32
1 P roses pemetaan dan penandaan sempadan Terengganu dan Pahang yang dilaksanakan selama 15 tahun sejak 1992, akhirnya dimuktamadkan apabila dua negeri berjiran itu menyatakan persetujuan menerusi memorandum persefahaman (MoU) persempadanan yang dimeterai pada 19 Mac 2007, di Hotel Hyatt Regency Kuantan Pahang. Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan perbelanjaan RM3.7 juta itu telah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan dua kerajaan negeri terbabit. Penetapan sempadan Pahang dan Terengganu itu adalah berasaskan perjanjian yang dimeterai antara Queen of Britain dengan Raja Siam di Bangkok pada 29 November 1899 dan diwartakan melalui Warta Pahang Government Gazette bertarikh 1 Jun 1990. Pada majlis menandatangani perjanjian itu, Pahang diwakili oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan bin Yaakob dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Abdullah bin Wan Salleh, manakala Terengganu oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Idris bin Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar bin Nong. Turut menyaksikan majlis bersejarah itu Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk Hamid bin Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Puan Fatimah Raya bt. Nasron dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kedua-dua negeri terbabit. Dengan termeterai perjanjian itu kerajaan negeri berkenaan dapat memantau aktiviti pembangunan, pertanian dan penerokaan tanah secara haram yang sering berlaku di kawasan persempadanan kedua-dua negeri itu dengan lebih berkesan. Perjanjian Sempadan Dimuktamad Pahang - Terengganu Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI - DISEMBER 2007 ISSN 0128-0424

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

  • Upload
    hahuong

  • View
    280

  • Download
    5

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

1

Proses pemetaan dan penandaan sempadan Terengganu dan Pahang yang dilaksanakan selama 15 tahun

sejak 1992, akhirnya dimuktamadkan apabila dua negeri berjiran itu menyatakan persetujuan menerusi

memorandum persefahaman (MoU) persempadanan yang dimeterai pada 19 Mac 2007, di Hotel Hyatt Regency

Kuantan Pahang.

Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan perbelanjaan RM3.7 juta

itu telah ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan dan dua kerajaan negeri terbabit.

Penetapan sempadan Pahang dan Terengganu itu adalah berasaskan perjanjian yang dimeterai antara Queen of

Britain dengan Raja Siam di Bangkok pada 29 November 1899 dan diwartakan melalui Warta Pahang Government

Gazette bertarikh 1 Jun 1990.

Pada majlis menandatangani perjanjian itu, Pahang diwakili oleh Menteri Besarnya, Datuk Seri Adnan bin Yaakob

dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Wan Abdullah bin Wan Salleh, manakala Terengganu oleh Menteri Besarnya,

Datuk Seri Idris bin Jusoh dan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mokhtar bin Nong.

Turut menyaksikan majlis bersejarah itu Ketua Pengarah Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), Datuk

Hamid bin Ali, Timbalan Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar, Puan Fatimah Raya bt. Nasron

dan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) kedua-dua negeri terbabit.

Dengan termeterai perjanjian itu kerajaan negeri berkenaan dapat memantau aktiviti pembangunan, pertanian dan

penerokaan tanah secara haram yang sering berlaku di kawasan persempadanan kedua-dua negeri itu dengan lebih

berkesan.

Perjanjian Sempadan Dimuktamad

Pahang - Terengganu

Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

Bil : 42 JULAI - DISEMBER 2007 ISSN 0128-0424

Page 2: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

2 BERITA UKUR

Sidang Pengarang

Pengurusan TertinggiDatuk Hamid bin Ali

Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Dato Dr. Abdul Kadir bin Taib

Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia

Ahmad Fauzi bin Nordin

Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan)

Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud

Pengarah Ukur Bahagian (Kadaster)

Ketua PenyuntingAhamad bin Zakaria

Timbalan Ketua Penyunting

Amran bin Abu Rashid

PenyuntingMuhammad Husaini bin Ya’cob

Murdinah bt. Abdul Rahim

Wan Safinah bt. Wan Azlan

Pengarang/JurugambarZulkefle bin Abu Bakar

Mohamad Rosli bin Mursidi

Syed Mahadhir bin Syed Ahmad

Mohd Zakaria bin Gzazali

Ketua Rekabentuk/PercetakanMuhammat Puzi bin Ahmat

MaklumanSemua pendapat dan buah fikiran dalam Berita Ukur ini

tidak semestinya pendapat rasmi Pentadbiran Jabatan.

Sidang Pengarang Berita Ukur mengalu-alukan

sumbangan dari pembaca.

Segala bahan-bahan hendaklah dikemukakan melalui

Ketua Jabatan dan dialamatkan kepada:

Pengerusi

Penerbitan Berita Ukur

Tingkat 13,

Bangunan Wisma JUPEM

Jalan Semarak

50578 Kuala Lumpur

Tel: 03-26170800

Faks: 603-26170990

RenunganTelah bersabda Rasulullah s.a.w. “Secerdik-cerdik manusia adalahyang terbanyak ingatnya kepada kematian serta yang terbanyakpersiapannya untuk menghadapi kematian itu. Mereka itulah orang-orang yang benar-benar cerdik dan mereka pergi ke alam baqa denganmembawa kemuliaan dunia serta kemuliaan akhirat”.HR. Ibnu Majah & Ibnu Abiddunya

Inovasi adalah penyumbang utama kepada produktiviti,

pertumbuhan ekonomi dan peningkatan taraf hidup.

Jabatan yang berupaya mencapai prestasi tinggi dalam

inovasi akan mempunyai tempat sebagai peneraju masa

hadapan.

Inovasi tidak terhad kepada penciptaan tetapi juga

merangkumi proses pembawaan idea ke pasaran. Pada

asasnya, inovasi merangkumi pembaharuan dalam

produk, proses dan sistem yang memberi nilai tambah

kepada pelanggan dan masyarakat.

Sehubungan dengan itu, adalah menjadi tanggungjawab

warga JUPEM untuk mengimbas kembali pencapaian,

kejayaan, serta pengharapan jabatan di tahun yang lalu

dan muhasabah diri dalam melaksanakan misi, visi, dan

fungsinya, bagi meningkatkan lagi inovasi di jabatan.

Menyedari kepentingan inovasi kepada penjanaan

pembangunan negara dan kesejahteraan rakyat, warga

JUPEM perlu meningkatkan keazaman serta semangat

yang lebih kental dengan penuh iltizam dalam mencorak

dan memajukan jabatan seterusnya dapat memenuhi

kehendak pelanggan dan meningkatan delivery system.

Produk baru JUPEM seperti ortofoto dan peta geoid antara

gambaran kepada agensi-agensi dan komuniti pengguna

tentang pengeluaran hasil inovasi warga JUPEM.

Penonjolan kepada umum itu bertujuan untuk mendapat

maklum balas agar inovasi dalam penghasilan produk baru

dapat ditingkatkan lagi. Seterusnya inovasi serta imej

Jabatan dapat dimartabatkan sesuai dengan peranan dan

fungsi JUPEM sebagai agensi yang unggul dalam bidang

pemetaan di Malaysia.

Manakala pelaksanaan kerja-kerja ukur kadaster secara

total digital di jabatan ini adalah untuk memperkasakan

lagi aktiviti ukur bagi meningkatkan lagi kepercayaan

pelanggan kepada jabatan.

Sumbangan inovasi yang berterusan daripada warga

JUPEM, terutamanya dalam penggunaan sistem komputer

akan menjadikan jabatan terus unggul di dalam

perkhidmatan awam bagi menjana pembangunan negara.

Rencana Pengarang

Detik Sejarah JUPEM

1969 - Komputer diperkenalkan buat pertama kali dalam

prosesan kerja Jabatan dengan pewujudan Seksyen

Khidmat Komputer

Sumbangan anda adalah dialu-alukan bagi menjadikan

penerbitan Berita Ukur lebih luas dan padat. -

Sidang Pengarang

Page 3: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

3

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 1/2007

Mesyuarat Pengurusan JUPEM Bil. 1/2007 telah diadakan pada 15 - 16 Januari 2007 di Bilik Mutiara,

Wisma JUPEM, Kuala Lumpur. Mesyuarat ini merupakan salah satu aktiviti terpenting jabatan bagi

membincangkan serta mengkaji semula keseluruhan prestasi kerja JUPEM bagi tahun 2006.

Mesyuarat ini dihadiri oleh pegawai-pegawai kanan JUPEM dari ibu pejabat dan juga negeri. Pembentangan laporan

prestasi kerja tahunan untuk Bahagian Pemetaan telah di sampaikan oleh Encik Ahmad Fauzi bin Nordin, Pengarah

Ukur Bahagian Pemetaan manakala pembentangan laporan prestasi kerja bagi Bahagian Kadaster telah disampaikan

oleh Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud, Pengarah Ukur Bahagian Kadaster.

Di samping itu, mesyuarat ini juga membincangkan perancangan-perancangan dan kajian yang akan dijalankan oleh

Bahagian Pemetaan dan Bahagian Kadaster untuk mencapai Sasaran Kerja Tahun (SKT) bagi tahun 2007. Di akhir

mesyuarat Y. Bhg Ketua Pengarah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan syabas kepada semua pegawai

dan kakitangan yang begitu komited dan gigih di dalam memastikan aktiviti jabatan berjalan dengan lancar dan

mencapai prestasi yang telah ditetapkan.

Page 4: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

4 BERITA UKUR

AMANAT Tahun Baru 2007

Majlis Amanat Tahun Baru 2007 Jabatan Ukur dan

Pemetaan Malaysia (JUPEM) berlangsung

pada 15 Januari 2007 bertempat di Perkarangan

Wisma JUPEM, Kuala Lumpur.

Di dalam majlis tersebut, YBhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua

Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia telah

menyampaikan amanatnya kepada semua warga JUPEM

yang hadir. Antara amanat yang beliau sampaikan adalah

supaya semua warga JUPEM dapat menumpukan kerjaya

mereka di jabatan ini untuk kesejahteraan masyarakat

dengan menyediakan perkhidmatan ukur dan pemetaan

yang efisien.

Bagi memberkati majlis, bacaan doa telah dibacakan oleh

Tuan Haji Jalani bin Haji Bahari. Majlis seterusnya diikuti

dengan persembahan lagu daripada kumpulan koir JUPEM

bermula dengan lagu ‘Negaraku’, ‘Perkhidmatan Awam’dan ‘JUPEM ke Arah Jaya’ yang bertujuan untuk

meningkatkan lagi jatidiri dikalangan kakitangan JUPEM

terhadap negara. Manakala bacaan ikrar JUPEM telah

diketuai oleh Tuan Haji Muhammat Puzi bin Ahmat

bertujuan untuk meningkatkan komitmen dan taat setia

kakitangan terhadap kerja-kerja jabatan yang telah di

amanahkan.

Sempena dengan Majlis Amanat 2007 itu, upacara penyampaian Sijil-sijil Penghargaan oleh YBhg. Datuk Ketua

Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, juga diadakan untuk pesara-pesara JUPEM yang telah menyumbang bakti

selama mereka berkhidmat di jabatan ini dan kepada kakitangan yang memberikan khidmat dalam Majlis Bersama

Jabatan (MBJ).

Page 5: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

5

Selaras dengan pelaksanaan total digital, Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) memperkasakan

ukur kadaster dengan membangunkan projek e-Kadaster. e-Kadaster merupakan projek pembangunan yang

dilaksanakan oleh Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) di bawah Rancangan Malaysia Ke-9.

Projek yang mula dilaksanakan pada tahun 2007 ini adalah sangat penting kepada JUPEM bagi meningkatkan lagi

aktiviti ukuran hak milik tanah, strata dan juga stratum sama ada dari segi prosedur kerja mahupun kaedah pemprosesan

data.

Bagi melaksanakan projek ini, JUPEM telah mengadakan Majlis Menandatangani Kontrak eKadaster (T8/2006) antara

NRE dengan Precision Portal Sdn. Bhd. pada 25 Januari 2007 di Bilik Mutiara, Wisma Sumber Asli Putrajaya. Y.B.

Dato’ Sazmi bin Miah, Setiausaha Parlimen NRE, mempengerusikan majlis itu.

Upacara penyerahan kontrak kepada Encik Aminudin bin Mustapha, Pengarah Eksekutif, Precision Portal Sdn. Bhd.

disempurnakan oleh YBhg. Datuk Suboh bin Mohd Yasin, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar (NRE). Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia, YBhg. Datuk Hamid bin Ali turut hadir JUPEM bagi

menyaksikan upacara penyerahan itu.

Justeru, Pelaksanaan e-Kadaster itu dapat mewujudkan sistem Pengurusan Data Kadaster, membangunkan Pangkalan

Data Ukur Strata/Stratum/Marin, menyediakan infrastruktur dan maklumat serta memanfaatkan penggunaan Teknologi

Satelit (GPS) dalam pengukuran kadaster.

Majlis Menandatangani Kontrak e-Kadaster

Page 6: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

6 BERITA UKUR

Pada 22 Mac 2007, Majlis Pelancaran Malaysia Marine Research Survey (MyMRS) telah diadakan di Borneo

Pulp Wharf, Pelabuhan Bintulu Sarawak. Majlis ini telah dirasmikan oleh En. Abd Rahim Bin Hussin, Pengarah

Bahagian Dasar Keselamatan Maritim, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Perdana Menteri mewakili

YBhg. Dato’ Muhammad Hatta bin Ab. Aziz, Setiausaha Majlis Keselamatan Negara merangkap Pengerusi

Jawatankuasa Pelantar Benua Malaysia.

Majlis pelancaran yang dianjurkan secara bersama oleh Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Ukur dan Pemetaan

Malaysia (JUPEM) dan TL Geosciences Sdn. Bhd. menandakan bermulanya pelaksanaan Malaysia Marine Research

Survey (MyMRS). MyMRS dilaksanakan dengan menggunakan kapal M.V. Teknik Perdana bagi membuat pengukuran

dan pengumpulan data-data GPS, seismic, batimetri, magnetik dan graviti bertujuan bagi membuat justifikasi teknikal

dan submission kepada Suruhanjaya Mengenai Had-had Pelantar Benua (Commission on the Limits of the Continental

Shelf (CLCS))

Pelancaran Malaysia Marine Research Survey (MyMRS)

Upacara perasmian projek

Malaysia Marine Research Survey

(MyMRS) oleh En. Abd Rahim bin

Hussin, Pengarah Bahagian

Dasar Keselamatan Maritim, MKM

sambil diiringi oleh En. Ahmad

Fauzi bin Nordin, Pengarah Ukur

Bahagian (Pemetaan) JUPEM.

Kapal M.V. Teknik Perdana yang

digunakan dalam pelaksanaan

kerja-kerja pengumpulan data

projek MyMRS.

Page 7: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

7

ANALISIS KEPUTUSAN PENILAIAN TAHAP KECEKAPAN

(PTK)TAHUN 2006 JUPEM

liBmikSamaN

natamdihkrePderG

susruK naaskirepeP

KTM/suluL BL KTMT

)A(

)d(+)c(+)b(+)a(

nolaChalmuJ

KTM/suluL BL KTMT

)B(

)h(+)g(+)f(+)e(

nolaChalmuJ

)a(

liB

nolaC

sarA

VI

)b(

liB

nolaC

sarA

III

)c(

liB

nolaC

IIsarA

)d(

liB

nolaC

IsarA

)e(

liB

nolaC

sarA

VI

)f(

liB

nolaC

sarA

III

)g(

liB

nolaC

IIsarA

)h(

liB

nolaC

IsarA

lanoiseforPnadnasurugnePnalupmuK

1 *rukuuruJ 6KT-45J 1

2 *rukuuruJ 5KT-25J 31

3 rukuuruJ 4KT-84J 4

4 rukuuruJ 3KT-44J 02

5 rukuuruJ 2KT-14J 0 0 1 0 1

6 rukuuruJ 1KT-14J 0 82 07 12 911

P&PliceKhalmuJ 021

InagnokoSnalupmuK

7 kinkeTutnabmeP 3KT-63J 1 15 33 1 68

8 kinkeTutnabmeP 2KT-92J 1 31 7 0 12

9 kinkeTutnabmeP 1KT-92J 93 351 15 1 442

01 kinketuruJ 3KT-22J 4 96 52 4 201

11kinketuruJ

)71N&71J(2KT 3 941 57 3 032

21kinketuruJ

)71C&71N,71J(1KT 04 153 462 4 956

InagnokoSliceKhalmuJ 2431

INAGNOKOSnadP&PLICEKHALMUJ 2641

Pegawai JUPEM yang terlibat dalam

projek MyMRS bersama En. Ahmad

Fauzi bin Nordin, Pengarah Ukur

Bahagian (Pemetaan), En. Tan Ah Bah,

Pengarah Ukur Seksyen (Hal Ehwal

Persempadanan) selaku Ketua Pasukan

Teknikal Pelantar Benua dan En. Zakaria

bin Saat, Pengarah Ukur Topografi

Sabah.

lanoiseforPnadnasurugnePnalupmuK 021

InagnokoSnalupmuK 2431

IInagnokoSnalupmuK 666

NOLACHALMUJ 8212

Page 8: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

8 BERITA UKUR

liBmikSamaN

natamdihkrePderG

)hawabeknadRMP(naialineP)C(

nagnaliB

nolaC

nahuruleseK

KTM/suluL BL KTMT )C(

)l(+)k(+)j(+)i(

halmuJ

nolaC

)i(

nolaCliB

VIsarA

)j(

nolaCliB

IIIsarA

)k(

nolaCliB

IIsarA

)l(

nolaCliB

IsarA

IInagnokoSnalupmuK

1 natamaleseKlawagneP 1KT-11PK 2 0 0 0 2

2nakatecrePkinketuruJ

hadneR1KT-11N 2 0 0 0 2

3 niseMrotarepO 1KT-1N 1 0 0 0 1

4 hadneRmAutnabmeP 2KT-1N 11 4 0 0 51

5 hadneRmAutnabmeP 1KT-1N 21 6 0 0 81

6 )utaB-3K(utaBgnakuT 1KT-9R 1 0 0 0 1

7 )uyaK-3K(uyaKgnakuT 1KT-9R 1 0 0 0 1

8 retsadaK-ARP 3KT-4R 72 5 1 0 33

9 retsadaK-ARP 2KT-1R 301 71 2 1 321

01 retsadaK-ARP 1KT-1R 322 67 71 3 913

11 naatemeP-ARP 3KT-4R 1 1 0 0 2

21 naatemeP-ARP 2KT-1R 42 4 1 0 92

31 naatemeP-ARP 1KT-1R 35 93 3 3 89

41 udnameP 2KT-3R 4 1 1 0 6

51 udnameP 1KT-3R 01 1 0 1 21

61 agaJ 2KT-1R 1 0 0 0 1

71 agaJ 1KT-1R 1 2 0 0 3

IInagnokoSliceKhalmuJ 774 651 52 8 666

RASEBHALMUJ 8812

Pegawai daripada Seksyen Geodesi, JUPEM, Encik Saripul Hissam bin Saidon (satu dari kiri) sedang memberikan

penerangan kepada pelajar dari Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya semasa melakukan kajian cerapan

kenampakan hilal di Baitul Hilal, Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan pada 19 Mac 2007.

Aktiviti kajian cerapan kenampakan hilal ini dilakukan pada setiap bulan hijriah kecuali bulan Ramadan, Syawal dan

Zulhijjah. Pihak-pihak yang terlibat, terdiri daripada JUPEM, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), Universiti

Malaya dan Jabatan Mufti Negeri Sembilan.

Aktiviti Falak Syarie

JUPEM di Teluk Kemang

Page 9: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

9

Encik Zainal Abidin bin Musa (dua dari kanan) sedang

memberikan penerangan ketika aktiviti cerapan langit

malam semasa Bengkel Tatacara Pengendalian Teleskop

pada 8 hingga 10 Mei 2007. Cerapan telah dilakukan di

Balai Cerap Hilal KUSZA. Para pelajar sekolah dan

penduduk di persekitaran telah dijemput hadir semasa

aktiviti cerapan langit malam dilakukan.

Aktiviti cerapan matahari istiwa (transit), semasa vernal equinox adalah pada 21 Mac 2007. Fenomena ini berlaku

ketika matahari melintasi garisan khatulistiwa. Cerapan ini telah dilakukan oleh JUPEM, Jabatan Kemajuan Islam

Malaysia (JAKIM) dan Jabatan Mufti Negeri Melaka. Lokasi cerapan di Balai Cerap Al-Khawarizmi, Tg. Bidara, Melaka.

Encik Zainal Abidin bin Musa dari Seksyen Geodesi

JUPEM, sedang memberi ceramah kepada para peserta

kursus semasa Bengkel Tatacara Pengendalian Teleskop

pada 8 - 10 Mei 2007 bertempat di Sutera Beach Resort,

Merang Setiu, Terengganu. Bengkel ini adalah anjuran

Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Para peserta

kursus terdiri dari pegawai dari jabatan/pejabat mufti

seluruh Malaysia.

Page 10: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

10 BERITA UKUR

Dasar penerbitan berita ukur dan laporan tahunan jabatan telah dikeluarkan bagi tujuan mengawal kualiti,

keberkesanan dan keseragaman berita yang diterbitkan oleh JUPEM dalam menyampaikan berita semasa

kepada warga jabatan dan orang ramai. Kakitangan yang dipilih untuk hadir taklimat ini merupakan mereka

yang terlibat secara langsung dan dilantik sebagai ahli jawatankuasa penerbitan. Untuk menerbitkan berita ukur

sebanyak 2 kali setahun dan laporan tahunan jabatan setiap tahun, ia memerlukan komitmen daripada semua pihak

supaya ia dapat dikeluarkan mengikut jadual.

Bertempat di Mahkota Hotel, Melaka, satu taklimat asas penerbitan dan penulisan telah diadakan pada 12 hingga 16

Mac 2007. Seramai 16 orang kakitangan JUPEM dari Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan, Seksyen

Percetakan Peta, Seksyen Penyelarasan dan Dasar Kadaster dan Seksyen Perkhidmatan Pemetaan telah menyertai

taklimat ini.

Peserta telah diberi pendedahan asas cara penulisan yang baik serta memahami teori dan konsep dalam penerbitan

berita dan laporan tahunan jabatan. Penceramah-penceramah yang dijemput merupakan mereka yang banyak

pengalaman dalam bidang masing-masing iaitu dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA), Dewan Bahasa

dan Pustaka (DBP) dan Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM Melaka) serta Pegawai dari JUPEM sendiri.

Penggunaan gaya bahasa dan tatabahasa yang betul, amatlah mustahak bagi seorang penulis sesebuah buletin

atau berita ukur seperti mana yang telah disampaikan oleh Datuk Zakaria b. Abdul Wahab, penceramah dari BERNAMA.

Beliau juga menerangkan konsep, reka bentuk dan cara penulisan laporan tahunan jabatan yang menarik, ringkas

dan mudah difahami oleh pembaca. Pemilihan gambar yang betul juga memainkan peranan penting dalam sesebuah

berita dan penyampaian isi kandungan perlulah lebih kreatif dan relevan dengan isu-isu semasa. Modul taklimat itu

merangkumi tajuk asas fotografi, etika dan protokol supaya peserta mendapat pengetahuan asas berkaitannya.

Taklimat Asas Penerbitan Dan Penulisan

Anjuran JUPEM

Overview dasar berita ukur dan laporan tahunan

disampaikan oleh En. Ahamad bin Zakaria, Pengarah Ukur

Seksyen 3P.

Datuk Zakaria Abdul Wahab dari BERNAMA

menyampaikan ceramah ‘ Asas Kewartawanan, Etika dan

Protokol’.

Peserta kursus diberi teori dan amali semasa latihan dalam

kumpulan.

Penceramah dari DBP, En. Abd Karim Abu Bakar

menekankan pengunaan bahasa Malaysia yang betul

dalam ceramah beliau.

Page 11: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

11

Berikut adalah modul-modul taklimat tersebut:-

i. Overview Dasar Berita Ukur dan Laporan Tahunan Jabatan

Oleh: En. Ahmad bin Zakaria

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

ii. Peranan Buletin dan Laporan Tahunan Dalam Sesebuah Organisasi

Oleh: En. Izham Suhaimi Ahmad

BERNAMA

iii. Teori dan Proses Penerbitan Berita/Laporan Tahunan

Oleh: En. Izham Suhaimi Ahmad

BERNAMA

iv. Asas Tipografi

Oleh: Pn. Zahara bt Ramli

Universiti Teknologi Mara Malaysia

v. Konsep dan Jenis Penulisan Berita

Oleh: Datuk Zakaria Abdul Wahab

BERNAMA

vi. Asas Kewartawanan, Etika dan Protokol

Oleh: Datuk Zakaria Abdul Wahab

BERNAMA

vii. Pemilihan Foto Dalam Penerbitan Berita dan Laporan

Oleh: En. Mustaza Mohd Yusoff

BERNAMA

viii. Penggunaan Gaya Bahasa dan Tatabahasa

Oleh: En. Mohd Noor Jabar

Dewan Bahasa dan Pustaka

ix. Konsep Penulisan Laporan Tahunan Jabatan

Oleh: En. Abd Karim Abu Bakar

Dewan Bahasa dan Pustaka

x. Penyuntingan: Semakan Akhir, Bina Gaya, Tatacara dan Senarai Semakan

Oleh: En. Abd Karim Abu Bakar

Dewan Bahasa dan Pustaka

Dari maklum balas dan interaksi peserta dengan penceramah, masih banyak lagi kelemahan serta ruang yang perlu

diperbaiki bagi menghasilkan sebuah berita ukur atau laporan tahunan jabatan lebih menarik serta menjadi rujukan

agensi lain dan orang ramai. Adalah menjadi harapan pihak pengurusan, dengan adanya taklimat asas penerbitan

dan penulisan ini, ia dapat memberi pengetahuan serta pendedahan kepada mereka yang terlibat secara langsung

agar dapat dibuat penambahbaikan ke atas apa jua penerbitan jabatan.

Tiga kumpulan dibentuk untuk membincangkan konsep

laporan tahunan dan berita ukur.

Perbincangan dalam kumpulan untuk penambahbaikan

laporan tahunan dan berita ukur JUPEM.

Page 12: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

12 BERITA UKUR

JUPEM dijemput menghadiri Seminar Penghayatan Islam Hadhari anjuran Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar (NRE) dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) pada 23 Februari 2007 (Jumaat)

bertempat di Dewan Musytari, Residence Hotel UNITEN, Kajang Selangor

Program bermula dengan tayangan video, kemudian sesi ceramah disampaikan oleh YBhg. Tan Sri Dato’ Seri Paduka

Dr. Hj. Abd. Hamid bin Othman, Penasihat Agama Perdana Menteri Malaysia. Bagi meningkatkan lagi kefahaman

peserta-peserta seminar ini sesi soal jawab antara peserta dengan penceramah menyusul selepas majlis ceramah

selesai.

Peserta JUPEM terdiri daripada beberapa orang pegawai dari seksyen-seksyen berikut:

* Seksyen Pentadbiran dan Perkhidmatan,

* Seksyen Perkhidmatan Pemetaan,

* Seksyen Perancangan, Penyelidikan dan Pembangunan,

* Seksyen Kartografi,

* Seksyen Topografi Semenanjung dan

* Seksyen Percetakan Peta

Program seumpama ini dianjurkan bagi menyahut hasrat kerajaan untuk melahirkan modal insan dikalangan

masyarakat seiring dengan pembangunan negara.

Seminar Penghayatan Islam Hadhari

Page 13: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

13

Pre-Mobillization Workshop di bawah projek Malaysia Marine Research Survey (MyMRS) anjuran bersama

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM), PETRONAS dan TL Geosciences Sdn. Bhd. telah diadakan

pada 7 dan 8 Februari 2007 di Hotel Marriot, IOI Resort, Putrajaya. Bengkel kerja ini telah di rasmikan oleh

YBhg. Datuk Hamid Bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia selaku Ketua Kumpulan Kerja Pelantar

Benua. Bengkel ini diadakan bertujuan bagi membentangkan kertas-kertas kajian hasil secondary data review oleh

pakar-pakar yang dilantik sebagai persiapan kepada ahli-ahli Pasukan Kerja Teknikal Pelantar Benua yang terlibat

dalam misi pengukuran dan kerja-kerja pemantauan bagi projek MyMRS yang akan dilaksanakan bermula Mac hingga

Julai 2007.

Majlis perasmian bengkel tersebut turut dihadiri oleh YBhg. Dato’ Dr. Abu Bakar bin Jaafar, Ahli Suruhanjaya Commision

on the Limits of the Continental Shelf (CLCS) merangkap Penasihat Jawatankuasa Pelantar Benua Malaysia, Tuan

Hj. Mohd Yunus bin Abdul Razak (Ketua Pengarah Jabatan Mineral dan Geosains Malaysia), Kapten Sahak bin Omar

(Ketua Pengarah Pusat Hidrografi Nasional), YBhg. Dato’ Dr Abdul Kadir Taib (Timbalan Ketua Pengarah Ukur dan

Pemetaan Malaysia), Encik Ahmad Fauzi Nordin (Pengarah Ukur Bahagian (Pemetaan) JUPEM), Encik Abdullah bin

Karim (Vice President Exploration and Business PETRONAS) dan pegawai-pegawai daripada JUPEM, JMG, Pusat

Hidrografi Nasional, Majlis Keselamatan Negara (Jabatan Perdana Menteri), Jabatan Peguam Negara, Wisma Putra

(Kementerian Luar Negeri), MIMA, Petronas Carigali Sdn. Bhd dan TL GeoSciences Sdn. Bhd.

Bengkel MyMRS

Ucapan perasmian oleh Datuk Hamid Ali selaku Pengerusi Kumpulan Kerja

Pelantar Benua Malaysia

Pegawai dari pelbagai agensi yang terlibat dalam Projek Pelantar Benua Malaysia hadir sebagai peserta bengkel

kerja MyMRS.

Page 14: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

14 BERITA UKUR

Delegasi dari negara Sudan seramai 16 orang telah

mengunjungi Ibu Pejabat JUPEM Kuala Lumpur pada 14

Jun 2007. Lawatan mereka merupakan lawatan rasmi yang

bertujuan untuk melihat lebih dekat lagi sistem-sistem yang

digunakan di jabatan ini dalam kerja pengukuran dan

pemetaan di seluruh negara.

Taklimat khas diadakan di Bilik Mutiara, Bangunan Wisma

JUPEM, Jalan Semarak, Kuala Lumpur sebelum sesi

lawatan yang telah diatur oleh pihak urus setia JUPEM

dijalankan.

Lawatan Delegasi Sudan ke JUPEM

Page 15: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

15

CERAMAH AGAMA

Oleh Ustaz Hasan Mahmud Al-Hafiz

PENCERAMAH BEBAS : USTAZ HASAN MAHMUD AL-HAFIZ

TARIKH : 26 JUN 2007 (SELASA)

TEMPAT : DEWAN UKUR JUPEM

MASA : 9.30 - 10.30 PAGI

TAJUK : UMAT BERSATU, ULAMA MEMANDU, BERDASARKAN WAHYU.

Di dalam ceramah yang disampaikan oleh YBhg. Ustaz Hasan Mahmud Al-Hafiz, beliau mengambil petikan ayat dari

Surah Al-Baqarah ayat 45 yang menghuraikan mengenai umat Islam yang menjadi contoh terbaik kepada makhluk

manusia yang lain.Umat Islam dijadikan umat yang adil dan pilihan, kerana mereka akan menjadi saksi atas perbuatan

orang yang menyimpang dari kebenaran di dunia mahupun di akhirat.

Beliau juga memetik ayat 170 dari Surah Al-Anbiyaa’ yang bermaksud “Dan tiadalah Kami mengutuskan kamu,

melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam”. Disinilah moral pergerakan dan reformasi perubahan yang

luar biasa dari segi fizilkal, emosi, sosial, mental serta spritual sebagai Insan Rabbani, Muhammad bin Abdullah

dilahirkan.

Beliau menjelaskan pandangan Napoleon Bonaparte, “ kalaulah saya diizinkan menjadi pemimpin dunia, saya akan

kumpulkan cerdik pandai di dunia ini untuk memimpin dunia dengan menggunakan prinsip Islam”.Beliau sengaja

memetik pandangan bukan Islam untuk menyedarkan orang Islam sendiri mengenai kehebatan Islam.

Beliau menjelaskan manusia disuruh untuk mentadbir, mengurus dan menerokai alam ini, di dunia mahupun di angkasa

sebagai khalifah di muka bumi. Tetapi kita jangan terperangkap mengatakan kita manusia terpilih hebat dan mulia,

kerana firman Allah swt. di dalam Surah Al-Ahzab ayat 72 yang bermaksud “Sesungguhnya Kami telah mengemukakan

amanat kepada langit, bumi dan gunung-gunung, maka semuanya enggan untuk memikul amanat itu dan mereka

khuatir akan mengkhianatinya, dan dipikullah amanat itu oleh manusia, Sesungguhnya manusia itu amat zalim dan

amat bodoh”. Beliau menjelaskan bahawa dikalangan manusia ada yang baik dan ada jahat, ada yang zalim dan ada

juga yang bodoh.

Beliau menjelaskan maksud ulama yang disebut di dalam Al-Quran ialah orang yang rasa takut kepada Allah. Manakala

di dalam hadis menjelaskan, Ulama adalah pewaris para nabi yakni mewarisi Risalah bukan kedudukan nabi.

Menurut beliau, seorang tokoh ulama Arab Saudi iaitu bekas mufti ada menyebut, ” Ulama itu adalah golongan yang

sangat faham agama Allah berdasarkan sumber Al-Quran dan Hadis Nabi SAW.”

Ulama juga orang yang beramal dengan Ilmu mereka. Ulama terbahagi kepada dua, satu golongan Ulama ialah

mereka yang melaksanakan Ilmu Agama manakala golongan yang satu lagi faham agama tapi tidak berkata apa-apa.

Ulama yang tidak menyampaikan ilmunya dan tidak mencegah maksiat yang berlaku, maka golongan inilah yang

terakhir sekali masuk syurga.

Beliau menjelaskan tanda-tanda mengenal Ulama ialah dari segi pakaian kerana pakaian merupakan lambang atau

tanda seseorang Ulama seperti di dalam Kitab Syarah Al-Tarmizi yang bertajuk Libas, di dalam kitab tersebut Nabi

ada mengajar ciri-ciri pakaian Ulama. Tanda yang kedua ialah mereka ini takut kepada Allah, tidak bersekongkol

dengan benda-benda yang haram dan syubhah.

Cara musuh Islam melemahkan umat Islam :

* Menggunakan cara pemikiran baru supaya umat Islam sendiri yang melemahkannya.

* Menghapuskan ajaran Islam dikalangan Umat Islam

* Menyekat pemikiran Islam dan penulisan Islam.

* Seserangan Ketenteraan.

Beliau menyeru supaya umat Islam kembali kepada Islam yang sebenar dengan mengamalkan apa yang terkandung

di dalam Al-Quran dan Al-Hadis. Beliau menyatakan bahawa negara-negara yang mengamalkan Islam orang bukan

Islam juga akan hidup dengan tenteram dan aman. Beliau turut berpesan agar menyatakan buat apa yang kita boleh

buat dan juga jangan tunggu apa yang kita tidak boleh buat. Iaitu mendidik anak dengan Islam, cara berpakaian Islam

dan mengamalkan Islam sepenuhnya di dalam kehidupan seharian.

Page 16: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

16 BERITA UKUR

Hari pekerja yang disambut pada setiap tahun merupakan pengiktirafan kerajaan terhadap pekerja dan majikan

yang menjadi tulang belakang pembangunan ekonomi negara.

Aset yang paling penting bagi sesebuah negara, yang juga menentukan turun naik dan jatuh bangunnya negara

tersebut adalah warganya. Sehubungan dengan itu, sebagai tanda penghargan kepada warga JUPEM keseluruhannya

pihak pengurusan jabatan ini telah menerima jemputan dari pihak penganjur Kementerian Sumber Manusia menyertai

sambutan Hari Pekerja 2007 dengan menghantar 50 kakitangan JUPEM bersama-sama agensi kerajaan dan swasta

yang lain, meraikan sambutan itu.

Perhimpunan bagi sambutan Hari Pekerja 2007 bersama Perdana Menteri Malaysia ini telah diadakan pada 5 Mei

2007 bertempat di Stadium Putra, Kompleks Sukan Negara, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

Kontinjen JUPEM telah membuat persediaan awal untuk sama-sama menjayakan perhimpunan peringkat kebangsaan

itu. Sesi taklimat khas telah diadakan pada 4 Mei 2007 bertempat di Tingkat 15, Wisma JUPEM, Kuala Lumpur,

diketuai oleh pegawai dari seksyen Perkhidmatan dan Pentadbiran, JUPEM Ibu Pejabat Kuala Lumpur.

Sijil Penghargaan dari pihak kerajaan Malaysia melalui Kementerian Sumber Manusia telah dianugerahkan kepada

semua peserta yang hadir dalam sambutan Hari Pekerja 2007.

Hari Pekerja 2007

Page 17: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

17

AKTIVITI JUPEM W. P. LABUANLawatan Delegasi Malaysia-Indonesia ke Stesen Triangulasi Bukit Timbalai Labuan

Ahli Mesyuarat peringkat Co - Project Directors

Persempadanan Malaysia - Indonesia telah

membuat lawatan ke Stesen Triangulasi Bukit

Timbalai di W.P. Labuan pada 28 Mac 2007

Pengarah Ukur dan Pemetaan Cawangan

Topografi Sabah dan Pengarah Ukur dan

Pemetaan Cawangan Topografi Sarawak serta

wakil Indonesia berada di stesen Bukit Timbalai

(BT68) pada 28 Mac 2007

Pegawai Latihan 5S JUPEM Sabah

menyampaikan Taklimat Amalan 5S kepada

Pegawai dan kakitangan JUPEM W.P. Labuan

pada 08 Mac 2007.

Taklimat 5S di JUPEM Labuan

Page 18: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

18 BERITA UKUR

Taklimat Perkhidmatan dan Pentadbiran

ke JUPEM Labuan

Pegawai dari Seksyen Perkhidmatan dan

Pentadbiran (2P) menyampaikan taklimat

Perkhidmatan dan Pentadbiran kepada para

peserta yang terdiri daripada pegawai dan

kakitangan JUPEM W.P. Labuan pada 31

Januari 2007

Perarakan Maulidur Rasul

Kontinjen JUPEM Labuan

Kontinjen JUPEM W.P. Labuan pada

majlis perasmian perarakan Maulidur

Rasul di Dataran Labuan pada 31

Mac 2007.

Kontinjen JUPEM W.P. Labuan

berarak melalui jalan utama di bandar

Labuan pada 31 Mac 2007.

bersambung ke m.s. 32

Page 19: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

19

1. Pendahuluan

Sistem ini bertujuan untuk melaksanakan kerja-kerja mobilisasi kerja-kerja Jabatan antara Jabatan Ukur dan Pemetaan

Negeri (JUPEM Negeri) secara digital sepenuhnya atau dikenali sebagai eMobilisasi. Selaras dengan gesaan Kerajaan

terhadap keberkesanan sistem penyampaian (delivery system), Jabatan telah mengambil pendekatan untuk

melaksanakan kerja-kerja mobilisasi yang melibatkan negeri-negeri yang bersempadanan. Kerja-kerja mobilisasi

yang dilaksanakan sebelum ini tidak dijalankan secara digital sepenuhnya.

2.Keperluan eMobilisasi kepada JUPEM Negeri

Modul eMobilisasi ini akan dapat mengatasi beberapa masalah yang menghalang kerja mobilisasi daripada

dilaksanakan secara digital sepenuhnya serta membantu Jabatan di dalam memantau status kerja-kerja mobilisasi di

setiap JUPEM Negeri yang terlibat. Untuk memudahkan pelaksanaan kerja melalui modul eMobilisasi ini, JUPEM

Negeri yang melakukan proses mobilisasi akan dikenali sebagai Origin State (OS) manakala JUPEM Negeri yang

menerima kerja mobilisasi tersebut dikenali sebagai Remote State (RS).

Bagi membolehkan Pejabat Ukur Daerah Remote State (PUD RS) menerima kerja mobilisasi secara terus daripada

Timbalan Pengarah Ukur Origin State (TPU OS), segala maklumat yang berkaitan dengan PUDRS perlu dimasukkan

ke dalam eSRS di OS. Modul handshake SPDK - SAPD di dalam server IMS JUPEM Negeri yang terbabit

dipertingkatkan bagi membolehkan kerja-kerja mobilisasi dapat dihantar kepada PUD RS melalui handshake. Modul

File Transporter dalam server di Pejabat Ukur Daerah yang menerima fail-fail mobilisasi dipertingkatkan bagi

membolehkan fail-fail mobilisasi ini diterima terus daripada TPU OS. Bagi membolehkan maklumat-maklumat dan

data daripada Unit Cadastral Prosessing System RS (CPS RS) yang dihantar kepada OS dijana semula oleh OS,

maklumat pemproses (doer) dan Ketua Unit di Unit CPS RS hendaklah dimasukkan ke dalam sistem eSRS OS.

3.Prosedur Mobilisasi Fail ke JUPEM Negeri

Prosedur yang ditetapkan adalah bagi kerja-kerja yang bersempadan dan berhampiran dengan sempadan kedua-

dua JUPEM Negeri, di mana fail-fail ukur akan dihantar ke JUPEM Negeri berkaitan secara digital. OS hendaklah

mendaftarkan fail tersebut seperti biasa di dalam eSRS sehinggalah ke peringkat penyediaan dan pengeluaran eSKL.

Fail-fail hendaklah dihantar hingga ke peringkat tindakan TPU OS. Fail-fail ini kemudiannya hendaklah dihantar kepada

Juruukur Daerah Remote State (JUD RS) melalui modul handshake SPDK - SAPD. Bagi memastikan fail-fail yang

dihantar telah diterima melalui sistem, satu laporan senarai fail yang telah dihantar perlu disediakan dan dihantar

kepada JUD RS berserta dengan satu salinan kepada Pengarah Ukur Bahagian Kadaster Ibu Pejabat JUPEM oleh

JUPEM OS.

Sebaik sahaja JUD RS menerima fail-fail mobilisasi daripada TPU OS, JUD RS hendaklah memastikan maklumat-

maklumat eSKL adalah lengkap sebelum mendaftarkannya. Jika tidak lengkap, fail tersebut hendaklah dipulangkan

semula melalui modul handshake. JUD RS yang menerima kerja tersebut hendaklah mendaftarkannya ke dalam

SAPD Upgrade melalui modul District Survey Record System (DSRS) bagi tujuan merekod dan memudahkan kerja-

kerja pemantauan. PUD RS hendaklah menjalankan ukuran secara digital sepenuhnya dan memastikan kesemua 16

fail JUPEM ASCII seperti di dalam Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 11 Tahun 2005 dihantar ke

JUPEM Negeri.

Penghantaran kerja kepada TPU RS oleh JUD RS adalah melalui modul file transporter di server PUD RS. Senarai

fail yang siap diukur perlu disediakan dan dihantar kepada TPU RS bagi memastikan fail-fail yang dihantar telah

berjaya diterima melalui sistem.TPU RS menghantar fail tersebut kepada Ketua Unit CPS RS menggunakan modul

handshake SPDK-SAPD untuk diproses dan disemak. Prosedur bagi pemprosesan kerja ukur hakmilik tanah yang

siap diukur hendaklah mengikut Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 2 Tahun 2003.

4. Pewartaan Pegawai Ukur

Pegawai-pegawai ukur yang terlibat dengan kerja-kerja mobilisasi ini hendaklah diwartakan mengikut Seksyen 12(1)(b)

Kanun Tanah Negara 1965 oleh OS di mana kerja-kerja mobilisasi tersebut akan dibuat.

5. Ciri-Ciri Fail Mobilisasi

Ciri-ciri fail yang boleh dimobilisasikan adalah seperti berikut:

i) Fail-fail tersebut merupakan fail yang berhampiran dengan sempadan JUPEM Negeri yang terlibat.

ii) Fail kerja semasa.

iii) Fail perlu disediakan dengan eSKL.

iv) Fail yang dimobilisasikan akan dibuat sepenuhnya oleh RS sehingga ke peringkat penyediaan JK (T1) dan PA

(T1). Kemajuan kerja akan dikira sebagai kemajuan RS.

SISTEM MOBILISASI FAIL-FAIL UKUR

DI ANTARA JABATAN UKUR DAN PEMETAAN NEGERI

SECARA DIGITAL SEPENUHNYA (eMOBILISASI)

Oleh ;

Tuan Haji Muhamed Kamil Bin Mat Daud,

Bahagian Kadaster, JUPEM

Page 20: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

20 BERITA UKUR

Page 21: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

21

6.Dokumen-Dokumen Diperlukan

Kerja mobilisasi perlu disediakan dalam bentuk SKL digital (eSKL) yang mengandungi maklumat bearing, jarak, luas,

kedudukan lot yang jelas dan lain-lain maklumat yang perlu bagi menentukan sempadan dan kedudukan lot dijalankan

kerja ukuran dengan lengkap. Pangkalan Data Ukur Kadaster (PDUK) dan Pelan Akui (PA) bagi kawasan yang

hendak diukur perlu disertakan dalam bentuk digital.

7.Peruntukan Nombor Lot, Nombor Jilid Kiraan Dan Nombor Pelan Akui

Nombor lot akan dijanakan melalui sistem eSRS oleh OS dan dihantar bersekali dengan eSKL yang disediakan.

Manakala nombor Jilid Kiraan dan nombor PA akan diberikan oleh OS melalui penjanaan daripada eSRS sebaik

sahaja fail-fail yang siap tersebut diterima daripada RS.

8.Penghantaran Doukumen

Sebelum pengukur menghantar kerja, semua laporan hendaklah dijanakan menggunakan aplikasi Title Survey Module

(TSM). Bagi kerja-kerja yang bermasalah atau tidak dapat dikerjakan, fail hendaklah dipulangkan semula berserta

dengan minit yang lengkap serta surat-surat daripada PTD/PTG.

Sekiranya kerja ukuran memerlukan persetujuan tuan tanah dan pihak Pejabat Tanah, urusan tersebut perlu diselesaikan

terlebih dahulu oleh JUD RS. Surat menyurat dengan Pejabat Tanah dan pihak-pihak yang terlibat perlu disertakan

kepada JUPEM OS. Ketua Unit CPS RS akan menghantar terus kerja yang siap kepada TPU OS menggunakan

modul eMobilisasi.

Pengarah Ukur dan Pemetaan Negeri (PUPN) yang terlibat hendaklah memastikan kesemua 16 fail JUPEM ASCII

dihantar ke JUPEM OS sebagaimana Pekeliling Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Bil. 11 Tahun 2005. Carta alir

prosedur pelaksanaan kerja eMobilisasi ditunjukkan dalam Rajah 1 dan 2.

9.Penghantaran Laporan Bulanan

Bagi memastikan kerja-kerja mobilisasi ini dapat dilaksanakan dengan berkesan dan jayanya, JUPEM Negeri perlu

menyediakan laporan bulanan kedudukan setiap fail yang diterima dan disiapkan kepada Bahagian Kadaster Ibu

Pejabat JUPEM bagi tujuan pemantauan pada minggu pertama setiap bulan.

Setiap pergerakan fail melalui sistem yang dibekalkan perlu disertakan dengan senarai fail yang dihantar kepada

cawangan yang terlibat. Ini bertujuan bagi memastikan fail-fail tersebut diterima oleh cawangan yang terbabit.

Satu laporan senarai fail yang telah diterima atau dihantar semula perlu disediakan dan dihantar kepada PUPN OS,

PUPN RS berserta dengan satu salinan kepada Pengarah Ukur Bahagian Kadaster.

10.Kesimpulan

Pengenalan sistem eMobilisasi kepada JUPEM Negeri adalah tepat pada masanya kerana dapat mengembangkan

sistem sedia ada yang digunapakai pada masa kini. Sistem sedia ada iaitu SPDK-SAPD Upgrade hanya dilaksanakan

dan digunakan dalam JUPEM Negeri tersebut sahaja iaitu penghantaran fail di antara JUPEM Negeri dan Pejabat

Ukur Daerah/Pejabat Ukur Jajahan dan sebaliknya. Wujudnya sistem eMobilisasi, penghantaran fail boleh dibuat

lebih dari satu JUPEM Negeri dan Pejabat Ukur Daerah/Pejabat Ukur Jajahan.

Page 22: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

22 BERITA UKUR

Peluang menyambut hari keputeraan junjungan besar Nabi Muhammad SAW atau lebih dikenali dengan

Maulidur Rasul pada tahun ini disahut warga JUPEM dengan menghayati keperibadian baginda SAW. Sambutan

seumpama itu amat digalakkan oleh Islam kerana membawa manusia membesarkan keperibadian Rasulullah

SAW’, manusia yang agung di sisi Allah SWT.

Sehubungan dengan itu kontijen JUPEM terdiri daripada 50 orang telah menyertai perarakan bersama lebih 12,000

orang daripada pelbagai latar belakang mengambil bahagian dalam perarakan Maulidur Rasul sempena menyambut

kelahiran Nabi Muhamad SAW pada 31 Mac 2007 bersamaan 12 Rabiulawal 1428 Hijrah, di Kompleks Sukan Negara,

Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Program itu bertujuan menghayati keperibadian baginda SAW, sebagai salah satu pendekatan yang baik menurut

Islam kerana kecintaan kita kepada baginda, dapat menjadikan kecintaan kita kepada Allah SWT.

Yang Di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abdin berkenan merasmikan majlis sambutan maulidur rasul pada

tahun ini, baginda bertitah supaya umat Islam di negara ini membina hubungan dengan masyarakat berbilang bangsa,

suku kaum dan agama bagi mewujudkan perpaduan, kerukunan dan kedamaian hidup. Baginda memberi contoh

hubungan baik Rasulullah SAW dengan kaum Yahudi dan Nasrani pada zaman awal Islam dengan mengadakan

perjanjian dengan pemerintah bukan Islam pada zaman itu. “Dalam mesej dan risalah yang disampaikan kepada

pihak berkenaan (Yahudi dan Nasrani), baginda menyatakan mengenai kebaikan Islam lantas mereka menerima

hakikat bahawa perbezaan agama atau kepercayaan tidak menghalang kepada wujudnya kedamaian hidup.

Turut hadir, Raja Permaisuri Agong, Sultanah Nur Zahirah; Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi;

timbalannya, Datuk seri Najib Tun Razak serta jemaah menteri beragama Islam.

Perarakan Maulidur Rasul 1428HPeringkat kebangsaan 2007

Page 23: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

23

Mesyuarat Agung Tahunan kali ke - 41 Jemaah Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan Jalan Semarak, Kuala

Lumpur telah berlangsung pada 28 Mac 2007 bersamaan 9 Rabiulawal 1428H bertempat di Dewan Ukur,

Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Perasmian disempurnakan oleh YBhg. Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud, KMN, mewakili YBhg. Datuk Hamid

bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia merangkap penaung Jemaah Kebajikan Islam.

Dalam ucapan perasmian beliau menyaran agar ahli jemaah meningkatkan lagi prestasi kerja dengan mengamalkan

amalan-amalan mulia dan kebajikan melalui program-program yang disusun oleh jemaah ini seperti kuliah di surau

JUPEM, sembahyang berjemaah, ceramah motivasi dan aktiviti-aktiviti kebajikan. Beliau juga mencadangkan kepada

barisan jawatankuasa jemaah ini mengambil pendekatan bagi membuka minda dan tingkatkan kesedaran kakitangan

mengenai Islam dengan mengadakan program jualan buku-buku, majalah berkala dan terbitan-terbitan ilmiah yang

boleh dijadikan pedoman kepada pembaca.

Warga jemaah ini juga boleh menyumbang kepada pertubuhan ini dengan mencari dana/sumbangan untuk

mengerakkan lagi aktiviti-aktiviti harian jemaah supaya lebih aktif serta dapat memberi impak positif kepada ahli

jemaah dan masyarakat umum.

Mesyuarat Agung Tahunan tersebut telah dimulakan dengan ucapan pendahuluan oleh Yang Dipertua Jemaah

Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan Jalan Semarak Kuala Lumpur Tuan haji Yunus merangkap pengerusi mesyuarat.

Mesyuarat telah diteruskan dengan sesi perbincangan memandangkan tiada pemilihan Ahli Jawatankuasa baru yang

dibuat bagi sesi 2006/2008 mengikut perlembagaan pertubuhan ini.

Mesyuarat Agung ke - 41Jemaah Kebajikan Islam, Jabatan Kerajaan

Page 24: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

24 BERITA UKUR

Antara cadangan yang diusulkan oleh ahli Jemaah Kebajikan Islam ini adalah penukaran nama Jemaah Kebajikan

Islam Jabatan Kerajaan Jalan Semarak, Kuala Lumpur kepada Jemaah Kebajikan Islam JUPEM atau singkatannya

JAKIS. Cadangan itu bersesuaian dengan keadaan dan peranan jemaah ini dalam program-program kebajikan yang

dijalankan ketika ini. Sesi dialog turut dibuka kepada ahli untuk kebaikan semua ahli jemaah.

Diakhir majlis YBhg. Tuan Haji Muhamed Kamil bin Mat Daud sudi menyampaikan cenderahati kepada Ahli

Jawatankuasa Jemaah Kebajikan Islam, sesi 2006/2008 sebagai tanda penghargaan dan terima kasih.

Sejak tahun 1977 JUPEM telah menganggotai Majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Islam Negeri-negeri. Melalui

keanggotaan ini, JUPEM telah memainkan peranannya dalam memberi perkhidmatan menyediakan Kalender

Islam, penentu Arah Kiblat dan juga cerapan hilal kepada masyarakat. Bagi maksud ini, JUPEM menggunakan

peralatan dan kepakaran yang ada dalam membuat perkiraan di samping menyediakan alat dan tempat untuk cerapan

hilal dengan kaedah yang terkini.

Terdapat 26 buah tapak cerapan diseluruh negara yang dilengkapi dengan infrastruktur asas cerapan dalam

menentukan awal bulan hijrah khususnya bagi bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijah. Dalam hubungan ini, kakitangan

JUPEM bersama dengan pegawai dari Hal Ehwal Islam Negeri akan menjalankan cerapan hilal di lokasi-lokasi yang

telah ditetapkan.

SEKILAS PANDANG ...........

Memori PM Malaysia yang Pertama

IMBAS KEMBALI - Kenangan ketika Tunku Abd Rahman, Bekas Perdana

Menteri Malaysia yang pertama mencuba alat ukur tiodolait melihat anak bulan

Ramadhan suatu ketika dahulu.

Page 25: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

25

Kisah ini bermula pada tahun 1937. Sebagai penduduk Pulau Pinang yang merupakan rakyat British, peluang

mendapatkan sebarang pekerjaan boleh dikatakan sulit. Pada usia 19 tahun dengan memiliki sijil ‘Cambridge School

Certificate’, bertubuh tegap dengan susuk tubuh yang tegak bila berdiri, tidak bengkang-bengkok bila berjalan ditambah

dengan bergiat cergas dalam aktiviti sukan, peluang untuk menyertai Rejimen Askar Melayu atau Pasukan Polis agak

baik. Ibubapa telah memutuskan bahawa segala jawatan di dalam angkatan bersenjata tidak akan diberi keizinan

sama sekali. Namun demikian kedua ibubapa amat sukacita dan terus memberi restu mereka apabila saya diterima

sebagai Pelatih di Jabatan Ukur. Dengan gaji sebanyak 50 sen sehari. Hari Ahad dan kelepasan am sememangnya

hari berehat, tidak dikira bergaji kerana tidak bekerja. Bersama saya terdapat dua pelatih lagi iaitu Mohd. Amin dan

Mohd. Noor, yang sama-sama mengalami latihan di Jabatan Ukur Pulau Pinang selama beberapa bulan.

Suasana di dalam ruang kerja adalah sunyi sepi. Tidak ada peluang hendak bersembang atau bergebang kerana

masing-masing pekerja perlu tekun bekerja menurut dasar ‘card system’. Ada tiga seksyen iaitu ‘tracing’ , ‘computing’

dan ‘drafting’. Tiap-tiap seksyen ada ketuanya iaitu ‘Head Tracer’, ‘Head Computer” dan ‘Head Draughtman’. Ini

dikenali sebagai H.T., H.C. dan H.D. Ketiga-tiga (H) ini diletak pada tempat yang sesuai agar mereka dapat mengawasi

pekerja di bawah seksyen masing-masing.

Pegawai kanan didalam ruang kerja itu adalah dikenali sebagai Office Assistant (OA) yang bertanggungjawab kepada

Chief Surveyor yang biasanya seorang mat saleh dari England, Australia atau New Zealand. Hanya beliau sahaja

diperuntukkan sebuah bilik.

Card System yang saya sebutkan di atas, selepas merdeka dianggap sebagai bercanggah dengan hak asasi manusia

dan menunjukkan perjalanan kerja dalam masa 6 jam 45 minit setiap hari kecuali hari Sabtu masanya 4 jam 30 minit

termasuk pergerakan ke bilik air. Sekiranya ada keperluan ke bilik air, kita cuma dikehendaki menulis nama dan waktu

diatas sekeping kertas dan letakkan di atas meja OA, apabila selesai, masa diambil untuk tujuan kiraan tempoh masa

yang digunakan semasa ke bilik air.

Pelatih masing-masing diberi sebuah meja, seketul dakwat India, palate, sebatang pen dengan mata pen nombor

991, alat-alat untuk menulis dan beberapa kertas untuk melukis. H.D. adalah menjadi guru bagi kami.

Telah menjadi dasar Jabatan Ukur, bahawa segala tulisan termasuk tandatangan yang sepatutnya hak persendirian,

hendaklah mudah dibaca (legible). Oleh itu, kami dilatih printing dengan menggunakan alat-alat yang diberikan.

Ketul dakwat itu dengan menggunakan sedikit air, diputar-putar di atas palate sehingga wujud kualiti dakwat yang

boleh diterima. Printing dimulai dengan lukisan di atas kertas dengan menulis huruf ABC dan angka 123. Mata pen

nombor 991, bukan mudah hendak dikawal kerana pada lazimnya cuma boleh digaris dari atas ke bawah.

Selepas sebulan, pelatih Mohd. Amin dan Mohd, Noor berasa bosan, dengan kerenah cikgu dalam segala usaha

mereka membentuk huruf dan angka yang diharapkan. Akhirnya mereka terus menghilangkan diri. Dalam keadaan

tersebut, bagi saya, saya berhujah seorang diri atas agenda “ nak pi atau nak nanti ”. Akhirnya kekosongan tersebut

telah diisi oleh dua pemuda berbangsa cina iaitu Lim Hoey Yam dan Soon Kok Thyes.

Saya dengan sendirinya menjadi pelatih yang kanan. Walau bagaimanapun, mereka tidak terus berkekal dengan

Jabatan Ukur. Mereka berhenti selepas menerima latihan di Sekolah Teknik Kuala Lumpur.

Pada bulan Julai tahun 1937, saya telah mendapat peluang melanjutkan ilmu ukur tanah di Sekolah Teknik Kuala

Lumpur. Kedua-dua pelatih tersebut ikut serta. Saya dimaklumkan bahawa kerajaan telah memberi kami biasiswa

selama 2 tahun di Sekolah Teknik dengan elaun 30 ringgit sebulan dan disambung dengan latihan praktikal lagi 2

tahun dengan gaji 40 ringgit sebulan.

Tiga atau empat buah rumah yang ditinggalkan kerajaan telah menjadi sekolah, asrama, pejabat dan dewan bagi

murid-murid yang datang dari seluruh Semenanjung. Pelajar-pelajar adalah terdiri daripada calon daripada jabatan

teknik seperti Jabatan Ukur, JKR, Telekom, D.I.D. dan bilangannya lebih kurang 100 orang.

Jabatan Ukur menaja dua kelas, iaitu satu untuk murid tahun pertama dan lagi satu untuk murid tahun kedua. Mata

pelajaran cuma ditumpu pada perkara bersangkutan dengan kerja ukur. Disamping itu, murid juga diberi syarahan

oleh pegawai Kesihatan bagi subjek First Aid.

Pada tahun 1937, generasi masa itu tidak seperti kini, leka dengan teknologi canggih. Kami cuma tekun belajar cara

mengguna alat pengukur tiodolit vernier, mempunyai sikap ingin tahu, tahan lasak, jujur, sabar dan teliti.

IMBAS KEMBALI BEKAS PEGAWAI KANAN JUPEMDato’ Ayob Saud

Page 26: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

26 BERITA UKUR

Seorang mat saleh dari Jabatan Ukur telah dilantik sebagai pensyarah dan sebagai pegawai yang bertanggungjawab

untuk melaksanakan dasar dan polisi yang telah digubal oleh Jabatan Ukur. Beliau telah dibantu oleh seorang lagi

pembantu teknik yang berpangkat kanan dari Jabatan Ukur.

Latihan ukur ditumpu khasnya pada kerja ukur kadaster dengan kegunaan alat-alat pengukur yang digunakan semenjak

tahun 1900 dahulu iaitu teknik tiodolit dan rantai. Konsep ‘ Face Left ‘ dan ‘ Face Right ‘ ( F & F ) juga di amalkan.

Disamping mengulangkaji pelajaran, saya juga membuka ruang untuk beriadah iaitu dengan menubuhkan pasukan

Ragbi Sekolah Teknik selain bola sepak. Setelah tamat belajar di sana kami diberi waran perjalanan dengan percuma

iaitu tiket keretapi kelas ketiga untuk pulang ke rumah masing-masing sebelum melapor diri ke pejabat pada esok

harinya.

Dengan itu tamatlah episod selama 2 tahun dan akan mulai dengan episod kedua juga selama dua tahun.

Penulis ialah B.K.L.

Sebagai “Batu Konkrit Lama”

Seperti biasa program ceramah bulanan di JUPEM diteruskan demi kebaikan semua kakitangan di jabatan ini.

Us. Mohd Nizam (Us. Ujang), Bekas Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur

(JAKIM) sekali lagi diundang khas oleh Jemaah Kebajikan Islam, Jabatan Kerajaan, Jalan Semarak, Kuala

Lumpur untuk menyampainkan ceramah beliau untuk warga JUPEM, bertempat di Dewan Ukur Ibu Pejabat JUPEM

Kuala Lumpur pada 8 Mei 2007 bersamaan 20 Rabiulakhir 1428H.

Sekitar......

Ceramah Bulan Mei

Page 27: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

27

Maal Hijrah 1428H

Peringkat kebangsaan

Sambutan Maal Hijrah 1428H/2007M peringkat kebangsaan telah diadakan

pada 20 Januari 2007 bersamaan 1 Muharam 1428H bertempat di Kompleks

Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Seramai 38 orang kakitangan

JUPEM telah dipilih menyertai perhimpunan tersebut secara rasmi bagi mewakili

warga JUPEM keseluruhannya. Bagi melicinkan pergerakan kontinjen JUPEM dalam

perarakan sambutan itu, taklimat kepada mereka yang terpilih telah diadakan di

Dewan Ukur JUPEM pada 18 Januari 2007.

Tema Sambutan Maal Hijrah bagi tahun 1428H/2007M ialah “Insan Cemerlang Umah

Terbilang” menyatakan hasrat murni kerajaan ke arah memperkasa dan

memartabatkan umat Islam ke persada kegemilangan.

Titah ucapan perasmian Maal Hijrah 1428H/2007M peringkat kebangsaan

disempurnakan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin.

Pada tahun ini dua orang tokoh telah terpilih menerima anugerah Maal Hijrah 1428H.

Mereka ialah Ketua Pengarah Jabatan Kehakiman Syariah, Datuk Sheikh Ghazali

bin Abdul Rahman dan tokoh korporat, Tan Sri Muhammad Ali bin Hashim. Anugerah

tersebut telah disampaikan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin. Majlis itu turut dihadiri Perdana

Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr. Abdullah Md Zin dan

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri Azmi Khalid.

Manakala pada 22 Januari 2007 bersamaan 3 Muharam 1428H bertempat di Surau JUPEM, Wisma JUPEM, Kuala

Lumpur berlangsungnya program ceramah agama sempena sambutan Maal Hijrah 1428H/2007M anjuran JUPEM

dengan kerjasama Jemaah Kebajikan Islam Jabatan Kerajaan, Jalan Semarak, Kuala Lumpur. Penceramah jemputan

ialah YBhg. Ustaz Ahmad Shukri Yusoff, dari Pusat Pungutan Zakat (PPZ) Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan

dengan tajuk “ HIJRAH MEMBENTUK WARGA JUPEM YANG BERILMU DAN BERINTEGRITI ”.

Page 28: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

28 BERITA UKUR

Larian Terowong SMART & Karnival Keluarga

JUPEM bersama-sama sembilan agensi di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam

Sekitar Malaysia (NRE) mengambil bahagian dalam program Larian Terowong SMART

& Karnival Keluarga anjuran NRE, yang dirasmikan oleh YB Dato’ Seri Azmi bin Khalid,

Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar mewakili YAB Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi

Perdana Menteri Malaysia pada 11 Mac 2007 (Ahad) berhampiran Pejabat Urusan

Syarikat Mengurus Air Banjir dan Terowong Sdn. Bhd Jalan Davis off Jalan Tun Razak)

sempena pembukaan terowong itu pada tahun ini.

Pelepasan para peserta larian terowong sejauh 16 km telah disempurnakan oleh YB Menteri Sumber Asli dan Alam

Sekitar Malaysia. Beliau turut mengambil bahagian berlari bersama-sama peserta larian terowong sebagai tanda

sokongan kepada mereka yang mengambil bahagian acara larian itu. Program larian terowong dan karnival keluarga

bertujuan bagi memberi peluang kepada orang ramai melihat lebih dekat lagi Terowong SMART yang merupakan

satu lagi mercu tanda kejayaan anak tempatan di negara kita. Hadir sama dan mengambil bahagian dalam acara

larian tersebut, Y.Bhg. Datuk Hamid bin Ali, Ketua Pengarah Ukur dan Pemetaan Malaysia.

Ruang pameran JUPEM menyediakan bahan-bahan untuk tatapan para pengujung supaya mereka dapat mengenali

lebih dekat lagi peranan jabatan ini dalam menjana pembangunan negara melalui aktiviti ukur dan pemetaan di

Malaysia dan persempadanan antarabangsa. JUPEM juga menghantar 5 orang pegawai penerangan di ruangan

pameran itu bagi membantu para pengunjung mendapatkan informasi jabatan ini.

Page 29: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

29

Bertempat di Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan, JUPEM Wilayah Persekutuan Labuan telah di jemput

untuk menyediakan gerai pameran bersama-sama 38 agensi jabatan kerajaan lain termasuk pihak swasta.

Acara sukan tahunan anjuran Perbadanan Labuan dengan kerjasama Majlis Tindakan Pelancongan Labuan

telah diadakan pada 1 hingga 6 Mei 2007, disertai peserta dari dalam dan luar negara.

Beberapa kakitangan JUPEM Labuan dengan bantuan seramai enam orang dari ibu pejabat JUPEM telah bertugas

memberi penerangan kepada pengunjung pameran berkaitan peranan dan fungsi Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia

serta perkhidmatan yang ditawarkan. Di sepanjang pameran tersebut, jualan beberapa produk jabatan seperti peta e-

map, peta jalan dan buku nama-nama pulau di Malaysia telah mendapat sambutan dari orang ramai.

Selain dari hari bertemu pelanggan, pameran yang disertai oleh JUPEM dalam mana-mana program telah memberi

banyak manfaat serta kesedaran kepada masyarakat jabatan yang perlu dirujuk jika terdapat masalah berkaitan kerja

pengukuran tanah dan lain-lain perkhidmatan. Aktiviti kerja jabatan ukur bukan sahaja terhad kepada pengukuran

hak milik tanah, malah lebih daripada itu yang meliputi pelbagai bidang seperti maklumat astronomi bagi penentuan

arah kiblat, takwim Islam serta maklumat data air pasang surut, tanda aras, stesen GPS dan sebagainya.

Terdapat 20 acara serta aktiviti pantai yang menarik penduduk setempat berkunjung ke pameran Labuan International

Sea Challenge 2007 (LISC ’07) yang dirasmikan oleh YB. Datuk Suhaili bin Abdul Rahman, ahli parlimen merangkap

pengerusi Perbadanan Labuan. Di samping pertandingan seperti tarik tali berperahu, berkayak dari Labuan ke Brunei

sejauh 92 km, memancing pesisir pantai terdapat juga persembahan kebudayaan, artis jemputan dan persembahan

bunga api. Dalam majlis penutupan LISC 07 pula, YB. Datuk Zulhasnan Rafique, Menteri Wilayah Persekutuan telah

sudi menyampaikan hadiah yang dipertandingkan sepanjang acara yang dijalankan. Hadiah utama bernilai RM

20,000.00 dalam acara Rolex/IGFA Labuan International Game Fishing Tournament 2007 telah dimenangi oleh pasukan

campuran dari Johor/Singapura yang berjaya menaikkan pelbagai jenis ikan seberat 205 kg.

PAMERAN

LABUAN INTERNATIONAL SEA CHALLENGE 2007

Page 30: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

30 BERITA UKUR

Kempen derma darah anjuran Pertubuhan Juruukur Malaysia (ISM) dengan kerjasama JUPEM telah diadakan

pada 12 April 2007 bertempat di Dewan Ukur JUPEM. Sambutan dikalangan warga JUPEM amat menggalakan

seperti tahun-tahun lepas. Penderma darah juga diberi sijil sebagai tanda penghargaan negara kepada mereka

dalam amalan kebajikan dengan menyumbang darah bagi membantu menyelamatkan nyawa atau mereka yang

memerlukannya ketika kecemasan. Program kempen derma darah dimulakan jam 9:00 pagi hingga 2:00 petang yang

diuruskan kakitangan-kakitangan, Pusat Darah Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Sekitar Program Kempen Darah di JUPEM

Kempen Derma Darah

JUPEM 2007

Page 31: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

31

Sebanyak 11 buah agensi di bawah Kementerian

Sumber Asli dan Alam Sekitar (NRE) telah

mengambil bahagian dalam Kejohanan Sukan NRE

Ke-2 yang berlangsung mulai 29 Jun hingga 1 Julai 2007

bertempat di Universiti Malaya. Pada tahun ini, Jabatan

Pengaliran dan Saliran Malaysia (JPS) telah menjadi tuan

rumah dan penganjur bagi kejohanan yang mempunyai 19

acara yang dipertandingkan di mana kebanyakan tempat

acara pertandingan dijalankan sekitar kawasan kampus

Universiti Malaya kecuali sukan golf, snuker dan tenpin

boling.

Timbalan Menteri NRE, YBhg. Dato’ S. Sothinathan telah

merasmikan kejohanan sukan tersebut bagi menggantikan

YBhg. Dato’ Seri Azmi b. Khalid, Menteri NRE. Matlamat

diadakan kejohanan sukan secara dwitahunan ini, diharap

dapat mewujudkan persaingan yang sihat serta kerjasama

yang erat ke arah mewujudkan semangat kerja berpasukan

di kalangan jabatan dan agensi di bawah Kementerian NRE.

Semangat berpasukan inilah yang harus kita budayakan

dalam setiap kerja yang dilakukan untuk meningkatkan

kualiti dan produktiviti jabatan. Melalui aktiviti bersukan ini,

ia juga secara langsung dapat mengukuhkan hubungan dan

ikatan silaturahim di kalangan pegawai dan peserta

kontinjen sekalian, di samping bersaing antara satu sama

lain dengan semangat kesukanan serta hormat-

menghormati.

Sukan NRE Ke-2 tahun 2007

Kontinjen JUPEM telah menghantar seramai 170 orang atlet yang diketuai oleh En. Wan Zainuddin b. Wan Yusoff

selaku ketua kontinjen dan menyertai semua acara yang dipertandingkan. Pada tahun ini JUPEM telah mendapat

johan dalam pertandingan acara tenis dan snuker, manakala bagi acara dart dan catur di tempat yang ketiga. Majlis

penutup kejohanan sukan dan penyampaian piala pusingan telah disempurnakan oleh Tn. Hj. Mohd. Ibrahim b. Abu

Bakar, Timbalan Ketua Setiausaha II NRE pada 1 Julai 2007 di Dewan Serbaguna Pusat Sukan Universiti Malaya.

Page 32: Suara Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia Bil : 42 JULAI ... · Kerja-kerja ukur dan penandaan di kawasan sepanjang 300.4 kilometer yang membabitkan ... Bil Nama Skim Perkhidmatan

32 BERITA UKUR

Pada kejohanan sukan NRE ke-2, johan keseluruhan telah

dimenangi oleh kontinjen dari FRIM, diikuti oleh pasukan

JPS, JPSM, JMG dan JUPEM tempat kelima. Semangat

kerjasama dan komitmen yang tinggi serta penuh

tanggungjawab haruslah dipuji kepada kontinjen JUPEM

yang menyertai kejohanan sukan tahun ini walaupun

dengan serba kekurangan dan persediaan latihan yang

singkat. Adalah diharapkan pada masa depan penglibatan

semua pihak amatlah dihargai bagi memajukan sukan

Jabatan dan lebih bersedia pada kejohanan sukan NRE

ke-3 yang akan dianjurkan oleh Jabatan Perhutanan

Semenanjung Malaysia (JPSM).

RALAT

Detik Sejarah JUPEM

Pada tahun 1962, Ibu Pejabat Jabatan Ukur berpindah dari Jalan Mounbatten ke Bangunan Ukur Jalan Semarak.

(Bukan tahun 1942 seperti mana yang disiarkan dalam Berita Ukur Bilangan 41)

sambungan dari m.s.17

Yang Di Pertua Kelab Sukan dan

Kebajikan JUPEM W.P. Labuan

bersama AJK Hari Keluarga JUPEM

W.P. Labuan pada 24 Februari 2007.

Hari Keluarga JUPEM W.P.

Labuan

Sebahagian acara sukaneka untuk

kanak-kanak sempena Hari

Keluarga JUPEM W.P. Labuan pada

24 Februari 2007