32

Subuh oh Subuh

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Subuh oh Subuh. SOLAT Subuh.. Satu Ujian الم، أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم لا يفتنون، ولقد فتنا الذين من قبلهم، فليعلمن الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين. العنكبوت 1-3 - PowerPoint PPT Presentation

Citation preview

Page 1: Subuh oh  Subuh
Page 2: Subuh oh  Subuh

SOLAT Subuh.. Satu Ujian

الم، أحسب الناس أن يتركوا أن يقولوا آمنا وهم ال يفتنون، ولقد فتنا الذين من قبلهم، فليعلمن

الله الذين صدقوا وليعلمن الكاذبين.

3-1العنكبوت [1]Alif, Laam, Miim. [2]Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: "Kami beriman", sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? [3]Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang sebenar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahuiNya tentang orang-orang yang berdusta.

Page 3: Subuh oh  Subuh

SOLAT Subuh.. Satu Ujian

الذي خلق الموت والحياة ]عمًال7، ليبلوكم أيكم أحسن

2الملك: [وهوالعزيز الغفور

[2]Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) - untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya; dan Ia Maha Kuasa (membalas amal kamu), lagi Maha Pengampun, (bagi orang-orang yang bertaubat);

Page 4: Subuh oh  Subuh

Ciri-ciri Ujian:

1.Sulit

2.Tidak Mustahil - dalam batas kemampuan manusia.

3.Seimbang antara 1 dan 2 - Mukmin mampu melakukannya, munafiq sebaliknya.

Page 5: Subuh oh  Subuh

عن أبي هريرة رضي الله عنه أن رسول الله صلى

:إن أثقل الصًالة على الله عليه و سلم قالالمنافقين صًالة العشاء وصًالة الفجر، و لو يعلمون ما فيهما ألتوهما ولو حبوا7، و لقد هممت أن آمر بالصًالة فتقام، ثم

آمر رجًال7 يصلي بالناس، ثم انطلق معي برجال معهم حزم من حطب إلى قوم ال يشهدون الصًالة، فأحرق عليهم بيوتهم.

. متفق عليه

Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah Isya’ dan Subuh. Sekiranya mereka mengetahui apa yang terkandung di dalamnya nescaya mereka akan mendatangi kedua-duanya sekalipun dalam keadaan merangkak. Sungguh aku ingin menyuruh melaksanakan solat, maka solat itu ditegakkan, kemudian aku memerintahkan seseorang mengimamkan solat tersebut. Kemudian beberapa lelaki beangkat bersamaku dengan membawa kayu yang terikat mendatangi kaum yang tidak mendirikan solat berjemaah, maka aku bakar rumah mereka.

Page 6: Subuh oh  Subuh

عن عمارة بن روينة رضي الله عنه قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:

لن يلج النار أحد صلى قبل طلوع الشمس وقبل

رواه مسلم. غروبها.

“Tidak akan masuk Neraka orang yang solat sebelum terbit

matahari dan sebelum terbenamnya”.

KELEBIHAN SOLAT Subuh

Page 7: Subuh oh  Subuh

روى مسلم عن عثمان بن عفان رضي الله عنه قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم:

من صلى العشاء في جماعة فكأنما قام نصف الليل، ومن صلى الصبح في جماعة فكأنما

صلى الليل كله.

“Barangsiapa yang mengerjakan solat Isya’ berjemaah, maka dia seolah-olah telah mendirikan ibadat setengah malam itu, dan barangsiapa yang mengerjakan solat Subuh berjemaah, maka dia seolah-olah telah mendirikan solat malam sepanjang malam itu.”

PAHALA SOLAT Subuh

Page 8: Subuh oh  Subuh

يقول رسول الله صلى الله عليه وسلم في الحديث الذي رواه البخاري ومسلم عن أبي هريرة رضي الله عنه:

ينزل ربنا تبارك وتعالى كل ليلة إلى السماء الدنيا، حين يبقى ثلث

الليل اآلخر يقول: من يدعوني فأستجيب له؟! من يسألني

فأعطيه؟! من يستغفرني فأغفر له؟!

"Rabb (Tuhan) kami yang Maha Suci lagi Maha Tinggi turun ke langit dunia tiap malam ketika tersisa 1/3 malam

terakhir seraya berkata: "Siapa berdoa kepada-Ku pasti Aku kabulkan, siapa meminta kepada-Ku pasti Aku beri dan

siapa memohon ampun kepada-Ku pasti Aku ampuni ia”.

SEBELUM Subuh…

Page 9: Subuh oh  Subuh

ما رواه الترمذي وأبو داود وابن ماجه بسند صحيح عن بريدة األسلمي رضي الله عنه قال: قال رسول

الله صلى الله عليه وسلم:

في بشر المشائين إلى المساجد الظلم

بالنور التام يوم القيامة.“Berikanlah khabar gembira bagi orang-orang

yang banyak berjalan dalam kegelapan menuju masjid dengan cahaya yang sangat terang pada

Hari Kiamat.”Dalam kegelapan: waktu Isya’ dan Subuh.

SUMBER CAHAYA

Page 10: Subuh oh  Subuh

روى البخاري عن أبي موسى األشعري رضي الله عنه قال: قال رسول الله

صلى الله عليه وسلم:

دخل البردينمن صلى الجنة.

“Barangsiapa yang solat 2 waktu yang dingin maka akan

masuk Syurga.”2 waktu dingin: Subuh dan Isya’.

KELEBIHAN SOLAT Subuh

Page 11: Subuh oh  Subuh

روى مسلم عن عبد الله بن عباس رضي الله عنهما خرج إلى صًالة أن رسول الله صلى الله عليه وسلم

وهو يقول:الفجر

اللهم اجعل في قلبي نورا7، وفي لساني نورا7، واجعل في سمعي

نورا7، واجعل في بصري نورا7، واجعل من خلفي نورا7، ومن أمامي نورا7، واجعل من فوقي نورا7، ومن تحتي

نورا7، اللهم أعطني نورا7.

“Ya Allah, berikanlah cahaya pada hati, lisan, pendengaran, penglihatanku. Jadikanlah cahaya dari belakang, depan, dari atas dan bawahku. Ya

Allah, berikanlah aku cahaya.”

ZIKIR KHAS Subuh

Page 12: Subuh oh  Subuh

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan Imam Al-Bukhari, Nabi pernah bermimpi dibawa oleh Jibril dan Mikail melihat keadaan beberapa golongan manusia yang diseksa (samada di kubur atau Neraka atau kedua-duanya):

“Kami mendatangi orang yang sedang tidur dan yang lainnya berdiri tegak di atasnya dengan membawa batu. Lalu tiba-tiba melepaskan batu tersebut tepat ke kepalanya hingga ia hancur luluh. Batu itu telah meleburkannya. Kemudian dia mengambilnya kembali dan dia tidak mengulanginya sehingga kepalanya pulih kembali, seperti sediakala. Kemudian dia akan kembali, lalu melakukan sebagaimana yang telah dilakukan tadi….”

Malaikat menjelaskan bahawa golongan ini adalah:“orang yang membawa al-Quran namun mencampakkannya dengan begitu sahaja, dan tidur pada saat solat wajib”.

AZAB YANG PEDIH

Page 13: Subuh oh  Subuh

حديث رسول الله صلى الله عليه وسلم الذي رواه البخاري ومسلم عن جرير بن عبد الله رضي الله عنه

يقول:

كنا جلوسا7 عند النبي صلى الله عليه وسلم إذ نظر

إلى القمر ليلة البدر، قال:إنكم سترون ربكم كما ترون هذا القمر

ال تضامون في رؤيته، ثم قال: فإن صًالة قبل استطعتم أن ال تغلبوا على

وصًالة قبل غروب طلوع الشمسالشمس فافعلوا.

Kami sedang duduk bersama Rasulullah ketika melihat bulan purnama. Beliau berkata: “Sungguh, kalian akan melihat Rabb kalian sebagaimana

kalian melihat bulan kini, tanpa halangan (dengan sejelas-jelasnya).” Kemudian baginda berkata: “ Apabila kalian mampu untuk tidak menyerah

dalam melakukan solat sebelum terbit matahari dan sebelum terbenamnya, maka lakukanlah.”

NIKMAT TERBESAR

Page 14: Subuh oh  Subuh

قال صلى الله عليه وسلم فيما رواه اإلمام مسلم عن عائشة رضي الله عنها:

ركعتا الفجر خير من الدنيا وما فيه.

“Dua rakaat fajar (solat sunnah sebelum Subuh) lebih baik dari dunia

dan segala isinya”.

SOLAT SUNNAH Subuh

Page 15: Subuh oh  Subuh

روى البخاري عن السيدة عائشة رضي الله عنها أنها قالت:

لم يكن النبي صلى الله عليه وسلم على شئ من النوافل أشد منه تعاهدا7 على ركعتي

الفجر.

“Tidak ada solat sunnah yang lebih diperhatikan Rasulullah selain solat sunnah

sebelum Subuh”.

SOLAT SUNNAH Subuh

Page 16: Subuh oh  Subuh

ما رواه الترمذي - وقال حسن صحيح - عن أبي ذر رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال:

وهو ثان رجليه من قال في دبر صًالة الفجرال إله إال الله وحده ال شريك له قبل أن يتكلم:

له الملك وله الحمد يحي ويميت، وهو على عشر مرات، كتبت له عشر كل شئ قدير

حسنات، ومحيت عنه عشر سيئات، ورفع له عشر درجات، وكان يومه هذا كله في حرز من

كل مكروه، وحرس من الشيطان، ولم ينبغ لذنب أن يدركه في ذلك اليوم إال الشرك

بالله..“Barangsiapa – setelah solat Subuh, sebelum meninggalkan tempat duduknya, dan sebelum berbual – mengucapkan: Tiada Ilah yang berhak disembah selain Allah. Dia tidak memiliki sekutu. Milik-Nya kerajaan dan segala pujian. Dia Maha Menghidupkan dan Mematikan. Dia Maha Berkuasa atas segala sesuatu, sebanyak 10 kali, dituliskan baginya 10 kebaikan, dan dihapuskan 10 kesalahan, dan diangkat baginya 10 darjat. Sehari penuh dia terlindung dari perkara yang tidak disukai, dan terlindung dari Syaitan. Tidak ada dosa yang akan mencelakainya kecuali syirik.”

ZIKIR KHAS Subuh

Page 17: Subuh oh  Subuh

روى البخاري عن أبي هريرة رضي الله عنه أن قال: سمعت رسول الله صلى الله عليه وسلم يقول:

تفضل صًالة الجميع )الجماعة( صًالة أحدكم وحده بخمس وعشرين جزءا7، وتجتمع مًالئكة الليل ومًالئكة النهار

في صًالة الفجر. ثم يقول أبو هريرة رضي الله عنه:

فاقرءوا إن شئتم إن قرآن الفجر كان مشهودا.

وقال صلى الله عليه وسلم:

ثم يعرج الذين باتوا فيكم )مًالئكة الليل( فيسألهم ربهم وهو أعلم بهم،

كيف تركتم عبادي؟ فيقولون: تركناهم وهم يصلون، وأتيناهم وهم

يصلون.

Page 18: Subuh oh  Subuh

“Solat berjemaah lebih utama dari solat salah seorang dari kamu sendirian sebanyak 25 kali ganda. Malaikat penjaga malam dan siang berkumpul pada waktu Solat Subuh.”

Kemudian Abu Hurairah berkata: “Kalau anda mahu, bacalah “Inna Quranal fajri kana masyhuda..”

“Kemudian naiklah para malaikat yang menyertai kamu pada malam harinya, lalu Rabb mereka bertanya kepada mereka – padahal Dia lebih mengetahui keadaan mereka – ‘Bagaimana hamba-hamba-Ku ketika kalian tinggalkan?’ Mereka menjawab: ‘Kami tinggalkan mereka dalam keadaan solat dan kami temui mereka dalam keadaan solat juga.”

MALAIKAT…

Page 19: Subuh oh  Subuh

ما رواه أبو داود عن عبد الله بن غنام البياضي رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه

وسلم قال:

اللهم ما أصبح : من قال حين يصبحبي من نعمة فمنك وحدك ال شريك

، فقد أدى لك فلك الحمد ولك الشكرشكر يومه، ومن قال مثل ذلك حين

يمسي، فقد أدى شكر ليلته.“Barangsiapa yang di pagi hari mengucapkan: ‘Ya

Allah seluruh nikmat yang ada pada diriku hanyalah dari-Mu.Tiada sekutu bagi-Mu. Bagi-Mu segala puji

dan ungkapan syukur’, sungguh dia telah menunaikan rasa syukurnya di siang harinya. Dan barangsiapa yang mengucapkannya di waktu petang, maka dia

telah menunaikan rasa syukurnya pada malam harinya”.

ZIKIR KHAS Subuh

Page 20: Subuh oh  Subuh

روى البخاري عن أبي سعيد الخدري رضي الله عنه قال:

دخل رسول الله صلى الله عليه وسلم ذات يوم المسجد، فإذا هو

برجل من األنصار يقال له أبو أمامة فقال: يا أبا أمامة، ما لي أراك جالسا في المسجد في غير وقت الصًالة؟

قال: هموم لزمتني، وديون يا رسول الله، قال: أفًال أعلمك كًالما7 إذا أنت

قلته أذهب الله عز وجل همك، وقضى عنك دينك؟ قال: قلت: بلى يا رسول

وإذا قل إذا أصبحت،الله، قال: اللهم إني أعوذ بك من الهم أمسيت:

والحزن، وأعوذ بك من العجز والكسل، وأعوذ بك من الجبن والبخل،

وأعوذ بك من غلبة الدين وقهر قال: ففعلت ذلك، فأذهب الله الرجال

عز وجل همي، وقضى عني ديني.

Page 21: Subuh oh  Subuh

Suatu hari Rasulullah masuk ke dalam masjid. Ketika itu ada seorang lelaki dari kaum Ansar yang dikenali sebagai Abu Umamah. Rasulullah berkata kepadanya: “Wahai Abu Umamah, apa yang telah terjadi padamu sehingga engkau duduk di luar masjid di waktu solat?” Lalu dia menjawab: “Saya sedang dirundung banyak kebingungan dan banyak hutang, ya Rasulullah”.Lalu Nabi bersabda: “Mahukah engkau aku ajarkan satu doa yang jika engkau mengucapkannya, nescaya Allah akan menghilangkan rasa kebingunganmu dan membayar hutangmu?” Abu Umamah menjawab: “Tentu”. Nabi bersabda: “Ungkaplah di pagi hari dan petang: ‘Ya Allah, sesungguhnya aku belindung dengan-Mu dari kelemahan dan malas. Aku berlindung pada-Mu dari ketakutan dan kebakhilan. Dan aku berlindung dengan-Mu dari hutang dan penindasan.’Orang itu (Abu Umamah) berkata: “Lalu saya melaksanakan itu, kemudian Allah hilangkan rasa bingung dan hutang saya.”

ZIKIR KHAS Subuh

Page 22: Subuh oh  Subuh

وروى البخاري وغيره عن شداد بن أوس عن النبي صلى الله عليه

وسلم أنه قال:اللهم أنت سيد االستغفار

ربي ال إله إال أنت، خلقتني وأنا عبدك، وأنا على عهدك

ووعدك ما استطعت، أبوء لك بنعمتك علي، وأبوء لك بذنبي

فاغفر لي، فإنه ال يغفر الذنوب إال أنت، أعوذ بك من

، إذا قال حين شر ما صنعتيمسي فمات دخل الجنة، أو

إذا قال كان من أهل الجنة، و فمات من يومه حين يصبح

مثله.

Page 23: Subuh oh  Subuh

“Sayyidul istighfar itu adalah:

‘Ya Allah, Engkau adalah Rabbku. Tiada Ilah yang berhak disembah selain-Mu. Engkau telah menciptaku dan aku adalah hamba-Mu. Aku berusaha sekuat kemampuanku menunaikan janji terhadap-Mu. Aku mengakui segala nikmat yang telah Kau berikan padaku, dan aku mengakui segala dosa yang telah ku kerjakan. Maka ampunkanlah daku. Sesungguhnya tiada yang dapat mengampunkan dosaku selain Engkau. Aku berlindung pada-Mu dari buruknya perbuatanku.’

Kalau seseorang mengucapkannya di waktu petang, kemudian dia mati, dia akan masuk Syurga -atau menjadi penghuni Syurga. Demikian pula jika seseorang melafazkannya di pagi hari dan kemudian mati pada hari itu.”

ZIKIR KHAS Subuh

Page 24: Subuh oh  Subuh

رواه البخاري ومسلم عن أبي هريرة رضي الله عنه:

يعقد الشيطان على قافية رأس أحدكم ثًالث عقد إذا نام، بكل عقدة

يضرب عليك ليًال7 طويًال7، فإذا استيقظ فذكر الله انحلت عقدة، وإذا توضأ

انحلت عنه عقدتان، فإذا صلى انحلت العقدة الثالثة.. فأصبح نشيطا7 طيب

النفس، وإال أصبح خبيث النفس كسًالن..

Syaitan melilit leher seseorang dari kalian dengan 3 lilitan ketika dia tidur. Dengan setiap

lilitan Syaitan membisikkan: ‘Nikmatilah malam yang panjang ini’. Apabila dia bangun, lalu

mengingat Allah, maka terlepaslah satu lilitan. Apabila dia berwudhu’, maka terlerailah lilitan

kedua. Apabila di solat, maka terlepaslah lilitan ketiga.. Maka dia akan jadi bersemangat dan cergas. Jika tidak, maka dia akan jadi lembap

dan malas.”

KEEBIHAN Subuh

Page 25: Subuh oh  Subuh

روى اإلمام مالك رحمه الله في موطأه أن:

عمر بن الخطاب فقد سليمان بن أبي حثمة رحمه الله في صًالة الصبح في يوم

من األيام )يوم واحد!( وأن عمر بن الخطاب رضي الله عنه غدا إلى السوق، ومسكن سليمان بين السوق والمسجد النبوي، فمر على الشفاء أم سليمان

رضي الله عنها فقال لها: لم أر سليمان في الصبح، فقالت إنه بات يصلي فغلبته عيناه فقال عمر: ألن أشهد صًالة الصبح

في الجماعة أحب إلي� من أقوم ليلة..

SAHABAT MEMELIHARA SUBUH

Page 26: Subuh oh  Subuh

Imam Malik di dalam al-Muwaththa’ pernah meriwayatkan bahawa Sayyiduna Umar r.a. tidak nampak Sulaiman Bin Abi Hathmah ketika Solat Subuh pada suatu hari. Keesokannya beliau lalu di depan rumah ibu Sulaiman, Syifa’, lalu bertanya tentangnya. Beliau memberitahu yang Sulaiman telah solat semalaman sehingga tidak terbangun di waktu pagi. Maka Umar menjawab: “Sungguh ikut serta berjamaah dalam Solat Subuh lebih baik bagiku daripada solat malam.”

Diriwayatkan olehnya juga pada malam Umar ditikam oleh Abu Lu’lu’ah, Al-Musawwar telah membangunkannya untuk Solat Subuh, dalam keadaan lukanya yang parah. Solat Subuh tidak ditunda olehnya. Beliau berkata ketika dibangunkan: “Ya, tidak akan beruntung sedikit pun orang yang meninggalkan solat, dalam Islam.” Maka beliau telah solat dengan darah yang mengalir dari lukanya.

Page 27: Subuh oh  Subuh

أقم الصOالة لOدلوك الشOمس إلى غسOOق الليOOل، وقOOرآن الفجOOر، إن j، ومن قOOرآن الفجOOر كOOان مشOOهوداالليOل فتجهOد بOه نافلOة لعلOك عسOى

j j محمOودا ، وقOل أن يبعثOك ربOك مقامOارب أدخلOOOOOني مOOOOOدخل صOOOOOدق وأخرجOني مخOرج صOدق، واجعOل لي j، وقOل جOاء j نصOيرا من لOدنك سOلطاناالحOOق وزهOOق الباطOOل، إن الباطOOل

..j كان زهوقا81-78-اإلسراء:

KEISTIMEWAAN SUBUH

Page 28: Subuh oh  Subuh

[78]Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan (dirikanlah) sembahyang subuh sesungguhnya sembahyang subuh itu adalah disaksikan (keistimewaannya).

[79]Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "sembahyang tahajjud" padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji.

[80]Dan pohonkanlah (wahai Muhammad, dengan berdoa): "Wahai Tuhanku! Masukkanlah daku ke dalam urusan ugamaku dengan kemasukan yang benar lagi mulia, serta keluarkanlah daku daripadanya dengan cara keluar yang benar lagi mulia; dan berikanlah kepadaku dari sisiMu hujah keterangan serta kekuasaan yang menolongku",

[81]Dan katakanlah:" Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".

Page 29: Subuh oh  Subuh

إهًالك قوم لوط عليه السًالم، وإهًالك عاد قوم هود عليه السًالم، وثمود قوم صالح عليه السًالم في

وقت الصبح...

الصبحقال تعالى: [إن موعدهم الصبح، أليس بقريب]

81هود:

ال يرى إال فأصبحوا[تدمر كل شيء بأمر ربها، مساكنهم]

25األحقاف:

في فأصبحوا[وأخذ الذين ظلموا الصيحة ديارهم جاثمين، كأن لم يغنوا فيها، أال بعدا7

لمدين كما بعدت ثمود] 68-67هود:

Page 30: Subuh oh  Subuh

Kaum Nabi Lut, kaum ‘Ad (Nabi Hud) serta kaum Thamud (Nabi Salih) telah ditimpa azab di waktu Subuh..

[81] Sesungguhnya masa yang dijanjikan untuk menimpakan azab kepada mereka ialah waktu subuh; bukankah waktu subuh itu sudah dekat?" (Hud)

[25]"Yang menghancur leburkan segala-galanya dengan izin Tuhannya". (Setelah azab itu menimpa mereka) maka menjadilah mereka (punah ranah) - tidak ada yang kelihatan melainkan tempat-tempat tinggal mereka. Demikianlah Kami membalas kaum yang berdosa. (Al-Ahqaf)

[67]Dan orang-orang yang zalim itu, dibinasakan oleh satu letusan suara yang menggempakan bumi, lalu menjadilah mereka mayat-mayat yang tersungkur di tempat tinggal masing-masing. (Hud)

[68](Mereka punah-ranah) seolah-olah mereka tidak pernah tinggal di situ. Ketahuilah! Sesungguhnya kaum Thamud itu kufurkan Tuhan mereka. Ketahuilah! Sesungguhnya kebinasaanlah akhirnya bagi kaum Thamud. (Hud)

Page 31: Subuh oh  Subuh

Banyak lagi kelebihan Subuh lain, antaranya:

Terdapat beberapa zikir lain yang diajarkan oleh Rasulullah yang dibaca selepas Subuh.

Tambahan ‘sighah’ pada azan Subuh tidak terdapat pada azan lain.

Nabi meninggalkan solat sunat rawatib ketika beliau musafir kecuali bagi Solat Subuh. (Abu Daud)

Allah telah bersumpah dengan waktu Fajar, dan dengan kuda perang yang berlari menyerbu musuh di waktu Fajar.

Banyak peristiwa penting dalam sejarah yang berlaku di waktu Subuh seperti perubahan yang berlaku di Perang Khaibar (Al-Bukhari & Muslim), dan lain-lain lagi, yang menunjukkan pentingnya waktu tersebut..

Adakah anda masih mahu tidur di waktu Subuh???

Page 32: Subuh oh  Subuh

RUJUKAN

1.http://www.iiu.edu.my/deed/quran/malay/

كيف نحافظ على صًالة الفجر- .2 الدكتور الراغب السرجانيhttp://www.islamstory.com/elsergany/Article.aspx?ArticleID=1.6&SectionID=0