahaan),Certificate In Business Communication (English) BookKeeping, Sijil Kemahiran Malaysia (MLVK)Kejuruteraan Sistem Komputer Tahap 4 dan sijilkemahiran seperti Teknologi Maklumat, Pelancongandan Perhotelan, Bakeri/Pastri, Penyediaan Makanan,Dandanan & Gunting Rambut serta PengurusanTernakan.

Bagi memeriahkan suasana, Ekspo Pertanian RISDAdiadakan selama dua hari mulai 6 hingga 7 Disemberdari 9.00 pagi hingga 9.00 malam bertempat dibelakang Ibu Pejabat RISDA. Pelbagai produkpertanian, kraftangan bunga daun getah hasil keluaranpekebun kecil dan lain-lain promosi turut diadakan.

BIL. 1/2005 ISSN 0128/0112 PERCUMA

Y.B. Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsuddin menyampaikan sijilkepada salah seorang graduan

Para graduan sedang mendengar ucapan

S U A R A R I S D A

SIDANG PENGARANG

http://www.risda.gov.my

PENAUNGDato’ Hj. Abd. Rahman b. Hj. Ali

Hj. Zulkifli Mohd. Nazim

PENASIHATAli Nordin bin Wahiduddin

KETUA PENGARANG Hj. Khalid bin Awang Said

PEN. KETUA PENGARANGAzizah bt. Mohamad

SIDANG PENGARANG Rodiah bt. Selamat

Zainal bin Abd. RahimBahaman bin Baharom

Noor Aslinda bt. MarzukiNasri bin Rahmat

PENTADBIRANZaaziah bt. Abd Aziz

PEMBACA PRUF Hjh. Rosemina bt. Hj. Abdul Malek

Hjh. Robiyah bt. Hj. Ismail

SUMBANGAN ARTIKELAhli PENYINAR & Individu

PENGEDARAN/PENYELARASBahagian Pengembangan &

Kesejahteraan RakyatIbu Pejabat RISDA.

REKABENTUK & PERCETAKAN OLEH:Percetakan Selaseh Sdn Bhd

No. 30 & 32, Jalan Selaseh Indah,Taman Selaseh Fasa (1),

68100 Batu Caves,Selangor Darul Ehsan, Malaysia

Tel: 603-6188 0719 Fax: 603-6189 0984

RENCANA PENGARANGSIDANG PENGARANG

Syukur Alhamdulillah kerana kita semua dipanjangkan usia setahun lagi. SidangPengarang Suara RISDA mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2005 danMaal Hijrah 1426 kepada pembaca.

Semoga semua warga RISDA dan masyarakat pekebun kecil membina azam baruagar tahun ini adalah lebih baik daripada tahun lepas dari segala segi meliputipembangunan sosio-ekonomi, pendidikan dan sebagainya. Elemen “Value Added”di setiap individu yang terlibat dalam industri ini patut direnung semula. Budayapenerapan ilmu patut dipertingkatkan dari semasa ke semasa agar RISDA sebagaipeneraju kemajuan pekebun kecil dapat diterjemahkan dengan berkesan.

Tahun 2005 adalah tahun akhir pelaksanaan Rancangan Malaysia ke- 8 dan RISDAakan terus melaksanakan program pembangunan yang telah dirancang demi“Memperkasakan Masyarakat Pekebun Kecil”. Marilah kita bersama-sama melihatdan menilai diri kita, rakan-rakan kita, menilai prestasi kerja kita dan memberifokus kepada masyarakat kita khususnya masyarakat pekebun kecil. Semoga segalausaha murni semua anggota RISDA dapat membantu meringankan bebanan mereka.

Peranan RISDA dalam konteks menjamin kesinambungan kejayaan khususnya diluar bandar, maka Kerajaan meneruskan falsafah dan strategi Baru PembangunanLuar Bandar atau Transformasi Kedua Pembangunan Manusia ke arahkecemerlangan melalui konsep Gerakan Daya Wawasan. Dari dimensi ini, RISDAakan memberi fokus kepada “Pembangunan Manusia” khususnya masyarakatpekebun kecil dan instrumen pembangunan manusia adalah pendidikan seumurhidup.

Kerajaan merangka Bajet Tahun 2005 yang akan menjadi asas untuk penyediaanRancangan Malaysia ke- 9 meliputi tempoh 2006 - 2010. Agenda pembangunannegara diteruskan dengan dasar meningkatkan keberkesanan pengurusankewangan kerajaan, kecekapan sistem penyampaian dan daya saingmempercepatkan peralihan ke arah ekonomi berasaskan nilai tambah yang tinggi,membangunkan sumber manusia sebagai pemangkin pertumbuhan dan memastikankesejahteraan rakyat melalui peningkatan kualiti hidup.

RISDA tidak terkecuali dalam dasar ini, terutama sekali di dalam transformasisektor pertanian ke arah lebih dinamik. Semua strategi kerajaan yang terkandungdi dalam Bajet 2005 adalah selari dengan pendekatan yang RISDA amalkan semulauntuk pembangunan masyarakat pekebun kecil yang berpengetahuan, menghapuskemiskinan tegar dan mempercepatkan pembangunan luar bandar. Semogapernyataan objektif RISDA “Pekebun kecil memperoleh pendapatan sekurang-kurangnya RM2000.00 sebulan sekeluarga menjelang tahun 2010 tercapai.

Pengarang

2

S U A R A R I S D A

Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Haji AhmadBadawi telah melakukan lawatan ke Pameran

Hidupan Haiwan Ternakan di Pameran Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Kebangsaan/MAHA 2004 padahari kedua pameran berlangsung. Pameran tersebuttelah diadakan di The Mines, Seri Kembangan.

Perdana Menteri tertarik ketika berada di geraiternakan kambing Jamnapari yang diuruskan olehSmallholders Wood Industries Johor Sdn.Bhd.(SWIJ)sebuah anak syarikat RISDA dengan SyarikatSuperficient Marketing Sdn. Bhd. (SEM). Beliaumelahirkan rasa kagum melihat kambing Jamnaparikerana saiz badannya yang besar mencecah 150 kgseekor bagi kambing matang.

Pengarah RISDA Johor, En.Mohammad Puat Yahya telahmemberi penerangan mengenai kambing Jamnapariyang berasal dari India dan berpotensi untuk diternakdi negara ini kerana cuaca di negara ini yang sesuaidengan habitat haiwan tersebut.

Menurut En. Mohammad Puat, SWIJ dengan kerjasama

SEM telah menternak baka Jamnapari untukdibekalkan kepada para petani, penternak danpekebun kecil yang berminat.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi SWIJ di alamatberikut :-Smallholders Wood Industries (Johor) Sdn. Bhd.No.12,Jalan Khalidi, Karung Berkunci 504,84009 MuarTel: 06-9542335

JAMNAPARIPERDANA MENTERI TERTARIK DENGAN

KAMBING JAMNAPARIPERDANA MENTERI TERTARIK DENGAN

KAMBING JAMNAPARIOleh: Hj. Mohd Noor Albakri Rosli

3

S U A R A R I S D A

PAMERAN RISDA PERAK

Sempena dengan Sambutan Perayaan Hari Peladang,Penternak dan Nelayan Negeri Perak baru-baru ini

di Infoternak, Sg. Siput, Perak, RISDA Negeri Perakbeserta dengan Anak syarikat RISDA iaitu RSSB, RSPSBdan juga Koperasi Gabungan Pekebun Kecil Perak telahmempamerkan aktiviti dan produk masing-masinguntuk pengetahuan para pengunjung.

Program ini merupakan agenda tahunan KerajaanNegeri Perak. Sambutan Hari Peladang, Penternak danNelayan Perak bagi tahun 2004 ini telah diadakanselama 4 hari mulai 11 September hingga 14September yang lalu.

Antara aktiviti menarik yang diadakan ialah pameransektor awam dan Swasta, promosi dan jualan produkpertanian dan gerai pertandingan produk berasaskanpertanian. Di samping itu juga pameran ‘IpohInternational Orchid Festival’ juga turut diadakan ditapak ekspo ini.

Perasmian program ini telah disempurnakan olehTimbalan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Najib TunRazak, dan beliau telah melawat gerai-gerai pameran.RISDA Negeri Perak telah mempamerkan aktiviti dan

TTTTTIMBIMBIMBIMBIMBALAN ALAN ALAN ALAN ALAN PPPPPERDERDERDERDERDANA ANA ANA ANA ANA MMMMMENTERI ENTERI ENTERI ENTERI ENTERI MMMMMELAELAELAELAELAWWWWWAAAAAT T T T T GGGGGERAIERAIERAIERAIERAIPPPPPAMERAN AMERAN AMERAN AMERAN AMERAN RRRRRISDISDISDISDISDA A A A A PPPPPERAKERAKERAKERAKERAK

projek berdasarkan 5 teraju dan juga mempromosikanpelbagai produk bunga daun getah dan kraf kayu getahdi samping jualan makanan ringan hasil PWPK NegeriPerak.

RSSB pula membuat jualan benih tanaman herba danlandskap. Manakala RSPSB melalui Kedai SMART pulamenjual produk daging dan ikan seperti daging burungunta, kambing boer, ayam kampung dan filet ikantilapia.

Timbalan Perdana Menteri semasa mengunjungi geraiRISDA Perak amat tertarik dengan pelbagai produkhasil Kraf Hevea yang dipamerkan dan berharapRISDA dapat meningkatkan kualiti produk supayadapat menembusi pasaran antarabangsa.

Turut mengiringi Timbalan Perdana ialah MenteriPertanian dan Industri Asas Tani, Y.B. Tan Sri MuhyiddinYassin, Menteri Besar Perak, YAB. Dato’ Seri Di RajaMohd Tajol Rosli Ghazali dan Dato’ Radzi Manan iaituPengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tanidan Pelancongan. Ketua Pengarah RISDA yang sedangmengadakan lawatan kerja di RISDA Perak, turut hadirdi majlis tersebut.

TTTTTIMBIMBIMBIMBIMBALAN ALAN ALAN ALAN ALAN PPPPPERDERDERDERDERDANA ANA ANA ANA ANA MMMMMENTERI ENTERI ENTERI ENTERI ENTERI MMMMMELAELAELAELAELAWWWWWAAAAAT T T T T GGGGGERAIERAIERAIERAIERAIPPPPPAMERAN AMERAN AMERAN AMERAN AMERAN RRRRRISDISDISDISDISDA A A A A PPPPPERAKERAKERAKERAKERAK

Ketua Pengarah RISDA, Y. Bhg. Dato’ Hj. Abdul Rahman Ali menyampaikan cenderamata kepadaTimbalan Perdana Menteri, Y.A.B Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak

Oleh: Mohd. Radzi b. Mohd. Ali

4

S U A R A R I S D A

AMANAT KETUA PENGARAH & HARI Q

Pada 5 Januari 2005 bertempat di AuditoriumSultan Ahmad Shah, Ibu Pejabat Risda, bermulapada pukul 9.00 pagi berlangsung Majlis

Sambutan Hari Kualiti Risda yang dirasmikan oleh Y.B.Senator Dato’ Hj. Abdul Raman Suliman. Turut hadirdalam majlis ini ialah Ketua Pengarah Risda, Dato’Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ali, Timbalan KetuaPengarah (Operasi), Timbalan Ketua Pengarah(Pentadbiran & Korporat), semua Pengarah Bahagian,Pengurus Besar Anak Syarikat Risda, PRN, PRD,pegawai kanan, peserta pertandingan inovasi danlebih 2500 kakitangan Risda.

Dalam ucapan perasmiannya, Y.B. Senator Dato’ HajiAbdul Raman Suliman berkata, sambutan ini bertujuanuntuk mengiktiraf sumbangan pegawai dankakitangan Risda yang telah berkhidmat dengancemerlang, memberi idea bernas berbentuk inovasidan rekacipta sama ada bidang pengurusan mahupunteknikal. Beliau berharap dengan penganugerahan inipada setiap tahun akan menjadi pendorong kepadapegawai dan kakitangan untuk terus meningkatkanmutu perkhidmatan dan produktiviti mereka demikemajuan organisasi yang tentunya menjurus kepada

kesejahteraan pekebunkecil. Beliau jugamengucapkan tahniah dansyabas kerana Risdamendapat Sijil BersihKewangan untuk lapantahun berturut-turut.

Pengerusi Risdamencadangkan agarditubuhkan peti ‘CadanganGila-Gila’ bertujuan untukmendapat pandangan/ideademi meningkatkan prestasiorganisasi. Beliau membericontoh, sebuah syarikatpengeluar makanan dalambotol yang terkenal,

menerima pandangan kakitangan bawahannya yangterlalu mudah tetapi amat menguntungkan. Cadanganagar lubang botol dibesarkan sedikit supayapenggunaan produk meningkat benar-benar memberikesan positif. Justeru itu, beliau sedia menerimapandangan dan pendapat demi meningkatkanproduktiviti dan setiap pandangan/pendapat akandipertimbangkan untuk pemberian imbuhan. Sarananbeliau disambut dengan tepukan gemuruh daripadahadirin.

CADANGAN ‘GILA-GILA’ -MENINGKATKAN PRODUKTIVITI RISDA

Oleh: Hajah Robiyah Ismail

CADANGAN ‘GILA-GILA’ -MENINGKATKAN PRODUKTIVITI RISDA

5

S U A R A R I S D A

MEMPERKASA MASYARAKAT

Tema Amanat Pengurusan RISDA 2005‘Memperkasakan Masyarakat Pekebun Kecil’ yang

disampaikan oleh Ketua Pengarah RISDA Y. Bhg. Dato’Hj. Abdul Rahman Haji Ali pada 6 Januari 2005 diAuditorium Sultan Ahmad Shah merupakan satuamanah dan tanggungjawab besar RISDA untukmemajukan sektor pekebun kecil.

Ketua Pengarah menegaskan, amanat ini hendaklahdijadikan asas dan panduan bagi melaksanakanprogram pembangunan pekebun kecil bagi tahun ini.Bajet 2005, secara langsung dan tidak langsungbertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan rakyatdan kualiti kehidupan mereka selaras dengan wawasankerajaan. Kerajaan melalui RISDA antara agensipelaksananya telah mengatur pelbagai strategi untukmencapai wawasan ini.

Dengan berlandaskan strategi lima teraju;Pembangunan Tanam Semula & Peladangan,Pembangunan Ekonomi Tambahan, PembangunanEkonomi Komersial, Pembangunan Institusi PekebunKecil, Pembangunan Ahli Isi Rumah dan sumbangan

MEMPERKASAKAN MASYARAKAT PEKEBUNKECIL AGENDA UTAMA RISDA

MEMPERKASAKAN MASYARAKAT PEKEBUNKECIL AGENDA UTAMA RISDA

Oleh: Hajah Robiyah Ismail

Tim. Ketua Pengarah RISDA (P&K) Tn. Hj. Mahdun Bin Majed mengucapkantahniah kepada Ketua Pengarah RISDA, Y.Bhg. Dato’ Abdul Rahman Ali selepas

menyampaikan Amanat Pengurusan RISDA 2005

anak syarikat serta pengurusanRisda yang gigih dan mantapdengan penyusunan semulaorganisasinya, keseimbanganpendekatan bawah ke atas danatas ke bawah diharapmatlamat akan dapat dicapai.

Tahun 2005 adalah tahun akhirpelaksanaan RMKe-8 danRISDA akan terusmelaksanakan programpembangunan yang telahdirancang bagi RMKe-9 yangmeliputi tempoh 2006 - 2010.

Dalam menuju ke RMKe-9,Risda bukan sahajabertanggungjawab kepadapekebun kecil era zaman

penubuhannya malahan generasi kedua merekadengan menawarkan pelbagai bidang kemahiransupaya ilmu yang dipelajari dapat membantu merekamenghadapi cabaran hidup era globalisasi danliberalisasi. Pendek kata Risda mendekati pekebunkecil bukan sahaja menerusi program penanamansemula getah tua mereka dengan benih tanamanbermutu sama ada sawit atau getah, tetapi turutmembimbing mereka melaksanakan aktivitisampingan bagi tujuan menambah pendapatan hinggakepada tahap usahawan berjaya.

Malahan, seluruh keluarga pekebun kecil dibangunkandan mereka digabungkan dalam institusi sama adaKoperasi Pekebun Kecil,PWPK dan kemudiannyadalam skop yang lebih besar iaitu Gerakan DayaWawasan di mana pelbagai kemudahan antaranyapembinaan infrastruktur disalurkan kepada mereka.

Turut hadir dalam Amanat Pengurusan RISDA 2005,kedua-dua Timbalan Ketua Pengarah, Pengurus Besar,PRN, PRD, PRJ dan lebih 1,000 kakitangan.

6

S U A R A R I S D A

AIDILFITRI

Dalam kesuntukan masa untuk menghadirkandiri di Dewan Negara, pada hari yang sama,

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Y.B.Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsuddin dan isteri masihberkesempatan hadir dalam perjumpaan Hari RayaAidilfitri 1425 di Dewan Gemalasari, Ibu PejabatRISDA pada 6 Disember 2004 yang lalu.

Dalam majlis tersebut, Dato’ Sri Abdul Azizmengingatkan tanggungjawab besar agensi initerhadap ‘Insan Di belakang Pokok Getah‘. Beliaumelahirkan hasrat dan harapan kerajaan yang tidakmahu lagi mendengar ‘Tangisan Anak Pekebun Kecil‘pada masa hadapan dan berkeyakinan bahawa Risdaberpotensi membangunkan sektor pekebun kecil.

Sementara itu, Pengerusi RISDA Y.B. Senator Dato’Haji Abdul Raman Suliman dalam ucapannyamenekankan supaya pekebun kecil sentiasameningkatkan pengetahuan, kerana dengan ilmumereka yang miskin akan bertukar menjadi senang.

Dato’ Haji Abdul Raman juga mengingatkan supayapengertian Syawal hendaklah dihayati oleh setiap

KKKKKUMPULAN UMPULAN UMPULAN UMPULAN UMPULAN SSSSSASAR ASAR ASAR ASAR ASAR AAAAAGENDA GENDA GENDA GENDA GENDA UUUUUTTTTTAMA........AMA........AMA........AMA........AMA........Dato’ Sri Abdul AzizDato’ Sri Abdul AzizDato’ Sri Abdul AzizDato’ Sri Abdul AzizDato’ Sri Abdul Aziz

individu. Di samping kita bergembira, hendaklahkita mengingati golongan yang kurang bernasib baik.

Beliau menyeru kepada warga RISDA supayamenggandakan usaha untuk membangunkan sektorpekebun kecil, agar mereka dapat terus menikmatikemakmuran negara.

Turut hadir ialah Datin Latifah bte. Yussuf, isteriTimbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar Dato’ Dr.Awang Adek Hussin serta lebih 1,200 pegawai dankakitangan RISDA.

KKKKKUMPULAN UMPULAN UMPULAN UMPULAN UMPULAN SSSSSASAR ASAR ASAR ASAR ASAR AAAAAGENDA GENDA GENDA GENDA GENDA UUUUUTTTTTAMA........AMA........AMA........AMA........AMA........Dato’ Sri Abdul AzizDato’ Sri Abdul AzizDato’ Sri Abdul AzizDato’ Sri Abdul AzizDato’ Sri Abdul Aziz Oleh: Hajah Robiyah Ismail

7

S U A R A R I S D A

G-FLEX merupakan teknik rangsangan terbaru keluaranLembaga Getah Malaysia (LGM) yang menggunakangas etilina yang dibekalkan terus pada kulit pokokgetah. G-FLEX menggabungkan konsep rangsanganyang membekalkan gas etilina secara berterusan padakadar yang perlahan dan teknik rangsangan yangmembekalkan gas secara berkala.

Aplikasi G-FLEX telah diperluaskan membolehkanteknik rangsangan ini digunakan pada pokok berumur10 dan 15 tahun ke atas. Bagi pokok berumur 10 tahunke atas di mana alur torehan masih pada kulit dara dipanel BO-2, G-FLEX digabungkan dengan alur torehanpendek dan ditoreh hala ke bawah seperti torehankonvensional. Sistem torehan ini mempunyai dua alurtorehan suku lilitan ditoreh bergilir-gilir dengankekerapan d/3 atau d/4 iaitu 2 x 1/4 S (t,t) d/3 + G-FLEX.

Untuk pokok premium berumur 15 tahun keatasperaturan torehan adalah sama dengan teknikrangsangan semasa dimana torehan dilakukan padakulit dara di panel sebelah atas dengan kekerapantorehan d/3 atau d/4 iaitu 1/8 S , d/3 + G-FLEX

G-FLEX dimajukan dengan ciri-ciri yang lebih mesrapengguna dan mudah diuruskan terutama kerja-kerjapemasangan membekalkan gas dan penyelenggaraan.Jika posisinya perlu diubah, ia boleh dilakukan denganmenggunakan komponen yang sama tanpa perlumenggantikan komponen yang baru.

Petikan Risalah LGM

G-FLEX membolehkan pengguna memilih sama adauntuk mendapatkan komponen dalam bentuk lengkapdari kilang atau komponen dalam bentuk berasinganuntuk dipasang sendiri oleh pengguna denganmenggunakan konsep DIY (Do it yourself concept).

Keberkesanan teknik rangsangan yang menggunakangas etilina sebagai bahan rangsangan ialahkemampuannya untuk mengelakkan daripadakebocoran gas tersebut.

G-FLEX tidak memerlukan kerja-kerjapenyelenggaraan yang rumit bagi memastikankeberkesanannya. Prestasi hasil dari G-FLEX tidakmenunjukkan perbezaan yang ketara berbandingdengan teknik lain yang disyorkan oleh LGM tetapiia lebih mudah diuruskan dan harganya lebih murah.

G-FLEX dapat meningkatkan kecekapan teknikrangsangan, meningkatkan produktiviti sertameningkatkan pendapatan penoreh.

L I TL I TL I TL I TL I TS- G FLEX KS- G FLEX KS- G FLEX KS- G FLEX KS- G FLEX KOMBINASIOMBINASIOMBINASIOMBINASIOMBINASIP R A K T I SP R A K T I SP R A K T I SP R A K T I SP R A K T I S

L I TL I TL I TL I TL I TS- G FLEX KS- G FLEX KS- G FLEX KS- G FLEX KS- G FLEX KOMBINASIOMBINASIOMBINASIOMBINASIOMBINASIP R A K T I SP R A K T I SP R A K T I SP R A K T I SP R A K T I S

TEKNOLOGI

8

S U A R A R I S D A

MORTEK STABILKANPENGELUARAN LATEKS

MORTEK ialah formulasi berasaskan etefondigunakan untuk membolehkan pokok-pokok

getah muda dirangsang dengan lebih kerap dari mulapokok-pokok tersebut dibuka torehan. Ini merupakanpembaharuan dalam aspek merangsang pengeluaranlateks dari pokok-pokok getah muda yang ditorehdengan sistem torehan konvensional pada kulit daradi panel torehan di sebelah bawah. Ini kerana, syorsebelum ini menghadkan aplikasi bahan perangsangetefon di antara dua ke tiga kali setahun untuk pokok-pokok yang baru dibuka torehan.

MORTEK membolehkan kekerapan aplikasidipertingkatkan sehingga lapan kali setahun dari mulatorehan dilakukan. Amalan merangsang pokok-pokokgetah perlu diberhentikan untuk sementara waktuterutama pada musim daun luruh diantara tiga keempat bulan dalam setahun. Penggunaannya bolehdisambung semula selepas musim tersebut berakhir.Walaupun penggunaannya lebih kerap kejadiankekeringan kulit adalah rendah. Kimia perangsangetefon telah diperkenalkan kepada industri getahnegara semenjak lewat tahun 1960an dan masihdigunakan sehingga kini.

Kos penggunaannya adalah murah dan mudahdigunakan. Sungguhpun demikian etefon mempunyaibatasannya kerana ianya hanya berfungsi untukmelewatkan kejadian palaman, iaitu pembekuanlateks di permukaan saluran lateks yang tercederaselepas kerja-kerja torehan dilakukan. Kelewatanproses pembekuan ini membolehkan pengaliran lateksberpanjangan, bergantung kepada kepekatan dankaedah penggunaan bahan tersebut.

Data hasil dalam satu pusingan perangsangan etefonmenunjukkan peningkatan hasil berlaku dalam 10ke 14 hari sebelum kembali ke tahap penghasilansebelum penggunaan etefon.

MORTEX bukan sahaja berfungsi sebagai etefon tetapiia dapat membantu pokok getah menstabilkanpengeluaran lateks untuk sesuatu pusinganperangsangan dan sepanjang tempoh penggunaannyasetahun.

Klon yang memberi respon positif kepada etefonmemberi respon yang sama kepada MORTEX .

Dengan MORTEX, pengguna akan dapatmengoptimumkan pengeluaran hasil berdasarkankepada potensi genetik sesuatu klon, tanpa memberikesan negatif yang ketara ke atas pertumbuhan hasiluntuk jangkamasa panjang. Ini akan memberipulangan yang lebih tinggi kepada pengguna.

TEKNOLOGI

Petikan Risalah LGM

9

S U A R A R I S D A

Pada 21 November 2004 yang lalu, Y.B.Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsuddin, Menteri

Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) telahmengadakan lawatan kerja ke projek di bawahProgram Pembangunan Bersepadu Desa Terpencil(PROSDET) di Kampung Pantos, Lipis, Pahang DarulMakmur. Dalam lawatan kerja itu, Y.B. Dato’ Sri AbdulAziz telah diberi taklimat mengenai peranan RISDAdalam pembangunan PROSDET yang disampaikanoleh Ketua Pengarah Risda.

Kg. Pantos telah wujud sejak tahun 1960an dan terletakdi Hulu Sg Telom dengan mengambil masa 45 minitmenyusuri Sg. Telom dari Jeti Kg. Kuala Medang.Penduduknya yang berjumlah 127 orang (23 keluarga)adalah beragama Islam sejak dari tahun 1992.Masyarakat Orang Asli di sini terdiri daripada sukukaum Semai.

PROSDET telah diperkenalkan pada tahun 1998 untukmemajukan kampung Orang Asli melalui penempatansemula dengan menjalankan kegiatan ekonomi secarakomersial. Dalam menjayakan program PROSDET Kg.Pantos, pihak RISDA telah diberi peranan sebagaiagensi pembayar dengan projek yang sedangdilaksanakan oleh RISDA seperti berikut:-1. Program Penempatan Masyarakat Setempat

2. Pembinaan Jalan Luar Bandar3. Penyediaan Tapak dan kerja ukur4. Program Pembangunan Ladang Fasa I & II

Seluas 116 hektar telah ditanam dengan sawit padatahun 2002 melibatkan 48 peserta dengan puratapemilikan seluas 2.4166 hektar bagi setiap peserta.Kerja pembangunan ladang telah dijalankan oleh anaksyarikat RISDA (RSPSB). Sebagai tindakan programpembangunan selanjutnya, kawasan hutan Belida yangbersambung dengan projek Fasa I telah dikenal pastidan telah dibuat kajian tanah oleh Unit Tanah RISDAdan didapati sesuai untuk dimajukan sebagai Fasa II.

Y.B. Dato’ Seri Abdul Aziz Shamsuddin juga sempatmeninjau ke kampung Orang Asli yang berdekatanbagi melihat sendiri keadaan kehidupan mereka.

PROSDETRISDA TERAJUI PEMBANGUNAN PROSDET

KAMPUNG PANTOS, LIPIS,PAHANGRISDA TERAJUI PEMBANGUNAN PROSDET

KAMPUNG PANTOS, LIPIS,PAHANGOleh: Abd. Rahim b. Sohaimi

Y.B. Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsuddin dan rombongan meninjau kawasan Sekolah Kebangsaan Pos Lanai, Pantos.

10

S U A R A R I S D A

HOME STAY & KORBANPELANCONG ASING SERTAI PROGRAM HOMESTAY DAN

PENGHAYATAN KORBAN DI PT. SAPRAN, PONTIAN JOHOR

Program Homestay dan Penghayatan Korban anjuranRISDA Negeri Johor dan NARSCO memeriahkan

lagi suasana Hari Raya Aidiladha di Kampung ParitSapran, Pontian, Johor tahun ini.

Seramai 93 orang peserta terdiri daripada wargaSingapura, Dubai, Madinah, Yaman dan juga saudarabaru PERKIM terlibat dalam program tersebut.

“Aktiviti ini diadakan untuk memberi peluang kepadapeserta berhari raya di kampung di samping menyertaiaktiviti desa termasuk ibadah korban”, kata Y.B. SenatorDato’ Hj. Abdul Raman bin Suliman, Pengerusi Risdasemasa merasmikan Majlis Homestay danPenghayatan Korban pada 22 Januari 2005 di kampungtersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut ialah Y.Bhg. Dato’Hj. Abdul Rahman bin Hj. Ali, Ketua Pengarah,Timbalan-timbalan Ketua Pengarah, Pengarah-pengarah Bahagian dan Pengarah Risda Negeri Johor.

“Aktiviti ini juga diadakan untuk menyahut seruankerajaan supaya pekebun kecil menambah nilai produkyang sedia ada di kampung bagi menggalakkan Agro,Eco dan Islamic Tourism”, gesanya lagi.

Pada malam tersebut, peserta telah didedahkan kepadaaktiviti berzanji, mencukur jambul, dan marhaban.Ini adalah pengalaman yang amat berharga keranajarang diadakan di kawasan bandar.

Pada keesokan harinya peserta diberi peluang untuksama-sama menyertai ibadah korban. Aktiviti yangterlibat termasuklah menyembelih, melapah danmembahagi daging korban kepada fakir miskin.Sesungguhnya pengalaman manis di Kampung ParitSapran akan tersemat dalam sanubari peserta sampaibila-bila.

Oleh: Jib

Pengerusi dan Ketua Pengarah RISDA melapah lembukorban

PELANCONG ASING SERTAI PROGRAM HOMESTAY DANPENGHAYATAN KORBAN DI PT. SAPRAN, PONTIAN JOHOR

11

S U A R A R I S D A

GERAKAN DAYA WAWASAN

Gerakan Daya Wawasan adalah merupakan suatugerakan pembangunan kampung atau desa yang

melibatkan pembangunan sosial dan ekonomimasyarakat luar bandar. Pekebun kecil perlu menerimaperubahan bagi menjadikan desa maju, menarik danmenguntungkan.

Pada 7 September 2004 yang lalu, Kampung Sg. JernihIjok, Perak, telah rasmi menjadi Kampung GDW.Majlis Pelancarannya telah disempurnakan oleh Y.B.Dato’ Dr. Awang Adek Haji Hussin, Timbalan Menteri1 Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah.

Salah satu projek yang dijalankan di kampung GDWdi sini ialah projek ternakan udang galah yangmemberi pendapatan lumayan kepada peserta. Selainitu projek pembangunan tanam semula RISDA dankawasan semula jadi yang indah menjadikan kampungini mempunyai keistimewaan tersendiri untukdijadikan kawasan agro-pelancongan bagi penduduktempatan, bandar dan pelancong asing.

Beliau berharap agar penduduk kampung dapatmengemblengkan tenaga, daya usaha sertapenglibatan aktif dalam pembangunan desa mereka.Pihak kerajaan sedia mempertimbangkan danmenyediakan pelbagai kemudahan lain bagimenjadikan kampung ini lebih maju dan menarik.

Di majlis tersebut YB Dato’ Dr. Awang Adekmenyerahkan logo GDW sebagai tanda penghargaankepada penduduk tempatan.

Y.B. DATO’ DR. AWANG ADEK HUSSIN MELANCARKANGDW KG. SG. JERNIH, IJOK

Beliau turut menyampaikan bantuan kepada pesertaprojek ternakan udang galah sistem kolam, projekkraftangan dan melakukan upacara pecah tanah sertapelepasan benih udang di kolam berhampiran.

RISDA akan terus membangunkan projek-projek yangboleh menambahkan pendapatan pekebun kecil bagimencapai pendapatan RM2000 sebulan sekeluargamenjelang 2010.

Turut hadir di majlis itu, Wakil Pengerusi RISDA,Pengerusi jawatankuasa Pertanian ,Industri Asas Tanidan Pelancongan Perak, ADUN Kubu Gajah, Selama,Pengarah Risda Negeri Perak dan semua ketua jabatandan agensi di negeri Perak.

Y.B. DATO’ DR. AWANG ADEK HUSSIN MELANCARKANGDW KG. SG. JERNIH, IJOK

Penyampaian Logo GDW kepada Ketua Kampung Sg. Jernih

Y.B. Dato’ Dr. Awang Adek melepaskan benih udang galah

Peserta Projek Kraftangan menerima bantuan daripada Y.B.Dato’ Dr. Awang Adek Hussin

Oleh: Roslan Mohd. Noor

12

S U A R A R I S D A

KURSUS INNER POWER

Seramai 40 orang pekebun kecil yang terdiri daripada peserta AET, PITG, ahli PWPK dan Ahli JKKK Kg.GDW RISDA negeri Perak telah mengikuti kursus motivasi diri melalui pendekatan “INNER POWER” .

Kursus ini merupakan salah satu agenda dalam perancangan Unit Pengembangan, Pejabat RISDA NegeriPerak dalam meningkatkan lagi aktiviti kursus formal. Kursus ini telah diadakan di Perlok Recreational CampCenter, Menderang, Sungkai selama tiga hari. Salah satu tujuan utama kursus ialah untuk meningkatkankesedaran, melahirkan keyakinan serta membentuk kekuatan diri dalam menghadapi hari-hari mendatang.

Peserta kursus amat berpuas hati dan berminat untuk mengikuti siri kedua kursus ini kerana pendekatan kursusberbeza dengan kursus yang pernah diikuti. Kursus ini telah dipimpin oleh seorang pakar dalam bidang ilmutenaga dalaman, Dr. Jamaluddin A. Jalal.

Di antara subjek yang disentuh dalam kursus tersebut meliputi mengenali kuasa minda, sistem pernafasan,aplikasi tenaga dalaman dan juga senaman “Qi Gong”. Majlis penutupan dan penyampaian sijil kursus telahdisempurnakan oleh Pengerusi RISDA, Y.B. Senator Dato’ Haji Abdul Raman Suliman.

PEKEBUN KECIL IKUTI KURSUS ‘ INNER POWER ‘PEKEBUN KECIL IKUTI KURSUS ‘ INNER POWER ‘Oleh: Mohd.Radzi Mohd Ali

13

S U A R A R I S D A

PERISTIWA DI SANA SINI

Y.B. Dato’ Sri Abdul Aziz Shamsuddin melawat Gerai Pameran TernakanKambing Jamnapari yang diusahakan oleh Smallholders Wood Industries

(Johor) Sdn. Bhd. di Kg. Gembut, Kota Tinggi, Johor

Ikrar... Dari kiri, Tn. Hj. Mahdun Majed, Y.B. Senator Dato’ Abdul Raman Suliman, Y. Bhg.Dato’ Abdul Rahman Ali dan Tn. Hj. Zulkifli Mohd Nazim turut memberi ikrar di Majlis

Hari Kualiti RISDA

Pasukan Zon Selatan sedang berarak masuk ke Stadium TertutupCentre Court Paroi, Seremban, Negeri Sembilan sempena Pesta Sukan

Kebangsaan RISDA Kali ke XIII

PERISTIWA D

14

Ketua Pengarah RISDA turut melakukan akad sebelum melaksanakanibadat korban di Kg. Parit Sapran, Pontian, Johor

S U A R A R I S D A

PERISTIWA DI SANA SINI

Badan Agama Islam Ibu Pejabat RISDA turut menyertai ibadahkorban di Kampuchea

Ketua Pengarah Dato’ Abdul Rahman Hj. Ali menerangkanmengenai mutu getah keping kepada Pengerusi RISDA

Warga Emas yang mengikuti Kursus ICT Desa di Kolej Risda AyerPa’Abas, Melaka

DI SANA SINI

15

Dato’ Seri Syed Hamid Albar dan Dato’ Dr. Awang Adek Hussin melawat geraipameran RISDA sempena Hari Pelanggan KKLW di Kg. Mawai Baru, Kota Tinggi,

Johor

S U A R A R I S D A

Koperasi Pekebun Kecil seharusnya tidakbergantung kepada projek pemberian RISDA

sahaja untuk menjana pendapatan, sebaliknya perlumenerokai peluang-peluang perniagaan yang lainsama ada dengan agensi-agensi kerajaan yang lainatau sektor swasta.

Antara agensi kerajaan yang terlibat dengan projekperniagaan ialah Perbadanan Kemajuan Negeri Perak,Perbadanan Pertanian Negeri, Lembaga PertubuhanPeladang dan Baitulmal.

Menyedari peluang perniagaan yang boleh diceburikhususnya dalam projek berasaskan industri pertanianmaka RISDA Perak telah menganjurkan satuperjumpaan dengan pihak Baitulmal Negeri yang telahdiadakan di Bilik Serbaguna, Pejabat RISDA NegeriPerak. Lebih 60 orang terdiri daripada Pengurus KPK,ALP Koperasi juga Pegawai RISDA daerah telah hadir.Majlis dirasmikan oleh Pengarah RISDA Negeri, En.Ali Nordin bin Wahiduddin.

Tujuan majlis ini diadakan ialah untuk mendapatpenerangan dan maklumat daripada pejabat Baitulmaldan peluang-peluang perniagaan dalam bentukmemajukan tanah wakaf.

KKKKKOPOPOPOPOPEEEEERRRRRASI PASI PASI PASI PASI PEEEEEKKKKKEEEEEBBBBBUN KUN KUN KUN KUN KECIL PECIL PECIL PECIL PECIL PEEEEERRRRRAK AK AK AK AK TETETETETERRRRROKOKOKOKOKAI PAI PAI PAI PAI PEEEEELLLLLUUUUUANGANGANGANGANGPPPPPEEEEERNIARNIARNIARNIARNIAGAAN DEGAAN DEGAAN DEGAAN DEGAAN DENGAN BAINGAN BAINGAN BAINGAN BAINGAN BAITTTTTULMAL PULMAL PULMAL PULMAL PULMAL PEEEEERRRRRAKAKAKAKAK

Oleh: Mohd Radzi Mohd Ali

KOPERASI PEKEBUN KECIL PERAK

Menurut Pegawai Harta Tanah, En. Rohizan, pejabatBaitulmal mempunyai senarai tanah wakaf lebihdaripada 1000 hektar iaitu dalam bentuk wakaf am,lain-lain wakaf, wakaf masjid dan wakaf kubur.

Katanya lagi, bagi tanah wakaf am yang mempunyaistatus tanah pertanian ataupun rumah kedai makapihak koperasi boleh membuat permohonan untukmemajukan kawasan tersebut.

Menurutnya lagi, kebanyakan tanah wakaf yang adadi Negeri Perak terbiar kerana belum ada pengusahayang berminat untuk memajukannya secara komersial.Justeru itu beliau mempelawa koperasi pekebun keciluntuk membangunkan mana-mana tanah wakaf yangberpotensi untuk dimajukan secara skala besar.

KKKKKOPOPOPOPOPEEEEERRRRRASI PASI PASI PASI PASI PEEEEEKKKKKEEEEEBBBBBUN KUN KUN KUN KUN KECIL PECIL PECIL PECIL PECIL PEEEEERRRRRAK AK AK AK AK TETETETETERRRRROKOKOKOKOKAI PAI PAI PAI PAI PEEEEELLLLLUUUUUANGANGANGANGANGPPPPPEEEEERNIARNIARNIARNIARNIAGAAN DEGAAN DEGAAN DEGAAN DEGAAN DENGAN BAINGAN BAINGAN BAINGAN BAINGAN BAITTTTTULMAL PULMAL PULMAL PULMAL PULMAL PEEEEERRRRRAKAKAKAKAK

Pegawai Bahagian Harta Baitulmal Perak memberi penerangan

16

S U A R A R I S D A

KOPERASI JEPUN

Pada 19 hingga 23 Disember 2004 yang lalu,Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang, Haji Adnan

Ahmad telah menyertai Delegasi Majlis PembangunanKoperasi Negeri Pulau Pinang ke Jepun bagi meninjauperjalanan koperasi di negara tersebut.

Jepun dipilih sebagai destinasi lawatan keranakejayaan gerakan koperasi dan sumbangan besarnyakepada pembangunan ekonomi dan sosial negara itu.Di Jepun, gerakan koperasi juga bertindak sebagaitempat menyebarkan ilmu pengetahuan, khidmatsosial dan bencana kemasyarakatan dan aktivitirekreasi.

Koperasi pengguna memainkan peranan yang sangatpenting dalam penggubalan polisi Kerajaan Jepunberkaitan dengan import makanan yang melibatkankeselamatan dan kualiti makanan terutamannya darisegi pelebelan, jenis-jenis racun serangga dankandungan bahan awet.

Koperasi juga mempunyai suara untuk menentukanharga barangan dalam pasaran, terutamanya baranganmakanan. Semua koperasi di Negara Jepun adalahdipunyai oleh anggotanya dan ditadbirkan secarademokrasi. Koperasi adalah entiti perniagaan

Oleh: Haji Adnan Ahmad

sepenuhnya dan bukan merupakan kelab ataupersatuan yang bermatlamatkan kebajikan sahaja.Koperasi juga tertakluk kepada standard dan prinsipPengurusan Koperasi Antarabangsa. Masyarakat Jepunmengambil serius keanggotaan mereka dalam koperasidan menganggapnya sebagai aktiviti kemasyarakatanyang boleh membawa pulangan lumayan kepadamereka melalui penglibatan aktif dalam koperasi.Koperasi turut dianggotai oleh golongan terpelajardan profesional yang terlibat dalam pelbagai peringkatpengurusan koperasi. Keperluan R & D jugamerupakan elemen yang diamalkan hampir di semuakoperasi di Jepun.

Pada keseluruhannya lawatan kerja ini sangatbermanfaat dan berjaya membuka minda ahlirombongan. Beberapa bidang yang berpotensi untukdiceburi oleh koperasi seperti makanan beku dankering, makanan halal, perabot serta kerjasama darisegi bio-teknologi untuk produk berasaskan makanantelah dikenal pasti.

Banyak pengetahun dan pengalaman dapat ditimbamelalui lawatan ini terutamanya dari segi pengurusandan keupayaan daya saing koperasi yang tinggi diJepun.

KOPERASI TONGGAK PERTUMBUHANEKONOMI JEPUN

KOPERASI TONGGAK PERTUMBUHANEKONOMI JEPUN

Pengarah RISDA Negeri Pulau Pinang, Hj. Adnan Ahmad (dua dari kiri) bersama sebahagian daripada peserta delegasi MajlisPembangunan Koperasi Negeri Pulau Pinang ketika dalam lawatan ke Negara Jepun

17

S U A R A R I S D A

BUNGA DAUN GETAH

Bermula dengan pemberian cenderamata danseterusnya tertarik dengan kehalusan seni bunga

daun getah, mendorong Tuan Yang Terutama Yang DiPertua Negeri Melaka, Tun Datuk Seri UtamaMohd.Khalil Yaakob untuk melihat sendiri bagaimanakraftangan daripada daun getah dihasilkan di pusatPerkumpulan Wanita Pekebun Kecil (PWPK).

Kehadiran TYT Negeri Melaka ke Kampung SungaiJernih, tempat perusahaan kraftangan bunga daungetah telah disambut oleh Pengarah RISDA Negeri,Haji Omar Paimin dan lain-lain pegawai kanankerajaan negeri.

Haji Omar Paimin turut menyampaikan taklimatringkas berkaitan dengan program tersebut yangmerupakan dasar RISDA untuk membantu masyarakatpekebun kecil meningkatkan pendapatan mereka.

Selepas majlis taklimat, TYT Negeri Melakaberpeluang melihat sendiri demontrasi bagaimanabunga daun getah dihasilkan iaitu bermula dari bahanmentah sehinggalah kepada membentuk, mewarnadan seterusnya menjadi jambangan bunga.

Oleh: Azhari Abd. Aziz

TYT Negeri Melaka turutcuba menggubah bungadaun getah dengandisaksikan tetamu lainnya.Tun Mohd Khalil mengakuisendiri ,sebelum ini beliautidak mengetahui bahawadaun getah bolehdipelbagaikan serta kagumdengan penghasilannya.Oleh itu katanya, peluangini harus diambil olehmasyarakat pekebun keciluntuk mengusahakannyadengan rajin, sabar sertakreativiti yang tinggi.

Beliau dengan rasa bangganya menyatakan projekseperti ini harus dibantu berterusan oleh pihak RISDAsupaya produk hiliran ini mendapat pasaran sertamampu bersaing di peringkat global.

Kini PWPK Kg. Sg. Jernih yang diketuai Pn. Esah Subohyang memulakan kraftangan daun getah sejak 1988menerima banyak tempahan.

PWPK mempunyai bangunan sendiri hasil daripadabantuan aktiviti ekonomi tambahan (AET) di sampingbimbingan daripada Pn. Kamsiah Ab.Rahim (PPRWPejabat RISDA Stesen Masjid Tanah).

TYT NEGERI MELAKA BERMINATBUNGA DAUN GETAH

TYT NEGERI MELAKA BERMINATBUNGA DAUN GETAH

18

S U A R A R I S D A

Berbekalkan usaha yang bersunguh-sungguh,kiranya diberkati, sesuatu kejayaan pasti akan

menunggu di belakang hari. Bermula dengan tiga ekorkambing betina dan seekor jantan kini membiaksehingga dua ratus ekor. Puan Samiah Salim dansuaminya, En. Abd. Halim Abd. Jalil tidak lagi menolehke belakang dan seterusnya boleh berbangga denganhasil usahanya selama ini yang kini membuahkanhasil.

Bermula pada tahun 2001, dengan saiz kandangbiasa kini terpaksa membina kandang tambahanseluas 40 kaki x 90 kaki untuk memuatkan kesemuakambingnya yang kini dijalankan secara intensif.Selain daripada menternak mereka juga membeli ibu,anak-anak kambing dara dan jantan untuk dibiakkan.Jenis kambing yang dipelihara ialah Katjang,Jamnapari, Boer dan Anglo-nubian.

Hasil daripada ternakannya dijual terus di pasar tanipada hujung minggu, penjual daging dan pemborong-pemborong untuk tujuan aqikah dan qurban.Permintaan daging kambing jauh lebih tinggidaripada pengeluaran terutama pada musim perayaan.

Secara kasarnya, mampu memperoleh RM1000 keRM1500 sebulan.

Puan Samiah Salim, 45, merupakan suri rumahsepenuh masa dan berminat berniaga sejak remajalagi. Manakala suami beliau pula mula minatmenternak kambing apabila terbaca dalam internetprojek ternakan mampu memberi pulangan yanglumayan. Bermula daripada situ, mereka mula berjinak-jinak dalam bidang tersebut. Puan Samiahmenguruskan ternakannya pada sebelah pagimanakala suaminya mangambil alih pada sebelahpetang selepas waktu pejabat dan menumpukansepenuh masa pada hari-hari cuti. Suaminya kinimerupakan pendorong utama serta banyak membantubeliau terutama dari aspek teknikal.

Berlatarbelakangkan pendidikan, berkelulusan Sainsdan Pendidikan dari UPM (Biology dan Chemistry),tidak hairanlah Abd. Halim suka mengkaji sendirimelalui internet pemakanan ternakan sehinggakepada penjagaan selain daripada mengikuti kursusyang dianjurkan oleh Risda dan Jabatan PerkhidmatanHaiwan.

A B D . H A L I M D A N S A M I A H

B E R K O N G S I K E J AYA A N

A B D . H A L I M D A N S A M I A H

B E R K O N G S I K E J AYA A N

BERKONGSI KEJAYAAN

Oleh: Azahari Hj. Abd. Aziz

bersambung di muka 20

Abdul Halim dan Samiah membawa rumput napier untuk diproses sebelum diberi makan kepada ternakannya

19

S U A R A R I S D A

Bantuan daripada Risda di bawah projek AET sebanyakRM 20,000 digunakan sepenuhnya untukpembinaan kandang, menambah jumlah kambingyang sedia ada serta membeli peralatan ubat danmakanan ternakan. Mereka juga menerima bantuantambahan daripada Jabatan Haiwan. En. Abd. Halimmahir dalam bertukang dan tidak hairanlah kandangkambingnya dibuat sendiri.

Selain daripada menternak,pasangan ini sukaberkebun, menanam tanaman kontan, buah-buahandan sayur-sayuran. Tanah yang ada digunakan

sepenuhnya untuk berkebun dan berternak danhasilnya dijual di pasar-pasar tani berdekatan dan disekitar Pekan Alor Gajah.

Kini En. Abd. Halim bercita-cita untuk mengusahakanternakan kambingnya secara intensif dan berteknologitinggi. Beliau begitu komited dan mengkaji sendiribidang ternakan ini melalui internet. Ini dibuktikanlagi dengan usahanya menanam 2.5 ekar kawasanrumput napier dan bercadang untuk menambahkankeluasan kepada 10.75 ekar di atas tanah milik beliausendiri. Selain daripada itu, mereka juga bercadanguntuk menambah jumlah ternakan kepada 1000 ekormenjelang tahun 2007.

Pasangan ini berbangga dengan hasil usaha merekakerana segala penat lelah mereka selama ini berbaloi.Kejayaan mereka ini juga dikongsi bersama denganketiga-tiga anaknya yang kini dalam persediaan untukmelanjutkan pelajaran ke seberang laut dalam bidangperubatan. “Orang selalu hanya melihat kejayaanseseorang, tetapi tidak melihat dan merasa susahpayahnya bagaimana kejayaan itu dicapai”, katapasangan ini ketika ditemui di rumahnya yang terletakdi Kg. Bukit Payong, Alor Gajah. Ungkapan tersebutmenepati usaha yang bersungguh-sungguh tanpa putusasa yang ditunjukkan pasangan ini sehinggamembuahkan hasil.

dari muka 19

Samiah membuat kerja-kerja rutin di kandang kambingnya

Lawatan Y.B. Exco Pertanian Negeri Melaka (dua darikanan) ke projek ternakan kambing milik En. Abdul Halim

20

S U A R A R I S D A

RENCANA

Tahun 2004 telah meninggalkan kita, dan tahun 2005pula mula ditempuhi. Sebagai negara sedang

membangun tentunya berbagai agenda telah dansedang dijalankan kerajaan demi untuk kemakmurandan kesejahteraan rakyat Malaysia.

Jika sebelum ini, sektor Pertanian boleh dianggapsekadar penyumbang kecil kepada ekonomi negaratetapi kini kerajaan menjadikan sektor pertaniansebagai pemacu pertumbuhan ekonomi negara.

Mulai tahun lepas, kerajaan berusaha mengubahwajah sektor pertanian sebagai satu daripada tigajentera pertumbuhan selepas sektor pembuatan danperkhidmatan.

Dengan transformasi dan diaktifkan semula bagimerubah tanggapan negatif sektor ini, kerajaan mahubidang ini dianggap sebagai industri yang sedangberkembang. Ketika membentangkan ‘AmanatPengurusan RISDA 2005‘, Ketua Pengarah, Y. Bhg. Dato’Haji Abdul Rahman Ali berkata RISDA tidak terkecualidi dalam dasar ini ke arah lebih dinamik.

Malaysia telah terbukti sebagai pengeluar utama duniayang efisyen bagi komoditi pertanian iaitu getah dansawit. Namun negara masih belum menerokisepenuhnya potensi produk-produk pertanian lain yangboleh dimajukan.

Kesungguhan Perdana Menteri, Y.A.B. Datuk SeriAbdullah Haji Ahmad Badawi memberi “nafas baru”kepada bidang pertanian dan berazam untukmenjadikan sektor pertanian sebagai sektor pekerjaanyang menjanjikan pulangan lumayan.

Secara langsung atau tidak langsung ianya adalahuntuk meningkatkan kesejahteraan rakyat dan kualitihidup sebagai asas wawasan kerajaan. Sehubunganitu kerja-kerja pengembangan akan menjadi lebihmencabar untuk merealisasikan wawasan kerajaanitu.

Sementara itu, sektor penternakan juga cabangpertanian yang dikenalpasti masih memerlukanbanyak suntikan agar perusahaan tersebut akanberkembang .

PERTANIAN MENJANA PERTUMBUHAN EKONOMINEGARA Oleh: Nazri Rahmat

Pada masa ini, Malaysia belum mampu memenuhikeperluan daging untuk penduduk-penduduk di negaraini. Dengan itu, negara terpaksa mengimport daginglembu/kerbau dari Negara India, New Zealand danAustralia.

Sehubungan dengan itu, ternyata RISDA melalui anaksyarikatnya Estet Pekebun Kecil ringkasnya ESPEKtelah menyahut usaha kerajaan dalam penternakanlembu di ladang-ladang miliknya di seluruh negaradan kini terdapat hampir 9,000 ekor lembu dipelihara..

21

S U A R A R I S D A

BERITA RINGKAS

Seramai 20 orang Pegawai Kanan yang diketuaiPengerusi RISDA, Y.B. Senator Dato’ Abdul

Raman Suliman telah mengadakan lawatan kerjake Lembaga Industri Getah Sabah (LIGS) selamatiga hari mulai 10 Disember 2004 yang lalu.

Lawatan bertujuan untuk mempelajari bagaimanaLIGS mengurus dan mengawal pekebun kecilbermula daripada penanaman getah sehinggakepada pemasaran hasil keluarannya dieksportmelalui Kilang Getah Beaufort Specialty.

Sebelum mendengar taklimat daripada LIGS di BilikMesyuarat Utama di Aras 3, Wisma Pertanian Sabah,rombongan telah membuat kunjung hormat kepadaMenteri Pertanian dan Industri Makanan Sabah, Y.B.Datuk Haji Abdul Rahim Ismail.

Pada 12 Disember rombongan telah bertolak ke Kg.Bayangan, Keningau sempena Pelancaran danPenyampaian Anugerah Desa Cemerlang PeringkatKebangsaan 2004. Majlis tersebut telah dirasmikanoleh Y.A.B Perdana Menteri Datuk Seri AbdullahHaji Ahmad Badawi.

Dalam ucapannya, Perdana Menteri, Datuk SeriAbdullah menekankan usaha kerajaan untukmeningkatkan pendapatan dan mengurangkankemisikinan tegar di luar bandar. Beliaumenyarankan produk yang dihasilkan olehpenduduk luar bandar hendaklah lebih kreatif daninovatif.

Pada 17 Disember 2004 - Pesta Sukan KebangsanRISDA Kali Ke X111 telah dirasmikan oleh Menteri

Besar Negeri Sembilan Darul Khusus, Y.A.B. Dato’ SeriUtama Haji Mohamad Bin Haji Hasan di StadiumTertutup Centre Court, Paroi, Seremban, NegeriSembilan.

Seramai 1,000 pegawai dan kakitangan RISDA telahmengambil bahagian dalam 17 acara yangdipertandingkan termasuk Boling Padang (promosi)yang turut disertai oleh Pengerusi RISDA, Y.B. SenatorDato’Abdul Raman Suliman, Ketua Pengarah RISDAY. Bhg. Dato Abdul Rahman Ali dan kedua-duaTimbalan Ketua Pengarah RISDA.

Pesta Sukan disertai oleh wakil-wakil dari empat zoniaitu Zon Utara (Johan) Zon Tengah (kedua) ZonSelatan (ketiga) dan Zon Timur (keempat)

Hadiah-hadiah kejohanan telah disampaikan oleh Y.B.Senator Dato’ Abdul Raman Suliman pada majlispenutupan Pesta Sukan pada 19 Disember di DewanMajlis Perbandaran Seremban dengan diserikanpersembahan Kebudayaan daripada zon-zon.

Pada akhir majlis Pengerusi RISDA menyerahkanBendera Kejohanan Kali Ke XIV kepada wakil ZonTimur yang akan menjadi tuan rumah Pesta Sukan padatahun 2006 di Kota Bharu, Kelantan.

SUKAN KEBANGSAANRISDA DI

N. SEMBILAN

Oleh: Nazri RahmatLAWATAN RISDA KE LIGSLAWATAN RISDA KE LIGSLAWATAN RISDA KE LIGS

Oleh: Nazri Rahmat

22

S U A R A R I S D A

Suatu ketika dulu ketupat palas hanya dihidangpada hari raya Aidilfitri dan Aidiladha sahaja.

Tetapi kini ketupat palas telah menjadi hidanganharian orang utara. Justeru itu permintaan kepadadaun palas menjadi tinggi. Senario ini menjadi satupeluang yang berharga kepada pekebun kecil dikawasan utara untuk menambah pendapatankeluarga.

Seorang pekebun kecil, En. Abd. Rahim bin Musa(gambar) berusia 62 tahun dari Kampung Tanjung,Mukim Belimbing Kiri, Daerah Padang Terap, Kedahtelah mengambil inisiatif untuk menanam pokok palasdi kebun getahnya. Menurut beliau, sebelum inipokok palas hanya tumbuh secara liar di dalam hutandan kebun getah sahaja. Memandangkan pokok palashampir pupus kerana dipetik setiap hari dan tiadausaha untuk menjaganya, maka pada tahun 1994beliau memberanikan diri untuk menanamnya didalam kebun getah beliau secara integrasi.

Pokok palas ditanam di lorong-lorong pokok getahyang ketika itu berusia 2 tahun dengan jarak 3 meterantara pokok. Beliau menanamnya dengan menggunaanak benih yang diperoleh dari hutan. Dengankeluasan 1.0086 hektar, beliau mempunyai 420 pokokgetah dan 400 pokok palas. Penjagaan pokok palasadalah mudah. Dari segi pembajaan, En. Abd. Rahimmembajanya dengan mengguna baja yang samadengan baja pokok getah. Pokok palas mengeluarkanhasil apabila mencapai umur 4 tahun dan jangkahayatnya ialah lebih kurang 20 tahun.

Kini pokok palas tanaman beliau telah mencapaiumur 10 tahun. Pengeluaran hasil sepokok adalahsekali dalam sebulan. ( Sekali pungut hasil untuksepokok ialah 5 hingga 6 kaki daun palas ).

Dengan jumlah bilangan pokok palas yang ada, beliauboleh mendapat tambahan pendapatan sebanyak RM480.00 sebulan. Harga borong daun palas di kebunialah RM0.20 dan harga di pasaran RM0.50.

Usaha dan kejayaan beliau ini telah menjadi perintisdan contoh kepada pekebun kecil yang lain untukmelaksanakan projek ini.

INTEGRASI GETAH DAN PALASIIIIINTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI TTTTTANAMAN ANAMAN ANAMAN ANAMAN ANAMAN GGGGGE TE TE TE TE TAH AH AH AH AH DDDDDENGANENGANENGANENGANENGAN

PPPPPOKOK OKOK OKOK OKOK OKOK PPPPPALASALASALASALASALAS Oleh: Nooráini Osman

IIIIINTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI NTEGRASI TTTTTANAMAN ANAMAN ANAMAN ANAMAN ANAMAN GGGGGE TE TE TE TE TAH AH AH AH AH DDDDDENGANENGANENGANENGANENGANPPPPPOKOK OKOK OKOK OKOK OKOK PPPPPALASALASALASALASALAS

Pokok palas yang ditanam di antara lorong pokok getah

23

S U A R A R I S D A

Sebelum ini semua operasi dilakukan di bawahrumah kayu dua tingkat yang agak tua usianya

selain ruangnya pula sempit dan tidak selesa.

Situasi ini sudah pasti menghadkan pergerakan dankerja-kerja memotong dan menjahit pakaian yangdiusahakan Puan Sarimah Mahmud, 43, dalammemenuhi cita-cita beliau menjadi pengeluar pakaiansiap yang berjaya.

Hari ini Puan Sarimah anak jati Kg. Kundang, TanjungSepat, Kuala Langat ini mampu tersenyum lebarkerana impian itu sudah pun hampir terlaksana.Bangunan sendiri yang hanya beberapa tapak darirumahnya merupakan titik tolak ke arah usaha danhasrat yang terpendam selama ini.

Bangunan bernilai RM 20,000 diperoleh melaluiprogram aktiviti ekonomi tambahan (AET) yangdiluluskan oleh RISDA Selangor. Bangunan baru yangdijadikan bengkel jahitan ini memberi suntikan barukepada beliau untuk meningkatkan lagi produktivitijahitannya dan meluaskan skop perniagaan agar lebihberdaya saing.

Sarimah yang mengkhususkan jahitan baju kurung dankebaya menyedari golongan wanita lebih menggemarifesyen ini untuk ke pejabat dan majlis-majlis rasmi.Trend ini juga menjadi ikutan wanita bukan Melayuyang menyifatkan baju kurung dan kebaya pakaianyang selesa dan sopan tambahan pula ia adalah fesyenyang tidak lapuk dek zaman.

PESERTA AET PEMBEKAL PAKAIAN BUTIKOleh : Salamah Kosnin

Justeru itu, beliau sedang berusaha meningkatkankuantiti pakaian keluarannya melebihi 30 pasangsehari. Beliau berhasrat untuk menambah mesin jahitdan kelengkapan lain bagi memenuhi permintaanpelanggan tetap beliau terdiri daripada pengusahabutik dan kedai pakaian di sekitar lembah Klang.

Beliau kini dibantu tujuh orang pekerja mahir danseparuh mahir terdiri daripada ahli-ahli PWPK Kg.Kundang dan juga anak-anak pekebun kecil sekitarkampung tersebut.

Ketika ditemui di premis jahitannya baru-baru ini,beliau tidak putus-putus mengucapkan terima kasihkepada RISDA yang telah banyak membantu menjanakejayaannya pada hari ini.

Hasil usaha gigih beliau kini berjaya memperolehpendapatan melebihi RM3,000 sebulan, satu angkayang menepati objektif RISDA .

Sarimah adalah peserta AET yang berjaya dansewajarnya dijadikan contoh oleh peserta AET yanglain meskipun bidang yang diceburi tidak sama.

KEJAYAAN SARIMAH

PESERTA AET PEMBEKAL PAKAIAN BUTIK

Puan Sarimah bersama beberapa pekerja di bengkel jahitannya

24

S U A R A R I S D A

Bermula dengan berniaga runcit secara kecilan dansebuah motosikal buruk meraih getah beku dari

kebun ke kebun di Kampung Sebasu Paya Redanmembuka lembaran sejarah apabila menjadi petanidan usahawan yang berjaya pada masa kini .

Beliau pernah menjadi agen pembelian getah bekukepada Koperasi Pekebun Kecil Daerah Muar Bhd.(KOPMAJU) mempunyai minat yang mendalam dalammeneruskan usaha perniagaan ini.

Berbekalkan pengalaman dan kursus yang pernahdihadiri seperti kursus teknikal getah, rakan wirausaha/wira mahir, pengurusan, pembangunanusahawan dan kursus asas perniagaan anjuran MARAEn. Jumaat Kosnan, 47, kini boleh berbangga denganusaha yang telah dijalankan.

Pada masa ini aktiviti yang beliau jalankan ialahmengusahakan kebun sawit milik beliau seluas 3.2374hektar dan kebun sawit pajakan seluas 7.2843 hektar.

Pembelian getah beku dengan purata jualan 30-35 MTsebulan dan perkhidmatan pengangkutan BTB sawitdari ladang RSPSB Muar dengan purata 350 MTsebulan.

Bagi melicinkan perjalanan perniagaan pembeliangetah beku dan pengangkutan BTB sawit, beliau padamasa ini telah memiliki dua buah lori dengan kapasiti1 1/2 tan dan 2 1/2 tan dan beberapa orang pekerjatetap.

Pendapatan bulanan beliau kini amat lumayan iaitudi antara RM6,000 hingga RM10,000 sebulan danianya telah melepasi objektif RISDA.

GIGIH, TEKUN DAN SABARKUNCI KEJAYAAN

Oleh : Md. Yunos Hj Hasan

KUNCI KEJAYAAN

En. Jumat Kosnan - berdiri di tempat pengumpulan getah beku (tempat baru)

Sebuah daripada dua unit lori kepunyaan En. Jumat Kosnan berkapasiti 11/2 tan-tertera lambang KOPMAJU Berhad - Perkongsian pintar bersamaKoperasi Pekebun Kecil Daerah Muar Berhad - Mengangkut getah bekuke kilang dan BTB - RSPSB Muar / KOPMAJU

GIGIH, TEKUN DAN SABARKUNCI KEJAYAAN

GIGIH, TEKUN DAN SABARKUNCI KEJAYAAN

25

S U A R A R I S D A

Bil.

1.

2.3.4.5.

6.7.8.

9.

10.11.

12.

13.

14.15.16.17.

18.19.20.21.22.23.24.

25.

26.27.28.29.30.31.32.33.34.

PUSAT TANGGUNGJAWAB

Ketua Pengarah Risda

Tim. Ketua Pengarah Risda (O)Tim. Ketua Pengarah Risda (P&K)Pejabat Ketua PengarahBhg. Pentadbiran & PengurusanSumber ManusiaBhg. Kewangan & BelanjawanBhg. Tanam Semula & PerladanganBhg. Perancangan Strategik

Bhg. Pengembangan &Kesejahteraan RakyatBhg. EstetBhg. Inspektoret & Audit Dalam

Bhg. Khidmat Kejuruteraan

Bhg. Peningkatan Ekonomi

PRN PerlisPRN KedahPRN Pulau PinangPRN Perak

PRN SelangorPRN Negeri SembilanPRN MelakaPRN JohorPRN PahangPRN TerengganuPRN Kelantan

ESPEK

NARSCOSHDCPROTACPRBRSSBRSPSBRISDA WOODKOLEJ RISDARISDA FLEET

NAMA

Dato’ Hj. Abd. Rahman bin Hj. Ali

Hj. Zulkifli Mohd NazimHj. Mahdum @ Mahdun Bin MajedChe Ahmad bin Che DaudHj. Sirol Aflah bin Hassan Basri

Ramli bin Mohd KassimHairi bin Mat LananHj. Mahmud bin Bakar

Ali Nordin bin Wahiduddin

Hj. Azman bin Hj. HassanHj. Wan Mohd Zuki binHj. Mohamad

Ir. Hj. Abu Kassim bin Yusof

Hj. Wan Ahmad Shabari binWan MohammadMohd Radzuan bin Mohd DiahAzmi bin MohamadHj. Adnan bin AhmadMeor Mohd Zamnis binMeor HassanWan Esah bt Ton HarunKaab bin AliasHj. Abas bin MahmudMohd Puat bin YahayaHj. Abu Bakar bin BaharomHj. Mohamat bin MudaHj. Omar bin Paimin

Othman bin Isa

Abdul Rahim bin NafisHj. Abdul Malik bin AbdullahAhmad bin Hj. HamidHjh. Sakinah bt Abd. HamidHj. Ahmad Sufi bin AliasHj. Shabu bin Md. ZinAbd. Nasir bin Abu BakarDr. Hjh. Faridah Hanam bt. Mohd RashidMohammad Sahlan bin Mahnoon

KELULUSAN PROFESIONAL

M. Sc. (Agric Econs), B.Sc. (Hons),Dip. Agric. (MAL)M. Sc. (Econs), B. Sc. (Agric), Dip. Agric.M.A. (Pol. Sc.) (USA), B.A. (Hons.) Dip. Edu.B.Sc. Agric. Bus., Dip. Agric. (MAL)B.A. (Hons.), Dip. Edu., Dip. Public Admin.,Dip. Islamic StudyM. Sc. (Agric. Dev.), B.A. (Econs)B. Sc. (Agric)M. Sc. (UK), B. Sc. (Agric. Bus.),Dip. Agric. (UPM)Master in Management (AIM),B. Sc. (Res. Eco.), Dip. Agric.B. Sc. Agric. Bus. (Hons.)B. Soc. Sc., Diploma Pertanian Awam(Lanjutan)

B.E.M., M.I.E.M, (Prof. Eng.), B. Eng. (UPM)

MBA, B. Soc. Sc.

B. Sc. (Agric. Bus.), Dip. (Planting Industry)M. Sc. (Agric Econs. Japan), B. Sc. (Agric.)MBA (UK), B. Econs.MDM (AIM), B. Sc. (Agric)

MM, B. Sc. (Agric. Bus.)B. Sc. (Agric.)B. Sc. (Res. Econ.) Dip. Agric.M. Sc. (Agric.), B.Sc. (Agric.)B. Sc. (Agric. Bus.), Dip. Agric. (UPM),B. Sc. (Agric.)M. A. (Econs.), B. Sc. (Agric.),Adv. Dip. (Agric. Econs.),

M. Sc. (Agric. Dev.), B. Sc. Agric. (UM),MIMMT, IPSB. Sc. (Agric. Bus.)B. Sc. (Agric.)B. Sc. (Agric. Bus.), Dip. Agric.M. A. (Agric. Dev.), B. (Sosio./Antro.)B. Sc. (Geog.)MDM (AIM), B. Sc. (Agric.), Dip. Agric.B. (Law), Corporate Secretary CertificatePHD Training Mgt., M. Da.(USA), Sc. (Agric.)MBA (US), B. Sc. (Res. Econs.) Dip. Agric.

SENARAI PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH RISDA

NEGERI DAN PENGURUS BESAR ANAK SYARIKAT RISDA

MULAI 1 JANUARI 2005

SENARAI PENGARAH BAHAGIAN, PENGARAH RISDA

NEGERI DAN PENGURUS BESAR ANAK SYARIKAT RISDA

MULAI 1 JANUARI 2005

SENARAI PENGARAH

PINGAT KEBESARAN

DIMP, DNS, KMN, PJK

KMN, PMPSMPBSK, SMK, PIS

SMPPPT

PKC

AAPPPT, ANS

AMP, PPN

PPT

PMCPJK

BCKAMT, PJKPMC

KMN

AMP

AMN, PJK

ANAK SYARIKAT & NARSCO

26

S U A R A R I S D A

PERBUATAN-PERBUATAN YANG MENGHAPUSKAN DOSA

1. Usaha mencari nafkah juga penyebab pengampunan dosa.Dan ini termasuk salah satu ibadat yang terbesar pahalanya disisi Allah. Sabda Nabi s.a.w. yang ertinya:“Di antaranya jenis-jenis dosa terdapat jenis dosa yang hanyadihapus dengan mencari rezeki”.Dan sabdanya lagi ertinya:“Barang siapa yang pada petang harinya merasa penat setelahseharian membanting tulang, pada petang itu juga dosanyadiampuni:.

2. Taubat itu menghapus dosa dan kesalahan serta membimbingkita jalan arah ke syurga serta melimpahkan kepada kita segalakemurahanNya. Firman Allah s.w.t. dalam surah Attahrim ayat8, yang ertinya:“Hai orang yang beriman, bertaubatlah kamu kepada Allahdengan setulus taubat, semoga Allah menghapus dosa-dosamudan memasukkan kamu ke dalam syurga yang mengalir didalamnya sungai-sungai”.

Rasullullah s.a.w bersabda yang ertinya:“Orang yang bertaubat itu dikasihi Allah dan orang yangbertaubat sama seperti orang yang tidak berdosa”.

3. Istighfar - meminta ampun daripada Allah dengan menyebutAstaghfirullah, - adalah juga suatu sebab pengampunan. Makabarangsiapa, beristighfar dengan niat yang tulus, Allah akanmengampuni dosanya. Firman Allah dalam surah Annisa ayat110 yang ertinya: “Barang siapa berbuat kejahatan ataumenganiaya dirinya kemudian ia beristighfar, maka akan ia dapatibahawa Allah itu Maha Pengampunan dan Penyayang”.

4. Berbuat kebajikan, menghapus perbuatan-perbuatan buruk.Sebagaimana perbuatan buruk kita dicatat, maka kebajikan kitadicatat juga. Catatan kebajikan kita ini sekaligus menghapuscatatan perbuatan buruk kita. Firman Allah dalam Surah Hudayat 114 yang ertinya:“Sesungguhnya perbuatan-perbuatan baik itu menghilangkanperbuatan-perbuatan buruk. Ini merupakan peringatan bagimereka yang mahu ingat”.

5. Beramal soleh, dapat mencegah diri kita dari segala perbuatanmaksiat yang besar dan sekaligus menghapus dosa-dosa kitayang kecil tanpa suatu permohonan ampun. Firman Allah dalamsurah An-Nisa ayat 31 yang ertinya:“Jika kamu menjauhi dosa-dosa besar yang terlarang bagimu,nescaya Kami ampuni kesalah-kesalahanmu yang kecil”.

6. Dengan menunaikan ibadah serta mematuhi perintah-perintahAllah,akan terlimpah pula ampunanNya. Beriman kepada Allahdan beramal soleh akan menjadi penebus dosa-dosa dankeburukan-keburukan serta mengangkat darjat kita. SepertiFirman Allah dalam surah Al-Ankabut ayat 7 yang ertinya: “Bagi

mereka yang beriman dan beramal soleh, tentu akan Kamiampuni kesalahan-kesalahan mereka dan Kami beri merekabalasan yang lebih baik daripada apa yang telah merekalakukan”’

7. Ingat kepada Allah dan menyebut namaNya atau berzikir punmerupakan sejenis ketaatan yang terpuji dan dapat menghapuskesalahan-kesalahan kita. Firman Allah dalam surah Al-Ahzabayat 35 yang ertinya: “Bagi mereka yang mengingati Allah,lelaki, ataupun perempuan, Allah sediakan pengampunan danpahala yang besar:.

8. Taqwa dan takut kepada Allah yang bererti takut denganmurka Allah jika kita melanggar larangan-laranganNya, itupunmerupakan salah satu sebab pengampunan. Firman Allah dalamsurah Al-Anfal ayat 29 yang ertnya: “Hai orang-orang yangberiman, jika kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Allahmemberi petunjuk kepadamu dan menghapus dosa-dosamu sertamengampuni kesalahan-kesalahanmu. Dan Allah mempunyaikelebihan yang Maha Besar”.

9. Demikian juga segala macam ujian bagi seorang muslim,seperti penyakit-penyak dan musibah-musibah keduniaan yangdideritainya, merupakan juga sebab-sebab pengampunan dosajika ia sabar menahan derita itu. Sabda Rasullullah s.a.w. yangertinya:“Tiada sesuatu yang diderita oleh seorang muslim sepertikeletihan, penyakit, kacau fikiran, kesedihan dan kesusahanhati, walau tertusuk duri sekalipun, kecuali dibalas Allah denganpenghapusan dosa-dosanya.

10. Mati dalam sabil Allah - dan ini termasuk dalam amal yangpaling mulia di sisi Allah, juga menghapus dosa dan mendapatsyurga. Sudah selayaknya dan tidaklah berkelebihan kiranyaapabila kepada mereka yang mengorbankan jiwa dan hartanyauntuk membela Agama Allah dan menegakkan kalimah-kalimahNya, kepadanya Allah berikan pengampunan dan pahalayang besar. Firman Allah dalam surah Ali-Imran sebahagian ayat195 yang ertinya:“Maka mereka yang telah berhijrah dan diusir dari negerinya,lagi disakiti orang dalam jalanKu lalu melawan dan terbunuhtentu akan Aku hapuskan dosa-dosa mereka dan tentu akanAku masukkan mereka ke dalam syurga yang di bawahnyamengalir sungai-sungai, sebagai pahala daripada Allah. Danpada Allahlah sebaik-baik pahala:.

11. Kelakuan dan budi pekerti yang baik juga merupakan sebabkeredhaan Allah dan pengampunanNya. Sabda Nabi s.a.w.yang ertinya:“Kelakuan yang baik itu meluluhkan dosa seperti sinar mataharimencairkan bungkahan-bungkahan salji”.

RUANGAN AGAMA

Petikan daripada Kitab PENGAMPUNAN DOSA; Mohd Abdurrahman Awad

27